Thursday, April 21, 2016

sndki bab 73

Bab 73
Matanya terbuka luas, menatap pemandangan di kota TOkeyyo itu melalui cermina kaca sliding door bilik hotel. Balkish menarik gebarnya menyelimuti seluruh tubuh. Kedinginan Kota TOkeyyo di waktu musim sejuk jelas terasa walaupun sudah dipasang pemanas dalam ruangan. Jam tangan di lihat untuk memastikan waktu tempatan, walaupun sudah lewat, tapi Balkish belum menampakkan tanda-tanda ingin bangun. Dia kerling ke arah sofa yang didiami oleh suaminya yang tidur di situ semalam. Kosong.
Ke mana pula Amin pergi hari ini?” Fikir Balkish. Balkish bangun dan duduk, gebar masih belum dilepaskan kerana sejuk yang mencengkam. Rambut yang kusut dibetulkan dan saat itulah dia merasakan ada sekeping nota yang dilkatkan di dahinya. Nota itu diambil dan dibaca.
‘Bangunlah kaki tidur.
Banyak kali abang kejutkan Balkish tak nak bangun.
Abang keluar kejap. Breakfast ada dekat meja’
Balkish menarik muka masam. Mana ada aku kaki tidur! Bentaknya. Dia kemudiannya bangun dan berjalan ke arah meja coffee dengan berbungkuskan gebar selimutnya. Sarapannya ada di meja. Cereal dan buah-buahan serta beberapa keeping roti bakar yang dipotong dadu dicampurkan ke dalam mangkuk, susu segar yang sudah dingin itu tuangkan. Campuran itu dikacau dan dimakan.
Pintu bilik terdengar seperti terbuka, pasti Amin sudah kembali. dia memandang ke belakang dan tersenyum apabila melihat suaminya sudah kembali.
“Abang pergi mana?” soal Balkish apabila melihat suaminya siap berpakaian kemas. Namun di tangannya terjimbit dua buat beg kertas.
Amin ketawa sakan apabila melihat isterinya sedang berbungkus dengan gebar hotel. Macam orang Eskimo.
“Gelaklah puas-puas. Bestlah dapat kenakan orang” rajuk Balkish apabila perlakuannya diketawakan oleh Amin.
Amin berjalan mengahmpiri isterinya.
“Ni abang dah belikan coat untuk Balkish. tak payahlah nak berbalut macam kuih koci ni lagi” gurau Amin. lagak Balkish sekarang ini sebijik macam kuih koci yang dibalut dengan daun pisang, yang tidak berbalut Cuma bahagia muka.
“Bila abang nak hantar fail yang kita edit semalam?” soal Balkish tiba-tiba.
“Er..er…abang dah pun jumpa dengan Mr.Saizune tadi” beritahu Amin tergagap-gagap. Dia mencuri peluang ini untuk menutup cerita tentang dOkeyumen  yang dibawa oleh Balkish dari Malaysia itu.
“Cepatnya”
“Haah, dan Mr. Saizune suka” sambung Amin.
“Alhamdulillah dah settle, senang sedikit hati Balkish. tiket balik Balkish dengan Malik abang dah beli?’ soal Balkish.
“Abang dari airport lah ni, hantar Malik balik” beritahu Amin.
“Hah? Abang tak cakap apa-apa pun dekat Balkish”
“Abang dah kejut tapi Balkish tak nak bangun” sambung Amin lagi.
“Kasihan Malik, sekejap saja dia datang”
“Tulah. Dia yang nak balik” Amin kelentong lagi. bukan Malik yang nak balik, dia yang paksa Malik untuk balik. Dia tidak mahu sesiapapun menganggu percutian dia dan isterinya itu. tapi Malik tak balik dengan tangan kosong, dia sudah menyiapkan beberapa buah tangan untuk pekerjnya itu sebagai tanda terima kasih kepadanya. Dia juga berjanji untuk menghadiahkan bonus bulan depan kepada Malik kerana keberhasilan usahamasama dengan syarikat dari Sajapun ini. tapi itu semua dirahsiakan dari pengetahuan Balkish. dia tidak mahu Balkish mengetahui rancangan liciknya untuk membawa Balkish ke sini. Peluang ini akan diambil dan akan dipergunakan dengan sebaik-baiknya untuk meraih cinta Balkish untuk memeberikan kemaafa dan peluang bagi  hubungan perkahwinan mereka. selama ini dia terlalu sibuk dengan urusan dan masalah sendiri sampai terlupa tentang usaha membaik pulih hubungan perkahwinan mereka.
“Hari ni kita nak pergi mana?” soal Amin sengaja mahu mengubah topic.
“Hari ni, Balkish nak rehatlah abang. Penat lagi ni” beritahu Balkish. dia masih belum boleh mengadaptasi dengan perubahan waktu antara Negara Malaysia dan Sajapun.
“Okey. Kita jalan-jalan dalam hotel sajalah. Kat bawah ni pun ada kedai kalau awak nak tengok” ajak Amin. Balkish mengangguk sahaja.
“Siaplah, kejap lagi kita turun lunch” ajak Amin pula. Balkish mengangguk.
“Ah abang” terlintas di fikirannya tentang nota yang dilekatkan di dahinya.
“Kenapa lekat post it note dekat dahi Balkish? tak ada tempat lain lagi ke?” soal Balkish marah. Dalam banyak-banyak tempat, kenapalah dahi aku yang dipilihnya. Dia ingat aku ni apa?
Amin ketawa lucu mengingatkan isterinya yang sangat nyanyak tidur sampaikan tidak menyadari perbuatan nakalnya itu pagi tadi.
“Gelak lagi. abang ingat Balkish ni budak-budak lagi ke nak buat macam tu?’ soal Balkish. dia bertambah marah apabila Amin memperlekhkan kata-katanya dan hanya ketawa.
“Memang awak tu macam budak-budak lagi” balas Amin. dia mencubit pipi Balkish yang gebu itu.
Balkish apa lagi, dia jadi bertambah marah dan geram dengan perbuatan suaminya. Balkish mencebik mendengar respons suaminya itu. dia mendang tajam ke arah Amin. suaminya itu pula bangun berdiri dan berjalan meninggalkannya. Balkish mengomel sedirian, tidak berpuas hati dengan kata-kata Amin yang menganggapnya seperti kanak-kanak.
“Cakap orang pula macam budak-budak. Dia tu pun sama saja. Tak kelakarlah nak letak post it note dekat dahi orang. Nasib baik tengah tidur kalau masa tu time tak tidur…” omel Balkish.
“Kalau time tak tidur kenapa? Balkish nak buat apa?” suara Amin kedengaran dari belakang kerusi yang diduduki oleh Balkish. Tanpa disedari, entah bila lelaki itu sudah berdiri di belakang dan mendengar semua leteran yang keluar dari mulutnya.
Amin mendongakkan kepala Balkish memandangnya yang berdiri di belakang. Balkish hanya sempat membulatkan matanya apabila Amin bertindak spontan sebegitu, hilang semua leteran dan omelannya terhadap Amin apabila terkejut dengan perbuatan yang tidak disangka-sangkanya, wajah Amin pula tepat pada panahan mata, lidah menjadi kelu, anak mata hanya melekat pada raut wajah lelaki kacak itu. Amin bertindak cepat dengan mencium dahi Balkish, tepat pada area post it note yang dilekatkan olehnya pagi tadi. Bukan hanya sekali tapi berkali-kali sampai puas. Balkish pula berusaha untuk menepis tapi tidak boleh, dia mahu melarikan dahinya daripada terus dicium tapi dia tidak mampu sampailah Amin melepaskan sendiri pegangannya.
Sebaik sahaja Amin melepaskannya, Balkish terus berdiri dan memandang Amin yang berdiri bertentangan dengannya. Geramnya Balkish dengan kelakuan Amin itu tadi. Dia memuncungkan mulutnya tanda marah, keresahan yang bergelodak di dalam hati didiamkan sahaja.
Amin senyum mengejek, “Kalau time tak tidur pun Balkish still tak boleh buat apa-apa dekat abang. Bukan sahaja post it note, ni, bibir abang ni pun dah melekat dekat dahi tu” sindir Amin.
Balkish mengesat tempat bekas ciuman suaminya pada dahi dengan gebar yang disarungkannya.
“Eeeee!” Balkish separuh berteriak  sambil mengehentakkan kakinya ke lantai. Dia sedar dia kalah dengan kata-katanya sendiri. Ternyata omelannya tidak benar. Biarpun tidur atau tidak tidur, perbuatan Amin tetap tidak dapat dihentikannya.
“Nak ke mana tu?” soal Amin apabila melihat isterinya melangah laju meninggalkannya. Merajuk pula si Balkish ni. Tapi Okey lah tu, daripada kena marah, kena herdik  macam dulu. ada perubahan, it’s a good sign. Amin tersenyum puas.
“Mandi. Rasa kotor pula kena cium dengan awak” beritahu Balkish saat dia melangmbil tuala yang disediakan oleh pihak hotel di dalam almariSebenarnya memang dia sudah merancang untuk mandi walaupun tidak dicium oleh suaminya tapi sengaja dia memberitahu sebegitu kerana mahu menyakiti hati Amin.
. pintu bilik air ditutup dengan segera. Balkish melihat dirinya di cermin, rambutnya yang menutup dahi diselak, tempat ciuman suaminya itu dipandang dan secara tidak langsung kejadian tadi brmain-main d fikirannya. Tanpa sedar, bibirnya mengukirkan senyuman. Balkish melihat dirinya di cermin. Dia ketawa lucu megingatkan kenakalan suaminya.
“Comel saja Amin ni. Rasa nak cekik-cekik saja” kata Balkish. dia suka dengan apa yang dilakukan oleh suaminya tapi dia tahu, jauh di sudut hati sebenarnya masih ada luka yang  berbekas yang menghalang dia merelakan semua perbuatan Amin selama ini.
……………………………
Selepas siap mandi dan bersiap, Balkish dan Amin turun ke retoran hotel yang terletak di tingkat paling bawah bangunan hotel itu. Amin memesan makanan yang halal untuk santapan mereka hari ini. sebaik sahaja selesai makan, Amin membawa Balkish berjalan-jalan di kedai dan butik restoran. Mereka berdua tidak merancang mahu keluar ke mana-mana kerana Balkish masih berasa penat dan ingin bereat di kamar. Setelah selesai berjalan-jalan. Mereka berdua naik ke kamar kembali.

