Saturday, March 23, 2013

Sudah Bersediakah aku?

Hermm?? Kenangan terindah atau tergundah???
Apabila dirisik orang Assalamualaikum, dan selamat pagi. Pertama sekali nak cakap ini adalah pengalaman yang betul-betul terjadi dan merupakan kali kedua di risik orang… Saya ni bukannya tak pernah berkawan dengan lelaki, tapi mungkin jodoh tak lama dengan dia dan dia..yang pertama dulu masa sy dekat Uitm, sambung program diploma. Masa tu mungkin cinta monyet, orang bercinta, kita pun nak jugak. Setakat suka-suka dan merasa bercinta. Last-last tak berkekalan juga sebab banyak sebab and yang paling penting sebab saya tak cinta pun dia dan mungkin sebab kitaorang jauh. Saya dekat Uitm, dia pula dekat UUM…jumpa pun dua kali je sepanjang kami berkwan tu, rasanya tak sampai pun setahun tempoh ‘percintaan’ kami. Kawan yang kedua ni saya kenal dah lama, masa kami diploma lagi tapi kami start rapat masa saya tahun ketiga program degree sy. Masa tu rasa macam dah ready nak kenal lelaki dengan serius dan nak dibuat calon suami tapi mungkin sebab x de jodoh so dengan dia ni pun tak jadi. Sekarang bila dah habis degree dan tengah tunggu panggilan kerja, mak pula dengan inisiatif sendiri mencari calon buat saya. Mak tak cakap direct, tapi berkias-kias sebab mak tahu saya ni bukannya suka benda-benda macam ni. Hint-hint yang mak bagi tu saya proses perlahan-lahan. Saya pun tak menolak dengan rakus sebab saya takut memalukan mak dan keluarga so saya decide to go with the flow je. Kalau tak salah, sempat dua kali kami postponed atau hold pertemuan atau kehendak pihak lelaki tu nak dtg ke rumah. And kali ke3 tu jadilah diaorng dtg rumah, itupun dengan mak and kakak serta suami kakak dia. Seperti biasalah, saya bawak keluar sedulang air, masa tu salam pun bila abah ingatkan..huhu sy memang kurang sikit bab-bab macam tu. Lepas salam, saya langsung tak pandang muka atau curi pandang, sebab hati ni rasa belum bersedia lagi..

11 comments:

  1. Jangan risau. Istikharah kan ada ;D
    Allah tahu yang terbaik untuk kita.

    ReplyDelete
  2. :) hmm rimaskan bila keluarga asyik mendesak...muda lagi enjoy pon tak puas hahaha ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmgrimas, tmbh2 lg klo x kn pd masanya...but this guy, it turn out that hes kind of oke...hehe

      Delete
  3. Dear Sulis,

    Perkahwinan adalah satu tuntutan dlm agama. Slowly dear, kalau jodoh tak kemana. Solat Istikharah perlu untuk membantu dalam mencari jalan buntu. Pokok pangkal kita berserah pada Allah S.W.T

    Nasihat akk kepada seorang adik. Jangan terburu-buru, fikir masak-2. Kalau boleh nak juga jodoh berkekalan sehingga ke akhir hayat, insyaallah. Doa akk selalu bersama adik.

    ReplyDelete
  4. Thanks has atas nasihat yg matang dan sy kira adil..adil untk sy dan die..hehehe actually, sgt takut dgn marriage, dpt suami yg baik, understanding dan faham kita x pe, tp kalo dpt yg suke dilayan mcm raja tu, nauzubillah la..sgt takut kalo suami expect kita buat sume keje rumah sendiri sdkan kita pon berprofesionalisme, keje x kalah dan x menang dari keje suami...in my opinion, kerja rumah payutnya 50-50 dgn suaminsebab sama2 penat...takut dpt husband yahg tak gaham konsep partnership ni...huhu..jadi luahan dan curahan hati plak dkt akak has ni hehe3..nyway thaanks fr ur opinion

    ReplyDelete
    Replies
    1. No problem sis, itu aje yg dpt akk bantu. Nasihat yg x seberapa.

      Kalau boleh meet that guys, bincang elok-2 dgn dia. Berbincang dari hati ke hati lebih mudah supaya tidak meyesal dibelakang hari. Bila dh berkahwin dan ada anak lagi susah. Kes cerai-berai berlaku selalunya selepas berkahwin. Alasan tak serasilah, tak boleh nak hidup bersama lagilah dan bermacam-macam alasan lagi. Kalau boleh elakkan dari ini semua terjadi.

      Delete
  5. Sulis ...

    klau rezeki dapat lelaki yg begitu, kene cari cara untuk "jinakkan" dia ... dr awal perkahwinan kene ajar tanggungjawab ... kene guna cara lembut yang tidak menjatuhkan maruah/ego dia ...



    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkutttt sy x sebijak itu untjk 'jinakkan' dia..masa tu cerai pon kita fikir 200 kali...last2 kita yng berkorban dan sengsara

      Delete
  6. Stressnye wak,,, benci2 sume ni....ikutkn ati dan marah nak tolak je, tp tkuf plak mmg die jdoh kite. Mak beriya je..lepas ni insyaAllah sy nak bterus trang je, n x janji pape. Ade jodoh, de la..dkt parent plak nak pesan awl2 spy x bt sesuatu tnpa pengetahuan...untuk bbr kali ni, sy rasa sy da jaga air muka keluargam if paksa2 lg insyaAllah sy x akan fikir untk diri sendiri plak..doakan sy ye huhh... nanges sbb sedeyhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn sedey2 ... istiharah ... minta bantuan Nya
      Moga dipermudahkan
      Amiiiinnnn

      Delete