Saturday, January 26, 2013

Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku 18


Bab 18

Balkish membuka sampul surat yang bertuliskan namanya itu. Di sudut paling atas sampul surat itu tertulis alamat pengirimnya. Balkish sudah dapat  mengagak isi kandungan surat yang baru sahaj diterimanya.
“Surat awak ke tu?” sapa Amin. Entah dari mana munculnya lelaki seorang ni. Rungut Bakish di dalam hati.
“Dari siapa wak?” soal Amin lagi. Dia mendekati Balkish untuk melihat nama pengirim.
“UPU” balas Balkish saat Amin sudah berdiri dekat dengannya. Hati Balkish jadi berdebra-debar kerana takut berada dekat dengan Amin dan juga takut membaca isi kandungan suratnya tu.
Tanpa terduga surat itu dirampas dari tangan Balkish. “Amin!” jerit Balkish.
“Sinilah saya buka. Saya bacakan untuk awak” beritahu Amin. Balkish terpaksa mengalah. Nak berebut dengan Amin dia takut, dekat dengan Amin saja lutunya sudah menggeletar, tangannya sudah kedinginan.
“Kepada saudari Balkish, berkenaan dengan permintaan saudari dalam permohonan untuk melanjutkan pengajian saudari, kami dengan dukacita memaklumkan yang permintaan saudari ditolak” ketawa Amin membaca isi surat itu.
“Abang dah agak dah. Balkish ni bukannya cerdik sangat” Amin masih ketawa lucu apabila membacakan isi surat itu kepada Balkish.
Balkis terduduk di sofa. Hancur semua harapannya. Impiannya untuk melanjutkan pengajiannya ke universiti seperti orang lain musnah. Segala-galanya hancur dengan kehadiran surat ini.  bukan sahaja impiannya musnah, impian ayah dan ibu juga turut hancur berkecai tapi Amin boleh pula bergelak ketawa memandang hal ini suatu perkara lucu.
“Tak apa Balkish, papa boleh support Balkish masuk kolej swasta” pujuk Amin.
“Balkish tetap nak masuk UIA” bentak Balkish. dia menjeling kea rah Amin yang berada di sisinya. Lelaki itu tidak mengerti kekecewaannya dan sat ini dia sangat membenci Amin kerana mengetawai berita buruk yang baru diterimanya itu. mungkin bagi Amin hal ini remeh kerana dia hidup senang dengan segala kemewahan yang dimilikinya tapi bagiku, inilah satu-satunya peluang  untuk aku mengubah nasib kedua ibu bapaku serta adik-adikku, dan sekarang peluang ini hilang dengan hadirnya surat ini.
“Sama je mana-mana pun sayang” pujuk Amin. Amin duduk di sofa
Balkish terdiam. Amin melihat wajah Balkish yang kelihatan sedih dengan berita yang bari disampaikan olehnya tadi. Dia jadi kasihan. Menyesal pula mengetawakan Balkish sedangkan sepatutnya dia tidak harus berbuat begitu demi menjaga hati Balkish.
“Nah, ambil surat ni. Buat buat bungkus nasi lemak. Kalau tak masuk U, Balkish jual je nasi lemak pagi-pagi kat depan sana tu” Amin bangun dari duduknya dan memberikan surat itu kepada Balkish. Sempat dia menjeling ke arah Balkish yang masih lagi bersedih.
Surat itu Balkish ambil dan membaca isi kandungannya.
“Aminnnnn!!!!!” jerit Balkish geram. Dia hampir menangis apabila mendengar khabar tidak baik dari Amin itu tadi. Tetapi setelah membaca isi surat rasmi tersebut, Balkish menjadi marah. Kalau boleh bertukar hijau jadi Incredible Hulk, sekaranglah masanya. Perbuatan Amin yang telah menipunya tentang isi kandungan surat itu membuatkan Balkish benar-benar marah.
Amin ketawa terbahak-bahak. Apa lagi, dia segera menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa amukan Balkish. Gadis itu mengejarnya dengan bersungguh-sungguh. Amin gembira dapat mengenakan Balkish. Sesekali Amin berpaling ke belakang untuk melihat wajah masam mencuka milik Balkish yang masih mengejarnya untuk membalas perbuatannya tadi. Tanpa terduga, tiba-tiba Amin tersadung di laman depan rumahnya. Dia jatuh terguling-guling di rumput yang tumbuh menghijai di laman. Dan saat itulah, Balkish berhenti di hadapan Amin dan bercekak pinggang.
