Tuesday, May 26, 2015

SNDKI BAB 46-48

Bab 46
Hari ini Dato’ Sahar sengaja memberikan Wak cuti kerana dia tidak masuk ke pejabat. Mereka sekeluarga mahu menghadiri upacara konvokesyen Balkish yang diadakan di Kampus UIA. Dato’ Sahar mendapat parkir kosong tidak jauh dari dewan. Kereta agak banyak di jalan sekitar kampus dan jalan agak sesak. Semua orang berpusu-pusu mahu ke dewan konvokesyen. Untung ada beberapa pegawai keselamatan yang ditugaskan menjaga dan melancarkan perjalanan orang ramai ke dewan. Balkish, Datin Hasmah dan Dato’ Sahar keluar dari kereta. Balkish membetulkan pakaian jubah konvokesyennya. Dia khuatir memikirkan yang Amin masih belum sampai.
Suaminya itu pergi menjemput keluarganya yang terdiri daripada ayah, ibu, Farah, Fahmi, Fatin dah Fahmi. Mereka semua dapat menghadirkan diri ke acara konvokesyennya. Kebetulan juga, adik-adiknya yang masih bersekolah cuti sekarang ini.
“Sini mama pegang Iman” Datin Hasmah mengambil Iman dari dukungan Balkish.
“Jomlah masuk dulu” ajak Dato’ Sahar.
“Amin, pa” beritahu Balkish. Dia risau suami dan keluarganya tidak sempat menyaksikan konvokesyennya.
“Kejap lagi sampailah tu” sambung Dato’ Sahar.
Amin berangkat agak awal kerana pergi menjemput keluarganya tapi kenapa lelaki itu masih belum tiba.
Jam kan tadi. Balkish masuklah dulu, nanti terlambat” pujuk Datin Hasmah. Dia mengajak Balkish mengikutnya untuk masuk ke dewan. Balkish tidak segera ke tempat duduknya, dia masih mahu menunggu di dewan bersama papa dan mama. Kebetulan hanya dua orang yang dibenarkan masuk ke dewan kerana tidak ada tempat duduk yang cukup untuk semua orang.
“Balkish pergilah. Nanti kalau Amin datang mama ganti dengan dia” pujuk Datin Hasmah. Dia dapat melihat wajah Balkish yang cemas. Akhirnya Balkish mengalah. Dia mendapatkan tempat duduknya di barisan paling depan.
Dia menghantar sms kepada Amin bertanya keberadaan lelaki itu. smsnya dibalas.
Jammed, sayang’
‘Cepatlah. Tak lama lagi turn saya’ balas Balkish.
Tiada balasan daripada Amin. Balkish rimas. Sudah sampai giliran barisannya  untuk berdiri dan beratur di samping pentas. Sesekali dia mencari-cari wajah Amin, mama dan papa namun tidak berhasil. Keluarga-keluarga peneriman ijazah menghalangi pandangannya. Mereka sibuk untuk mengambil gambar ahli keluarga mereka yang sedang dipanggil namanya naik ke pentas dan menerima segulung ijazah dari Canselor UIA.
“Nama mahasiswa-mahasiswa yang menerima anugerah Canselor kerana prestasi mereka yang cemerlang dari segi akademik dan Kokurikulum bakal diumumkan. Untuk program Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan adalah: Dipersilakan Ahmad Muaz bin Ismail”
Nama Muaz, temannya sudah dipanggil. Balkish semakin cemas. Kawannya itu sudah mula melangkah naik ke pentas.
“Yang kedua, dipersilakan Balkish binti Ahmad Tahir”
Wawa mencuit pinggangnya. “Turn kau Balkish” bisik Wawa.
Balkish tergopoh-gapah melangkah naik ke pentas. Dia cuba mengawal jalannya yang berkaki high heels. Dari pentas yang agak tinggi itu, dia dapat melihat dengan lebih jelas ke seluruh isi dewan. Tempat duduk mama dan papa dilihat. Wajah ayah dan wajah Amin muncul dipandangnnya. Balkish tersenyum ke arah mereka. Dia dapat melihat wajah ayah. Betapa gembira hatinya dapat membuatkan wajah ayah yang sudah dihiasi garis usia itu tersenyum. Ayah banyak berkorban untuk dia dan adik-adik. Ayah bekerja keras setiap hari untuk menyara hidup mereka sekeluarga. Kulit ayah menunjukkan betapa ayah tidak kisah menahan bahang panas sinar matahari semata-mata untuk memberikan dia dan adik-adik pelajaran. Ayah tersenyum. Wajah yang jarang sekali tersenyum itu akhirnya memberikan dia satu perasaan bangga kerana berjaya memnggembirakan hati ayah. Kedut-kedut di wajah ayah semakin jelas, namun Balkish tetap berbangga memiliki ayah eperti ayahnya.
Wajah Amin dipandang. Lelaki itu tersenyum menampakkan gigi sambil melambaikan tangan ke arahnya. Balkish membalas senyuman itu. Dia melangkah perlahan-lahan ke arah Canselor dan menerima segulung ijazah yang memang layak menjadi miliknya. Dia bertungkus-lumus siang dan malam untuk ijazah ini. Apalah salahnya kalau dia sedikit merasa bangga dengan pencapaiannya yang diusahakan dengan titik peluhnya sendiri. Balkish kemudiannya melangkah turun dari pentas.
………………………………………
Acara konvokesyennya telah selesai. Balkish bersalaman dan berpelukan dengan kawan-kawannya yang telah konvokesyen bersama. Mereka sempat bergambar bersama-sama dan saling bertukar emel untuk berhubung setelah masing-masing mencari haluan pekerjaan masing-masing. Dia berbual dengan Aiza dan Muaz dan berjanji yang mereka akan tetap berhubung walaupun sudah tidak berada dalam satu bumbung lagi.
Balkish meminta diri dan beredar keluar dari dewan untuk mencari keluarganya. Dari jauh dia melihat keluarga Amin dan keluarganya sedang menunggu agak jauh dari pintu keluar. Balkish melangkah ke arah mereka.
“Kak” Fahmi mendapatkan Balkish. Topi graduan yang masih tersemat di kepalanya dilepaskan dan diletakkan ke kepala Fahmi.
“Tahniah kak” ucah Farah dan Fahim.
“Terima kasih. Nanti giliran kau orang pula” sambung Balkish.
Dia kemudiannya bersalam dengan ayah dan ibu. Aminah memeluk tubuh Balkish, bangga dengan anak gadisnya itu. Air mata gembira menitis di pipi sang ibu.
“Ibu janganlah menangis. Balkish tak nak tengok ibu sedih. Ijazah Balkish ni, Balkish hadiahkan buat ibu” kata Balkish. Dia mengusap belakang ibunya. Datin Hasmah mengesatkan air matanya. Balkish bertegur sapa dengan mama dan papa. Dengan Amin dia hanya senyum.
Tangan Amin tergenggam sejambak bunga ros dan sebuah teddy bear putih yang bertopi graduan. Hadiah itu dihulurkan kepada Balkish.
“Tahniah” ucap Amin.
Jambangan bunga itu bertukar tangan. “Thanks awak” Balkish senyum. Malu pula dengan keluarganya dan keluarga mertuanya saat dia tahu yang perbualannya dan Amin didengari oleh semua orang.
“Balkish nak buat apa lagi lepas ni?” soal Dato’ sahar.
“Tak ada apa-apa dah, pa. Majlis pun dah selesai” jawab Balkish.
“Kalau macam tu kita pergi makanlah” sambung Dato’ Sahar lagi.
“Iman ni pun dah rimas dah. Berpeluh saja dari tadi” sampuk Datin Hasmah pula.
Mereka semua keluar dari perkarangan depan dewan konvokesyen. Saat mereka berpisah untuk ke tempat parkir kereta Dato’ Sahar dan parkir kereta Amin, Balkish, dengan refleks menurut belakang Amin.
“Balkish naik dengan siapa?” soal Dato’ Sahar. Balkish menghentikan langkahnya. Malu ditanya bergitu oleh ayah mertuanya. Nampak sangat dia mengikut Amin.
“Ish abang ni. Ada pula tanya macam tu” marah Datin Hasmah.
“Tak adalah. Muat ke? Kalau tak, naiklah dengan kami”
Dato’ Sahar masih belum mengerti. Wajarlah Balkish mengikut Amin, lelaki itu suaminya dan dia sudah menyukai Amin. Tetapi bila ditegur oleh Dato’ Sahar Balkish mula segan. Nampak sangat dia tidak boleh berenggang dengan Amin sekarang ini.
