Saturday, January 16, 2016

sndki 69



Bab 68
Hari ini, Amin akan sampai ke lapangan terbang antarabangsa KLIA pada jam 12 tengahari. Balkish sudah mula risau apabila memikirkan kata-kata Amin yang bakal dituntut oleh lelaki itu hari ini. Kata-kata itu bagaikan terngiang-ngiang di telingannya setiap saat sejak pertama kali dia mendengarnya melalui telefon beberapa hari yang lalu.
Balkish duduk di kerusi untuk menunggu ketibaan suaminya, anak-anak mereka juga turut datang bersama kerana mahu menjemput papa mereka pulang.
“Abang jangan main jauh-jauh” pesan Balkish kepada Sufi yang mahu mengejar adiknya tetapi dihalang oleh Balkish. Dia masih teragak-agak membiarkan Sufi bermain semahunya sepertimana Iman. Sufi kembali ke arah Balkish dengan langkah kaki yang biasa. Dia sudah agak penat mahu berlari seperti tadi.
“Mama. Jom pergi store. Nak beli air” ajak Sufi.
Keadaan di balai utama ini tidak terlalu sesak dengan orang ramai seperti kedaan pada hari-hari cuti. Kedaan juga tidak terlalu sibuk jadi anak-anak Balkish dapat bermain semahu mereka tanpa ada gangguan daripada orang ramai.
“Iman!” panggil Balkish.
Anaknya itu berlari ke arah Balkish.
“Jom pergi store, beli barang sedikit” ajak Balkish. Dia kemudiannya memimpin tangan anak-anaknya dan membawa mereka ke sebuah kedai runcit di balai utama itu. Keinginan anak-anaknya dipenuhi. Mereka bertiga kemudian kembali ke tempat tadi untuk menunggu ketibaan Amin.
“Dah, jangan main lagi. Makan elok-elok” pesan Balkish kepada anak-anaknya. Sufi dibantu untuk duduk di kerusi bersebelahan dengannya. Iman memanjat sediri kerusi untuk duduk. Makanan yang dibelikan untuk anak-anaknya dibuka. Mereka berdua makan sambil berbual-bual.
Balkish mencari-cari lagi kelibat suaminya dari pintu utama balai ketibaan penerbangan domestik. Dia senyum gembira apabila menatap wajah Amin yang sedang berjalan ke arah mereka. Tangan Amin disalam dan Amin senyum kepada isterinya.
Sebaik sahaja melihat Amin, Sufi dan Iman melompat kegembiraan dari kerusi tempat duduk mereka. Amin memeluk kedua orang anak-anaknya yang menghampiri secara serentak. Kedua-duanya diangkat dalam dukungan di tangan kanan dan kiri. Iman dan Sufi pula terus memeluk lehek papanya tanda gembira setelah sekian lama ditinggalkan oleh papa mereka.
“Em, makan apa ni sampai comot muka papa” tegur Amin sambil ketawa saat kedua orang anak-anaknya itu mencium pipinya. Memandangkan Iman dan Sufi baru sahaja makan coklat dan makanan ringan yang dibeli oleh mamanya sampai comot, akibatnya muka dan pipi Amin juga turut terkena kesan coklat.
“Erm, tolong lapkan” pinta Amin kepada Balkish yang sedang ketawa lucu melihat gelagat anak mereka berdua itu. Mendengar permintaan Amin itu, ketawa Balkish terhenti. Wajah Amin disuakan ke arahnya untuk dia membersihkan kotoran yang disebabkan oleh Sufi dan Iman itu.
“Tak ada tisu” balas Balkish. Nasib baik tisu tak ada, kalau tak terpaksalah dia menyentuh muka Amin sekali lagi.
Hankerchief ada dalam poket belakang seluar abang” beritahu Amin.
“Huh?” Balkish bertambah terkejut. Poket belakang seluar? Dia kena selukkan tangan ke dalam poket seluar Aminlah kalau macam tu!