Bab
Balkish membangunkan Amin dari tidurnya namun suaminya masih belum mahu terjaga dati lenanya. Balkish tidak berputus asa, Amin harus dibangunkan. Bahu Amin digoyangkan perlahan-lahan.
“Abang” panggil Balkish.
“Emmm” kata Amin sambil menarik gebar menyelimuti tubuhnya yang kedinginan pagi itu.
“Abang, bangunlah. Dah lambat dah ni” beritahu Balkish. hari ini dia mahu bersiar-siar di kota TOkeyyo. Tambahan pula cuaca hari ini baik. Salji sudah berhenti turun namun dingin tetap terasa.
“Pergi mana pagi-pagi ni?” soal Amin dalam tidurnya.
“NAk keluar. jomlah abang” ajak Balkish lagi.
Perlahan-lahan Amin membuka matanya. dia memandang wajah Balkish yang duduk di lantai menghadapnya.
“Pergi mana?” soal Amin lagi. suaranya agak serak.
“Mana-mana sajalah abang. Takkan Balkish datang sini tak keluar jalan-jalan. Jomlah abang” oujuk Balkish lagi.
Amin melihat jam di telefon bimbitnya, “Awal lagi ni. Kalau time ni kita keluar mesti bersesak-sesak dalam train nanti” beritahu Amin.
“Ala, abang mandi, bersiap nanti dah ambil masa lama sedikit. Bangunlah” pujuki Balkish.
“Yalah Yalah” kata Amin. dia menyalak gebar dan berjalan mengambil tualanya. Dia kemudian masuk ke dalam bilik air untuk memandikan diri. Beriya Balkish memujuk untuk dibawa keluar, kasihan juga kalau asyik duduk di dalam bilik saja.
Selesai bersiap, Amin dan Balkish keluar dari hotel, mereka mahu ke stesen kertapi yang terdekat, rugi kalau datang ke Sajapun tidak mncuba system keretapinya yang paling awal di Asia ini. ada bermacam-macam jenis keretapi di sini, ada JR dan Metro train. Keretapi di sini disebut SHinkansen atau Bullet train yang terkenal dengan kepantasan kelajuan keretapi elektriknya.
Amin membawa Balkish ke stesen keretapi yang paling dekat iaitu dengan 5 minit berjalan kaki, bersebelahan dengan Hotel Shang Ri La. Ketika mereka ke sana, Amin sempat menunjukkan ke arah kawasan Ginza strip yang juga dekat dengan hotel penginapan mereka.
“Malam nanti kita singgah lah dekat sana” beritahu Amin. dia mengajak Balkish mengekorinya supaya tidak terlalu ketinggalan di belakang. Pagi-pagi begini setesen keretapi di Sajapun memang sangat sibuk, takutnya Balkish terpisah daripadanya.
Selepas membayar harga tiket JR East untuk ke destinasi mereka di sekitar bandaraya TOkeyyo, Amin mengajak Balkish untuk menungga keretapi. Sekejap sahaja, keretapi yang ditunggu sampai.
Amin cepat-cepat memagang tangan isterinya dan menarik Balkish mengekori langkahnya masuk ke dalam keretapi. Dia mendorong tubuh Balkish untuk berjalan di depan sementara dia cuba untuk menahan esak orang ramai yang berpusu-pusu ingin masuk ke dalam keretapi. Mereka berdua terpaksa berdiri keran kerusi sudah penuh. Balkish ditarik lebih dekat ke arahnya supaya isterinya itu tidak terpisah. Amin akhirnya Berjaya mencari ruang paling tepid an dia menyuruh Balkish berdiri, bersandar pada badan kereta sementara Amin terpaksa menahan tolakan dari para penumpang yang lain dengan badannya yang berdepan dengan Balkish. kerana penumpang lain yang saling tolak-menolak untuk masuk ke dalam ruang keretapi, bdan Amin terdorong ke depan, dia terpaksa mendepakan tangannya di samping tubuh Balkish supaya badannya tidak terdorong ke arah isterinya. Balkish terkejut apabila Balkish berada sedekat itu dengannya tapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana keadaan keretapi saat itu sangat sesak. Tidak ada satu inci pun ruang ksong yang terlihat di dalam badan keretapi itu. itulah, tadi Amin dah cakap keretapi waktu begini sesak, tapi dia yang tak percaya. Sekarang terimalah padanya. Kasihan pula melihat Amin yang berusaha menahan esakan dan terjahan para penumpang lain yang menolak badannya. Wajah Amin yang begitu dekat dengannya dilihat, Balkish segera melarikan pandangannya agak poerbuatannya itu tidak disedari oleh Amin. dia berusaha untuk tidak bertentang ata dengan suaminya, kalaulah Amin Nampak mukanya saat itu pasti dia malu. Perasaannya saat itu berdebar-debar tidak keruan, dadanya pula berdegup kencang, cemas dengan kedudukan Amin yang sangat dekat dengannya. Tapi lebih baik bersesak-sesak dengan suami sendiri daripada terpaksa dihimpit oleh lelaki asing Sajapun yang tidak dikenalinya. Amin cuba memandang Balkish, takut pula Balkish tidak selesa. Sesekali apabila todak ada dorongan dari penumpang lain, Amin menjarakkan dirinya tapi apabila didorong lagi, Amin terpaksa menahan dengan tangannya suapay dia tidak menghimpit Balkish.
Dari luar terdengar beberapa orang pekerja lelaki di stesen keretapi itu berbicara dengan kuat kemudian mereka mendorong lagi beberapa orang penumpang yang belum sempat naik ke dalam keretapi sedangan pintu mahu tertutup. Barangkali pekerja itu memberitahu yang mereka akan mendorong penumpang dan memeinta maaf sebelumnya. Sebaik sahaja penumupang itu didorong, keadaan dan kesesakan di dalam keretapi semakin bertambah, Amin terpaksa mengubah lipatan siku tangannya yang lurus dibentangkan antara dia dan Balkish dibengkOkeykan sedikit mebuatkan jarak antara dia dan Balkish bertambah dekat. Saat itu dia dan isterinya kelihatan sangat hampir sehinggakan tubuh mereka bersentuhan. Balkish segera pula mengangkat tangannya dan menahan tubuh Amin daripada terus terdrong ke arahnya. Badan Amin disanggah di bahagian dadanya dengan kedua telapak tangan. Terasa degupan jantung suami yang semakin berdetak laju. Balkish terkejut dan dia memandang Amin, ternyata bukan dia sahaja yang berdebar-debar saat ini, Amin pun tidak kurang hebat debarannya. Amin melarikan pandangnnya, malu dengan situasi dan keadaan mereka berdua sekarang ini.
Apabila mengetahui degupan jantung Amin yang berdegup sangat pantas, Balkish tahu Amin juga turut berasa cemas sepertinya, Balkish melarikan tangannya dari tubuh Amin namun tatkala tangannya tidak kenyanggah tubuh suaminya, badan Amin akan terdorong ke arahnya. Terpaksalah Balkish meletakkan kembali tangannya di dada sasa Amin. Amin mencuri pandang ke arah wajah Balkish yang berada di bawah dagunya, saat Balkish cuba melihat ke arahnya, dia segera melarikan pandangan. Masing-masing berasa tidak selesa dan malu sesame sendiri.
Jauh di sudut hati ada satu perasaan lain yang mula tersemai. Inilah kali pertama setelah erkahwinan mereka Balkish sedekat itu dengannya, Balkish menyentuhnya dan sentuhan Balkish itu walaupun berlapik tapi terasa seperti sengatan elektrik yang mebuatkan seluruh badan Amin berasa kejang dan kaku. Sentuhan isteri yang telah lama didambakan olehnya itu terasa sangat sentimental, dan cukup intimate. Amin menelan air liur menahan godaan keinginannya sendiri.
Mereka berdua turun di stesen Shibuya . destinasi mereka yang pertama di Shibuya adalahYoyogi park. Oleh kerana cuaca dingin, tdak banyak orang yang bersiar-siar di taman itu. Balkish dan Amin sekadar berjalan-jalan dan mengambil gambar dengan menggunakan telefon bimbit mereka. walaupun musim dingin, air tasik tidak membeku dan air pancut masih dapat dipasang. Dari jauh Balkish berlari-lari sambil menarik tangan Amin untuk mengikutnya.
“Abang ambil gambar Balkish dekat sini” beritahu Balkish. dia lanas memberikan teefon bimbitnya kepada Amin. Balkish berdiri di samping jambatan yang dibina merentasi tasik dan ditengah-tengahnya terdapat air pancut yang akan memancut selang beberapa minit.
Selesai mengambil beberapa keeping gambar seperti yang diminta oleh Balkish, Amin menyarahkan kembali telefon bimbit isterinya itu. Balkish melihat hasil gambar yang telah diambil oleh suaminya bersama-sama Amin. dia kemudian mengupload gambar itu ke akaun facebook miliknya.
“Abang, jomlah ambil gambar berdua” ajak Balkish. dia menarik lengan Amin dan berdiri dekat dengan suaminya./ kamera telefon dipusingkan menghadap mereka. dia kemudian menekan punat kamera. Seperti tadi hasil tangkapan gambar dilihat. Gambar itu tidak diupload.
“Abang ingat tak masa abang jatuh kolam dulu?” soal Balkish. Amin mengangguk.
“Masa tu abang kelakar sangat” sambung Balkish. dia tertawa saat mengimbau kenangan mereka dulu.
Amin diam. hari ini Balkish kelihatan gembira sekali. Sejak dari tadi isterinya itu kelihatan bersemangat dan asyik berbicara dengannya. Senang sahaja dia menarik lengan Amin atau mnegambil gambar bersama-sama dengan wajah mereka dekat antara satu sama lain. Lan pula dengan Amin. sejak kejadian di dalam keretapi tadi, hati Amin jadi tidak keruan. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia mencium wajah Balkish dan bermesra-mesra dengan isterinya tapi dia tahu Balkish pasti tidak suka jika diperlakukan sebegitu. Amin lebih berdiam diri, cuba mengawal kelakuan dan emosinya dalam diam.
Balkish menarik tangan Amin mengikutnya ke hujung jambatan.
“Abang rasa air ni dingin tak?” soal Balkish. dia segera mendorong tubuh Amin sehingga lelaki itu hampir-hampir terjatuh. Mujurlah Amin sempat berpaut pada jambatan.
Balkish ketawa lucu dapat mengenakan suaminya.
“Balkish gurau sajalah. Gelaklah abang”
Kali ini Amin pula ingin mengenakan isterinya, dalam kesibukan Balkish mengetawakannya, Amin menarik tubuh Balkish dan mendorong ke arah tasik yang dingin itu. Balkish menjerit takut dan berpaut pada lengan Amin. Amin tidak segera menarik tubuh Balkish yang hampir-hampir nak jatuh.
“Abang, abang, abang”
“Nak bergurau lagi?’ soal Amin mengugut.
“Tak nak dah, tak nak. Tariklah abang” rayu Balkish.
Amin menarik tubuh Balkish dari terus berpaut pada lengannya. Balkish mengurut dada tanda lega. Kali ini giliran Amin pula mengetawakannya.
Mereka berdua sambung bersiar-siar di tasik itu. pelbagai topic yang menjadi bahan bualan mereka berdua.
“Nak pergi mana lepas ni?’ soal Amin.
“Mana-mana saja. Balkish ikut ke mana abang nak bawa Balkish” beritahu Amin.
“Nak pergi shopping?” soal Balkish.
“Balik nantilah kita singgah dekat Ginza” beritahu Balkish lagi.
“Kalau macam tu, kita pergi TOkeyyo Tower nak? Tapi abang nak cari gadget dulu. Balkish boleh jalan lagi tak?” soal Amin.
Balkish cepat-cepat mengangguk. Mereka berdua berjalan ke arah tempat pertama mereka masuk ke taman itu. rupa-rupanya sedar tak sedar mereka sudah mengelilingi Yoyogi park.
Amin mengajak kembali ke stesen Shibuya, kali ini keadaan di stesen itu tidak terlalu sesak seperti pada pagi tadi. senang sahaja mereka masuk ke dalam keretapi. Tujuan mereka seterusnya adalah ke Akihabara, iaitu pusat segala gadget dan otaku. Otaku atau nama lainnya adalah orang yang memperagakan gaya dan fesyan dari anime-anime kesukaan mereka.
Pertama kali menapak kaki di daerah Akihabara, bsangat terkejut dan kagum dengan suasana serta keramaian orang di kawasan itu. banyak juga dilihat pelancong-pelancong asing yang bukan berasal dari Negara Asia berkunjung ke kawasan ini. di kiri dan kanan terdapat deretan kedai 5 hingga 7 tingkat yang kesemuanya menjual barang-barang elektrik dan anime.
“Welcome to gadget heaven” ucap Amin kepada Balkish yang dilihat sedang terkejut dengan suasana di kawasan tempat kunjungan mereka yang kedua ini. Amin menarik tangan Balkish untuk mengikutinya masuk ke satu kedai yang dilihat banyak pelanggan yang terdiri daripada pelancong asing. Sebelum masuk Amin sempat meliat ke arah sepanduk kedai tersebut untuk melihat tanda kedai yuang menjual barang international supaya barang tersebut masih boleh dipakai saat sekembalinya mereka ke Malaysia.
“Abang nak beli apa?” soal Balkish amil melihat ke arah barang-barang yang dipamerkan di kedai itu. banyak gadget-gadget yang terbaru ada dijual di kedai, pendek kata kalau peminat gadget dan barang elektronik, rugi kalau tidak berkunjung ke mari.
“Ni, PSP untuk dua orang anak kita” beritahu Amin sambil mengambil contoh PSP edisi terbaru yang dipamerkan di bahagian kedai paling dalam. Kalau beli di sini harganya lebih murah daruipada harga yang dijual di Negara Malaysia.
“Sufi dengan Iman tak pula pesan apa-apa dekat Balkish” keluh Balkish.
“Sebab mereka tak nak susahkan awak” kata Amin.
“Awak tak nak beli apa-apa ke?’ soal Amin. dia kelihatan masih mencari barang-barang yang ingin dibeli. Balkish hanya menggeleng. Dia bukanlah seorang yang terlalu mememtingkan alatan canggih yang terkini. Cukuplah \hanya dengan telefon bimbit smartphone yang dimilikinya sekarang.
“Abang cari apa?” soal Balkish.
“Abang nak tengok-tengok dulu. hah, kita beli camera digital nak? Yang lama abang lupa bawa” beritahu Amin.
Balkish mengangguk.
Setelah membayar harga untuk barang-barang yang dibeli oleh Amin di kedai itu, mereka berpindah ke kedai lain pula. Satu persatu kedai yang menarik minta suaminya, disinggahi dan ada-ada sahaja barang-barang yang dibeli oleh Amin. katanya murah, jadi rugi kalau tak beli. Suaminya juga turut membeli figure dari rancangan anime kesukaannya. Balkish sendiri tidak tahu yang suaminya itu penggemar filem atau cerita anime dari Sajapun.
“Balkish lapar? Kita pergi makan nak?” ajak Amin.
Balkish mengangguk. Memang dia pun sebenarnya sudah lapar.
“Kita cari kedai yang ada sushi. Susah sedikit nak makan dekat kedai yang pelik-pelik, takut tak halal” beritahu Amin. Balkish mengangguk dan mengekori langkah suaminya untuk mencari kedaio makan. Sekejap sahaja mereka terjumpa sebuah restoran Sajapun yang menghidangkan semua jenis sushi. Tanpa berlengah masa, mereka berdua segera masuk dan mencari empat duduk yang kosong. Sushi di restoran itu dihidangkan seperti Restoran Sushi King di Malaysia. Mereka berdua makan sampai puas.
Balkish teringat yang mereka berdua masih belum solat Zuhur dan Asar. Kedua-dua solat itu dijamakkan ke waktu Asar tapi takutnya kalau mereka terlambat mereka berdua terlepas waktu solat. Dia mahu mengajak Amin untuk pulang ke hotel selepas ini. setelah mengerjakan solat barulah mereka akan keluar bersiar-siar sekali lagi. di sini tidak ada masjid yang boleh digunakan sebagai tempat beribadah. Nak solat di sebarang tempat yang bersih pun susah, jadi tempat yang paling elok untuk solat adalah di kamar bilik mereka.
Amin melihat jam tangannya. “Dah lambat dah ni. Kita baliklah dulu solat. Balkish dah niat solat jamak ta’khir kan” soal Amin. baru sahaja Balkish mahu bertanya, ternyata Amin lebih dulu mengingatkan mereka berdua. Balkish senyum. Sekarang ini, suaminya itu pula lebih dulu beringat untuk menjaga solat berbanding dirinya. Dia mengangguk sebagai jawapan ke[ada pertanyaan suaminya sebentar tadi.
“Kita balik hotel dulu. Abang rasa tak sempat kita nak pergi TOkeyyo Tower hari ni. Esok sajalah kita ke sana, tempat tu jauh sedikit dari hotel. Tapi kalau malam ni nak keluar ke Ginza tu bolehlah. Dekat sedikit dengan hotel kita” bertahu Amin. gaya Amin seperti pemandu pelancong, semua tempat di TOkeyyo ni diketahuinya. Betulkah ini kali pertama suaminya ke SAJApun?
“Jomlah” ajak Amin. dia membayar harga makanan mereka dan keluar dari restoran itu. jalan yang dilalui tadi diambil untuk kembali ke stesen keretapi JR railway.
“Abang, abang pernah datang Sajapun sebelum ni kan?” soal Balkish.
“Abang datang dengan family abang masa abang kecil-kecil dulu” beritahu Amin.
“Patutlah abang tahu semua tempat kat sini” sampuk Balkish. tekaannya benar.
“Abang datang masa cuti sekolah dulu dengan papa, mama and Aman” beritahu Amin lagi.
Langkah kaki Balkish terhenti saat dia merasakan satu titik dingin jatuh ke pipinya. Dia mendongak ke arah langit dan melihat rintik-rintik salji yang mula membasahi bumi. Amin turut mendongak ke atas. Dia kemudiannya memandang Balkish. cantik isterinya itu.
Balkish senyum kearahnya. “Tak sangka salji turun lagi” kata Balkish. seharian semalam memang salji tak pernah berhenti tapi hari ini, sejak awal pagi tadi salji sudah mula berhenti.
“Jomlah, kalau lebat sangat, basah kita nanti” ajak Amin. dia mengajak isterinya untuk meneruskan perjalanan mereka. Balkish mengikut langkah sumainya. Walaupun salji turun tapi orang yang membeli belah di kawasan itu tetap tidak berganjak. Barangkali mereka semua sudah terbiasa dengan cuaca sebegini.
……………………………
Setelah selesai solat jamak, Balkish melipat telekong solatnya. Dia mencapat telefon bimbit dan menelefon anak-anaknya untuk melpaskan rindu kepada Sufi dan Iman. Berebut Iman dan Sufi mahu berbicara dengan mama mereka. akhir sekali Balkish terpaksa menyuruh Sufi untuk memasang loudspeaker telefon bagi mengelakkan kedua adik beradik itu daripada bergaduh. Macam-macam dibualkan oleh mereka, tentang sekolah, tentang barang permainan baru dan juga tentang opah serta atuk mereka. masa nilah Iman dan Sufi nak mengadu kepada mama mereka.
“Tungu mama Tanya papa dulu” beritahu Balkish. dia kemudiannya bertanya kepada Amin yang sedang duduk di birai katil.
“Abang Sufi dengan Iman Tanya, dekat tak Disney Team park dengan hotel kita?” Balkish menyampaikan pertanyaan anak-anakna itu kepada Amin.
“Jauh juga” beritahu Amin.
“Papa kata jauh”
“NAntilah kita datang sekali lagi, kita pergi sana” beritahu Amin tidak mahu menghampakan kedua oranganaknya.
“Nantilah cuti sekolah kita datang lagi. papa kata nak bawa Sufi dengan Iman pergi sana”
Balkish ketawa apabila mendengar sorakan anak-anaknya.
“Ni budak-budak ni Tanya pasal hadiah dia orang” Balkish memberikan telefon bimbit kepada Amin. anak mereka itu mahu berbicara dengan papa mereka pula.
Amin mengambil teleon dan meletakkan ke telinga. Dia kemudiannya mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Balkish di sofa. Balkish mahu bangun berdiri dan mebiarkan suaminya duduk dengan selesa tapi tangannya ditarik.
“Papa dah beli” kata Amin bercakap di telefon sambil matanya merenung ke arah Balkish. dia menarik tangan Balkish untuk duduk disampingnya.
“Iya yang latest” beritahu Amin. entah apalah yang dibualkan Amin dengan Sufi dan Iman. Pasti tentang PSP yang dipesan sebelumnya. Fikir Balkish. Amin mendepakan tangannya dan memeluk bahu Balkish. Balkish terkejut tapi dia membiarkan sahaja. Amin melihat ke arahnya sambil tersenyum. Tanpa disedari Balkish turut mengukirkan senyuman.
Amin kembali menyambung perbualannya. Sementara hanya mendengar. Agak lama berada dalam posisi seperti itu, Balkish berasa nyaman. Walaupun tubuhnya dan posisinya agak kaku pada permulaannya tapi lama-kelamaan Balkish berasa selesa. Matanya tertutup perlahan-lahan dan dia terlena kerana penat. Kepalanya terlentOkey di bahu Amin. m tidak sedar kerana terlalu asyk me;layan kerenah dan omelan anak-anaknya di telefon.
“Okey lah. Nanti cakap dekat opah and atuk papa dengan mama kirim salam” beritahu Amin sebelum dia mematikan panggilan telefon. Balkish yang disi dikerling dan ternyata sejak dari tadi isterinya itu hanya membisu karana dia sudah tertidur di bahunya. Pasti kepenatan kerana seharian berjalan-jalan dan berasak-asak di dalam keretapi tadi.
“Balkish” Amin mahu menejutkan isterinya untuk tidur di katil. Dia menggoyangkan bahu Balkish dengan tangannya tapi Balkish tetap tidak sedar. Tubhnya hanya bergoyang kecil dan Balkish membetulkan kembali posisi tubuhnya menghadap ke arah Amin dengan tangan kanannya dipautkan ke dada suaminya. bulat mata Amin menahan rasa tidak percayanya. Dalam hati berdebar bukan main. Nak kejutkan Balkish bangun, kasihan pula. Isterinya itu seperti terlalu penat. Amin akhirnya membiarkan sahaja Balkish tidur beralaskan lengannya. Lambat laun dia juga turut terlena.
………………
Setelah terlena buat seketika, Balkish tersedar dan terkejut melihat Amin di sisinya. Tak sangka pula dalam mendengar perbualan antara Amin dan anak mereka tadi dia boleh terlelap dengan cepat. Pautan tangan Amin di bahunya dilonggarkan, dengan berhati-hati Balkish melepaskan dirinya daripada rangkulan suaminya. dia bangun dan menatap Amin yang sedang terlena. Sebentar kemudian Balkish masuk ke bilik air untuk mengambil wuduk bagi mengerjakan solat jamak Isyak dan Maghrib yang dicepatkan ke waktu Magrib. Setelah selesai solat, barulah Balkish membangunkan Amin dari tidurnya. Dia menunggu Amin selesai solat di balkoni bilik hotel. Pemandangan di luar bangunan itu masih cantik dihiasi warna-warna kuning keemasan dan putih Kristal hasil dari lampu-lampu yang terpasang di kedai-kedai di kawasan Ginza.
“Nak keluar?” soal Amin saat dia melipat sejadahgnya.
“Abang larat lagi ke?” soal Balkish.
“Abang tak kisah, abang takut Balkish yang penat” beritahu Amin.
“Balkish nak keluar kalau abang nak temankan” balas Balkish.
Amin mengangguk dan berkata, “Kalau macam tu, jomlah” balas Amin. mereka berdua bersiap-siap untuk keluar berjalan-alan di kawasan Ginza. Nasib baik Ginza sangat dekat dengan hotel jadi mereka tidak perlu berjalan jauh. Sampailah mereka di permulaan jalan di kawasan Ginza, Balkish segera mengikut langkah Amin dan memegang lengan suaminya. orang berpusus-pusu di kawasan itu membuatkan Balkish berasa takut dia akan berpisah jika tidak bersama-sama Amin. Amin menarik tangan Balkish untuk menyaingi sahaja, sudah beberapa kali pegangan tangan mereka terlepas kerana berlanggar bahu dengan orang ramai yang juga berkunjung di kedai-kedai di kawasan Ginza itu.
“Nak makan?” soal Amin.
“Apa bang?” soal Balkish kerana tidak mendengar pertanyaan suaminya.
“Abang Tanya, nak try makan dekat sini ke?” soal Amin lagi, mengulangi pertanyaan yang sama.
“Huh?” soal Balkish lagi, kali ini gadis tu mendekatkan wajahnya ke mulut Amin untuk mendengar kata-kata suaminya. berdebar jantung Amin bagai nak luruh apabila isterinya sengaja mendekat ke arahnya. Cium nanti baru tahu!
Amin menjauhkan dirinya, Balkish memandangnya pelik. Amin menggeleng dan menarik tangan Balkish mengikutnya. Dia kemudiannya singgah ke sebuah gerai yang menjual beberapa jenis kuih manis panas. Setelah bertanya tentang rasanya kepada penjual kedai, kuih-muih di kedai itu dibeli untuk santapan mereka.
“Sedap?” soal Amin saat melihat Balkish mencuba kuih itu.
“Sedap. Rasalah” kuih di tangan Balkish dihulurkan ntuk dicuba oleh suaminya. Amin telan air liur. Balkish ni sengaja ke dia buat aku jadi tak keruan malam ni. Sebelum ni tak pernah pula nak berkongsi apa-apa dengan aku apatah lagi berkongsi makanan. Kalau aku makan, samalah dengan aku berkongsi ciuman secara tak langsung dengan Balkish. Amin ketawa nakal.
“Cubalah” ulang Balkish lagi.
Amin menggigit cebisan kuih yang telah digit oleh isterinya itu. kemudian dia melihat Balkish menghabiskan kuih di dalam tangannya. Dia senyum. Bekas makanannya dihabiskan oleh isterinya. Walaupun perkara itu perkara kecil tapi amat bermakna buat dirinya kerana Balkish memang tidak pernah mahu berkongsi apa-apa dengannya apatah lagi makanan bekas mulutnya.
“Jomlah, jalan-jalan lagi” ajak Amin. dia mahu menarik tangan Balkish seperti tadi tapi isterinya itu sibuk mengambil kuih dalam bungkusan beg kertas untuk disuapkan ke mulutnya. Kuih itu enak kalau dimakan panas-panas. Amin terpaksa menunggu Balkish pula, sedangkan kuih itu masih banyak. Dia dengan keberaniannya memaut bahu isterinya dan dibawa dekat ke tubuhnya. Balkish menjeling. Bulat mata Amin cuba melawan panahan mata isterinya itu.
“Kalau abang tak buat macam ni, satu kerja pula nak kena tunggu Balkish habiskan kuih-kuih tu” beritahu Amin.
“Tapi jangan fikir bukan-bukan” sambung Balkish. Amin mengangguk. Mereka berdua berjalan di sepanjang jalan dan berhenti di beberapa buah kedai yang menjual pelbagai jenis makanan tradisional Sajapun. Pantang ada makanan yang dirasakan enak dibeli oleh Amin. mereka berdua memilih untuk tidak berhenti lama di sesebuah kedai yang dikunjungi jadi makanan yang dibeli disuruh bungkus supaya mereka dapat makan sambil brsiar-siar di sepanjang jalan ini.
“Awak, abang nak kencinglah. Awak ada Nampak toilet tak dekat-dekat sini?” soalm tiba-tiba.
Mereka berdua melilau mencari signboard toilet di kawasan yang mereka lalui. Akhirnya setelah lima minit mencari di kawasan itu, akhirnya destinasi yang dicari ditemui.
“Saya tungg sini sajalah” beritahu Balkish sambil mengambil bungkusan makanan yang tadinya dipegang oleh Amin dan kini lelaki itu menyarahkan kepadanya.
“Jangan pergi mana-mana. Susah abang nak cari nanti kalau orang ramai macam ni” pesan Amin.
Balkish mengangguk, “Pergilah cepat” suruh Balkish. Amin pergi ke tandas awam yang bertentangan dengan tempat Balkish menunggu.
Balkish takut juga menunggu bersendirian di kawasan itu. tambahan pula dia berada di tempat yang agak sunyi dari keramaian kawasan Ginza. Tandas awam ini terletak di sebalik jalan utama tempat mereka berjalan-jalan tadi.
“Hye” sapa seorang mat saleh kepada Balkish yang dilihat bersendirian di tempat yang agak gelap itu.
Mat saleh dan kawannya itu mendekati Balkish.
“Are you alone? Soal mat saleh tadi.
“No, Im here with my husband” beritahu Balkish dengan teragak-agak. Dari gaya mereka berdua, Balkish rasa mereka risau melihat dirinya yang bersendirian di situ.
“Where is your husband? Are you lost?” soal mat sale yang satu lagi.
“No, no. he’Dato' Sahar in the toilet” beritahu Balkish.
“Oh, we think that you lost. Its dangerous to be here alone by yourself”
“Yaah, I know” sambung Balkish. Balkish sudah mula tidak enak berbual-bual dengan dua rang asing itu. bimbang pula kalau-kalau Amin keluar nanti dan melihat dia seperti sedang melayan mereka, apa pula kata suaminya nanti.
“Why you loOkey so nervous. Are you OKEY?” soal mat saleh yang satu lagi.
“Abang!” Balkish tidak sedar yang suaranya agak kuat saat dia melihat Amin keluar dari tandas awam. Suaminya itu berjalan ke arah Balkish.
“Kenapa ni? Soal Amin risau apabila melihat dua orang pelancong asing dekat dengan isterinya.
“Tak ada, dia orang Tanya jalan” beritahu Balkish. dia segera mahu menarik Amin pergi dari situ tetapi langkah suaminya terpacak ke bumi apabila saah seorang pelancong asing itu menegur Balkish.
“Is this your husband?”
“Yas, Im her husband” sampuk Amin.
Mat saleh itu senyum.
“Its just that we think that your wife standing here by herself, that shes maybe lost”
Amin melihat ke arah Balkish.
“But since you the husband. Maybe she doesn’t need our help anymore” sambung mat saleh itu.
“Nice to meet you sir” salam dihulurkan kepada Amin. dia menyambutnya dan mereka berjabat tangan.
“Okey then” beritahu mat saleh itu lagi. mat saleh itu menghulurkan tangannya kepada Balkish pula. Balkish melihat ke arah Amin. takutnya kalau Amin marah kepadanya. Amin menyambut salam itu dengan tanganya dan dia senyum, “Shes my wife” tegas suara Amin mempertahankan isterinya agar tidak disentuh oleh lelaki bukan muhrimnya.
“Yaah dude. You a lucky guy” kata mat saleh itu sebelum dia mengajak kawannya untuk pergi dari situ.
Tanpa berkata sepatah pun kepada Balkish Amin mengatur langkahnya meninggalkan gadis itu. Balkish terpaksa mengejar suaminya yang jauh di depan.
“Abang!” laung Balkish memanggil suaminya.
“Abang jangan cepat sangat. Nanti tak sempat saya nak kejar” beritahu Balkish saat dia cuba menyangi langkah Amin sebelum mereka masuk ke jalan utama di kawasan Ginza itu. nasib baik di jalan belakang ini, orang tidak ramai. Tapi kalau Amin sudah masuk ke jalan Ginza, pasti sudah sulit baginya untuk mencari kelibat suaminya dalam keramaian orang yang berkunjung ke jalan itu.
“Sukalah duk melayan jantan mat saleh tadi?” marah Amin.
“Abang marah ke?” soal Balkish. mereka berdua beretentangan mata walaupun berdiri agak jauh antara satu sama lain.
“Dia orang kasihan tengok saya seorang-seorang dekat situ. Takut saya sesat kea pa kan?” beritahu Balkish memujuk marah suaminya. dia pasti Amin akan marah kalau melihat dia bercakap dengan dua orang asing tadi dan sangkaannnya itu betul. Suaminya memang kuat cemburu sejak dari dulu lagi.
“Nasib baik saya keluar cepat, kalau tak jangan-jangan dia orang bawa awak pergi mana, saya pun tak tahu. Macamana abang nak cari?” marah Amin.
Balkish diam sahaja.
“Bila abang Tanya awak kata orang Tanya jalan. Muka awak tu bukan Sajapun sangat pun, pakai tudung lagi, takkan dia orang nak Tanya jalan dekat awak” marah Amin.
“Balkish saja tak nak bagitahu abang, sebab Balkish tahu abang memang macam ni”
“Macamana?”
“Abang tu cemburu tak tentu pasal” bentak Balkish.
Marah Amin apabila mendengar kata-kata isterinya. Cemburu dia kata?! Langkahnya laju ingin mendekat ke arah Balkish.
“Eh, abang ni lelaki juga. Awak tak tengok ke mat saleh tu tengok awak macam nak telan orang. Jangan-jangan dekat kepala dia tu memang dah terbayang-bayang apa yang dia bakal buat dekat awak” marah Amin.
“Abang!” tegur Balkish.
“Kalau marah sekalipun, abang janganlah sebut yang bukan-bukan” marah Balkish. dia tidak tegar mendengar kata-kata yang keluar dari mulut suaminya.
Amin diam, Balkish juga turut diam. lama-lama Amin mengalah, dia tahu kasarnya bahasa yang dia guna kerana ikutkan marah di hati.
“Jomlah kita balik” ajak Amin. tangan Balkish diraih namun isterinya menepis.
Balkish berjalan mendahuluinya, Amin memanggil nama isterinya tetapi Balkish tidak berkalih ke arahnya. Merajuk benar isterinya itu kali ini. salah dia juga berkata yang bukan-bukan. Isterinya itu sensitive tentang hal-hal yang begitu kerana telah mengalAminya dulu. Amin memarahi diri sendiri atas keceluparan mulutnya tadi. Balkish berhenti apabila ingin masuk ke kawasan Ginza, walaupun sudah agak lewat, tapi orang ramai masih banyak. Dia takut untuk melangkah ke kawasan itu kecuali dengan Amin.
“Abang pegang tangan Balkish. kalau abang tak buat macam tu, nanti kita berpecah” beritahu Amin. dia melihat ke arah istrinya tetapi Balkish melarikan wajahnya. Amin mengambil beberapa bungkusan makanan yang dipegang oleh Balkish dan dipindahkan ke tangannya. Tangan Balkish pula digenggam erat. Mereka berdua sudah hilang mood untuk bersiar-siar dan ingin segera kembali ke bilik hotel.
Sebaik sahaja melewati kesibukan di jalan Ginza, Balkish segera menyuruh Amin melepaskan tangannya. Mereka berdua kembali ke bilik hotel dengan wajah yang murung dan serius. Pintu bilik hotel dibuka oleh Amin dan dia menjemput Balkish masuk. Sejak dari tadi isterinya itu berdiam diri.
Balkish meletakkan beg dan baju panasnya ke sofa tempat Amin tidur. Dia kemudiannya menghilang ke dalam bilik air untuk bersiap-siap ingin tidur. Amin tidak betah dengan kebisuan isterinya itu. sebaik sahaja Balkish keluar dari bilik air, dia akan berbicara dengan Balkish.
Balkish keluar dari bilik air dan mengambil baju panasnya yang dibiarkan di sofa sebentar tadi. dia menggantungnya di hanger di samping baju panas suaminya. Amin hanya memerhatikan sahaja sejak dari tadi. Balkish melewati di depannya dan saat itulah Amin nekad. Tangan Balkish dipegangnya kemas seperti tidak mahu melepaskannya.
Berkali-kali Balkish menepis namun tidak Berjaya. Balkish tidak mahu berkeras melawan, dia takut sekali andainya kejadian dulu berulang lagi seandainya dia berkeras melawan Amin mala mini. Suaminya itu dalam keadaan marah sama seperti kejadian dulu.
‘Ya Allah, Lindungilah hambamu ini’
Apabila Balkish berhenti meronta, Amin meraih satu lagi tangan isterinya. Dia mengangkat wajah memandang ke arah Balkish namun Balkish melarikan wajahnya daripada ditatap oleh suaminya. Amin melepaskan satu keluhan berat.
“Abang tak patuh cakap macam tu tadi” keluhnya.
Balkish masih lagi berdiam diri. Ikutkan hati malas nak melayan suaminya mala mini. Merajuklah katakan. Tapi semuanya salah Amin, cemburu tak tentu pasal. Lepas tu mulalah nak marah sana-sini. Baru sahaja nak mengcap bahagia untuk waktu yang lebih lama lagi tapi tak sangka pula begini jadinya.
“Abang tak sengaja sakitkan hati Balkish” sambung Amin lagi.
Balkish diam lagi. perlahan-lahan Amin melepaskan pegangan tangannya.
“Kenapa tak nak tengok sini? Marah dekat abang ke?” soal Amin.
Balkish sengaja membelakangi suaminya. malas dia mahu bercakap dengan Amin sekarang ini. memanglah marah, siapa tak marah kalau kena tuduh macam tu tadi, lepastu boleh pula cakap benda yang bukan-bukan.
“Benci sampai tak nak tengok muka abang sekarang ni?” soal Amin. dia menelan air liur. Tekaknya terasa kering. Sedih dipinggirkan oleh orang yang paling disayanginya.
Balkish berpaling ke belakang apabila mendengar pintu bilik dibuka, dia hanya sempat melihat suaminya meninggalkannya sendirian di bilik itu dan kemudian pintu bilik tertutup rapat. tiada kata yang terlua, Cuma rasa kesal keara seharusnya percutian ini berakhir dengan baik tapi lain pula jadinya. Balkish melangkah ke katil dan merebahkan dirinya di situ. Gebar tebal ditarik menyelimuti dirinya yang kesejukan menahan dingin salji di luar sana. Matanya cuba dipejam, dan berpura-pura tidak ada kebimbngan yang menganggu dirinya. Sekejap-sekejap Balkish berbalik ke kiri dan ke kanan. Susah untuk dia terlena apabila memikirkan suaminya yang masih belum pulang sejak tadi. Balkish bangun dari katil dan mendail nombor telefon Amin namun deringan telefon suaminya berdering di dalam bilik hotel. Suaminya keluar tanpa membawa telefon bimbit. Balkish mundar-mandi di dalam bilik hotel, dia resah apabila memikirkan suaminya keluar tanpa membawa telefon bimbit, kalau terjadi apa-apa kepadanya bagaimana? Akhirnya Balkish menurut kehendak hati untuk turun mencari Amin di lobihotel. Mungkin suaminya tidak berada jauh kerana dia tidak membawa telefon bimbitnnya bersama. Almarai akaian dibuka untuk mengambil baju panas yang disimpan di situ. Alangkah terkejutnya Balkish apabila melihat baju panas suamiyna tergantung di sebelah baju panasnya. Amin keluar tanpa pakaian tebal sedangkan salji masih lagi turun di luar sana. Resah hati makin menggungun apabila memeikirkan pelbagai kemungkinan yang mungkin menimpa suaminya. Balkish segera memeprcepatkan langkahnya dan turun ke lobi hotel. Dia mencari Amin di segenap pelusuk bagunan lobi namun Amin tidak ada di situ.
“Abang!” rintih Balkish apabila mengingatkan salahnya kerana tidak mengendahkan suaminya sejak dari tadi. dia hampir-hampir menangis tapi cepat-cepat diseka kerana tidak mahu dilihat oleh orang lain. Balkish buntu, mahu mencari di luar sana dia takut dengan tempat asing itu, akhirnya Balkish menunggu sahaja di ruang lobi, kalau-kalau suaminya pulang. Sekejap-sekejap dia berkalih melihat jam di tangan. Sudah sejam suaminya keluar tapi belum pulang, salji di luar tetap sahaja turun tanpa henti. Balkish akhirnya berputus asa, dan kembali ke biliknya. Dia tetap memikirkan cara untuk mencari Amin, Balkish masih mundar mandir di depan sofa saat dia mendengar bunyi beep, tanda kad bilik disentuh dari luar. Balkish kaget dan kakinya o=ibarat dipacak tegar di lantai apabila melihat Amin masuk ke dalam bilik dalam keadaan menggigil. Wajahnya putih dan bibirnya sedikit kebiru-biruan. Balkish segera mencabut baju panasnya dan disarungkan ke tubuh Amin.
“Abang pergi mana? Risau Balkish” marah Balkish sambil tangannya sibuk membalut tubuh suaminya yang masih kedinginan.
“Se…juk…se….” menggigil Amin dibuatnya.
“Tahupun sejuk” Balkish mengambil tangan Amin ke dalam genggamannya dan meniupkan hawa panas ke tangan mereka. jari-jemari Amin digosok supaya hangat.
“Berendamlah dalam tab, cepat sedikit abang panas” cadang Balkish.
Amin menggeleng.
“Sini, Balkish jirus dengan air panas” Balkish menarik tangan Amin mengikutnya. Dalam terpaksa, Iman=Amin menurut. Mereka masuk ke dalam bilik air dan Amin disuruh masuk ke tab mandi. Balkish mencuba campuran antara air panas dan air sejuk di tangannya supaya tidak terlalu panas air yang bakal disemburkan ke tubuh suaminya nanti. Kalau meledur anak orang nanti, siapa nak tanggung?
Amin menggigil menahan sejuk, wajahnya masih pucat. Balkish tanpa berlengah masa terus menyabur air hangat itu ke tubuh suaminya, Amin sedikit terkejut tapi akhirnya tubuh yang kedinginan itu berasa semakin hangat. Dia duduk di dalam tab mandi sambil dimandikan oleh Balkish. Balkish menyentuh tangan suaminya, “Dah kurang dah sedikit” kata Balkish berkenaan dengan kedinginan kulit suaminya.
“Bukalah baju abang, nanti makin sejuk kalau pakai pakaian basah” tegur Balkish.
Amin menggeleng. “Tak apalah, abang mandi sendiri lah” kata Amin. badannya sudah beransur-ansur hangat sekarang ini dan dia sudah boleh mandi sendiri. Tambahan pula dia malu kepada Balkish kerana diperlakukan seperti anak-anak mereka. Balkish memandikannya sepertimana Balkish memandikan Iman dan Sufi.
“Buka sajalah, takkan dengan Balkish pun abang malu” pujuk Balkish.
Amin diam. air hangat dari pili diambil dan dibasahkan ke tubuhnya. Kata-kata Balkish ibarat masuk telinga kanan dan keluar ikut telinga kiri.
“Ke abang nak Balkish buka?” soal Balkish. dia sudah mula geram. Orang bukannya nak tengok sangat body dia tu, orang Cuma risaukan kalau dia demam. Tak hairanlah kalau body lelaki melayu ni, lainlah kalau body Ashton Kutcher ke? Craig David ke? Yang tu lainlah.
“Eh, eh. Abang buat sendiri” Amin membukan butang kemeja kasualnya yang berwarna hijau muda itu. Balkish melihat, sangkanya dia sudah lali melihat tubuh Amin kerana sudah beberapa kali lelaki itu tanpa segan silu membuka baju di hadapannya tapi, ni dup dap dup dap dalam hatinya ni, siapa boleh jawab? Tu baru tengok Amin membuka butang bajunya, belum lagi dibuka baju tshirt hitam yang dipakai dua lapis dengan baju kemeja kasualnya itu.
Degupan jantung semakin kuat saat melihat otot-otot sasa pada bahagia sisi rusuk kiri dan kanan yang terpamer saat Amin menarik tshirt hitamnya ke atas. Saat Amin sudah menanggalkan bajunya dari tubuh, Balkish segera menutup mata kerana tidak sanggup menahan degupan jantunya yang semakin kuat dan laju. Semakin dilihat Amin, semakin kuat jantungnya berdegup.
“Balkish, awak tak apa-apa?” soal Amin pelik apabila melihat Balkish di depannya memejamkan mata secara tiba-tiba.
“Saya tunggu dekat luar. Lepas buka seluar awak, awak keluarlah pakai towel tu. bathrobe nanti saya ambil. Jangan mandi lama-lama sangat pula, nanti demam” Balkish segera meninggalkan Amin sendirian di bilik air. Dia keluar dengan enutup pintu bilik iar. Sebaik sahaj keluar, Balkish melepaskan keluhan yang berat, dia bagaikan sesak kerana tidak dapat bernafas dengan baik seaktu berdua-duaan dengan Amin tadi. dadanya diurut perlahan-lahan.
“Apa ni? Kenapa aku jadi macam ni” soal Balkish sendirian, bathrobe di dalam tangannya di genggam.
“Sejuk..” Amin keluar sambil memeluk tubhnya menahan kedinginan. Balkish memberikan bathrobe yang dipegangnya kepada Amin.
“Awak, pemanas bilik tu dah pasang yang paling panas ke?” soal Amin sambil menyarungkan bathrobe ke tubuhnya. Dia duduk di sofa.
“Dah paling panas dah tu? sejuk lagi ke?” soal Balkish risau. Dia pergi mengambil sepasang pakaian tidur buat suaminya dari dalam beg bagasi. Dia berjalan ke arah Amin dan meletakkan baju itu di meja.
“Abang pergi mana? Risau Balkish, Phone abang tak bawa, baju panas pun abang tak pakai” soal Balkish.
“Abang keluar”
“Lain kali jangan buat macam tu lagi. risau Balkish. abang tahu tak Balkish pergi cari abang dekat semua tempat dekat lobi bawah sana. Ingatkan bang ada dekat situ” sambung Balkish lagi.
Balkish meletakkan tuala kecil ke bahu Amin untuk digunakan mengelap rambutnya yang basah. Baru sahaja Amin mahu mengambilnya, Balkish lebih dulu mendapatkan tuala itu dan dia mengelap rambut suaminya perlahan-lahan. Amin membiarkan sahaja.
“Balkish risau tau, abang” sambung Balkish.
Amin diam.
“Kita bukan dekat negara kita. Kalau jadi apa-apa dekat abang macamana? Abang pula tak bawa phone. Keluar saja melulu sebab gaduh dengan Balkish” kata Balkish sambil tangannya mengelap rabut Amin dengan penuh kasuh sayang. Dia diserangrasa bersalah kerana menyusahkan Amin. kerana dialah Amin jadi begini.
Amin menghentikan perbuatan isterinya. Dia tidak selesa diperlakukan semesra itu oleh Balkish. kalau Balkish terus-menerus begini, mustahil kali ini dia dapat menahan dirinya. Jadi lebih baik, dia menghalang Balkish sebelum dia melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh Balkish nanti.
“Abang marh Balkish lagi?” soal Balkish dengan rasa bersalah. Mungkinkah Amin memarahinya malah membencinya. Sebab itulah Amin menghentikan perbuatannya.
“Tak” jawab Amin sepatah.
“Habis tu kalau tak marah, abang tak suka Balkish ke?” dia melihat ke arah Amin, meminta simpati daripada suaminya.
“Abang rasa elok Balkish tidur” beritahu Amin. Balkish berdiam diri.
“Abangpun nak tukar baju” sambung Amin. dia menjaga kata-katanya agar kali ini tidak mengguris hati si isteri lagi.
Balkish mengangguk. Walaupun sikap Amin dirasakan dingin tapi dia juga tidak mahu memaksa, mungkin Amin perlukan ruang setelah pergaduhan mereka tadi. Balkish merasakan ada jarak antara Amin dengan dirinya, mungkinkah Amin akan memperlakukannya sedingin ini selepas ini? Balkish kembali ke katil sementara Amin menggantikan pakaiannya dengan pakaian yang dipilih oleh Balkish tadi.
“Abang” panggil Balkish. dalam kesamaran lampu di bilik itu di dapat melihat Balkish.
“Erm?”
“Abang marah dekat Balkish?” soal Balkish.
“Tak adalah”
Balkish diam. air matanya sudah mula bertakung. Sekejap sahaja lagi, takungan itu akan pecah, bila-bila masa sahaja.
“Abang, Balkish Cuma nak jaga hati abang” Amin bangun dari tidurnya apabila mendengar suara isterinya seperti sedang menangis. Dari samar-samar lampu bilik, dia melihat Balkish sedang duduk berteleku di katilnya.
“Tu sebab Balkish cakap orang tu Cuma tanya jalan, Balkish cepat-cepat tarik abang pergi dari situ sebab Balkish tahu abang mesti tak suka kalau abang tahu Balkish bercakap dengan dia orang”
“Abang jadi macam ni sebab Balkish. sebab Balkish keras kepala tak nak mengalah masa kita bergaduh. Sebab tu abang keluar kan?” Balkish melepaskan semua yang dibukukan di hati. Sebab itulah yang membuatkan dia rasa bersalah kerana membuatkan Amin jadi begini.
Terdengar suara Balkish cuba menahan sendu. Amin mengatur langkah perlahan-lahan ke arah isterinya.
“Bukan salah Balkish. abang yang salah” pujuk Amin. Balkish mengangkat wajahnya dan memandang Amin yang duduk di hadapannya.
“Balkish yang salah, Balkish minta maaf abang. Abang janganlah tak hiraukan Balkish. Balkish tak kuat macam abang” rayu Balkish. sikap dingin yang ditunjukkan oleh Amin sebentar tadi terasa seperti satu hukuman gantung buat dirinya. Bagaimanalah Amin menaggung rasa itu selama bertahun-tahun selama ini. sedangkan dia yang hanya merasa buat beberapa detik yang lalu sudah tidak tertanggun begini, inikan pula bertahun-tahun seperti yang diamalmi oleh suaminya itu. timbul rasa penyasalan kerana memperlakukan Amin sedemikian rupa selama ini. tak disangka rasa dipinggirkan itu adalah sesuatu yang berat sekali.
Amin diam lagi. dia sudah bingung sekarang ini. kata-kata isterinya itu membuatkan dia berasa pelik. Mungkin cara dia menepis dan menahan perbuatan Balkish kepadanya tadi disalah erti oleh isterinya itu.
“Abang, abang. Balkish tak sangka abang akan keluar dengan salji dekat luar tu. Balkish bukannya tak nak tengok abang, tapi masa tu Balkish pun tengah marah, sebab abang marahkan Balkish tak tentu pasal” sambung Balkish lagi. dia cuba menjelaskan dan mebela dirinya di hadapan Amin.
“Dengar dulu apa abang nak cakap” pujuk Amin.
“Abang nak marah Balkish lah tu kan? Abang cemburu pasal mat saleh tu ke? Balkish tak layan dia pun. Tapi bila orang bertanya, Balkish jawablah. Tak adalah sampai Balkish bertempuk-tampar dengan dia, abang”
“Balkish” panggil Amin lembut.
“Abang sebelum abang marah…” kata-kata Balkish terbantut di situ. Mana tidaknya, macamana nak bercakap kalau mulut yang dipakai untuk berkata-kata kini ‘dipakai’ oleh Amin. yup! Bibir Balkish akhirnya ditakluki oleh suami tercinta untuk kali pertama setelah mereka berakhwin.
Amin melepaskan bibir Balkish. gadis itu seperti tidak percaya, dia memandang Amin tidak berkelip. Amin pula tidak senyum, takut juga kalau perbuatannya itu dimarahi oleh empunya bibir. Geram sangat, orang nak bercakap tak bagi peluang langsung. Terpaksalah bagi Balkish diam dengan cara macam tu. huh sekarang ni, tak satu kata pun yang keluar dari mulut itu! baru dia tahu! Amin senyum nakal.
“Abang!!!!!” serentak dengan jeritan itu, bertalu-talu pukulan hinggap ke badan Amin. Balkish marah dan terkejut dengan perbuatan itu.
“Aw, Aw..sakit Balkish..sakit..Aduh”
Amin mengehntikan pukulan itu dengan memgang tangan Balkish. dia tidak berani menindih tubuh Balkish walaupun dia mampu. Balkish dipaksa melihat ke arahnya.
“Kalau benda tu bothered you so much, sampai Balkish rasa Balkish bersalah dekat abang. Abang maafkan Balkish” kata Amin ikhlas. Dia tidak sanggup marah lama-lama dekat isetri tersayang.
Lemah badan Balkish mendengar suara Amin mengucapkan kata-kata itu. kalau dia berdiri sekarang ini, pasti dia sudah jatuh terlesajalepuk ke lantai. Amin melepaskan pegangan pada tangan Balkish saat diarasakan Balkish sudah tidak akan menyarangnya lagi. mereka berdua tunduk memandang katil.
“Balkish, abang pun nak Balkish maafkan abang. Abang tahu salah abang lebih besar lagi tapi andainya ada ruang untuk Balkish maafkan abang, boleh tak Balkish cuba?”
Balkish mengangkat wajahnya. Dia tahu apa yang dimaksudnkan oleh Amin itu.
“Abang bersalah malam tu, Balkish. abang tak patut…” Amin berhenti. Dia menyaka air matanya dan mengumpul segala kekuatan yang ada padanya, “Tu adalah satu-satunya perkara yang abang malu nak mengaku yang abang pernah buat. Abang malu pada Balkish, pada anak-anak kita”
“Setiap kali abang fikir pasal tu, abang akan rasa diri abang tak layak untuk Balkish. abang menyasal sangat-sangat” terdengar sendu pada kata-kata Amin. setiap kali dia mengimbau kenangan terkutuk itu, dia past akan menangis kerana penyasalan yang amat berat.
“Abang dah bertaubat dengan Allah tapi taubat abang tak diterima selagi abang belum mendapat kemaafan dari orang yang teraniaya. Andainya Balkish mampu, Balkish cubalah. Abang akan tunggu sampai bila-bila. Abang tak paksa” Amin menangis teresak-esak. Kali ini dia melepaskan semuanya di hadapan Balkish. biarlah gadis mengatakan dia lelaki lemah kerana menangis tapi memang perkara yang satu itu bila diyngkit, sering membuahkan sayu dan berbungakan esak tangis.
“Balkish ingatlah, abang sayang Balkish… dan anak-anak kita. Percayalah kejadian tu merupakan kenangan paling pahit bukan sahaja dalam hidup Balkish tapi hidup abang juga. Tapi abang bersyukur dan tak pernah menyasal untuk abang membuat keputusan untuk memperisterikan Balkish dulu”
Balkish dilihat tunduk sahaja, barangkali dia juga sudah menangis. Amin bangun dan mahu meninggalkan Balkish sendirian. Isterinya itu masih memerlukan waktu untuk memaafkannya. Sebelum berlalu, Amin menundukkan dirinya dan mencium ubun-ubun Balkish dengan penuh rasa sayang dan kasih. Saat itulah esak tangis Balkish semakin kuat. Balkish sempat memegang tangan Amin sebelum lelaki itu berlalu. Wajah Balkish yang sudah basah dengan air mata itu memandang ke arahnya,
“Abang..” panggil Balkish. panggilan itu seolah-olah rintihan.
“Abang..”
Amin sudah tidak tahan lagi melihat wajah sedih isterinya. Dia memeluk Balkish tanpa berfikir panjang. Pelukannya itu dibalas erat oleh Balkish. Balkish menangis semahunya dalam pelukan suami. Amin mengusap rambut panjang isterinya yang mengurai, berusaha untuk memujuk ajagr tangisan itu berhenti.
Lama-lama, barulah pelukan itu terlerai. Balkish menyaka air mata yang masih tersisa di wajahnya. Dia mengangkat wajah melihat ke arah suaminya yang duduk bertentangannya. Amin mengelap sisa air mata pada pipi isterinya, namun sebaik sahaja mata mereka bertemu, Amin melarikan pandangannya. Terasa berat memandang ke anak mata Balkish sekarang ini.
“Pahit untuk Balkish..tapi, Balkish..say….sayang..kan..ab..abang” kata Balkish diselang-seli dengan sedunya.
“Walau…pun…su..sah…tapi…Ba..kish..akan..cu..ba”
“Su…sah…tapi..bu..kan..mus..ss..tahil” sambung Balkish.
Amin senyum, dia menyaka sisa air mata pada wajah isterinya. “Terima kasih Balkish” Amin kembali memeluk tubuh isterinya yang sudah lemah itu. kerana terlalu gembira, mahu sahaja Amin mencium lagi bibir munggil milik Balkish tapi dia takut isterinya marah seperti tadi. Amin hanya melirik ke arah wajah itu. wajah Balkish pula masih lagi sedih.
“Abang…te…teman Balkish mal..am ni?” Tanya Balkish dalam sendu yang masih bersisa.
Amin mengangguk. Air matanya dibiarkan sahaja menitis. Dia mengambil kerusi rotan dan meletakkannya di samping katil. Kemudian dia membantu Balkish membaringkan tubuhnya ke katil. Gebar digunakan untuk menyelimuti tubuh Balkish yang mungkin kedinginan. Amin duduk di kerusi dan menyarungkan baju panas ke tubuhnya. Balkish berbaring dengan mengahadap Amin yang di yang duduk di kerusi. tangisannya sudah reda. Dia senyum apabila melihat Amin senyum kepadanya.
“Tidurlah”
“Abang pun”
Balkish menutupkan matanya, untuk tidur. Amin hanya memerhatikan wajah ayu milik isterinya itu. keputusan Balkish untuk cuba meaafkannya sudah cukup baginya. Dia sedia menunggu lebih lama lagi bagi mendapatkan kemaafan dari isteri yang tersayang. Perlahan-lahan Balkish membukakan matanya.
“Kenapa tak tidur lagi?” soal Amin.
“Macamana nak tidur kalau abang asyik tengok Balkish macam tu?”
Balkish menggeserkan tubhnya untuk member sedikit ruang di katil itu buat Amin. dia kemudiannya menepuk bantal buat alas kepala suaminya.
“Tidurlah sini” ajak Balkish.
Perlahan-lahan Amin bangun dan membuka baju panasnya. Dia merebahkan diri di samping tubuh Balkish. tubuhnya dimirngkan ke arah gadis itu. walaupun jarak agak jauh tapi mereka cukup dekat buat Amin kerana Balkish memberikan ruang untuk sekatil dengannya.
Balkish cuba melepakna matanya tapi dia tidak terlena. Dia membuka matanya dan melihat Amin juga masih belum tdur dan asyik memerhatikannya.
“Tak boleh tidur?” soal Amin lembut. Balkish mengangguk perlahan. Dia sudah penat kerana berjalan seharian hari ini, tambahan pula dia pergi mencari Amin dan menangis semahu-mahunya tadi. patutnya dia sudah kepenatan dan tertidur, ini lain pula kejadiannya.
“Nak abang tolong?” soal Amin lembut.
“Selalunya kalau Iman atau Sufi tak boleh tidur abang buat macam ni” Amin mendekatkan dirinya kepada Balkish. lengan sasanya dimasukkan ke bawah leher Balkish sehinggalah Balkish berada dekat sekali dengannya, wajah Balkish berada dibawah wajahnya. Amin menyuruh Balkish memusingkan badannya sehingga gadis itu membelakanginya. Dengan itu, Amin mendekatkan lagi jaraknya sehinggakan dia dapat menghidu bau shampoo yang digunakan oleh isterinya. Leher jinjang Balkish terserlah saat Amin menyalak rambut itu dengan tangannya. Lengan yang satu lagi memaut lengan Balkish lembut.
Saat berada dalam rangkulan Amin, peliknya, Balkish berasa sangat selesa dan tenang.
“Macamana?” soal Amin.
“Selalu ke Iman dengan Sufi tertidur kalau abang buat macam ni?” soal Balkish lemah.
“Em” jawab Amin.
Tanpa sengaja, Amin menyentuh kulit Balkish pada leher jinjangnya. Balkish megetap bibir dan menutup mata menahan rasa. Amin menyalak rambut Balkish sekali lagi, menyarlahkan kulit gebu pada leher jinjang isterinya. Dia sekadar melihat, takut Balkish tidak suka dengan apa yang bakal dilakukannya, jadi ditahan sahaja keinginannya. Mengiku naluri lelakinya, tangannya bergerak ke arah leher Balkish.
“Dah tidur?” soal Amin.
“Belum”
“Abang rasa elok malam ni abang tidur di sofa saja” beritahu Amin.
Balkish membalikkan dirinya meghadap Amin. Amin terpaksa mengundurkan kepalanya ke belakang untuk mengelakkan kepalanya dan kebala Balkish berlaga. Lengannya pula masih di bawah leher Balkish jadi dia tidak dapat mengelak jauh.
Tanpa berkata apa-apa, Balkish melihat ke arah wajah Amin. dia menggenggam baju suaminya dan menarik lembut ke arahnya. Dengan lemah dia menghadiahkan satu kucupan ke bibir Amin. sebentar sahaja kucupan itu berlangsung dan Balkish melepaskan kucupannya. selepas bibir mereka berenggang, Amin melihat ke arah isterinya.
“Balkish penat sangat hari ini. bila dekat abang macam ni, Balkish boleh terlena” beritahu Balkish tapa di Tanya. Dia merapatkan kealanya ke dada Amin. walaupun gak terkejut dengan perbuatan Balkish tapi Amin tidak mahu menganggu isterinya yang sudahpun mengantuk itu. dia membaringkan tubuhnya ke arah Balkish di sisinya.
‘Esok kita cakap pasal hal ni’sepatutnya itu yang ingin dikatakan oleh Balkish tapi kerana mengantuk sekali yang keluar dari mulutnya, “@*^(*^!)(&#^(@&%#@)@)!&W#&*^”
Satu apa pun yang dikatakan oleh Balkish itu tidak difahami oleh Amin. dia senyum. Mungkinkah ini permulaan mereka ke arah rumah tangga yang lebih sempurna? Ikir Amin. dia juga cuba untuk tidur dan kantuknya datang tanpa menunggu lama. Amin memejamkan matanya, menemani tidur si isteri



The end

19 comments:

  1. Dh tamat ke?? Huwaaa. Nak smbungannya kak. Special edition pun okeyy. Btw citer nih mmg best lahh. Sukaa gilaa dgn amin and balkish.

    ReplyDelete
  2. Laaahhh dah habis ke akak writer??? Huhuhuuuu...nak lagi !!! Pleasee?! Huwaaaaa..nak lagiiii..i beg you..please kak!!

    ReplyDelete
  3. Sambung..plesss..dah berbulan tunggu cite nie^^

    Kipidap writer :)

    ReplyDelete
  4. Kipidap writer..sambung lagik pless..dah lama tuggu cite nie ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah habis... i let u guys imahine sendiri their happy ending hehe

      Delete
  5. Kipidap writer..sambung lagik pless..dah lama tuggu cite nie ^^

    ReplyDelete
  6. dah habis... ill let u guys imagine sendri their happy ending

    ReplyDelete
  7. special edition takde ke akak? ^^ pleaseeeee

    ReplyDelete
  8. Taknak imagine. Nk akak tulis jugak ending dia. Tapi happy ending. Hmm

    ReplyDelete
  9. Alaaa nak epilog. Pleaseee

    ReplyDelete
  10. ala....writer smbungl sikit lgi...pleazzzz

    ReplyDelete
  11. sambunggg plezzzzzzzzzzz :'(

    hari hari bukak blog nie

    ReplyDelete
  12. smbung lagi kakkkk

    ReplyDelete
  13. Sori, tak perasan dah ada update. Apapun, SNDKI best. Terima kasih sulis.

    ReplyDelete
  14. Akaaaakkk sambung lah lagiii!!! Buat lah special editions punyeee pleeaassseee?!!huhuuu

    ReplyDelete
  15. Salam rakan penulisku,Teruskan usaha menghasilkan karya..semoga terus maju...jangan lupa juga lawat blog sya ya kat https://ceritaberemosi.blogspot.my/

    ReplyDelete