Friday, August 14, 2015

ssndki bab 52-55

Bab 52
Telefon bimbir berdering lantang saat satu kelas menumpukan perhatian kepada pengajaran dari Tuan Mahmud. Semua mata memandang ke arah Amin. panggilan itu segera dijawab, Amin keluar dari kelas untuk berbicara.
“En. Amin” panggila Melisa.
“Ya saya”
“Cik Tina sekarang sudah tenat. Dia minta untuk bertemu dengan En. Amin sekarang. boleh en ke sini?’ soal Melisa.
Panggilan itu segera dimatikan. Amin masuk kembali ke kelasnya dan terus keluar sambil membawa beg galasnya. Tuan Mahmud menggeleng kepala melihat perangan pelajarnya yang seorang ni.
Kereta dipandu laju dengan kecepatan yang maksimum supaya dia cepat sampai ke destinasi. Amin masuk ke kamar Tina. Gadis itu cuba untuk tersenyum ke arahnya. Amin melangkah masuk perlahan-lahan dan duduk di kerusi di samping katil.
“Amin. saya ada sesuatu ak bagitahu awak sebelum..”
“Awak rehat saja. Tak payah nak cakap apa-apa” balas Amin. dia sedih melihat kadaan Tina, gadis itu berusah untuk berbicara dengannya di saat dia cuba untuk bernafas sahaja sudah susah.
“Amin. tolong jaga Sufi macamana awak jaga anak awak” beritau Tina. Dia terbatuk. Amin segera mengangguk.
“Saya akan jaga Sufi macam anak saya”
“Sufi sebenarnya anak Daniel. Saya terpaksa berbohong sebab Daniel dah tinggalkan saya. Dia dah tak nak terlibat dalam hidup saya dan juga Sufi” beritahu Tina, Amin tercengang. Yang mana satu yang btul ni? Sufi anak siapa sebenarnya?
“Mohd Sufi Danish bin Mohd Daniel. Itu nama sebenar Sufi. Saya berkahwin dengan Daniel tapi perkahwinan kami tak kekal lama. Daniel tinggalkan saya dan Sufi dan hidup seperi gaya hidup yang lamanya. Saya tak nak Sufi dibesarkan dan jadi macam saya. Daniel tahu tentang Sufi tapi dia tetap tidak mahu bertanggunjawab. Pernah dia meminta saya untuk menggugurkan kandungan saya, tapi saya tak sanggup. Cukuplah dosa saya tidak mendengar kata-kata orangtua untuk tidak berkahwin dengan Daniel. Mungkin ini semua balasan atas segala perbuatan buruk saya” kata Tina lagi. dia terpaksa menari knafas panjang setelah itu. tercungap-cungap Tina berusaha untuk bernafas. Dadanya berombak kencang seperti orang yang baru habis berlari pecut 100 meter.
“Saya minta maaf Amin sebab berbohong kepada wak dan keluarga awak. Tapi saya dah tak tahu apa lagi yang patut saya buat. Sufi dah tak ada sesiapa lagi dekat dunia ni. Tolonglah kabulkan permintaan terakhir saya. Tlong jaga anak saya Amin” kata Tina lagi. dia merayu dengan sepenuh hati dan sekuat tenaga. Nafasnya semakin kencang.
Lambat-lambat Amin mengangguk. Tina dilihat semakin tenat. “Dahlah, jangan banyak bercakap. Saya akan jaga Sufi macam anak saya sendiri. Awak jangan risau” beritahu Amin. itulah janji yang diciptakan di hadapan Tina.
“Barulah saya boleh pergi dengan tenang. Terima kasih Amin” ucap Tina.
“Dahlah. Awak berehatlah dulu” ucap Amin.
………………………………………..
Datin Hasmah mundar-mandir di ruang menonton, Balkish duduk di sofa diam sambil memangku Iman di ribanya. Dato' Sahar berbaring di sofa sambil menonton rancangan televise kegemaranya. Detak pergerakan jarum jam terasa kuat sekali kedengaran di telinga Datin Hasmah saat dia risau memikirkan Amin yang masih belum pulang.
Dato' Sahar kerling ke arah isterinya, ergerakan Datin Hasmah menganggu konsenterasi dia menonton televisi lalu perbuatan itu ditegur.
“Mah, awak boleh tak duduk” kata Dato' Sahar.
“Abang, Main tak cakap dia nak pergi mana?” soal Datin Hasmah.
“Budak tu dah besar. Biar sajalah dia” sambung Dato' Sahar. Dia langsung tidak runsing memikirkan Amin kerana dia tahu anaknya itu tahu menjaga diri.
“Mah risaulah bang” beritauh Datin Hasmah.
“Amin tak ada cakap apa-apa dekat Balkish?” soal Datin Hasmah kepada menantunya pula.
“Tak adalah mama” beritahu Balkish. mendengar nama Amin pun dia sudah mahu muntah. Tidak betah dia berlama-lama lagi di situ. Dia mengangkat Iman dan meminta diri untuk ke bilik.
Iman dibaringkan di katilnya. Anaknya itu cepat sekali membesar. Pipi gebu Iman dikucup lembut. Ketiadaan Amin langsung tidak memubuatkan Balkish risau, dia sudah malas untuk mabil kisah tentang hal Amin. biarlah dia tak mahu pulang malam ini atau tidak mahu pulang selama-lamanya.
……………………………………….
Amin memanggil jururawat untuk membantu Tina yang dilihat semakin sakit, jururawat yang bertugas malam itu masuk kek dalam bilik dan ada yang menghbungi doktor. Amin mengikut Melisa untuk masuk melihat kedaaannya. Amin Cuma mampu berdiri dari jauh dan melihat jururawat serta doktor menjalankan tugasnya. Dalam hati dia hanya mampu berdoa meohon yang terbaik untuk Tina.
Tidak lama kemudian, monitor yang dusambungkan ke tubuh Tina berbunyi memainkan irama. Doktor kemudiannya menghampiri Amin.
“Maaf ya encik, hanya ni yang mampu kami lakukan. Yang lain kita berserah saja kepada Allah. Panggillah semua keluarga encik datang berjumpa dengan pesakit. Mungkin dia sudah tidak mempunyai banyak masa lagi” beritahu doktor lelaki itu. Amin mengangguk. Tidak semena-mena air matanya menitis turun membasahi pipi. Amin mengambil kerusi dan duduk di samping Tina. Dia membuka laci yang disamping meja dan mengeluarkan surah yasin. Alunan merdu al quran itu dibaca ke telinga Tina.
