Saturday, April 23, 2011

Suamiku, aku salah menilai cintamu

Pertama kali aku bertemu dengan dia saat aku mengikuti Kesatria pada tahun pertama aku di Uitm Shah Alam. Masa tu, dia berjalan betul-betul depanku. Dan pada masa itu jugalah hatiku sudah terpaut dengan ketampanan wajahnya. Aku memandangnya dengan penuh rasa ‘adore’ terpukau dengan wajah serta tubuhnya yang tegap tinggi. Tidak berkelip mataku. Aduh, handsomenya mamat ni.

Dan dengan bantuan beberapa rangkaian kawanku aku berjaya mengenali lelaki ini yang kukenali dengan panggilan Azam. Pada masa ni kan aku tengah berdarah muda, dan tambah pula dengan rasa self confident yang cukup tinggi aku mengajak Azam untuk keluar bersama-sama. Kami akhirnya berjumpa apabila waktu itu Azam kebetulannya mahu ke perpustakaan dan untuk ke destinasinya dia melewati Kolej tempat penempatanku. Kami berdua keluar ke Dataran Cendekia bersama-sama. Dan di situ, kami berbual-bual. Happy tu punyalah happy sebab memang dah jadi harapan aku untuk date dengan Azam. Saat bersama-sama itu, aku rasa semua mata sedang memandang kami mungkin kerana jealous kepadaku yang dapat date dengan seorang student dari Fakulti Perubatan yang handsome macam Azam. Aku bangga dan dalam masa yang sama juga berasa terancam.

Aku berbual-bual dengan Azam. Rasa malu mula timbul kerana bicaranya sangat tutur dan lembut dibandingkan dengan suaraku. Tapi walaupun aku bicaranya agak keas tapi hatiku baik. Puji diri sendiri pula, peduli apa, kalau aku yang tak puji diri aku sendiri, siapa lagikan?

Lama berbual, Azam cakap dia nak ke library, aku pun terpaksalah pulang. Memang rasa macam nak sembang lama-lama lagi dengan dia tapi nak buat macamana. Dia pun mula-mulanya, nak biarkan je aku balik sorang-sorang ke kolejku tapi agaknya dia tak sedap hatikan so dia temankan aku balik sampai ke kolej. Masa on the way balik tukan, aku jalan dekat sebelah jalan raya ni pastu aku notice dia tiba-tiba tukar kedudukan kitaorang dengan dia yang berjalan sebelah jalan raya ni. Walaupun tanpa kata-kata manis atau tanpa dia bagitahu aku, dia dah membuktikan kepadaku yang aku memilih orang yang betul dalam hati aku mengatakan ‘He’s the One’. Perasaan aku masa tu happy gila. Malamnya, aku lari-lari bilik member aku dan ceritakan semuanya. Dan mulai masa tu aku dah memasang angan-angan yang aku akan tackle mamat ni sampai dapat. Walaupun masa tu aku belum pasti apa chance yang aku ada, atau adakah dia juga memiliki perasaan yang sama seperti aku. Tapi aku bet, dia cuma anggap aku kawan dia je sebab dia memang jarang balas sms aku, tidak pernah pun call aku and kenyataan yang terang lagi bersuluh yang aku dengan dia tidak ada apa-apa pun yang special.

Masa berlalu sehinggalah aku duk masyuk sorang-sorang, demam rindu sendirian and berharap pada yang tak sudi dan itu membuatkan aku decide untuk berterus terang je sebab aku fikir baik aku tahu apa perasaan dia dari aku duk terus pasang angan-angan yang memang takkan kesampaian. Akhirnya aku pun berterus teranglah dan ternyata sangkaanku sebelum ni memang betul. Aku ingat sampai skearang, jawapannya, “Saya sayangkan persahabatan kita” and dia berterus terang yang dia menyukai orang lain. Pada masa tu aku masih waras dan walaupun cintaku ditolak tapi aku tak sedih pun sebab cara dia menyampaikan keputusannya itu menampakkan kematangannya, dia tidak merendah-rendahkan aku atau menolak cintaku mentah-mentah, ini membuatkan aku berfikir yang ‘He’s the right Person’ and ‘No wonderlah aku jatuh cinta dengan dia’ tapi sampai situlah hubungan aku ngan dia. Tapi selepas malam itu, aku menangis macam orang separuh gila sebab kehilangan dia. Sampailah beberapa bulan lepas tu, aku masih menganggu dia, tapi dia tidak pernah mengendahkan salam rindu dariku itu. mungkin kerana tidak mahu memberikan aku harapan. Walaupun dia memutuskan hubungan dengaku tapi aku tidak, selama 5 tahun aku mengupdatekan tentang dia termasuklah dengan semua cara tapi mostly dengan cara ‘facebooking’ tapi aku tak pernah kacau hidupnya macam dulu dan pada masa dulu tu aku dah macam stalker.

