Wednesday, September 19, 2012

Susahnya Nak Dapat kemaafan Isteriku 1

Bab 1 Sebuah rumah dengan hanya keluasan padang sepak takraw didirikan dengan kepakaran sendiri dengan bahan binaan hasil sedekah dari orang kampung. Rumah itu didiami oleh Tahir dan seluruh keluarganya yang terdiri daripada isterinya dan lima orang anak-anaknya. Di belakang rumahnya, Tahir menempatkan barang-barang yang dikutipnya dari tempat sampah atau dari rumah-rumah orang. Barang terbuang itu akan dijualkan kembali kepada pengusaha barang kitar semula. Tahir tidak memilih kerja. Sejak dia ditimpa kemalangan kerja 15 tahun lalu, dia akan melakukan apa sahaja untuk menyara seluruh keluarganya itu. anak sulungnya Nor Balkish baru sahaja selesai pengajian tingkatan limanya dan sekarang ini dia mendapat kerja part time di Bandar Kuala Lumpur. Setiap hari Balkish akan berulang alik dari rumah ke tempat kerja. Memandangkan rumah mereka ini agak jauh dari Bandar, anaknya itu terpkasa berjalan 10 km setiap hari untuk ke stesen bas yang paling dekat. Mira duduk di samping Firdaus, sambil menunggu beberapa orang lagi kawan mereka untuk datang. “Mana kawan-kawan you ni sayang?” soal Mira. “On teh way lah sayang. You order lah dulu” Mira dan Firdaus membuat pesanan untuk mereka berdua. Tidak lama kemudian, Amin dan Hisyam sampai ke destinasi yang mereka janjikan itu. Mereka berempat akhirnya berkumpul bersama-sama. Hisyam dan Amin membuat pesanan untuk mereka. seorang waiter wanita datang mengambil pesanan mereka. gadis itu bertanya. “Erm anything sir?” “Yes, Capucinno and black coffee please” pesan Amin. “And, miss for black coffee, less sugar and lots of your love” beritahu Amin. Dia seraya tersenyum kepada waiter wanita itu. Namun gadis itu tidak memberi respons. Hisyam dan Firdaus saling berpandangan dan akhirnya tawa lucu terburai dari perut mereka. “Hah, tak kena layan!” rungut Hisyam. Amin sekadar tersenyum. Mira mencebik melihat kenakalan teman baik boyfriendnya itu. walaupun dia sudah tahu yang Amin memang seorang playboy tapi dia memang tidak dapat mengelakkan dir dari bertemunya kerana lelaki itu akan sentiasa berdampingan dengan Firdaus. Terpaksalah Mira memekakkan telinga dan membutakan mata demi untuk menjaga hubungannya dengan Firdaus. Dia terlalu menyintai teman lelakinya itu. “Ok lah sayang. I pergi dulu. you jangan nakal-nakal. Jangan dilayan sangat si Amin ni” beritahu Mira seraya dia berdiri. Sebelum berlalu dia sempat mengucup di dahi Firdaus. “Lega I bila awek you tu dah blah” beritahu Hisyam. “Kenapa? You tak suka Mira ke?”soal Firdaus. “Hah! Tak obvious lagi ke kitaorang tak suka awek lu bro?” “ye tak Min?” Hisyam memukul dada Amin membuatkan lelaki itu terkejut. Amin sedang sibuk melirik ke arah waiter wanita yang mengambil pesan mereka tadi. Hisyam dan Firdaus mencari gadis yang mencuri perhatian kawan mereka itu. Bukannya mereka belum masak dengan perangai Amin. Buaya. “Perempuan mana pulak yang kau suka ni bro?” sola Firdaus. “Tu” beritahu Amin. Dia menunjuk dengan muncung mulutnya. “Yang mana?” soal Hisyam pula. “Yang tu” “Yang rambut curl tu ke?’ soal Firdaus. “Itu bukan taste Amin. Jangan cakap yang waiter pakai tudung tadi tu” Hisyam meneka. “Hah pandai pun kawan aku yang sorang ni. Tak sia-sia bapak kau hantar kau masuk universiti” Amin bergurau lalu dia tesenyum gembira namun Hisyam dan Firdaus terpaku terpana dengan gadis pilihan Amin kali ini. Mereka semua tahu yang Amin seorang playboy yang versatile tapi ini kali pertama mereka mendengar dari mulut Amin sendiri yang dia menyukai wanita bertudung. “Eh jangan Min, budak baik tu” tegur Hisyam. “Yelah, aku tahulah skill kau. Tapi tak worth it Min. Kesian budak tu nanti” kali ini Firdaus menambah. “Eh korang ni, macamlah aku ni jahat sangat. Aku nak kenal je budak tu. Siapa suruh dia cantik sangat. Sengaja je nak goda aku” Amin ketawa lagi. “Cantik apanya Min, selekeh je aku tengok. Dengan muka pucat tak pakai make up, tak ada accessories” “Korang ni buta ke? Kau tak nampak ke kuilt dia yang putih gebu tu, hidung mancung terpacak. Ish kalau dia free hair, confirm cair bijik mata korang” Hisyam dan Firdaus ketawa lucu. “Tak payahlah Min, dia tak layan lelaki macam kita ni. Dia nak cari ustaz. Kau tu nak kata manusia pun bukan, ustaz apatah lagi” “Korang cabar aku?” “Eh janganlah macam tu Min. skill playboy kau kami dah tahu”sampuk Hisyam. “Aku rasa aku dah jatuh cinta lah” keluh Amin. Hisyam dan Firdaus mencebik. Bukan kali pertama mereka mendengar ucapan itu dari mulut Amin.

No comments:

Post a Comment