……………………………………….
Telefon bimbit berdering, Dato' Sahar malas mahu mengangkat panggilan itu. dia tidak suka diganggu oleh staf-staf pejabatnya kalau dia berada di rumah, apatah lagi waktu sekarang dia sudah nyenyak tidur. Telefon bimbit itu berdering lagi. akhirnya Dato' Sahar terpaksa bangun dan menerima panggilan itu setelah melihat nama pemanggil yang tertera di skrin.
“Pa” panggil Amin. sedu-sedunya mengisi ruang waktu antara kata-katanya
“Pa, Tina dah meninggal pa”
“Innalillahiwainnailahirojiun”
Amin menangis lagi.
“Min kat mana ni?” soal Dato' Sahar.
“Kat hospital. Nak uruskan sajanazah Tina. Pa kena tolong Amin pa. Amin tak tahu macamana” dia menangis lagi. pemergian Tina buat-selama-lamanya dirasakan sebuah pengalaman yang pahit kepada dirinya. Terasa baru semalam dia dan Tina hidup denga bersuka ria di Teenage Hut, mereka sering bergurau senda dan bermanja-manja di rumah sewa Tina tapi sekarang tubuh itu terbujur kaku. Tina masih muda, lebih kurang sebaya dengannya. Tapi mudah sahaja jika Allah menghendaki sesuatu. Timbul rasa penyasalan di dalam hati. Mujurlah dia masih dikurniakan waktu untuk bertaubat dan membetulkan kesilapan lalu.
“Amin dan call ustaz, dia pun dalam perjalanan ke sini. Papa boleh tak temankan Amin” pinta Amin.
“Nanti papa ke sana. Amin mesej lah dekat ruangan mana Amin sekarang. papa siap-siap dulu” beritahu Dato' Sahar. Panggilan itu dimatikan. Dia bangun dari tidurnya. Perbuatannya itu membuatkan Datin Hasmah tersedar. Dia pelik melihat suaminya menggantikan pakaian dan bersiap-siap mahu keluar.
“Nak ke mana malam-malam ni, bang?” soal Datin Hasmah.
“Abang nak ke hospital, Tina meninggal. Anak awak sedan gurus apa yang patut dekat sana”
“Innalilahiwainnailahirojiun. Amin dekat hospital la sekarang ni, bang?”
“Haah. Awak tak payahlah ikut. Nanti kalau semua saya dah settle, saya contact awak” beritahu Dato' Sahar lagi.
Tidak lama kemudian, Dato' Sahar keluar dari kamarnya.
…………………………………………..
Dato' Sahar melihat ke arah Amin yang sedang duduk termenung di ruang tamu rumah Tina. Sajanazah Tina telah selamat dikebumikan setelas selesai solat Asar. Tadi, Datin Hasmah dan menantunya, Balkish sempat juga menziarah. Sufi di jaga oleh Makjah untuk sementara waktu ini. Dato' Sahar menghampiri anaknya.
“Pa” tegur Amin. Dato' Sahar dilihat sekilas.
Bahu Amin ditepuk, anak sulungnya ini banyak sekali dugaannya. Habis satu –satu dugaan yang datang menganggu kebahagiaannya. Mungkin Allah mahu memberikan yang terbaik makanya, dia diuji sebegini, fikir Dato' Sahar. Dia berbangga dengan Amin, anaknya itu sudah banyak berubah walaupun sedikit demi sedikit. Saat ini mengerjakan solat sajanazah tadi juga, Amin ada ikut serta. Kalau nak dibandingkan Amin sebelum ini, tidak pernah dia melihat anak lelakinya itu solat di depannya. Wajah Amin yang jelas masih bersedih itu ditatap.
“Amin nak buat apa lepas ni?” soal Dato' Sahar.
“Amin nak urus pelajaran yang tertinggal”
“Dengan Balkish macamana?” soal Dato' Sahar.
“Balkish masih tak nak bercakap dengan Amin. Amin dah tak boleh fikir lagi pa. banyak sangat masalah sekarang ni” keluh Amin.. air matanya menitis lagi. sejak sehari dua ini, senang sahaja irmatanya keluar. tanpa segan silu, dia menangis di depan papanya. Berat masalahnya tidak mampu lag  ditanggun oleh ego lelakinya. Akhirnya dia menangis sahaja.
“Sufi?” soal Dato' Sahar lagi.
“Amin nak jaga Sufi”
Dato' Sahar mengangguk. Dia tahu Sufi bukannya anak Amin. anaknya itu telah memberitahunya semalam tentang hal itu. kali ini dia Menyokong sahaja keputusan Amin. dia tahu anak lelakinya sudah matang dan dia percaya Amin sudah  boleh mengambil keputusan yang wajar. Amin sudah banyak berubah dan dia menyaksikan sendiri perubahan itu terjadi kepada anaknya. Amin bertanggungjawab terhadap Balkish dan Iman. Anak lelakinya itu boleh sahaj mengalah dalam hal menjaga Iman jika Balkish sibuk dengan tugasan dan kerjanya. Dia tahu Amin kadang-kadang terpaksa tidak hdir ke kelas kerana hal-hal dan masalah keluarganya, tapi Dato' Sahar tidak marah kerana Amin ada alasan kukuh. Perbuatan Amin sudah jarang menyababkan tekanan darahnya tinggi. Perbuatan anaknya itu selalu sahaja membuatkan dia bangga. Cuma satu sahaja tingkah laku yang belum berubah iaitu keluar malam. Amin sering sahaj keluar pada malam hari, dia sendiri tidak tahu ke mana arah tujuan anaknya itu tapi kalau sudah jam 12 malam, anaknya itu akan pulang kadang-kadang sahaja Amin terlewat pulang.
“Amin akan jaga Sufi pa” balas Amin setelah dia berfikir panjang. Dia telah berjanji dengan Tina untuk menjaga anak kecil itu seperti anaknya sendiri,. Mustahil dia memungkiri janji yang dibuat kepada Tina saat Tina sudah tidak ada lagi di dunia ini.
“Balkish macamana Min?’ soal Dato' Sahar lagi.
“Amin harap suatu masa nanti Balkish akan faham”
Dato' Sahar terngaguk-angguk.

