Wednesday, July 3, 2013

Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku Bab 21


Bab 21
Seperti hari-hari biasa, Amin bersiap awal kerana dia mahu menghantar Balkish ke kampusnya dahulu sebelum dia ke Uitm. Isterinya itu sudah semingga melewati minggu orientasi di kampusnya. Sekarang, Balkish sudah memulai kuliah-kuliah sepertimana pelajar-pelajar university yang lain. Setelah bersiap, Amin turun ke tingkat bawah untuk bersarapan. Balkish sudah lama siap dan mungkin sedang menunggunya di bawah. Amin menyapa papanya yang duduk di sofa membaca surat khabar.
“Papa masuk lambat ke hari ni?” tegur Amin.
“Herm”
Amin ke ruaang makan. Dilihat Balkish sedang sibuk di dapur. Tersenyum Amin melihat kekalutan gadis itu.
“Morning sayang, cantik hari ni” tegur Amin. Dilihat penampilan Balkish yang simple dengan berbaju kurung cotton dan bertudung. Ayunya isteri aku!
“Sayang buat breakfast?” soal Amin sengaja mahu beramah mesra. Balkish sekadar memandang ke arah lelaki itu. orang dah lambat ni dia boleh rilex pula. Ngomel Balkish di dalam hati.
“Nah, makan ni je” Balkish meletakkan piring yang berisi roti bakar di hadapan Amin. Gadis itu segera beredar meninggalkan Amin sendirian.
“Takkan ni je sayang?” soal Amin tetapi gadis itu sudah meninggalkannya.
Apalah dia nak kalut sangat? Bentak Amin.
“Pa” sapa Balkish.
“Ada apa Balkish?” soal Dato’ Sahar.
“Balkish nak cakap sikit”
“Ada apa?” Dato’ Sahar meletakkan surat khabarnya ke samping.
Dari jauh Amin cuba memerhatikan Balkish. dilihatnya gadis itu sedang berbual dengan papanya. Lagaknya macam serius sahaja. Amin mengangkat piringnya dan berjalan keluar. Dia cuba mendengar perbualan antara papa dan isterinya itu.
“Pa, Balkish ingat, nak pindah duduk hostel. Kalau duduk rumah, Balkish kasihankan Amin kena hantar dan jemput setiap hari. Lagipun ….”
“Tak boleh!” tengking Amin.
Dato’ Sahar dan Balkish terkejut. Mereka tidak menyangka yang lelaki itu mendengar perbualan mereka.
“Pa. mana boleh. Amin tak izinkan! Amin tak susahpun nak hantar atau nak jemput Balkish” Amin berjalan agak laju mendapatakan papanya. Rotinya masih penuh di dalam mulut.
“Kunyah dulu makanan tu. Tak baik bercakap mulut penuh” tegur Dato’ Sahar. Balkish menjeling tajam ke arah lelaki itu.
“Lagipun pa, Amin kan kena pergi kampus dia juga. Balkish tak nak Amin lambat masuk kelas sebab nak kena hantar Balkish. Balkish tak kisahpun duduk kat hostel”
“Pa, Amin tak..” Amin bersuara memprotes. Tetapi saat dia baru membuka mulut, Dato’ Sahar menjeling ke arahnya.
“Kunyah dulu Min” tegur Dato’ Sahar lagi. teguran itu membuatkan Amin terdiam. dia mengunyah makanan dengan cepat supaya dia sempat melarang Balkish.
“Pa, Amin tak setuju. Amin boleh bahagikan masa. Amin suami Balkish. papa kena fikirkan juga pendapat Amin” kata Amin.
“Nantilah papa fikirkan dulu” kata Dato’ Sahar.
Balkish tersenyum. Amin menjeling ke arah gadis itu.
“Dahlah, pergilah kampus. Dah lambat dah ni” suruh Dato’ Sahar.
Balkish berdiri dan mendapatkan begnya. Amin juga mengambil beg galasnya. Mereka berdua berjalan keluar dari rumah dan masuk ke dalam perut kereta. Balkish duduk di sebelah Amin.
“Kenapa tak bincang dengan abang dulu?” soal Amin marah.
“Saya tak rasa pun benda tu penting” jawab Balkish.
“Penting! Siapa cakap tak penting. Awak nak tinggalkan saya, penting apa!”
“Bukannya pergi mana-mana pun. Duduk hostel je. Dua minggu sekali saya baliklah rumah” jawab Balkish.
Amin menghidupkan enjin keretanya dan memandu keluar dari tempat parkir.
“Sukalah kalau duk jauh dari abang kan? Kat UIA tukan banyak ustaz-ustaz. Awak sukalah lelaki macam tu” sindir Amin.
“Yelah. Saya sukalah pak-pak ustaz. Bukan macam awak ni. Kaki botol” marah Balkish.
“Tu urusan saya dengan Tuhan. Awak tak perlu masuk campur”
“Oh, tahu pula ada Tuhan. Tapi saya tak pernah pun tengok awak sembahyang”
“Jangan kurang ajar Balkish”
Balkish diam. dia sedar yang dia terlalu ikutkan marahnya sehingga dia melawan balik kata-kata Amin.
“Yang penting, saya nak awak tahu yang saya jijik dengan lelaki macam awak ni. Selfish, Islam pada IC, playboy, jahat, suka mainkan perempuan” beritahu Balkish.
“Saya nak pindah hostel pun sebab saya tak nak tengok muka awak tu. Meluat. Nak muntah, loya tekak saya ni” sambung Balkish lagi.
“Dah habis dah? Dah habis dah kutuk abang?” sampuk Amin setelah agak lama Balkish diam setelah menghemburkan kata cacian buatnya.
Amin menghentikan keretanya di hadapan dewan kuliah. Balkish membuka tali keledarnya.
“Jangan cuba rapat-rapat dengan mana-mana lelaki pun. Abang ni kuat cemburu” pesan Amin.
Balkish mencebik. “Dorang pun tak nak dekat saya ni”
“Eh, Kenapa pulak? Isteri abang ni kan cantik” puji Amin.
“Nah” Amin menghulurkan tangannya untuk disalami oleh Balkish, tetapi Balkish tidak mengendahkannya dan menutup pintu kereta.
Amin tersenyum gembira dapat mengenakan Balkish lagi. dia tahu yang isterinya itu tidak mahu mencium tangannya tetapi sengaja dia mengusik. Suka melihat reaksi mencebik pada wajah ayu milik isterinya itu.
Amin memandu keretanya keluar dari kampus UIA itu. ada benarnya juga kata-kata Balkish kepada papa pagi tadi. gadis itu mungkin berasa tidak selesa dihantar dan dijemput olehnya kerana dia juga terpaksa memandu pulang ke Uitm untuk mengikuti kelasnya. Tetapi aku tidak kisah, kalau tak hantar Balkish pun, memang aku akan terlambat. Bukannya aku suka sangat ikut kelas pagi-pagi macam ni, menganggu tidur aku je. Tapi sebab nak hantar Balkish aku bangun pagi. Sama je kan. Cuma kalau dapat hantar Balkish, barulah semangat sikit nak belajar.
Amin tersenyum gembira memandangkan dia sudah dapat menjangkakan akan menerima sms daripada isterinya itu sebentar lagi. dan seperti yang diduga telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada sms yang masuk. Mesej itu dibaca.
‘Jangan lupa masuk kelas’
Walaupun singkat sahaja isinya, tetapi cukuplah untuk membuatkan semangat Amin untuk hari ini berkobar-kobar.
‘Ye sayang. Cium sikit, mmmuuaah’
Amin tersenyum lucu membayangkan reaksi yang terpamer di wajah Balkish saat dia menerima smsnya itu nanti.
…………………………………
Balkish tersenyum lucu membaca balasan sms daripada Amin itu. Yani di sampingnya hanya memerhatikan temannya itu tersenyum sendirian. Aiza juga turut menyedarinya.
“Yang kau ni duk sengih sorang-sorang ni kenapa?” soal Aiza.
“Tak ada apa-apalah” balas Balkish. dia segera menyembunyikan telefon bimbitnya.
“Ni mesti pakwe mesej kan?” Yani cuba meneka.
“Mana ada. Aku tak de boyfriendlah”
“Betul?” soal Aiza ingin tahu.
Balkish mengangguk mengiyakan. Dia senyum kepada dua orang sahabatnya itu. aiza dan Yani tinggal di hostel dalam kampus dan mereka mengajak Balkish untuk turut tinggal di hostel bersama-sama mereka. kebetulah Aiza belum ada roommate jadi dia mengajak Balkish untuk tinggal bersamanya.

Amin masuk ke kelas walaupun pensyarahnya sudah lama masuk. Tuan Haji menggelengkan kepala melihat kehadiran Amin yang sangat terlambat. Dia tidak pula menegur pelajarnya itu.
“Maaf terlambat Tuan Haji” beritahu Amin. Dia kemudiannya mengambil tempat duduk di belakang.
“Rajin pula kau masuk kelas” sindir Hisyam.
“Balkish yang paksa aku” Amin senyum.
“Amboi, mentang-mentang dah kahwin ni. Semuanya isteri” Hisyam ketawa. Begitu juga dengan Amin.
“Tu yang kat belakang tu nak bercerita ke nak dengar saya mengajar?” soal Tn. Haji. Semua mata memandang ke arah Amin dan Hisyam di tempat duduk yang paling belakang.
“Nak dengar Tn Haji” serentak suara Amin dan Hisyam menjawab. Tawa di wajah mereka hilang. Kedua-duanya mempamerkan wajah yang serius kepada Tuan Haji.
Tn Haji akhirnya menyambung kembali kuliahnya. Hisyam dan Amin ketawa lucu.
Setelah selesai kuliah yang agak lama dari Tuan Haji, Amin mengikuti Hisyam dan Firdaus ke kantin. Mereka memesan makanan untuk makan tengahari.
Sambil menunggu pesanan mereka sampai, Amin menghantar sms untuk Balkish.
‘Sayang balik pukul berapa hari ni?’
‘Nanti saya balik sendiri. Tak payahlah jemput’
‘Kalau sayang tak bagitahu, sekarang juga abang tunggu dekat tempat tadi. kalau abang tunggu sayang, abang skip 2 class. Baik cakap sayang balik pukul berapa’ Amin tersenyum gembira. Dia tahu yang dia akan menang kalau mengugut ponteng kelas.
‘Pukul 5’
Amin tersenyum gembira. Kan dah cakap. Mesti Balkish takut.
‘Ok, abang jemput nanti. Tunggu dekat tempat tadi’
“sengih je memanjang” kata Firdaus. Amin tersenyum kepada dua orang sahabatnya itu.
“Firdaus ni pun kalah dah dengan kau sekarang” kali ini Hisyam yang bersuara.
“Apa maksud kau hah?” marah Firdaus.
“Aku tak angau macam mamat playboy nilah” bentak Firdaus membela dirinya. Malu disamakan dengan keadaan Amin yang dilamun cinta seperti sekarang.
“Kau dengan Mira macam nilah dulu. sebijik macam ni” sambung Hisyam lagi.
Amin, HIsyam dan Firdaus ketawa lucu. Mereka tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Tanpa disedari ada beberapa orang gdis yang melihat ke arah mereka.
“Siapa dorang tu?” soal Rina.
“Yang mana?” soal Hanim kembali.
“Semua tulah”
“Yang tu Hisyam, single, yang putih sikit tu, Firdaus, taken, yang sebelah Firdaus tu Amin, single. Baru je break up dengan awek dia lepas 4 tahun couple”
“Semua tu anak Dato” sampuk Dayah pula.
“Patutlah” keluh Rina.
“Kenapa?” soal Hanim dan Dayah serentak.
“Mereka Nampak macam orang tak boleh pakai je semua” balas Rina. Mereka bertiga ketawa serentak.

Amin.....
 

Friday, May 31, 2013

Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku 20

Selesai melakukan kerjanya untuk hari itu, Amin mencari kelibat Azhar, pekerja Dato’ Sahar yang ditugaskan untuk menyalenggarai prosajak pembinaan masjid ini. Hari ini adalah hari ketiga Amin bekerja di sini, dan dia mahu bertemu dengan Azhar untuk mendapatkan gajinya seperti yang dijanjikan oleh Dato’ Sahar.
Amin menunggu Azhar di luar bangunan tempat ketuanya itu bermesyuarat. Sebaik sahaja bosnya keluar, dia terus menyapa Amin.
“Ada apa, Min?”, soal Azhar sambil menepuk bahu Amin yang berjalan seiring dengannya.
“En. Azhar, kalau boleh saya nak minta duit gaji saya”, pinta Amin.
“Pasal gaji awak tu, Dato’ kata dia nak bagi sendiri”, beritahu Azhar.
“Dato’ cakap macam tu?”, soal Amin terkejut kerana papanya tidak pula memberitahunya apa-apa.
Azhar mengangguk. “Mungkin dekat rumah nanti”, sambung Azhar.
Amin pula yang mengangguk faham. “Kalau macam tu, saya balik dululah En. Azhar”, sambung Amin.
“Jomlah kita balik. Saya pun dah habis mesyuarat tadi”, ajak Azhar. Amin mengangguk. Mereka berdua berjalan seiringan ke kereta yang diparkir agak jauh dari tapak pembinaan.
………………………………………
Amin memandu keretanya sampai ke perkarangan rumah, kereta Dato’ Sahar sudahpun ada di perkarangan. Amin segera keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah.Dato’ Sahar dilihat sedang duduk di sofa,di ruang menonton.
Amin duduk di sisi papanya. Tanpa berlengah, dia mahu bertanyakan tentang gajinya.
“Its about your paycheck kan?”, tanya Dato’ Sahar. Belum sempat Amin bertanya, Dato' Sahar terlebih dahulu bersuara. Dia kemudiannya menghulurkan sampul surat yang mengandungi duit gaji untuk anaknya, Amin. Sampul itu berganti tangan. Amin tersenyum gembira.
“Tak nak kira dulu ke?”, Dato’ Sahar berseloroh.
“Tak apa-apa, Amin trust papa. Thank you, pa”.
“Papa bagi bonus sekali. Spent it wise,okey”, sambung Dato’ Sahar lagi.
Setelah menerima wang gajinya, Amin segera bangun berdiri. Dia memanggil nama Balkish namun tidak bersahut. Terpaksalah Amin berlari ke bilik mereka dan mencari Balkish sendiri, namun isteri yang dicari tidak ada juga di situ. Dia akhirnya merebahkan diri di katil. Tanpa dipaksa kantuknya datang tanpa diundang. Amin akhirnya terlena dengan sampul surat berwarna putih tergenggam erat di tangannya.
………………………………….
Sesekali Amin bergolek ke kiri, sesekali dia berbalik lagi ke sebalah kanan. Dia terjaga dari tidurnya. Dari cahaya neon lampu jalan di depan rumah bangle milik papa itu, dia cuba melilau ke kiri dan ke kanan. Dia mencari-cari kelibat Balkish.
Amin bangun dari tidurnya dan membuka lampu kamar. Dilihat tubuh Balkish terbaring di sofa. Gadis itu lena dibuai mimpi indah. Amin segera menghampiri tubuh itu,Balkish dibangunkan dengan hanya goyangan lembut di bahunya.
“Balkish”, panggil Amin tatkala gadis itu membuka matanya. Saat Balkish terjaga,dia segera menarik gebar menyelimuti tubuhnya. Terkejut juga apabila dia melihat Amin sedekat itu dengannya.
“Kenapa tak kejutkan abang bangun?”, soal Amin. Menyesal juga tidur sampai tak ingat dunia. Kasihan melihat tubuh Balkish terbaring di sofa malam ini kerana dia tidur di katil, gadis itu terpaksa beralah dan tidur di sofa. Balkish terkebil-kebil melihat Amin.
“Awak ni dah sedar ke belum?”, soal Amin melihat gadis itu yang masih lagi mamai.
“Pukul berapa dah ni, awak?”, soal Balkish.
Amin kerling ke arah jam dinding. “Pukul 5”.
“Dahlah. Pergi saja tidur dekat katil. Biar abang tidur sini”, beritahu Amin.
“Tak apalah, Balkish solat dulu. Awak tak nak solat sama-sama, ke?”, soal Balkish. sengaja dia mengundang lelaki itu, berharap suatu masa nanti, tergerak hati Amin untuk solat bersajamaah dengannya.
“Awak solat sajalah dulu”, Amin berdalih. Balkish bangun dan meninggalkan Amin di sofa.Amin pula sekadar memerhatikan, tubuhnya dibaringkan ke sofa dan dia berpura-pura tidur sebaliknya dia melihat Balkish mengejarkan solat Subuh dua rakaat itu.
‘Maaf, Balkish. Awak sepatutnya dapat seorang suami yang lebih baik daripada abang’.
……………………………………………………………..
Balkish mengenakan tudungnya ke kepala. Dia memilih untuk memakai tudung bawal sahaja kerana dia sudah terlambat. Tidak sempat kalau nak pakai tudung melilit-lilit di kepala. Amin menggesa supaya dia bersiap dengan cepat, lelaki itu tidak sabar menunggu sedangkan mereka masih lagi awal untuk ke shopping mall. Lagipun, mall takkan dibuka selagi belum pukul 10 pagi. Entahlah Amin tu, excited sangat nak keluar shopping beli barang-barang bersama-sama.Balkish turun ke tingkat bawah dan menuju ke ruang makan. Amin dan Datin Hasmah sudah ada di situ. Lelaki itu dilihat sedang berbual-bual dengan mamanya.
Balkish menyandukkan nasi ke dalam pinggannya dan duduk di samping Datin Hasmah.
“Balkish nak pergi beli barang-barang dekat mana?”, soal Datin Hasmah.
“Balkish ikut Amin saja nanti ma”, beritahu Balkish. Dia melirik ke arah Amin. Matanya dan mata Amin berlaga. Segera pula Balkish melarikan pandangannya.
“Amin pergi dekat Subang Parade sajalah, ma. Malas nak drive jauh-jauh. Ke Balkish nak pergi Pavillion?”, soal Amin.
“Pavillion?”, bulat mata Balkish tidak percaya. Buat apalah pergi Pavillion semata-mata nak beli barang-barang keperluannya. Getusnya dalam hati. Cepat-cepat Balkish menggelengkan kepalanya. Bimbang juga jika dia dibawa ke Pavillion oleh Amin. Lelaki itu bukannya boleh percaya.
“Balkish nak cari apa saja ni?”, soal Datin Hasmah lagi.
“Nak beli barang-barang macam cadar, selimut, baldi dan barang-barang lain untuk seminggu orientasi. Seminggu pertama tu kena tinggal dekat hostel dulu,mama”, beritahu Balkish.
“Belilah baju sedikit”, sambung Datin Hasmah.
“Baju Balkish dah banyak,mama. Nanti Balkish pakai saja baju yang dah ada”, sambung Balkish.
“Beli sajalah Balkish”, Datin Hasmah bertegas. Kali ini Balkish mengangguk akur. Amin pula sekadar memerhatikan.
“Seminggu saja kan orientasi nanti?”, soal Amin.
Balkish mengangguk.
“Abang tak izinkan Balkish duduk hostel. Lepas orientasi tu, tak payah susah-susah tinggal dekat hostel, nanti biar abang hantar and jemput tiap-tiap hari”.
Balkish melirik ke arah Amin. Kata-kata Amin itu berunsur ayat kenyataan. Lelaki itu telah membuat keputusannya tanpa berbincang. Sengaja mamat ni nak cari pasal. Balkish menjeling. Saat ini jugalah, Amin tu nak bergaduh. Balkish terpaksa menahan marahnya memandangkan Datin Hasmah turut berada di situ.
Amin berdiri dan mengajak Balkish untuk berangkat. Balkish menyalami tangan Datin Hasmah sebelum keluar. Mereka berdua akhirnya masuk ke dalam kereta.
………………………………………
Amin berhasrat untuk ke Subang Parade sahaja. Di situ juga banyak kedai-kedai atau butik yang boleh disinggahi untuk mencari beberapa pasang baju kurung untuk Balkish. Pakaian-pakaian yang Balkish pakai sekarang tak satupun sesuai dipakai untuk ke kuliah.Kasihan pula melihat isterinya menggayakan pakaian baju kurung yang sudah lama dan usang. Alat-alat make up Balkish juga jenama entah apa-apa. Nanti dia akan membawa Balkish mencari alat make up yang baru dan lebih elok. Dia suka Balkish bersolek ala kadar sahaja dan isterinya itu memang tidak memakai banyak alat solek.
Seperti biasa, Balkish berdiam diri sahaja di dalam kereta. Berdebar rasa hatinya memikirkan yang dia keluar berdua-duaan dengan Amin macam keluar dating. Tak pernah sebelum ini mereka keluar berdua. Ini merupakan pengalaman pertama mereka. Walaupun Amin sudah menjadi suaminya malah mereka berdua sekarang sudah tinggal sebilik tapi entah kenapa, hatinya berdebar-debar. Takutnya kalau dilihat oleh sesiapa, maklumlah Amin kan playboy. Mana tahu kalau ex-girlfriendAmin ternampak mereka nanti, malunya! Apa pula kata mereka apabila melihat Amin dengan gadis biasa sepertinya? Mesti lelaki itu akan malu dengan kehadirannya di sisi. Amin kan dari keluarga berada, dari hujung rambut sampai hujung kaki semuanya barang branded, sedangkan dia pula hanya anak En. Tahir, tidak sekaya Amin dan keluarganya juga biasa-biasa saja. Pasti lelaki itu akan diperlekehkan oleh kawan-kawannya kalau mereka melihat Amin bersamanya.
“Abang nak tanya sedikit boleh?”, soal Amin.
“Tanya apa?”, soal Balkish pula.
“Semalam abang tengok Balkish tidur dekat sofa, kan? Nanti untuk malam-malam seterusnya, boleh tak kalau abang tidur dekat situ, tak payahlah abang tidur dekat luar,ya?”, soal Amin.
“Jangan!”, segera Balkish membantah.
“Kenapa? Banyak nyamuk tau dekat balkoni tu”, bangkang Amin pula.
“Awak tidur sajalah dekat situ. Saya boleh tidur sebilik tu pun sebab awak penat. Kalau tak saya takut”, pujuk Balkish
“Awak nak takut apa?”, soal Amin pelik.
“Tak obvious lagi ke yang saya takut dekat awak”, sampuk Balkish.
“Abang tak makan oranglah”, Amin ketawa lucu.
“Betullah, orang serius dia ingat orang buat lawak pula. Saya takut dekat awak. Saya fobia”, jelas Balkish.
Amin diam, dia melihat wajah Balkish serius. “Betul ke ni?”, soal Amin tidak percaya.
Balkish mengangguk.
“Pasal kejadian itu ke?”, soal Amin lagi.
Balkish mengangguk lagi. Amin dirundung rasa bersalah. Memang dia sangat kejam dulu kerana mengikutkan perasaan marah dan dendamnya kepada Tina, tapi Balkish pula yang terkena lempiasnya. Amin diam seribu bahasa. Menatap wajah Balkish pun dia tidak sanggup sekarang ini.
“Everytime awak cuba nak dekat dengan saya, saya jadi takut. Sebab saya masih tak boleh nak lupakan kejadian dulu. Awak berkasar dengan saya, Amin”, kata Balkish lagi. Entah kenapa dia mendapat kekuatan untuk berterus terang tentang perasaan dan keadaan dirinya hari ini.
“Saya minta maaf,Balkish”.
Balkish menggelengkan kepalanya, “No, Amin. Saya takkan maafkan apa yang awak dah buat pada saya. Awak buat saya macam perempuan hina”.
“Im sorry, Balkish”, balas Amin.
Kali ini Balkish diam. Jujur dia katakan, bukan mudah untuk dia memaafkan perbuatan Amin. Apa yang telah dilakukan oleh lelaki itu ke atasnya sangat-sangat memalukan. Lelaki itu memperlakukannya seperti binatang.
Amin tetap sahaja memperlakukan perbuatan terkutuk itu walaupun dia menangis dan merayu kepadanya. Dan dia dipaksa untuk menuruti kehendak buas lelaki itu di dalam kereta. Seat belakang kereta lelaki itu,dan dia masih lagi dara waktu itu. Tapi Amin, tanpa segan silu memperlakukannya sewenang-wenangnya.
Walaupun lelaki itu telahpun bergelar suaminya, tetapi untuk melupakan semua salah Amin kepadanya itu adalah suatu perkara yang mustahil.
“Awak kena belanja saya hari ini,ya”, kata Balkish. Sengaja dia mengubah topik. Takutnya dia menitiskan air mata di hadapan lelaki itu. Dia tidak mahu menunjukkan kelemahan dirinya di hadapan Amin, lelaki yang meragut maruahnya.
Amin berdiam diri, ‘Im sorry Balkish. Abang minta maaf banyak-banyak. Abang terlalu ikutkan marah hari tu. Kalaulah abang boleh control sedikit kemarahan abang, Balkish takkan jadi mangsa’.
Mengingatkan dia terlalu  mendendami Tina yang telah melukai hatinya, dia mencari mangsa yang mudah untuk melepaskan dendam dan marahnya. Kebetulan waktu itu dia dekat dengan Balkish. Sekarang sesal semua tiada gunanya. Nasi telah menjadi bubur dan Balkish dinikahinya atas dasar rasa tanggungjawab dan kasihan. Dia tidak akan membiarkan gadis itu menanggung malu sendirian. Dan jika gadis itu mengandungkan anaknya atas peristiwa malam itu, kasihan Balkish terpaksa berhadapan dengan pandangan serong masyarakat.
Tapi rasa tanggungjawab ini sudah mula bertukar rasa sayang sejak akhir-akhir ini. Selama perkenalan mereka, dia akui yang dia jatuh cinta pandang pertama dengan kecantikan gadis itu, tapi kini dia sudah jatuh cinta dengan Nur Balkish Batrisha binti Mohd Tahir secara keseluruhan, dari lahir dan juga batin. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk isterinya itu tapi Balkish pula yang jual mahal. Tidak mahu menerimanya kerana peristiwa silam mereka itu, kerana kekasarannya pada peristiwa hitam itu. Namun dia tahu, jauh di sudut hati isterinya itu, Balkish turut menyukai dirinya, kalau tidak dia tidak akan melayan waktu perkenalan mereka dahulu.
Kereta yang dipandu diparkir di tempat parkir berbayar. Agak mudah untuk mencari parkir kosong kerana mereka datang awal di shopping mall itu. Amin mengajak Balkish mengikutinya. Dia tahu beberapa jenis butik di Subang Parade kerana sering menemani Datin Hasmah membeli-belah di beberapa butik tersebut. Hajat di hatinya mahu membelikan beberapa pasang baju kurung untuk Balkish. Wang gaji pemberian papa memang dikhaskan untuk perbelanjaan si isteri. Senang hatinya dapat menghabiskan masa bersama-sama Balkish hari ini.
Butik-butik yang mahu dikunjungi oleh Amin belum lagi buka, jadi dia mengajak Balkish untuk berbelanja barang keperluan harian dulu. Banyak barang-barang yang diambilnya untuk Balkish, tapi Balkish pula yang segan-segan.
“Buat apa banyak-banyak sangat. Yang ini dah ada dekat rumah”, balas Balkish.
“Tak apalah, beli saja yang baru. Yang dekat rumah tu dah lama”.
“Buat apa membazir, awak”, sampuk Balkish.
Amin menarik muka masam. Selimut baru yang ingin dibelinya diletakkan kembali oleh Balkish.
Mereka berdua berjalan beriringan sambil memilih barang-barang yang ingin dibeli. Amin cakap itu, Balkish cakap ini. Kedua-duanya bagai anjing dengan kucing. Sering sahaja bergaduh walaupun untuk perkara-perkara kecil.
“Yang ni okey, tak?”, soal Amin. Dia berkalih ke belakang untuk bertanya ke arah Balkish, tapi gadis itu sudah tidak ada di belakangnya. Ke mana pula minah seorang ni? Melilau-lilau mata Amin mencari Balkish.
“Awak, saya nak beli ni boleh tak?”, soal Balkish entah dari mana munculnya. Dia menunjukkan mug putih dengan corak lovey-dovey di tangannya. Dia menunjukkan harga mug itu kepada Amin di sebelahnya. Bimbang juga kalau harga itu mahal bagi Amin.
“Mahal sedikit, awak”, beritahu Balkish tanpa ditanya.
Amin menganggukkan sahaja. Tipikal juga Balkish ni, ingatkan dah matang, tapi suka lagi dengan corak-corak yang macam ni. Fikir Amin sendirian.
Tiba-tiba Amin ternampak dua orang gadis muda yang sejak dari tadi melihat ke arahnya. Amin sekadar senyum. Tak salahkan kalau cuma senyum. Senyum itukan sedekah. Gadis muda itu mendekatinya dan menegur.
“Amin?”, soal salah seorang gadis antara mereka.
Amin mengangguk.
“Lama tak jumpa. Lepas high school dulu you masuk UiTM, kan?”, soal gadis itu lagi. Amin mengangguk lagi. Dalam masa yang sama dia cuba mengingat gerangan dua orang gadis yang berdiri di hadapannya itu.
You tak ingat kitaorang ke?”, soal gadis yang satu lagi.
Amin menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Takkan dah lupa kitaorang?”, soal gadis yang pertama tadi. Sempat juga dia menepuk lengan sasa Amin. Balkish yang turut berada di sebelah Amin langsung tidak diendahkan oleh mereka. Asyik sekali dua orang gadis itu dalam perbualan antara mereka dengan Amin.
“Kita satu kelaslah masa form five dulu. I Wana, ni Dhia, tak ingat?”, soal gadis yang kedua. Yang memperkenalkan dirinya sebagai Wana itu.
Setelah diingat kembali barulah Amin teringat akan dua wajah itu. Dia bukannya terlalu rapat dengan mereka walaupun mereka sekelas waktu tingkatan lima dulu. Tambahan pula dulu mereka tidak begini, muka innocent saja waktu sekolah dulu.  Tapi sekarang, pakai macam karung guni balut nangka, sendat, ketat. Memanglah body lawa, suka juga mata aku melihat, tapi pelik kalau teringatkan personaliti mereka masa sekolah dulu-dulu.
“Baru I ingat. You buat apa dekat sini?”, soal Amin berbasa-basi.
Shoppinglah. Eh,youbuat apa lepas ni. Jomlah lepak sekali”, ajak Dhia pula.
“Amin”, panggil Balkish. Dia sudah tidak tahan melihat dua orang gadis itu berbual dengan Amin. Sakit matanya apabila melihat gadis-gadis itu seperti menggoda suaminya. Bertepuk tampar sana-sini. Yang si Amin ni pula senyum memanjang. Dahlah kalau dia senyum handsome. Makinlah galak dua orang ni melayan. Eh,jealous ke aku ni?
“Awak”, panggil Balkish lagi tapi kali ini panggilannya sengaja dikeraskan. Amin berkalih ke arah Balkish di sampingnya. Wana dan Dhia turut melihat ke arah gadis yang menganggu perbualan mereka.
“Siapa ni, Min?”, soal Dhia. Dia melihat ke arah gadis di sebelah Amin itu. Pakaiannya so not up to date, bertudung lagi. Dhia mencebik ke arah Balkish.
“Kenalkan ni wife I”, beritahu Amin.
Balkish memandang Amin. Dia terkejut dengan kata-kata Amin itu. Tidak disangka yang Amin akan memperkenalkannya kepada kawan-kawannya sebagai isteri, bukan kawan dari kampung atau orang gajinya. Iyalah!Tengoklah pakaian aku, bukan sahaja tak sama dengan standard mereka, malah tak bergayapun. Nak pula Amin ni mengaku aku isterinya.
You dah kahwin?”, soal Dhia terkejut.
Amin mengangguk spontan. “Ni dengan awek cun sebelah I ni”, beritahu Amin lagi.
“Bila?”, soal Dhia lagi.
“Baru saja”, sambung Amin.
Dhia dan Wana terdiam. Mereka berdua tidak betah pula berbual-bual dengan Amin dalam suasana yang agak ganjal itu. Tidak lama selepas itu, mereka meminta izin untuk beredar. Amin mengajak Balkish untuk menyambung mencari barang-barang keperluannya.
Balkish sekarang tidak dapat menumpukan perhatiannya, dipandang sahaja Amin dari belakang, namun pandangannya kosong. Yang ada di dalam fikirannya sekarang adalah saat Amin memperkenalkannya tadi kepada kawan-kawannya. Bukankah lelaki itu mahu merahsiakan perkahwinan mereka? Kenapa tiba-tiba Amin berubah fikiran?
Banyak admire juga si Amin ni. Bukannya dia tak faham, body language yang ditunjukan oleh dua orang gadis tadi, Amin saja buat-buat tak nampak.
“Kenapa jalan belakang sangat?”, soal Amin.
“Saya tak nak awak malu dengan saya”.
“Balkish ni. Sini sajalah”, Amin mahu memegang tangan Balkish tapi gadis itu segera mengelak. Amin terlupa dengan penjelasan Balkish semasa mereka berada di dalam kereta tadi. ‘Amin! kenapalah reckless sangat. Balkish tu bukan seperti perempuan-perempuan yang kau kenal sebelum ini. Sabar sedikit’Amin berkata-kata dalam hati.
……………………………..
Selesai memilih barang-barang mereka, Balkish meninggalkan Amin jauh-jauh di belakang sehinggakan lelaki itu terpaksa mengejar langkahnya.
“Nanti teman abang beli handphone untuk ayah”, beritahu Amin.
Balkish berpaling ke arah Amin di belakangnya. Lelaki itu tersenyum.
‘Ek eleh, saja lah tu nak minta pujian’ fikir Balkish dalam hati.
“Tak apalah, tak payahlah membazir”, beritahu Balkish.
“Tak apalah. Nanti senang awak nak contact ayah. Awak kan dah nak masuk UIA dah, nanti kalau sibuk-sibuk susah nak balik, boleh call saja kalau nak tanya khabar”, Amin memberikan alasan.
‘Betul juga kata si mamat sewel ni sebenarnya’

Mahu tidak mahu dia menurut saja kemahuan Amin untuk membelikan ayah sebuah telefon bimbit. Tapi mungkin telefon biasa-biasa saja yang dipilihnya nanti. Kalau untuk ayah, cukuplah telefon dengan fungsi basic saja, yang boleh terima panggilan dan boleh bermesej.

Thursday, April 25, 2013

assalamualaikum dear readers and kawan2...harap sumer sihat, dah lama x update snki sbb skrg ni sy da start keje...sangat susah nak cr masa untuk update, and saya pon x update sebab saya pon sebenarnya saya dapat offer dari love novel publication untuk published snki..bile ada masa saya akan upload satu lg bab just for all of uuuuuu :)

Saturday, March 23, 2013

Sudah Bersediakah aku?

Hermm?? Kenangan terindah atau tergundah???
Apabila dirisik orang Assalamualaikum, dan selamat pagi. Pertama sekali nak cakap ini adalah pengalaman yang betul-betul terjadi dan merupakan kali kedua di risik orang… Saya ni bukannya tak pernah berkawan dengan lelaki, tapi mungkin jodoh tak lama dengan dia dan dia..yang pertama dulu masa sy dekat Uitm, sambung program diploma. Masa tu mungkin cinta monyet, orang bercinta, kita pun nak jugak. Setakat suka-suka dan merasa bercinta. Last-last tak berkekalan juga sebab banyak sebab and yang paling penting sebab saya tak cinta pun dia dan mungkin sebab kitaorang jauh. Saya dekat Uitm, dia pula dekat UUM…jumpa pun dua kali je sepanjang kami berkwan tu, rasanya tak sampai pun setahun tempoh ‘percintaan’ kami. Kawan yang kedua ni saya kenal dah lama, masa kami diploma lagi tapi kami start rapat masa saya tahun ketiga program degree sy. Masa tu rasa macam dah ready nak kenal lelaki dengan serius dan nak dibuat calon suami tapi mungkin sebab x de jodoh so dengan dia ni pun tak jadi. Sekarang bila dah habis degree dan tengah tunggu panggilan kerja, mak pula dengan inisiatif sendiri mencari calon buat saya. Mak tak cakap direct, tapi berkias-kias sebab mak tahu saya ni bukannya suka benda-benda macam ni. Hint-hint yang mak bagi tu saya proses perlahan-lahan. Saya pun tak menolak dengan rakus sebab saya takut memalukan mak dan keluarga so saya decide to go with the flow je. Kalau tak salah, sempat dua kali kami postponed atau hold pertemuan atau kehendak pihak lelaki tu nak dtg ke rumah. And kali ke3 tu jadilah diaorng dtg rumah, itupun dengan mak and kakak serta suami kakak dia. Seperti biasalah, saya bawak keluar sedulang air, masa tu salam pun bila abah ingatkan..huhu sy memang kurang sikit bab-bab macam tu. Lepas salam, saya langsung tak pandang muka atau curi pandang, sebab hati ni rasa belum bersedia lagi..