Friday, December 6, 2013

SUSAHNYA NAK DAPAT KEMAAFAN ISTERIKU BAB 28

Bab 27
Balkish bangun dari tidurnya. Jam di tangan dilihat baru jam enam pagi. Dia mengerjakan solat Subuh sebelum dia membangunkan Amin di bilik sebelah. Nombor telefon Amin didail berkali-kali namun tidak diangkat oleh lelaki itu. Balkish mengenakan tudungnya dan keluar untuk mengetuk daun pintu bilik Amin pula. Tapi hasilnya tetap sama, tiada sahutan dari lelaki itu yang masih tidur di dalam bilik.
Balkish masuk kembali ke dalam biliknya. Dia mahu ke kampus sendiri, nak tunggu Amin bangun pagi, entah pukul berapa. Dia mengemaskan barang-barangnya. Balkish terduduk di birai katil. Tiba-tiba sahaja kepalanya terasa pening. Dia berehat sebentar sehingga peningnya itu hilang, kemudian dia keluar dari bilik hotel.
Balkish menahan teksi untuk ke kampusnya.
Fakrul berjalan dengan langkah yang longlai. Dia tidak terus masuk ke dalam bilik kuliah sebaliknya dia menunggu ketibaan seseorang di depan pintu kelas. Orang yang ditunggunya belum tiba dan kegundahan hatinya semakin menganggu ketenangan jiwa. Dari jauh dia dapat melihat Aiza dan Yani jalan beriringan. Fakrul berlari-lari ke arah mereka. Namun, hatinya hampa apabila melihat Balkish tidak ada di situ.
“Mana Balkish?” soal Fakrul.
“Kenapa kau cari dia?” soal Aiza.
“Dia tak balik malam tadi, kan?” soal Fakrul lagi.
Aiza terdiam kerana terkejut. ‘Bagaimana Fakrul tahu yang Balkish tidak bermalam di bilik semalam?’
Yani terdiam kerana berita itu sangat mengejutkannya. ‘Kenapa Balkish tidak bermalam di bilik semalam? Kalau bukan di bilik, di manakah Balkish tidur semalam? Kenapa Fakrul tahu yang Balkish tidak bermalam di bilik? Balkish memberitahunya? Apa hubungan mereka berdua sebenarnya? Adakah hubungan mereka sudah sampai ke tahap Balkish memberitahu atau meminta izin dari Fakrul?’ bermacam-macam andaian timbul di dalam hati Yani.
“Mana awak tahu?” soal Yani.
“Aku nampak dia masuk hotel dengan seorang lelaki semalam” Fakrul berterus-terang sahaja. Lagipun Aiza dan Yani adalah teman baik Balkish dan teman baiknya juga. Kalau bukan kepada mereka dia mengadu, kepada siapa lagi harus dia meminta tolong?
“Astaghfirullahalazim. Betul ke ni, Fakrul. Kau jangan main-main benda macam ni” tegur Aiza.
“Betullah. Kau ingat aku tak sakit hati ke? Aku suka dekat Balkish. Tak sangka pula dia…” Fakrul tidak sanggup mengulangi kata-katanya.
“Dia balik tak semalam?” soal Yani kepada Aiza memandangkan Aiza teman sebilik Balkish. kalau betul Balkish tidak pulang bermalam di bilik, Aiza adalah orang pertama yang tahu.
Aiza menggelengkan kepalanya. Dia mula risaukan Balkish. Tambahan pula semalam dia tahu yang Balkish keluar dengan mamat sewel. Dia tidak sanggup memberitahu tentang hal itu kepada teman-teman mereka. Apa-apapun, dia akan bertanya dulu kepada Balkish hal yang sebenar. Kalau diberitahu yang Balkish keluar bersama mamat sewel, pasti Fakrul bertambah sedih dan pasti kedua-dua orang sahabatnya ini akan berfikir yang bukan-bukan terhadap Balkish.
“ Aku dah agak dah” sampuk Fakrul. Air matanya mula bergenang.
Yani kasihan melihat penderitaan yang ditanggung oleh Fakrul itu. Alangkah baiknya kalau dia dapat mengubati luka di hati Fakrul sekarang ini.
“Apa-apa pun, kita tunggu Balkish datang dulu. Nanti kita tanya dia. Jangan buat kesimpulan macam-macam” cadang Aiza.
Yani dan dan Fakrul terdiam.
“Jomlah kita masuk dulu” Aiza terpaksa menarik tangan Yani supaya gadis itu mengekorinya. Yani memanggil Fakrul untuk ikut sama. Dalam terpaksa Fakrul menurut.
……………………………..
Sebaik sahaja dia tiba ke kampus, Balkish segera masuk ke kelasnya. Walaupun pensyarah sudah mengajar tetapi dia bernasib baik kerana Prof. Hashim baru sahaja memulakan kuliah. Balkish mencari tempat di samping Aiza. Dia sempat menyapa temannya itu. Yani mencuit lengan Aiza dan mereka saling berbalas pandangan yang hanya mereka berdua mengerti.