Bab 53
Datin Hasmah dan Dato' Sahar keluar dari rumah sejak tengahari tadi, kata mereka ada urusan yang mereka mahu selesaikan tapi mereka tidak mahu meberitahu pula ke mana arah tujuan mereka. mendengar yang kedua orang mertuanya mahu keluar, Balkish mula gelisah. Dia tidak mahu berdua-duaan dengan Amin di ruangan ini. Bibik pula sibuk dengan urusannya di laman depan. Balkish melangkah kaki untuk naik ke bilik. Amin segera mengkiut isterinya itu. Balkish tidak pernah berubah sejak dari dulu, gadis itu sentiasa mencari peluang untuk mengelakkan diri daripada Amin. berbicara dengan Amin pun dia tidak mahu. Marah sekali agaknya gadis itu.
“Balkish” panggil Amin.
Gadis itu tidak mengendahkannya. Balkish segera masuk e biliknya dan menghempapkan pintu kamar. Dia tidak mahu Amin bersemuka dengannya. Dia benci kepada lelaki itu. Amin dengan segera memegang pintu kamar dengan tangannya. Terkejut Balkish melihat saat tangan Amin terkepit dengan pintu, dia mahu melihat keadaanny namun cepat-cepat dia tersedar yang dia masih bertengkar dengan Amin. dibatalkan sahaj niat baiknya.
Amin melangkah masuk ke kamar. Balkish berjalan menjauhkan diri.
“Abang ada hal nak bincang” beritahu Amin.
“Saya tak nak cakap dengan awak!” marah Balkish.
“Abang cakap, Balkish dengar” Amin duduk di birai katil. Lagaknya seperti dia dan Balkish tidak bergaduh sahaja padahal isterinya benci sekali kepadanya.
“Abang akan jaga Sufi, Iman dan Balkish. semuanya bawah tanggungjawab abang sekarang. samada Balkish suka atau tak, Sufi tetap anak abang juga dan abang dah berjanji dekat arwah yang abang nak jaga Sufi” beritahu Amin. Balkish diam. dia malas mahu berbicara dengan Amin. marahnya masih membara buat lelaki itu.
“Abang tak nak kisah lama abang dengan Tina merosakkan hubungan kita. Abang dah berubah Balkish. abang saying dekat Balkish dan Iman. Cuma dalam hidup abang sekarang, abang ada Sufi. Alangkah baik kalau Balkish boleh terima abang seadanya. Abang janji, abang dah berubah” beritahu Amin. dia merayu memohon keampunan daripada isterinya. Egonya diletakkan ke tepi di saat dia bersemuka dengan Balkish kini. Dia tahu yang dia bersalah dan berhak memohon maaf daripada Balkish kerana sikap dan kesalahannya yang dulu. gadis itu terlalu kecewa dengannya, dan dia juga terluka.
“Saya tak nak cakap dengan awak” beritahu Balkish. nadanya lemah.
“Balkish perlukan masa. Abang faham” kata Amin. dia bangun dari duduknya.
“Saya tak perlukan masa. Saya memang dah benci tengok muka awak” beritahu Balkish.
“Saya jijik dengan awak. Semua perempuan cantik, awak dah tiduri. Jadi ada apa lagi dari diri awak untuk saya. Saya tak rasa pun lelaki tak guna macam awak ni boleh berubah”
“Abang tahu Balkish marah. Tapi kalau bang dengar lagi Balkish cakap macam tu abang tak teragak-agak nak pukul Balkish” terasa kata-kata penghinaan daripada Balkish itu menjatuhkan maruahnya sebagai seorang suami kepada gadis itu. lancing sekali mulut Balkish mengutuknya. Amin menahan rasa marah, dia tidak mahu melukai Balkish lagi.
“Pukullah” ugut Balkish.
Amin keluar dari kamar itu. dia takut makin lama dia di situ, marahnya membuatkan dia hilang kawalan. Balkish tegar menghinanya. Gadis itu mungkin kecewa sekali dengannya. Langkah kaki Amin terhenti saat terdengar tangisan Balkish. dia tidak menoleh. Langkahnya diteruskan untuk dia keluar dari kamar Balkish.
………………………………………
~Beberapa bulan kemudian~
Hari ini, Amin terlambat lagi bangun pagi. Dia segera bersiap untuk ke kelas. Rumah baru yang disewa sejak beberapa minggu yang lalu itu agak berselerak. Dia tidak mempunyai masa untuk berkemas dan membersihkan rumah. Amin mengambil Sufi yang sedang makan roti di kerusi meja makan. Anaknya itu menangis kerana masih mahu makan peanut butter. Amin terpaksa berpatah balik untuk mengambil jam peanut butter dan sudu dari atas meja barulah tangisan Sufi berhenti. Dia keluar ke tempat parkir dan meletakkan Sufi di tempat kanak-kanak di kerusi belakang.
Amin memandu keretany ke rumah papa. Apabila dia sampai dia mengeluarkan Sufi dari keretanya. Mulut anaknya itu comot kerana meratah peanut butter. Saat itu Amin bertembung dengan Balkish yang juga baru mahu keluar untuk ke pejabat. Mereka tidak bertegr sapa-. Masing-masing seperti salah tingkah dan seperti tidak mengenali antara satu sama lain. Amin melangkah meninggalkan Balkish.
“Kereta awak block kereta saya” kata Balkish. suaranya datar.
“Tungulah saya hanta Sufi dekat mama dulu” jawab Amin.
“Im late” balas Balkish lagi.
“Tunggu sajalah” balas Amin. dia masuk ke dalam rumah.
Sufi diletakkan di lantai untuk berdiri. Anaknya itu berlari ke arah Iman saat melihat Iman sedang bersarapan di meja dengan opahnya.
“Ya Allah, ni kenapa comot sangat Sufi ni” tegur Datin Hasmah melihat wajah Sufi yang dipenuhi dengan sajam kacang di sekitar daerah wajahnya.
“Amin bagi makan ni saja ke dekat Sufi?” marah Datin Hasmah.
“Ma Amin pergi dulu. dah lambat ni” sengaja Amin mengelakkan diri daripada diceramahi oleh mamanya. Dia berjalan ke arah Iman.
“Anak papa dah besar” tegur Amin. Iman melihat kerah Amin dan tersenyum. Gigirnya sudah hampir penuh.
“Makan apa ni?” soal Amin. Iman menyuapkan nestumnya keada Amin. Amin sekadar merasa.
“Baiknya anak papa. Nanti main dengan abang ya” pesan Amin.
“Sufi, petang nati papa datang ambil. Nanti tengok-tengokkan adik ya” pesan Amin kepada Sufi pula. Sufi mengangguk.
“Pa. Sufi nak tidur sini malam ni?”
Amin melihat ke arah Datin Hasmah. Dia tidak tahu bagaimana cara mahu menolak permintaan kanak-akana yang belum mengerti apa-apa itu.
“Boleh” sampuk Datin Hasmah. Dia juga tidak sanggup menolak permintaan Sufi. Sudah banyak kali anak kecil itu mahu bermalam di rumah ini, tapi seringkali juga permintaannya itu ditolak oleh Amin.
“Papa pergi dulu ya. Sufi jaga opah dengan adik baik-baik” pesan Amin. dia kemudiannya mencium pipi Sufi dan Iman. Amin meminta diri untuk pergi daripada mamanya. Sebaik sahaj keluar, Balkish dilihat sudah masuk ke dalam keretanya. Gadis itu tetap tidak mahu bercakap dengannya. Amin sekadar melewati Balkish untuk ke keretanya yang diparkir belakang kereta Balkish. Tidak lama setelah itu, Amin memandu keluar keretanya.