“Dah dah, abang penat kena kejar” beritahu Amin. Dia mengelak daripada dipukul oleh Balkish.
Balkish tercungap-cungap kepenatan.
“Tak baik awak tipu orang” bentak Balkish.
“La, abang gurau je” balas Amin. Dia menghulurkan tangannya untuk ditarik oleh Balkish tapi Balkish tidak mengendahkannya. Amin bangkit sendiri. Dia membersihkan seluar pendeknya yang kotor terkena tanah dan rumput.
“Mama dengan papa mana?” soal Amin tiba-tiba.
Balkish melilau-lilau mencari kelibat kedua orang mertuanya itu.
“Kita berdua je ni?” soal Amin. Sengaja dia mahu mengusik Balkish.
Hati Balkish tiba-tiba berdegup kencang. Mereka hanya berdua? Di mana mama dan papa? Tangan Balkish menggeletar. Amin ni bukannya boleh diharapkan. Datang mood gilanya, entah apa yang bakal dilakukannya. Betul, Amin ada mood gila. Kalau orang lain, ada mood happy, sedih, tapi Amin, dia ada additional, mood gila!
“Nanti, dah masuk U, abang tak benarkan Balkish tinggal kat hostel” tiba-tiba Amin bersuara.
“Suka hati sayalah” bentak Balkish. Dia mengelakkan diri daripada Amin.
“Eh, mana boleh. Abang pun boleh bersuara dalam hal ni. Balkish kan isteri abang” balas Amin. Amin memperjuangkan buah fikirannya. Memang betulpun, dia ada hak atas Balkish. walaupun mama dan papa tidak tahu yang mereka tidak tidur sekatil tapi sekurang-kurangnya setiap hari dia pasti dapat melihat Balkish. alinlah pula kalau Balkish tinggal di hostel nanti. Siapa pula yang akan menjaga Balkish?
“Eh gelilah!”
“Amboi, jual mahal. Dulu masa abang ngorat senyum je memanjang. Sekarang bila dah dapat abang, macam ni Balkish buat kat abang” sambung Amin. dia mengejar langlah Balkish yang meninggalkannya.
Balkish tersenyum lucu. Ada ke patut dia cakap macam tu. Macam dia tu anak dara je.
Balkish berjalan ke arah buaian kayu yang terletak di samping kolam ikan. Amin membontoti isterinya. Balkish duduk di buaian dan mengayunkan dirinya. Amin sekadar melihat.
“Bila daftar?” soal Amin.
Surat yang berada di tangan Balkish dibuka. Isi kandungannya dibaca sekali lagi untuk menjawab pertanyaan Amin itu.
“Next week”
“Tak lama lagilah. Besok kita pergi cari barang-barang keperluan Balkish”
“Apa yang nak kena beli?” soal Balkish
“Hah, ni Tanya abang. Nasib baik Balkish ada abang. Banyaklah kita nak kena beli, yang penting besok kita pergi. Kita cari baju baru, buku tulis, alat tulis, kasut, beg, semualah. Balkish jangan risau. Biar abang bayar, ok”
“Memang awak yang bayar, tapi duit tu duit papa” sindir Balkish.
“Yelah sayang, abang kan belum kerja lagi”
Balkish mencebik. Mulutnya muncung.
“Hah, mulut tu”
“Apa?”
“Balkish ingat abang tak Nampak?”
“Nanti jangan lupa bagitahu papa dan mama pasal offer letter Balkish ni. Jangan lupa ibu dengan ayah Balkish juga” pesan Amin.
“Besok awak temankan saya pergi rumah ayah?” pinta Balkish. Segan juga meminta pertolongan daripada Amin untuk ke rumah kedua orangtuanya, maklumklah takut Amin tidak selesa di sana. Kunjungan dulu, Amin telah termuntah malam hari kerana tidak terbiasa makan ikan sungai. Pasti Amin keberatan lagi mahu ke rumah ayah, rumah keluarganya tidak seselesa dan semewah rumah keluarga Amin. Walapun dia sangat berterima kasih kepada Amin kerana sanggup mengalah dan berkorban sedikit untuk bermalam di rumah keluarganya yang serba kekurangan, dia pasti Amin pasti tidak mahu lagi berkunjung ke sana.
