Monday, March 31, 2014

Susahnya Nak Dapat Kemaafan isteriku bab 28

Bab 28
Hari-hari yang dilalui seperti sekadar dijalani sahaja. Tidak ada indahnya setiap peluang yang Allah berikan untuk bernafas di bumi ciptaanNya ini. Entah ke mana hilang semangatnya. Mungkin di bawa lari oleh kucing garong bernama Amin.
Lelaki yang juga suaminya itu adalah orang yang paling dibencinya sekarang. Setelah panggilan telefon yang diterima pada malam itu, hati Balkish hancur luluh. Dia benci kepada Amin dengan sikapnya yang langsung tidak berprikemanusiaan. Sanggup Amin menyakiti hatinya dengan memberitahu yang dia mahu meniduri gadis lain. Malah ini bukan pertama kali. Dulu Amin juga pernak melakukan perkara yang samam saat dia ke Pulau Kapas bersama dengan kawan-kawannya.
Mengulangi nama Amin di dalam hati sahaja sudah cukup membuatkan hati Balkish panas membara. Apatah lagi apabila mendengar nama lelaki itu disebut oleh semua orang menjadikan hati Balkish bertambah sakit. Setiap hari pasti dia akan mendengar orang-orang memanggil nama Amin. Mana tidaknya, setiap ada doa yang dibaca melalui speaker masjid, pasti ada orang yang akan meng’Amin’kannya.
Amin bukan sahaja jahat, malah dia memang sengaja mencari nahas. Dia tidak pernah menghubunginya lagi sejak malam itu. Semenjak mereka berdua berkahwin, Amin tidak pernah seego ini. Selalu sahaja Amin yang mengalah, dan berusaha untuk meraih perhatiannya. Tetapi kali ini lain, Amin seolah-olah mengabaikannya. Adakah benar begitu? Amin mengabaikannya sepertimana dia mengabaikan tanggungjawabnya kepada suaminya sendiri, sepertimana yang dituntut oleh Amin melalui telefon?
Tetapi yang anehnya sekarang ini, walaupun hati mengatakan benci, tetapi entah kenapa setiap hari dia akan melihat skrin telefon bimbit untuk memastikan apakah betul tiada sms atau panggilan daripada Amin? Lagaknya seolah-olah dia menantikan panggilan atau khabar dari suaminya. Saban waktu dia memikirkan lelaki itu. Rindu? Ah, mustahil. Takkan dia jatuh hati pada lelaki pemabuk dan perogol itu.
Duhai hati, kenapa kau macam ini? Cuba dengar akal warasmu. Amin tu bukan seorang suami yang baik, bukan seorang lelaki yang patut kau hormati. Ingat apa yang telah dilakukan olehnya dulu.
Namun siapa aku untuk menipu tentang perasaan ini? Jauh di sudut hatiku yang dalam, aku sebenarnya merindui lelaki itu. Selera makan jadi berkurang. Mandi pun tak basah. Semuanya gara-gara patah hati dengan perbuatan Amin.
Balkish berlari-lari masuk ke dalam bilik air. Muntahnya dihamburkan ke dalam mangkuk tandas. Bukan hanya sekali malah berkali-kali isi kandungan perutnya dimuntahkan keluar. Ini sudah ke berapa kali untuk hari ini. Sejak serangan yang pertama kali dulu, sakitnya belum sembuh-sembuh lagi. Mana tidaknya, dia tidak pernah mahu mengambil ubat atau berjumpa doktor untuk mengubati food poisoningnya. Balkish kepenatan.
Sudah berhari-hari, begitu sahaja keadannya. Hari ini dia berasa sangat letih dan tidak larat sekali untuk ke kelas. Akhirnya, Balkish mengalah, dia mahu ke klinik. Dia menebalkan muka menelefon Amin. Lama dia menunggu barulah panggila itu diangkat.
