Wednesday, July 3, 2013

Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku Bab 23,24


Bab 23
Awal-awal pagi lagi seluruh penghuni rumah telah bangun. Hari ini Balkish akan dihantar untuk masuk ke hostel. Akhirnya Dato’ Sahar memberikan kebenaran walaupun dibangkang oleh Amin. Amin terpaksa juga menurut kehendak Balkish dalam rela. Wak juga terpaksa datang awal pagi walaupun hari ini sebenarnya dia cuti. Barang-barang keperluan Balkish diangkut ke dalam kereta, Amin turut membantu walaupun dia protes kuat dalam pengambilan keputusan ini. setelah bersiap, Amin dan Balkish menaiki kereta yang sama, manakala Dato’ Sahar dan Datin Hasmah menaiki kereta yang diapndu oleh Wak.
“Awak marah ke?’ soal Balkish kepada Amin di sebelahnya. Lelaki itu tidak mahu bercakap dengannya dalam dua, tiga hari ini. marah barangkali gara-gara keputusannya untuk tinggal di hostel.
“Janganlah marah. Saya dah nak duduk hostel dah ni, kalau awak marah-marah sekarang, nanti awak teringat kat saya lepas ni macamana?” pujuk Balkish. aneh pula perasaannya untuk berpisah dengan Amin. Lelaki itu tetap dianggap sebagai seorang suami walaupun dia tidak menghormatinya. Lagipun sejak mereka berkahwin Amin melayannya dengan baik dan tidak pernah berkasar.
“Nanti bila awak balik rumah?” soal Amin.
“Kalau tak ada apa-apa, next week saya balik” beritahu Balkish. mungkin sudah lama-lama nanti barulah dia merancang untuk pulang dua minggu sekali atau sebulan sekali. Untuk beberapa minggu ini, mungkin lebih baik jika dia pulang seminggu sekali saja.
Amin diam setelah itu, begitu juga dengan Balkish. tidak ada apa yang nak dibualkan antara mereka. amin parker kereta dekat dengan bangunan hostel yang ingin diduduki oleh Balkish. kereta yang dipandu oleh Wak parker tidak jauh dari situ.
“Kat sini ke tinggal?” Soal Amin.
Balkish mengangguk.
“Dah ada roommate ke?” soal Amin lagi.
“Dah, Aiza nama dia” beritahu Balkish.
“Nanti abang tak ada dekat sini jaga diri baik-baik. Jangan keluar Dating dengan lelaki, abang tak suka” beritahu Amin.
“Awak ni, saya tahulah”
“Abang cakap awal-awal. Abang ni kuat jealous” beritahu Amin lagi.
“Malaslah nak cakap dengan awak” rajuk Balkish. pesanan-pesanan Amin dirasakan seolah-olah ugutan. Belum apa-apa dah pesan itu pesan ini. tahulah aku jaga diri. Dia tu lagilah, mabuk sana, mabuk sini. Orang tegur buat tak tahu je. Ada hati nak nasihat orang itu ini. cermin diri tu dululah.
“Barang-barang awak ni nak letak mana?” soal Amin. Bonet keretanya dibuka. Balkish membontoti dari belakang.
Baldi yang berisi hanger dikeluarkan. Beg-beg pakaian juga dikeluarkan satu persatu.
“Taruk situ jelah wak, lelaki tak boleh naik ke atas” beritahu Balkish.
Amin mengangkat barang-barang Balkish ke beranda bangunan. Dari situ sudah kelihatan gadis-gadis yang sebaya Balkish lalu-lalang di koridor tapi mereka semua mengenakan tudung untuk melewati koridor situ. UIA ni memang menitikberatkan soal-soal aurat ni. Amin curi-curi pandang juga, biasalah mat playboy. Sekali pandang tak dosa kan?
Wak, Dato’ Sahar dan Datin Hasmah membimbit beberapa beg kecil di tangan dan menuju ke beranda bangunan tempat Balkish dan Amin menunggu mereka.
“Bilik Balkish tingkat berapa?” soal Datin Hasmah.
“Tingkat empat mama”
“Jomlah mama tolong angkat beg-beg Balkish ni” ajak Datin Hasmah.
“Dah ada roommate ke?” soal Dato’ Sahar pula.
Balkish mengangguk.
“Tak apalah mama, Balkish boleh angkat sendiri. Kasihan pula dekat mama. Sini tak ada lif”
“Tak apalah, mama pun nak kenal dengan roommate Balkish” beritahu Datin Hasmah. Mereka berdua akhirnya naik ke bilik Balkish. Datin  Hasmah diperkenalkan kepada Aiza. Teman baik Balkish itu kemudiannya turun ke tingkat bawah untuk membantu mengangkat barang-barang Balkish. setelah selesai, Aiza naik ke bilik, sementara Balkish turun untuk bersalaman dengan keluarganya.
“Nanti jangan lupa mesej ayah yang Balkish dan pindah hostel” Dato’ Sahar mengingatkan. Ayah Balkish itu menyerahkan keputusan untuk Balkish berpindah ke hostel itu kepada Dato’ Sahar. Setelah menimbang pro dan kontranya, Dato’ Sahar bersetuju kerana dia juga tidak mahu menyusahkan Amin menghantar dan menjemput Balkish setiap hari. Ada betulnya juga alasan yang diberikan oleh Balkish itu Cuma Amin yang sampai ke sudah tidak bersetuju.
“Jomlah kita keluar pergi makan dulu” ajak Dato Sahar, Balkish mengangguk. Nanti akan dibelikan juga nasi untuk Aiza. Balkish mengikut Amin ke keretanya.