“Call jelah. Awak ingat dekat ke rumah parent awak?”
“Tak apalah, saya naik bas je”
Amin menarik muka masam. Merajuklah Balkish ni..
“Ayah tak ada handphone eh?” soal Amin cuba meneka
“Takkan handphone pun tak ada. Tak fahamlah! Mahal sangat ke nak beli satu?” marah Amin.
Balkish menjeling kea rah Amin. Kata-kata Amin itu terdengar seperti hinaan kepada keluarganya yang serba kekurangan. Walaupun harga telefon bimbit sekrang tidak lebih dari seratus ringgit tapi keluarganya memang benar-benar tidak berkemampuan. Daripada berhabis duit ke barang yang tidak perlu, lebih baik duit itu dibelanjakan untuk duit perbelanjaan sekolah adik-adik.
“Sakit hatilah sembang dengan orang macam awak ni” marah Balkish. Dia bangun dan meninggalkan Amin.
Amin ketawa lucu. Sekali lagi dia gembira dapat mempermainkan perasaan Balkish. Tidak terlintas di fikirannya menghina darjat keluarga Balkish seperti itu. Dia Cuma mahu mempermainkan perasaan Balkish dan bertengkar dengannya. Kalau bertanya atau bercakap seperti biasa, Balkish tidak mahu menjawab, tapi kalau bergaduh, Balkish ni banyak pula hujahnya.
“Abang gurau je sayang. Herm? Besok kita belikan handphone untuk family awak eh?”
“Saya tak minta pun awak belikan apa-apa” marah Balkish.
“Tak salah kalau abang nak belikan. Anggap saja hadiah abang untuk ayah. Lagipun senang ayah nak contact awak bila awak dah start belajar nanti, awak pun senang nak contact family awak” sambung Amin.
Balkish menjeling ke arah Amin yang berdiri sebelahnya. Tak guna handsome tapi perangai menyakitkan hati. Si Amin ni memang terkenal dengan perangai buaya daratnya, tapi disebabkan dia pandai memujuk rayu, ramai perempuan yang tergoda walaupun sudah mengetahui perangai sebenarnya.
Balkish berlalu meninggalkan Amin.
“Ayah awak ayah saya juga kan?!” laung Amin. Dia kemudiannya tersenyum gembira. Seronok dapat mempermainkan hati si isteri. Balkish tu biar diusik macamanapun pasrah sahaja melayan kerenahnya. Tak pernah nak belajar dari kesilapan, selalu sahaja terkena. Mudah sangat mempercayai orang.
Sewaktu makan malam, Amin turun ke ruang makan. Papa, mama dan Balkish sudah berada di ruangan itu. Amin memandang Balkish tidak berkedip. Entah sejak bila, dia mulai menyayangi isterinya itu, dah tak ada perempuan lain yang bertakhta di hatinya sekarang kecuali Balkish. Lagipun Balkishkan dah jadi isterinya yang sah, tak salahkan perasaan sayangnya itu? Balkish je yang jual mahal, orang dah nak kat dia, dia pulak tak pandang kita ni. Hello, aku ni lelaki idaman Malaya kot. Muka handsome, tinggi, tegap, banyak duit. Herm, actually papa yang banyak duit. Tapi pendek kata, kalau aku jalan dengan Balkish orang akan cakap pasangan sejoli, bagai pinang dibelah dua.
Amin mengambil tempat duduk di samping tempat duduk Balkish. Namun setelah menyendukkan nasi, Balkish pula berpindah tempat duduk dan duduk berhadapan dengan Amin.
“Kenapa duduk situ?” soal Amin marah.
Balkish melihat ke arah mama dan papa. Terkejut juga dengan pertanyaan Amin yang tiba-tiba itu. Suara lelaki itu juga agak kuat. Bukannya nak cover.
“Bukan awak selalu duduk sini ke?” sambung Amin lagi.
“Saya nak duduk sini” balas Balkish. Dia tidak mengendahkan marah Amin. Marahnya yang dirasakan tidak masuk akal. Tetapi memang benar Balkish cuba mengelak daripada Amin. Tidak mahu dia berada sedekat itu dengan Amin.
“Min, papa dah stop credit card Min” beritahu Dato’ Sahar tenang. Macam benda tu not a big deal for him and for me.
“What? Pa? Why?” bentak Amin.