“Assalamualaikum”
“Erm”
“Awak boleh tak temankan saya pergi klinik. Saya tak sihatlah beberapa hari ni. Asyik muntah-muntah saja sejak makan dekat restoran yang awak bawa hari tu. Food poisoning agaknya”
“Sibuk. Cuba tanya Aman kalau dia boleh temankan”
Balkish terdiam. Geram betul aku dengan mamat sewel ni.
“Aman? Aman ke awak suami saya?” soal Balkish. Dia marah dengan sikap acuh tak acuh yang ditunjukkan oleh Amin. Mungkin lelaki itu masih lagi marah kepadanya tetapi dia harusnya lebih bertanggungjawab. Kalau setakat nak ke klinik dengan lelaki lain, tak payahlah aku susah-susah call dia minta dia temankan.
“Sibuk” balas Amin sepatah.
“Saya tak laratlah awak. Rasa nak pengsan pun ada ni” balas Balkish. Suaranya jelas menunjukkan keadannya yang lemah.
“Suruhlah si Fakrul” rajuk Amin.
“Ahh..Nasib baik awak ingatkan. Saya hampir-hampir terlupa pasal Fakrul. Kalau macam tu tak apalah. Awak tak payahlah datang. Nanti saya minta tolong Fakrul temankan saya sahaja”
Amin mula gelisah saat diugut begitu oleh Balkish.
“Pukul berapa awak nak pergi?” soal Amin.
“Sekaranglah. Saya asyik muntah-muntah saja ini”
“Tunggu lagi satu jam baru saya datang” panggilan itu dimatikan. Amin tersenyum gembira. Firdaus dan Hisyam mencebik.
“Macamana aku berlakon? Okey?” soal Amin. Senyumannya belum luput dari wajah.
“Bukan main lagi jual mahal dengan Balkish tapi hakikatnya kau suka kan dia call kau dulu”perli Hisyam.
“Mestilah. Dialah pujaan hati aku”
“Sekarang aku nak set masa. Sejam lagi baru aku nak gerak pergi jumpa dia” Amin mengambil telefon bimbitnya dan membuka aplikasi set timer.
………………………………………………………….
Balkish duduk menunggu di beranda. Dia mengenakan sweater tebal ke tubuhnya. Kelibat Amin belum lagi kelihatan walaupun sudah lewat dari satu jam dia menunggu di situ. Sibuk betul Amin ni!
‘Mungkinkah mamat sewel tu lepas satu jam baru bertolak?’
 Balkish cuba menelefon Amin tetapi panggilannya tidak dijawab. Dia menekapkan wajahnya ke meja di kawasan beranda. Tanpa disedari dia tertidur kerana keletihan yang amat sangat.
Setelah sampai di tempat biasa, Amin menelefon Balkish. “Cepatlah. Abang tunggu dekat tempat biasa”. Sebaik sahaja menerima panggilan itu, Balkish bangkit dan berjalan dengan langkah longlai menuju ke tempat parkir.
Amin membersihkan tempat duduk depan dan barang-barang di dalam keretanya. Dia kembali melihat ke depan. Dari jauh terlihat susuk tubuh Balkish yang agak kurus dan tidak bermaya. Amin terkejut melihat keadaan isterinya yang tidak terurus dan lemah. Tanpa berfikir panjang, tanpa mempedulikan rancangannya untuk terus berlakon ego di hadapan Balkish, dia terus turun dari kereta dan memeluk tubuh isterinya.
Balkish yang pada waktu itu memerhatikan suaminya berjalan laju dan terus datang menerpa ke arahnya terkejut apabila tubuhnya dirangkul ke dalam pelukan erat tetapi dibiarkan sahaja tubuhnya yang lemah itu berehat sebentar di dalam kehangatan badan suaminya. Pada saat itu, dia berasa selamat dan aman sekali. Perasaan itu merupakan perasaan aneh buatnya terutama berada dalam pelukan Amin. Sebelum ini, dia hanya merasa takut dan trauma apabila berdepan atau berada dekat dengan Amin. Dalam lemah senyuman bahagia sedikit terukit di wajah, rindunya kepada Amin selama beberapa hari ini diibaratkan seperti sudah hilang diterbangkan angin petang itu. Dia bahagia. Jujur! Dia bahagia saat ini.
