Sunday, February 24, 2013

sambungan bab 19 Susahnya nak Dapat Kemaafana Isteriku


…………………………………………
Gina masuk ke bilik mesyuarat  setelah dipaksa berkali-kali oleh Amin. Takut rasanya mahu menganggu mesyuarat yng diketuai oleh bosnya, tetapi sebab anak bos yang suruh, Gina terpaksa berusaha. Setelah menapak masuk ke bilik mesyuarat dengan hati-hati, Gina mendapatkan Dato’ Sahar dan menyampaikan tentang tetamu yang sedang menunggunya di luar. Dia berdiri di belakang Dato' Sahar dan membungkukkan badan untuk membisikkan ke Dato' Sahar .
“Maaf Dato’ anak Dato’ menunggu kat luar” bisik Gina.
“Anak saya, siapa? Aman?” soal Dato’ Sahar agak terkejut. Hanya Aman yang terlintas di fikirannya sekarang ini. Amin takkan ke datang ke pejabat walaupun disuruh. Tapi bila difikirkan kembali, mustahil pula Aman nak datang jauh-jauh ke pejabatnya pada jam-jam begini memandangkan anaknya itu sekarang tidak cuti. Pasti dia masih harus mengikuti kelas dan kuliahnya. Meskipun ada hal sekalipun, anak bongsunya itu akan menelefon terlebih dahulu bagi memastikan keberadannya di pejabat ataupun Aman menunggunya di rumah sahaja. Kalau Amin definitely impossible. Anak sulungnya itu liat sekali mahu datang ke pejabat walaupun dibayar gaji. Yang dia tahu tidur terbungkang di rumah.
“Amin, Dato’” Gina menyampaikan nama anak sulung Dato' Sahar itu.
“Apa dia nak?” soal Dato’ Sahar agak terkejut apabila mengetahui kedatangan Amin.
“Dia kata dia nak jumpa Dato’ urgent katanya” beritahu Gina lagi.
“Suruh dia tunggu. Kalau dia tak nak tunggu suruh dia balik” jelas Dato' Sahar. Kali ini dia sengaja mahu menguji keazaman Amin untuk berjumpa dengannya. Pasti kali ini, anaknya itu ada hal penting mahu dibincangkan dengannya, kalau tak, takkan Amin sanggup datang berjumpa dengannya di pejabat. Fikiran Dato' Sahar tertanya-tanya tentang tujuan kedatangan Amin ke pejabatnya. Mungkinkah ada kaitannya dengan kedatangan Balkish pagi tadi. Dato' Sahar tersenyum gembira, kali ini dia yang akan mengatur Amin menurut kemahuannya. Yang dia mahi senang sahaja, iaitu Amin belajar sedikit demi sedikit tentang syarikat.
Gina mengangguk tanda faham. Kalau A cakap Dato’ A lah jawabnya. Kalau Dato’ suruh tunggu, maka menunggulah Amin. Gina takut mahu bertapi-tapi atau bertanya lebih-lebih lagi. Nanti mood Dato’ tak baik, siapa yang nak tanggung?
Gina menapak keluar dari bilik mesyuarat dan kembali tempat kerjanya. Dia mendapatkan Amin yang sedang menunggunya memberikan jawapan daripada Dato' Sahar.
“En. Amin. Dato suruh En. Amin tunggu” beritahu Gina menyampaikan pesan bosnya itu.
“Cik dah cakap anak dia yang tunggu dia?” soal Amin tidak percaya mendengar jawapan yang baru sahaja disampaikan kepadanya. Sibuk sangat ke papa? Atau papa memang sengaja nak uji? Baik, kalau papa nak main cara macam ni, Im’ going  with it. Well played papa!
“Dah encik. Dan Dato’ cakap lagi, kalau En. Amin tak nak tunggu, En.Amin boleh balik” beritahu Gina. Gina menyambung lagi pesan Dato' Sahar kepada Amin.
“Dato’ cakap macam tu?” soal Amin tidak percaya.
Gina mengangguk mengiyakan.
Amin menarik nafas dalam-dalam. Papa memang nak main kasar.
“Tak apa, saya tunggu” beritahu Amin sambil mengukirkan senyuman kepada setiausaha papa itu. Amin kembali duduk di sofa untuk menunggu Dato' Sahar selesai mesyuarat. lama-kelamaan setelah terpaksa menunggu hampir sejam barulah mesyuarat yang dihadiri oleh papapnya selesai. Beberapa orang pekerja yang keluar dari bilik mesyuarat senyum kepada Amin yang sedang menunggu di sofa. Beberapa orang pekerja wanita di syarikat itu sempat melirik untuk melihat ketampanan Amin buat kali kedua. Amin sekadar senyum kembali kepada si gadis.
Dia mengejar langkah papanya apabila melihat  Dato’ Sahar keluar dari bilik mesyuarat itu sambil diikuti oleh beberapa orang pekerja yang lain.
“Hah Ada apa?” soal Dato Sahar selamba. Dia berjalan masuk ke biliknya dengan Amin membontoti dari belakang. Tanpa disuruh, Amin masuk ke dalam bilik pejabat papanya, mengekori Dato' Sahar. Amin duduk di kerusi berhadapan dengan papanya.
“Pa, Amin nak minta kerja. Kerja apa-apa pun ok pa, asal Amin dapat duit” beritahu Amin tanpa ditanya. Dato' Sahar hanya berdiam diri, dia mahu mendengar alasan dan kata-kata Amin dalam meyakinkannya untuk memberikan pekerjaan.
“Ni sijil Amin pa” beritahu Amin sambil menghulurkan fail biru yang digunakan sebagai tempat untuk menyimpan sijil-sijilnya sejak sekolah menengah. Fail itu bertukar tangan.
Dato’ Sahar pada awalnya tidak percaya apabila mendengar Amin ingin memohon kerja daripadanya. Sebelum ini, bukan main liat lagi kalau nak suruh Amin masuk ke pejabat, kerja untuknya saat cuti semester susah sekali. Tetapi hari ini, anak lelaki sulungnya itu berada di bilik pejabatnya meminta untuk diberikan kerja dengan membawa sijil-sijilnya. Kalau dulu, dia menawarkan posisi kerja yang bagus dengan gaji yang lumayan semata-mata untuk menarik minat Amin ‘berkenalan’ dengan syarikat yang bakal diwarisinya kelak,  tapi hari ini semuanya berubah, Amin pasti terdesak untuk membuktikan sesuatu sampai sanggup merendahkan egonya dan melawan malasnya datang ke pejabat meminta diberikan kerja. Takdir berpihak kepada Dato' Sahar hari ini dan dia pasti akan menggunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya. This is not a win-win situation, ini peluang yang besar buatnya untuk mengambil kesempatan atas situasi Amin. fikir Dato' Sahar. Inilah masanya dia mahu mendedahkan Amin dengan belok syarikat terutama berkenaan pekerja-pekerjanya. Inilah masanya dia mengajar Amin erti usaha dan kepayahan untuk mencari rezeki. Selama ini, Amin tidak pernah bersusah-payah mencari duit tapi kali ini, mungkin peluang ini sedikit sebanyak dapat menyuntik rasa hormat dalam mernghargadi orang lain.
Fail yang diserahkan oleh Amin diselak-selak dan diteliti. Fail itu kemudiannya diletakkan di meja.