“Takkan abang nak ambil sendiri” beritahu Amin. Sufi dan Iman masih lagi dalam dukungannya. Anak-anaknya itu tidak mahu turun dari dukungan papa mereka. Balkish terpaksa berjalan ke belakang Amin. Perlahan-lahan, dengan tidak rela dan terpaksa dia menyelukkan tangan kanannya ke dalam poket belakang seluar jeans suaminya dan mengambil keluar sapu tangan biru. Amin tersenyum nakal. Balkish kembali ke depan bertentangan dengan Amin. Wajah Amin yang sedang senyum itu membuatkan Balkish bertambah malu. Dia kemudiannya membersihkan wajah Amin yang kotor kemudian dia mengesatkan juga mulut Sufi dan Iman yang comot dengan kesan coklat yang dimakan mereka.
“Lama dah tunggu?” soal Amin kepada Balkish.
“Baru saja” balas Balkish sambil menyimpan sapu tangan suaminya itu ke dalam beg tangan.
“Papa nak angkat beg. Siapa yang nak turun jalan dengan mama?” soal Amin kepada kedua orang anaknya.
“Abang! Abang!” Sufi menawarkan diri berjalan dipimpin oleh mamanya. Dia kemudiannya diturunkan oleh Amin dan Balkish memimpin tangan Sufi. Beg pakaian yang bersaiz kecil diambil oleh Amin sementara Iman masih lagi dalam dukungannya. Mereka sekeluarga berjalan ke tempat parkir. Apabila sampai di kereta, Balkish membunyikan remote kereta dan memasukkan anak-anaknya ke dalam perut kereta. Dia kemudianya membantu Amin memasukkan beg pakaian ke dalam bonet.
“Nak abang drive?” soal Amin.
“Tak apalah, biar Balkish saja drive. Abang mesti penat baru sampai”
“Abang tak penat manapun. Balkish tu, jangan penatkan diri untuk malam ni” ujar Amin. dia senyum nakal kepada isterinya itu. Dalam maksudnya tetapi dia berharap agar Balkish faham dalam mentafsir maksud yang tersirat. Amin sengaja menyentuh tangan Balkish saat dia mahu mengambil kunci kereta daripadanya. Wajah Balkish merona merah dan isterinya itu jadi cemas. Amin lebih dulu masuk ke perut kereta dan memerhatikan Balkish dari cermin sisi di sebelah tempat duduk samping driver. Dia mahu ketawa tetapi ditahan sahaja daripada terburai kerana dia masih mahu mengusik isterinya itu lagi.
Enjin kereta dihidupkan, dan Balkish mengambil tempat duduk di sisi Amin. Sesekali Amin menjeling ke arah isterinya. Jelaslah isterinya itu tidak keruan dengan tindakannya tadi. Ini semua kerana Balkish banyak berfikir tentang kata-katanya untuk menuntut haknya sebaik sahaja pulang dari Kuantan. Nampaknya agendanya untuk mengenakan Balkish sekali lagi berhasil. Gadis itu tetap senang diusik dan disakat walaupun sudah beberapa kali terkena.
“Abang dengan adik nakal tak masa papa tak ada?” soal Amin kepada kedua orang anak-anaknyanya.
“Tak adalah, pa. Kita orang baik saja” beritahu Iman, yang bongsu.
“Betul ke abang?” soal Amin kepada Sufi pula.
“Betul pa. Adik dengan abang jadi good boy saja masa papa tak ada”
“Ingat papa pesan apa kalau papa tak ada?” soal Amin lagi. Sengaja mahu berbual dengan kedua anaknya yang masih keciul itu.
“Papa suruh jaga mama baik-baik kalau papa tak ada” beritahu Sufi.
“Abang dengan adik jaga mama tak?” soal Amin.
“Jaga, pa” sampuk Iman.
“Awak suruh Sufi dengan Iman jadi spy awak ey?” soal Balkish sengaja mahu bergurau dengan suaminya.
“Mestilah. Awak kan cantik, abang takut nanti ada orang ngorat. Tu sebab abang pesan dekat Sufi dengan Iman suruh ikut saja ke mana awak nak pergi. Kalau abang tak buat macam tu, nanti orang salah ngorat, ingat awak tu anak dara lagi” jawab Amin.