“Abang ingat awak main-main. Kenapa tak bagitahu abang awal-awal lagi?” Amin marah dalam sayang. Pelukannya dileraikan perlahan-lahan untuk dia menatap wajah ayu milik isterinya. Balkish hanya berdiam diri. Tanpa membuang masa, Amin terus memimpin tangan Balkish masuk ke dalam kereta. Tali keledar dipakaikan untuk Balkish. Dahi Balkish pula dijamah. Risau juga seandainya isterinya itu diserang demam panas.
“Tak panas sangat” kata Amin pelik.
“Awak tak makan, ya?” soal Amin risau.
“Tak ada selera”
“Kenapa tak ada selera? Rindu abang ke?” spontan keluar dari mulut Amin. Tetapi dia tidak berniat mahu melawak dalam situasi sekarang ini. Jelas sekali dia risau dengan keadaan Balkish.
“Kita pergi klinik” sambung Amin.
Balkish mengangguk perlahan.
Mereka sampai di klinik swasta. Orang tidak ramai jadi mereka tidak perlu menunggu lama. Balkish dan Amin masuk ke dalam bilik untuk diperiksa oleh doktor.
“Puan dah pernah periksa test kehamilan?” soal doktor itu.
Amin dan Balkish saling berpandangan antara satu sama lain.
“Belum, doktor” jawab Balkish.
“Kalau macam tu kita periksa dulu, ya. Kalau positif, nanti baru saya buat scan” beritahu si doktor itu lagi. Amin dan jururawat membantu Balkish ke bilik air. Tetapi saat Balkish harus melangkah masuk, Amin hanya menunggu di luar.
“Cik boleh tolong isteri saya?” kata Amin kepada jururawat itu. Balkish dipimpin masuk ke dalam bilik air. Sebentar kemudian mereka berdua keluar. Amin memapah Balkish untuk kembali ke tempat duduk berhadapan dengan doktor.
“Puan, Encik, dari test ni saya dapati yang isteri encik mengandung. Tahniah” doktor lelaki itu menyampaikan khabar gembira. Balkish tersenyum syukur. Dia kerling ke arah Amin untuk berkongsi kegembiraan itu bersama-sama namun wajah lelaki itu hambar.
“Kita buat scan, ya” Balkish mengangguk.
“Abang tunggu dekat luar” beritahu Amin kepada Balkish. Dia tahu Balkish pasti tidak selesa untuk diperiksa oleh doctor kalau dia berada di situ jadi dia keluar dan menunggu di luar.
‘Balkish mengandung? Apa yang ditakutiku selama ini menjadi kenyataan. Bukankah alasan untuk aku berkahwin dengan Balkish kerana takut dia mengandung setelah peristiwa itu? Bukankah aku dah menjangkakan semua ini dulu? Dan bukankah aku mahu menanggung impak perbuatanku ini bersama-sama dengan Balkish? Seharusnya aku telah menyiapkan diri dengan hal-hal sebegini tetapi kenapa…. Sekarang ini perasaan ini hadir?’ Walaupun dia risau tetapi dia sempat senyum bangga, ‘Hebat juga aku ni! Dengan sekali try sahaja, dah menjadi dengan Balkish’ Senyuman itu semakin lebar. ‘Lagipun im a healthy man, tak mungkin benih yang kuberikan kepada Balkish malam itu tidak berhasil’ Amin tersenyum bangga mengingatkan kegagahannya malam itu.
‘Tapi kalau Balkish mengandung bermaksud aku akan jadi ayah, bolehkah aku memikul tanggungjawab itu?’ Amin buntu.
“Awak” panggil Balkish. Amin segera berdiri. Dia memegang Balkish dan membantu gadis itu untuk duduk.
“Awak duduk sini, abang pergi bayar dulu” Amin menghilang ke kaunter pembayaran ubat. Dia membayar kos perawatan dan pemeriksaan Balkish. Setelah selesai, dia kembali mendapatkan Balkish dan memimpin gadis itu untuk kembali ke kereta.
Balkish sekejap-sekejap melihat ke arah Amin. Dia mahu mentafsir respons dari riah wajah lelaki itu. Sejak mengetahui yang dirinya mengandung, Amin tidak berbicara sepatahpun. Sekarang juga Amin tetap berdiam diri.
“Saya tak nak gugurkan kandungan saya ni” beritahu Balkish. Walaupun Amin tidak berbicara namun dia tahu yang Amin tidak senang apabila mengetahui yang dirinya mengandung. Seandainya dipaksa oleh Amin untuk menggugurkan kandungan, dia tidak akan  berbuat begitu dan akan tetap akan memelihara kandungannya.
“Pakai tali keledar” arah Amin.
Balkish mengenakan tali keledar ke badannya. Dikerling ke arah Amin lagi. Lelaki itu tetap tidak mahu memberikan sebarang komentar tentang kehamilannya.
“Walaupun awak tak nak anak ni tapi saya tetap akan mempertahankannya” sambung Balkish lagi.
“Ada ke abang cakap tak nak?” balas Amin. Geram dengan sikap serkap jarang yang ditunjukkan oleh Balkish.
“Awak tak payah cakap pun saya dah boleh tahu dari reaksi awak tu”
“Oh, sekarang dah jadi tok bomoh pula. Boleh baca isi hati orang” bentak Amin.
Balkish terdiam. Amin juga diam. Lambat laun dia mengatur bicara.
Okey, macam ni. Abang minta Balkish rahsiakan dulu berita ni dari parents kita. Bagilah abang masa untuk tenangkan fikiran dulu. nanti, kalau abang dah bersedia, kita sama-sama bagitahu mereka”
“Terpulang pada awak nak terima bayi ni atau tak, tapi saya takkan gugurkan kandungan ni” bentak Balkish.
“Abang faham. Erm? bagi abang masa, boleh?” lembut suara Amin memujuk Balkish membuatkan hatinya yang beberapa hari ini merindui lelaki itu cair. Wajah tampan Amin ditenung.
“Kenapa tengok abang macam tu?”
Balkish segera melarikan pandangannya. Amin tersenyum gembira dapat mengenakan Balkish.
Handsomekan suami awak ini. Menjadi kegilaan ramai perempuan” Amin puji diri sendiri. Balkish sekadar tersenyum.
Amin memandu keretanya keluar dari tempat parkir. Dia bertanya serba-sedikit tentang hasil scan yang dilakukan ke atas Balkish tadi. Menurut doktor itu, usia kehamilan Balkish baru sekitar 7 sampai 8 minggu. Buat masa ini, Balkish harus banyakkan berehat dan tidak boleh banyak berbuat kerja keras. Makan harus dijaga dan harus kurangkan aktiviti ‘bersama’ suami. Balkish sekadar tersenyum mendengar penerangan dari doktor itu tadi. Macamana nak mengurangkan aktiviti ‘bersama’ Amin kalau mereka memang tidak pernah ber’aktiviti’ bersama.
Sangkaannya meleset sama sekali, rupa-rupanya gejala-gejala seperti muntah-muntah dan pening kepala yang berpunca daripada Amin itu bukanlah kerana Amin telah membawa mereka makan di ke restoran tempohari, tetapi kerana perbuatan Amin yang lebih awal daripada itu. Perbuatan Amin di saat dia mabuk dulu. Balkish senyum lucu. Mengingatkan anak Amin yang dikandungnya sekarang, hatinya berbunga riang.
“Nanti kalau Balkish ada mengidam apa-apa call saja abang”
Balkish mengangguk. Sesekali dia mencuri pandang ke arah lelaki yang sedang memandu itu. Amin memang kacak, dan macho. Walaupun kulitnya putih, tetapi dia maskulin. Tidak merokok membuatkan bibirnya merah dan lembap. Bibir Amin pula yang dilihat. Teringat peristiwa hitam dalam sejarah hidup mereka itu. Beberapa kali Amin cuba mencium bibirnya tetapi dia melawan. Namun sekuat mana kudratnya dapat menangkis serangan Amin, seorang lelaki muda yang masih sihat dan sasa.
Tiba-tiba, Balkish teringatkan sesuatu. Kalau tidak salah, dalam samar-samar kejadian petang tadi, Balkish membiarkan sahaja dirinya dipeluk oleh Amin. Dia tidak seperti selalunya yang akan fobia dan trauma kalau Amin berada dekat dengannya. Amin memeluknya sangat erat ke dalam dada sasa miliknya. Apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa rasa takut itu sudah tidak ada?  Tadi juga Amin memegang tangannya. Kenapa tidak terjadi refleks pada diriku terhadap Amin seperti yang selalunya terjadi?
“Awak nanti tak boleh kerja kuat. Tidur malam jangan lambat-lambat. Ke awak nak pindah balik rumah papa? Kalau dekat rumah, boleh abang tengokkan awak” beritahu Amin.
“Tadi awak cakap tak nak mama dan papa tahu?”
“Awak pindah saja kalau awak nak pindah”
“Awak nak saya pindah ke?” soal Balkish. Sengaja dia mahu menjerat lelaki itu.
“Nak! Kalau awak pindah, saya pun tinggal rumah papa sajalah”
Balkish diam. Ada sesuatu yang dia mahu bertanya kepada Amin. Sesuatu yang meragut ketenangannya sejak malam Amin bereterus terang kepadanya.
“Awak tidur tak dengan perempuan hari tu?” soal Balkish straight to the point.
Amin mengangguk laju. Dia melihat ke arah Balkish, mahu mentafsir reaksi Balkish terhadap jawapannya itu. Balkish terangguk-angguk lemah, wajahnya berubah.
“Dah awak tak nak layan abang. Suami awak ni handsome. Sekali saya petik jari, berduyun yang datang. Tapi, awak jangan risau, dengan Qistina, abang pakai protection. ” Amin kerling lagi ke arah Balkish.
“Diam saja kenapa? Marah? Kalau marah jangan pendam seorang-seorang” tegur Amin.
“Senang saja orang lelaki, kan? Tak fikir pun tentang perasaan saya. Awak tahu tak saya menangis semalaman sebab awak. Sanggup awak buat saya macam ni?”
“Dah tu. Saya minta baik-baik awak tak nak bagi. Awak nak saya buat macam yang pertama kali dulu?”
“Awak ni tak sensitiflah. Gila! Sewel” marah Balkish. Dia hampir-hampir mahu menangis. Ditahan sahaja air mata dari gugur ke bumi, namun kelopak matanya sudah bergenang dengan air mata.
“Awak macam cemburu saja. Dah mula sayang saya?” Amin ketawa terbahak-bahak. Gembira dia dapat mengenakan Balkish. Tidak disangka gadis itu dapat ditipu untuk keberapa kalinya.
Be seriouslah. You will become a father soon” kata Balkish sambil dia melihat ke arah Amin.
And I hope that our child will have a good father, a religious one. I don’t want him to become just like you” perlahan sahaja kata-kata Balkish tetapi dapat membuatkan Amin terpana buat seketika. Kata-kata Balkish itu menghiris kalbu.
