Saturday, September 22, 2012

Susahnya Nak Dapat Kemaafan isteriku 5

Bab 5 Dato’ Sahar sedang membaca akhbar di halaman depan rumahnya. Hari minggu sebegini membolehkan dia bersenang-senang di rumah dan melepaskan kelelahannya selama 5 hari bekerja di pejabat. Usianya yang sudah menganjak senja itu membuatkan dia lebih cepat kepenatan berbanding waktu muda-muda dulu. Tidak lama kemudian, Datin Hasmah datang dengan membawa secawan teh buat suami tercinta. Buah-buahan yang dibeli di pasaraya kelmarin siap dipotong dan dikupas kulitnya untuk santapan sang suami. Datin Hasmah lalu duduk di samping suaminya. “Bang, Amin tu dah lama tak balik” keluh Datin Hasmah berkenaan dengan rindunya kepada anak sulung mereka itu. Keluhan itu hanya didengari oleh Dato’ Sahar tetapi dia tidak memberikan sebarang komen. “Awak dengar tak ni?” rungut Datin Hasmah. Merajuk tidak dipedulikan oleh sisuami. “Dengar” sepatah sahaja yang diutarakan oleh Dato’ Sahar. Konsentrasinya masih dengan berita-berita yang dibacanya. “Saya ingat, sebleum kita pergi umrah ni, nak suruh Amin balik jumpa kita” “Call je lah. Awak ni, nak call anak pun takut” kata Dato’ Sahar. “Saya takut Amin tu busy. Nanti kita menganggu pula” sampuk Datin Hasmah. “Awak tak call, mana awak tahu dia busy ke tak” Dato’ Sahar membalikkan halaman akhbarnya. “Tadi Aman ada call. Dia kata hujung sem depan dia balik. Dia kirim salam kat abang” beritahu Datin Hasmah berkenaan panggilan daripada anak bongsu mereka itu, Aman. Dia dan Dato’ Sahar mempunyai dua orang zuriat dan kedua-duanya adalah anak lelaki. Datin Hasmah kepingin sekali anak perempuan tetapi bukan rezeki mereka. Itupun terasa sangat mencabar untuk mendidik mereka, belum lagi sampai tiga orang anak. Di antara Amin dan Aman, Amin lebih nakal. Sejak daripada kecil anak sulungnya itu sering sahaja membuat onar, tidak kira di sekolah ataupun di rumah. Aman lebih banyak mengalah untuk abangnya itu. Tetapi kedua-duanya tetap disayangi dengan adil. “Abang, nanti kita pergi umrah, saya nak doakan agar Amin berubah” beritahu Datin Hasmah tentang hajatnya itu. “Budak macam Amin tu, nak khiamat baru dia nak berubah” perli Dato’ Sahar. Datin Hasmah melirik kepada suaminya, “Tak baik abang cakap macam tu. Amin tu kan anak kita” “Dia jadi macam tu sebab awaklah manjakan dia sangat” keluh Dato’ Sahar. “Abang ni, saya adil dengan dua-dua anak saya” bentak Datin Hasmah. Tidak suka dengan kata-kata suaminya tadi. Dato’ Sahar bangun dari duduknya dan meninggalkan Datin Hasmah sendirian di luar. ………………………… Tina menerima panggilan daripada buah hatinya, Amin. “Hello sayang” “Hye” sepatah sahaja jawapan daripada Tina. “You kat mana ni?” soal Amin. “Kuliah ling, kenapa?” “I rindu sangat kat you. Kita jumpa hari ni ye” pinta Amin. “I busy lah ling. You pun busy kan? Nanti-nantilah ye” “Tapi dah lama kita tak jumpa. I rindu sangat kat you. Rindu nak peluk you, kiss you. Please lah honey” rayu Amin lagi. “I pun rindu juga tapi nak buat macamana. I ada kelas. Next time ye?” pujuk Tina lagi. panggilan itu dimatikan. “Siapa? Amin?” soal Daniel seraya mengetatkan pelukannya di pinggang gadis itu. Tina mengangguk mengiyakan. Dia meletakkan telefon bimbitnya di meja sebelah tempat tidurnya. Tubuh Daniel di sampingnya turut dirangkul erat. Mereka berdua berkucupan mesra. “Kita ni macamana?” soal Tina kepada lelaki itu. Daniel senyum. “You nak serious dengan I ke?” soal Daniel. “Amin macamana?” soal Tina. “Up to you my love. Tapi I cintakan you” sambung Daniel pula. Tina hanya berdiam. Dia tidak tahu apa keputusan yang terbaik yang harus diambil. Dia menyintai Amin tetapi sejak akhir-akhir ini, dia juga turut menyintai Daniel, yang merupakan cinta pertamanya. Ciuman Daniel hinggap dileher jinjangnya membuatkan Tina ketawa kegelian. Dia tidak jadi memberikan keputusan kepada Daniel.

No comments:

Post a Comment