Hati Fakrul berdebar-debar saat melihat gadis pujaan hatinya masuk dengan terburu-buru ke dalam bilik kuliah itu. Siap kau Balkish! Kau sedap-sedap melayan jantan malam tadi, baru sekarang kau datang kelas. Terlambat pula tu! Hati Fakrul bertambah hancur apabila membayangkan Balkish bersama lelaki lain.
Balkish menumpukan perhatian mendengar kuliah yang disampaikan oleh Prof. Hashim. Dia tidak mahu ketinggalan dalam mendapatkan ilmu pengetahuan. Balkish mahu belajar bersungguh-sungguh supaya dia dapat lulus dengan cemerlang dan mendapat pekerjaan yang baik-baik supaya dia dapat membantu kedua orang tua dan adik-adiknya.
Tiba-tiba Balkish berasa loya, isi perutnya terasa ingin dimuntahkan sedangkan dia masih belum sarapan. Samalam Amin yang loya-loya sampai termuntah, hari ini dia pula yang terkena.
‘Food poisoningkah ni? Semua ini salah Amin. Dia yang bawa aku makan dekat tempat-tempat macam tu’ Balkish cuba menahan dirinya dari termuntah di dalam bilik kuliah.
“Kenapa ni?” soal Aiza pelik. Gelagat Balkish seperti orang yang sedang dalam kesakitan.
Balkish menggeleng. Dia tidak menjawab dengan kata-kata, takut muntah yang ditahan keluar. Balkish bergegas keluar dari bilik kuliah dan segera ke tandas. Aiza mengekorinya kerana bimbang akan keadaan Balkish. Sampai di tandas, dia hanya menunggu Balkish di dalam tandas. Nama Balkish dipanggil. Risau juga apabila mendengar Balkish muntah tidak berhenti.
Lama kemudian, gadis itu keluar dengan muka yang letih dan lesu. Aiza mengusap belakang Balkish.
“Kau tak sihat ke?” soal Aiza simpati.
“Pagi tadi lagi aku dah start pening-pening. Aku rasa aku food poisoninglah. Semalam makan banyak sangat” beritahu Balkish. Dia membasahkan wajahnya dengan air yang mengalir.
“Aku tengok kau pun macam orang sakit saja ni. Kau rehatlah dulu. Kau nak aku teman kau balik?” soal Aiza.
“Tak payahlah, aku boleh balik sendiri. Kau tolong bawa balik beg aku ya”
Aiza mengangguk. Balkish dihantar sampai ke tempat menunggu bas. Aiza menahan teksi yang lalu-lalang. Dengan keadaan kawannya itu, dia tidak rasa Balkish boleh berjalan kaki atau menaiki bas. Dia mahu menghantar Balkish pulang ke kolej sebenarnya tetapi Balkish menegah.
Balkish merebahkan dirinya ke katil. Badannya terasa lemah. Banyak juga isi perut yang dimuntahkan tadi. Sekarang juga dia masih berasa loya.
‘Kau racun aku ke, Amin?’ Marah Balkish kepada suaminya itu.
Telefon bimbitnya berdering, nama Amin tertera di layar skrin.
“Herm” panggilan Amin itu dijawab.
“Herm? Selalunya awak beri salam dulu” Amin pelik.
“Ada apa?” soal Balkish.
“Sampai hati awak tinggalkan abang seorang-seorang dekat hotel tu. Habis madu sepah dibuang” sengaja Amin mahu mengusik. Dia menyamai situasi mereka seperti sepasang kekasih yang menghabiskan one night stand di hotel. Bezanya, dia mengatakan yang dia adalah simangsa yang ditinggalkan.
“Erm?”
“Awak ni tak sihat ke?” soal Amin risau. “Muntah?” soal Amin meneka.
“Ada apa?” soal Balkish mengulangi pertanyaan yang sama buat kali ketiga.
“Ni barang-barang awak dalam kereta ni. Saya hantar sana, ya?”
“Tak ada kelas ke? Kenapa tak pergi kelas?” Balkish mahu memarahi Amin tetapi dia tidak mempunyai tenaga. Suaranya itu kedengaran seksi di telinga Amin. Terdiam lelaki itu dibuatnya.
“Awak simpanlah dulu” Balkish menutup panggilan telefon bimbitnya.
Meremang bulu roma Amin mendengar suara Balkish yang sungguh menggoda pagi ini. lebih baik jangan jumpa Balkish dulu sekarang, kalau tak……? Mungkin sesuatu akan terjadi. Kata-kata Balkish itu diikut. Amin memandu keretanya ke jalan utama untuk kembali ke UiTM.
………………………………..