Amin ke kampus dan terlambat lagi masuk ke kelas. Dia duduk di kerusi paling depan. Biasanya kerusi depan jarang diambil oleh amahasiswa, mereka lebih memilih untuk duduk di tengah atau di belakang. Buku catatan dikeluarkan dari beg galasnya. Tumpuannya diberikan sepenuhnya kepada pengajaran yang diajarkan oleh Prof Gopal. Setlah selesai semua kelas, Amin disapa oleh Farid. Temannya itu mengajak Amin untuk menghadiri kelas Ustaz Wahid malam nanti tapi Amin terpaksa menolak kerana dia tidak mahu meninggalkan Sufi lagi. sekarang ini, dia terpaksa mengatur jadual hariannya kerana dia tidak mahu meninggalkan Sufi kepada mama atau Mak Jah. Sudah keberatan dia mahu meminta tolong daripada mereka berdua untuk melihatkan Sufi sementara dia keluar dengan urusannya. Dia masih mengahdiri kelas Ustaz Wahid Cuma kekerapannya usdah berkurang. Dia juga agak sibuk dengan urusan akademiknya. Sesibuk manapun Amin, dia tetap melaksanakank kewaijban umat Islam lima kali sehari iaitu solat.
“Amin” panggil Rina saat dia melihat lelaki itu di kawasan dekat kafe. Rina menghampiri.
“Lama tak Nampak” tegur Rina tanpa menghiraukan keberadaan Farid yang berdiri di sampnug Amin.
“Sibuk sedikit. Rina, kenalkan ni Farid. Farid, ni Rina”
Rina dan Farid saling berbalas senyuman.
“Mana anak awak? Kenapa tak bawa hari ni?” soal Rina. Dia rindu mahu melihat wajah comel milik Sufi. Amin pernah membawa anaknya ke kampus kerana tidak mahu meninggalkan Sufi sendirian di rumah. Pernah dia membawa Sufi dengan alasan berjalan-jalan ke kampus sedangkan dia sebenarnya perlu mengambil surat di pejabat Dekan.
“ada dengan opah dia” balas Amin.
“Amin, aku pergi dululah” pinta Farid.
“Tunggulah, aku hantar kau balik kolej. Aku pun tak lama dah ni”
“Nak balik dah ke?” soal Rina. Amin mengangguk
“Kenapa?” soal Amin.
“Tak adalah. Saya saja saja” balas Tina.
……………………………………
Tina dan dua orang kerani yang bekerja di bawahnya turun ke tingkat bawah untuk pulang. Hari ini mereka terpaksa bekerja sampai lewat malam untuk menyiapkan data kewangan untuk projek terbaru yang ditangani oleh syarikat mereka.
“Boleh awak temankan saya ke parkir kereta?” soal Balkish. dia agak takut untuk ke tempat parkir keretanya yang terletak dekat dengan lorong kosong bersebelahan Tina eleven. Lorong itu gak sunyi terutama kalau malam hari, mujur ada kedai 7 eleven berhampiran dengannya, ada jugalaha orang yang kelihatan di tempat sekitar situ, kalau tidak pasti lorong itu sunyi tidak berpenghuni. Malik dan Rihan menemani bos mereka itu ke tempat parkir. Balkish mengucapkan terima kasih dan menghantar mereka ke tempat parkir motor mereka yang terletak agak jauh seidkit. Setelah itu, Balkish terus memandu pulang.
Dia mengantuk dan penat sekali hari ini, staf-staf yang lain sudah pulang dari petang tadi. dia, Malih dan Rihan terpaksa bekerja lebih lama di pejabat untuk menyiapkan data kewangan projek syarikat yang diperlukan oleh Dato' Sahar akhir minggu ini.
Wawalupun Dato' Sahar ayah mertuanya tapi dia tetap menghormatinya seabagi seorang ketua, dan setiap kata dari Dato' Sahar dianggap suatu arahan yang mesti dipatuhi kerana Dato' Sahar walaupun di rumah seorang papa, tapi di pejabat dia tetap seorang Dato' Sahar. Farah juga dari petang tadi sudah pulang, walaupun bekerja satu pejabat tapi Farah dan dia jarang juga bertegur sapa. Entah apa yang tidak betul pada hubungannya dan adiknya itu.
Kereta dipandu masuk ke parkiran di dalam rumah, pintu pagar besi itu kemudiannya tertutup secara automatic. Balkish keluar dari kereta. Dia segera masuk ke dalam rumah. Dato' Sahar masih belum tidur. Dia menegur papa yng sedang menonton di ruang menonton.
“Dah siap ke acoount?” soal Dato' Sahar.
“Belum pa. hari jumaat ni siaplah: balas Balkish. Dato' Sahar mengangguk, kemudian dia menyuruh Balkish untuk naik berehat di kamar. Amin menurut, lagipun di asendiri sudah kepenatan sekali untuk satu hari ini. briefcase dibimbit dan Balkish melangkah ke tingkat atas, masuk ke kamar Iman. Dia melihat anaknya berbaring di katil di samping Sufi. Balkish sudah lali anak tirinya itu bermalam di sini, dia tidak suka sebenarnya tapi dia juga tidak melarang. Biasanya Amin yang akan menghalan Sufi dari bermalam  di rumah ini kerana memikirkan perasaannya.
Gebar di tarik menyelimuti tubuh Sufi dan Iman. Balkish menciunm di dahi Iman. Anaknya itu tersedar.
“Mama baru balik?’ soal Iman.
Balkish mengangguk dan tersenyum. Dia membelai rambut Iman yang sudah panjang.
“Abang asyik Tanya bila mama nak balik” beritahu Iman tentang Sufi.
“Tidurlah” pujuk Balkish. dia menepuk-nepuk behu Iman untuk mendodoikan anaknya itu. anak lelakinya itu kembali terlelap. Balkish keluar dan menapak ke kamarnya. Pintu di tutup dan Balkish melangkah ke bilik air untuk mandi.
Balkish berbaring di katil. Abang? Teringat panggilan Iman untuk Sufi itu. ini semua olah si Amin. dia yang mengajar anak mereka itu untuk memanggil Sufi abang sedangkan Sufi anak Amin dengan Tina. Balkish marah apabila memikirkan tentang hubungan Amin dengan Tina itu, walaupun gadis itu telah meninggal dunia tapi dia tetap tidak boleh memaafkan kesilapan Amin itu. dan kini, dengan adanya Sufi dia akan sentiasa terkenangkan kesilapan Amin.
 Muncul wajah Amin di bayangan mata, senyuman Amin yang sangat kacak terukir di wajah lelaki itu membuatkan hati Balkish bertambah sakit. Senyuman itu seolah-solah mempersendakan perasaan saying yang pernah tumbuh di hatinya buat lelaki playboy itu. senyuman Amin itu seolah-olah mengatakan yang aku seorang pecundang, yang mudah sahaja ditakluk hatinya oleh lelaki playboy yang bernama Amin. air mata Balkish menitis di pipi dan membasahi bantal tempat tidurnya. Sudah lama perkahwinannya dengan Amin tapi selama mereka berdua bersatu, mereka tidak pernah mencapai kebahagian, dia tidak pernah berasa bahagia di sisi Amin. apa salah mereka? adakah ini semua balasan untuk kesilapan mereka pada malam itu? sehingga Iman lahir atas suatu hubungan yang tidak halal? Air mata Balkish menitis lagi apabila membayangkan nasib Iman. Dia sangat membenci Amin!
……………………………………
Amin tersedar dari tidurnya saat wajah Balkish yang sedang menangis muncul di dalam mimpinya. Mimpi itu seakan-akan kenyataan sehingga mebuatkan dia berasa risau. Mahu sahaja dia mengambil telefon dan menelfon Balkish malam-malam begini tapi dia takut Balkish marah. Sihatkah gadis itu? gembirakah hatinya saat aku tiada di rumah itu? pertanyaan itu hanya memberikan satu jawapan iaitu, “Shes’ better without me”
Amin bangun dari duduknya. Buku-bukunya dikemaskan dari atas meja. Buku catatan yang digunakan untuk mengulangkaji sejak jam 9 malam tadi dimasukkan ke dalam beg galasnya. Dia takut dia terlambat bangun esok hari dan terlupa membawa buku itu ke kelas.
Amin mengambil wuduk dan kemudiannya mengerjakan solat tahajud. Setelah selesai dia menadah tangan dan mengAminkan doa buat, kedua orangtuanya, mertuanya, Balkish dan anak-anaknya.

