Wednesday, August 29, 2012

assalamualaikum dan selamat pagi, sekarang dah pukul 12.25 am tapi aku belum tidur. kebelakangan ni, tak susah untuk aku tidur malam memandangkan sekarang masih lagi terbiasa dengan rutin time cuti. kalau time tak cuti, nak tidur awal pun rasa bersalah. dah dua hari sebenarnya aku kembali memulakan perjalanan sebagai seorang pelajar, tapi dalam dua hari ni juga aku buat tak sedar je kerja aku banyak lagi nak kena siapkan. masih terlanjur dengan mood cuti. cuti raya tempohari aku tak banyak sangat keluar rumah, banyak masa dihabiskan bersama mak ayah dan adik-adik kat rumah,lebih bermakna dari keluar jalan2 lagipun aku ni dikira org yang lebih suke avoid jam (macet dalam bahasa indonesia) dari terjebak dalamnya. sekarang pukul 12.35 tengahari (mengikut jam laptopku) dan aku baru je balik dari klinik gigi. gigi kena tampal sebab Diagnosa Pulpitis. back to cerita raya hari tu, mak belikan aku camera baru, camera biasa2 je tapi cukuplah untuk aku ambik gamar sana sini. sekarang tengah ada mood nak ambik gambar lagi, dan aku lebih suka ambik gambar landscape..nanti aku upload beberapa keping gambar yang aku ambil time raya hari tu. nak cerita pasal novel Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku pula, novel ni aku tengah kehabisan idea. tak tau nak buat jalan cerita macamana, nak endingkan cerita macamana so novel ni terberhenti setengah jalan. bila tak tahu nak buat ending, nak develope klimaks pun tertangguh jugaklah..any idea? kalau bolehlah nak idea yang fresh2 lagi, macam sesegarnya buah stroberi dekat cameron highlands.. ok lah, kejap lagi nak pergi fakulti pula, ada hal sikit..ok bye korang..kalo korang ada idea, tolonglah drop comment ye kat bawah ni..tq

Sunday, August 26, 2012

Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku 3


Bab 3
Balkish menyendok beberapa sudu coffee bean ke dalam mixer namun secara tidak sengaja butiran-butiran coffee itu tertumpah ke lantai. Nasibnya bertambah malang lagi apabila supervisornya melihat kejadian itu. Masa tu juga Balkish dihambur marah. Namun dia hanya berdiam tidak menjawab. Kepalanya ditundukkan ke arah  lantai lalu dia mengutip dan membersihkan kotoran yang dilakukan olehnya itu. Entah kenapa sejak dari pagi tadi ada-ada sahaja salah pada setiap tindakannya. Walaupun salah-salah tetapi dia tidak betah untuk duduk diam, ada sahaja kerja yang akan dilakukannya maka makin banyaklah salahnya. Mungkin dia sudah diperhatikan oleh supervisornya sejak dari tadi cuma baru sekarang supervisornya itu berkesempatan menegur.
Balkish kembali ke kaunter depan.
“Eh, kau ni kenapa? Dari tadi aku tengok serba tak kena. Kau tak sihat ke?” soal Wan kepada Balkish.
Balkish sekadar menggeleng. Dia juga tidak tahu apa yang tidak kena kepada dirinya. Dia juga berasa sangat aneh dengan perubahan sikapnya hari ini. Sejak dari pagi tadi lagi sampailah sekarang, dia tidak berhenti-henti membuat kesalahan.
“Jangan-jangan sebab budak nerd yang selalu usik kau tu dah tak datang sini beberapa hari ni tak?” sengaja Wan mengusik. Dia hanya ingin bergurau tetapi manalah tahu jika gurauannya itu kena pada tempat dan situasi. Wan tersenyum mengusik.
“Ish kau ni, mana ada” Balkish cepat-cepat menafikan usikan itu. Tetapi dalam masa yang sama dia juga seakan-akan membenarkan usikan daripada temannya itu tetapi dia tidaklah mahu mengakuinya.
“Ye ke ni? Aku tengok muka kau ni berseri-seri je bila aku mention pasal budak nerd tu”  usik Wan lagi.
Kali ini Balkish sekadar tersenyum. Dia tidak mahu menafikan lagi. Semakin dinafikan semakin galak Wan mengambil kesempatan itu.
“Kau panggil dia budak nerd tu kenapa?’ soal Balkish aneh dengan panggilan tidak formal buat lelaki yang dikenalinya dengan nama Amin itu.
“Dah dia pakai spek punk bingkai hitam tu, aku tengok macam budak nerd je”
“Nama dia Amin lah” beritahu Balkish.
“Wahhhh! Mana kau tahu nama dia ni?” soal Wan lagi.
“Dia yang bagitahu” beritahu Balkish jujur.
“Aku yang kerja lebih lama daripada kau ni dia tak bagitahupun nama dia. Kenapa kau dia bagitahu?” soal Wan sengaja mahu mengusik.
Balkish sekadar menjungkitkan bahu namun hatinya berbunga-bunga dengan soalan terakhir daripada temannya itu. Ini bermakna dia sedikit istimewa di mata Amin berbanding dengan kawan-kawannya yang bekerja di cafe itu.
……………………………
Fatin hanya diam apabila diejek oleh beberapa orang teman dari kelasnya itu. Mereka sudah terlalu sering mengusiknya sehingga Fatin sudah lali dengan ejekan-ejakan itu sehingga dirasakan sudah sebati dengan jiwanya. Lagipun apa yang mereka katakan itu ada benarnya. Baju sekolahnya sudah lusuh. Sudah lima tahun dia belum menukar seragam sekolah baru bahkan seragam sekolah inipun adalah hasil sedekah daripada orang yang bersimpati dengan nasib keluarganya. Fatin lebih memilih untuk berdiam diri walaupun terkadang dia berasa sangat   marah dan ingin sahaja melawan kata-kata mereka. Tetapi siapa dirinya? Tidak setanding dengan kemewahan keluarga mereka. Mereka mampu memiliki apa sahaja yang mereka inginkan sedangkan dia memilih untuk menguburkan sahaja keinginan hatinya daripada membebani ayah, ibu serta kakaknya yang bekerja untuk memberi mereka sekeluarga makan.
Ejekan-ejekan itu akhirnya berhenti apabila tidak mendapat reaksi daripada Fatin dan akhirnya mereka meninggalkannya sendirian di kelas itu. Fatin mengambil bungkusan nasi yang disediakan oleh ibunya pagi tadi. Bungkusan itu disembunyikan di dalam tudung kecil yang sudah kuning warnanya itu. Fatin masuk ke dalam tandas dan membuka bungkusan nasi itu. Dia makan di situ. Suap demi suap nasi disuakan ke mulutnya. Dalam tidak sedar, air mata jernih menitis mebasahi pipinya yang mulus. Terasa perih sekali hidupnya setakat ini namun dia bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah kepadanya dan keluarganya. Walaupun mereka sekeluarga sangat miskin, namun dia tidak pernah mengeluh. Nasi itu di makan sehingga habis.
…………………………………………
“Hoi!” tegur Farid, teman sebilik Amin apabila melihat rakan sekuliahnya itu masih tidur di katil.
Amin bingkas bangun apabila disergah sebegitu. Matanya masih terkebil-kebil melihat kelibat Farid yang masuk ke dalam bilik.
“Kau tak pergi kelas lagi ke?’ soal Farid.
Amin menggeleng. Assignment aku tak siap lagi. Kenapa? Prof  tanya pasal aku ke?’ soal Amin sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Rambut hitamnya yang tidak beraturan gara-gara baru bangun tidur tidak diendahkan. Rambut Amin lurus dengan kerinting di hujungnya jadi kalau tidak disikat rambutnya akan kelihatan masai. Apatah lagi dengan keadaan bangun tidur begini.
“Attendence kena cukup 80% untuk kau ambil exam”
“Aku tahulah!” Amin segera bangun dan mengambil tualanya lalu dia menanggalkan bajunya sebelum dia menghilang ke dalam bilik air. Farid sekadar menggeleng dengan sikap panas baran temannya itu.
Setelah selesai mandi, Amin bersiul-siul senang hati kerana sebentar nanti dia akan bertemu dengan teman wanitanya, Tina. Dia terdiam apabila melihat teman sebiliknya itu sedang mengerjakan solat. Amin menapak dengan perlahan-lahan supaya tidak menganggu khusyuk Farid itu. Dia mengenakan pakaiannya untuk segera keluar. Tidak betah dia berlama-lama dengan Farid di bilik itu.

