Thursday, April 21, 2016

sndki bab 71

Bab 71
“Masuklah” ajak Amin saat melihat kedua orang sahabatnya jalan beriringan datang ke arahnya. Dia berjabat tangan dengan Farid dan menghadiahkan satu senyuman kepada Rina. Mereka bertiga masuk ke dalam rumah dawa sahabat-sahabatnya ke ruang tamu.
“Dah sampai ke?” soal Datin Hasmah menegur tetamu-tetamu mereka. Rina terus bersalaman dengan mama Amin.
“Lambat sedikit Datin, sebab jam kat tol tadi” beritahu Farid.
“Eh, tak payahlah berdatin-datin, panggila untie saja cukup” Datin Hasmah lebih selesa dipanggl dengan panggilan biasa kalau berurusan dengan keluarga atau sahabat.
Farid dan Rina mengangguk faham.
“Abang, dah sampai dah ni kawan Amin” beritahu Datin Hasmah kepada Dato' Sahar saat melihat suaminya yang sedang berjalan ke arah mereka. Dato' Sahar senyum dan berjabat tangan dengan Farid.
“Maaflah, auntie, uncle susahkan family sebab datang  harn i ni. Kami sebenarnya saja nak datang melihat Sufi. katanya masuk hospital hari tu” beritahu Rina.
Belum sempat Datin Hasmah menjawab, Balkish sudah datang dengan menatang air minuman dan sedikit makanan untuk tetamu-tetamu mereka. dia meletakkan dulang tersebut di atas meja dan menjemput mereka untuk menjamah hidangan yang disediakan olehnya.
Ini ke Balkish, isteri Amin? cantik! Patutlah kawannya itu setia pada yang satu. Fikir Farid saat dia melihat pada raut wajah wanita yang membawa hidangan untuk mereka.
“Sajamputlah makan” pelawa Amin. Balkish pula mengangkat gelas untuk diletakkan di hadapan  Farid dan Rina. Dia kemudian duduk di samping Amin.
“Sufi dengan Iman mana wak?” soal Amin separa berbisik. Rina sekadar memerhatikan. Saat Datin Hasmah menyadarinya, dia segera melarikan pandangannya. Rina tidak tahu yang perbuatannya itu turut disedari oleh Farid.
“Tadi mandi, saya pergi tengok sekejap” Balkish meminta diri sebentar untuk pergi memanggil kedua orang anaknya itu. Iman dan Sufi sedang mengenakan pakaian tidur mreka. Balkish mebantu mereka dan setelah itu barulah dia mengajak Sufi dan Iman ke ruang tamu.
“auntie” jerit Sufi dan Iman saat melihat Rina di ruang tamu rumah mereka.  Rina senyum sambil mengajak kanak-kanak itu mendapatkannya.
“Auntie bila sampai?” soal Iman.
“Baru saja”
“Auntie, adik dengan abang dah mandi” beritahu Iman lagi walaupun tidak ditanya.
Melihat kemesraan antara Rina dengan kedua orang anak-anaknya, Balkish menjadi cemburu. Benarkah anaknya seakrab itu dengan Rina. Mungkin Rina banyak kali keluar bersama mereka. Balkish membayangkan Rina dan Amin keluar bersama-sama dengan Iman dan juga Sufi. pasti mereka berempat dikira satu keluarga. Terbayang-bayang layanan Amin yang diperlakukan kepadanya saat mereka berempat keluar ke Toy Rina Us dulu, mungkinkah begitu juga layanan Amin saat mereka berdua membawa Iman dan Sufi keluar?
“Auntie rasa Sufi masuk hospital, dah Okey dah?” soal Rina.
“Dah. Ni auntie” Sufi menunjukkan balutan kecil di kepalanya. Luka itu semakin hari semakin sembuh berkat izin Allah dan penjagaan yang bersih dari Balkish dan Amin.
“Sini, abang” panggil Balkish. dia memanggil Sufi dari pegangan Rina. Datin Hasmah sekadar memerhatikan persaingan antara menantunya dengan Rina.
“Alhamdulillah Sufi dah Okey kan. Cepat juga dia sembuh” sampuk Farid yang sejak dari tadi hanya berdiam diri.
“Haah, kalau tengok masa mula-mula dia accident dulu, memang tak sangka dia sembuh cepat macam ni” sambung Amin.