Bab 54
Balkish dan mama berdiri di samping pintu keluar sambil menunggu papap dan Amin keluar dari dewan itu. Iman dan Sufi ada bersama papa. Tidak lama kemudian papa, Amin, Sufi serta Iman keluar mendapatkan mereka. Amin kelihatan tampan dengan kemeja biru lembut dan necktie yang dipakainya. Jubah konvokesyen yang dikenakan tidak menutup ketampanan lelaki itu. Amin mencuri pandang tapi dia segera melarikan pandangannya kerana tidak mahu disedari oleh pemilik wajah tampan itu. Balkish memanggil Iman ke arahnya tapi anak lelakinya itu tidak mahu berenggang dengan Amin. sufi melihat ke arah Balkish berharap agara mamanya itu memanggilnya. Hanya Amin yang sedar tentang perbuatan Sufi itu. dia tidak mahu anaknya itu berkecil hati, dia menarik tangan Sufi. Mama mengucapkan tahniah atas kejayaan Amin yang akhirnya Berjaya menamatkan pengajiannya. Mama sempat mencium pipi anak lelakinya itu, Balkish hanya melihat. Dia tidak dapat berlagak biasa apabila Amin berdiri dekat dengannya. Dia rimas.
Akhirnya, setelah satu tahun sejak Balkish graduasi, Amin akhirnya menghabiskan pengajiannya. Lelaki itu erjaya menempatkan dirinya di kalangan nama-nama pelajar yang mempunyai nilai cgpa di atas 3.00. suatu pencapaian yang menakjubkan memandangkan selama ini lelaki itu tidak terlalu mengambil peduli tentang pengajiannya. Entah sejak bila lelaki itu mula berubah dan berusaha menghabiskan pengajiannya yang tertangguh selama ini Cuma dalam waktu satu tahun.
Dato' Sahar mengajak keluarganya untuk pergi makan. Walaupun Balkish tidak suka bersam-sama dengan Amin tapi dia terpaksa juga menurut untuk memmberi muka kepada Dato' Sahar dan juga Datin Hasmah. Mereka sekeluarga menaiki kereta yang dipandu oleh Amin. Balkish, Datin Hasmah dan dua kanak-kanak riang itu duduk di seta belakang. Iman sibuk mengusik Sufi dengan tingkah nakalnya tapi Sufi hanya mebiarkan. Dia tidak mahu bermain tapi Iman tetap sahaja mahu membuatkan abangnya itu marah. Apabila Sufi tidak melayan, Iman sibuk berlari di tengah-tengah MPV Estima itu.
“Iman. Duduk. Bahaya Iman main-main dalam kereta ni” tegur Balkish lembut.
“Mari duduk dengan atuk” ajak Dato' Sahar. Iman memanjat ke ribaan datuknya dan bergurau dengan Dato' Sahar. Sekejap-sekejap dia ketawa besar apabila Dato' Sahar melayan kerenahnya. Sufi duduk di belakang. Dia berdiri dan berjalan menghampiri Balkish.
“Mama, Sufi mengantuk” kata anak kecil yang berusia hampir tiga tahun beberapa bulan akan datang.
Balkish melihat ke wajah Sufi, matanya kuyu. Dia menggosokkan matanya dengan kdua belah tangan. Balkish melihat ke arah Datin Hasmah. Ibu mertuanya itu tidak mendengar apa-apa. Balkish serba-salah. Kereta itu bergoyang saat Amin memandunya merentasi bonggol setelah membelok ke simpang jalan. Tubuh Sufi hampir bergerak ke belakang, cepat-cepat Balkish memegang. Tangan Sufi ditarik ke arahnya. Akhirnya tubuh itu diangkat ke ribaannya. Sufi duduk, Balkish melingkari tangannya memeluk lengan Sufi. Lama-kelamaan kepala Sufi terlentok dalam pelukan Balkish. sekali lagi Balkish merenung wajah Sufi lama-lama. Wajah itu mengingatkannya kepada Tina.
Setelah sampai ke tempat destinasi, Amin menarik handbreak. Dato' Sahar dan Iman keluar dari perut kereta dan diikuti oleh Datin Hasmah. Amin keluar dan menarik pintu buat Balkish. isterinya itu memandangnya dengan pandangan kosong. Sufi yang sedang terlena dalam pangkuan Balkish dilihat.
“Kejutlah bangun” suruh Amin.
“Dia baru saja tidur” beritahu Balkish.
“Atuk, Iman nak makan ayam goreng. Macam Upin Ipin” beritahu Iman sambil menarik lengan atuknya untuk masuk ke restoran.
“Jomlah kita masuk dulu Mah” ajak Dato' Sahar. Datin Hasmah mengangguk. Dia sempat melihat ke arah menatunya yang masih di dalam kereta. Sengaja dia dan suaminya mahu member ruang untuk sepasang suami isteri itu.
“Dia selalunya tak macam ni. Kalau dalam kereta susah nak tidur. Kenapa pula hari ni boleh terlentok dekat riba awak?” omel Amin. Balkish tidak mahu mengulas panjang dan hanya diam.
“Sinilah abang angkat” beritahu Amin. dia mendekat ke arah Balkish. risau juga jika dengan karak dekat begitru isterinya bakal marah atau tersinggung.
Balkish mengangguk. Tangan Amin memegang bahu dan paha Sufi secara tak sengaja, dia menyentuh Balkish. awalaupun sentuhan itu bukan dari kulit ke kulit tapi hati Amin berdetak kuat. Dia cepat-cepat mengambil tubuh Sufi dari Balkish dan mendukungnya. Balkish ditinggal di belakang. Dia takut jika Balkish melihat ke wajahnya yang sudah merona merah. Dia takut seandainya Balkish mendengar degupan jantungnya yang bagaikan dipasang ke bunyi loudspeaker.
Amin duduk di kerusi dan Sufi masih dalam pangkuannya.
“Sufi. Sufi tak nak makan ke? Kita dah sampai ni” Amin membangunkan anaknya.
“Pergi basuh muka dulu dengan papa” ajak Amin.
Sufi berjalan sendiri sambil ditemani oleh Amin bilik air lelaki. Tidak lama kemudian dua orang lelaki itu keluar kembali ke kerusi masing-masing. Iman mengambil tempat di samping Sufi.
“Abang ak pesan apa? Adik suruh atOkey pesan ayam goreng 3. Dua untuk adik, satu untuk abang” beritahu Iman. Datin Hasmah tersenyum lucu melihat kerenah cucu-cucunya itu.
“Nak kencing” keluh Iman.
Baru sahaja Balkish mahu berdiri, suaminya itu sudah berdiri terlbih dulu daripadanya. Balkish terpana seketika.
“Jom. Papa bawa pergi toilet” ajak Amin.
“Tak apalah. Saya boleh bawa” pintas Balkish.
“Tak nak dengan mama. Nanti masuk toilet perempuan. Iman malu” beritahu Iman.
Datin Hasmah dan Dato' Sahar sama-sama melihat satu sama lain. Mereka berdua terasa bahangnya kedinginan hubungan antara Balkish dan Amin.
Makana yang sudah dipesan dihidangkan di meja oleh pelayan-pelayan restoran. Balkish sejak dari mereka sampai, dia jarang berbicara. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Mereka semua menjamu selera. Amin sibuk melayan kerena Iman. Anak mereka itu lebih hyperaktif dengan bertambahnya usia. Sesekali Balkish melihat ke arah Iman, bimbang sekiranya anak itu tersedak atau ada kemahuannya yang lain. Iman agak manja, kadang-kadang makan hendak bersuap, kalau makan ikan tidak mahu, sayur tidak mahu, yang dia mahu hanya ayam goreng. Suka bercakap kalau makan, Balkish risau kalauanaknya itu mahu air atau tercekik. Kalau apa-apa terjadi pada Iman, dia jauh. Iman duduk makan di samping Sufi, di samping Amin. dan Iman selamat sahaj di sisi suaminya itu, kerenah-kerenah Iman dialayan oleh Amin, keluhan-keluhan Iman ditangani oleh Amin.
“Balkish, tambahlah lagi” pelawa Datin Hasmah.
“Tak apalah mama. Balkish dah kenyang” balas Balkish.
“Min ada minta kerja mana-mana ke?’ soal Datin Hasmah kepada Amin.
“Tak adalah ma. Amin ingat nak kerja dengan papa” balas Amin.
Balkish tidak jadi menyuapkan makanan ke mulutnya. Kata-kata Amin itu membuatkan dia terkejut. Lelaki itu memang berencana mahu bekerja di syarikat papa? Kenapa? Dengan kelayakannya, dia boleh sahaja mendapat kerja dri syarikat swasta atau bahagian kerajaan dengan hasil pendapatan yang lebih lumayan. Macamana nanti kalau setiap hari dia terpaksa bertemu dengan Amin, sedangkan selama beberapa jam pertemuan dengan lelaki itu juga dia terasa seperti dipenjara seribu tahun. Sepnajng satu hari ini, dia tidak senang duduk tidak bebas berbicara, semuanyag gara-gara Amin.
“Kenapa tak minta kerja dengan government?” soal Dato' Sahar.
“Saja. Nak jaga family business. Takkan nak harapkan Aman” Amin tersenyum. Datin Hasmah juga senyum. Memang harapan suaminya untuk melihat salah seorang daripada anak mereka mewarisi syarikat itu tapi Amin dulu, tidak boleh diharap sangat, Aman pula mengambil jurusan Perubatan. Tapi Alhamdulillah sekarang, harapan suamniya itu bakal menjadi kenyataan dengan adanya Amin.
Dato' Sahar mengunyah makanannya. Dia malas menunjukkan emosinya di hadapan Amin dan Datin Hasmah. tapi jauh di dalam hati, dia gembira mendenagar jawapnan dari Amin itu.

