Saturday, September 22, 2012

Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku 6

Bab 6 Amin melihat beberapa pilihan telefon bimbit yang dipamerkan di dalam rak kaca dan semuanya kelihatan cantik-cantik dan up to date. Dia tidak tahu pilihan yang mana disukai oleh Balkish. Kalau ikutkan hati dia hanya mahu membeli BlackBerry saja tapi dia tahu telefon bimbit yang sebegitu tidak sesuai untuk gadis itu. “Miss, handphone ni sesuai tak untuk girl yang umur 18 tahun? Soal Amin kepada seorang gadis penjual di situ. Gadis itu memberikan penerangan tentang features yang ada tersedia dalam telefon bimbit itu dan Amin sekadar terangguk-angguk. Akhirnya dia memutuskna untuk membelinya sahaja dan menghadiahkan kepada Balkish sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-18. Setelah selesai urusannya di mall itu, Amin memandu keretanya kembali ke café. Dari jauh dia sudah melihat Balkish sedang mengemaskan kedai itu. Amin mendekati gadis itu dan menyapa. “Hye Wan” sapa Amin kepada teman baik Balkish itu. Wan hanya tersenyum-senyum kepadanya. Gadis itu sebenarnya sudah tahu plan kejutan yang diaturkan oleh lelaki. dialahda yang membocorkan rahsia hari lahir Balkish itu. “ Balkish” sapa Amin tatkala gadis itu leka mengerjakan pekerjaannya. Gadis itu hanya tersenyum saat melihat wajah Amin di sampingnya. “Kenapa tak terkejut Nampak I?” soal Amin. “Sebab you dah selalu sangat datang sini” sambung Balkish. “I datang sini sebab ada you je. Kalau you dah tak datang sini, tak adalah I selalu datang” Amin menjelaskan. Melihat senyuman di wajah Balkish Amin juga turut tersenyum gembira. “Happy birthday” ucap Amin. Ucapan itu mebuatkan Balkish sangat terkejut. Dia juga turut melupai hari lahirnya itu namun lelaki ini mengingatkannya tentang hari bersejarah dalam hidupnya itu. “Mana you tahu?” soal Balkish ingin tahu. “Wan” “Wannnnn!” jerit Balkish seraya berlari mendapatkan teman baiknya itu. Wan cuba untuk melarikan diri daripada Balkish namun tidak sempat. “Terima kasih Wan” ucap Balkish seraya memeluk tubuh gadis yang berasal daripada Kelantan itu. Amin berjalan mendekati dua gads itu lalu mendepakan kedua tangannya. “I you tak nak peluk?” soal Amin nakal. Namun Balkish dan Wan sekadar menarik muka menyampah. “Tapi sorrylah babe, I tak sempat nak sediakan apa-apa. Hujung bulan pulak tu, gaji dah habis” keluh Wan. “Tak apalah, you ingat pun dah ok bagi I” “I ada something for you” sampuk Amin. Bungkusan kotak yang berisi sebuah telefon bimbit yang baru dibelinya tadi itu dihulurkan kepada Balkish. Gadis itu menyambut huluran daripada Amin itu. “Apa ni?” soal Balkish ingin tahu. “Bukalah” “Aa, bukalah babe. I pun nak tahu ni” sampuk Wan. Bungkusan itu dibuka dan Wan terus sahaja menjerit apabila melihat kotak telefon bimbit yang terpamer saat balutan kertas itu dirobek. Balkish membuka dan mengelurakn isi kotak itu dan sebuah telefon bimbit keluaran Samsung berada di genggamannya. “Suka? I tak tahu nak pilih yang mana, ni salesgirl