Bab 24
Skrin telefon bimbit dilihat, Balkish jarang-jarang sms. Sibuk mungkin. Beberapa hari ni, terasa ketiadaan Balkish. Amin keluar dari rumah. Dia mahu ke Teenage Hut untuk bertemu dengan kawan-kawannya. Sudah lama dia tidak melepak bersama-sama mereka. sejak berkahwin dengan Balkish, jarang sekali dia dapat peluang untuk bertemu kawan-kawannya. Amin masuk ke bangunan itu dan mencari Hisyam serta Firdaus.
“Eh bro, lama tak Nampak kau” sapa Firdaus yang sedang duduk-duduk di kerusi apabila melihat Amin muncul di tempat lepak mereka itu. dia bangun dan berjabat tangan dengan teman baik mereka itu.
“Hisyam mana?” soal Amin.
“Tu, pergi cari awek baru” beritahu Firdaus.
“Kau buat apa sini?” soal Firdaus. Dia pelik, kawan mereka itu sudah lama tidak datang ke sini tapi malam ini muncul pulak dia.
“Balkish masuk hostel. Tu yang aku boleh keluar ni” beritahu Amin. Dia mendepakan tangannya. Gelas yang berisi bir di hadapannya diteguk.
“Takut bini rupanya kawan kita ni” sindir Firdaus. Amin sekadar tersenyum dengan sindiran yang dianggap gurauan dari teman baiknya itu.
“Apa khabar Balkish?” soal Mira, teman wanita Firdaus.
“Baik” jawab Amin. Gadis itu tidak pernah menegurnya sebelum ini, kalau mereka bercakap pun sebab Amin yang memulakan bicara. Mira benci kepadanya. Mungkin kerana gelarannya, playboy. Seringkali juga dia menegah Firdaus untuk tidak terlalu rapat dengannya, takut perangai playboynya terjangkit ke Firdaus.
Hisyam datang dengan seorang gadis di sampingnya. Gadis itu diperkenalkan kepada kawan-kawannya.
“Bila kau sampai ni?” soal Hisyam kepada Amin.
“Baru je”
“Awek baru?” tambah Amin lagi.
Hisyam mengangguk. “Kau nak ke? Aku carikan satu” sambung Hisyam.
Amin cepat-cepat menggelengkan kepalanya. Kalau dia nak, dia boleh cari sendiri. Tak payah nak minta tolong dengan Hisyam. dia lebih hebat dari Hisyam dalam hal-hal macam ni.
‘Awak, buat apa?’ soal Amin. Pertanyaan itu dihantar dalam bentuk sms kepada isteri yang rindui. Wajah ayu Balkish diingati selalu. Entah kenapa sejak berkahwin ni, dalam hatinya Cuma ada Balkish. padahal dia bukannya cintakan Balkish, malah pernikahan mereka pula bukannya atas dasar cinta. Sejak berkahwin hatinya sudah tertutup buat wanita lain. Setiap detik dia teringatkan Balkish. alangkah baiknya jika Balkish juga mempunyai perasaan yang sama, pasti dia sudah memiliki Balkish secarazahir dan batin sekarang ini. setelah apa yang dilakukannya dulu, Balkish seolah-olah takut kepadanya. Balkish, Balkish! abang nak sangat memiliki Balkish macam malam tu. Tapi abang tak nak paksa Balkish dah! Abang tak nak tengok Balkish sakit atau menderita lagi. selagi abang ada, abang akan bantu Balkish.
Sms yang dikirim tidak dibalas. Mungkin Balkish sibuk, sebab tu dia tak perasaan ada sms masuk.Amin menyedapkan hatinya sendiri.
‘Besok, abang nak jumpa kawan dekat area-area situ. Abang pergi jenguk Balkish sekalilah kalau macam tu’ sms itu dikirim. Biarpun Balkish melarang, dia akan menunggu Balkish di beranda sampai Balkish mahu bertemu dengannya.
Aiza, Yani dan Balkish keluar bersama-sama. Mereka ingin mencari makan malam di café dalam kampus sahaja. Malas nak keluar-keluar, banyak protocol, nak keluar gate pun nanti nak kena Tanya dengan security pergi manalah, keluar dengan siapalah.