“Farid dengan Rina ni suami isteri ke?’ soal Dato' Sahar pula. Pertanyaan itu mebuatkan Rina dan Farid tergamam. Tapi lain pula respons Amin, lelaki itu ketawa bersungguh-sungguh apabila mendengar pertanyaan yang diutarakan oleh papanya itu. Balkish hanya melihat ke arah Amin, dia memberikan isyarat agar Amin tidak terlalu mengetawakan kawan mereka.
“Tak adalah, uncle. Saya dengan farid ni kawan biasa saja”  jelas Rina tentang salah faham itu.
“Kenapa uncle tanya macam tu?” soal Farid ingin tahu.
“Uncle tengok kamu berdua nimacam ada aura-aura suami isteri. Kalau kamu tak cakap tadi uncle dah ingat kamu ni kekasih atau dah bertunang ke” beritahu Dato' Sahar.
Farid dan Amin ketawa.
“Abang ni, pandai-pandai saja” sampuk Datin Hasmah. dia dan Balkish saling berpandangan.
“Makan sinilah hari ni. Balkish pun masak banyak hari ni, Amin dah pesan awal-awal cakap kawan-kawan dia nak datang” pelawa Datin Hasmah.
“Haah, makan sinilah Kau orang. Dah nak Maghrib juga ni” pelawa Amin pula.
“Saya ikut Rina saja auntie” Farid memberikan jawapannya. Rina mengangguk setuju.
Setelah selesai berganti-gantian dengan Farid solat di bilik tetamu, mereka semua duduk di ruang makan untuk menikmati juadah makan malam yang telah disediakan oleh keluarga Amin. Balkish seperti biasa menyandukkan nasi untuk suaminya, keluarga seta tetamu-tetamu mereka. Rina juga turut membantu menghidangkan lauk-pauk ke atas meja. Setelah itu semuanya sudah bersedia duduk di meja dan menjamu selera setelah membaca doa makan. Setelah makan Rina dan Farid terus meminta diri. Mereka berdua tidak mahu pulang agak lambat kerana esok mereka harus bekerja.
Setelah mengucapkan terima kasih kepada Balkish dan Datin Hasmah dan Dato' Sahar, Rina menunggu Farid selesai berbual dengan Amin.
“Aku tengok kau dengan Balkish dah Okey dah” kata Farid.
Amin mengangguk, “Okey lah sedikit dari dulu” beritahu Amin.
“Alhamdulillah” ucap Farid.
“Kau bila pula?” soal Amin pula berkenaan status’ its complicated’ yang belum bertukar ke ‘in a relationship’ atau ‘married’
“Kau doakan aku juga” jelas Farid. dia sempat kerling ke arah Rina.
Amin terkejut pada awalnya apabila menerima isyarat mata Farid yang mengunjuk ke arah Rina tapi dia kemudiannya menepuk bahu Farid, “Tak lama dah tu” ucap Amin
Farid dan Rina masuk ke kereta dan melambaikan tangan kepada Sufi dan Iman sebelum kereta itu menghilang dalam kegelapan malam.
Baru sahaja Amin mahu melangkah masuk ke dalam rumah, Balkish memanggilnya. Datin Hasmah mendengar panggilan Balkish itu, dia sedar Balkish mungkin mahu bercakap dengan Amin jadi dia mengajak Iman dan Sufi mengikutnya.
“Kenapa dekat luar lagi tu?” soal Dato' Sahar apabila menyadari Balkish dan Amin masih berada di luar rumah, di porch rumah yang menempatkan tiga buah kereta.
“Biar saja, abang. Jomlah kita masuk abang” ajak Datin Hasmah lalu menarik lengan Dato' Sahar mengikutnya juga.
Amin memandang Balkish, dia tertanya-tanya tentangperliaku aneh Balkish sejak dari petang tadi. Amin mahu menunggu Balkish memulakan bicaranya.
“Rina dengan abang pernah ada apa-apa?” soal Balkish. dia memangdang wajah Amin yang sedang berdiri di depannya. Dalam diam, dia mencuba mencari keikhlasan yang bakal keluar dari mulut Amin.
“Abang dengan Rina kawan saja” jelas Amin.
“Balkish tak tahulah abang perasan ke tak tapi Rina tu sukakan abang” beritahu Balkish kepada Amin. Amin senyum. Tiada riak terkejut di wajah lelaki itu, sebaliknya Amin mendekatkan jaraknya kepada Balkish.
“ISteri abang ni cemburu ey?” soal Amin mahu bermanja-manja dengan Balkish yang memang disayanginya sejak dulu.
Balkish diam. “Agaknya betullah Rina sukakan abang, Balkish bukan orang pertama yan gcakap macam tu dekat abang hari ni” beritahu Amin.
Balkish merenung tajam dengan gurauan Amin itu. masa ni juga suaminya itu ada mood nak buat lawak.
“Kalaulah abang sedar dari awal..” keluh Amin.
“Kalau abang sedar dari awal kenapa?” soal Balkish marah. Ahu sekali dia dengar penghabisan kata-kata Amin sebelumnya. Gatal nak menikah lagi ya! Menggelegak otak Balkish mendengarnya.
“Abang kahwin lagi satu lah” sambung Amin. dia senyum gatal sambil kedua-dua keningnya dinaikkan.
“Tak terlambat kalau abang nak kejar kawan abang tu sekarang” balas Balkish dia e]melangkah meninggalkan Amin tapi langkahnya dihentikan oleh Amin. lengannya dipegang oleh Amin dari belakang.
“Abang gurau sajalah saying, isteri yang satu ni pun masih belum memaafkan abang, takkan abang  nak tambah lagi sebab untuk Balkish bencikan abang”
“O, jadi kalau Balkish maafkan abang, abang nak kahwin lah dengan Rina?” marah Balkish.
“Awak ni, Rina tu kawan abanglah. Tu Farid tu, dia sukakan Rina. Abang pun baru tahu tadi” beritahu Amin.
Balkish memuncungkan mulutnya, kakinya menguis-nguis pasir-pasir halus di lantai. Kata Amin menangkan jiwanya. Amin ni memang tahu memujuk, kalau sedikit-sedikit marah, tu lepas dengar poujuk rayunya pasti tak jadi marah. Kadng-kadang tu kelakar juga, tapi selalunya lawak Amin tak kena masa. Sering buat orang jadi geram dan marah. Tapi kali ini, kata Amin meyakinkan aku bahawa dia menganggap Rina seperti seorang kwan sangat mendamaikan hati.
Tanpa Balkish sedari, Amin cuba untuk mendekatkan dirinya lagi kepada Balkish. isterinya itu sejak dari tadi menyambunyikan wajah dengan menundukkan kepala.
Kepala Balkish ditundukkan memandang ke lantai, dia tidak berani bertentangan wajah dengan Amin atau mempamerkan wajahnya utnuk tatapan suami kerana dia yakin, saat itu wajahnya sedang mengukirkan senyumna bahagia apabila mendengar kata-kata Amin. Balkish terkejut apabila melihat kaki Amin begitu hampir dengannya, dia segra mangangkat wajahnya untuk menjarakkan diri daripada suaminya. Amin pula tdak menyangka yang Balkish  akan engangkat wajahnya dengan tergesa-gesa, akhirnya dia tidak sempat menyalamatkan dagunya dari menjadi mangsahantukan kepala gadis itu. Amin menjerit kecil menahan rasa sakit. Dia menggosokkan dagunya yang sudah merah.
“Arghhhh”
“Sorry, abang. Balkish tak sengaja” melihat keadaan Amin sebegitu, Balkish sudah tahu yang suaminya itu betul-betul dalam kesakitan. Kuat juga bunyi apabila kepalanya berlaga dengan dagu Amin. kasihan pula elihat Amin, tak sangka pula boleh kena sampai macam tu sekali.
“Sakitlah Balkish”
“Abang yang gerak dekat sangat tu kenapa?”
“Betullah Balkish ni keras kepala. Ni buktinya” Amin menunjukkan dagunya yang kemerahan dengan jari telunjuk. Dia kemudiannya menggosok lagi bagaian agu yang masih terasa sakit. Balkish tergelak kecil memeikirkan nasib malang suaminya itu.
“Alalalala, kesyyyian abang ni ya” usik Balkish dengan manja.
“Shakit tau Balkish buat abang macam tu” rengek Amin.
“Shiannya, kita sapu ubat ya” pujuk Balkish. dia juga turut menggunakan bahasa-bahasa manja.
Amin mengangguk laju macam Iman dan Sufi. Balkish ketawa lucu dan Amin juga turut ketawa. Saat itu, saat Balkish leka, segera Amin mencium pipi isterinya. Ternganga Balkish dibuatnya. M apa lagi, segera melarikan diri masuk ke dalam rumah, namum dia berhenti di depan pintu untuk mengejek Balkish.

“Anggap saja kita seri. Dah, mari masuk” panggil Amin. dia menunggu Balkish berjalan ke arahnya dan menutup pintu utama rumah itu. Balkish hanya berdiam diri, pasrah dengan harga yang perlu dibayar kerana mencederakan Amin tanpa disengaja.

No comments:

Post a Comment