Balkish ketawa geli hati. Tak sangka pula boleh tahan juga cemburu Amin ni. Dan paling kelakar bila fikirkan Sufi dan Iman yang masih belum tahu apa-apa itu menjadi rakan bersubahat papa mereka.
“Mana mama pergi, kami pun ikut papa” sampuk Sufi mahu mengambil hati papanya.
“Bagus anak papa ni” puji Amin kepada Sufi. Dia melihat wajah anak sulungnya itu dari cermin tengah.
“Pa, mama selalu bawa kita orang keluar kalau weekend, pa. Mama bawa pergi Toys R Us dan belikan mainan untuk kita orang” cerita Iman kepada papanya, juga mahu memenangi perhatian Amin.
“Haah papa. Malam-malam, mama tidur dengan kita orang. Adik ni boleh tidur sendiri tapi nak juga tidur bilik mama dengan abang” sampuk Sufi pula.
“Abang tu, banyak tidur. Abang tak tahukan petang-petang mama selalu cakap kat telefon. Nasib baik adik tak tidur petang, jadi adik tahu mama selalu bergayut” Iman tidak mahu kalah dengan abangnya. Kedua adik-beradik itu mahu mengambil hati si papa.
“Awak selalu bergayut ke selama abang tak ada ni?” soal Amin cemburu. Kata-kata Iman itu tidak bermaksud mahu mengadu tentang kelakukan Balkish sepanjang ketiadaan Amin di rumah, tetapi Amin merasa tergugat apabila mendengar cerita itu daripada anaknya yang baru berusia empat tahun itu.
Balkish teragak-agak mahu menjawab.
“Betul apa yang Iman cakap?” soal Amin lagi. Dalam masa yang sama, dia cuba mengawal peasaan cemburunya.
“Betullah” jawab Balkish. Dia melihat ke arah Amin dengan pandangan pelik. Suaminya itu betul tidak tahu atau sengaja mahu menduganya.
“Dengan siapa?’ soal Amin lagi.
“Dengan awaklah, dengan siapa lagi?” jawab Balkish spontan.
Amin tergamam, tak sangka pula kerana cemburunya dia terus berfikir yang bukan-bukan tadi. Dia terlupa sejenak yang Balkish selalu menelefonnya saat dia outstation selama hampir seminggu ini.
“Abang lupa pula” kata Amin seolah-olah perkara itu gurauan baginya.
“Mesti abang syak yang bukan-bukan” Balkish serkap jarang.
Amin senyum, “Sebab abang sayang isteri abang. Balkish saja yang tak sayang abang” beritahu Amin. Dia mencuri pandang ke arah Balkish saat kata-katanya itu ibarat angin yang berlalu di telinga isteriniya. Balkish langsung tidak memberikan respons seperti yang dikehendaki oleh Amin. Amin mengeluh berat.
Balkish keluar dari perut kereta sambil menunggu Amin mengambil beg pakaiannya dari bonet. Iman membantu papanya dengan memegang satu tali pada beg pakaian itu tapi sebenarnya beban beg itu semuanya disandang pada tali yang dipegang oleh Amin. Sufi dipimpin oleh Balkish. Mereka sekeluarga masuk ke dalam rumah dan menyapa kedua orang tua Amin. Tangan Datin Hasmah dan Dato' Sahar dicium oleh lelaki itu. Amin kemudiannya duduk di sofa bersama ahli keluarganya yang lain. Tidak lama kemudian, bibik membawa keluar air oren dingin yang disiapkannya dengan kuih muih yang telah dibeli oleh Datin Hasmah pagi tadi.
“Min nak makan? Makanan semua dah siap. Kami tunggu Min saja ni” ajak Datin Hasmah.
“Min salin baju dulu, mama. Melekit dah ni” beritahu Amin.
Datin Hasmah mengangguk. Amin kemudiannya membawa beg pakaiannya ke tingkat atas. Dia tidak menyedari yang Balkish mengekorinya dari belakang.