Friday, August 10, 2012

Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku 2


Bab 2
            Balkish mengemaskan meja makan dan mengangkat kerusi sebelum dia mengelap lantai cafe itu. memandangkan dia adalah pekerja yang paling baru, dia terpaksa melakukan kerja yang lebih berat dari orang lain. Perkerja-pekerja yang lain mulai pulang satu persatu meninggalkan dia sendiri di cafe itu. Setelah semua kerjanya selesai, Balkish mengunci pintu utama dan berjalan meninggalkan cafe itu.
            “Hye” tegur Amin. Namun tidak diendahkan oleh Balkish. Dia mempercepatkan langkahnya. Hatinya berderbar-debar apabila ditegur oleh lelaki yang tidak dikenalinya itu. Amin mengejar langkah gadis itu.
            “Hye, saya Amin. Im your customer” Amin menghulurkan salam perkenalan namun tidak diendahkan oleh Balkish. Langkah Balkish semakin laju. Dia mula risau apabila dikejar oleh lelaki itu. Tambahan pula tidak ada orang di kawasan ini malam-malam begini. Balkish segera berlari-lari anak untuk menuju ke stesen bas.
“Oh lupa, bukan muhrim” Amin menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil dia tersenyum. Dia mengejar langkah Balkish lagi.
“You nak balik? I hantar you balik?” pelawa Amin.
“Sorry encik. I tak kenal you” Balkish memberanikan diri bersuara.
“Saya customer awak. Ingat tak..emmm less sugar and lots of your love” Amin senyum menampkkan barisan giginya.
Balkish melihat sekilas ke wajah lelaki di sampingnya itu. Barulah dia teringat lelaki yang membuat pesanan kepadanya siang tadi itu. “Saya dah ingat tapi saya tak perlukan awak hantar saya balik” balas Balkish.
Balkish akhirnya melintas jalan dan segera meninggalkan Amin sendirian.
Amin tetap di posisinya.
“Bye Balkish!” laung Amin kepada Balkish yang sudah semakin menjauh.
Amin tersenyum sendirian. “Amin, if she like you, she’ll turn” beritahu Amin kepada dirinya sendiri.
“She likes you. She likes you, she likes you” Amin memandang Balkish dari belakang dan berharap agar gadis itu menoleh ke arah nya dan…
Yahooo!!!! She likes me!!!!” pekik Amin tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya.
Selepas satu jam perjalanan, akhirnya Amin sampai ke destinasinya. Kawan-kawannya sudah lama sampai sedangkan dia lebih memilih untuk menunggu Balkish habis kerja dahulu sebelum dia bertemu dengan kawan-kawannya di Teenage Hut ini. Amin masuk ke dalam bangunan itu dan mencari kelibat kawan-kawannya. Dia menyelit di celah-celah orang ramai lalu menyapa Hisyam yang sedang asyik berbual dengan teman wanitanya.
“Asal lama sangat bro?” tegur Hisyam apabila Amin duduk di sampingnya. Dia hanya senyum kepada Hani. gadis itu juga sekadar membalas senyuman.
“Mana Firdaus?” soal Amin tanpa menjawab pertanyaan Hisyam.
“Mana lagi, tu hah, menari dengan awek kesayangan dia” tunjuk Hisyam ke arah sahabat mereka yang sedang asyik berdansa di tengah-tengah orang ramai itu.
“Awek aku tak sampai lagi ke?” soal Amin agi.
“Siapa? Tina?”
“Eh kau ni. Awek aku sorang tu je kan”
“Mana lah tahu bro, kau kan player” sampuk Hisyam.
“Yang lain tu sparepart je. Yang Tina ni memang awek aku yang aku sayang-sayang” kata Amin dan dia ketawa menutup malunya.
“Nampak awek I Hani?” soal Amin kepada Hani pula. Gadis itu sekadar menjungkit bahunya.
“Tadi ada sini” sampuk Hisham.
“Tak apalah. Aku cari sendiri” Amin berdiri lalu menepuk bahu Hisyam beberapa kali. Kemudian dia berlalu untuk mencari keberadaan Tina. Dari jauh dia melihat sesusuk tubuh langsing milik Tina sedang berbual-bual dengan seorang lelaki di meja bar. Amin melangkah perlahan-lahan menghampiri lalu segera dia menegur dengan sebuah ciuman di pipi gadis itu.Tina terkejut pada awalnya tetapi apabila mendengar suara manja Amin dekat di telinganya, dia tidak jadi marah. Satu pandangan serba salah terpamer di wajah gadis itu buat lelaki yang dikenali dihadapannya itu. Tangan Amin kejap melingkar di pingggangnya dan Tina sekadar membiarkan. Dia menghadiahkan satu senyuman ke Amin yang berada di sampingnya.
“I mengganggu ke?” soal Amin kepada Tina. Dia sempat melirik ke arah  lelaki yang sedang asyik berbual dengan teman wanitanya itu sejak dari tadi.
“Siapa ni?” soal Amin. Terasa tergugat juga apabila melihat susuk tubuh tinggi lampai milik seorang lelaki yang berbual dengan Tina itu. Wajahnya juga tidak kalah hebat.
“Ling, kenalkan kawan lama I, Daniel” Tina memperkenalkannya kepada Amin. Daniel menghulurkan tangan tanda perkenalan tetapi api cemburu mula membuak-buak di dalam hati Amin sehingga dia sengaja ingin memalukan lelaki itu dengan tidak mengendahkan sapaan serta huluran salam dari lelaki yang baru dikenalinya itu.
Sekali lagi Amin sempat melihat riak wajah serba salah di raut muka Tina. Perasaan cemburu Amin mula membuak-buak. Dia tahu Tina juga sepertinya, sosial dan banyak teman bergaul tetapi setiap kali dia melihat kemesraan Tina dengan kawan-kawan lelakinya dia akan tetap berasa cemburu. Teman wanitanya itu sangat disayanginya sehingga dia takut akan kehilangan gadis itu ke tangan lelaki lain.
“You baru sampai?” soal Tina kepada Amin. Amin sekadar mengangguk.
“I pergi dulu lah, kalau ada masa free nanti kita jumpa lagi” beritahu Daniel seraya dia meninggalkan Tina bersendirian bersama-sama dengan Amin.
“Siapa tu?” segera soalan itu diajukan buat Tina sebaik sahaja mereka tinggal berdua.
“Kawan I lah Ling. Tadi kan I dah kenalkan you” balas Tina.
“Tapi I tengok you mesra je dengan dia” sampuk Amin.
“I kan mudah mesra dengan semua orang. Macam lah you tak kenal I. and you pun nakal je tadi. Kenapa macam tu dengan Daniel?” soal Tina.
“I don’t like him”
“Next time behave ye Ling. Kawan I kan kawan you juga” beritahu Tina seraya mencium bibir Amin.
Wanna dance” ajak Amin.
Huluran tangan Amin disambut dan mereka berdua hanyut dengan irama bingit dari lantai dansa. Sesekali Tina memeluk Amin erat.
“Ling, malam ni you tidur di room I ye”
“Housemate you tak marah ke?” soal Amin berkenaan dengan salah satu teman serumah Tina yang agak warak. Sudah beberapa kali mereka berdua ditegur bahkan disindir tetapi Tina selalu sahaja buat-buat tidak dengar dan sengaja dia mengajak Amin untuk sering-sering tidur di rumah sewanya.
“Ustazah tu dah pindah la” balas Tina.
“I ada assignment lah nak kena submit hujung bulan ni” Amin menolak.
“Ala you ni, assignment you tu lebih penting dari I ke?”
“Yelah yelah sayang” Amin segera menuruti permintaan teman wanita kesayangannya itu. Mereka berdua berkucupan mesra di tengah-tengah orang ramai yang sedang sibuk dengan hal dan urusan mereka sendiri sehingga mereka tidak mengendahkan hal-hal sebegitu.
“Love you sayang” bisik Amin ke telinga gadis itu lalu dia menghadiahkan satu kucupan lembut di leher jinjang Tina.

Tuesday, August 7, 2012

tengku bab 64 akhir


Bab 64

Perasaan Mylia berdebar-debar apabila ingin bertemu dengan Tengku Nadhirah dan juga Tengku Hamzan hari ini. dia menunggu di lobi hotel. Sudha lama dia tidak bertemu dengan keluarganya yang selalu dirinduinya terutama sekali anakndanya. Walaupun mereka selalu berbicara di telefon tetapi rindunya kepada anakndanya itu masih lagi menggunung.
Dan tipu jika dia mengatakan yang dia tidak merindui suaminya, Cuma dia sengaja mengalih perhatinnya terhadap kerja. Rindu terhadap Tengku Hamzan dapat dikeang memandangkan dia tahu yang suaminya tidak mengingatinya. Mustahil suaminya merinduinya selama tempoh perpisahan mereka ini. tidak pernah sekalipun suaminya menelefonnya bahkan dia yang selalu menelefon dan selama itu jugalah dia mengahrapkan suaminya menyebut satu patah perkataan sahaja, PULANGLAH. Dan sekiranya suaminya menyebut perkataan itu, pasti dia akan pulang ke sisi keluarganya. Mungkin Tengku Hamzan masih lagi marah kepadanya. Dia sudah penat berusaha untuk kembali dan dia sudah puas memberikan peluan buat Tengku Hamzan. Setelah itu dia Lan   gsung tidak menelfon suaminya lagi sehinggalah seminggu yang lalu saat dia menelfon memberitahu yang dia akan pulang ke Malaysia untuk beberapa hari dan berharap dapat bertemu dengan Tengku Nadhirah.
Penantian Mylia akhirnya sampai ke penghujungnya apabila dia melihat Tengku Nadhirah sedang berlari ke arah nya. Mylia bangun dari duduknya dan memeluk tubuh banakndanya. Wajah Tengku Nadhirah dikucup beberapa kali untuk melepaskan rindunya.
“I miss you bonda”
“I miss you too saying” satu kucupan hinggap ke ubun-ubun Tengku Nadhirah.
“So, anaknda nak bonda bawa anaknda ke mana?” soal Mylia kepada Tengku Nadhirah seraya menarik tangan anakndanya itu suapaya membontoti Lan   gkahnya.
“Bonda!” panggil Tengku Nadhirah. Mylia berpaling dan saat inilah dia melihat suaminya meLan  gkah masuk ke lobi hotel. Tengku Hamzan kelihatan sedang tercari-cari Tengku Nadhirah ke seluruh kawsan lobi dan matanya terpaku pada seraut wajah yang sangat dirinduinya. Tengku Hamzan tetap segak seperti dulu. walaupun Tengku Hamzan sudah mencecah 30-an tetapi penampiLan  nya membuatkan dia kelihatan tampan. Rambutnya dipotong pendek dan kemas disisir ke belakang. Dia berjalan    dengan penuh yakin dengan kedua belah tangannya diseluk ke kocek seluar dan dengan tshir merah yang rapi. Wajahnya diserikan dengan kumis nipis beberapa sentimeter dari atas bibir. Mylia jatuh hati buat kedua kalinya pada suaminya sendiri. Mylia senyum.
Lan  gkah kakinya Tengku Hamzan terhenti sebentar. Dia mengumpul segala keuatan dan meLan  gkah ke arahMylia dan Tengku Nadhirah yang sedang menunggu di tengah ruang lobi.
Lan  gkah Tengku Hamzan berhenti agak jauh dari Mylia.
“Dinda dah kurus” sapa Tengku Hamzan.
Mylia senyum gembira apabila melihat wajah itu sekali lagi. Dia sangat merindui suaminya dan apabila mendengar suaranya seminggu yang lalu, dia menangis lagi. Dan hari ini, suaminya berdiri di hadapan matanya dan menyapa. Mylia menahan agar air matanya tidak jatuh berguguran.
“Kanda dating nak hantar anaknda”
Mylia mengangguk.
“Thanks benarkan dinda keluar dengan anaknda”
Kali ini giliran Tengku Hamzan pula yang mengangguk.
“Nak bawa anaknda ke mana?” soal Tengku Hamzan.
“Belum pLan   lagi. Terpulang pada anaknda”
Tengku Hamzan mengangguk lagi.
“Kami jaLan   dulu” kata Mylia. Dia memimpin tangan anakndanya ikut membontoti Lan   gkahnya. Tengku Hamzan hanya sekadar melihat. Mylia berpatah balik. Dia kelihatan seperti tertinggal sesuatu. Tengku Hamzan melihat di sofa apakah ada barang-barang isterinya yang ketinggaLan  .  
“Ada yang tertinggal ke?” soal Tengku Hamzan. Dan pada saat itulah, saat yang tidak terduga, tangannya diraih oleh Mylia dan segera disalami selayaknya seorang isteri terhadap suaminya. Tengku Hamzan agak terkejut denga perbuatan yang tidak terduga itu tetapi hatinya tenang setenangnya air di tasik di bawah pohonan rending. Tenang dan dingin.
“Saya masih isteri kanda” kata Mylia. Walaupun mereka berjauhan sudah hamper setahun tetapi mereka masih lagi suami isteri.