“Amin tahukan sijil yang paling tinggi Cuma sijil SPM” kata Dato’ Sahar.
“Yelah pa, Amin kan belum habis degree lagi. Matriks mana laku sijil dia” sampuk Amin.
“Kalau macam tu, bila Amin nak masuk kerja?” soal Dato’ Sahar.
“As soon as possible pa. Hari ni pun tak apa”
“Ok kalau macam tu, Amin dah boleh start kerja. Papa tengah ada projek buat masjid untuk kampung Melayu. Kecil je projek tu…” belum sempat Dato' Sahar menghabiskan kata-katanya, Amin cepat-cepat memintas.
“Ok pa. Amin tak kisah. So Amin assist engineer papa yang mana ni?” soal Amin excited.
“Amin bukan assistant engineer” beritahu Dato' Sahar selamba. Kata-kata itu menghampakan Amin.
“Habis tu?” soal Amin sedikit terkejut.
“Pekerja biasa. Angkat batu bata, gaul simen” jelas Dato' Sahar lagi.
“Pa nak Amin jadi buruh???!” kali ini Amin bukan sahaja sedikit terkejut tapi terkejut besar gedabak apabila mendengar kata-kata papanya. Ternganga mulutnya kerana tidak percaya papa sanggup mengujinya sebegitu. Papa memang nak main kasar, takkan aku nak mengalah senang-senang dengan permainan papa ni!
Dato’ Sahar mengangguk. “Dah tu, sijil kamu sampai SPM je, takkan nak jadi engineer?”
“Amin ingat assistant engineer. Sebelum ni time papa offer Amin buat part time dekat office papa, papa suruh Amin jadi assistant engineer”
“Kenapa Amin tolak? Peluang hanya datang sekali” sambung Dato’ Sahar. Dia pura-pura sibuk.
Setelah berfikir agak lama, Amin akhirnya melafazkan persetujuannya, dia mahu mencuba pekerjaan yang diusulkan oleh papa. Lebih baik jadi buruh daripada tak dapat sesenpun gaji. Tak ada gaji, tak dapatlah keluar dating dengan awek cun macam Balkish.
“Ok. Amin terima. Tapi hari ni, Amin nak balik awal sikit. Nak bawa Balkish balik rumah ayah. Amin dah janji dengan Balkish”
“Ok” teringat juga tentang hal itu yang disampaikan oleh Balkish semalam saat ditanya tentang kereta Amin. “Kalau macam tu. Deal” Dato’ Sahar mencapai persetujuan dengan Amin. Mereka berdua berjabat tangan. Lagak mereka bagaikan dua pihak yang Berjaya mencapai persetujuan untuk menjalankan usahasama antara dua syarikat besar. Tapi Dato' Sahar memang tidak menyangka yang Amin akan bersetuju dengan pekerjaan yang diberikan olehnya. Sebelum ni bukan main malas kalau suruh kerja, ni kerja paling berat pun Amin terima. Apa dah jadi dekat anak sulung aku ni? Cinta! Tak sangka kuatnya penangan cinta Amin pada Balkish.
Amin keluar dari bilik pejabat papanya. Dato’ Sahar tersenyum gembira apabila memenagi perundingan damai antara dia dan anaknya. Dia sedar, ada perubahan pada diri anak lelakinya itu dan semua itu gara-gara Balkish. Dato’ Sahar kemudiannya mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor  telefon Farhan, engineer yang bertanggungjawab terhadap projek masjid di Kampung Melayu.
“Farhan, nanti ada anak saya pergi jumpa kamu untuk kerja dekat situ. Anak sulung saya, Amin. Nanti kamu bagi je dia kerja macam orang lain” beritahu Dato' Sahar.
“Kerja apa tu Dato?”
“Dia tak biasa lagi buat kerja. Suruh je dia angkat batu-bata atau simen” jelas Dato' Sahar satu persatu tentang skop kerja buat anak lelakinya.
“Biar betul Dato? Tak beranilah saya nak susahkan anak Dato” soal Farhan tidak percaya.
“Awak layan je dia macam orang lain. Nanti dia jumpa awak kat situ. Satu lagi, bagi dia balik awal hari ni. Besok suruh dia ganti balik berapa jam yang dia dah miss untuk hari ni” beritahu Dato’ Sahar lagi
“Baik Dato” balas Farhan.
Panggilan itu dimatikan oleh Dato’ Sahar.
…………………………………………..
Setelah memperkenalkan diri kepada En.Farhan, Amin mulai bekerja. Pekerja-pekerja lain melihatnya dengan pandangan aneh namun Amin buat-buat tak Nampak. Yelah, datang pakai kereta sport, dengan kemeja dan seluar slack hitam tapi kerja angkat batu-bata. Amin tidak mengendahkan orang di sekelilingnya. Sesiapa yang menegur, dia hanya senyum. Kalau mereka tidak menegur, Amin berdiam diri, tidak berminat untuk mencari teman atau mengatur perbualan dengan  rakan sekerja barunya itu. yang dia tahu, dia ke sini kernana nak kerja nak dapat gaji. Tidak sabar rasanya menunggu waktu pulang. Panas terik mulai terasa membahang, keringat peluh sudah merintik di seluruh tubuh, namun Amin tetap bekerja. Tidak pernah dia berasa penat sebegitu selama ini kecuali waktu dia membantu ayah mengambil upah memungut buah rambutan di kebuh. Ini lebih-lebih lagi penatnya kerana dia terpaksa bekerja di bawah panas terik matahari. Memang susah nak cari duit dengan hanya kerja macam kerja yang dilakukan olehnya sekarang atau kerja macam ayah. Ayah lagi kasihan, dengan usia yang dah tua dan sakit-sakit belakang lagi. Kalau dia yang masih muda ni pun rasa penat gila dah, kalau ayah macamana pula.
Papa memang sengaja memberikan dia kerja ini. Padahal boleh sahaja papa mengatur kerja lain untuk anaknya sendiri. Mungkin kerana hubungan dia dengan papa memang agak dingin kebelakangan ini, agaknya itulah sebabnya papa juga tidak mahu membantu. Keringat diingn yang merintik dari dahinya dilap. Amin menyambung kerjanya dengan mengangkat batu-bata menggunakan kereta sorong. Memanglah tidak seberapa beratnya tapi kalau kena ulang-alik banyak kali, penat juga.
‘Sabar Amin. Anggap je kau tengah work out’ Amin memujuk diri sendiri. Habis dia memunggah batu bata, Amin disuruh oleh kontraktor di situ untuk memunggah beg simen pula. Penat mulai terasa, kudratnya dirasakan telah habis. Kalori daripada nasi goring pagi tadi dah habis. Nasib baik tengahari tadi ada pekerja yang membelikannya makanan dan mereka semua makan bersama-sama. Namun mereka tidak berehat lama-lama, setelah makan mereka pergi solat bersama-sama di masjid yang sudah 70% siap itu namun Amin tidak menyertai jemaah sebaliknya dia pergi ke kedai untuk membeli air minuman. Setelah itu, mereka semua menyambung kerja mereka yang tertangguh.
“Amin!” panggil En.Farhan. Kereta sorong yang dibawa olehnya diparkir diberikan kepada seorang pekerja yang lain. Amin berjalan mendapatkan engineer itu yang memanggilnya.