Balkish bangun dari tidurnya. Dia melihat jam di tangan. Sudah petang, dan Aiza mungkin akan kembali sebentar lagi. Balkish membalikkan dirinya menghadap ke pintu bilik, kehadiran Aiza dinantikan. Tidak lama kemudian, gadis yang ditunggu-tunggu pulang ke bilik, ada Yani juga yang ikut sekali. Kedua-dua orang teman baiknya itu duduk di birai katil. Aiza menyentuh dahi Balkish.
“Tak adalah demam sangat. Kau nak pergi klinik ke?” soal Aiza.
“Tak payahlah”
“Kau muntah lagi?” soal Yani pula. Risau juga melihat keadaan Balkish yang agak lemah.
“Dah kurang sedikit” balas Balkish. Dia bangun dari tidur dan duduk menghadap kawan-kawannya.
“Pensyarah ada tanya pasal aku tak?” soal Balkish risau dengan kedatangannya.
“Hari ni pensyarah tak check attendance pun” pintas Yani.
Balkish tersenyum syukur.
“Kau dah makan belum ni? Kita orang ada belikan bubur ni. Makanlah” Aiza mletakkan bungkusan itu di dalam pinggan di meja study Balkish.
“Aku nak mandi dululah, nak solat, lepas tu baru aku nak makan” beritahu Balkish. Dia kemudian mengambil tuala dan berlalu keluar dari bilik. Bilik air terletak di bagian tengah bangunan kolej dan dikongsi oleh sederet bilik di tingkat itu. Balkish melangkah longlai. Kepalanya masih lagi pening-pening lalat. Dia meletakkan barang-barang mandi di meja sinki. Dilihat wajahnya di cermin, pucat sekali.
‘Amin’ entah kenapa ringan sahaja mulutnya memanggil nama itu. Wajah Amin yang terbayang di matanya sekarang. Usikan Amin yang diingat-ingat. Semuanya Amin.
Balkish membasahkan wajahnya dengan air dari pili.
‘Kenapa dengan kau ni, Balkish? Sedarlah apa yang Amin dah buat dekat kau dulu! Balkish memarahi diri sendiri. Wajahnya di cermin ditenung lama. Jangan-jangan Amin memasukkan ubat guna-guna dalam makanannya semalam. Sebab itulah dia jadi begini hari ini. Kurang ajar kau Amin. Semua ni perbuatan kau!’
Balkish berehat sahaja sepanjang hari, makanan yang dibelikan oleh Aiza dan Yani dimakan sampai habis. Loya tekaknya sudah berkurang. Malam ini, Balkish berhasrat untuk tidur awal begitu juga dengan Aiza. Lampu bilik dipadamkan. Balkish membalikkan tubuhnya, sesekali dia melihat ke skrin telefon bimbit. Percaya atau tidak, dia menunggu panggilan atau sms dari Amin. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Panggilan dari Amin itu diterima.
“Assalamualaikum” sapa Balkish.
“Sayang buat apa?” soal Amin.
‘Jarang Amin bersayang-sayang dengannya, tapi Balkish tidak pula membenci panggilan itu. Itu hak Amin ingin memanggilnya dengan panggilan sebegitu. Tambah pula dalam keadaan sekarang, rasa bahagia apabila dipanggil dengan panggilan manja itu’
“Baru nak tidur” balas Balkish.
“Sayang, abang nak sayang dengar ni”
“Kenapa bising, awak dekat mana ni?” soal Balkish. Suaranya separuh berbisik. Tidak mahu sekiranya Aiza terbagun atau terganggu tidurnya.
“Dekat club?” soal Balkish meneka.
Pertanyaan Balkish itu tidak dijawab. “Abang nak awak dengar ni. Jangan menyampuk sampai abang habis bercakap”
Balkish diam.
“Abang ada girlfriend sebelum Balkish dan kami memang dah macam suami isteri. Tapi lepas abang kahwin dengan Balkish abang tak pernah contact dengan dia balik atau abang tak pernah nak cari orang lain. Abang nak setia dengan Balkish sampai bila-bila. Tapi..”
Balkish masih lagi diam. Dia tidak tahu apakah maksud sebenar pengakuan Amin ini, atau di manakah hujungnya di sebalik pengenalan yang memusykilkan ini? Dada Balkish mula berdebar-debar.
“Abang tak malu nak cakap yang abang, abang menginginkan Balkish. Balkish faham kan maksud abang? Abang lelaki, I have needs. Abang muda lagi dan abang dah pernah merasa, tak mungkin abang dapat tahan keinginan abang. Ini pun dah cukup lama, sejak kita kahwin. Balkish boleh tak tunaikan tanggungjawab Balkish sebagai isteri?”
“Apa maksud awak?” lembut suara Balkish, dia cuba untuk mengawal emosinya.
“Abang nak Balkish, malam ini. Kita ke hotel”
Panggilan itu dimatikan oleh Balkish. Amin terkejut.