“Kan Amin tak masuk kelas sekarang, remember?” sengaja Dato’ Sahar mempermainkan Amin.
“Tapi besok Amin dan janji nak bawa Balkish cari barang-barang keperluan dia” marah Amin lagi.
“Balkish nanti nak pergi cari barang, ajak Pak Cik Wak tapi nanti pergi office papa dulu” beritahu Dato’ Sahar kepada Balkish.
Balkish sekadar mengangguk. Dia melihat kea rah Amin. Teringat pula pesanan Amin petang tadi yang dia mahu membawanya mencari barang-barang yang perlu untuk kelengkapan belajar tapi sekarang, papa pula memberikan arahan yang bertentangan 360 darjat dari pesan Amin petang tadi. timbul rasa simpati buat lelaki itu.
Amin melihat ke arah Balkish. Balkish pula segera melarikan pandangannya, dan berpura-pura tidak melihat.
“Kereta tu….” Sambung Dato’ Sahar.
“Pa, not the car..please” rayu Amin.
“Besok Amin nak bawa Balkish pergi rumah ayah. We need the car pa” beritahu Amin.
“Betul Balkish?” soal Dato’ Sahar.
“Pa, how come you don’t trust me. I’m telling the truth. Now its everything about Balkish. Anak sendiri pun papa tak percaya” marah Amin. Tetapi Dato’ Sahar tidak mengendahkannya. Balkish terdiam. Dalam hatinya ingin sekali dia mengetawai Amin, perangainya keanak-anakan, umur sahaja dah tua, tapi merajuk sana-sini, kalah budak kecil umur 7 tahun.
“Kalau boleh, Balkish minta Amin hantarkan ke rumah ayah. Nak bagitahu yang Balkish dapat masuk UIA” beritahu Balkish kepada papa. Dia memberitahu hal yang sebenar dan cuba untuk menyebelahi Amin supaya kereta Amin tidak ditarik oleh papa sepertimana papa menarik balik kad kredit Amin.
“Ok, kalau macam tu, you can keep the car tapi hanya untuk besok” Dato’ Sahar mengemukakan keputusannya. Balkish menguis-nguis nasi yang berada di pinggannya. Dia tidak berani mengangkatkan muka memandang Amin di hadapannya. Dato’Sahar memang agak tegas rupanya, tetapi dalam ketegasan Dato’ Sahar itu, Amin masih berani memprotes.
Amin bangkit dari tempat duduknya. Nasi di pinggannya tidak disentuh pun. Seleranya hilang mendengar keputusan dari papanya. Baru sahaja dia berangan mahu keluar berdua-duaan dengan Balkish besok. Tetapi angan-angannya musnah oleh kerana keputusan muktamad papa.
“Min, pergi mana?” soal Datin Hasmah memanggil. Dia tidak berani menyampuk dalam pertengkaran mulut antara suaminya dan Amin sebentar tadi.
“Min tak lapar” balas Amin. Dia meninggalkan ruang makan itu dan mendaki anak tangga ke kamar.
“Abang ni kasar sangat dengan Amin. Depan Balkish lagi abang marah dia. Malulah budak tu” tegur Datin Hasmah separuh berbisik. Balkish melihat ke arah Dato’ Sahar.
“Makanlah Balkish” pelawa Dato’ Sahar. Kata-kata isterinya tadi seolah-olah tidak didengarinya dan teguran itu diabaikan saja.
Setelah selesai menjamu selera dengan Dato' Sahar dan Datin Hasmah, Balkish mengemaskan dapur dan ruang makan. Setelah itu dia naik ke biliknya. Daun pintu diketuk dahulu sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik tidur yang sudah dihuni oleh Amin itu. Dilihat Amin sedang terbaring di lantai dengan alas karpet permaidani yang lembut. Lelaki itu seperti sudah terbiasa tidak duduk di katil. Maklumlah terpaksa mengalah dan memberikan hak mandotori untuk menggunakan katilnya kepada Balkish. Hati kecil Balkish tertawa dengan kemenangannya itu.
“Awak tak lapar ke?” soal Balkish. kesian pula dengan nasib Amin yang tidak sempat makan malam tadi.
Amin tidak menyahut.
“Dah tido?” soal Balkish. dia tahu Amin pasti belum tidur. Moodnya pula mungkin tidak baik kerana bergaduh dengan papa.  Amin tetap tidak menyahut.