Aiza, Yani dan Balkish mengambil tempat di café kegemaran mereka, makanan kegemaran dipesan. Mereka bertiga baru sahaja kembali dari perpustakaan melakukan tugasan yang disuruh oleh lecturer mereka. setelah selesai tugasan, mereka solat jemaah dulu di surau barulah mereka keluar mencari makan malam.
Dari jauh, mereka melihat Fakhrul dan Muaz jalan bersama. Mereka senyum kepada dua orang sahabat mereka itu.
“Jomlah Muaz, kita makan dengan dorang” ajak Fakhrul. Dia mahu sekali mendekatkan diri dengan Balkish. tambahan pula, dia bersama-sama dengan Muaz, jadi tidaklah segan sangat. Muaz menolak pada mulanya tapi terpaksa juga dia bersetuju setelah dipujuk berkali-kali oleh Fakhrul. Mereka berdua berjalan menuju ke arah tiga sahabat baik itu.
“Assalamualaikum Balkish” sapa Fakhrul.
“Takkan Balkish je? Kitaorg?” sampuk Aiza.
“Assalamualaikum semua” seloroh Fakhrul.
Balkish sempat melirik ke arah Muaz dan memberi salam kepada sahabatnya itu. muaz kelihatan malu-malu. Sebenarnya dia tidak berapa menyukai perangai Fakhrul tapi mengingatkan dia sahabat, ditelah sahaja rasa tidak nyamannya. Lain pula dengan Muaz, lelaki itu agak pemalu dan jarang bercakap. Ini merupakan perbualan pertama mereka sejak mereka mula mendaftar di universiti. Fakhrul mendekat ke arah Balkish tapi Balkish segera menarik tangan Aiza untuk tidak membenarkan Fakhrul berdiri dekat dengannya. Mereka berlima duduk bersama tapi ada jarak yang memisahkan antara Yani dan Fakrul serta Aiza dan Muaz. Balkish lebih selesa duduk di tengah-tengah.
Jam sudah menunjukkan angka 2 pagi, Hisyam dan Mira, manakala Firdaus dengan awek barunya serta Amin bersama-sama keluar dari bangunan club. Mereka berpisah di tempat parker. AMin memandu keretanya kembali ke universiti. Mustahil dia akan pulang ke rumah dalam keadaan begini, gali kubur sendiri namanya tu kalau terserempak dengan papa dan mama lagilah naya.
Amin memandu keretanya melalui jalan biasa. Keadaan jalan agak lengang kerana hari sudah larut malam. AMin memandu keretanya dengan perlahan. Dia membukan cermin keretanya membiarkan angin malam menjamah wajahnya yang mulus. Mesej yang dihantar ke Balkish tadi belum lagi dibalas oleh gadis itu.
Amin berasa curiga apabila terpandang sebuah kereta satria neo dan tiga buah motosikal terlantar di pinggir jalan. Dia memberhentikan keretanya di samping kereta kereta satria neo kelabu itu. Amin melihat ke dalam kereta satria, ingin dia bertanya kalau-kalau si pemandu inginkan bantuan. Susah nak cari orang lalu dekat jalan ni, tambah lagi jam-jam macam ni. Dia mengintai di sebalik cermin di tempat duduk pemandu tapi tidak ada orang di situ. Amin mula berasa pelik. Dia akhirnya memaksa dirinya untuk keluar dari kereta. Motosikal yang berada dekat dengan kereta itu membuatkan hatinya mengesyaki hal yang bukan-bukan. Amin melilaukan matanya mencari kelibat orang di seluruh kawasan itu tapi gelap malam membataskan penglihatannya. Dia mengambil lampu picit yang memang sudah disediakan di dalam bonet keretanya dan tidak lupa juga untuk mengambil kayu besbol yang disembunyikan agak dalam di bonet yang sama. Mungkin si pemandu kereta itu dalam kesusahan, di fikirannya cuma ada satu andaian, ini mesti kes curi atau rompak mat rempit. Tapi apa dia orang buat kat dalam ladang kelapa sawit ni? Kes bunuh ke? Fikir Amin. Dia menguatkan niatnya untuk membantu, tambahan pula dia ada ilmu mempertahankan diri. Nanti bolehlah dia membela diri kalau diserang, kecuali kalau mat rempit ni pakai pistol. Habislah aku!