Balkish menangis tersedu-sedu. Dia menahan suara tangisan daripada didengari oleh Aiza.
‘Sampai hati Amin. Aku sakit satu hari ini dia tak ambil tahu pun. Bukannya dia nak tanya khabar aku, malah sakitkan hati aku adalah’
Telefon bimbit berdering lagi. Kali ini lama. Setelah satu kali deringan tidak diangkat, ia berbunyi lagi untuk kedua kalinya. Balkish memaksakan diri untuk menerima panggilan itu. Dia keluar dari biliknya.
“Please, Balkish. Abang merayu”
“Balkish dah jadi isteri abang. Kalau Balkish tak nak, abang cari perempuan lain. Berdosa Balkish buat abang macam ni. Sebab Balkish, abang buat dosa maksiat” ugut Amin.
Balkish diam.
“Abang jemput awak, ya?”
Lama Balkish diam. Amin masih menunggu jawapan dari Balkish. Setelah lama gadis itu berdiam diri, akhirnya terdengar juga balasan dari Balkish yang berupa esakan tangis gadis itu.
Amin diam. Dibiarkan sahaja Balkish menangis semahunya. Ada sayu yang bertandang di hati lelakinya. Suara esakan tangis Balkish ibarat menikam ke jantung.
“Sayang, you call siapa tu?” soal Qistina yang baru dikenalinya beberapa jam yang lalu. Gadis itu menghampiri Amin dengan membawa dua gelas beer seperti yang diminta oleh Amin. Qistina duduk di sebelah lalu memeluk tubuh sasa Amin. Ciuman hinggap ke pipi lelaki kacak itu.
“Tunggu dulu boleh, tak?!” Amin marah kepada Qistina. Gadis itu terdiam.
“Shit!” marah Amin apabila melihat panggilannya sudah diputuskan.
Balkish terduduk di koridor. Dia menangis semahunya, meratapi perbuatan Amin yang tidak bertanggungjawab itu. Menyasali nasibnya yang sangat malang kerana menikahi lelaki yang tidak beriman itu. Dia sakit dan muntah-muntah sepanjang hari, tapi Amin tidak bertanya khabar langsung. Panggilannya hanya membuatkan hatinya lebih hancur.
“Qistina, you boleh tak tunggu I dalam kereta. You tahu kan yang mana satu kereta I. sekejap lagi I pergi sana” beritahu Amin. Qistina terangguk-angguk. Setelah diamarahi oleh Amin tadi, dia lebih berdiam diri.
Amin melihat ke arah Firdaus. “Kau faham kan keadaan aku bro?” soal Amin. Dia cuba meraih sokongan dan berharap agar Firdaus menyokongnya dalam hal ini.
“Kasihan isteri kau” beritahu Firdaus tentang pendapatnya.
“Mira?” Amin cuba meraih sokongan daripada Mira pula.
“Aku ingat kau dah berubah” beritahu Mira.
Amin terangguk-angguk. Dia faham kenapa kawan-kawannya itu tidak menyabelahinya dalam hal ini. Amin akhirnya keluar dari Teenage Hut dan menuju ke tempat parkir. Qistina dibawa ke hotel lima bintang. Gadis itu berkepit sahaja dengannya saat check in di kaunter. Setelah check in, mereka berdua masuk ke bilik hotel. Qistina memeluk Amin dari belakang. Pelukan itu dileraikan oleh Amin. Dia berjalan longlai menuju ke katil dan merebahkan diri.
Amin, you penat? I tolong you, ya” Qistina berjalan menghampiri Amin dan duduk di sebelahnya. Dada Amin disentuh lembut. Butang kemeja t-shirt Giordano warna kelabu itu dibuka.
“I dah lama sukakan you. You saja yang tak pernah nampak I sebab you ada Tina” Qistina memulakan bicara untuk menghilangkan rasa gemuruh yang mula menyarang dalam diri. Jantungnya berdebar-debar saat dia menyentuh dada sasa milik Amin. Lelaki itu memang menjadi idaman wanita yang berkunjung ke Teenage Hut termasuk dirinya. Malah Amin juga terkenal di kalangan gadis-gadis sosial yang berkunjung ke club-club lain. Tapi Amin bukannya jenis lelaki yang mudah berkenalan dengan orang terutama saat dia bersama dengan Tina dulu.  Malam ini, memang tuahnya, Amin sendiri yang mendekatinya. Wajah kacak Amin ditatap. Tangannya membelai dada lelaki itu. Namun sejak dari tadi Amin diam sahaja. T-shirt kelabu di badan Amin akhirnya dapat ditanggalkan. Satu kucupan lembut singgah ke bahunya.
“Erm, Qistina” Amin menghentikan perbuatan gadis itu. Dia bangun dan duduk berhadapan dengan Qistina.