tu yang pilihkan” beritahu Amin tanpa ditanya. Telefon bimbit itu dihulurkan kembali kepada Amin. “I tak boleh terima ni” beritahu Balkish. Huluran itu tidak diendahkan. Amin tidak akan mengambil balik hadiahnya itu. “Kenapa?” “I tak boleh terima. Mahal ni. Anggap sahaja I dah terima niat baik you, tapi I takkan terima hadiah semahal ni” “Its not that expensive lah. Terima jelah. I ikhlas. Kalau you tak terima anggap sahaja persahabatan kita putus” Amin tegas kali ini. Egonya tercabar saat hadiah pemberiannya itu ditolak oleh si gadis. Tidak pernah hadiahnya tidak diterima dan itupun hadiah yang tidak semahal mana pun. “Amin” panggil Balkish saat dia melihat reaksi pada wajah lelaki itu berubah. “Ada orang dah marah” Wan menyampuk dengan tiba-tiba. Dan dia hanya sekadar melihat pergaduhan kecil antara sepasang kekasih itu. Tidak disangka Amin itu cepat juga merajuknya. Dalam tidak sedar, Wan tersenyum lucu. “Amin” panggil Balkish lagi namun tidak diendahkan oleh Amin. “I balik dululah Wan” ucap Amin. Dia tidak mahu terus-terus dipujuk untuk mengambil kembali hadiahnya oleh Balkish. Gadis itu bukannya tidak menghargai pemberiannya bahkan memalukannya di hadapan Wan. Sempat Amin mengerling ke arah Balkish yang hanya tertunduk memandang lantai. Mungkin gadis itu diserang rasa bersalah kerana telah merubah mood suasana pada malam itu. Amin nekad, dia mencuri peluang ini dan bergerak dengan cepat kerah gadis itu dan mencium pipinya. Wan yang melihat kejadian itu melopong ternganga melihat keberanian Amin mencium pipi Balkish. Balkish dilihat hanya terdiam kerana sangat terkejut dengan perbuatan Amin ke atasnya itu. Amin segera berlari meninggalkan café itu. Dia terpekik kegembiraan dan senyuman gembira terukir indah di wajahnya. Entah kenapa hatinya sangat gembira apabila dapat menakluk pipi Balkish itu walaupun ianya hanya sekadar ciuman biasa sedangkan selama ini, dia bahkan dapat lebih dari sekadar ciuman dari gadis-gadis yang dipermainkannya. Hatinya berdegup kencang apabila mengingatkan ciumannya tadi. Pipi Balkish sangat lembut seperti kapas, sudah lama pipi yang tembam itu mahu dikucupnya Cuma dia tidak berani dan Balkish pula bukanlah calang-calang gadis yang hanya akan menyerah kepada seorang lelaki. Gadis itu berbeza sekali dengan gadis-gadis yang dikenalinya selama ini. Balkish! Rayu hati kecilnya. Single lagi ke Balkish? Mustahil dia masih single, gadis secantik itu pasti menjadi rebutan mana-mana lelaki. Tubuhnya tinggi, susuk tubuh yang kurus namun pipinya sangat tembam. Bibirnya kecil cute terbentuk. Balkish! Kalaulah Balkish seperti gadis-gadis yang dikenalinya, pasti dia sudah ‘memiliki’ gadis itu saat ini. Panggilan daripada Tina diterima. “Hye, you kat mana ni?” soal Tina mengenai keberadaan Amin. “I baru on the way ke sana. You dah sampai?” soal Amin kembali. “Yes. I tunggu you kat sini” Tna duduk dalam posisi yang seksi di sebuah kerusi. Jeans skinny itu Nampak kena sekali dengan imej remajanya