“Dato’ cakap awak nak balik awal hari ni” Farhan memulakan bicaranya. Sempat pula dia melihat kea rah Amin yang mengelap peluhnya. Anak bosnya itu kuat bekerja untuk sehari ini. Tidak mengeluh pula apabila disuruh melakukan kerja-kerja berat oleh kontraktor projek ini.
Amin mengangguk. Dia sudah tidak larat mahu berbicara. Sebaiknya dia menyimpan sahaja tenaganya.
“Kalau macam tu, awak dah boleh baliklah. Ini gaji awak untuk hari ni” Farhan menyerahkan beberapa wang bernot seratus kepada Amin.
Amin mengambil duit yang diberikan oleh En.Farhan. Dia kemudiannya menghidupkan enjin keretanya dan meninggalkan tapak projek itu. Apabila sampai ke perkarangan rumah, dilihat tempat parkir kereta papa masih kosong. Amin parkir di situ. Dia kemudiannya masuk ke dalam rumah dan duduk melepaskan lelah di sofa di ruang menonton.
“Amin ni dari mana?” soal Datin Hasmah muncul entah dari mana. Tangannya memegang gunting pokok, mungkin dari laman depan, menguruskan taman bonzainya.
“Amin kerja ma” beritahu Amin.
Datin Hasmah dan Amin berpaling kea rah Dato' Sahar yang melangkah masuk ke dalam rumah. Dia melihat ke arah Amin.
“Betul ke bang Amin kerja dengan abang?” soal Datin Hasmah tidak percaya. Suaminya ditanya saat sudah duduk di sofa
Dato’ Sahar mengangguk. Dia melonggarkan tali leher dan membuka butang pertama baju kemejanya. Briefcase yang dibawa pulang diletakkan di meja.
“Amin kerja apa?” soal Datin Hasmah ingin tahu. Hatinya berbunga riang dengan perubahan sikap anak lelaki sulungnya itu.
“Assistant engineer” Amin berbohong. Refleks yang sangat cepat untuk berbohong kepada mama berkenaan kerja buruh yang diterima oleh papa. Sempat dia melirik ke arah Dato' Sahar. Sengaja dia mahu merahsiakan hal sebenar daripada pengetahuan mamanya. Takut mama risau.
“Betulke bang?” soal Datin Hasmah kepada Dato’ Sahar pula. Mahu disahkan berita yang terduganya itu oleh Dato' Sahar.
“Em” jawab Dato' Sahar ringkas tanpa melihat ke arah Datin Hasmah, isterinya. Dia mengiyakan sahaja. Sengaja dia menuruti kehendak dalam diam itu. Dia juga tahu bagaiman respons Datin Hasmah nanti kalau dia tahu anak mereka kerja buruh.
“Patutlah anak mama ni hangus terbakar je mama tengok” Datin Hasmah membelai rambut Amin.
“Haah ma, hari ni kita tengok site, panas, sebab tulah Amin macam ni” beritahu Amin. Mahu menutup kebohongan yang dilakukannya.
Dato’ Sahar naik ke kamarnya untuk membersihkan diri. Sekejap lagi akan masuk waktu Maghrib. Datin Hasmah pula berjalan menemai suaminya ke kamar.
“Balkish!” laung Amin. Sejak pulang, dia masih belum melihat Balkish. ke mana pula gadis itu. dan dia pula penat mahu pergi mencari.
Sebentar kemudian Balkish datang kepadanya. “Nanti lepas makan kita berangkat pergi rumah ayah ye” beritahu Amin. Dia menyandarkan dirinya ke sofa. Penatnya bukan main-main. Balkish yang duduk di sofa melihat ke arah Amin. Baju kemeja yang dipakai kemas oleh Amin sebelum keluar pagi tadi, basah dengan peluh, dari dahinya dilihat menitis beberapa titik peluh. Kemeja juga tidak dirapikan ke dalam seluar slack. Gayanya macam penat sangat.
“Awak dari mana ni?” soal Balkish pelik.
“Abang kerja” jawab Amin ringkas.
“Kerja apa sampai macam ni sekali?” soal Balkish lagi.
“Assitant engineer, dekat company papa” beritahu Amin. Dia bangga untuk memberitahu Balkish tentang pekerjaan palsunya itu.
Balkish mencebik. Poyo je mamat ni. Bukannya engineer, baru assistant engineer tapi gaya cakap macam dia tu bos company papa.
Balkish menghilang ke dapur untuk mengambil air minuman untuk Amin.
“Balkish!” panggil Amin apabila ditinggalkan oleh Balkish.
“Nah” air minuman itu diberikan kepada Amin. Amin memandang Balkis lalu tersenyum gembira.
“Ni buat abang sayang dekat Balkish ni” puji Amin.
“Minum jelah, banyak bunyi pula” marah Balkish.
“Saya naik dulu. Nak bersiap untuk solat Maghrib” beritahu Balkish. Amin sekadar mengangguk mengizinkan.
………………………………………………………….
Setelah selesai makan malam, Amin mengajak Balkish untuk berangkat. Walaupun badannya terasa sangat penat, digagahkan sahaja diri kerana dia telah berjanji dengan isterinya itu. Nanti kalau tak jadi, merajuk pula si Balkish ni.
“Kita tak lama ye sayang, abang penat sangat ni” beritahu Amin sebelum mereka berangkat. Amin dan Balkish meminta diri dari papa dan mama.
Kereta dipandu ke jalan utama, namun Amin memberhentikan keretanya di stesen minyak tidak jauh dari perumahan mereka. Dia keluar dari perut kereta untuk ke kaunter pembayaran.
“Awak nak pesan apa-apa ke?” soal Amin saat dia mahu membayar harga petrol keretanya.
“No thanks”
Selesai membayar harga petrol, Amin berjalan masuk ke mini market di stesen minyak. Tidak lama kemudian dia kembali dengan membawa dua tin Nescafe. Dia kemudian baru mengisi petrol untuk keretanya.
“Awak ni mengantuk ke?” soal Balkish saat suaminya itu melabuhkan punggung di sisinya. Timbul rasa simpati buat lelaki itu.
“Mengantuk sikit. Kalau Balkish boleh urut abang kan bagus” Sempat lagi Amin tersenyum buat Balkish. Tin Nescafe itu dibuka dan diteguk isinya.
“Boleh ke drive ni?” soal Balkish risau.
“Boleh sayang. Janganlah risau” pujuk Amin, sengaja mahu bermanja-manja dengan gadis itu. Dilihat Balkish terlalu risau akan dirinya membuatkan Amin berasa lebih tak senang duduk, ada-ada sahaja akal jahat untuk mengusik dan mengenakan Balkish yang dudk di sampingnya. Tak sangka sayang juga Balkish kepadanya.
“Saya tak risaukan awak, saya risaukan nyawa saya” sambung Balkish.
Lak, macam tu pula Balkish jawab. Bukan main lagi bahagia bila fikir Balkish risaukan aku tapi last-last macam tu dia jawab.
“Geramnya abang” tanpa warning, atau clue, atau hint, tiba-tiba Amin mencium pipi Balkish. Geram dengan kata-kata Balkish yang sengaja membuatkan dia jadi tidak keruan. Apa tidaknya, sejak petang tadi, baik sekali layanan Balkish kepadanya, mungkin menyedari yang dia penat pulang dari kerja dan sekarang Balkish pula seperti mengambil berat akan dirinya. Yang penat dari tadi pun, jadi bertenaga apabila dijaga oleh Balkish.