“Kalau macam tu, abang dengan kakaklah naik dengan kami” sampuk Dato’ Sahar lagi.
“Naik dengan kamilah kak. Biar budak-budak tu naik satu kereta” sampuk Datin Hasmah pula. Menyokong cadangan suaminya. Tahir dan Aminah mengangguk. Mereka berdua berjalan ke arah Dato Sahar dan Datin Hasmah ke kereta.
Amin membawa Balkish, Iman dan adik-adik Balkish ke tempat parkir. Dia menekan punat hijau pada remote control kunci keretanya. Lock pintu terbuka. Iman diserahkan kepada Balkish. Pintu Balkish dibukakan dan gadis itu mengambil tempat duduk di depan. Adik-adik Balkish duduk di tempat duduk belakang. Amin kemudiannya duduk di seat pemandu. Perlahan-lahan keretanya dipandu keluar dari tempat parkir.
“Fahim berapa lama cuti?” soal Balkish kepada adik lelakinya yang tinggal di sekolah brasrama penuh. Sudah lama dia tidak bersua muka dengan Fahim kerana Fahim agak jarang pulang. Sekolahnya jauh di Kelantan dan biaya perjalanan untuk pulang hanya ditanggung oleh pihak sekolah pada cuti semester. Maka, Fahim lebih memilih untuk tidak sering-sering pulang untuk menjimatkan wang yang terpaksa di berikan oleh ayah untuk menanggung kos perjalanannya.
“Sebulan lebih. Tapi ada dua minggu lagi kak” balas Fahim. Amin melihat wajah adik lelaki Balkish yang kedua itu. Fahim anak ketiga setelah Balkish dan Farah. Dia juga tidak terlalu dekat dengan Fahim kerana jarang berjumpa.
“Dah kenal dengan abang Amin?” soal Balkish kepada Fahim. Adik lelakinya itu tidak datang saat perkahwinan dia dan Amin.
Fahim diam.
“Dah” sampuk Amin. Fahim agak diam orangnya, sama seperti Farah. Tidak tahu samada dia memang pendiam ataupun dia begitu dengannya kerana masih kekok. Fikir Amin.
“Kelas berapa sekarang?” soal Amin kepada Fahim.
Form Four” balas Fahim.
“Abang, abang. Fahmi kelas lima dah” sampuk Fahmi, adik yang paling bongsu. Dia berasa cemburu apabila Amin hanya bertanya kepada Fahim.
“Kalau Fahmi, abang dah tahu” balas Amin.
“Sibuk saja dia ni” marah Fatin kepada adiknya itu.
Fahmi berjalan-jalan di dalam kereta. Dia berdiri di tengah-tengah di antara kerusi Balkish dan Amin.
“Duduklah Fahmi” tegur Farah.
“Tak nak” protes Fahmi.
“Abang, kita nak makan mana?” soal Fahmi kepada Amin.
“Kenapa? Fahmi ada teringin nak makan apa-apa ke?” soal Amin.
“Fahmi nak makan udang”
“Boleh. Ada satu tempat ni, seafood dia memang sedap. Nanti Fahmi boleh pesan berapa banyak udang yang Fahmi nak” balas Amin. dia melayan bicara kanak-kanak itu.
“Yeay!” Fahmi bersorak gembira.
“Tapi nanti kalau tak habis makan, Fahmi kena bayar” sengaja Amin mahu mengenakan Fahmi.
Fahmi menarik muka kecewa.
“Abang gurau sajalah” balas Amin.
“Sekarang, Fahmi duduklah dulu. Bahaya berdiri” sambung Amin lagi. Fahmi akhirnya mendengar dan dia kembali ke tempat duduk.
………………………………………….
Setelah selesai membuat bayaran di kaunter restoran itu, Amin menghantar keluarga Balkish pulang. Balkish terpaksa naik dengan ayah mertuanya kerana kereta yang dipandu oleh Amin tidak muat.
Sebaik sahaja sampai di rumah banglo papa, mereka semuk naik ke bilik masing-masing untuk berehat. Hari juga sudah jauh malam dan mereka semua sudah kepenatan. Balkish membawa masuk Iman yang tertidur ke dalam bilik. Pakaian Iman digantikan. Dia hanya mengelap tubuh Iman dengan air hangat memandangkan anaknya itu sudah tertidur. Tidak mahu dia mengaggu tidur Iman.
Setelah selesai Balkish kembali ke biliknya. Dia masuk ke bilik air untuk mandi dan membersihkan diri. Dia tidak lupa untuk membawa masuk pakaian persalinannya sekali, bimbang juga kalau Amin pulang, dia masih belum lengkap berpakaian.
Tuala yang masih basah disidai di hanger. Kedengaran suara enjin kereta Amin di perkarangan rumah. Balkish berdebar. Entah kenapa hatinya berdegup kencang. Dia cuba mengawal perasaan yang sedang berkecamuk.
Amin mengetuk daun pintu sebelum dia masuk. Di lihat Balkish sudah selesai mandi dan bersiap-siap untuk tidur.
“Ibu pesan, kalau kalau free nanti ibu suruh datang sana. Katanya sekarang musim durian. Ibu nak kirim dekat mama”
“Kenapa awak tak ambil saja tadi. Kalau tak boleh bagi dekat mama terus” sampuk Balkish.
Teringat tentang dusun Pak Cik Yaya yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Pak Cik Yahya ada meminta tolong ayah untuk menjaga dan melihat-lihat dusun itu. Takut pula kalau ada yang datang mencuri buah durian. Ayah pula, kalau ada masa lapang suka pergi meracun semak belukar di dusun itu. Rumah Pak cik Yahya agak jauh jadi Pak Cik Yahya jarang datang ke dusunnya, kalau dia datang, pasti dia akan memberikan buah duriannya kepada ayah. Malah Pak cik Yahya juga berpesan untuk ayah mengambil sahaja buah durian yang jatuh.
“Nantilah kita pergi” sambung Amin. Dia berbaring di katil kerana badannya terasa penat. Balkish hanya melihat. Amin akhirnya bangun duduk.
“Awak dah nak tidur ke?” soal Amin.
Jantung Balkish semakin berdegup kencang.
Dia mengangguk. “Jangan tidur lagi, abang ada sesuatu untuk awak” beritahu Amin. Dia kemudiannya bangun berdiri dan mencapai tualanya. “Abang mandi dulu” sambung Amin. dia kemudiannya melangkah masuk ke bilik air.
Balkish gelisah, dia takut apabila mendengar kata-kata Amin itu. Kenapa dia mempunyai perasaan begini? Apa yang dia harapkan daripada Amin malam ini?
‘Awak kalau awak nak tidur dekat katil malam ni boleh’ hati kecil Balkish berkata-kata. Nak cakap macam tu ke? Too corny, Balkish.
Atau nak buat-buat mengigau lepas tu pergi tarik tangan Amin ikut ke katil? Too suspicious, Balkish.
Kalau tak payah cakap sepatah katapun, terus saja peluk tubuh Amin, lepas tu senyum? Too horny kalau macam tu Balkish.
Habis tu macamana? Balkish berperang dengan diri sendiri.
Setelah selesai mandi, Amin keluar dengan hanya bertuala separas pinggang. Tubuh Balkish sudah dilihat terbaring di katil mungkin kerana penat, gadis itu terlelap sambil menunggunya.
Amin memilih pakaian yang ingin dipakai dari dalam almari. Sejak mereka kembali tinggal di rumah ini, Balkishlah yang melipat dan menggosok pakaiannya. Susunan pakaian di dalam almari itu dilihat kemas. Bajunya dan baju Balkish dipisahkan di dua rak yang berasingan. ‘pakaian kecil dimasukkan ke dalam laci di bawah rak’
Amin mengenakan pakaiannya. Setelah mengenakan celana panjang, tualanya dicabut. Rambut dan dadanya yang masih basah, dilap. Tuala itu digantung di bahu.
Balkish membuka matanya, wajah dan tubuh Amin dipandang. Jujur, badan Amin sasa. Ketinggiannya cukup untuk seorang lelaki. Bahunya tegap, dan belakang badannya berotot. Balkish segera menutup matanya. Tidak mahu dia menatap Amin lama-lama.
Amin mengenakan t-shirt round neck ke tubuhnya. Dia berjalan ke arah tempat meja belajar dan mengeluarkan sesuatu daripada beg galasnya. Amin berjalan ke arah Balkish. Tubuh Balkish digoyangkan. Nama Balkish dipanggil. Gadis itu membuka mata.
“Bangunlah dulu” pujuk Amin. Dia tahu Balkish mengantuk, dia juga mengantuk tapi hal ini tidak boleh ditangguh esok pagi.