Balkish marah dengan sikap kebudak-budakan Amin. Lelaki itu selalu bersikap playfull dan tidak serius. Dia bukannya budak-budak lagi, dah besar dan dewasa, umur pun dah 20 tahun lebih. Tak lama lagi, mereka akan mendapat cahaya mata yang pertama. Macam inikah sikap Amin? Kalau macam ni, macamana mereka nak membimbing anak mereka kelak?
“Saya nak anak yang soleh atau solehah supaya kalau kita mati kelak, dia boleh doakan kita” sambung Balkish lagi.
“Kahwinlah dengan pak ustaz kalau macam tu” marah Amin. Egonya tercabar.
“Kalau macam tu, ceraikanlah saya!”
Amin terkejut. Dia melihat ke arah Balkish. Amin memberhentikan keretanya di pinggir jalan.
“Awak ni belajar agama, pakai tudung, solat tak tinggal tapi cakap ikut suka hati saja. Saya tahulah awak tu budak-budak lagi, masih mentah, tapi gunalah otak tu, awak nak bercerai dalam keadaan awak macam ni?”
“Iyalah, awak kan tak nak baby ni. Awakpun bukannya suka saya. Apa yang awak buat pada saya dulu sebab awak marah dengan girlfriend awak kan? Awak kahwin dengan saya pun sebab ayah dengan papa, kan?”
“Dahlah. Abang tak nak gaduh”
“Dia yang perangai macam budak-budak, ada hati cakap orang budak mentah” Ngomel Balkish.
“Eh, awak tak tahu ke apa yang saya dah lalui untuk awak? Saya sanggup tidur dekat balkoni rumah dengan nyamuk-nyamuk betina yang gemuk sebab hisap darah saya setiap malam. Asalkan awak selesa tidur dalam bilik kita. Saya sanggup tolak perempuan cantik yang tiga belas kali lebih cantik dan hot dari awak masa saya bercuti dengan kawan-kawan saya dulu. Saya sanggup kerja dengan papa, bawah sinar matahari terik, angkat beban berat sebab nak buat awak terharu dengan duit gaji saya sendiri. Saya juga sanggup bangun awal pagi dan hantar serta jemput awak tiap-tiap hari sebelum awak duduk hostel. Dan saya sanggup tahan keinginan saya ini demi awak. Malam hari itupun, mana ada saya tidur dengan si Qistina tu. Dia tu jauh lebih baik dari awak. Body dia macam ni hah! Macam buah pear. Semua tu sebab awak. Awak tu keras kepala, degil. Cakap ikut suka hati saja. Tapi saya tahan. Kalau pak ustaz tu kahwin dengan awak, belum tentu dia dapat tahan dengan kerenah awak ni”
Panjang Amin meleterinya tapi satu bait kata sahaja yang betul-betul memberi kesan kepada Balkish. dia segera bertanya, “Betul awak tak tidur dengan perempuan tu?” soal Balkish dalam nada manja dan gembira
“Tak” mendengar sahaja suara menggoda Balkish, marah Amin seakan-akan hilang.
Balkish tersenyum gembira. 

14 comments:

  1. suka cerita novel ini, sambung lagi...jangan lama lama

    pembaca dari indonesia

    ReplyDelete
  2. cepatlah sambung

    ReplyDelete
  3. Bila nak keluar?

    ReplyDelete
  4. akak writer sambunh la lagi..penat menunggu entry baru.. pleeaasssee,, akak give us some more entry..

    ReplyDelete
  5. best lama tunggu tau please nak lagi tq.

    ReplyDelete
  6. Busy betul writer kita ni, plsss nk n3

    ReplyDelete
  7. jgn lama sgt nk smbg cerita nie..nti takut terlupa nama blog..

    ReplyDelete
  8. bila buku ni nak keluar..dah lama tunggu ni huhuhu...sbb 3 bulan sekali baru bole baca sambungannya..bila tgh feel baca..x der sambungan trus hilang feeling..pls..pls..continue..

    ReplyDelete