Mylia melihat jam tangannya dan terkejut melihat waktu. Ternyata dia dananaknya terlalu asyik bersembang sehingga lupa akan peredaran waktu. Setelah penat berjalan   -jaLan   di Genting HighLan  ds, mereka duduk berehat di sebuah booth yang menyediakan pelbagai jenis pilihan makanan. Mereka asyik berbual dan bercerita sehingga lupa yang malam sudah larut. Mylia mengarahkan pemandunya untuk segara membawa mereka pulang ke KuaLan   Lumpur.
Dalam perjaLan  an pulang, Tengku Nadhirah terlelap di atas bahu Mylia kerana terlalu penat. Mylia merebahkan tubuh anakndanya dan ditidurkan di atas pahanya. Rambut Tengku Nadhirah dielus lembut. Beberapa kali Mylia mencium ubun-ubun Tengku Nadhirah dengan penuh kasih saying. Dia senyum gembira dapat bertemu dengan anakndanya itu. dalam keadaan tidak sedar, Tengku Nadhirah memegang tangan Mylia.
“Bonda” panggil Tengku Nadhirah dalam tidurnya.
“Ya”  Mylia menyahut.
“Jangan tinggalkan anaknda”
Mylia terdiam. kemudian dia mengucup dahi Tengku Nadhirah. “I love you” ucap Mylia ke telinga Tengku Nadhirah.
Setelah dua jam perjaLan  an akhirnya mereka sampai ke perkarangan kediaman rumah istana. Pemandu Mylia keluar dari perut kereta dan membuka pintu. Dia mahu mengangkat tubuh Tengku Nadhirah yang masih terlelap tetapi Mylia melarang.
“Biar saya saja. Tolong panggilkan Tengku Hamzan”arah Mylia. Dia mengangkat tubuh anakndanya dari tidur dengan berhati-hati agar tidak mengejutkan anakndanya itu daripada lenanya. Tengku Nadhirah agak kepenatan setelah seharian bersiar-siar dan bermain-main dengannya. Mylia mendukung Tengku Nadhirah dan berjalan    ke arahpintu utama. Pemandu Mylia memberikan salam dan tidak lama kemudian Tengku Hamzan keluar.
“Anaknda tertidur” kata Mylia.
Tengku Hamzan mengangkat tubuh Tengku Nadhirah lalu mendukungnya. Tengku Nadhirah bergerak-gerak kecil lalu Mylia segera menepuk-nepuk lembut di belakang Tengku Nadhirah agar anakndanya itu tidak terjaga. Tengku Nadhirah memeluk tubuh Tengku Hamzan.
Mylia memandang ke arahTengku Hamzan. Mereka bertentangan mata buat seketika.
“Sorry lambat balik. Tak sedar pun masa berlalu” beritahu Mylia.
Tengku Hamzan sekadar mengangguk.
“Saya balik dulu” ucap Mylia.
Tengku Hamzan hanya memerhatikan Mylia berjalan    ke arahkeretanya.
“Dah lewat ni. Tidur di sini saja”
Mylia berpaling ke arahTengku Hamzan.
“Tidur di sini sahaja” uLan  g Tengku Hamzan untuk kali keduanya.

Setelah meletakkan Tengku Nadhirah ke tempat tidurnya, Tengku Hamzan membawa Mylia ke sebuah bilik tetamu. Daun pintu dikuak dari luar.
“Dinda boleh tidur di sini malam ni” Tengku Hamzan meLan  gkah masuk dan Mylia membontotinya dari belakang.
Mereka berdua berdiam diri. Terasa janggal apabila berdua-duaan.
“Rehat dulu, nanti kanda suruh En. Johar bawakan persalinan” Tengku Hamzan segera keluar dari kamar itu. dia tidak tahan dengan kebisuan antara mereka berdua.
“Nanti bawakan persalinan buat Puan Muda”arah Tengku Hamzan kepada En. Johar yang setia menunggu di luar kamar. En. Johar membontoti Lan   gkah Tengku Hamzan sampai ke kamar tidurnya. Tengku Hamzan meLan  gkah ke arahalmari pakaian dan membuka pintu almari. Pakaian-pakaian Mylia masih lagi bergantungan di dalamalmari itu. dia tidak pernah merancang atau membuangnya kerana dia yakin suatu hari nanti Mylia akan pulang ke kediaman ini.
“Pilih salah satu”arah Tengku Hamzan. Dia duduk di birai katil. Sekejap-sekejap dia bangun dan berjalan    mundar-mandir di hadapan En. Johar.
“Ada yang saya boleh bantu Tengku?” soal En. Johar.
“Mylia ada di dalam kamar sana. Apa yang patut saya lakukan sekarang?”
“Tengku bahagia selama setahun sebelum ini?”
“Yes I am”
“Tengku boleh bohongi saya tapi Tengku tak boleh bohongi diri sendiri”
“Tapi Mylia membohongi saya! Saya tak boleh terima apa yang dilakukannya dulu”
“Hanya Tengku yang boleh membuat keputusannya. Tapi pandangan saya, Tengku dah banyak menderita dalam setahun ini dan saya juga rasa Puan Muda lagi banyak menderita” beritahu En. Johar. Dia mengambil persalinan yang sudah siap dilipat. Tetapi Tengku Hamzan segera menghentikan En. Johar. Persalinan-persalinan milik Mylia itu bertukar tangan. Tengku Hamzan meLan  gkah ke arahkamar tetamu. Dia mengetuk daun pintu beberapa kali sebelum masuk. Mylia yang sedang duduk di birai katil itu segera bingkas berdiri.
“Ni persalinan awak” pakaian-pakaian itu bertukar tangan.
“Terima kasih”
“Untuk apa?”
“Untuk segala-galanya”
Tengku Hamzan meLan  gkah keluar dari kamar itu dan menutup daun pintu perlahan-lahan. Dia kembali ke kamarnya.
“Shit!” Tengku Hamzan mundar-mandir di dalam kamarnya. Lain yang nak dibuat lain pula yang terjadi. Macam-macam. Tengku Hamzan menggaru kepaLan  ya yang tidak gatal sehingga rambutnya jadi tidak beraturan. Dia gugup. Perasaannya kini sama seperti saat dia dan Mylia mula-mula dating dulu. Tengku Hamzan keluar dari kamarnya dan dia melihat ke sekitar ruangan. Ternyata pembantu-pembantu rumah sudah masuk ke kamar. Mungkin atasarahan En. Johar. Tengku Hamzan berjalan    perlahan-lahan ke arahkamar tetamu. Tangannya memegang tombol pintu tetapi tombol itu tidak dipulas. Dia teragak-agak. Tengku Hamzan melepaskan tangannya dari tombol pintu. Dia mundar-mandir pula di hadapan kamar tetamu.
Mylia mandi dan dengan hanya bertuala paras dada dia keluar dari kamar mandi. Persalinan yang diberikan oleh suaminya itu dicapai lalau dikenakan ke badan. Dia melihat penampiLan  nya dengan persalinan yang diberikan oleh suaminya tadi. Teringat kenangan lama antara mereka berdua dengan persalinan itu membuat Mylia tersenyum malu. Mylia mencapai  nombor telefonnya dan mendail nombor adiknya, Lan   .
“Lan  , kakak kat Malaysia sekarang ni”
“Bila balik?”
“Semalam”
“Kakak dengar baru dapat anak baru?”
Lan   ketawa gembira.
“Kakak tak nak dating sini ke?” soal Lan  
“Nak jugak, nanti kakak call dulu sebelum pergi, manalah tahu Lan sibuk. Business kan dah mantap sekarang”
Sekali lagi Lan ketawa.
“Besok saja kakak dating sini”
“InsyaAllah”
“Kakak tinggal kat mana ni?”
“Hmm” Mylia tidak tahu harus memberitahu Lan   a tau tidak. Adiknya itu tidak berapa menyukai Tengku Hamzan setelah apa yang terjadi denga perkahwinan mereka.
“Tak tidur lagi ni kenapa?” soal Mylia.
“%$$*&^$$^^^”kata-kata Lan tidak berapa jelas kedengaran.
“Hello hello!!”
Mylia melihat telefon bimbitnya yng tidak mempunyai signal network. Dia memulas tombol pintu dan meLan  gkah keluar dari kamarnya.
“Hello?!”
Mylia terkejut melihat Tengku Hamzan sedang berdiri di hadapannya. Tengku Hamzan juga tidak menyangka yang Mylia akan keluar dari kamarnya.
“Hye” sapa Tengku Hamzan sambil melambaikan tangannya. Tengku Hamzan hanya bertindak begitu apabila dia gugup.
Mylia tersenyum lucu.
“On the phone?” soal Tengku Hamzan
Mylia mengangguk.
Ada rasa cemburu yang bersarang di hati Tengku Hamzan.
“Dengan Lan   ” beritahu Mylia walaupun tidak ditanya.
Jawapan daripada Mylia itu membuatkan hati Tengku Hamzan kembali tenang.
Tengku Hamzan memandang Mylia dari hujung rambut sampai hujung kaki. Persalinan yang dipilih oleh En. Johar itu lebih membuatkan hati lelakinya tidak keruan. Gaun malam yang berwarna merah itu mendedahkan bahagian dada dan tubuh Mylia yang putih itu lebih seksi apabila dipadankan dengan pakaian yang berwarna merah. Rambut ikal yang disembunyikan di balik tudung yang dipakainya kini terdedah dan mengurai di bahu. Mylia tetap cantik.
Apabila menyedari pakaiannya yang sedikit ‘melebih-lebih’ itu Mylia jadi malu. Dia menutup bahagian dada yang terdedah dengan tangannya.
Tengku Hamzan jadi serba salah, “Oh! No! No! I didn’t mean”
Mylia masuk ke kamarnya. Tengku Hamzan mengetuk daun pintu.
“We need to talk”
“Dinda, buka pintu ni”
Akhirnya pintu kamar dibuka dan Mylia juga telah memakai bathrobe yang lebih menutupi tubuhnya. Tengku Hamzan meLan  gkah masuk. Dia duduk bersebelahan dengan Mylia. Mereka berdua berdiam diri untuk satu tempoh yang agak lama. Masing-masing tidak tahu apakah yang harus dibincangkan atau siapakah yang harus memulakannya.
“Lan   suruh saya ke rumahnya besok” beritahu Mylia.
“Sendirian?”
“Sendiri” jawab Mylia lalu menambah, “Lan   pun tak berapa suka awak”
Tengku Hamzan mengangguk mengiyakan.
Mereka berdua berdiam diri lagi.
“Saya nak cuba sesuatu. Please go for it” beritahu Tengku Hamzan.
Tengku Hamzan merapatkan dirinya dengan Mylia. Tangannya menyentuh pipi Mylia lalu dia mendekatkan wajahnya ke wajah Mylia. Tengku Hamzan menatap keindahan wajah isterinya itu. Mylia memejamkan matanya. Sentuhan hangat dari Tengku Hamzan terasa di sebelah pipi. Tengku Hamzan akhirnya mendekatkan bibirnya dan akhirnya bibir mereka bersentuhan. Ciuman Mylia dirasakan hangat. Dan saat bibir mereka bersentuhan, dada Tengku Hamzan berdegup kencang.
Mereka bertentang mata.
“Business kat sana OK?” soal Tengku Hamzan memulakan bicara.
“Bisaa-bisaa saja” jelas Mylia.
Bisaa-bisaa? Bukankah business awak sangat Berjaya di sana? Janga terlalu merendah diri Mylia! Kata-kata itu hanya diucapkan di dalam hati.
“Berapa lama balik Malaysia?”
“Seminggu, sebuLan  , not sure”
“Your English better, some english accent”
Mylia mengangguk.
“Saya minta maaf” kali ini giliran Mylia memulakan bicara.
“Untuk apa?”
“Untuk segala-galanya”
“Termasuk untuk kesalahan satu tahun dulu?”
“Im sorry”untuk ketiga kalinya Mylia meminta maaf.
Mylia diam. dia tertunduk. Apabila teringat peristiwa satu tahun dulu, hatinya menjadi marah. Mylia duduk berhadapan dengan Tengku Hamzan dan meraih tangan suaminya.
“Dinda janji, takkan ada rahsia lagi antara kita”
Tengku Hamzan mengangkat wajahnya. Wajah Mylia ditatap lama.
“Business di EngLand macamana?”
“Micheal boleh uruskan, sama dengan waktu kanda belum menyedari yang dinda ada syarikat sendiri”
“Saya perlu ambil hati Lan   ” keluh Tengku Hamzan sebagai gurauan. Mylia senyum lucu sambil mengangguk.
“Saya ikut awak esok, dengan anaknda sekali” beritahu Tengku Hamzan.
Tengku Hamzan mengangguk.