Ternganga mulut Balkish dibuatnya apabila dia terkejut dengan perbuatan Amin yang mendadak itu. Secara refleks, tubuh dan tangan Balkish jadi menggigil. Kerinat dingin mula membasahi dahi dan tangannya. Balkish cuba untuk berlagak tenang tetapi dia tidak mampu. Perasaan dan kedinginan yang dirasa terus mencengkam kalbu. Lama-lama perasaan terkejut diganti dengan perasaan marah, Amin ni memang sengaja nak cari nahas.
“Balkish ni asyik nak sakitkan hati abang je” keluh Amin dalam nada bergurau. Namun jauh di sudut hati dia gembira dapat menakluk pipi Balkish malam ini. Sesekali dia kerling lagi ke arah Balkish yang berada di sampingnya untuk melihat reaksi pada gadis itu.  namun Balkish tetap berdiam diri. Amin mula dirundung rasa bersalah.
“Balkish ok tak ni?” soal Amin. Dia mulai risau dengan sikap Balkish yang berdiam diri dan wajahnya juga jadi pucat lesi.
“Pucat je abang tengok” tegur Amin lagi.
Tanpa diduga, Balkish berpaling dan pipi Amin ditampar sehingga Amin sangat terkejut. Dia memandang ke arah Balkish. Mahu sahaja dia memarahi gadis itu, tetapi satu lagi pukulan hinggap ke dadanya. Kuat pula bunyi yang terhasil dari pukulan Balkish tadi, sakitnya apatah lagi.
“Aduh. Sakitlah Balkish” Amin mengeluh kesakitan. Pukulan Balkish bukannya pukulan manja, tetapi pukulan membunuh ni. Amin mengurut dadanya sambil memegang stereng dengan satu tangan. Disangkanya Balkish sudah berhenti tetapi semakin banyak pukulan Balkish hinggap ke badannya. Gadis itu seperti mengamuk dan maukannya ditujah kea rah badan Amin  sehinggakan dia terpaksa memberhentikan keretanya di pinggir jalan. Kereta itu berhenti mengejut di pinggir jalan raya. Nasib baik kereta di belakang masih jauh. Kalau tidak kes lain pula terjadi dekat mereka.
“Balkish, sakitlah!” Amin menjerit, marah.
Amin cuba mengelak tetapi Balkish tetap memukulnya. Tangan Balkish akhirnya digenggam tetapi gadis itu Berjaya melepaskannya dan satu, dua serta tiga pukulan hinggap ke wajah dan lengan Amin.
“Stop, stop” rayu Amin. “Sorry, sorry, abang minta maaf”
Barulah balkish berhenti.
“Ok ok, we’re even” beritahu Amin. Dia memandang ke arah Balkish. Risau juga kalau Balkish menyerangnya secara tiba-tiba lagi. Baju dan rambutnya yang kusut kerana pergaduhan tadi dibetulkan. Dadanya digosok-gosok dengan tangan kerana masih sakit. Kuat Balkish pukul, macam boxing, macamana tak sakit. Dia pula tak melawan dan hanya mengelak. Takkan nak balas balik dekat Balkish, tak gentlemanlah lelaki yang pukul perempuan. Eh eh, malam peristiwa dulu rasanya aku ada pukul Balkish. Ah, tu lain cerita. Masa tu aku mabuk.
“Boleh abang drive sekarang? Balkish jangan pukul abang lagi, ok?” risau Amin dibuatnya. Dia memastikan keadaan Balkish sudah agak tenang untuk  dia mula memandu kembali. takut diserang dari samping oleh Balkish lagi seperti tadi.
Balkish terdiam. Amin, dengan perlahan-lahan, memandu kembali keretanya ke jalan utama. Sesekali dia melirik ke arah Balkish. Berjaga-jaga dengan serangan hendap dari Balkish. Sakitnya minta ampun.
………………………………….
Balkish segera turun dari kereta saat Amin parkir keretanya di hadapan rumah ayah. Mereka berdua hanya berdiam diri sahaja sejak dari stesen minyak tadi. Amin keluar dari kereta dan mengekori langkah Balkish. Dia turut menyapa ibu dan ayahnya serta melangkah masuk ke dalam rumah.
“Amin dengan Balkish ni kenapa lambat sangat datang? Lain kali datang telefonlah dulu?” kata ibu kepada Amin.
“Ibu, Balkish dapat masuk UIA!” beritahu Balkish. Aminah turut gembira mendengar berita itu dan memeluk Balkish erat. Air matanya hampir menitis tetapi cepat-cepat diseka. Aminah yakin dengan prestasi dah kesungguhan Balkish anaknya itu pasti dapat diterima masuk universiti. Walaupun elulusan Balkish tidaklah secemerlang 9A, namun dia bangga dengan pencapaian anak sulungnya itu. kalau anak orang lain dapat 9A sebab masuk tuisyen, ada tutor peribadi dan belajar 24 jam tanpa dibebani dengan tugas-tugas rumah, tapi Balkish, dia di rumah jaga adik-adiknya, tolong memasak di dapur, kadang-kadang menemani ayahnya kerja mengambil upah. Balkish itu satu dalam sejuta, tidak ada  anak gadis sekuat Balkish.
Amin sekadar memerhatikan. Belum sempat dia bercakap apa-apa, Balkish sudah menarik orang tuanya masuk. Gadis itu membiarkan dia di luar. Namun Amin mengikut sahaja isterinya.
Amin ditinggalkan sendirian. Marahnya terhadap perbuatannyanya di dalam kereta tadi masih lagi membara. Dia tidak suka dengan sikap nakal Amin. Walaupun mereka sudah menjadi suami isteri tetapi dia masih belum memaafkan lelaki itu, dia turut berasa fobia apabila berdekatan dengan Amin. Peristiwa hitam dalam hidupnya masih menghantui. Dan dia yakin Amin tahu yang dia belum dapat menerima kejadian itu tapi entah kenapa Amin seringkali tidak menjaga sesitifitinya terhadap isu itu. Sesekali dia kerling ke arah Amin. Hati kata tak suka, tapi dia tetap curi-curi pandang ke arah Amin. Tersengguk-sengguk kepala Amin menahan kantuk. Ayah sudah lama keluar ke masjid. Fahmi, Fatin dan Farah mengerjakan tugasan yang diamanahkan oleh guru-guru mereka.
Ibu akhirnya menyuruh Balkish mengejutkan AMin untuk tidur di kamar. Balkish terpaksa akur. Dia tidak mahu menunjukkan sikap dinginnya terhadap Amin di hadapan ibu.
“Amin” panggil Balkish separuh berbisik. Bimbang juga jika didengar oleh ibu. Nanti apa pula kata ibu, panggil Amin bukan dengan panggilan ‘abang’. Uwek geli. Tak sesuai kot Amin dipanggil abang. Buat masa sekarang Amin rasanya belum layak dipanggil dengan panggilan agung itu, panggilan itu hanya layak buat seorang suami yang bertanggungjawab, beragama, pemimpin keluarga yang dapat memimpin dia ke jalan Allah.