You tidurlah dekat katil. I tidur bawah” beritahu Amin. Dia mengambil satu gebar tipis dan menyelimuti dirinya yang berbaring di lantai. Qistina hanya melihat dengan pandangan kosong.


insyaAllah lepas ni sy tak update dah...tq

10 comments:

  1. mne episod 28?
    y keep posting the same chap??

    ReplyDelete
  2. sis, bla nk publish?

    ReplyDelete
  3. bila nk kuar novelnya????dah lama duk tunggu ni

    ReplyDelete
  4. sis...bila nk keluar novel ni di pasaran...dh lama tunggu xsabar nk tau ending dia

    ReplyDelete
  5. nape entry ni sama dgan yg lpas kak?? bile nk kluarkn bukunya?? x sbar rasanya..hehehe..

    ReplyDelete
  6. asal episode 27 same dgn 28???bile nak terbit novel ni?xsabar nak baca.. :D

    ReplyDelete
  7. knp novel xkluar2 lgi...lmbtnye,,excted nk bce lgi smbgn nvel nie

    ReplyDelete
  8. knpe xde smbngn???novel nie best giler..kesian kt sy nk tau kesudhn dyer xboleh..cik pnulis smbg laa nvel nie..please

    ReplyDelete
  9. Akak bile nk kuar novel nie..sy dh tggu bthun..tp xkuar2 jgk..jln cite nvl nie best..sy suke..xcted nk bli nvl nie��������������

    ReplyDelete