“Saya dah siapkan tuala untuk abang” beritahu Balkish saat dia mengejar langkah Amin dengan lebih laju dan menyaingi langkah suaminya.
“Dekat bilik kita atau bilik Aman?” soal Amin.
“Bilik Amanlah”
“Cemas saja abang tengok Balkish ni? Kenapa?” soal Amin mahu mengusik lagi.
“Biasa saja” balas Balkish.
“Biasa kata Balkish. Biasa ke kalau abang buat macam ni?” Amin sengaja menarik mengeluarkan kemejanya yang disemat kemas di dalam seluar. Dia menarik menanggalkan kemeja itu daripada tubuhnya. Amin mahu mencabar Balkish. Sejauh mana isterinya itu mampu bertahan dengan ulahnya. Balkish memperlahankan langkah kakinya berjalan di belakang Amin untuk tidak bertentang mata atau melihat ke arah suaminya. Dia sudah tidak fobia lagi kepada suaminya cuma dia masih cemas, bukan kerana trauma tapi kerana rasa sayangnya buat lelaki itu.
“Tuala abang ada dekat katil. Balkish turun dululah” Balkish tidak boleh berlama-lama lagi dengan Amin di bilik itu dengan Amin pula sudah menanggalkan bajunya. Terlihat susuk tubuh suaminya yang sasa itu dengan bahunya yang bidang dan perutnya yang terlihat 4 packs. Balkish jadi gemuruh dengan tiba-tiba.
“Tadi kata biasa” cabar Amin.
Langkah kaki Balkish terhenti, tubuhnya sudah membelakangi Amin. Tanpa disedari olehnya, Amin melangkah lebih dekat kepada isterinya dan bermain-main dengan hujung shawl sebelah bahu kanan yang dipakai oleh Balkish. Balkish bertambah tidak keruan saat sudah merasakan hawa dan kehangatan dari tubuh suaminya.
“Abang rindu sangat dekat Balkish dan anak-anak”
Balkish diam, dia cuba mengawal emosinya sendiri. Kalau dia bercakap saat ini, pasti suaranya kedengaran terketar-ketar.
Amin memusingkan tubuh Balkish menghadap dirinya, namun wajah Balkish tetap menunduk memandang lantai. Dia tahu isterinya itu malu untuk bertentang mata dengannya. Shawl Balkish ingin dibuka dari menutup mahkota wanita itu, rambutnya yang panjang mengurai separas bahu. Amin membuka pin di bawah leher dan cuba mencabut shawl dari kepala isterinya namun hajatnya itu tidak kesampaian kerana shawl itu masih terlekat. Amin sudah mula bengang, time-time mood romatik macam ni, ada saja benda yang menghalang. Pin sebelah mana pula yang belum aku buka ni? Soal Amin kepada diri sendiri. Dia mencabut pula pin di bahu kanan Balkish. Sangkanya kali ini apabila ditarik lembut shawl itu akan telepas dari kepala Balkish tetapi tidak. Dia terpaksa mencari-cari pin mana lagi yang belum dibuka demi mengotakan impiannya menatap wajah Balkish dengan rambutnya panjangnya mengurai ke bahu.
Balkish ketawa geli hati melihat gelagat suaminya itu. Suara ketawanya sudah tidak boleh ditahan lagi dan akhirnya dia mengetawakna Amin yang berusaha untuk kelihatan romantik tetapi gagal membuka pin shawl yang dipakainya. Usaha suaminya itu mendatangkan sia-sia.
“Kenapalah suka sangat pakai shawl ni. Pin sana sini. Abang nak buka pun susah” bentak Amin, dia jengkel dengan kegagalannya membuka pin shawl yang banyak sampaikan mood dan suasana yang baik itu berlalu begitu saja.
Balkish memegang shawlnya yang separuh sudah dibuka oleh suaminya.
“Abang mandilah dulu, Balkish tunggu kat bawah” beritahu Balkish. Ketawanya masih belum habis mengejek nasib suaminya. Dia turun meninggalkan Amin sendirian di kamar itu.