Bab 55
kereta BMW itu diparkir di tempat parkir berbayar yang dinamakan atas nama Dato' Sahar. Sengaja Amin mengambil tempat parkir papanya memandangkan papanya belum lagi datang ke pejabat awal-awal begini. Amin membetulkan baju dan tali lehernya di depan pintu utama pejabat construction milik papa. Dia kemudiannya melangkah masuk dan memperkenalkan dirinya kepada staf yang sudah mula masuk kerja seawall jam 8 pagi. Amin disuruh menunggu di sofa bertentangan dengan bilik Dato' Sahar. Dia senyum kepada orang yang melihat ke arahnya, hari ini, moodnya baik sekali untuk dia memulai kerja di syarikat ini sebagai seorang engineer.
“Gina, siapa tu? soal Kak Bibi kepada setiausaha Dato' Sahar yang melayani Amin sebentar tadi.
“Tu anak Dato’ kak” beritahu Gina
“Handsomenya” pintas kak Bibi.
“Suami orang dah tu kak” balas Gina.
“Bertuahnya isteri dia” puji Kak Bibi.
“Akak kenal pun siapa isteri dia” pintas Gina lagi.
“Siapa? Balkish?”
Gina mengangguk laju lalu ersenyum. Suka dia melihat ekspresi terkejut terpamer di wajah Kak Bibi yang meimang suka ambil tahu cerita orang itu.
“Tak sangka pula Balkish tu ada husband yang handsome macam tu. bertuah sungguh dia, dapat jadi menantu Dato' Sahar, dpata husband yang handsome macam tu” kata Kak Bibi. Gina sekadar senyum. Lama-lama dia menjawab, “Tu lah kak Bibi, jangan pandah rendah dekat Balkish tu” sambung Gina.
Kak bibi kemudian kembali ke tempatnya. Dia sempat senyum kepada Amin yang masih duduk di sofa menunggu. Amin melihat jam tangannya, papa masih belum sampai lagi. Amin melihat ke arah pintu masuk, menunggu kehadira bosnya. Orang lain yang ditunggu, orang lain pula yang muncul. Dari jauh kelihatan Balkish sedang berjalan masuk ke pejabat. Melihat wajah itu, Amin senyum namun Balkish tidak membalas senyumannya. Gads itu hanya melewati Amin untuk ke kamar pejabatnya tanpa menegur suaminya. Gina melihat. Amin mengekori langkah Balkish ke pejabat Balkish. saat pintu mahu tertutup Amin memegang daun pintu dan melangkah masuk, dia member salam.
“Apa awak buat kat sini?” soal Balkish terkejut.
“Jumpa isteri abang” balas Amin selamba. Balkish melihat kerah Amin tajam. Sempat dia menikmati kekacakan suaminya. Wajah itu bersih dan kemas. Neck tie pink tergantuk rapi di kolar baju kemeja yang berwarna peach lembut. Tubuh Amin yang tinggi sasa membuatkan sifak maskulinnya terserlah. Rambutnya seperti biasa disiri rapi.
“Boleh tak awak tunggu dekat ruangan menunggu. I ada kerja” balas Balkish.
“Amboi. Dah ber ‘I’ dengan abang” sambung Amin. dia ketawa lucu. Kelakar amabila mendengar isterinya bercakap berbahaskan dirinya sebagai I sedangkan selama ini dia hanya berawak saya.
“Keluar Amin. selagi you tak kerja dekat sini, I boleh panggil sevurity untuk halau you keluar” balas Balkish. dia duduk di kerusinya dan mekan beberapa helai kertas dari briefcasenya. Keberadaan Amin di depannya bagaikan tidak membawa apa-apa erti.
“Awak sanggup biar abang tunggu dekat situ? Nanti apa pula kawan-kawan office awak cakap nanti?”
Balkish diam, dia tidak mahu juga pekerja-pekerja di pejabat ini bercakap yang bukan-bukan tertutama tentang hubungan mereka suami isteri.
Pintu bilik diketuk dan Gina muncul.
“Maaf, Kak Balkish. Dato panggil Encik Amin masuk” beritahu Gina. 
Amin bangun dari duduknya. “Awak akan selalu jumpa abang mulai dari sekarang. get use to it” beritahu Amin. dia kemudian beredar.
“Bye saying” usik Amin.
Amin masuk ke kamar pejabat Dato' Sahar setelah memberika ketukan kuat di daun pintu. Dia masuk tanpa diundang dan duduk di sofa depan papanya.
“Youre late papa” balas Amin.
“Blame the guy who stole my parking” balas Dato' Sahar. Amin senyum lucu membayangkan Wak yangterpksan menadah telinga mendengar leteran papa apabila melihat kereta BMW miliknya mencuri parking papa.
“Papa nak Amin buat apa hari ni?” soal Amin. dia bermanin-main dengan dokumen-dokumen yang tersusun di meja papanya.
Dato' Sahar menekan punat interkon dan emanggil Gina untuk masuk ke pejabatnya.
“Ya Dato”
“Gina kenalkan ni Amin, engineer baru kita. Boleh awak bawa dia ke office dia dankenalkan dengan Farhan” arah Dato' Sahar. Gina mengangguk
“Farhan?”
“Farhan yang engineer tempat Amin kerja dulu tu?” soal Amin tidak percaya yang sekarang dia dapat bekerja dengan lelaki itu sebagai rakan sejawatan dan bukan lagi buruh binaan.
“You may leave, En. Amin” arah Dato' Sahar.
Amin bangun dari duduknya dan mengikut Gina ke pejabat barunya yang terletak agak jauh dari ruangan pejabat papa tapi dekat dengan ruangan pejabat Balkish. dia sempat mencuri pandang ke ara hgadis itu yang berada di dalam bilik pejabatnya. Amin kemudiannya melangah masuk ke ruangan pejabatnya yang agak kecil kalau dibandingkan dengan ruangan pejabat papa. Kerusi kulit yang berwarna hitam yang menjadi miliknya beberapa saat yang lalu saat papa memen=rima bekerja di cuba.
“Nice” ucap Amin.
“It leather, En, Amin”
Amin senyum. Gadis setiausaha papanya itu dilihat.
“So when can I meet Farhan?” soal Amin.
“En. Amin boleh ikut saya” ucap Gina. Dia melangkah keluar darii ruangan pejabat Amin sambil diikuti oleh lelaki yang bertugas sebagai engineer baru di syarikat itu. mereka berdua masuk ke ruangan pejabat Farhan. Amin segera berjabat tangan dengan Farhan seperti kawan lama yang sudah agak lama tidak bertemu.
“Dato’ ada cakap awak nak masuk kerja hari ni” ucap Farhan. Amin mengangguk.
“En. Farhan, kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu” kata Gina. Farhan hanya memberikan isyarat tangan untuk mmembenarkan Gina keluar. Amin sekadar melihat ejanggalan antara dua orang itu.
“What was that?” soal Amin.
Farhan menjungkit bahu. “So apa yang kau nak tahu pasal syarikat ni?’ soal Farhan sebagai seorang engineer, dia bert enganggungjawab untuk memperkanlakn Amin dengan usasana di syarikat ini serta memberikan informasi tentang projek=projek yang sedang berlangsung sekarang dan yang bakal ditender oleh syarikat.
“Semua. Start from A to Z”
Telefon bimbit Farhan berdering, Amin melihat beberapa drawings yang dilukiskan oleh engineer itu. draft hasil lukisan Farhan memang cantik dan unik, lelaki itu memang berbakat dan Amin berharap dia mendapat peluang yang baik untuk bekerjasama dengan seorang engineer yang berkebolehan dan berpengalaman seperti Farhan.
“Aku nak pergi site. Kau nak ikut?” soal Farhan mengajak Amin.
Amin segera mengangguk. Dia lebih suka bekerja di site prosajact daripada duduk di pejabat dengan tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Mereka berdu akeluar dari pejabat dan meninggalkan pesan tentang pemergian mereka ke site prosajact kepada Gina.
………………………
Balkish masuk ke bilik pejabat Dato' Sahar setelah dipanggil oleh papanya. Dia duduk di depan Dato' Sahar.
Agaknya, dia sudah dapat meneka apa yang bakal disampaikan oleh bosnya itu namun Balkish menunggu bicara dari Dato' Sahar sendiri.
“Account dah siap?” soal Dato' Sahar.
“Tengah siapkan pa” balas Balkish. dia sebenarnya tidak reti membiasakan Dato kepada Dato' Sahar. Mungkin kerana sudah terbiasa dengan panggilan papa danp panggilan itu melekat sampai mereka berdua bekerja di pejabat. Nasib baik ayah mertuanya itu tidak kisah.
“Jumaat nanti papa nak” Dato' Sahar mengingatkan.
Balkish mengangguk. Dia masih menunggu bicara Dato' Sahar. Dia tahu ini bukanlah agenda utama tujuan dia dipanggil menghadapnya.
“Balkish dah jumpa Amin?” soal Dato' Sahar.
Balkish mengangguk. Ini baru tujuan sebebnar Dato' Sahar memanggilnHye ke sini.
“Amin dah kerja dekat sini, as an engineer. Nanti kalau dia ada minta tolong apa-apa dari Balkish, Balkish tolonglah. Dia tak kenal lagi company ni macam Balkish jadi dia mungkin memerlukan bantuan Balkish” beritahu Dato' Sahar.
Balkish sekadar mengangguk. Permintaan Dato' Sahar itu mungkin agak sulit untuk dikotakan tapi dia akan cuba berusaha selagi iainya berkaitan dengan kerja.
“And nanti Balkish boleh tak suruh Amin review account syarikat untuk masa lima tahun ni” beritahu Dato' Sahar lagi.
“Account syarikat tak masuk dalam job description engineer Pa. kenapa Amin nak kena review account syarikat?” balas Balkish.
Dato' Sahar senyum, “He will take this seat someday” beritahu Dato' Sahar. Dia  melihat ke arah Balkish.
Balkish diam. dia tidak mahu memberikan pendapatnya. Keputusan Dato' Sahar itu walaupun tidak disukainya tapi Dato' Sahar berhak mengambil keputusan besar itu kerana dia pemilik syarikat.
“And papa tak cakap lagi dekat Amin untuk review. Balkish sajalah yang cakap. Mungkin dengan Balkish dia nak”
“Tapi pa”
“May be after your finish account this Friday. Then, persuade Amin” balas Dato' Sahar.
Lambat-lambat Balkish mengangguk. Tidak lama kemudian dia kembali ke bilik pejabatnya. Permintaan Dato' Sahar menganggunya, impian Dato' Sahar untuk melantik Amin sebagai pengerusi syarikat ini juga menganggunya. Akaun syarikat yang harus disiapkan hari Jumaat ini tidak diendahkan.
Telefon bimbit berdering.
“Ya saying. Iman cakap perlahan-lahan sedikit” pujuk Balkish.
“Mama. As I was driving the car and accident, then Abang Sufi he, he, erm what happened is I didn’t do it mama. Opah scolded me, Abang cry-cry” biacara Iman tidak teratur, anaknya itu seakan-akan panik. Iman sekarang sudah pandai berbahasa Inggeris tapi bahasa Ingerisnya masih lagi salah-salah.
“Cakap pelan-pelan Iman”
“Mama, Iman tak sengaja. Iman bawak kereta yang papa belikan tu. lepas tu, Iman terlanggar abang Sufi. And now Abang nangis-nangis mama” Iman mengulangi lagiceritanya dengan kadar yang lebih perlahan daripada sebelumnya. Balkish teringat akan sebuah kereta mainan yang boleh dinaiki dan dipandu oleh Iman. Kereta itu dibeli saat anaknya itu kekuar berjalan-jalan dengan papanya dan setiap hari setelah itu,Iman tidak berhenti-henti bermain dengannya, bahkan walaupun waktu makan sekalipun dia tidak mahu berganjak dari mainan kereta ainan itu.
“Sufi kat mana sekarng?” soal Balkish pula. Risau juga dia dengan keadaan Sufi apabila mendengar suara Iman cemas sebegitu.
“denan opah” jawab Iman.
“Mama nak cakap dengan opah. Bagi phone ke opah saying” beritahu Balkish. tidak lama kemudian kedengaran suara Datin Hasmah di hujungan telefon sebelah sana.
“Sufi Okey ke ma?” soal Balkish risau. Walaupun dia tidak menyukai Sufi tapi dia juga tidak menghukum Sufi. Terasa cemas juga kalau-kalau Sufi terluka akibat kenakalan Iman.
“Ni, luka sedikit dekat kaki. Iman terpijak kaki abang dia dengan kereta mainan tu” beritahu Datin Hasmah.
“Tapi dah Okey kan ma. Nak Balkish bawa pergi klinik ke?” soal Balkish.
“Dah Okey dah. Mama dah sapu ubat da. Balkish nak balik lunch dekat rumah ke?” soal Datin Hasmah.
“Taklah ma. Hari ni banyak kerja sedikit” balas Balkish. setelah member salam, panggilan itu dimatikan. Balkish kembali menghadap kerjanya yang tertangguh sebentar tadi. dia cuba mengenepikan dahulu permintaan dan arahan daripada Dato' Sahar supaya dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam menjalankan tugasnya hari ini.
……………………..
Datin Hasmah tersedar dari tidurnya pabila mendengar deruan enjin kereta di luar rumah. Dia dapat mengagak yang kereta itu milik Balkish. tidak lama kemudian, Balkish muncul dari luar dan mengurnya. Datin Hasmah duduk. Dua orang cucunya masih terlena di hamparan gebar tebal di lantai yang beralskan karpet merah di ruangan meonton. Balkish duduk di samping Iman. Dahi anaknya itu diusap.
“Dah lama ke tidur ni ma?” soal Balkish tentang Iman. Melihat wajah Iman yang mulus dan nyenyak tidur membuatkan hatinya gembira. Penat bekerja satu hari suntuk bagaikan tidak terasa apabila dapat menatap wajah si anak. Balkish melihat ke araha kaki kanan Sufi yang masih agak bengkak dan berminyak mungkin kerana disapu ubat oleh mama.
“Teruk ke mama kaki Sufi?” soal Balkish.
“Iman ni nakal. Main tak tengok orang. Mama dah larang. Kebetulan masa tu Sufi melukis kat sini, Iman tak Nampak, dia terpijak dengan kereta dia tu” beritahu Datin Hasmah. teringat peritiwa siang tadui itu. Sufi menangis melaung kesakitan dan Iman pula cepat-cepat minta maaf. Setelah di pujuk dan dirawat kakinua, barulah Sufi berhenti menangis. Datin Hasmah cuba memujuk dua orang cucuya tu untuk tidur dan kahirnya mereka bertiga terlelap bersama sampailah sekarang.
“Assalamualaikum” Amin member salam.
Balkish dan Datin Hasmah melihat ke arah pintu. Amin sedang membuka kasutnya untuk masuk ke dalam rumah. Dia terus ke ruangan menonton apabila melihat Balkish dan mamanya berada di ruangan itu.
Amin duduk di samping mamanya.
“Ni kenapa Sufi jadi macam ni?’ soal Amin terkejut melihat kaki anaknya yang bengkak dan luka.
“Tadi, biasalah kalau budak-budak ni main. Nakal” jawab Datin Hasmah.
“Takkan main sampai bengkak macam ni. Ni mesti kerja Iman” Amin dapat meneka. Anaknya yang seorang itu memang nakal dan biasanya Sufi yang terpaksa mengalah.
Balkish melihat ke arah Amin dengan pandangan tajam. Dia tidak suka mendengar kata-kata Amin. macamlah Iman ni jahat sangat, its just a small scratch pada Sufi, dan Amin tak perlu marah sangat sampai macam ni sekali. Nampak sangat Amin ni sayangkan Sufi dari Iman padahal Iman pun anak dia juga.
“Min nak minum” sengaja Datin Hasmah mencelah. Dia tidak mahu nanti bergaduh lagi Amin dengan Balkish di depannya. Lagipun, Amin terlihat penat tapi Balkish tidak pula mempelawa suaminya untuk minum atau makan.
“Tak apalah ma. Amin nak baliklah. Nak rehat dekat rumah” beritahu Amin. pelawaan mamanya ditolak dengan baik.
Datin Hasmah kasihan dengan anak sulungnya itu. walaupun beristeri tapi seperti tidak beristeri, ada rumah tapi hidup berdua dengan Sufi di rumah sewa. Tapi Datin Hasmah tidak dapat berkata apa-apa kerana keputusan itu diambil oleh anaknya sendiri. Balkish pula sush untuk tinggal bersama Amin, Datin Hasmah tidak pula menyalahkan Balkish kerana dia juga faham keadaannya. Balkish sendiri dianggap seperti anak sendiri dan keputusan Balkish juga dihormati walaupun dia terpaksa melihat Amin hidup sengsara. Hati ibunya tetap menyabelahi Amin kerana Amin adalah anak kandungnya, dikandung dalamrahim selama 9 bulan, bersusah payah dia membesarkan Amin. dia hanya berdoa agar, suatu hari nanti hubungan Balkish dan Amin mendapat kebahagian. Semua masalah ni pasti ada baiknya. Sekurang-kurangnya dia dapat melihat Amin berubah sedikit-demi sedikit bahkan dia bangga dengan Amin, sense of responsibilities, penyayang dan Amin juga prihatin serta berpendirian Cuma meungkin belum ada jodohnya loagi untuk bersatu dengan Balkish.
Amin mengangkat tubuh Sufi yang masih terbaring lena. Anaknya itu bergerak kecil. Tubuh Sufi diletakkan di dukungan.
“Pa” terdengar sendu tangis Sufi yang masih bersisa.
“Erm”
“Sakit pa”
“Nanti papa sapu ubat ya” pujuk Amin.
“Nak balik dah ke pa?” soal Sufi. Dia sudah tersedar dari tidurny. Saat Amin menggendongnya mau beredar, Sufi dapat melihat ke arah Balkish. dia berbisik kepada papanya.
“Mama”
dia merindui mamanya. Dia merindui kasih saying mama. Entah kenapa mama lebih menyayangi dan memberikan perhatian kepada Iman berbanding dirinya. Dan mama juga jarang bercakap dengan papa. Dan entah kenapa dia dan papa harus tinggal berasingan dengan mama dan Iman? Mama jarang juga bercakap atau memberikan perhatian buatnya. Dia hanya sekadar melihat saat Iman berbicara dengan mama, saat mama meletakkan Iman kedalam ribaannya, saat mama engucup di pipi Iman, adiknya. Kenapa semua itu mama tidak pernah melakukan kepadanya? Wajah dan belaian mama sangat diinginkan tapi dia hanya berdiam diri danmemendam rasa, tidak mahu membebani papa atau mama.

Langkah kaki Amin terhenti. Mendengar Sufi memanggil Balkish membuatkan dia sedih dengan nasib Sufi. Tapi dia tidak tahu bagaimana menjelaskan keadaan mereka kepada Sufi. Banyak kali dia dapat melihat yanganaknya itu menginnginkan perhatian Balkish sepertimana perhatian yang diberikan kepada Iman. Amin tidak mahu berlama-lama lagi di situ, dia sengaja mengatur langkah yang lebih laju untuk membawa Sufi keluar dari rumah itu.Bab 52

Langkah kaki Amin terhenti. Mendengar Sufi memanggil Balkish membuatkan dia sedih dengan nasib Sufi. Tapi dia tidak tahu bagaimana menjelaskan keadaan mereka kepada Sufi. Banyak kali dia dapat melihat yanganaknya itu menginnginkan perhatian Balkish sepertimana perhatian yang diberikan kepada Iman. Amin tidak mahu berlama-lama lagi di situ, dia sengaja mengatur langkah yang lebih laju untuk membawa Sufi keluar dari rumah itu.

12 comments:

  1. Alamak....mana bab 49 - 51....apasal Balkish marah balik kat Amin? Hehehe

    ReplyDelete
  2. Kenapa Amin & famili x terangkn siapa Sufi,
    huhuhu misunderstanding lg kesian dua2,
    kesian ank Këcik x tau pa2....

    ReplyDelete
  3. Kenapa Amin & famili x terangkn siapa Sufi,
    huhuhu misunderstanding lg kesian dua2,
    kesian ank Këcik x tau pa2....

    ReplyDelete
  4. Knapa famili dan amin x bagi tau kat balkish
    Siapa sufi sebenarnya.
    Kesian sufi,nak kan perhatian seorang ibu.

    Cepat2 sambung miss

    ReplyDelete
  5. Kak sulis u miss part 49 -51

    ReplyDelete
  6. Kak sulis u miss part 49 -51 ...
    serius cerita ini best..
    menanti dan terus menanti sambungannya..
    kak sulis, u bnyk miss episode.. quite confusing.. and repeating

    ReplyDelete
  7. Jengkel sy d2ngan balkish keras kepala sangat. Ntar ada yg ambil suamix baru tahu rasa.

    ReplyDelete
  8. tak sabarrrrr..lambat lagik ke nak ending cite nie? ^_^

    ReplyDelete