“Kalau tak nak bangun sendiri, abang bangunkan” ugut Amin. Mendengar ugutan itu, Balkish segera bangun. Entah bagaiamana cara yang digunakan oleh Amin untuk membangunkannnya, Balkish tidak tahu yang penting dia tidak mahu!
Balkish duduk berhadapan dengan Amin. Rambut Amin yang masih basah itu berjuntaian di dahinya. Balkish menggigit bibir. Amin sangat seksi. Dia suka sekali melihat Amin dalam keadaan begini. Mahu sahaja dia mengangkat tangannya dan menyelak rambut yang menutup separuh dahi suaminya itu.
“Abang ada sesuatu untuk awak”
“Apa dia?” soal Balkish agak takut. Sesuatu ??? Eee scarylah Amin ni. Malam-malam macam ni, dengan cuaca dan suasana yang agak dingin dan sunyi. Dengan mood yang baik dan romantik, mereka berdua di katil. Dengan wajah Amin yang bersih setelah lelaki itu mandi dan membersihkan wajahnya. Dengan rambutnya yang masih basah melurut sampai ke dahi. Takutnya, andai dia kalah dengan Amin malam ini. Seandainya Amin bertindak, dia takut dia hanya menurut.
Melihat reaksi Balkish, Amin ketawa lucu. “Apa yang awak fikir ni?”
Balkish mula malu diketawai sebegitu oleh Amin. Mungkinkah Amin dapat membaca hatinya?
“Apa dia?” Balkish mula merajuk dan marah.
“First, cakap dulu apa yang awak fikir tadi” Amin masih ketawa. Wajah Balkish yang masam mencuka dilihat. Wajah itu tetap ayu dan cantik.
“Tak ada. Cepatlah. Saya dah mengantuk ni” ugut Balkish.
Amin berhenti ketawa. Dia menunjukkan sesuatu dalam gengammannya. Sebuah kotak berkain baldu berwana biru ruby jatuh di pandangan Balkish.
“Hadiah konvokesyen sayang” bisik Amin.
“Bukalah” suruh Amin. Dia meletakkan kotak kecil itu di telapak tangan Balkish. Kotak kecil itu dibuka dan isinya berupa sebentuk cincin emas putih dengan corak melingkar yang agak unik. Di hujung lingkaran itu tersemat sebentuk berlian putih di sisi kanan dan kiri.
“Saya tak boleh terima” kotak kecil itu ditutup dan dikembalikan kepada Amin.
Wajah Amin berubah.
“Kenapa?”
“Tak perlulah awak nak berhabis duit untuk saya, tak perlu pun benda ni” balas Balkish.
“Abang dah agak awak akan cakap macam tu, sebab tu abang nekad kalau Balkish tak nak terima, abang nak buang saja cincin ni” ugut Amin.
“Apa pula? Bagilah dekat mama ke. Tak pun awak pulangkan saja dekat kedai yang awak beli” Balkish bertikam lidah. Dia tidak mahu menerima hadiah semahal itu daripada Amin. terasa dirinya dibeli oleh lelaki itu.
“Mama mana pakai cincin macam ni” beritahu Amin.
“Saya nak tidur” beritahu Balkish. Dia tidak mahu menghiraukan alasan Amin.
“Okey, kalau macam tu abang buang” Amin bangun dari duduknya. Dia membuka sliding door bilik mereka dan melangkah ke balkoni. Balkish melihat. Terkejut juga kerana Amin kelihatan tidak bergurau dengan kata-katanya.
“Awak takkan buang cincin semahal itu” kata Balkish. Dia menyedapkan hatinya yang Amin takkan bertindak sebodoh itu untuk membuang cincin secantik itu. Tetapi, Amin memang sewel, tak mustahil cincin itu dicampakkanya ke luar tengah-tengah malam begiini. 
Amin menghayunkan tangan yang menggenggam kotak kecil itu dan membalingnya dengan sekuat hati. Balkish segera bangun dari katil dan berlari ke arah balkoni. Dia cuba untuk mengahalang perbuatan Amin itu tapi dia tidak sempat. Kotak itu sudah tidak ada di tangan Amin.
“Awak gila ke? Kenapa awak buang saja cincin tu. Mahal. Membazir saja awak beli”
“Dah awak tak nak”
“Lain kali kalau nak beli untuk buang, baik tak payah. Dahlah saya tak nampak mana awak campak cincin tu. Kalau tak esok boleh kita cari balik” marah Balkish lagi. Cincin secantik itu terasa sayang kalau dibuang begitu sahaja.
“Kenapa nak cari balik?”
“Yalah pergi hantar balik dekat kedai jewels yang awak beli. Membazir saja beli mahal-mahal”
“Dia orang tak nak terima kalau kotak pun rosak”
“Siapa cakap? Eeee awak ni” marah Balkish.
“Nasib baik saya tak buang. Kotak pun masih bagus. Awak rasa kedai tu nak terima ke kalau awak dah pakai cincin ni?” Amin membuka isi kotak kecil itu dan mengeluarkan sebentuk cincin dari tempatnya. Tangan Balkish dipegang dan disarungkan cincin berlian itu ke jari manisnya sebelah kiri.
Balkish terpana. Dia terharu dengan kejutan itu. “Saya rasa kalau saya dah sarungkan cincin ni dekat jari awak, kedai tu dah tak nak terima” sambung Amin. Balkish melihat ke arah Amin.
“Sebab dia orang tahu, cincin ni lebih sesuai di jari manis awak daripada terpamer di kotak kaca di kedai mereka” sambung Amin.
“Lain kali kalau orang bagi hadiah, jangan degil sangat tak nak terima” marah Amin. Dia mencuit hidung Balkish.
Balkish terharu dengan pemberian Amin. Dia terharu dengan kejutan yang tak disangka-sangkanya. Emosinya berubah mendadak daripada marah terhadap lelaki itu kepada perasaaan sayang. Hadiah itu mungkin tidak terlalu bermakna buat Amin tetapi dia sangat bahagia dengan permberian itu. Cincin yang disarungkan ke jari manisnya di sebelah kiri merupakan simbolik kepada cincin pertunangan mereka. Perkahwinan mereka yang dilakukan secara mendadak sehinggakan acara pertunangan tidak sempat dilakukan kerana tidak cukup waktu. Jadi jarinya hanya disarungkan dengan cincin perkahwinan. Dia masih lagi terlalu muda saat perkahwinannya dilangsungkan. Dia juga mahukan percintaan dan perkahwinan seperti orang lain, dipinang dan di minta baik-baik keizinan untuk disunting daripada kedua orang tuanya tetapi impian itu musnah kerana kejadian itu. Dia menginginkan majlis pertunagan dan perkahwinan yang sederhana dan meriah dengan kegembiraan serta tetapi impian itu bagaikan diragut daripadanya. Malam ini, Amin menebus kenangan pertunangan yang tidak pernah berlangsung itu dengan sebuah memori indah yang baru. Tanpa disangka, air mata bergenang di kelopak mata. Dia berterima kasih kepada Amin.
“Eh jangan sedih” Amin mula risau.
Lama-lama genangan air di kelopak itu bertakung dan menitis keluar, membasahi pipi. Balkish tunduk. “Abang sayang Balkish, abang tak nak tengok Balkish sedih macam ni” Amin cemas. Dia tidak menyangka yang perbuatannya yang berpura-pura membaling jauh cincin itu membuatkan Balkish bersedih.
“Terima kasih abang” ucap Balkish.
Amin menguatkan hatinya. Dia nekad untuk memeluk gadis itu buat pertama kalinya setelah mereka berkahwin. Dia tidak mahu Balkish terus menangis. Seharusnya hari ini merupakan hari yang bahagia buat isterinya itu tapi Balkish terus menerus menitiskan air mata. Tangan Amin terketar-ketar saat cuba meraih bahu Balkish. Takutnya kalau perbuatannya itu melukai hati Balkish dan membuatkan gadis itu bertambah sedih. Kedua belah bahu Balkish disentuh. Gadis itu masih menangis. Akhirnya, Amin memeluk lembut tubuh gadis itu ke dalam pelukannya. Tangisan Balkish semakin keras. Terdengar esak tangisnya dan bahunya terhinjut-hinjut menanggung sedu.
“Maafkan abang” bisik Amin ke telinga Balkish, dia berasa bersalah membuatkan isterinya itu menangis. Pelukannya dieratkan.

Bab 47
Cuti sekolah telah berakhir dan begitu juga dengan cuti semester. Pelajar sekolah dan pelajar universiti memulakan hari-hari dengan rutin menghadiri kelas. Amin bangun kerana terkejut apabila dia mendengar suara papa. Jam di dinding dilihat. Katil sudah dikemaskan. Amin melepaskan gebarnya dan bangun dari sofa. Dia berlari-lari masuk ke kamar mandi sehingga terlupa untuk membawa tuala. Dia sudah sangat terlambat untuk ke kelas.
Amin mengenakan pakaian yang sudah siap digosok oleh Balkish. Dia melaung memanggil nama Balkish. Geramnya dia kepada gadis itu.
“Tahulah dah tak kena pergi kuliah, tapi kejutkanlah. Ni dah terlambat” Amin berleter seorang diri. Balkish masuk ke dalam bilik mereka apabila mendengar suara panggilan Amin.
“Ada apa awak?” soal Balkish.
“Awak ni tak kejutkan saya kenapa?” marah Amin. Dia menarik zip seluarnya. Mulutnya berleter tapi tanganya sibuk bergerak mengemaskan buku-buku dan barangnya yang masih berselerak.
“Saya dah kejutkan awak, awak yang tak nak bangun” bentak Balkish.
“Lain kali kejut sampai saya bangun!”
“Saya pun banyak kerja nak buat. Gosok baju awak, buat breakfast awak. Tak ada masa saya nak duduk tak buat kerja tunggu kejutkan awak sampai awak bangun” balas Balkish. Tidak suka kalau Amin memarahinya.
“Saya dah lambat ni” keluh Amin.
“Bukannya awak tak biasa lambat” sindir Balkish.
Amin diam. Alangkah baiknya kalau Balkish tidak menjawab.
Datin Hasmah mendengar pertengakaran antara Amin dan Balkish saat dia membantu suaminya untuk bersiap. Mereka berdua kemudiannya berjalan keluar melewati kamar anak dan menantu mereka. Datin Hasmah memegang tombol pintu. Dato’ Sahar manghalang isterinya dari mencampuri urusan rumahtangga anak mereka tapi Datin Hasmah berdegil, tombol pintu dipulas. Amin dan Balkish berpaling ke arah Dato’ Sahar dan Datin Hasmah. Mereka berdua berdiam diri kerana malu dengan mereka.
“Apa yang bising sangat pagi-pagi ni?” soal Datin Hasmah.
“Mama, Amin dah lambat. Amin pergi dulu” kata Amin. Dia mengambil beg galasnya dan berjalan melewati papa dan mamanya.
“Amin” panggil Datin Hasmah.
“Amin tidur dekat sofa lagi?” soal Datin Hasmah. Matanya melihat ke arah sofa di ruangan bilik itu. Kalau dulu, Amin memberikan alasan yang Balkish masih dalam pantang. Kalau sekarang, apa pula alasan yang bakal diberikan oleh anaknya tu.
Balkish dan Amin terkejut. Mereka terlupa tentang hal itu. Langkah kaki Amin terhenti. Dia dan Balkish terdiam, tidak tahu kata-kata apa yang wajar dituturkan saat ini. Dato’ Sahar melihat ke arah sofa. Dia agak pelik melihat gebar yang belum dikemaskan berada di sofa itu, sepertinya sofa itu menjadi tempat tidur seseorang.
“Amin, mama tanya tu” sampuk Dato’ sahar. Dia juga berasa hairan dan mahukan jawapan daripada Amin.
“Nantilah. Amin dah lambat” balas Amin. Dia segera berlalu tanpa mempedulikan Dato’ Sahar ataupun Datin Hasmah yang menagih jawapan untuk persoalan-persoalan yang bermain di fikiran mereka. Datin Hasmah dan Dato’ sahar melihat ke arah Balkish. Balkish tidak berani bertentang mata dengan kedua orang mertuanya. Rasa bersalah bersarang di dalam hatinya kerana menghampakan kedua orang tua itu.
…………………………………………………..
Iman sedang bermain-main di ruang tamu dengan Bibik. Amin, Balkish, Datin Hasmah dan Dato’ Sahar duduk di ruang menonton. Televisyan sengaja tidak dibuka. Balkish sudah gelisah melihat ketegangan di wajah papa. Amin yang duduk sebelahnya dikerling. Lelaki itu tetap seperti biasa.
“Dah berapa lama?” soal Dato Sahar. Akhirnya ada di antara mereka berempat yang mahu memecahkan ketegangan situasi sekarang ini.
“Pa, Balkish minta maaf” akhirnya Balkish berbicara, dia sengaja memohon keampunan daripada papa apabila melihat Amin hanya berdiam diri. Dia tidak mahu hal ini berterusan dan dia tahu dia yang salah dan menyebabkan Amin terjebak sama.
“Balkish sebenarnya, setelah kejadian ….” Balkish mahu berterus terang. Memberitahu masalah utama yang menyebabkan dia dan Amin tidak tidur sekatil.
“Amin yang nak kami macam tu” sampuk Amin. Datin Hasmah dan Dato’ Sahar terkejut.
“Kenapa, Min?” soal Datin Hasmah sedih. Perbuatan Amin itu seolah-olah membohongi mereka mengingatkan selama ini mereka beranggapan yang anak dan menantu mereka itu baik-baik sahaja.
No specific reason, ma. Amin cuma tak cintakan Balkish” balas Amin. Lancar sahaja mulutnya memberikan alasan itu. Sebenarnya dia tidak mahu Balkish memberitahu tentang masalah gadis itu setelah kejadian hitam dalam hidupnya. Biarlah hal itu menjadi rahsia mereka suami isteri. Dia tidak mahu Balkish bertambah malu. Dia juga tidak mahu papa dan mama bertambah risau.
“Tapi  mama rasa Amin..”
Balkish terkejut mendengar kata-kata Amin. Betulkah lelaki itu tidak menyintainya atau dia sekadar mencari alasan kukuh untuk tidak menceritakan masalah yang sebenar? Riak wajah Amin diperhatikan, dia cuba mencari kebenaran pada kata-kata yang baru dituturkan oleh lelaki itu. Mustahil Amin tidak menyintainya sedangkan selama ini, lelaki itu banyak berkorban untuknya.
“Iman. Iman tu?” sepatah-sepatah yang keluar dari mulut Datin Hasmah. Dia tidak sanggup lagi bertanya.
“Iman anak kami kerana kejadian dulu” balas Amin. Kata-kata itu lancar sahaja keluar dari mulutnya. Balkish terdiam. Dia melihat ke arah Iman yang sedang bermain dengan permainannya. Hatinya sayu tatkala mengenangkan nasib anaknya. Anak itu tidak bersalah, kenapa dia harus dihukum? Amin dan dia yang bersalah kerana terjebak dengan masalah itu dulu.