“Eh, kalau dah tidur. Tidur kat luar. Jangan kat sini” Balkish mengingatkan. Dia mencuba taktik mencari gaduh dengan Amin untuk memancing suaminya berbicara.
Amin bingkas bangun dari tidurnya.
“You ni kan?! Bukannya nak back up I” marah Amin.
Taktik Balkish tadi menjadi, lega hatinya apabila mendengar suara Amin. sekurang-kurangnya, tidaklah dia membisu sahaja dan hanya menyembunyikan marahnya.
“Dah you cuti satu sem tu buat apa?” Balkish memprovok.
Sebab youlah Balkish! Dan banyak sebab-sebab lain, antaranya malas. Tapi lebih sedap didengar kalau jawapannya sebab Balkish. Nampak macam hero yang sanggup berkorban apa sahaja untuk heroinnya.
“Tak apalah, lagipun awak duduk rumah je, tak pakai duit pun” pujuk Balkish.
“Tapi abang nak belikan barang-barang keperluan Balkish and abang tak nak Balkish pakai duit papa” beritahu Amin. dia tak suka Balkish pakai duit papa sekarang ini. papa macam nak berkeras dengannya tentang duit, mungkin kerana papa berasa marah dengan perbuatannya membatalkan semesternya yang lepas. Tapi Balkish, Balkish isterinya, Balkish harus mendengar katanya tidak menggunakan duit papa sekarang ini. dia tidak mahu bergantung ke papa dan mahu mebuktikan kepada papa yang dia boleh memenuhi keperluan Balkish tidak hanya bergantung kepada duit papa.
“Please. Its my pride” sambung Amin lagi.
Balkish melihat wajah Amin yang sedikit tunduk memandang lantai. Ada keikhlasan pada rentak nada suara suaminya itu. Amin mungkin bergaduh dengan papa, tapi niatnya baik. Kali ini dia mahu mengikut permintaan Balkish lagipun Amin suaminya. Balkish akhirnya mengagguk.
“Bagi abang masa dalam tiga atau empat hari ni. Abang cari kerja, lepas tu kita keluar sama-sama cari barang-barang keperluan Balkish” sambung Amin lagi. Balkish mengagguk.
“Janji?”
“Janji” Balkish memberikan janjinya. Dalam hatinya dia masih meragui kata-kata Amin terhadapnya. Tetapi dari gaya dia bercakap, lelaki tu Nampak bersungguh-sungguh. Tak apalah, bagi je Amin masa. Lagipun duit kerja part time dulu msih ada dalam simpanan. Cukup barangkali untuk perbelanjaan barang-barang keperluan ke universiti. Amin tersenyum gembira. Dia mengambil bantal dan selimutnya dan membuka sliding door untuk ke balkoni. Balkish mengambil sesuatu di bawah katilnya dan mengikut Amin dari belakang. Semasa Amin berkalih ke belakang untuk menutup sliding door, dia terkejut melihat Balkish.
“Eh awak tidur jelah dekat katil” tegur Amin saat melihat Balkish mengekorinya. Sangkanya Balkish mahu menjemputnya tidur di dalam bilik.`
Balkish ketawa lucu. “Ni encik Amin. Ubat nyamuk awak” kata Balkish saat ketawanya habis. Dia meletakkan ubat nyamuk di lantai dekat tempat tidur Amin. Tak kuasa nak tidur sama-sama dengan Amin, apatah lagi dekat balkoni. Sengal betul mamat tu kalau dia fikir aku nak ikut tidur sekali dengan dia.


salam maulidur rasul

12 comments:

  1. kenapa lambat sangat sambungggg ? mencik lahhhh >:(

    ReplyDelete
  2. cepat larh smbung lagi ..
    xsbar nk baca nie ..

    ReplyDelete
  3. Br je follow citer ni..nice story..

    ReplyDelete
  4. Sy pun baru aje flw cite ni.. best.. x sbr utk next entry.. Tld upload dgn cpt

    ReplyDelete
  5. baru follow citer ni...best...nk tnye..penulis xde fb ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emel saya shoulderdistocia@yahoo.co.id

      Delete
  6. tak ada sambungan ke cerita ni????

    ReplyDelete
  7. Best ceta ni teruskn mnulis

    ReplyDelete
  8. best sgt teruslah menulis dan menulis utk peminat novel mcm sye...

    ReplyDelete