…………………
Balkish melihat ke arah Amin saat suaminya itu turun menuruni anak tangga. Rambut Amin basah dan mengurai ke dahi, seksi. Dia asyik memerhatikan keseksian suaminya mala mini dan hanya tersedar saat mama menyuruhnya menjemput papa, Amin dan anak-anaknya untuk makan. Balkish menjemput mereka yang sedang duduk di ruang menonton dan mendahului ke dapur untuk membantu menghidangkan beberapa juadah lain yang sudah siap dimasak olehnya dan juga mama. Setelah selesai menghidangkan juadah dan menyendukkan nasi ke pinggan, Balkish duduk di sebelah Amin. Suaminya itu membaca doa makan sebelum mereka sekeluarga menjamu selera.
“Macamana tender dekat Kuantan tu?” soal Dato' Sahar.
Okey papa. Dia orang suka dengan figures yang company kita bagi” beritahu Amin.
Good, papa memang yakin dengan Amin” puji Dato' Sahar. Suatu masa dulu, papa asyik bertengkar sahaja dengan Amin. Pantang melihat wajah Amin pasti ada sahaja topik pergaduhan yang dicetuskan oleh Amin. Tetapi sekarang, semunya telah berubah. Papa kini mengakui sendiri dan memberi pujian tentang kebolehan Amin mentadbir syarikatnya.
“Bila Amin nak pergi sana pula?” soal Dato' Sahar lagi.
“Abang ni, Amin tu baru saja balik, takkan abang dah tanya bila dia nak pergi” sampuk Datin Hasmah. Dia sempat melihat ke arah Balkish yang ditinggalkan Amin selama hampir seminggu ini.
“Kasihan menantu awak tu kalau Amin tinggalkan dia selalu” sampuk Datin Hasmah lagi. Dato' Sahar berdehem kecil apabila ditegur oleh isterinya.
“Amin ingat nak suruh Farhan yang pergi, pa.First meeting hari tu yang penting. Amin pun dah bagitahu pihak sana yang kita jamin orang yang berkemampuan akan wakilkan Amin dan Amin rasa Farhan layak” beritahu Amin. Dato' Sahar mengangguk perlahan-lahan, bersetuju dengan usulan daripada anak sulungnya itu.
“Tapi Amin jangan serahkan projek tu 100% dekat dia. Amin kena pantau juga”
Okey pa. Amin fikirpun macam tu. Mungkin tugas-tugas dekat site tu, Amin suruh dia in charga tapi sekali-skala, Amin nak pergi jumpa CEO sana juga” beritahu Amin.
“Projek dekat Jepun tu macamana pula? Bila nak close deal?” soal Dato' Sahar lagi.
“Abang ni, dah-dahlah bang. Masa makan pun nak berbincang pasal bussiness” tegur Datin Hasmah lagi.
“Yalah” balas Dato' Sahar.
“Min tambah lagi, Min” pelawa Dato' Sahar kepada Amin. Sekarang ini dia bangga dengan kebolehan dan pencapaian akannya itu. Semua ini berkat dari perubahan pada diri Amin sendiri. Alhamdulillah semuanya sudah diatur dengan baik oleh Alllah. Dialah yang Maha Mengetahui apa yang tebaik untuk setiap hambanya.
“Tambah lagi, bang?” soal Balkish kepada Amin.
“Abang dah kenyang”
Setelah selesai makan malam bersama, mereka sekeluarga meluangkan masa di ruang menonton. Dato' Sahar dan Amin berbincang soal perniagaan mereka sementara Balkish dan Datin Hasmah hanya menonton rancangan di televisyan. Sufi dan Iman pula sudah hampir terlelap kerana terlau penat bermain seharian.
“Amin, budak-budak ni dah mengantuk dah ni, Min bawalah naik” suruh Datin Hasmah. Amin mengangguk. Dia meminta dari daripada papa dan mamanya untuk naik ke bilik di tingkat atas. Amin mengangkat Sufi ke dukungannya kemudian dia dengan dibantu oleh Balkish mengangkat Iman pula ke dukungannya. Perlahan-lahan Amin mengatur langkahnya untuk ke tingkat atas, Balkish berjalan disisi.