Saat aku merasa dah ready nak kahwin, aku pun mula la merapatkan diri dengan Azam lagi, and dia pun dah boleh terima diri aku ni sebab, walaupun aku masih mencintai dirinya tapi aku tak adalah gelojoh masa aku tengah berdarah muda dulu. Dan dalam masa yang sama aku pun rapat juga denga beberapa orang keluarga Azam yang aku kenal dengan Facebook antaranya anak saudara lelakinya dan sepupunya. Masa tu aku ingat, saja-sajalah nak kenal dengan family dia senang lah nanti lepas kahwin.

Tak lama lepas tu, aku dapat undangan kahwin kat facebook dari Azam. Rupanya dia dah nak kahwin dengan pilihan hatinya and aku kenal sangat dengan bakal isterinya itu. Kawan aku masa kat Uitm dulu. Dah memang jodoh mereka kan? Lagi sekali aku frust menonggeng. Masa perkahwinan Azam, aku pergi dan tengok dia di pelamin membuatkan aku rasa macam nak pergi tarik tangan dia and dari dari majlis ini.

Untuk pendekkan cerita, aku rapat dengan anak saudara lelaki Azam dalam beberapa bulan lepas Azam kahwin sampai anak saudara Azam yang aku panggil Fahri ni melamar aku untuk jadi isteri dia. You see, sebenarnya aku ni bukannya buruk sangat and kalau aku nak aku boleh dapatkan siapapun yang aku nak tapi aku tak tahu kenapa susah sangat nak dapatkan cinta Azam, yang merupakan cinta pertamaku.

Yang peliknya, masa aku dilamar oleh Fahri aku bersetuju. Dan aku pun hairan dengan keputusan aku. Bila aku selami perasaan aku dalam-dalam aku yakin yang persetujuanku itu bukan berlandaskan cinta tapi obsesif. Obsesif aku untuk mendapatkan dan meraih cinta Azam. Dengan cara ini aku yakin, aku akan dekat dengan Azam. Tapi aku tak pernah pun terfikir untuk merosakkan rumah tangga Azam dan isteri tapi instinct aku merasakan yang cukuplah aku dengan Azam diikat dengan perasaan sayang sebagai seorang keluarga walaupun aku hanya sekadar anak saudara iparnya.

Berdosa tak aku selama aku menikah dengan Fahri, cintaku hanya pada Azam. Begitulah secara singkat bagaimana aku berkenalan dengan suamiku, Fahri. Aku yang bernama Anis.

Pintu bilik pengantin diketuk beberapa kali sebelum tombolnya dipulas dari luar. Hatiku berdebar-debar apabila kudengar ketukan di pintu. Dan persaanku bertambah cemas apabila tombol pintu di pulas beberapa kali kerana kukunci dari dalam. Aku bertambah gelisah, alalu aku berdiri dan berjalan ulang alik di hadapan tempat tidur pengantin. Kupasti sekali pasti Fahri yang berada di luar. Aku membetulkan pakaianku yang lebih kepada pakaian biasa-biasa kalau nak dibandingkan dengan pakaian yang ‘luar biasa’ untuk seorang pengantin baru. Aku membetulkan tshirt labuh dan seliar tidur yang kukenakan setelah mandi petang tadi. setelah aitu aku menapak dan membuka pintu untuk Fahri.

“Assalamualaikum” bicara Fahri itu kedengaran sangat romantik ke telingaku. Is it just me atau Fahri memang sengaja nak bermanja-manja pada malam pertama kami.

Salam Fahri itu kubalas kemudian aku menutup pintu bilik kami. Sejak semua tetamu majlis perkahwinan kami tadi pulang, aku mencabut tudung di kepala. Rasa penat dan berpeluh membuatkan aku bercadang mandi. Setelah itu baru aku kenakana pakaianku yang sekarang ini.

Fahri duduk di birai katil. Keningnya diangkat berkali-kali.

“Duk sini sayang”

Dalam hati aku dah dapat agak apa yang Fahri nak, Eh hello aku bukan budak kecik 7 tahun, im 26 and I know the meaning of that look in Fahri’s eyes. Macamana aku nak mengelak ni? Or just go for it sebab kami kan dah suami isteri. Aku decide go with the flow je. Tengoklah macamana nanti.

Nak dipendekkan cerita, mula-mula sentuhan pertama Fahri di kulitku terasa macam rangsangan eletrik yang mebuatkan segala otot di tubuhku kaku. Pertama kali dia memegangku. Mula-mula Fahri kucup dahiku, kemudian pipiku dan akhir sekali bibirku. Perlahan-lahan dia merebakan diriku ke katil. Aku membiarkan sahaja tapi jujur aku katakan, tak ada satu perasaanpun buat Fahri masa tu. Sayang, benci, marah atau ghairah, semuanya memang tidak ada. Aku ibarat robot, kalau aku biarkan sahaja Fahri memperlakukan aku sebegitu sedangkan aku sendiri tidak dapat merasainya. Ciuman Fahri yang hinggap di leher jinjangku, terhenti apabila secara spontan, ku larikan wajahku darinya. Dia berhenti dan menatap mataku.

“Kenapa?” soal Fahri. Mungkin dia dapat menduga perasaanku saat ini.

“Beri I masa” balasku.

Fahri tidak mengedahkan permintaanku dia mencium di pipiku dan dahiku tapi saat itulah, Fahri berkalih dari tubuhku dan berbaring di sampingku sahaja. Aku memandangnya.

“Abang pun penat sangat hari ni” balasnya sambil menatap mataku. Dia menarik gebar dan menyelimuti tubuhnya. Aku bangun dan duduk di birai katil lalu melihat kepada suamiku itu. aku tahu penat yang diberitahunya itu Cuma alasan dan aku tahu Fahri hampa tapi dalam kemahuannya sebagai seorang suami itu dia tetap menghormati permintaanku. Aku tahu dia terlalu baik kepadaku tetapi buat masa sekarang ini, aku tidak mempunyi apa-apa perasaan kepada suamiku ini melainkan rasa selamat saat bersama-sama dengannya. Aku tak tahu hubungan kami ini akan berlanjutan sampai bila tapi aku sangat berharap agar perasaanku terhadap suamiku ini akan berubah suatu hari nanti dan aku sangat impikan sebuah rumahtangga yang bahagia bersama-sama dengan Fahri tapi bukan sekarang. Berdosanya aku mencintai lelaki lain selain suamiku.

Aku menyelak gebar lalu berbaring di sisi suamiku lalu gebar itu ku tutupi tubuhku. Ku tatap wajah Fahri. Simpati menyelinap di benakku untuk lelaki itu. Dia hanyalah property yang kugunakan untun mencapai tujuanku iaitu Azam.

……………………………………

“Babe, dah 3 bulan kau kahwin tapi kenapa tak pergi honeymoon?” soal Julia, teman baikku yang sejak dari Uitm lagi.

“Honeymoon apanya, banyak kerja. Fahri pun sibuk dengan businessnya”

“Ala suami kau tu asyik sibuk je. Dia layan kau ok ke?” Tanya Julia.

Pertanyaan Julia itu membuatkanm perasaanku tidak enak, seolah-olah Julia menuding jari kepada Fahri berkenaan dengan nasib malangku yang belum lagi merasai honeymoon kami walaupun sudah 3 bulan kami berkahwin. Aku berterus terang.

“Babe, apa yang aku bagitahu ni rahsia kita berdua je tau”

Julia menunggu tidak sabar.

Actually aku dengan Fahri belum bersama”

What?!”

Aku terdiam. malas nak hurai panjang-panjang situasi kami. Aku tak ambil port sangat leteran si Julia tapi yang paling penting, dia cakap macam ni, “Sabar betul Fahri tu Anis. Kau pula yang ambil kesempatan kat dia. Kalau ni semua pasal Azam, kau ni dah dikira isteri derhaka kau tahu?”

On the way balik dari hospital aku terfikir kata-kata Julia tadi. Berdosa besar dah aku buat Fahri macam tu. Apa nak jadi dengan rumahtangga kami? Aku berharap suatu hari nanti terbuka pintu hati aku buat Fahri dan aku sangat berharap masa tu masih tak terlambat.

……………..

You look happy today” sapa Fahri sambil melihat pada isteri yang berada di sampingnya. Lalu dia kembali menumpukan perhatiannya pada pemanduannya,

Aku senyum sahaja. Mana tak happy, hari ini aku akan bertmu dengan Azam. Actually aku terlalu memperbesarkan cerita. Sebenarnya hari ini adalah hari keluarga buat keluarga suaminku dan tentulah Azam juga akan berada di sana. So bukan sahaja dia akan bersendirian dengan Azam nanti, semua sanak saudara terdekat akan hadir sama.

Sebaik sahaja kereta Honda Vios yang dipandu oleh Fahri itu sampai ke perkarangan hotel Gambang di Kuantan itu, aku turun dari kereta dan menunggu sahaja suamiku selesai mencari parkir. Dari jauh aku melihat Azam semakin menghampiri untuk ke kaunter pendaftaran, sambil mengenggam tangan isterinya. Masa tu tuhan saja tahu cemburunya aku pada isteri Azam itu. Aku membalikkan tubuh saat mereka sudah menghampiri. Aku tidak mahu bersemuka dengan mereka berdua saat ini, saat aku sendiri malu dengan perasaanku ini, saat aku sendiri cemburu dengan kerukunan rumah tangga mereka. Setelah mereka beredar baru aku membalikkan tubuhku kembali dan melihat Fahri yang sedang tersenyum kepadaku dari jauh. Dan dengan kejadian itu satu perasaan terdetik di benakku yang Fahri benar-benar seorang suami yang baik kepadaku. Dia tetap di sampingku saat aku nemerlukan dirinya. Pada saat itu jugalah perasaan sayangku mula tumbuh buat Fahri namun perasaan itu tidak terus mekar sebaliknya ia harus disemai dan dibajai dan ianya suatu proses yang membutuhkan waktu.

……………..

“Ada apa Fahri nak jumpa ayahsu?” soal Azam kepada Fahri saat dia bertemu anak saudaranya di restoran depan hospital itu. Awal-awal pagi tadi, Azam menerima panggilan telefon daripada Fahri yang mengatakan mahu berjumpa dengannya tengahari ini. Azam bersetuju. Dia tanpa menunggu pelawaan Fari langsung duduk berhadapan dengan Fahri. Azam memesan makanannya. Merka berdua akhrinya menjamu juadah yang dipesan tanpa banyak bicara namun Azam sempat sesekali berkerling kea rah Fahri dan melihat anak saudaranya itu agak sedikit gelisah.

Sorry Im late” beritahuku setelah aku tergopoh gapah menghampiri meja suamiku dan alangkah terkejutnya apabila melihat lelaki yang berhadapan dengan suamiku itu adalah Azam. Sempat lagi aku nak control ekspresi muka aku depan Fahri dan juga Azam. Aku dah mula rasa tak sedap hati dah, kenapa Fahri menjemput aku dan Azam makan bersamanya hari ini? atau ini Cuma sekadar kebetulan? Aku yang fikir lebih-lebih. Fahri menyuruhku memesan makanan atau minumanku tetapi aku hanya memesan air teh ais kerana seleraku hilang setelah melihat Azam dan Fahri di sini bersama-sama.

“Sebenarnya, abang nak Tanya Anis sesuatu”

“Ada apa bang?” soal ku namun masa tu perasaan cemasku Tuhan saja yang tahu. Aku dapat merasakan yang Fahri dah pun tahu tentang rahsia aku dan Azam.

Fahri mengeluarkan telefon bimbit lamaku dan ditempatkan di meja. Di dalam telefon bimbit lamaku itu mengandung banyak sms yang kuhantarkan kepada Azam dulu dan kebetulan pula nombor telefon yang dipakai Azam tidak pernah berubah saat semasa dia belajar di Uitm dulu dengan sekarang, jadi untuk aku bagi alasan yang Azam yang dalam mesej telefonku itu dengan Azam abang iparku ini adalah dua orang yang berlainan adalah tidak mungkin.

Aku jadi speechless. Azam apa lagi, dia mungkin tidak dapat clue langsung pasal handphone lamaku itu.

“Tu cerita lama abang” balasku ringkas sekaligus mengakui apa yang difikirkan oleh Fahri saat itu.

“Korang berdua saling menyintai?” soal Fahri kepada Azam. Hilang sudah panggilan ayahsu buat Azam itu.

Azam segera menggeleng menafikan.

“Anis yang sukakan Azam. Cinta Anis tidak berbalas” beritahuku.

“So sebab tu Anis kahwin dengan abang”

“Abang, kita bincang elok-elok dekat rumah, malu dekat Azam dan orang-orang kat sini”

“Tahu pula malu. Selama ni, awak memang tak pernah cintakan saya”

Fahri akhirnya menolak kerusi dan berdiri. Dia langsung keluar dari restoran itu, Aku mengejar langkah suamiku yang semakin laju sementara Azam membayar harga makanan kami. Tidak lama kemudia dia juga mengejar langkah kami.

Fahri menyeberang jalan raya apabila tidak ada kereta dan pada waktu aku, yang terlintas di fikiranku hanyalah menegjar suamiku dan aku lupa untuk melihat ke kanan dan ke kiri sebelum melintas. Tiba-tiba kedengaran satu hon panjang membuatkan aku terpana dan kaget di tengah-tengah jalan raya. Aku sempat lagi berpaling ke rah Azam yang semakin mendekat dan berharap dia akan menarik tanganku dari jalan raya ini kerana aku terlalu terkejut sehingga aku tidak dapat menggerakkan kaki dan tangan sendiri. Aku bertambah terkejut apabila Azam Cuma berhenti di samping jalan dan hanya memerhatikan aku. Mungkin dia tidak sanggup mengorbankan dirinya kepadaku. Lelaki yang kucintai dengan sepebuh hati itu tidak membalas cintaku, malah dia sudah bergelar suami orang. Apa lagi yang kuharapkan darinya? Baru kini aku mahu berpaling kea rah suaminya dan menjerit memanggilkan namanya tetapi saat itulah satu bunyi yang sangat kuat menerpa ke telingaku. Aku sangat terkejut sehingga menutupkan mataku, badanku tercampak beberapa meter dari jalan raya. Aku cuba membuka mataku dan kerana badanku jatuh terhempap lantai, bahuku terasa sakit sekali tetapi selain itu, badanku tidak berasa sakit. Aku sempat meraba ke semua badan untuk memastikannya. Ku lihat ke hadapanku, tubuh Fahri terbaring lesu di tanah beberapar dari meter dari kereta yang melanggarnya. Aku mengucap panjang dan beistighfar. Aku segera menerpa ke arahnmya yang terbaring kaku. Rupa-rupanya, suamiku itu menolak tubuhku dari dilanggar tetapi dia tidak sempat menyelamatkan dirinya sehingga dia yang menjadi korban.

“Abang!!!!!!!” jeritku dengan sekuat hati. Air mata sudah meleleh keluar pada masa ini. sedih dan menyesal sekali kerana selama ini aku tidak memperlakukan suamiku dengan baik. Darah merah mula keluar dari kepala Fahri membuatkan aku bertambah panik. Walaupun aku seringkali melihat darah memandangkan pekerjaan sebagai seorang doktor, dan aku sudah terlatih untuk tidak panik. Berbeza dengan situasi aku sekarang, aku sangat cemas sehingga tidak dapat berfikir dengan betul. Azam memberikan hankerchiefnya dan aku menggunakan kain itu untuk menutup luka di kepala Fahri. Kemudia Azam mendail nombor telefon hospital tempat dia bekerja yang terletak sangat dekat dengan tempat kejadian. Tidak lama kemudian Fahri dibawa ke hospital.

Alhamdulillah selepas pembedahan Fahri dimasukkan ke ICU dan akan dirawat di sana. Aku sangat bersyukur kerana aku diberikan peluang untuk meminta keampunan daripada Fahri. Aku duduk di samping tubuh suamiku itu dan menangis semahunya. Belum sempat aku meraih cinta Azam, suamiku telah Berjaya mendapatkan cintaku. Dia menyintaiku dengan sepenuh hati, mengapa aku sanggup menyintai lelaki lain sedangkan dia suami yang baik? Aku rasa sangat berdosa dan hina dengan diriku. Mujurlah Tuhan memberikan peluang kedua ini.

Setelah beberapa hari koma, akhirnya Fahri bangun dari tidurnya, saat pertama dia membuka matanya, dia melihatku di sampingnya dan aku berusaha menyapa tetapi tidak dendahkan olehnya, mungkinkah dia masih ingat peristiwa sebelum kemalangan itu? selama Fahri sakit, aku bergilir dengan mertuaku menjaga Fahri. Walaupun tidak diendahkan Fahri selama tempoh penyembuhannya di hospital itu, aku tetap menggagahkan diriku kerana sekarang ini aku yang harus berusaha meraih kembali cinta suamiku itu dan ternyata itu adalah satu perkara yang susah memandangkan Fahri sudah mengetahui segala rahsiaku. Akhirnya, setelah dua bulan di hospital Fahri dibenarkan pulang. Ibu pula mahu menemaniku di rumah kerana dia mengasihaniku kerana selain menjaga Fahri aku juga harus bekerja.

Fahri beransur-ansur sembuh, Cuma dia hanya perlu banyak latihan terutama latihan fisiologi untuk dia berjalan kembali. Sekarang ini dia sudah tahu menggunakan tongkat. Aku pula membahagikan masaku dengan baik, apabila waktu tengahari aku akan pulang ke rumah menjenguk Fahri dan ibu dan apabila petang, aku akan pulang. Nasib baik kawan-kawan sejawat memahami situasiku jadi mereka sepakat untuk menggantikan jadual oncall ku supaya aku akan sentiasa berada di rumah setelah petang.

“Ibu, mana abang?” soalku apabila aku gagal mencari kelibat suamiku di segenap ruang di tingkat bawah. Ibu juga turut panic dan membantuku mencari. Aku kemudian ke tingkat atas dan mencari di kamar tidur kami. Aku menemukan suamiku yang sedang berada di balkoni. Aku menghampiri.

“Aku tak boleh terima kau” beritahu Fahri kepadaku membuatkan aku sangat terkejut.

“Abang, apa abang merepek ni”

“Aku tak merepek. Aku dah bagi kau masa 6 bulan lepas kita kahwin dan kau masih tidak dapat menyintaiku. Kalau kau hanya rasa terhutang budi sebab aku menyelamatkan kau dari kemalangan itu, aku tak rela kita harus bersama” beritahu Fahri.

“Abang, Anis cintakan abang”

Fahri tidak mengendahkan kata-kataku dan dia berlalu pergi. Terhencot dia berjalan dengan tongkatnya itu. “Keluar, aku nak bersendirian” balas Fahri seraya menarik daun pintu sehingga pintu itu terbungkam luas.

……………

Jam di dinding di ruang tamu itu menunjukkan pukul 10 malam dan sejak dari petang tadi Fahri belum turun. Dan setiap kali aku naik ke kamar untuk menjemputnya makan, dia menolak dingin. Akhirnya ibu yang terpaksa naik tetapi walaupun diajak oleh ibu, Fahri tetap tidak mahu turun.

Aku naik ke kamar kami. Daun pintu kutolak perlahan-lahan bimbang sekiranya membangunkan suamiku seandainya di sudah tidur. Akhirnya aku berjaya masuk. Setelah selesai persiapan sebelum tidur aku membaringkan tubuh di samping Fahri. Wajah suamiku itu kutenung lama-lama. Ku sentuh pipinya lembut dan kumain-mainkah rambutnya. Dia mengelus lembut tapi dia masih tidak membuka matanya. Aku senyum. Comel sekali suamiku ini. Lama-kelamaan aku terlelap jua.

Pukul 3 pagi aku tersedar apabila melihat tempat tidur di sampingku kosong.

“Abang?” panggilku dan aku melihat lampu bilik air menyala, aku ke bilik air yang terletak di pojok bilik tidur kami itu. Kulihat Fahri sedang berusaha untuk masuk ke bilik air dan hampir-hampir terjatuh. Mujurlah saat itu aku sempat menangkap tubuhnya.

“Nak ke bilik air kenapa tak bagitahu” marahku kerana dia membahayakan dirinya. Fahri hanya diam. Selama ini Fahri hanya menggunakan kateter dan baru beberapa hari ini, semenjak dia sudah boleh berjalan, barulah kateter itu dicabut.

“Boleh tak ni?” soalku lagi apabila Fahri menolak pertolonganku mungkin kerana maruahnya dan juga malu.

Dia keliahatan tidak stabil dan mahu terjatuh lagi. Kali ini aku terus memegang tubuh suamiku itu, kerana bimbang keselamatannya. Aku berhadapan dengan Fahri dan kedua tanganku memeluk pinggannya kemas. Pertama kali tubuh kami rapat sebegitu, dan pertama kali juga hatiku berdegup kencang buat Fahri. Pipiku dah merona merah, yelah malu kot! Walaupun dia suamiku tapi kami belum pernah seakrab itu, belum pernah semesra itu. Masa malam pertama dulu tulah yang pertama dan terakhir, itupun dah lama. Dah nak dekat 8 bulan.

Secara tak sengaja, aku dan Fahri bertentang mata. Malunya, pasti dia lihat pipiku yang kemerahan. Fahri menolak tanganku jauh-jauh dari tubuhnya tetapi aku tetap berkeras.

“Panggil ibu!” lembut suaranya walaupun aku cukup yakin yang dia marah.

“Ish abang ni, takkan benda ni pun nak bangunkan ibu. Saya boleh tolong. Kasihan ibu. Bagilah ibu rehat” bentakku.

Kerana terpaksa, dia menurut kehendakku. Sebab memang ada benarnya pun. Ibu menjaganya sejak dari pagi sampai petang, sampai aku pulang kerja. Sekarang jam 3 pagi pun nak bangunkan ibu. Dahlah ibu tu dah tua. Lagipun benda ni kan kecik je. Aku boleh handle la.

Aku memapah tubuh Fahri ke depan mangkuk tandas. Fahri menyuruhku memejamkan mataku. Actually kalau dia tak suruh pun memang aku takkan tengok pun. Setelah selesai aku memapah tubuh Fahri kembali ke katil. Tubuhnya di dudukkan di birai katil.

“Abang nak makan? Petang tadi kan abang belum makan?” soalku lembut.

Tanpa terduga, dia mengangguk. Aku turun ke bawah dan mengahangatkan beberapa makanan untuk ku bawa buat santapan Fahri. Aku menemaninya sampai dia selesai makan.

Malam itu aku tidak boleh tidur dan begitu juga dengan Fahri. Entah apa yang mengganggunya tetapi padaku, saat itu, aku jadi tidak keruan membaringkan tubuhku di samping Fahri. Kalau dulu aku tidak merasakan apa-apa tetapi kini setelah aku pasti dengan perasaan cintaku buat suamiku itu, aku jadi tak keruan, seandainya Fahri sudah sembuh…??

Beberapa bulan berlalu dan aku kembali dengan rutin kerjaku dengan oncall dan sebagainya, kerana Fahri sudah beransur-ansur sembuh. Setelah pulang dari hospital agak lewat, aku terus ke bilik tidur. Seperti biasa, tubuh Fahri sudah lena dibuai mimpi. Tanpa berlama-lamaan dan kerana penat, sebentar saja mataku terkatup rapat. Aku tersedar apabila Fahri membalikkan tubuhnya menghadap tubuhku dan perlahan-lahan kurasakan pelukannya di pinggangku. Aku senyum.

“Baru balik?” soal Fahri lembut.

“Ehem” balasku.

“Dah makan?” soal Fahri lagi.

“Tak lapar, Cuma mengantuk je” balasku.

Fahri diam dengan jawapanku itu dan aku berencana untuk turut melelapkan diri. Tiba-tiba kurasakan kucupan Fahri di leherku. Aku membiarkan sahaja. Yang ada di fikiranku sekarang adalah tidur. Sungguh aku sangat mengantuk setelah penat bekerja di hospital hari ini. lama-kelamaan ku rasakan kucupan yang berterusan dari Fahri itu membangkitkanku dari lena. Aku membetulkan tubuhku memandang wajah suamiku. Wajah itu pandang lama-lama. Rambutnya kuselak dari dari. Fahri merapatkan dirinya ke arahku dan mencium bibirku, Aku membiarkam sahaja.

“Abang” panggilku.

“Em”

“Saya sayangkan abang” bisikku ke telinga Fahri. Dia tersenyum gembira. Kami bertentang mata lagi. Kali ini aku pula yang mencium ke bibir Fahri.

The end

3 comments:

  1. best sangat2... uat lgi cita mcm ni ya

    ReplyDelete
  2. thank u awak.. teruskan membaca karaya2 saya ye

    ReplyDelete
  3. Sebaik sahaja kereta Honda Vios => Toyota Vios

    ReplyDelete