Amin tersedar. Dia melihat ke arah Balkish.
Baru sahaja Balkish mahu bertanya adakah Amin mahu tidur di rumah orang tuanya atau mahu memandu pulang, lelaki itu terlebih dahulu memberitahu keputusannya, “Kita tidur dekat sinilah malam ini, abang penat sangat nak drive balik. Besok pagi-pagi kita berangkat. Abang kerja” beritahu Amin. Balkish mengangguk faham. Tanpa disuruh, Amin bangun dari duduknya dan melangkah masuk ke dalam kamar mereka, Balkish membontoti dari belakang. Dilihat Amin mengambil bantal dan selimut untuk tidur di lantai. Sepertinya lelaki itu terlalu mengantuk.
Amin baring tanpa disuruh. Seluruh tubuhnya terasa sangat sakit akibat bekerja keras satu hari ini. Dan setelah pulang kerja dia terpaksa lagi memandu keretanya ke rumah orang tua Balkish kerana dia sudah terlanjur berjanji dengan gadis itu. Biarlah, lagipun dia tidak mahu memungkri janjinya. Tapi badannya terasa sakit sekali. Selimut ditarik sampai paras pinggang. Amin akhirnya melelapkan matanya.]
………………………………………………
Dinihari terasa sangat dingin, AMin tersenyum gembira dapat melelapkan matanya. Lenanya sangat asyik sekali ditambah dengan kedinginan pagi. Baru sahaja Amin mahu menyambung mimpinya, dia terjaga, jam tangannya dilihat. Terus lelaki itu bingkas bangun dari tidurnya dan mengejut Balkish.
“Balkish bangun kita dah lambat” arah Amin. Dia kalut mengambil barang-barangnya. Balkish masih lagi bermalas-malasan di katil.
“Balkish duduk lah sini dulu. nanti habis kerja abang datang ambil” eritahu Amin setelah dia melihat gaya Balkish yang masih lagi mahu tidur di katilnya.
“ Ye ke? OK” gembira sahaja kalau disuruh tinggal di rumah orang tuanya lama-lama.
“Tapi awak kerja” baru Balkish teringat. Tidak enak juga menyusahkan diri lelaki itu. Sudahlah Amin penat setelah seharian bekerja, harus menjemputnya lagi di rumah ayah.
“Tak pelah. Nanti saya balik sendiri” sambung Balkish.
“Ikut suka awaklah” malas dia mahu bertekak dengan gadis itu pagi-pagi ini. Tambahan pula dia sudah terlambat ke tempar kerja.
Balkish menyambung kembali tidurnya.

ps: sorry for inconvenient, lately bz sangat, selsema lagi..nak interview 27 hb ni, doakan saya ye..this is uneditted version.. sorry sangat2, nnati saya upload yang sudah diedit dekat p2u hehe.. selamat membaca

Wednesday, February 6, 2013

Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku bab 19


Bab 19
“Awak nak ke mana bersiap-siap ni?” soal Amin apabila melihat Balkish cantik mengenakan blouse panjang dengan jeans berwarna biru. Rambutnya tetap ditutup dengan tudung shawl yang dililit melingkari kepala, leher dan bahagian dada. Cantik sekali Balkish hari ini. Tidak berkelip mata Amin menikmati keindahan ciptaan Allah pada isterinya itu.
“Nak keluar sekejap” beritahu Balkish. ringkas sahaja jawapnnya.
“Pergi office papalah tu? Jangan rambang mata Balkish kalau papa offer duit. Ingat janji Balkish pada abang” Amin mengingatkan janji isterinya itu kepadanya pada malam tadi. Dia kemudiannya mendepakan tangan di pintu bilik mereka untuk menghalang Balkish daripada keluar.
“Awak ni, papa tu kan papa awak. Duit papa duit awak juga kan? Betul tak?” sengaja Balkish mempersendakan Amin dengan kata-katanya sendiri. Suatu masa dulu Amin sangat berbangga dengan duit yang dimilikinya walaupun duitnya itu sebenarnya adalah duit papa.
“Balkish, tak payahlah pergi” rayu Amin. dia masih cuba untuk menghalang Balkish untuk pergi berjumpa papa.
“Papa dah suruh. Tak baik kalau saya tak endahkah arahan papa” jawab Balkish. meluat pula dengan perangai Amin hari ini.
“Tepi” marah Balkish. Dia tidak berani menolak tubuh Amin, maka dia menguatkan suaranya supaya Amin mengalah dan memberikannya laluan.
Amin terpaksa mengalah dan memberi laluan kepada Balkish untuk melewati pintu bilik. Balkish segera mengambil peluang itu dan keluar dan meninggalkan Amin sendirian. Dia mendapatkan Pak Cik Wak yang sudah menunggunya di kereta.
Balkish mengambil tempat duduk di sebelah Pak Cik Wak. Dia tidak selesa duduk di tempat duduk belakang seperti bos-bos memandangkan dia menganggap Pak Cik Wak seperti ayahnya sendiri.
Kereta yang dipandu oleh Pak Cik Wak sekejap sahaja sampai di tempat parker depan syarikat papa.  Selepas itu, Balkish membontoti langkah pekerja papanya itu masuk ke bangunan syarikat. Balkish diperkenalkan oleh Pak Cik Wak kepada setiausaha peribadi papa dan tanpa menunggu lama, dia disuruh masuk olehnya.
“Amin dah bangun ke masa Balkish datang sini?” soal Dato’ Sahar saat melihat Balkish masuk ke dalam bilik pejabatnya. Dia bangun dari kerusinya dan menghadap Balkish.
“Dah pa” jawab Balkish. Tak sangka syarikat papa besar juga dan bilangan pekerja yang bekerja di bawah syarikat ini tidak kurang ramainya. Papa pula kelihatan tegas dan kemas dengan pakaian formalnya. Berdiri berhadapan dengan papa saat itu membuatkan Balkish berasa sangat kecil di mata papa. Tak sangka lelaki yang berpangkat ayah mertuanya itu yang sangat berlembut apabila bercakap dengannya merupakan seseorang yang disegani dan dihormati di syarikat ini.
“Kejap lagi papa ada meeting. Balkish nak pergi cari barang hari ni kan? Guna credit card papa je. Papa dah bagitahu Wak untuk temankan Balkish ke kedai atau mall” beritahu Dato’ Sahar. Dato' Sahar menarik dompet dari kocek seluarnya. Dompetnya dibuka untuk mengeluarkan salah satu kad kredit yang tersemat rapi di dompet kulit jenama Boss yang digunakannya sejak bertahun-tahun.
“Sebenarnya, Balkish datang ni pa sebab Balkish nak bagitahu, papa tak payahlah susah-susah nak belikan barang-barang Balkish” teragak-agak Balkish menolak niat baik ayah mertuanya itu.
“Kenapa? Tak susahpun Balkish” balas Dato' Sahar.
“Amin tak benarkan Balkish ambil duit papa?” soal Dato’ Sahar meneka apabila Balkish hanya berdiam diri dan tidak memberikan jawapannya.
“Budak tu nak kena dengan aku” marah Dato’ Sahar apabila Balkish berdiam diri lagi. Dia tahu Balkish tidak mahu memberitahunya alasan itu berkaitan dengan Amin. Kalau tak, takkan Balkish berahsia. Amin ni sengaja nak libatkan Balkish dalam pergaduhan mereka kali ini.
“Balkish pun rasa bersalah dekat Amin sebab Balkish dah janji. Lagipun duit Balkish kerja part time dulu masih ada lagi pa” pujuk Balkish. Dia tidak mahu kebisuannya menambah garam pada luka pergaduhan antara papa dan Amin.
“Maaf pa, Balkish minta diri dulu” Balkish segera meninggalkan ruang pejabat Dato’ Sahar itu dengan tergesa-gesa. Dia takut sekiranya Dato’ Sahar menghalangnya dan berkeras agar mengambil duitnya. Nanti dia sudah mati kutu mencari alasan untuk menolak pemberian ayah mertuanya itu dengan cara yang baik. Takut disalah anggap tidak menghargai pemberian orang.
Dato’ Sahar menggelengkan kepalanya melihat kerenah menantu mudanya itu. Si Amin ni betul-betul membuatkan tekanan darahnya naik. Kasihan Balkish tersepit antara ego si suami. Tapi lama-kelamaan bibir Dato’ Sahar terukir senyuman. Lucu mengingatkan kerenah sepasang suami isteri yang masih mentah itu. Amin tu masih perangai budak-budak, bilalah nak belajar erti tanggungjawab? Dah jadi suami orang pun tak berubah-ubah, perangai masih pentingkan ego dan tak nak mengalah. Nasib baik Balkish tu budak baik. Tahu menjaga maruah dan mendengar kata suami. Bertuah kau Amin dapat isteri macam Balkish!
Balkish terpaksa meminta Pak Cik Wak menghantarnya pulang ke rumah dan Pak Cik wak menurut. Dia sibuk bertanya kenapa Balkish tidak jadi ke kedai untuk mencari barang-barang keperluannya. Balkish terpaksa pula menjawab dengan jawapan yang sama diberikan kepada Dato' Sahar yang dia mahu ke sana bersama-sama dengan Amin. sebaik sahaja sampai di rumah, dia mengucapkan terima kasih kepada Pak Cik Wak kerana telah menghantarnya pulang. Mereka berdua masuk ke dalam rumah. Dilihat Amin sedang duduk bersenang lenang di sofa sambil menonton televisyen. Balkish menyapa Amin kerana tidak mahu dibilang sombong.
Amin sempat kerling memerhatikan langkah isterinya yang melewati ruang menonton. Teguran daripada Balkish tidak diendahkan kerana marah apabila Balkish membuat keputusan untuk ke syarikat papa walaupun dia telah menghalangnya.
“Hah, Pak Cik ada nampak gunting tak?” soal Amin saat Pak Cik Wak masuk mengekori Balkish. Amin melihat langkah kaki Balkish berhenti tidak jauh darinya, inilah kesempatannya untuk membalas perbuatan Balkish yang tidak mengendahkan permintaannya tadi.
“Gunting apa pula ni Amin?” soal Pak Cik Wak kehairanan. Apa pulak kerenah si Amin ni. Tiba-tiba sahaja gunting yang dicari.
“Gunting dalam lipatan,  pak cik!!” sengaja Amin membesarkan suaranya suapaya dapat didengar oleh Balkish.
“Ada-ada je kamu ni” leter Pak Cik Wak yang belum menangkap maksud sindiran Amin itu yang ditujukan khas buat Balkish.
“Baik-baik sikit jalan tu pak cik, kat rumah ni ada ular” pesan Amin. kali ini dia berdiri dan berlari mengejar langkah kaki Balkish yang kelihatan cuba mengelakkan diri daripadanya.
“Apa lagi kau ni Amin?” Pak Cik Wak sudah masak dengan perangai Amin. Dia malas mahu melayan kerenah lelaki itu.
“Ular dalam rumah ni ada lidah bercabang dua, macam orang tu!” peril Amin lagi.
Kali ini Balkish sudah tidak dapat menahan telinganya daripada mendengar sindiran-sindiran tajam daripada Amin untuknya. Dia berpaling ke belakang dan memandang Amin dengan marah.
“Pandai pula berperibahasa” sindir Balkish.
Amin terdiam. Balkish kelihatan sangat marah. Dia sudah tidak berani menyindir gadis itu lagi.
“Sukalah tu. Dapat duit dari papa kan?” soal Amin, menuduh melulu.
“Papa bagi credit card pada saya untuk beli barang-barang keperluan, tapi awak tahu, saya tolak sebab awak. Pastu balik rumah, terpaksa pula dengar sindiran-sindiran dengan peribahasa yang awak duk merepek ni” marah Balkish. Dia tidak mampu lagi menahan marahnya.
Amin melihat ke arah Pak Cik Wak kerana tidak mempercayai kata-kata Balkish. Pak Cik Wak mengangguk mengiyakan bait-bait kata yang keluar dari mulut Balkish tadi. Tahulah dia bahawa peribahasa yang disebut-sebut oleh Amin tadi merupakan sindiran kepada Balkish. Risau juga melihat pasangan suami isteri yang baru menikah itu bergaduh di depannya. Ini semua sebab salah faham tadi.
“La, kenapa tak habaq awal-awal” Amin ketawa lucu.
Balkish menjeling tajam. Dia berlalu pergi. Tidak larat rasanya mahu bertikam lidah dengan Amin. Lelaki itu takkan pernah berubah.
Amin membontoti Balkish masuk ke kamar mereka. Dia tahu dia salah kerana tuduhan melulunya tapi dia tidak mahu meminta maaf, egonya tetap tinggi walaupun terang-terang dia telah menyakiti hati Balkish. Tanpa mengendahkan Balkish yang juga sedang tidak mengendahkannya,  Amin berjalan ke arah almari untuk mencari pakaian formal yang telah siap digantung dengan hangar. Dia mahu ke pejabat papa, meminta kerja daripada papanya untuk perbelanjaan mencari barang-barang keperluan Balkish. Kalau boleh, dia mahu mencari pendapatan sendiri untuk membelikan barang-barang yang diperlukan oleh Balkish dan tidak mahu menggunakan duit hasil belas kasihan papa, dia mahu buktikan kepada papa yang dia bukanlah seteruk yang papa sangka dan mampu mendapatkan wang sendiri. Amin  mengenakan sepasang kemeja dan seluar panjang. Dia tidak mempedulikan keberadaan Balkish yang turut bersama-samanya di dalam kamar itu. Amin membuka bajunya dan kemudian menggantikan seluar panjang berwarna hitam.
“Ei!!!!” marah Balkish. Dia terkejut apabila berpaling ke belakang dan secara tidak sengaja melihat Amin sedang menggantikan bajunya. Dia segera menghentikan perbuatan Amin itu. Jantung Balkish bagaikan nak gugur apabila melihat tubuh Amin tanpa pakaian dan mereka hanya berdua di bilik itu. Perbuatan dan situasi mereka sekarang membuatkan Balkish terkenangkan peristiwa hitam yang pernah terjadi dalam hidupnya itu. Tangan Balkish jadi terketar-ketar dan dia bertambah takut jadi Balkish segera mengangkat kaki dan melangkah keluar dari bilik itu.
“Apa?” soal Amin selamba.
“Kalau nak tukar baju pun, tunggulah orang keluar dulu” sempat Balkish menjawab sebelum dia meninggalkan bilik.
“Alah, macam tak biasa. Lebih daripada ni pun Balkish dah tengok kan?” selamba sahaja bicara Amin. Dia mengomel sendirian kerana saat itu Balkish sudahpun meninggalkan bilik itu. Amin mencebik mengingatkan respons isterinya tadi, “Macamlah body aku scary sangat sampai Balkish takut nak tengok! Body kau tu lagi teruk dari body orang utan dekat zoo tu!” marah Amin. dia sengaja menguatkan suaranya supaya Amin mendengar.
Imaginasi Amin kembali ke kejadian dulu, wajahnya gembira mengukirkan senyuman mengingatkan kenangan di dalam kereta BMW di bawah sinaran rembulan yang terjadi antara dia dan Balkish dulu. Balkish ayu, dan body dia tak adalah teruk sangat macam orang utan. Amin senyum nakal pada awalnya, tapi apabila dia mengingatkan kejadian itu secara detail, dia teringatkan tangisan Balkish, dan wajah Balkish yang meraung kesakitan dan minta dilepaskan. Namun dia kejam kerana tetap memperlakukan Balkish dengan cara yang tidak baik walaupun gadis itu telah menolaknya dan memberontak minta dilepaskan. Dia tetap memaksa walaupun sebenarnya Balkish bukanlah penyebab amukannya hari itu, yang dia marahkan sangat adalah Tina tapi kenapa dilempiaskan semua marahnya kepada Balkish yang tidak berdosa. Betapa dia bersalah kepada Balkish atas perbuatannya dulu yang bertindak mengikut nafsu dan marah.   Amin segera menghapuskan ingatan itu, ia bukanlah suatu kenangan indah untuk dikenang-kenang tapi merupakan sebuah pengalaman ngeri yang tidak sepatutnya tidak diungkit-ungkit lagi.
Balkish menelan air liur. Kata-kata terakhir Amin itu didengari walaupun dia sudah beredar dari bilik mereka. Teringat kejadian malam itu walaupun dia cuba menghapuskannya dari kotak memori.
 “Sewel” marah Balkish. Dia menyambung langkahnya untuk turun ke tingkat bawah. Mama dilihat sedang duduk-duduk di sofa. Balkish pergi menegur mama untuk berbual-bual dengan mertuanya itu.
“Cepat balik? Kata nak keluar cari barang” Tanya mama apabila melihat kelibat Balkish seawal  jam begini sedangkan suaminya memberitahu awal-awal pagi sebelum pergi ke tempat kerja mahu menyuruh Balkish keluar membeli barang-barangnya dengan Wak.
“Tunggu tiga atau empat hari lagi, ma. Balkish tak jadi keluar hari ini” balas Balkish. Dia tidak tahu kenapa dia menurutkan sahaja kehendak Amin sedangkan dia tidak menyukai lelaki itu. perbuatannya itu mungkin atas dasar rasa kasihan terhadapnya kerana dia bersungguh-sungguh mahu membelikan barang-barang keperluan  dengan duitnya sendiri. ‘Ego juga si Amin tu. Kalau tak, takkan dia sampai melarang aku daripada menggunakan duit papa dalam masa beberapa hari ini’ fikir Balkish
“Nak ke mana tu Min?” soal Datin Hasmah menegur Amin apabila melihat anaknya melewati ruang menonton itu. Segak anak sulungnya dengan pakaian formal. Eh, nak ke mana pula Amin ni dengan berpakaian begitu? Jarang benar nak tengok dia pakai kemeja. Pakaian Amin membuatkan Datin Hasmah tertanya-tanya destinasi anaknya kerana Amin tidak gemar berkemeja dan berpakaian formal. Pergi ke kelas pun selalunya dengan tshirt yang berkolar yang tidak dikemaskan masuk ke seluar, dengan neck tie yang melurut tanpa dikemaskan di kolar baju atau dengan jeans. Ini lain pula penampilannya.
“Nak pergi office papa” beritahu Amin.
“Dengan macam ni?” soal Datin Hasmah tidak percaya. Balkish berdiam diri dan hanya memerhatikan perbualan antara mama dengan anak sulungnya itu.
“Min pakai macam ni sebab nak minta kerja. Ni fail sijil-sijil Min. Bye mama. Min dah lambat ni” beritahu Amin sambil dia berlalu pergi. Dia tidak memandnag wajah Balkish pun saat dia berbual dengan mamanya. Bukannya marah tapi malu apabila tadi dia terkenangkan perbuatan kejamnya dulu terhadap Balkish.
Datin Hasmah menggelengkan kepalanya rasa tidak percaya. Anak sulungnya itu berubah 360 darjat dari biasa. Nak pula si Amin tu kerja dengan papanya. Sebelum ini, bukan main disuruh dan disogok dengan duit oleh papanya, dia tetap tak mahu. Datin Hasmah menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Apa keno eh jang dengan anak aku tu?
“Balkish tahu ke?” soal Datin Hasmah memohon penjelasan. Manalah tahu kalau Amin memberitahu hal itu kepada Balkish sebelum ini. apa sebenarnya yang membuatkan Amin mahu bekerja sekarang ni? Mungkin sebab suaminya telah memansuhkan kad kredit Amin buat sementara waktu ni. Tapi cara suaminya menghukum Amin dengan pemansuhan kad kredit bukanlah yang pertama, sebelum ini pun sudah banyak kali suaminya bertindak sebegitu. Tapi kenapa baru sekarang, Amin mahu berkeras dengan papanya. Kenapa baru sekarang Amin berasa tercabar dengan hukuman papanya? Semakin difikir semakin Datin Hasmah buntu dengan jawapan yang logic. Dia melihat kea rah Balkish. Balkish senyum kepadanya. Datin Hasmah turut senyum, rasanya dia sudah tahu kenapa Amin berubah sebegitu.
“Amin kata nak cari kerja. Dia nak belikan barang-barang keperluan Balkish untuk mendaftar U nanti”
“Apa susahnya, kan papa nak bagi duit” sambung Datin Hasmah.
“Amin tak bagi saya ambil duit papa, mama” beritahu Balkish.
“Pasal tu ke? Makin pelik lah budak tu” ngomel Datin Hasmah. Tekaannya betul. Pasti perubahan Amin itu kerana Balkish. Dia senyum, gembira dengan sedikit perubahan yang terjadi pada diri anak sulungnya itu
…………………………………………
Wahida masuk ke bilik mesyuarat  setelah dipaksa berkali-kali oleh Amin. Takut rasanya mahu menganggu mesyuarat bosnya, tetapi sebab anak bos yang suruh, Wahida terpaksa berusaha. Dia mendapatkan Dato’ Sahar dan memberitahu tentang tetamu yang sedang menunggunya di luar.
“Maaf Dato’ anak Dato’ menunggu kat luar” bisik Wahida.
“Anak saya, siapa? Aman?” soal Dato’ Sahar agak terkejut. Mustahil pula Aman nak datang jauh-jauh ke pejebatnya pada jam-jam sebegini memandangkan anaknya itu sekarang tidak cuti. Pasti dia ada kelas dan kuliahnya. Kalau ada hal sekalipun, anak bongsunya itu akan menelefon terlebih dahulu kalau mahu datang ke pejabat ataupun dia akan menunggunya di rumah sahaja. Kalau Amin lagi mustahil. Anak sulungnya itu susah sekali kalau disuruh ke pejabat walaupun dibayar gaji. Yang dia tahu tidur terbungkang di rumah.
“Amin, Dato’” beritahu Wahida.
“Apa dia nak?” soal Dato’ Sahar agak terkejut.
“Dia kata dia nak jumpa Dato’ urgent katanya”
“Suruh dia tunggu. Kalau dia tak nak tunggu suruh dia balik”
Wahida mengangguk tanda faham. Kalau A cakap Dato’ A lah jawabnya. Wahida takut mahu bertapi-tapi atau bertanya lebih-lebih. Nanti mood Dato’ tak baik, siapa yang nak tanggung?
Wahida keluar dari bilik mesyuarat dan kembali tempat kerjanya.
“En. Amin. Dato suruh En.Amin tunggu” beritahu Wahida menyampaikan pesan bosnya itu.
“Cik dah cakap anak dia yang tunggu dia?” soal Amin tidak percaya mendengar jawapan yang baru sahaj disampaikan kepadanya.
“Dah encik. Dan Dato’ cakap lagi, kalau En. Amin tak nak tunggu, En.Amin boleh balik” beritahu Wahida.
“Dato’ cakap macam tu?” soal Amin tidak percaya.
Wahida mengangguk mengiyakan.
Amin menarik nafas dalam-dalam. Papa memang nak main kasar.
“Tak apa, saya tunggu” beritahu Amin sambil mengukirkan senyuman. Amin kembali duduk di sofa dan terpaksa menunggu hampir sejam sehinggalah mesyuarat yang diketuai oleh papanya selesai..
Amin mengejar langkah papanya apabila melihat  Dato’ Sahar keluar dari bilik mesyuarat itu sambil diikuti oleh beberapa orang pekerja syarikat.
“Ada apa Amin?” soal Dato Sahar. Dia berjalan masuk ke biliknya dan dengan Amin membontoti dari belakang. Tanpa disuruh, Amin masuk ke dalam bilik pejabat papanya dan duduk di kerusi.
“Pa, Amin nak minta kerja. Kerja apa-apa pun ok pa, asal Amin dapat duit” beriathu Amin. Dato' Sahar berdia diri, dia mahu mendengar kata-kata anaknya itu.
“Ni sijil Amin pa” beritahu Amin sambil menghulurkan fail biru yang digunakan sebagai tempat untuk menyimpan sijil-sijilnya sejak sekolah menengah.
Dato’ Sahar pada awalnya tidak percaya apabila mendengar Amin memohon kerja daripadanya. Sebelum ini, bukan main liat lagi kalau nak suruh Amin masuk ke pejabat, kerja untuknya saat cuti semester. Tetapi hari ini, anak lelaki sulungnya itu berada di bilik pejabatnya meminta untuk diberikan kerja. Kalau dulu, dia menawarkan posisi kerja yang bagus dengan gaji yang lumayan sekadar untuk menarik minat Amin ‘berkenalan’ dengan syarikat yang bakal diwarisinya kelak tapi hari ini semuanya berubah, Amin pasti terdesak untuk membuktikan sesuatu sampai sanggup merendahkan egonya dan melawan malasnya datang ke pejabat meminta diberikan kerjanya. This is not a win-win situation, ini peluang yang besar buatnya untuk mengambil kesempatan atas situasi Amin. fikir Dato' Sahar.
Dato Sahar mengambil fail yang diserahkan oleh Amin dan membelek-belek sijil kelayakan milik anaknya itu.
Fail itu kemudiannya diletakkan di meja.
“Amin tahukan sijil yang paling tinggi Cuma sijil SPM” kata Dato’ Sahar.
“Yelah pa, Amin kan belum habis degree lagi” sampuk Amin.
“Kalau macam tu, bila Amin nak masuk kerja?” soal Dato’ Sahar.
“As soon as possible pa. Hari ni pun tak apa”
“Ok kalau macam tu, Amin dah boleh start kerja. Papa tengah ada projek buat masjid untuk kampung Melayu. Kecil je projek tu…” belum sempat Dato' Sahar menghabiskan kata-katanya, Amin cepat-cepat memintas.
“Ok pa. Amin tak kisah. So Amin assist engineer papa yang mana ni?” soal Amin excited.
“Amin bukan assistant engineer” beritahu Dato' Sahar. Kata-kata itu menghampakan Amin.
“Habis tu?” soal Amin sedikit terkejut.
“Pekerja biasa. Angkat batu bata, gaul simen” jelas Dato' Sahar lagi.
“Pa nak Amin jadi buruh???!” kali ini Amin bukan sahaja sedikit terkejut tapi terkejut besar gedabak apabila mendengar kata-kata papanya. Ternganga mulutnya kerana tidak percaya papa sanggup mengujinya sebegitu. Papa memang nak main kasar, takkan aku nak mengalah senang-senang dengan permainan papa ni!
Dato’ Sahar mengangguk. “Dah tu, sijil kamu sampai SPM je, takkan nak jadi engineer?”
“Amin ingat assistant engineer. Sebelum ni time papa offer Amin buat part time dekat office papa, papa suruh Amin jadi assistant engineer”
“Kenapa Amin tolak? Peluang hanya datang sekali” sambung Dato’ Sahar. Dia pura-pura sibuk.
Setelah berfikir agak lama, Amin akhirnya melafazkan persetujuannya, “Ok. Amin terima. Tapi hari ni, Amin nak balik awal sikit. Nak bawa Balkish balik rumah ayah. Amin dah janji dengan Balkish”
“Ok kalau macam tu. Deal” Dato’ Sahar mencapai persetujuan dengan Amin. Mereka berdua berjabat tangan. Lagak mereka bagaikan dua pihak yang Berjaya mencapai persetujuan untuk menjalankan usahasama antara dua syarikat besar.
Amin keluar dari bilik pejabat papanya. Dato’ Sahar tersenyum gembira apabila memengai perundingan damai antara dia dan anaknya. Dia sedar, ada perubahan pada diri anak lelakinya itu dan semua itu gara-gara Balkish. Dato’ Sahar kemudiannya mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor  telefon Farhan, engineer yang bertanggungjawab terhadap projek masjid di Kampung Melayu.
“Farhan, nanti ada anak saya pergi jumpa kamu untuk kerja dekat situ. Amin. Nanti kamu bagi je dia kerja macam orang lain” beritahu Dato' Sahar.
“Kerja apa tu Dato?”
“Dia tak biasa lagi buat kerja. Suruh je dia angkat batu-bata atau simen” jelas Dato' Sahar satu persatu tentang skop kerja buat anak lelakinya.
“Biar betul Dato? Tak beranilah saya nak susahkan anak Dato’” soal Farhan tidak percaya.
“Awak layan je dia macam orang lain. Nanti dia jumpa awak kat situ. Satu lagi, bagi je dia balik awal hari ni. Besok suruh dia ganti balik berapa jam yang dia dah miss untuk hari ni” beritahu Dato’ Sahar lagi
“Baik Dato” balas Farhan.
Panggilan itu dimatikan oleh Dato’ Sahar.
…………………………………………..

ps: enjoy...sambungan bab 19 nnt sy upload, x sempat nak edit lgi hehehe