“Hoi apa korang buat tu?” soal Amin. Suaranya mengejutkan tiga orang pemuda yang sedang ‘bermain-main’ dengan mangsa mereka sebelum mangsa mereka ‘dimakan’.
Tiga orang pemuda itu berpaling ke arah Amin. Tanpa membuang masa, Amin segera melulu. Lamput picit dilemparkan sahaja di lantai bumi, dia tidak dapat menyerang dengan menggunakan satu tangan. Kayu besbol diayhunkan ke tubuh seorang pemuda yang tinggi lampai. Lelak itu jatuh terlentang ke lantai lalu mengerang kesakitan. Dua orang sahabat pemuda tadi takut-takut untuk menyerang Amin. Salah seorang menolak kawannya untuk mara menangkis serangan Amin namun tindakan Amin untuk menyerang lebih cepat. Kayu besbol yang keras itu dihayunkan ke tubuh pemuda itu. Dia juga turut mencium bumi. Seorang pemuda lagi tidak mempunyai pilihan, dia akhirnya maju menyerang sebelum diserang oleh Amin. Serangannya dapat dielak oleh Amin dengan cara menunduk. Akhirnya kayu besbol itu dihayunkan ke betis pemuda yang ketiga, sekejap sahaja lelaki itu terhuyung-hayang di udara sebelum dia juga menyertai kawan-kawannya membuat upacara mengerang kesakitan.
“Hah rasakan!” jerkah Amin. Dia akhirnya pergi ke arah si gadis dan menghulurkan tangan untuk membantu gadis itu berdiri.
Rina akhirnya bangun berdiri. Kerana takut, dia memeluk tubuh Amin yang telah membantu menyelamatkannya daripada menjadi mangsa kepada mat-mat rempit. Rina menangis teresak-esak di bahu Amin dan dalam masa yang sama dia mengucapkan terima kasih kepada Amin yang telah menyelamatkannya. Dia telah pun membuat panggilan ke pejabat polis semasa Amin sedang berlawan dengan tiga orang mat rempit itu dan mungkin sekejap lagi bantuan akan sampai.
Amin cuba meleraikan pelukan Rina tapi pelukan itu kejap sekali. Mungkin gadis itu masih lagi dalam keadaan trauma. Amin akhirnya membiarkan sahaja. Lama-kelamaan ,pelukan itu terlerai sendiri dari  pihak si gadis. Amin memujuk Rina supaya gadis itu mempercayakannya dan mengikut dia kembali ke kereta. Tidak alam kemudian dua buah kereta polis tiba di tempat kejadian. Amin menunjukkan arah tempat keberadaan tiga orang pemuda itu, ementara dia dan Rina disuruh ke balai untuk membantu siasatan.
Setelah hampir sejam, barulah ibu bapa Rina sampai. Gadis itu menangis teresak-esak dalam pelukan ibunya. Amin turut bersimpati. Gadis itu mengingatkan dia kepada Balkish.
Amin dan Rina juga telah selesai memberi keterangan. Ayah Rina berterima kasih kepada Amin yang telah membantu menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa tiga orang mat rempit.
Setelah selesai segala urusan di balai polis, Amin meminta diri daripada ayah Rina untuk pulang. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Dia parkir di hadapan kolej. Amin menuju ke bilik hostelnya. Dia juga sebenarnya tinggal di hostel tetapi jerang dia ke sana kerana dulu dia sering tidur di rumah Tina dan di rumah papa. Amin mengetuk pintu bilik dengan keras sekali untuk membangunkan teman sebiliknya.

Rina.... (example)

3 comments:

  1. ada watak baru, Rina. Nanti Rina nak kat Amin ke? Hero penyelamat.

    ReplyDelete
  2. Rina kemaruk dgn cinta Aminnnn

    ReplyDelete