Dato’ Sahar bangun dari duduknya. Dia sudah tidak sanggup mendengar kata-kata Amin.
“Abang nak ke mana?” soal Datin Hasmah.
“Pa, satu lagi. Amin nak pindah bilik” beritahu Amin. Balkish dan Datin Hasmah melihat ke arah lelaki itu. Kenapa Amin nak pindah bilik? Fikir Balkish. Dia tidak pernah berharap lelaki itu berpindah dari kamar mereka sekarang.
“Selama ni kami rahsiakan sebab tak nak papa dan mama sedih kalau dapat tahu, tapi sekarang dah terlambat jadi tak ada guna Amin dan Balkish berlakon lagi. Amin rasa Balkish pun selesa kalau Amin pindah bilik Aman saja buat sementara waktu ni” balas Amin.
“Abang. Jangan abang. Jangan diikutkan sangat Amin tu” sampuk Datin Hasmah.
“Awak, apa awak cakap ni?” Balkish menegur Amin.
“Hasmah, anak kita dah besar. Tahulah dia fikir sendiri. Dah banyak kali saya cakap macam tu dekat awak. Sampai bila awak nak faham” tegas suara Dato’ Sahar. Dia memarahi isterinya.
………………………..
Balkish duduk termenung di birai katil, pandangannya kosong menatap sofa di ruangan bilik itu. Kalau jam-jam begini tubuh Amin sudah terbaring lena di situ tapi malam ini Amin tidur di bilik Aman. Bukan malam ini saja, bahkan malam-malam berikutnya pasti lelaki itu sudah tidak tidur di sofa itu lagi. Teringat perbincangan antara papa, mama dia dan Amin petang tadi. Papa dan mama kecewa dengan mereka, Amin juga pasti tidak mahu mengalah dengan papa dan lelaki itu mungkinkah mahu menjaga rahsia tentang penyakitnya yang fobia dengan Amin dulu?
Terngiang-ngiang kata-kata Amin yang dia tidak menyintainya. Benarkah? Atau Amin hanya sekadar mahu mengusulkan alasan yang kukuh bagi menutup rahsianya yang satu itu, rahsia yang dia sebenarnya takut kepada Amin. Apa salahnya memberitahu papa dan mama tentang hal itu? Mungkinkah dia mahu menanggung salah itu di pundaknya sendirian, tidak mahu papa dan mama menyalahkan aku? Fikir Balkish.
Amin tidak cintakan aku? Takkanlah, habis selama ini itu apa, gesture dan kata-kata Amin jelas-jelas meyakinkan aku bahawa suamiku itu menyintaiku. Dan pernah dua kali Amin melafazkan yang dia menyintaiku. Langkah diatur untuk ke beranda, sliding door didorong sebelum dia menapak ke beranda di biliknya. Lampu di kamar Aman masih menyala terang. Sedang apa Amin sekarang? Kenapa dia belum tidur lagi, atau dia juga tidak boleh terlena memikirkan masalah kami.
Masalah ini, bukan hanya masalah Amin tetapi masalahnya juga. Iman bagaimana? Kasihan Iman andainya papa dan mama selepas ini tidak menghiraukannya. Iman hasil perbuatan  malam itu, tetapi Iman masih lagi darah daging Amin. Dan bagaimana pula dengan hubungan mereka suami isteri. Terasa jarak Amin semakin jauh daripadanya, kenpaa semua ini menjadi semakin sulit? Kenapa dia harus berenggang dengan Amin di saat dia sudah menyukai lelaki itu dan jika diberi sedikit masa lagi dia pasti akan jatuh cinta kepadanya. Kenapa ada pula timbul masalah begini. Dan Amin, kalau bertengkar dengan papa, pasti tidak mahu mengalah. Apa salahnya sedikit mengalah tadi dan meminta maaf. Mungkinkah Amin memilih keputusan ini kerana marah dengan sikapku kepadanya pagi tadi? Balkish mengeluh berat.
“Abang” panggil Balkish. Terasa mahu pergi memujuk Amin untuk tidur di bilik ini. Tetapi dia tahu itu tidak mungkin. Buat apa Amin tidur di sofa kalau dia dapat tidur di tilam empuk di kamar Aman? Biarlah Amin di situ buat sementara waktu ini. Dia juga agak sibuk kebelakangan ini. Entah apa yang disibukkannnya sampai sekejap sahaja berada di rumah, pasti mahu keluar lagi selepas itu. Pernah terlintas di fikiran Balkish untuk dia mengikut Amin tetapi dia tidak mahu, nanti Amin akan mengejeknya dan berfikir bahwa dia cemburu
……………………………….
Datin Hasmah suka menghabiskan waktunya di halaman depan rumah, dia akan menyiram pokok bunga, menggunting dahan dan daun pokok bonzainya dan menggembur tanah pada pokok-pokok bunga. Semenjak sudah ada pembantu rumah, tugas-tugas hariannya lebih mudah, Balkish juga banyak menbantu setelah dia sudah habis belajar seperti sekarang Cuma kalau dia ke kelas memandu, Iman ditinggalkan sahaja di rumah. Datin Hasmah tidak keberatan, dia suka dengan keletah cucu tunggalnya itu. Amin dan Dato’ Sahar agak sibuk sekarang ini, sekejap-sekejap sahaja Nampak batang hidung mereka di rumah. Aman pula dari dulu sibuk memanjang, balik rumah pun kadang-kadang. Mujur ada Iman peneman sunyi.
“Balkish!” panggil Datin Hasmah. Menatunya itu menyahut.
“Tolong bawakan baja yang mama simpan dekat belakang tu” suruh Datin Hasmah. Tidak lama kemudian Balkish keluar dan menjimbit palstik hijau yang berisi baja pokok bunga. Gadis itu tunduk mengambil pasu bunga dan dibawa kepada mama. Dia membantu menggemburkan tanah.
Datin Hasmah mengelap peluh yang membasahi wajah dengan kain tuala kecil tersangkut kemas di bahunya. Sesekali matanya melihat ke arah sebuah kereta sedang yang berwarna merah yang sudah lama di parkir bertentangan dengan rumahnya. Datin Hasmah dapat melihat ada seseorang di dalam kereta itu tapi dia tidak melihat dengan jelas. Cermin hitam kereta di buka separuh, Datin Hasmah mencuri peluang ini untuk melihat gerangan orang itu. Apabila menyedari kewujudannya disedari oleh Datin Hasmah, cermin itu segera ditutup kembali. Tidak lama kemudian, kereta itu dipandu masuk ke jalan.
“Kenapa mama?” soal Balkish.
Datin Hasmah menggeleng. Hatinya tertanya-tanya siapakah gerangan wanita itu?

Bab 48
Amin termenung panjang, fikirannya melayang entah kemana tapi hatinya tidak tenang memikirkan masalah. Sejak akhir-akhir ini banyak masalah yang menimpanya termasuk masalah akademik, masalah dengan papa dan Balkish. Baru beberapa minggu lepas dia mendapat surat dari pejabat dekan. Surat itu merupakan surat amanaran untuk dia tidak lagi meminta cuti atau tidak masuk ke kelas. Untuk menduduki ujian kahir semester, kehadiran haruslah 80% tapi dia harus hadir untuk 95% daripada kelas untuk membolehkan dia menduduki ujian akhir semester tahun ini. Dan dia berharap agar tahun ini dia dapat menamatkan pengajiannya, dia sudah tidak mahu ketinnggalan daripada Balkish. Selama ini, dia banyak bermain-main, kelas jarang datang, dan tugasan jarang dihantar tapi dia sudah mahu berubah. Dia mahu setanding dengan Balkish walaupun dia tahu dia tidak mampu secemerlang gadis itu tapi semoga dia sempat mendapatkan ijazahnya tahun ini. Kelas semester pendek juga bakal diambil untuk memastikan subjek-subjek yang gagal semester-semester sebelumnya dapat diambil semula dan mempercepatkan proses perjalan dia untuk ke pentas Dewan Konvokesyen.
“Jauh termenung” sapa si gadis. Dia lalu duduk bertentangan dengan Amin. Amin senyum. Gembira melihat gadis itu ceria seperti biasa.
“Dah banyak kali saya tengok awak study seorang-seorang dekat sini. Mana kawan-kawan tiga serangkai awak tu?” soal Rina.
“Dah balik” jawab Amin. Dia juga sering melihat mahasiswa itu di bilik study dekat perpustakaan ini. Mereka hanya senyum kalau bertembung, baru pertama kali ini, Rina menegurnya. Dia melihat ke arah meja study kawan-kawan Rina.
“Tak ada study group ke?” soal Amin. Dia melihat kawan-kawan Rina sedang bercakap dan melihat ke arah mereka.
“Bergosiplah tu” balas Rina mengingatkan usikan kawan-kawannya tadi saat dia memberitahu yang dia mahu menyapa Amin.
Amin senyum. Rina melihat wajah tampan di hadapannya itu. Kalau Amin tersenyum matanya seperti seperti mata Mashimaro. Sangat comel. Wajahnya bersih tanpa jerawat. Pakai facial wash apalah mamat ni? Ada kumis tipis di bagian atas bibir, tapi Amin masih nampak kemas. Rambutnya tersisir rapi.  Fesyennya simple, dada dan lengannya sasa dan berotot, jari-jemarinya panjang, runcing.
Rina terkejut apabila melihat sebentuk cincin di jari manis lelaki itu. Sudah berpunyakah dia? Dari cerita yang dia dengar, Amin seorang playboy, mahukah dia setia pada yang satu? Siapakah gadis yang berjaya menakluk hati lelaki itu. Sudahlah tampan, baik dan setia. Setiakah dia? Kalau setia takkan dia digelar playboy. Terdetik di hati untuk mengenal teman wanita gadis itu, bagaimanakah pilihan Amin? Wanita yang bagaimana yang mampu menundukkan hati lelaki itu?
Amin melihat ke arah Rina yang sedang melihatnya.
“Ni cincin kahwin” beritahu Amin tanpa ditanya. Dia tahu gadis itu tertanya-tanya saat melihat ke arah jarinya.
Rina sekali lagi terkejut.
“I dah kahwin. Dah ada anak dah pun” beritahu Amin lagi. Ringan sahaja mulutnya ingin bercerita. Rina dilihat masih terkejut. Amin tersenyum lucu melihat ekspresi wajah si gadis saat dia menyampaikan cerita itu.
“Tak ada orang bagitahu I pun you dah kahwin” balas Rina spontan tanpa memikirkan natijah kepada kata-katanya itu.
“Kenapa? You stalk I ke selama ni?” soal Amin sengaja mahu mengusik. Rina tertunduk.
“Memang tak ada yang tahu pun. Kawan-kawan tiga serangkai I tu saja yang tahu” Amin mengulangi gelaran dia dan kawan-kawannya yang diberikan oleh Rina.
Rina tersenyum kelat.
Amin melihat jam tangannya. Sudah sampai masanya dia bersiap-siap untuk ke tempat Ustaz Wahid. Amin mengemaskan buku-buku dan alat tulis yang berselerak di meja belajarnya.
I pergi dulu. dah lambat ni. Ada janji” beritahu Amin.
Date?”
Amin sekadar tersenyum.
Siapalah gadis yang bertuah berjaya mendapatkan cinta Amin? Sudahlah Amin tu baik, kaya dan tampan. Pasti gadis itu tidak kurang hebatnya. Date? Rina kenapa kau tanya Amin macam tu tadi? Nampak sangat kau busy body dengan urusan dia. Rina mengangkat punggung dari kerusi dan berjalan ke arah kawan-kawannya. Mereka sibuk bertanya hasil perbualan antara dia dan Amin tetapi gadis hanya berdiam diri dan menggelengkan kepala, tidak mahu memberikan jawapan kepada soalan-soalan paparazzi kawan-kawannya.
…………………..
Selepas selesai kelas yang disampaikan oleh Ustaz Wahid, Amin segera pulang ke rumahnya. Dia duduk-duduk di depan ruang menonton. Papa dan mama sedang beristirehat di situ. Balkish datang dengan membawa segelas air untuk Amin. Lelaki tu dilihat agak penat sejak kebalakangan ini, dia juga rindu dengan pujukan dan usikan manja Amin. Sejak Amin memulai semester baru, dia sudah kembali sibuk dan Balkish terpaksa mencari ruang untuk dia berbicara dengan Amin.
“Abang dah makan?’ soal Balkish tidak sengaja panggilan ‘awak’ bertukar menjadi ‘abang’. Lelaki itu melihat ke arahanya.
“Awak panggil saya apa tadi” soal Amin lembut. Suaranya kedengaran lemah. Memang penat agaknya Amin hari ini.
Balkish senyum. Amin juga turut senyum.
“Abang, abang. Tengok tu” segera Datin Hasmah mencubit lengan Dato’ Sahar yang duduk di sebelahnya supaya suaminya juga melihat kemesraan menantu dan anak mereka. Dato’ Sahar mendengar tapi dia sengaja berpura-pura menonton televisyan.
Balkish jadi malu apabila menyedari yang Datin Hasmah melihat ke arah dia dan Amin.
“Awak nak makan?” soal Balkish mengulangi pertanyaannya yang belum dijawab oleh Amin.
“Boleh juga. Awak yang masak?” soal Amin. Dia segera mengikut Balkish ke ruang makan. Amin duduk di kerusi sementara Balkish masuk ke dapur untuk menghangatkan makanan buat Amin.
Bibik membantu Balkish mengeluarkan makanan yang disimpan di peti ais.
“Puan nak saya buat apa lagi?” soal bibik.
“Tak apalah, bik. Biar saya saja yang hidangkan untuk tuan” beritahu Balkish. Dia mahu melayani Amin dengan sepenuh hati. Dia mahu menjalankan tanggunjawabnya untuk lelaki itu, menjaga makan dan minumnya. Dia mahu berbakti sebagai seorang isteri yang solehah untuk Amin. Makanan-makanan itu dipanaskan di dalam microwave. Setelah selesai, dia mengeluarkan hidangan makan malam untuk Amin. Tanpa disuruh dia mengambil tempat di sebelah Amin.
“Iman mana?” soal Amin.
“Dah tidur” balas Balkish.
Amin mengunyah nasi perlahan-lahan.
“Dia menangis saja hari ni. Rindu dekat abang agaknya. Satu hari tak nampak abang” beritahu Balkish.
“Iman ke Balkish yang rindu dekat abang?” soalan Amin menjerat. Balkish hanya senyum.
“Dua-dualah” jawab Balkish.
“Abang dari mana, malam baru balik?” soal Balkish pula.
“Ada kelas” jawab Amin ringkas.
“Kelas sampai malam-malam macam ni?” soal Balkish. Ada nada cemburu pada bait-bait kata yang keluar dari bibirnya.
Amin menngangguk. Balkish diam, dia sudah tidak mahu bertanya lagi.
“Malam ni, abang tidur dengan Iman. Balkish dah jaga dia satu hari ni, biarlah kalau malam ni abang yang standby kat bilik dia. Balkish rehatlah” beritahu Amin.
Lelaki itu sangat baik kepadanya, Amin seorang lelaki yang penyayang. Amin lebih banyak menghabiskan masa bersama Iman berbanding dirinya. Lelaki itu menguruskan Iman saat dia sedang menghadapi semester akhir tanpa mengeluh. Amin sangat memahami. Bertuah siapa yang memiliki lelaki ini. Bertuahnya aku. Kenapa selama ini aku buta menilai betapa berharganya dia?
“Awak saya nak cakap sedikit” beritahu Balkish. Dia mahu memulai bicara.
“Ada apa?” soal Amin.
“Saya dapat offer letter tawaran kerja dari Petronas” beritahu Balkish. Dia mengatur bicara.
“Bila? Tak sangka cepat kena lamar” balas Amin. Dia turut gembira untuk Balkish.
“Ingat tak dulu, saya pernah interview dekat kampus sebelum konvo?”
Amin mengangguk. Dia yang menghantarkan gadis itu ke kampusnya saat dia menghadiri temuduga dari beberapa syarikat besar yang dianjurkan oleh fakultinya dulu.
“Saya baru baca emel dari Petronas tadi. Surat mungkin lambat sedikit sampai” beritahu Balkish.
“Awak nak terima?” soal Amin.
“Awak rasa?” soal Balkish kembali. Kali ini dia mahu mengambil keputusan dengan mengambil peduli pendapat dan perasaan Amin.
“Saya tak kisah, awak. Yang terbaik untuk awak, saya okey saja” sambung Amin.
Jawapan Amin mengahampakan Balkish. Dia mahu lelaki itu yang membuat keputusan tetapi yang diberikannya cumalah kebebasan untuk dia memilih. Dia mahu Amin hadir dalam pemilihan keputusannya kali ini, dia mahu Amin lebih terlibat dalam hidupnya.
“Nak tambah lagi?’ soal Balkish lembut.
“Dah kenyang dah sayang” beritahu Amin. Dia bangun ke dapur mebawa pinggannya dan mencuci sendiri pinggan itu.
‘Amin, I think Im in love with you!’ jerit hati kecilnya. Entah hantu apa yang menghasur egonya untuk melafazkan kata katinya itu kepada Amin.
“Abang naik dululah” ucap Amin.
“Nak mandi, ke sayang nak mandikan abang” soal Amin berseloroh.
Kata-kata Amin itu tidak terlalu didengar, dia asyik memerhatikan wajah yang mulai di cintai dengan sepenuh hati itu. Handsome!
Tanpa sedar kepala Balkish tunduk, mengiyakan apa sahaja yang ditanya oleh Amin.
“Eh?” Amin terkejut.
“Apa abang tanya tadi?” soal Balkish mula sedar akan salahnya, mengiyakan tanpa mengerti apa-apapun pertanyaan dari sang suami.
“Mengelamun lagi” Amin sekadar senyum. Dia kemudiannya meninggalkan Balkish untuk mengambil beg galasnya.
“Pa, mama, Amin naik dululah” Amin meminta diri. Dia kemudiannya meninggalkan lantai bawah rumahnya itu. Balkish hanya memerhatikan langkah Amin.
What am I going to do with myself now?” keluh Balkish. Dia juga hairan melihat perubahan pada dirinya. Sejak bila dia mulai menyukai lelaki itu? Sejak kapan hatinya termakan dengan pujuk rayu Amin? dan sejak bila lagi dia mulai menghargai setiap perbuatan Amin? Tanpa disangka hatinya boleh terpaut pada wajah yang pernah memberikan sejarah hitam pada dirinya. Tanpa disangka lelaki yang sangat didendami dan dibenci menjadi raja pemilik hatinya. Sungguh kuasa Allah itu besar, segala-galanya hanya berlaku atas ketentuanNya. Tak pernah terdetik di hatinya untuk menyukai Amin, tetapi kini dia malah menyintai lelaki itu. Dia fobia dan trauma dengan Amin sehinggakan berada dekat dengannya sahaja membuatkan dia berkeringat dingin, dan tubuhnya menggeletar tanpa sebab tetapi kini dia yang mengendeng-ngendengkan diri dengan lelaki itu. Balkish pasrah dengan semua ketentuan dari Allah, setiap musibah pasti ada hikmahnya. Tetapi Amin? adakah dia juga menyintaiku? Atau Amin sebenarnya sudah ada seseorang? Kenapa sekarang dia agak sibuk dan selalu keluar rumah? Lelaki itu playboy, sangat playboy. Suka sangat menggoda gadis dan setelah mendapat apa yang dia mahu, gadis itu akan ditinggalkan. ‘Awak dah berubahkah?’ soal Balkish dalam diam. Dia berdoa siang dan malam agar terbuka hati suaminya mencari redha Allah.
Balkish kembali ke ruang menonton. Dia duduk di sofa.
“Balkish” panggil Dato’ Sahar.
“Ya, pa”
“Macamana dengan tawaran kerja? Dah dapat tahu ke?” soal Dato’ Sahar mengkhuatirkan menantunya.
“Kenapa, pa?”
“Kalau Balkish belum dapat kerja lagi, kerja dengan papa sajalah, nak?” cadang Dato’ Sahar.
Balkish senyum. Papanya baik dengannya, tak mungkin dia akan menolak tawaran daripada papa biarpun tawaran dari Petronas itu lebih menggoda.
“Abang nak pakai akauntan ke?’ soal Datin Hasmah hairan.
“Awak ni dah lama tak datang ke office. Syarikat tu bukannya kecil macam dulu lagi” sambung Dato’ Sahar.
Mendengar kata-kata suaminya itu, Datin Hasmah sedar yang dia sudah lama tidak menziarahi suaminya di pejabat. Betulkah sudah banyak perubahan yang terjadi pada tempat kerja suaminya itu.
“Tapi syarikat papa tu tak adalah besar sangat. Kalau Balkish dapat offer yang lebih baik, papa tak kisah pun” sambung Dato’ Sahar. Setiap tahun dia harus menghantar akaun syarikat ke syarikat audit untuk pembayaran cukai jadi dia berhasrat untuk menggaji seorang akauntan di syarikat sahaja untuk menguruskan kewangan dan perbelanjaan syarikat. Cuma tugas Balkish nanti mungkin agak banyak kerana dialah orang pertama yang digaji dalam sektor itu. Dan kalau betul Balkish setuju, dia akan berfikir untuk mencari pekerja kerani untuk membantu menantunya nanti.
“Balkish fikirlah dulu” usul Dato’ sahar.
Balkish mengangguk.
……………………………………..
Amin melangkah keluar dari bilik mandi. Air dari badannya menitik membasahi lantai. Dia bertuala paras pinggang seperti biasa. Telefon bimbitnya berdering. Nama si pemanggil dilihat terlebih dahulu.
“Hello” sapanya.
“Kau kat rumah lagi? bila nak datang. Kita orang tunggu ni” ajak Hisyam.
Sorry bro. Malam ni aku tak boleh. Banyak kerja nak buat”
“Kerja apa? ‘Kerjakan’ Balkish?” Hisyam ketawa.
Amin sekadar ketawa. Dia tahu temannya itu hanya bermaksud bergurau jadi dia tidak mahu ambil hati.
Come onlah. Lama dah aku tak nampak kau datang sini. Takkan dengan seorang perempuan kau dah cukup” sambung Hisyam lagi.
“Tak apalah, bro. Lain kali saja lah. Esok aku belanja kau dengan Firdaus makan” pujuk Amin. Dia tidak mahu pula dikira sombong oleh teman baiknya itu.
“Okey, tapi tempat aku pilih” sambung Hisyam.
“Okey” balas Amin.
Hisyam menutupkan panggilan itu. Amin sudah jarang sekali datang ke Teenage Hut. Kalau dulu setelah berkahwin dengan Balkish lelaki itu tetap datang tapi sudah tidak terlalu melayani gadis-gadis yang mendekatinya tapi sekarang semenjak Amin berkawan dengan Farid, teman baiknya itu sudah tidak datang langsung. Setelah selesai kelas ,mereka bertiga akan lepak sebentar di kafe dan kemudian akan pulang tetapi Amin tidak. Dia akan menghabiskan masanya di perpustakaan atau bertemu dengan Farid. Amin dirasakan sudah agak renggang dengannya dan juga Firdaus.
“Macamana? Nak Datang ke mamat tu?” soal Firdaus kepada Hisyam.
Hisyam menggeleng.
“Biarlah dia, at least dia dah tahu arah tuju hidup dia. Kita ni bila lagi nak berubah? Umur pun dah makin dewasa, takkan nak habiskan masa macam ni saja” sambung Firdaus.
“Kalau you betul-betul nak berubah, apa kata you start dengan jumpa parent I. Kita kahwin” terlontar jua lamaran secara tidak langsung dari mulut Mira.
Firdaus ketawa lucu. Tidak parnah terlintas di fikarnnya untuk melamar Mira sekarang. Dia menyintai gadis itu tapi dia belum bersedia untuk melangkah ke gerbang persandingan sekarang. Pertanyaan Mira itu dianggap sebagai lelucon untuk menutup peluang topik itu menjadi tajuk bahasan antara dia dan Mira.
……………………………………….
Amin mengangkat telefon bimbit yang masih berdering.
“Hah, ada apa lagi?’ soal Amin.
Si pemanggil berdiam diri sahaja. Amin melihat ke skrin. Pada fikirannya, Hisyam menelefonnya lagi jadi dia menjawab panggilan tanpa banyak berfikir tetapi ternyata dia silap. Tidak tertera nama Firdaus di skrin telefon bimbitnya.
“Hello” panggil Amin lagi. siapakah gerangan yang menelefonnya tapi tidak mahu berbicara.
“Hello” ulang Amin tapi si pemanggil masih tetap berdiam. Lama-lama panggilan itu dimatikan. Timbul perasaan tanda tanya di hati Amin tentang panggilan aneh itu. Hati Amin tidak tenang.


17 comments:

  1. Best Sgt. TQ. Tak sabar nak tunggu sambungannya...

    ReplyDelete
  2. Bilalah Balkish nak mulakan langkah memikat ni... kesian Amin..tq cik Sulis..

    ReplyDelete
  3. wahhhhhh...sambung lagik ^^

    ReplyDelete
  4. bestnyeee!!...smbunglh lg..tk sbr nie..hehe.. :)

    ~Aira~

    ReplyDelete
  5. Bestnya.....lama dah tunggu akhirnya Ada juga bab baru......sambunglah lagi...lama dah tunggu.....πŸ‘

    ReplyDelete
  6. Bilakah sambungannya.. tak sabar nak baca bab seterusnya..

    ReplyDelete
  7. Lama dh tunggu XD

    ReplyDelete
  8. Sambung kak!! Best!!

    ReplyDelete
  9. Harap2 dapat n3 baru soon...

    ReplyDelete
  10. Cik Sulis..Bilalah agaknya ada entry baru.. tak sabar menunggu.

    ReplyDelete
  11. akakkkk...bile nak sambung? :'(

    ReplyDelete
  12. Lamanye kami tunggu.. harap2 dapat next entry soon ;)

    ReplyDelete
  13. Rindunya pada sambungan cerita nie...

    ReplyDelete
  14. im still waiting X(

    ReplyDelete