tengku bab 62,63


Bab 62

Mylia duduk di kerusi, pandangannya lepas ke pemandangan di luar dari kamar hotelnya itu. daun pintu diketuk dari luar. Mylia member kebenaran untuk masuk.
“Mam, this is the document that had been signed by Tengku Hamzan” beritahu Micheal. Lidahnya masih belum fasih untuk menyebut nama melayu seperti nama Tengku Hamzan ataupun Mylia. Kadang-kadang, dia tersasul ‘Mailia’
Mylia menatap tandatangan suaminya di surat pertukaran nama hak pemilikan syarikat Perdana King dan juga kediaman rumah istana. Melihat tandatangan itu membuatkan dia sedih. Air mata yang mahu mengalir diseka awal-awal agar tidak merembes keluar. sudah seminggu dia keluar dari rumah kediaman istana dan semenjak itu jugalah dia tidak dihubungi oleh suaminya. Kali ini Tengku Hamzan benar-benar marah.
“Did my husband asked about me?” Lan   cer sahaja mulut Mylia bertanya soaLan   itu kepada Micheal.
Setelah lama berdiam diri, akhirnya Micheal menggelengkan kepaLan  ya.
Mylia tersenyum sinis. Dia memalingkan ajahnya daripada Micheal. Air mata yang mengalir diseka.
“When is your flight?”
“Tomorrow mam”
“Book another ticket for me tomorrow”
“Yes mam”
“Please leave”

Tengku Hamzan menemani Tengku Nadhirah sarapan. Dia merenung di tempat duduk yang selalu diduduki oleh Mylia. Telefon bimbitnya yang diletakkan di meja makan berdering. Akhbar yang dibacanya diletakkan di samping piring. Telefon bimbitnya dicapai.
Tengku Hamzan memberi salam. Dan salamnya dibalas.
“Kanda buat apa?” soal Mylia.
“Breakfast dengan anaknda” jawab Tengku Hamzan.
Mylia terdiam buat beberapa detik. Terkenang akan detik-detik mereka sekeluarga. Dikuatkan hatiniya untuk menyambung bicara.
“Dinda minta izin nak ke EngLan  d. Ada hal penting di sana”
“Dah jadi carrier woman sekarang”sindir Tengku Hamzan.
“Hmm” Mylia mengangguk.
“Berapa lama?” soal Tengku Hamzan.
“Belum tahu lagi, tapi kalau kanda nak suruh dinda pulang, call aje”
“Hmm”
“Ok. Take care”
“Hmm”
Tengku Hamzan mematikan talian.
Mylia memasukkan telefon bimbitnya k etas tangan. Dia mengenakan kaca mata hitam menutupi kesedihan yang terpancar di sepasang matanya.

Bab 63

Satu tahun kemudian…
Tengku Hamzan menatap wajah isterinya yang terpampang di dada majalah antarabangsa itu. bait-bait perkataan yang tertulis di bawah gambar isterinya itu tidak diendahkan lagi. Sudah berkali-kali dia membaca artikel itu dan sudah berpuluh-puluh kali dia menatap gambar itu. isterinya itu sudah menjadi wanita yang sangat Berjaya di Negara asing itu malah nama isterinya itu diagung-agungkan oleh semua rakyat Malaysia kerana mengharumkan nama Negara sebagai orang Malaysia yang pertama berjaya menapak dalam dunia perusahaan di Negara Britain. Dan lebih membanggakan adalah kerana seorang muslimah yang bertudung. Tetapi yang rakyat Malaysia tidak tahu adalah isterinya itu Cuma berstatus isteri hanya pada nama. Semasa rancangan wawancara Mylia yang dikeudarakan di rancangan televisyen tempatan, Mylia hanya memberitahu yang dia sudah berstatus isteri tetapi dirahsiakan siapakah suaminya dari pengetahuan mana-mana media. Tengku Nadhirah bersorak gembira apabila melihat bondanya diwawancara di televisyen. Mylia tidak pernah gagal untuk menjadi seorang ibu kepada anaknda mereka. setiap hari dia akan menelefon Tengku Nadhirah untuk berbicara dengannya. Kadang-kadang anakndanya itu yang menelefonnya. Tengku Nadhirah kelihatan gembira sekali apabila dapat berbicara dengan bondanya. Dia kadang-kadang ketawa lucu di telefon. Tengku Hamzan sendiri tidak tahu apakah yang dibualkan oleh Mylia dan juga Tengku Nadhirah.
 SebuLan   pertama saat pemergian Mylia ke EngLan  d, isterinya itu ada juga menelefonnya dan meminta untuk berbicara dengan Tengku Nadhirah. Panggilan   Mylia itu dijawab endah tidak endah sahaja. Akhirnya, Mylia menghadiahkan sebuah telefon bimbit untuk Tengku Nadhirah dan hadiah itu dihantar oleh salah seorang pekerjanya dari Britain sendiri. Dan setelah itu, dia sudah tidak menerima panggilan   daripada Mylia lagi.
Tengku Hamzan merenung gambar Mylia lama-lama. Wajah isterinya itu tidak banyak berubah Cuma dia sedikit kurus. Mungkin terlalu penat bekerja, maklumlah isterinya itu sudha menajdi wanita berkerjaya. Tengku Hamzan menarik nafas dalam-dalam dan meleaskan satu keluhan. Dia terlalu ego untuk menelefon isterinya, dan akhirnya mereka begini sudah hamper setahun. Seandainya dia menelefon Mylia dan memintanya untuk pulang, pasti isterinya itu akan segera kembali ke sisinya tetapi masalahnya tidak begitu. Dia terlalu ego. Luka lama masih lagi berbekas walaupun dia turut merindui Mylia sepertimana Tengku Nadhirah merindui bondanya.
Tengku Hamzan menekan butang intercom, “Suraya, suruh Ahmad jemput Tengku Nadhirah” Tengku Hamzan teringatkan Tengku Nadhirah apabila alarm di telefon bimbitnya berdering. Tengku Nadhirah sengaja mengesetkan alarm di telefon bimbit ayahndanya setiap hari kerana jika tidak dibuat begitu, ayahndanya akan terlupa untuk menjemputnya.
“Baik Tengku”
Ahmad memandu keretanya agak laju kerana didesak oleh Tengku Hamzan untuk segera sampai. Bimbang sekiranya Tengku Nadhirah menunggu mereka agak lama. Apabila sampai di perkarangan sekolah, Tengku Hamzan segera keluar dari perut kereta dan mendapatkan Tengku Nadhirah yang ditemani oleh dua orang pengawal peribadinya yang tersendiri. Seperti bisaa, dia menetapkan dua orang pengawal peribadi untuk anakndanya itu. Tengku Nadhirah bisa pulang walaupun ayanhdanya tidak menjemputnya kerana dia mempunyai kenderaan serta pengawal peribadinya sendiri, tetapi anakndanya itu semakin manja dan suka mencari perhatian daripada ayahndanya. Dia meminta Tengku Hamzan untuk menjemputnya setiap hari sekiranya ayahndanya tidak mempunyai meeting.
Tengku Nadhirah masuk ke perut kereta dan kemudian diikuti oleh Tengku Hamzan. Ahmad memandu keretanya untuk kembali ke pejabat sementara dua orang pengawal peribadi Tengku Nadhirah mendahului mereka dalam sebuah kenderaan lain. Telefon Tengku Nadhirah berdering, dan dia tersenyum apabila melihat nama bondanya tertera di skrin telefon.
“Hye bonda”
“Di mana ni?” soal Mylia
“Dalam kereta dengan ayahnda. Bonda but apa?”
“Bonda meeting”
Tengku Nadhirah ketawa lucu, “Meeting? Tapi bonda tengah cakap dengan anaknda”
“Meeting ni bosan” kali ini giliran Mylia pula yang ketawa.
Semua staf yang sedang berada di mesyuarat itu terdiam apabila melihat majikan mereka sedang ketawa. Sementara itu, James yang sedang membuat presentation tentang projeknya itu mula cemas apabila melihat Mylia sedang ketawa di telefon. Dia mula sedar yang peresentationnya itu membuatkan Mylia bosan. Rintik peluh dingin mula menitik di dahinya. James terdiam di hadapan semua rakan-rakan sejawatnya. Masing-masing sedang memandang ke arahMylia.
“Sebentar ye anaknda” kata Mylia kepada Tengku Nadhirah.
“James, carry on. Please listen everybody”arah Mylia. Serta merta pekerjanya mengalihkan pandangan mereka ke arahJames apabila mendengararahan daripada Mylia yang menyuruh mereka berbuat begitu.
Hati Tengku Hamzan dirundung cemburu apabila melihat kemesraan antara Tengku Nadhirah dan juga Mylia itu. mahu sahaja dia bertanya, “Did your mum asked anything about me?” kepada anakndanya itu tetapi egonya melarang. Mylia tidak pernahkah mengungkit tentangnya kepada Tengku Nadhirah sewaktu mereka berbicara di telefon? Atau isterinya itu memang sudah melupakannya? Setelah sampai di perkarangan pejabat, Tengku Hamzan dan juga Tengku Nadhirah diiringi oleh pengawal peribadi mereka untuk naik ke pejabatnya.
“Anything for me Suraya?” soal Tengku Hamzan saat dia melewati meja setiausahanya itu.
Suraya bangun dari duduknya, “Tengku Imran call and he invites u and Tengku Nadhirah for dinner tonight”
“That’s all?”
“Dato Ganesha call asked for you”
“Next time ignore him” Tengku Hamzan tiba-tiba teringat tentang apa yang dilakukan oleh lelaki itu saat dia memerlukan bantuan dulu.
“And…H Group offer us a job”
“H Group?” soal Tengku Hamzan seakan-akan tidak percaya.
Suaraya cemas, dia melihat kembali catatan yang ditulisnya saat dia menerima panggilan   dari luar Negara itu. bimbang jika dia tersalah bicara dan akan dimarahi oleh Tengku Hamzan.
“H Group” uLan  g Suraya.
“Whos calling?” soal Tengku Hamzan ingin tahu.
“Micheal”
Tengku Hamzan hampa. Sangkaannya Mylia yang akan menelefon.
Tengku Hamzan mengerling ke arahTengku Nadhirah yang sedang meliuk lentuk di sofa di hadapan meja Suraya. Begitulah kelatah anakndanya saat berbicara dengan bondanya. Tengku Hamzan tidak mahu mengganggu. Dia masuk ke bilik pejabatnya lalu duduk di kerusinya. Kerjanya yang tertangguh sebentar tadi disambung. Sesekali dia mengerling karah gambar isterinya yang terpampang di dada majalah antarabangsa itu.
“Ayahnda!” panggil Tengku Nadhirah saat dia meluru masuk ke bilik pejabat ayahndanya itu. Tengku Nadhirah mendapatkan Tengku Hamzan lalu menghulurkan telefon bimbitnya kepada ayandanya.
“Siapa?” soal Tengku Hamzan pelik.
“Bonda nak cakap dengan ayahnda”
Sudah sebelas buLan   dia tidak berbicara dengan isterinya. Ini kali pertama mereka bakal bercakap setelah sekian lama berdiam diri antara satu sama lain. Perasaan Tengku Hamzan mula bercampur antara suka, segan dan teruja tetapi dia cuba mengawal emosinya.
“Assalamualaikum kanda” sapa Mylia dengan lembut.
“Waalaikumussalam”
“Kanda sihat?”
“Alhamdulillah” sepatah sahaja yang dijawab oleh Tengku Hamzan. Dia diam. tidak tahu apa yang hendak dibicarakan dengan Mylia. Dia mengharapkan Mylia yang memulakan bicara.
“Dah dapat call dari Micheal?” soal Mylia.
“Hmm” rupa-rupanya isterinya mahu berbincang soal business. Harapan Tengku Hamzan hampa.
“Kalau kanda setuju, minggu depan dinda akan suruh Micheal ke Malaysia”
“Tengok dulu macamana”
“Dinda pulang Malaysia minggu depan” beritahu Mylia walaupun tidak ditanya. Perasaan Tengku Hamzan bertambah tidak tenang. Pelbagai emosi dirasakannya kini, dadanya berombak kencang cuba mengawal emosi yang mula bergabung.
“Kanda” panggil Mylia setelah suaminya itu terdiam buat suatu ketika.
“Dinda ingat balik nanti nak jumpa anaknda”
“Nanti kita bincang” panggilan   segera dimatikan oleh Tengku Hamzan. Dia memuLan  gkan kembali telefon Tengku Nadhirah.
“Kenapa off ayahnda. Anaknda belum habis lagi bersembang dengan bonda”

tengku bab 62,63


Bab 62

Mylia duduk di kerusi, pandangannya lepas ke pemandangan di luar dari kamar hotelnya itu. daun pintu diketuk dari luar. Mylia member kebenaran untuk masuk.
“Mam, this is the document that had been signed by Tengku Hamzan” beritahu Micheal. Lidahnya masih belum fasih untuk menyebut nama melayu seperti nama Tengku Hamzan ataupun Mylia. Kadang-kadang, dia tersasul ‘Mailia’
Mylia menatap tandatangan suaminya di surat pertukaran nama hak pemilikan syarikat Perdana King dan juga kediaman rumah istana. Melihat tandatangan itu membuatkan dia sedih. Air mata yang mahu mengalir diseka awal-awal agar tidak merembes keluar. sudah seminggu dia keluar dari rumah kediaman istana dan semenjak itu jugalah dia tidak dihubungi oleh suaminya. Kali ini Tengku Hamzan benar-benar marah.
“Did my husband asked about me?” Lan   cer sahaja mulut Mylia bertanya soaLan   itu kepada Micheal.
Setelah lama berdiam diri, akhirnya Micheal menggelengkan kepaLan  ya.
Mylia tersenyum sinis. Dia memalingkan ajahnya daripada Micheal. Air mata yang mengalir diseka.
“When is your flight?”
“Tomorrow mam”
“Book another ticket for me tomorrow”
“Yes mam”
“Please leave”

Tengku Hamzan menemani Tengku Nadhirah sarapan. Dia merenung di tempat duduk yang selalu diduduki oleh Mylia. Telefon bimbitnya yang diletakkan di meja makan berdering. Akhbar yang dibacanya diletakkan di samping piring. Telefon bimbitnya dicapai.
Tengku Hamzan memberi salam. Dan salamnya dibalas.
“Kanda buat apa?” soal Mylia.
“Breakfast dengan anaknda” jawab Tengku Hamzan.
Mylia terdiam buat beberapa detik. Terkenang akan detik-detik mereka sekeluarga. Dikuatkan hatiniya untuk menyambung bicara.
“Dinda minta izin nak ke EngLan  d. Ada hal penting di sana”
“Dah jadi carrier woman sekarang”sindir Tengku Hamzan.
“Hmm” Mylia mengangguk.
“Berapa lama?” soal Tengku Hamzan.
“Belum tahu lagi, tapi kalau kanda nak suruh dinda pulang, call aje”
“Hmm”
“Ok. Take care”
“Hmm”
Tengku Hamzan mematikan talian.
Mylia memasukkan telefon bimbitnya k etas tangan. Dia mengenakan kaca mata hitam menutupi kesedihan yang terpancar di sepasang matanya.

Bab 63

Satu tahun kemudian…
Tengku Hamzan menatap wajah isterinya yang terpampang di dada majalah antarabangsa itu. bait-bait perkataan yang tertulis di bawah gambar isterinya itu tidak diendahkan lagi. Sudah berkali-kali dia membaca artikel itu dan sudah berpuluh-puluh kali dia menatap gambar itu. isterinya itu sudah menjadi wanita yang sangat Berjaya di Negara asing itu malah nama isterinya itu diagung-agungkan oleh semua rakyat Malaysia kerana mengharumkan nama Negara sebagai orang Malaysia yang pertama berjaya menapak dalam dunia perusahaan di Negara Britain. Dan lebih membanggakan adalah kerana seorang muslimah yang bertudung. Tetapi yang rakyat Malaysia tidak tahu adalah isterinya itu Cuma berstatus isteri hanya pada nama. Semasa rancangan wawancara Mylia yang dikeudarakan di rancangan televisyen tempatan, Mylia hanya memberitahu yang dia sudah berstatus isteri tetapi dirahsiakan siapakah suaminya dari pengetahuan mana-mana media. Tengku Nadhirah bersorak gembira apabila melihat bondanya diwawancara di televisyen. Mylia tidak pernah gagal untuk menjadi seorang ibu kepada anaknda mereka. setiap hari dia akan menelefon Tengku Nadhirah untuk berbicara dengannya. Kadang-kadang anakndanya itu yang menelefonnya. Tengku Nadhirah kelihatan gembira sekali apabila dapat berbicara dengan bondanya. Dia kadang-kadang ketawa lucu di telefon. Tengku Hamzan sendiri tidak tahu apakah yang dibualkan oleh Mylia dan juga Tengku Nadhirah.
 SebuLan   pertama saat pemergian Mylia ke EngLan  d, isterinya itu ada juga menelefonnya dan meminta untuk berbicara dengan Tengku Nadhirah. Panggilan   Mylia itu dijawab endah tidak endah sahaja. Akhirnya, Mylia menghadiahkan sebuah telefon bimbit untuk Tengku Nadhirah dan hadiah itu dihantar oleh salah seorang pekerjanya dari Britain sendiri. Dan setelah itu, dia sudah tidak menerima panggilan   daripada Mylia lagi.
Tengku Hamzan merenung gambar Mylia lama-lama. Wajah isterinya itu tidak banyak berubah Cuma dia sedikit kurus. Mungkin terlalu penat bekerja, maklumlah isterinya itu sudha menajdi wanita berkerjaya. Tengku Hamzan menarik nafas dalam-dalam dan meleaskan satu keluhan. Dia terlalu ego untuk menelefon isterinya, dan akhirnya mereka begini sudah hamper setahun. Seandainya dia menelefon Mylia dan memintanya untuk pulang, pasti isterinya itu akan segera kembali ke sisinya tetapi masalahnya tidak begitu. Dia terlalu ego. Luka lama masih lagi berbekas walaupun dia turut merindui Mylia sepertimana Tengku Nadhirah merindui bondanya.
Tengku Hamzan menekan butang intercom, “Suraya, suruh Ahmad jemput Tengku Nadhirah” Tengku Hamzan teringatkan Tengku Nadhirah apabila alarm di telefon bimbitnya berdering. Tengku Nadhirah sengaja mengesetkan alarm di telefon bimbit ayahndanya setiap hari kerana jika tidak dibuat begitu, ayahndanya akan terlupa untuk menjemputnya.
“Baik Tengku”
Ahmad memandu keretanya agak laju kerana didesak oleh Tengku Hamzan untuk segera sampai. Bimbang sekiranya Tengku Nadhirah menunggu mereka agak lama. Apabila sampai di perkarangan sekolah, Tengku Hamzan segera keluar dari perut kereta dan mendapatkan Tengku Nadhirah yang ditemani oleh dua orang pengawal peribadinya yang tersendiri. Seperti bisaa, dia menetapkan dua orang pengawal peribadi untuk anakndanya itu. Tengku Nadhirah bisa pulang walaupun ayanhdanya tidak menjemputnya kerana dia mempunyai kenderaan serta pengawal peribadinya sendiri, tetapi anakndanya itu semakin manja dan suka mencari perhatian daripada ayahndanya. Dia meminta Tengku Hamzan untuk menjemputnya setiap hari sekiranya ayahndanya tidak mempunyai meeting.
Tengku Nadhirah masuk ke perut kereta dan kemudian diikuti oleh Tengku Hamzan. Ahmad memandu keretanya untuk kembali ke pejabat sementara dua orang pengawal peribadi Tengku Nadhirah mendahului mereka dalam sebuah kenderaan lain. Telefon Tengku Nadhirah berdering, dan dia tersenyum apabila melihat nama bondanya tertera di skrin telefon.
“Hye bonda”
“Di mana ni?” soal Mylia
“Dalam kereta dengan ayahnda. Bonda but apa?”
“Bonda meeting”
Tengku Nadhirah ketawa lucu, “Meeting? Tapi bonda tengah cakap dengan anaknda”
“Meeting ni bosan” kali ini giliran Mylia pula yang ketawa.
Semua staf yang sedang berada di mesyuarat itu terdiam apabila melihat majikan mereka sedang ketawa. Sementara itu, James yang sedang membuat presentation tentang projeknya itu mula cemas apabila melihat Mylia sedang ketawa di telefon. Dia mula sedar yang peresentationnya itu membuatkan Mylia bosan. Rintik peluh dingin mula menitik di dahinya. James terdiam di hadapan semua rakan-rakan sejawatnya. Masing-masing sedang memandang ke arahMylia.
“Sebentar ye anaknda” kata Mylia kepada Tengku Nadhirah.
“James, carry on. Please listen everybody”arah Mylia. Serta merta pekerjanya mengalihkan pandangan mereka ke arahJames apabila mendengararahan daripada Mylia yang menyuruh mereka berbuat begitu.
Hati Tengku Hamzan dirundung cemburu apabila melihat kemesraan antara Tengku Nadhirah dan juga Mylia itu. mahu sahaja dia bertanya, “Did your mum asked anything about me?” kepada anakndanya itu tetapi egonya melarang. Mylia tidak pernahkah mengungkit tentangnya kepada Tengku Nadhirah sewaktu mereka berbicara di telefon? Atau isterinya itu memang sudah melupakannya? Setelah sampai di perkarangan pejabat, Tengku Hamzan dan juga Tengku Nadhirah diiringi oleh pengawal peribadi mereka untuk naik ke pejabatnya.
“Anything for me Suraya?” soal Tengku Hamzan saat dia melewati meja setiausahanya itu.
Suraya bangun dari duduknya, “Tengku Imran call and he invites u and Tengku Nadhirah for dinner tonight”
“That’s all?”
“Dato Ganesha call asked for you”
“Next time ignore him” Tengku Hamzan tiba-tiba teringat tentang apa yang dilakukan oleh lelaki itu saat dia memerlukan bantuan dulu.
“And…H Group offer us a job”
“H Group?” soal Tengku Hamzan seakan-akan tidak percaya.
Suaraya cemas, dia melihat kembali catatan yang ditulisnya saat dia menerima panggilan   dari luar Negara itu. bimbang jika dia tersalah bicara dan akan dimarahi oleh Tengku Hamzan.
“H Group” uLan  g Suraya.
“Whos calling?” soal Tengku Hamzan ingin tahu.
“Micheal”
Tengku Hamzan hampa. Sangkaannya Mylia yang akan menelefon.
Tengku Hamzan mengerling ke arahTengku Nadhirah yang sedang meliuk lentuk di sofa di hadapan meja Suraya. Begitulah kelatah anakndanya saat berbicara dengan bondanya. Tengku Hamzan tidak mahu mengganggu. Dia masuk ke bilik pejabatnya lalu duduk di kerusinya. Kerjanya yang tertangguh sebentar tadi disambung. Sesekali dia mengerling karah gambar isterinya yang terpampang di dada majalah antarabangsa itu.
“Ayahnda!” panggil Tengku Nadhirah saat dia meluru masuk ke bilik pejabat ayahndanya itu. Tengku Nadhirah mendapatkan Tengku Hamzan lalu menghulurkan telefon bimbitnya kepada ayandanya.
“Siapa?” soal Tengku Hamzan pelik.
“Bonda nak cakap dengan ayahnda”
Sudah sebelas buLan   dia tidak berbicara dengan isterinya. Ini kali pertama mereka bakal bercakap setelah sekian lama berdiam diri antara satu sama lain. Perasaan Tengku Hamzan mula bercampur antara suka, segan dan teruja tetapi dia cuba mengawal emosinya.
“Assalamualaikum kanda” sapa Mylia dengan lembut.
“Waalaikumussalam”
“Kanda sihat?”
“Alhamdulillah” sepatah sahaja yang dijawab oleh Tengku Hamzan. Dia diam. tidak tahu apa yang hendak dibicarakan dengan Mylia. Dia mengharapkan Mylia yang memulakan bicara.
“Dah dapat call dari Micheal?” soal Mylia.
“Hmm” rupa-rupanya isterinya mahu berbincang soal business. Harapan Tengku Hamzan hampa.
“Kalau kanda setuju, minggu depan dinda akan suruh Micheal ke Malaysia”
“Tengok dulu macamana”
“Dinda pulang Malaysia minggu depan” beritahu Mylia walaupun tidak ditanya. Perasaan Tengku Hamzan bertambah tidak tenang. Pelbagai emosi dirasakannya kini, dadanya berombak kencang cuba mengawal emosi yang mula bergabung.
“Kanda” panggil Mylia setelah suaminya itu terdiam buat suatu ketika.
“Dinda ingat balik nanti nak jumpa anaknda”
“Nanti kita bincang” panggilan   segera dimatikan oleh Tengku Hamzan. Dia memuLan  gkan kembali telefon Tengku Nadhirah.
“Kenapa off ayahnda. Anaknda belum habis lagi bersembang dengan bonda”

tengku bab 61


Bab 61

Sabtu 19 mei 2010

Aku telah melindungi keluargaku semampu yang kuupayakan. Maisarah bukan lagi ancaman buat suamiku ataupun untuk anakndaku. Akhirnya suamiku tahu juga siapa Maisarah yang sebenarnya.
MenjaLan  i kehidupan di sisi suamiku membuatkan aku berasa bersalah. Patutkah aku memberitahu suamiku tentang sesuatu yang masih aku rahsiakan? Suamiku tidak akan memaafkanku atas perbuatanku ini.
Atau patutkah aku melarikan diri dari sisi suamiku? Tapi bukankah itu nusyuz? Atau aku berterus terang sahaja. Apa sahaja keputusan suamiku aku akan menerimanya.

Mylia menutup buku diarinya. Diari itu dimasukkan ke dalam laci. Dilihat tubuh suaminya yang masih berbaring di katil. Susah sekali suaminya mahu memejamkan mata malam tadi memandangkan ini adalah malam terakhir mereka di rumah kediaman ini.
Mylia mengejutkan suaminya dari tidur.
Tengku Hamzan bermalas-malasan di katil.
“Kita solat subuh bersama-sama ye kanda”
Tengku Hamzan menyandarkan dirinya di katil dan dia mengangguk.
Tidak lama kemudian, mereka suami isteri solat Subuh berjemaah.
Tengku Hamzan menyelesaikan bacaannya dengan ucapan Amin.
Mylia memandang suaminya dari belakang. Mahu sahaja dia berbicara, tetapi mulutnya berat mahu berbicara.
Tengku Hamzan bangun berdiri, melipat sejadahnya.
“Kanda” panggil Mylia lemah.
Tengku Hamzan berpaling ke belakang.
Mylia sekadar senyum, lalu menggeleng.

Jam 9 pagi ruang tamu di kediaman rumah istana sudah dipenuhi dengan ramai orang. Mereka bukan sekadar tetamu tetapi mereka merupakan pembeli yang akan membeli lelongan asset milik Tengku Hamzan.
Pengacara yang dari perwakiLan   bank memulakan acara.
“Assalamualaikum dan selamat pagi. Terima kasih kepada semua yang hadir ke acara pelelongan pada hari ini”
Tengku Hamzan berdiri dalam puluhan tetamu-tetamu yang hadir. Dia mencari-cari kelibat Tengku Imran sejak dari tadi tetapi tidak ketemu. Dia risau sekiranya Tengku Imran tidak menepati janjinya untuk hadir ke majlis ini. Tengku Imran mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon ayahndanya tetapi panggilan   telefonnya tidak disambungkan.
Tengku Imran masih lagi berada di dalam bilik mesyuarat menyelesaikan masalah pembinaan projek syarikatnya yang menghadapi masalah. Tengku Imran menyelak lengan kemeja untuk melihat jam tangannya. Dia resah. Perbincangan masih lagi belum selesai tetapi dia harus ke rumah kediaman istana milik Tengku Hamzan.  Wahida, jurutera yang dipertanggunjawabkan untuk menguruskan pembinaan flyover di Pulau Pinang berdiri sambil menyampaikan pemasalahan yang dihadapi.
Tengku Hamzan menghempaskan telefon bimbitnya ke rumput. Dia marah kerana panggilan  nya tidak diangkat oleh Tengku Imran sedangkan pelelongan untuk rumah kediaman istana sudah berLan  gsung. Sebentar lagi pelelongan untuk syarikat Perdana King. Dia mendengar suara gemuruh tepukan dari dalam kediaman. Tengku Hamzan segera masuk.
“Rumah ini dijual kepada pembeli yang menelefon sebentar tadi dengan harga 1 million dollar US” umum pengecara setelah mengetuk mejanya sebanyak tiga kali.
Tengku Hamzan mengintai jaLan   masuk di celah-celah tetamu yang hadir. Ahu, Dia menyapa seorang tetamu di sebelahnya.
“Do you know who is the buyer for this house?” soal Tengku Hamzan kepada seorang lelaki yang berdiri di sebelahnya.
Lelaki itu menjungkitkan bahu dan memberitahu. “Im sorry, I don’t know”
Tengku Hamzan berjalan    lagi agak hamper ke depan.
“Sekarang kita mulakan pelelongan untuk Syarikat Perdana King. Bidaan dimulakan pada 5 million dolar US”
“What? Nonsence. That company worth more than that” secara tidak sedar Tengku Hamzan meluahkan keluhannya.
“I don’t know man, that company is in serious economic trouble” seorang lelaki yang tidak dikenali memberi respond pada Tengku Hamzan.
Tengku Hamzan sekadar melirik kepada seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dengannya itu.
“Ada bidaan?” soal pengacara.
“6 million US Dollar” laung satu suara.
Tengku Hamzan segera menoleh ke belakang, dilihatnya Tengku Imran menapak ke ruangan itu. tetamu-tetamu yang dating turut menoleh kepada Tengku Imran dan memberi ruang untuk Tengku Imran menapak lebih ke depan.
“6 Million USD dari pembida di sana. Ada tawaran yang lain?” soal pengacara itu lagi.
“7 million USD” semua tetamu termasuk Tengku Hamzan dan juga Tengku Imran memandang ke arahseorang lelaki asing yang baru menapak masuk ke dalam ruangan itu. Tengku Hamzan kenal akan lelaki asing itu. dia adalah perwakiLan   daripada syarikat yang menwarkan projek Polypetroleum.
Apa yang lelaki itu buat di sini? Soal Tengku Hamzan sendirian. Dia tetanya-tanya. Berminat juga lelaki itu dengan syarikatnya. Apakah niat sebenarnya. Tengku Hamzan mula meragui kehadiran lelaki itu di sini.
“7 million dollar going once” laung si pengacara pelelongan.
“7 million dollar going twice”
“7 million dollar going..”
“8 million dollar!” Tengku Imran menawarkan harga yang lebih tinggi.
Tetamu-tetamu yang hadir saling berpandangan sesame sendiri. Sehingga ada yang tertanya-tanya kenapa dua orang pembida ini sangat berminat dengan syarikat Perdana King sedangkan syarikat itu mengalami masalah dan harga yang ditawarkan itu sangat tidak sesuai dengan kondisi kewangan syarikat itu.
“8 million dollar US going once”
“10 million USD” laung Micheal dengan keras. Tawaran yang disampaikan oleh lelaki asing sangat tinggi sehinggakan ruangan itu riuh rendah untuk sementara waktu. Ada tetamu yang melopong ternganga mendengar tawaran harga yang dianggap oleh mereka sebagai tawaran yang gila. Mustahil harga syarikat iu mencecah sebegitu tinggi! Tengku Hamzan juga turut terkejut mendengar tawaran harga daripada perwakiLan   H group itu. nampaknya lelaki asing itu memang berniat mahu memiliki syarikat Perdana King. Dia tidak menghiraukan harga seberapa banyak tawaran harga daripada Tengku Imran, pasti dia akan menawarkan harga yang lebih tinggi.
Apakah yang diinginkan oleh lelaki mat saleh ini? Tengku Hamzan berteka-teki.
Tengku Hamzan menoleh ke sisi memandang ke arahayahndanya mengisyaratkan agar ayahndanya memberikan twaran yang lebih tinggi. Dia tidak sanggup melihat syarikat peninggaLan   almarhum ayahndanya jatuh ke atangan orang lain apatah lagi orang asing.
“10 million USD going once”
“10 million USD gping twice”
“!0 million USD going third”
“Sold! To the man right there” laung si pengacara lalau menunjukkan ke arah a Micheal. Micheal sekadar tersenyum. Tengku Hamzan berjalan    keluar dari keriuhan itu. Tengku Imran mengejar Lan   gkah Tengku Hamzan.
“Anaknda nak ke mana?” bahu Tengku Hamzan diarih. Lan   gkah Tengku Hamzan berenti. Dia menoleh ke belakang.
“Ayahnda tak mampu menawarkan harga yang lebih tinggi. Syarikat ayahnda ada masalah dengan projek kami” beritahu Tengku Imran tanpa disoal. Dia juga sebenarnya sangat mahu menolong tetapi dia juga mengalami masalahnya yang tersendiri.
“Anaknda nak ke mana selepas ini?” soal Tengku Imran.
“Kami akan ke rumah baru kami” balas Tengku Hamzan. Dia tahu Tengku Imran telah berusaha semampunya untuk membantu tetapi dia sangat hampa dan dia mahu bersendirian sekarang ini.
“Tinggal sahaja di rumah ayahnda” Tengku Imran memberikan cadangan. Walaupun Tengku Hamzan bertengkar dengannya tetapi dia tidak sanggup melihat anakndanya itu merempat di tepi jaLan   tidak berumah. Hubungan darah tidak mampu dipisahkan.
“Tak apalah ayahnda. Mylia ada carikan rumah murah untuk kami sekeluarga” beritahu Tengku Hamzan lalu dia segera meninggalkan ruangan itu.
Mylia mundar mandir di ruangan tamu sementara menunggu kehadiran Tengku Hamzan. Suaminya itu mengambil masa untuk bersendirian di ruang membacanya sebelum berangkat meninggalkan rumah istananya itu. En. Johar ada bersama Tengku Hamzan. Tengku Nadhirah melihat bondanya dengan pandangan yang pelik tetapi dia tidak bertanya. Acara pelelongan itu baru sahaja berakhir dan beberapa orang tetamu sudah mula pulang. Tiba-tiba Lan   gkah Mylia terhenti apabila dia melihat Tengku Imran tercegat di hadapannya. Dia menyapa tetapi Tengku Imran tidak bersuara.
“Aku nak berterus terang dengan anaknda Tengku Hamzan” beritahu Tengku Imran.
Mylia diam. dia menantikan kata-kata ayahndanya yang seterusnya.
“Anaknda Tengku Hamzan berhak tahu siapa kau sebenarnya. isteri yang disayanginya ini rupa-rupanya yang merancang kejatuhan syarikatnya”
Mylia masih lagi berdiam. Dia mamandang ke arahanakndanya, Tengku Nadhirah.
“Ayahnda, kita bincang di tempat lain boleh?”
Tengku Imran terdiam. barulah dia sedar yang dia tidak seharusnya berbicara seLan  tang itu di hadapan Tengku Nadhirah. Anak itu masih terlalu kecil untuk mengerti semua ini. Mylia mengahmpiri Tengku Nadhirah lalu mengusap rambut anaknya.
“Anaknda boleh tinggalkan bonda dengan nenda Tengku Imran boleh?” soal Mylia kepada anakndanya itu.
“Bonda dengan nenda bergaduh ke?” soal Tengku Nadhirah.
Mylia senyum lalu menggeleng.
“Nenda Cuma marah pada bonda sebab bonda ada buat silap. Samalah kalau anaknda buat silap, pasti bonda pun marah kan?”
Tengku Nadhirah mengangguk.
“Anaknda ke tingkat atas ye bonda?”
Mylia mengangguk. “Nanti sebentar lagi bonda cari anaknda ya?”
Tengku Nadhirah berlalu meninggalkan Tengku Imran dan bondanya di ruangan itu.
Mylia membetulkan tubuhnya menghadap Tengku Imran.
“Anaknda tahu anaknda salah. Tapi sekarang Maisarah bukan lagi ancaman untuk keluarga saya ayahnda” beritahu Mylia. Nada suaranya tetap rendah. Dia tahu darjatnya di sisi ayahnda Tengku Imran. Lelaki itu dihormati seperti ayahnya sendiri.
“Kau bunuh Maisarah  ?” soal Tengku Imran terkejut. Pertanyaan itu seperti sebuah tuduhan yang dilemparkan kepada Mylia.
Mylia cepat-cepat menafikan. “Saya tidak pernah merancang untuk mebunuh Maisarah  . Memang sudah sampai ajalnya. Im better than her. Saya takkan menyelesaikan masalah dengan membunuh”
“Tengku Hamzan dah tahu apa yang kau buat sebenarnya?”
Mylia menggeleng lemah. Terlalu berat untuknya berterus terang kepada suaminya itu. dia bimbang sekiranya suaminya akan marah kepadanya. Tetapi dia tahu pendapat Tengku Imran itu ada benarnya. Sampai bila dia harus menyembunyikan perkara yang sebenar ini daripada pengetahuan suaminya. Tengku Hamzan berhak untuk tahu.
“Hal apa dinda!?”
Mylia dan Tengku Imran ternyata terkejut mendengar suara milik Tengku Hamzan itu tiba-tiba menyampuk perbuaLan   mereka. Tengku Imran berdehem beberapa kali. Tengku Hamzan berjalan    mendekati Mylia Lan   tas menguLan  gi pertanyaan itu untuk kedua kalinya.
Mylia melihat ke arahTengku Imran.
“Ada sesuatu yang dinda nak bagitahu kanda” akhirnya Mylia bersuara. Kali ini dia nekad untuk memberitahu segala-galanya kepada suaminya dan juga Tengku Imran.
“Im sorry to disturb all of you” tiba-tiba Micheal muncul dengan membawa beberapa helai kertas.
Mylia, Tengku Imran dan juga Tengku Hamzan serta En. Johar berpaling ke arahlelaki itu. micheal sekadar tersenyum.
“Im going to need your signature” kata Micheal. Dia kemudiannya berjalan    ke arahTengku Hamzan dan juga Mylia. Tengku Hamzan berasa pelik. Setahunya urusan jual beli harta-hartanya diserahkan kepada pihak bank dan tandatangannya sudah tidak layak kerana harta-hartanya sudah dicagarkan atas nama bank. Maknanya semua urusan berkenaan jual beli diwakilkan kepada pihak bank dan juga pihak pembeli. Tengku Hamzan berpaling ke arahMylia apabila Micheal yang disangkakan mahu mengambil tandatangannya ternyata meminta tandatangan isterinya.
Mylia memandang ke arahTengku Hamzan. Dia tahu suaminya itu bingung dengan siatuasi sekarang ini. dia kaan menjelaskan segala-galanya. Mylia mengambil dokumen yang diserahkan oleh Micheal itu dan menandatanganinya. Tengku Hamzan sekadar memandang sambil membaca isi kandungan dokumen itu. ternyata sangkaannya itu betul. Dokumen-dokumen yang diserahkan oleh Micheal itu adalah dokumen jual beli syarikat Perdana King. Tengku Hamzan bertambah bingung apabila melihat Mylia menandatangani di bahagian sebelah kanan paling bawah sebagai pembeli.
“Apa ni?” Tengku Hamzan bertanya Lan   tang.
Mylia menyerahkan kembali semua dokumen yang dibawa oleh Micheal itu. Tengku Imran juga turut tertanya-tanya.
“Ada sesuatu yang dinda ingin beritahu kanda, dan ayahnda Tengku Imran”
“Whats going on?” Tengku Hamzan bertanya lagi. Kali ini dia memandang ke arahMicheal yang berdiri di sampingnya. Micheal membisu. Dia tidak layak bersuara.
“Kanda, Micheal bekerja untuk dinda”
Tengku Hamzan tersenyum sinis. Kemudian dia ketawa lucu. “Are you joking?” sukar untuk dipercayai oleh Tengku Hamzan.
Mylia diam. wajahnya serius sahaja. Tawa Tengku Hamzan terhenti. Dia memandang isterinya. Kenyataan itu bukan sahaka mengejutkan Tengku Hamzan malah Tengku Imran juga mempunyai perasaan yang sama tetapi dia hanya berdiam.
“Kanda tak faham”
“You know what I mean. Micheal and Jason is working for me” beritahu Mylia.
“And Im the owner of H Group” sambung Mylia lagi.
Tengku Hamzan dan Tengku Imran terdiam.
“Maafkan dinda, kanda” Mylia merapatkan tubuhnya ke arah   Tengku Hamzan lalu meraik tangan suaminya. Tetapi Tengku Hamzan melarikan tangannya.
“why are you lying to me, to my face!” Tengku Hamzan marah. Dia punya hak untuk marah. Isterinya menipu dan mempermainkannya. Sesiapa sahaja yang berada di kedudukannya sekarang memang berhak untuk marah. Suara Tengku Hamzan bergema di ruangan itu sehingga menarik perhatian beberapa orang tetamu yang masih lagi berada di rumah istana itu. mereka semua melihat ke arahmereka.
“Maafkan dinda. Dinda buat macam ni sebab dinda sayangkan kanda”
“Bullshit! Kau buat macam ni sebab kau nak semua harta aku?”
“Bukan. Dinda buat macam ni sebab dinda nak lindungi keluarga dinda, keluarga kita. Maisarah merancang untuk membunuh kanda. Dari dulu lagi dia merancang untuk membunuh kanda. Kalau dinda beritahu kanda, kanda tidak akan percaya. Jadi dinda merancang semua ini, supaya kanda sedar sendiri siapa Maisarah sebenarnya” jelas Mylia. Inilah yang ditakutinya jika dia berterus terang. Tengku Hamzan memang sangat marah. Dia sangat takut sekarang ini.
“Jadi kau bunuh Maisarah  ?” soal Tengku Hamzan.
“Tidak, dinda merancang untuk menyedarkan kanda sahaja. Bila kanda jatuh bankrupt pansti Maisarah akan meninggalkan kanda. Hanya itu sahaja pLan   dinda” bersungguh-sungguh Mylia menjelaskan.
“Maafkan dinda” entah ke berapa kali Mylia memohon maaf.
“Siapa H Group?” soal Tengku Hamzan. Suaranya sudah sedikit mengendur. Tengku Imran juga tertanya-tanya perkara yang sama, bagaimana gadis itu bisa mempunyai syarikat sebesar itu sedangkan gadis itu dilihat sebagai gadis kebanyakan.
“Selepas dinda disuruh meninggalkan kanda, En. Johar ada memberikan wang pampas an untuk dinda” jelas Mylia. Dia memandang ke arahEn. Johar yang berdiri di belakang Tengku Imran. En. Johar menundukkan wajahnya. Malu apapbila mengingatkan perbuatannya yang dulu itu.
“Duit itu dinda melabur di British dan Muiz yang banyak membantu dinda. Dan H Group adalah hasi pelaburan dinda untuk tujuh tahun selama dinda menyembunyikan diri daripada kanda. Lan juga tidak tahu akan hal ini, jadi kanda jangan slaahkan Lan   ”
“H Group?” soal Tengku Hamzan.
“Sempena nama kanda, Hamzan” jelas Mylia.
“Jadi kepulangan dinda di sisi kanda adalah sebahagian daripada rancangan dinda?”
Mylia mengangguk.
“Dinda cintakan kanda atau tidak?”
Mylia mengangguk lagi.
“Syarikat kanda jatuh bankrupt sebab dinda. Dinda yang meyakinkan ayahnda Tengku Imran menarik balik semua dana untuk pelaburan syarikat kanda dalam Polypetroleum” beritahu Mylia lagi. Kali ini dia ingin memberitahu kesemuanya kepada Tengku Hamzan.  Tengku Hamzan berpaling ke arahTengku Imran.
“Ayahnda tidak bersalah. Dinda yang meminta ayahnda berbuat begitu dengan alasan hanya dengan cara itu, kanda akan sedar siapa Maisarah sebenarnya”
“Ayahnda hanya bersetuju apabila dinda berjanji yang ini adalah yang terbaik untuk kanda” sambung Mylia lagi.
“Micheal” panggil Mylia.
Micheal berjalan    ke arah   majikannya itu dan menyerahkan dokumen pembelian syarikat Perdana King. Dokumen itu kemudiannya diserahkan kepada Tengku Hamzan.
“Ini syarikat kanda. Buat sementara waktu ini, dokumen ini masih atas nama dinda tetapi Micheal akan menguruskan segala urusan tukar hak milik atas nama kanda, dan rumah kediaman istana juga dinda sudah beli balik dari lelongan tadi”
“So you are the buyer from the phone?” soal Tengku Hamzan.
Mylia sekadar mengangguk.
Tengku Hamzan diam. Mylia juga turut diam. perasaannya lega setelah memberitahu segala-galanya kepada suaminya ini. kali ini terpulang saja kepada Tengku Hamzan. Dia menerima apa sahaja keputusan suaminya itu.
“Dinda tahu dinda salah dan dinda tak layak untuk dimaafkan kerana terlalu banyak perkara yang dinda lakukan tanpa pengetahuan kanda. Tetapi dinda cintakan kanda. Dinda terima apa sahaja keputusan kanda”
“Dinda dah banyak berbohong pada kanda”
“Tapi dinda buat itu semua untuk kanda”
“Kanda dah bagi banyak peluang untuk dinda berterus terang”
“Im sorry”
“Dah berapa kali kanda larang dinda minta maaf. Janga terlalu mudah memohon maaf” suara Tengku Hamzan meninggi marah. Dia sudah jemu mendengarkan kata-kata maaf daripada isterinya.
“Beri kanda masa untuk fikir kembali. Setelah kali ini susah untuk kanda mempercayai dinda lagi” Tengku Hamzan bererus terang.
Tanpa disedari air mata Mylia mula menitis. Dia segera menyeka air matanya tetapi Tengku Hamzan menyedari. Tetapi hatinya sudah terlalu sakit kerana perlakuan isterinya itu sehinggakan air mata itu tidak lagi bisa mencairkan hatinya.
Mendengar kata-kata Tengku Hamzan itu, Mylia dapat merasakan yang dia sudah sedikit-demi sedikit jauh dari sisi suaminya. Suaminya seperti sudah pasrah dan hilang harapan dengan hubungan perkahwinan mereka ini. sudahlah perkahwinan mereka dibina atas pembohongan. Kalau dulu, Maisarah boleh dipersalahkan atas pembohongan yang diciptakannya sehingga menyatukan mereka berdua tetapi kini, pembohongan itu diteruskan oleh Mylia sendiri. Dia adalah orang yang patut dipersalahkan kini. Semua yang berada di sekitar mereka sekeluarga adalah pembohongan dan satu-satunya yang benar adalah perasaannya terhadap suaminya. Dia benar-benar menyintai Tengku Hamzan dan menyayangi Tengku Nadhirah.
“Baiklah, ambil sabanyak mana masa yang kanda perlukan”
“I think, we should separate for a while. Bagi masa untuk kedua-duanya berfikir tentang salah masing-masing” kata Tengku Hamzan.
Mylia terkejut tetapi dia diamkan sahaja. Air matanya sudah tidak dapat ditahan lagi. Dia akhirnya menangis di hadapan semua orang yang melihat mereka.
“Bonda?” Tengku Nadhirah berlari-lari ke arahMylia apabila melihat bondanya itu menangis.
“En. Johar ambil Tengku Nadhirah”arah Tengku Hamzan.
Suaminya itu tetap tegas seperti bisaanya. Mylia merelakan sahaka setiap keputusan suaminya. Lagipun memeng dia yang bersalah.
Mylia berjalan    mendapatkan Tengku Nadhirah di dukungan En. Johar. Dahi anakndanya itu dikucup lembut.
“Bonda kenapa menangis?” soal Tengku Nadhirah. Anak kecil itu tidak mengerti apa-apa. Sebaik ssahaj dia turun dari tingkat dua, dia melihat bonda dan ayahnya sedang bertengkar.
“Bonda taka pa-apa” Mylia mengusap rambut anakndnya itu lalu dia mengucup pipi Tengku Nadhirah berkali-kali.
Mylia menapak ke arahTengku Hamzan dan berhenti di sebelah suaminya. Tengku Hamzan melarikan pandangannya. Mylia meraih tangan suaminya.
“I’ll be in hotel for a while. Dinda minta izin dari kanda” tangan Tengku Hamzan dikucup lembut. Tengku Hamzan mengangguk. Wajah Mylia Lan   gsung tidak dipandang.
Mylia meLan  gkah longlai keluar dari ruangan itu sambil diiringin oleh Micheal.
Micheal membuka pintu kereta untuk majikannya itu, Mylia meLan  gkah masuk lalu duduk di kerusi nelakang kereta itu. micheal masuk ke dalam perut kereta.
“Mam?”
“You may drive now”arah Mylia.
Setelah enjin kereta dihidupkan, Micheal memasukkan gear dan kemudian menekan pedal minyak. Kereta itu meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah istana.