itu. ----------------------------------------------------- “Hye sayang” sapa Amin kepada si gadis. “Kenapa lambat sangat?” soal Tina separuh merajuk kerana terpaksa menunggu lama. “Janganlah merajuk. Dahlah I lama tak juma you, sekarang nak merajuk pula dengan I” kata Amin. Dia kemudiannya terus memeluk tubuh gadis kesayangannya itu. Pipi Tina dikucup semahunya untuk melepaskan rasa rindu yang menggunung. Tina sangat sibuk kebelakangan ini dan dia sangat memahami pekerjaan dan juga pembelajaran gadis itu. Cuma dia sudah tidak tahan menanggung rindu yang terlalu lama. Dan akhirnya malam ini teman wanitanya itu meluangkan waktu untuk bersama-sama dengannya. “Busy ke sayang lately?” soal Amin lalu memandang ke wajah yang dirinduninya itu. Tina mengangguk. “You berhenti jelah modelling, I boleh bagi you duit” beritahu Amin. Tidak sanggup dia berpisah lama-lama dengan Tina. Dan kalau jumpa pun, pasti Tina kepenatan. Dia tidak mahu melihat Tina bersusah-susah sebegitu. “You bagi I duit?” Tina bertanya, sebentar kemudian dia ketawa lucu. “Ling, you belajar pun tak habis-habis lagi. You nak bagi I duit?” soal Tina. “Yelah, I ada duit” balas Amin. Dia marah kerana egonya dicabar. “Yelah, duit papa you kan? Kalau papa you tarik credit card you, you’re done” Amin terdiam. kata-kata Tina itu ada benarnya. “I cuma tak nak tengok you susah kerja, belajar lagi” sampuk Amin. “I love modelling” “Kalau macam tu, I tak nak halang you, tapi kalau you penat, and kalau you rasa nak berhenti don’t hesitate. I akan tanggung you” “Ye lah darling” Tina mengkerutkan hidungnya. Amin tersenyum lucu. Wajah Tina tetap cantik walau apapun ekspresi yang dibuatnya. Tina kemudiannya mencium bibir Amin. “Jom, nak menari?” soal Tina. “Kita balik rumah you jelah, ye sayang” Tanya Amin. Dia tersenyum nakal. Pertanyaan daripadanya itu mendapat jawapan yang berupa anggukan daripada Tina. Amin segera memimpin tangan Tina keluar dari club itu. “Hei, Amin” laung Firdaus memanggil temannya itu saat dia melihat Amin sedang keluar meninggalkan mereka. “Mamat tu, datang bukannya nak jumpa kita” keluh Firdaus kepada Hisyam. “Biarlah bro, dia dah lama tak jumpa Tina” Hisyam membela teman baiknya itu.

Susahnya Nak Dapat Kemaafan isteriku 5

Bab 5 Dato’ Sahar sedang membaca akhbar di halaman depan rumahnya. Hari minggu sebegini membolehkan dia bersenang-senang di rumah dan melepaskan kelelahannya selama 5 hari bekerja di pejabat. Usianya yang sudah menganjak senja itu membuatkan dia lebih cepat kepenatan berbanding waktu muda-muda dulu. Tidak lama kemudian, Datin Hasmah datang dengan membawa secawan teh buat suami tercinta. Buah-buahan yang dibeli di pasaraya kelmarin siap dipotong dan dikupas kulitnya untuk santapan sang suami. Datin Hasmah lalu duduk di samping suaminya. “Bang, Amin tu dah lama tak balik” keluh Datin Hasmah berkenaan dengan rindunya kepada anak sulung mereka itu. Keluhan itu hanya didengari oleh Dato’ Sahar tetapi dia tidak memberikan sebarang komen. “Awak dengar tak ni?” rungut Datin Hasmah. Merajuk tidak dipedulikan oleh sisuami. “Dengar” sepatah sahaja yang diutarakan oleh Dato’ Sahar. Konsentrasinya masih dengan berita-berita yang dibacanya. “Saya ingat, sebleum kita pergi umrah ni, nak suruh Amin balik jumpa kita” “Call je lah. Awak ni, nak call anak pun takut” kata Dato’ Sahar. “Saya takut Amin tu busy. Nanti kita menganggu pula” sampuk Datin Hasmah. “Awak tak call, mana awak tahu dia busy ke tak” Dato’ Sahar membalikkan halaman akhbarnya. “Tadi Aman ada call. Dia kata hujung sem depan dia balik. Dia kirim salam kat abang” beritahu Datin Hasmah berkenaan panggilan daripada anak bongsu mereka itu, Aman. Dia dan Dato’ Sahar mempunyai dua orang zuriat dan kedua-duanya adalah anak lelaki. Datin Hasmah kepingin sekali anak perempuan tetapi bukan rezeki mereka. Itupun terasa sangat mencabar untuk mendidik mereka, belum lagi sampai tiga orang anak. Di antara Amin dan Aman, Amin lebih nakal. Sejak daripada kecil anak sulungnya itu sering sahaja membuat onar, tidak kira di sekolah ataupun di rumah. Aman lebih banyak mengalah untuk abangnya itu. Tetapi kedua-duanya tetap disayangi dengan adil. “Abang, nanti kita pergi umrah, saya nak doakan agar Amin berubah” beritahu Datin Hasmah tentang hajatnya itu. “Budak macam Amin tu, nak khiamat baru dia nak berubah” perli Dato’ Sahar. Datin Hasmah melirik kepada suaminya, “Tak baik abang cakap macam tu. Amin tu kan anak kita” “Dia jadi macam tu sebab awaklah manjakan dia sangat” keluh Dato’ Sahar. “Abang ni, saya adil dengan dua-dua anak saya” bentak Datin Hasmah. Tidak suka dengan kata-kata suaminya tadi. Dato’ Sahar bangun dari duduknya dan meninggalkan Datin Hasmah sendirian di luar. ………………………… Tina menerima panggilan daripada buah hatinya, Amin. “Hello sayang” “Hye” sepatah sahaja jawapan daripada Tina. “You kat mana ni?” soal Amin. “Kuliah ling, kenapa?” “I rindu sangat kat you. Kita jumpa hari ni ye” pinta Amin. “I busy lah ling. You pun busy kan? Nanti-nantilah ye” “Tapi dah lama kita tak jumpa. I rindu sangat kat you. Rindu nak peluk you, kiss you. Please lah honey” rayu Amin lagi. “I pun rindu juga tapi nak buat macamana. I ada kelas. Next time ye?” pujuk Tina lagi. panggilan itu dimatikan. “Siapa? Amin?” soal Daniel seraya mengetatkan pelukannya di pinggang gadis itu. Tina mengangguk mengiyakan. Dia meletakkan telefon bimbitnya di meja sebelah tempat tidurnya. Tubuh Daniel di sampingnya turut dirangkul erat. Mereka berdua berkucupan mesra. “Kita ni macamana?” soal Tina kepada lelaki itu. Daniel senyum. “You nak serious dengan I ke?” soal Daniel. “Amin macamana?” soal Tina. “Up to you my love. Tapi I cintakan you” sambung Daniel pula. Tina hanya berdiam. Dia tidak tahu apa keputusan yang terbaik yang harus diambil. Dia menyintai Amin tetapi sejak akhir-akhir ini, dia juga turut menyintai Daniel, yang merupakan cinta pertamanya. Ciuman Daniel hinggap dileher jinjangnya membuatkan Tina ketawa kegelian. Dia tidak jadi memberikan keputusan kepada Daniel.

Wednesday, September 19, 2012

Susahnya Nak Dapat kemaafan Isteriku 1

Bab 1 Sebuah rumah dengan hanya keluasan padang sepak takraw didirikan dengan kepakaran sendiri dengan bahan binaan hasil sedekah dari orang kampung. Rumah itu didiami oleh Tahir dan seluruh keluarganya yang terdiri daripada isterinya dan lima orang anak-anaknya. Di belakang rumahnya, Tahir menempatkan barang-barang yang dikutipnya dari tempat sampah atau dari rumah-rumah orang. Barang terbuang itu akan dijualkan kembali kepada pengusaha barang kitar semula. Tahir tidak memilih kerja. Sejak dia ditimpa kemalangan kerja 15 tahun lalu, dia akan melakukan apa sahaja untuk menyara seluruh keluarganya itu. anak sulungnya Nor Balkish baru sahaja selesai pengajian tingkatan limanya dan sekarang ini dia mendapat kerja part time di Bandar Kuala Lumpur. Setiap hari Balkish akan berulang alik dari rumah ke tempat kerja. Memandangkan rumah mereka ini agak jauh dari Bandar, anaknya itu terpkasa berjalan 10 km setiap hari untuk ke stesen bas yang paling dekat. Mira duduk di samping Firdaus, sambil menunggu beberapa orang lagi kawan mereka untuk datang. “Mana kawan-kawan you ni sayang?” soal Mira. “On teh way lah sayang. You order lah dulu” Mira dan Firdaus membuat pesanan untuk mereka berdua. Tidak lama kemudian, Amin dan Hisyam sampai ke destinasi yang mereka janjikan itu. Mereka berempat akhirnya berkumpul bersama-sama. Hisyam dan Amin membuat pesanan untuk mereka. seorang waiter wanita datang mengambil pesanan mereka. gadis itu bertanya. “Erm anything sir?” “Yes, Capucinno and black coffee please” pesan Amin. “And, miss for black coffee, less sugar and lots of your love” beritahu Amin. Dia seraya tersenyum kepada waiter wanita itu. Namun gadis itu tidak memberi respons. Hisyam dan Firdaus saling berpandangan dan akhirnya tawa lucu terburai dari perut mereka. “Hah, tak kena layan!” rungut Hisyam. Amin sekadar tersenyum. Mira mencebik melihat kenakalan teman baik boyfriendnya itu. walaupun dia sudah tahu yang Amin memang seorang playboy tapi dia memang tidak dapat mengelakkan dir dari bertemunya kerana lelaki itu akan sentiasa berdampingan dengan Firdaus. Terpaksalah Mira memekakkan telinga dan membutakan mata demi untuk menjaga hubungannya dengan Firdaus. Dia terlalu menyintai teman lelakinya itu. “Ok lah sayang. I pergi dulu. you jangan nakal-nakal. Jangan dilayan sangat si Amin ni” beritahu Mira seraya dia berdiri. Sebelum berlalu dia sempat mengucup di dahi Firdaus. “Lega I bila awek you tu dah blah” beritahu Hisyam. “Kenapa? You tak suka Mira ke?”soal Firdaus. “Hah! Tak obvious lagi ke kitaorang tak suka awek lu bro?” “ye tak Min?” Hisyam memukul dada Amin membuatkan lelaki itu terkejut. Amin sedang sibuk melirik ke arah waiter wanita yang mengambil pesan mereka tadi. Hisyam dan Firdaus mencari gadis yang mencuri perhatian kawan mereka itu. Bukannya mereka belum masak dengan perangai Amin. Buaya. “Perempuan mana pulak yang kau suka ni bro?” sola Firdaus. “Tu” beritahu Amin. Dia menunjuk dengan muncung mulutnya. “Yang mana?” soal Hisyam pula. “Yang tu” “Yang rambut curl tu ke?’ soal Firdaus. “Itu bukan taste Amin. Jangan cakap yang waiter pakai tudung tadi tu” Hisyam meneka. “Hah pandai pun kawan aku yang sorang ni. Tak sia-sia bapak kau hantar kau masuk universiti” Amin bergurau lalu dia tesenyum gembira namun Hisyam dan Firdaus terpaku terpana dengan gadis pilihan Amin kali ini. Mereka semua tahu yang Amin seorang playboy yang versatile tapi ini kali pertama mereka mendengar dari mulut Amin sendiri yang dia menyukai wanita bertudung. “Eh jangan Min, budak baik tu” tegur Hisyam. “Yelah, aku tahulah skill kau. Tapi tak worth it Min. Kesian budak tu nanti” kali ini Firdaus menambah. “Eh korang ni, macamlah aku ni jahat sangat. Aku nak kenal je budak tu. Siapa suruh dia cantik sangat. Sengaja je nak goda aku” Amin ketawa lagi. “Cantik apanya Min, selekeh je aku tengok. Dengan muka pucat tak pakai make up, tak ada accessories” “Korang ni buta ke? Kau tak nampak ke kuilt dia yang putih gebu tu, hidung mancung terpacak. Ish kalau dia free hair, confirm cair bijik mata korang” Hisyam dan Firdaus ketawa lucu. “Tak payahlah Min, dia tak layan lelaki macam kita ni. Dia nak cari ustaz. Kau tu nak kata manusia pun bukan, ustaz apatah lagi” “Korang cabar aku?” “Eh janganlah macam tu Min. skill playboy kau kami dah tahu”sampuk Hisyam. “Aku rasa aku dah jatuh cinta lah” keluh Amin. Hisyam dan Firdaus mencebik. Bukan kali pertama mereka mendengar ucapan itu dari mulut Amin.

Friday, September 7, 2012

Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku 4

Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku 4 Bab 4 Matanya melilau melihat ke seluruh isi rumah ini. kemas dan teratur, sesuailah dengan pemiliknya. Daniel memuji di dalam hati. Namun keadaan di dalam rumah sunyi dan sepi sepertinya mereka Cuma berdua di dalam rumah. Fikir Daniel. Tina mendapat panggilan daripada Amin. Dia sengaja membiarkan panggilan itu tidak dijawab. “You nak minum apa?’ soalnya kepada tetamu yang baru bertandang ke rumahnya itu. “No thanks” jawab Daniel. Dia agak kekok bersendirian di ruang tamu rumah sewa milik Tina itu. Sebentar tadi, gadis itu menelefon untuk meminta pertolongan daripadanya. Tina kemudian mendekat lalu duduk di sebelah Daniel. “You tinggal dengan siapa kat sini?” soal Daniel sekadar berbasa basi. Lirikannya mencari wajah indah milik gadis itu. jujur dia akui, Tina adalah cinta pertamanya. Mereka berdua dilamun cinta saat masih sekolah lagi tetapi hubungan mereka tidak kesampaian kerana sikap tidak matang dan egois mereka sendiri. Dan beberapa hari sebelum ini, dia mendapat tahu yang Tina selalu sahaja clubbing di Teenage Hut jadi dia ke sana dengan harapan dapat bertemu dengan wanita itu kembali. pertemuan yang membaitkan kembali kenangan lama antara dia dan Tina itu membuahkan beberapa lagi pertemuannya dengan wanita itu dan kali ini dia sudah berada di rumah gadis pujaannya itu. Daniel tersenyum nakal. “I tinggal dengan housemate I, berdua je. Sebenarnya bertiga tapi yang seorang lagi tu warak sangat, tak masuk dengan kami” “Housemate you tu ada kat rumah ke?” “Dia. Kerja. Buat part time modeling. Macam I” Daniel sekadar mengangguk-angguk. “You…..single ke sekarang? I curious,. Lepas kita clash, I dapat tahu you dengan Rihan tapi lepas tu I tak dengar cerita tentang you dah” soal Tina. “I dah tak ada apa-apa dengan Rihan sekarang. kami dah lama putus” jawab Daniel jujur. “Single?” soal Tina, persisten untuk mendapat jawapan tentang status lelaki itu. Daniel mengangguk mengiyakan. “You dengan Amin?” soal Daniel pula. Kali ini Tina pula yang mengangguk. Daniel memegang jari jemari Tina membuatkan gadis itu sedikit terkejut tetapi dia tidak menegah perbuatan lelaki itu. Mereka berdua bertentangan mata. “Actually, I sengaja Ke Teenage Hut sebab kawan I cakap you selalu ke sana” “Kenapa you bagitahu I?” Tina memandang Daniel pelik. “I nak kita sambung hubungan kita semula. I nak serius dengan you. Bagilah I peluang kedua” Tina berdiam diri. “I tahu lepas kita jumpa semula hari tu, you sedar yang you masih cintakan I” Tina akui yang dia masih menyayangi Daniel tapi, cinta? Dia bukanlah bodoh untuk masih menyintai lelaki yang telah lama pergi dari hidupnya itu. Kini dia mempunyai Amin yang juga menyintainya dengan sepenuh hati. Daniel mendekatkan dirinya. Dia kemudiannya mencium pipi Tina. Tina sekadar membiarkan. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tidak menolak perbuatan Daniel itu. Sasa bersalah kepada Amin langsung tidak timbul di hatinya. Perlahan-lahan dia merasakan ciuman Daniel mekar di leher jinjangnya. Sesekali Tina memejamkan matanya. “Please stop. Im in a relationship sekarang” “I know, tapi tubuh you macam menginginkan I” bisik Daniel. Dia kemudiannya mencium bibir munggil milik gadis cantik itu. Tina kemudiannya bangun dan menatap wajah Daniel. Daniel juga memandangnya. Mereka bertentang mata. Mira bingung. Dia menyintai Amin tapi hati kecilnya membisikkan sesuatu untuk dia merelakan dirinya rebah di pangkuan Daniel. Tanpa disangka, dia menghuluran tangan kea rah Daniel dan menarik tangan Daniel untuk masuk ke kamarnya. Pintu kamar dikunci dari dalam. ……………………………………. Beberapa kali Amin cuba menghubungi Tina tetapi panggilannya itu tidak bersambut. Mungkin Tina sedang bekerja sampai tidak mengendahkan panggilannya. Fikir Amin. Dia sengaja meninggalkan pesanan ringkas sms. ‘Yang, kat mana?’ Sms itu dihantar. Amin duduk di dalam keretanya beberapa minit. Aircond keretanya dinaikkan kerana bahang panas sinaran matahari membuatkan dia sedikit berpeluh. Beberapa minit ditunggu barulah dia mendapat balasan sms daripada Tina. ‘Kerja’ Apabila menerima sms balasan daripada Tina itu, Amin mencampakkan telefon bimbitnya ke sebelah. Tina memang tidak suka diganggu kalau dia sedang bekerja. Menganggu mood dan feeling sewaktu photoshootnya. Teman wanitanya itu bekerja sebagai model sambilan. Model biasa-biasa saja, katanya untuk mencari duit tambahan dan sebagai hobi. Amin tidak pula menghalang, dia bukannya jenis lelaki tipikal yang tidak boleh teman wanitanya dipegang orang lain. He’s better than that! Cemburunya kuat sekali tapi Tina meyakinkannnya bahawa dia Cuma bekerja dan tidak ada hubungan emosi dengan model-model yang bekerja dengannya, cemburunya ditahan sahaja. Kerana cemburu jugalah, dia tidak pernah melihat gambar-gambar Tina yang keluar di majalah. Barulah Amin teringatkan Firdaus dan Hisyam. Lelaki itu dihubungi. “Bro” sapa Hisyam. “Kau free tak sekarang?” soal Amin. “Lecture jap lagi. kenapa?” soal Hisyam. “Firdaus?” “Adak at sebelah aku ni. Kenapa kau tak datang?” “Ok lah kalau macam tu” panggilan itu dimatikan oleh Amin lalu dia mencampakkan telefon bimbitnya ke tempat kerusi sebelah. Keretanya dipandu keluar dari tempat parkir. Amin tidak tahu ke mana arah tujunya. Tiba-tiba dia teringatkan Coffee Bean Café dan Balkish. Keretanya dipandu ke destinasi itu. Sebaik sahaja sampai di café itu Amin tidak segera mencari tempat duduk sebaliknya dia ke kauter. Balkish di sapanya. Terkejut gadis itu apabila melihat wajah lelaki yang dirinduinya itu muncul di depan mata. Namun dia berlagak biasa, tidak mahu menampakkan isi hatinya yang sebenar di hadapan pemilik rindunya itu. Amin menarik kerusi di kaunter itu. Wan melihat lagak biasa yang dipamerkan oleh Balkish di hadapan Amin. Temannya itu sengaja mengusik. “Tu, dah datang dah orang yang kau tunggu-tunggu” usik Wan. Usikan itu didengari oleh Amin dan dia sekadar tersenyum. “Balkish” nama itu diungkapkan oleh Amin. Berdebar kencang jantung Balkish tatkala nAmanya dipanggil oleh Amin. Dia segera tertoleh ke arah suara itu. “You tak nak ambil order I ke?” soal Amin seraya tersenyum. “Pergilah” Wan menolak tubuh Balkish ke depan. “Lama you tak datang?” soal Balkish kepada Amin. “Baru beberapa hari, takkan dah rindu?” soal Amin sengaja mahu mengusik. “Tak adalah. Saja Tanya” “Busy” balas Amin sepatah. “You nak makan apa?” soal Balkish mengambil pesanan. “Bread toast je, minum macam biasa” pesan Amin. Balkish segera berlalu. “Eh Balkish” panggil Amin menghentikan langkah gadis itu untuk menyampaikan pesannya itu ke dapur. “Jangan lupa, less sugar and lots of your love ye” pesan Amin sebelum Balkish mengukirkan senyuman dan berlau ke arah dapur. Wan yang sedang berada di situ sekadar tersenyum ke arah Amin. Amin berpaling ke tempat lain kerana malu. Tidak lama kemudian, Balkish datang dengan membawa pesanan Amin. “Thank you” ucap Amin. “You dah makan?” soal Amin lagi kepada gadis di hadapannya itu. Balkish mengangguk. “Kalau macam tu temankan I makan” “Banyak customer” Amin berpaling ke belakang. Dilihatnya Cuma beberapa meja yang masih di huni oleh pelanggan, yang lainnya kosong. “Macam ni you kata banyak?” Balkish berdiam diri. “Temankan I, please” “Manager marah I nanti” Balkish memberikan alasan. “Manager you ada? Panggil lah dia, nanti I cakap dengan dia” ucap Amin. “Mengarut lah you” Balkish segera berlalu meninggalkan Amin sendirian. Amin meneguk air minuman nya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon seseorang. “Bro, aku kat kedai kau ni” ucap Amin kepada si pemanggil. Khairul keluar ke cafenya dan melihat temannya, Amin sedang duduk di kerusi bar di depan. Dia segera menyapanya. Mereka berdua berbual panjang. Wan masuk ke dalam untuk mencari Balkish. Dia kemudiannya menarik tangan gadis itu utnuk mengikutinya. “Nak pergi mana ni?” soal Balkish. “Ni, kau tengok ni. Budak nerd tu kawan manager kitalah” beritahu Wan. Mereka berdua mengintip dari pintu depan dan memang betul apa yang diberitahu oleh Wan tadi. Amin dan manger mereka kelihatan berbual panjang di kaunter depan. “Biarlah kalau diaorang kawan pun” “Kau tak curious ke. Kalau betul dorang berkawan senanglah kau nanti” Balkish membalikkan diri dari terus mengendap Amin dan manager mereka itu. dia kembali ke dalam. Kata-kata Wan sebentar tadi ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. “Balkish, customer kat depan tu panggil awak” ucap Khairul, manager cafe saat dia melewati ruangan staf untuk ke bilik pejabatnya. Wan sengaja menarik tangan Balkish dan mendorong temannya itu untuk mendekati Amin kemudian dia meninggalkan mereka berdua. “Khairul tu kawan saya” beritahu Amin tanpa ditanya. “So?” “Awak tak nak minta saya suruh dia naikkan pangkat awak ke? Or gaji awak?” soal Amin. “Kenapa saya nak suuh awak buat macam tu?” soal Balkish hairan. Amin tersenyum lucu mengingatkan kata-katanya yang memalukan dirinya sendiri tadi. Dia memandang wajah Balkish yang kehairanan itu. hatinya tercuit dengan wajah manis itu. Berkerut dahinya, terlihat garis yang menyambung dua keninganya yang lebat itu. Amin melarikan pandangannya. Cantiknya awak ni Balkish! Kalaulah saya jumpa awak dulu dari Tina, tentu cinta kita kesampaian. “You’re so different from other girls that I know” beritahu Amin. “Apa maksudnya tu?” soal Balkish lagi. “Tak ada apa-apa” Amin menggelengkan kepalanya.