“Abang ni, Amin tu baru saja balik. Biarlah Amin tu lepas rindu dulu dekat isteri dengan anak-anak dia. Ni tidak, abang ajak pula dia berbual pasal bussiness” tegur Datin Hasmah. Dato' Sahar hanya menarik muka. Mereka berdua melihat Balkish dan Amin mendaki anak tangga.
Apabila sampai di bilik, Balkish membantu Amin mengangkat tubuh Sufi ke katil kemudian Amin menurunkan tubuh Iman di sebelah Sufi. Amin menguap tanda mengantuk.
“Abang tidurlah sini, budak-budak ni mesti rindukan abang. Dia orang dah cakap dah nak tidur dengan abang” beritahu Balkish kepada Amin.
“Balkish tidur mana?”
“Saya tidur bilik Aman tak apa”
“Balkish tidurlah sini, temankan abang dengan budak-budak ni. Abang tak buat apa-apa. Kalau Balkish takut Balkish tidur hujung sana, abang tidur hujung sini” pujuk Amin. Dia memberikan cadangan. Dia sangat mengantuk sekarang ini, mustahil dia akan ‘melakukan sesuatu ‘ ke atas Balkish malam ini.
“Er” Balkish kelihatan teragak-agak.
“Abang tidur sini” ulang Amin lagi. Dia menunjukkan tempat kosong di samping Iman. Balkish akhirnya bersetuju dengan permintaan Amin itu. Dia yakin yang Amin tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan memandangkan mereka bukannya tidur berdua di bilik itu sebaliknya ditemani oleh Sufi dan Iman. Dia juga merindui Amin sepertimana kedua orang anak mereka merindui papanya, tetapi Balkish tidak mahu menzahirkan kata-katanya itu.
Amin senyum apabila mendengar jawapan daripada Balkish itu. Dia berbaring bersama-sama Balkish pada tempat mereka. Sufi dan Iman tidur di tengah. Balkish tidak sanggup membelakangi suaminya jadi dia memandang ke arah Amin. Suaminya itu turut berbuat yang sama.
“Selamat malam” ucap Amin.
“Selamat malam” ucap Balkish pula.
“Assalamualaikum” ucap Amin lagi.
“Waalaikumussalam” jawab Balkish. Mereka berdua sama-sama memejamkan mata untuk tidur. Senang sahaja Amin terlena kerana dia sudah sangat penat dengan kerjanya pagi tadi dan dari meeting dengan syarikat clientnya, dia terus menuju ke lapangan terbang dengan hanya menaiki teksi.
Perlahan-lahan Balkish membuka mata dan menatap wajah suami yang sedang berbaring menghadapnya dengan jarak yang dipisahkan oleh kedua orang anak mereka. Wajah itulah yang dirinduinya selama beberapa hari ini tetapi perasaan itu tidak terluah di depan Amin.
Wajah suaminya tetap kacak walaupun sekarang mereka berdua sudah meningkat dewasa. Mengimbas kembali bagaimana perkenalan mereka dulu dan bagaiman sikap Amin yang playboy dan tidak bertanggunjawab, sulit untuk mempercayai bahawa lelaki itu kini menjadi suaminya dan menyintainya  dengan sepenuh hati. Lelaki itu juga sanggup berkorban selama bertahun-tahun  menunggunya walaupun cintainya itu tidak dibalas. Lelaki yang dipanggil mamat sewel yang merupakan lelaki yang paling dibencinya dulu kini menjadi raja di hatinya, pengubat rindunya, penawar dendamnya dan juga merupakan ayah kepada kedua orang anak mereka yang comel. InsyaAllah dengan izin Allah, dia juga akan menyintai Amin dengan sepenuh hati.
Balkish senyum melihat wajah Amin, Sufi dan Iman satu persatu. Mereka bertiga bagaikan seiras, gaya tidur juga mirip. Selepas membaca doa tidur, Balkish juga turut melelapkan mata menunggu lenanya datang bertandang.

2 comments: