Friday, March 27, 2015

SNDKI BAB 42-45

Bab 42
“Amin!” panggil Datin Hasmah. Makanan yang siap dimasak dimasukkan ke dalam Tupperware. Datin Hasmah memasakkan beberapa makanan yang berkhasiat untuk orang yang dalam pantang. Makanan-makanan itu akan dikirim ke Amin untuk dibawa kepada Balkish yang sekarang sedang tinggal di rumah ayahnya.
Balkish masih lagi dalam pantang, entah berapa lama lagi dia akan tinggal di rumah orang tuanya. Sudah lama juga dia tidak melihat wajah cucu sulungnya. Beberapa hari yang lalu dia ada menjenguk Balkish di rumah kakak Aminah tapi dia segan untuk ke sana acap kali. Pernah juga dia menyuruh Amin memanggil Balkish pulang dan berpantang sahaja di rumah mereka tapi Amin menolak. Mungkin difikirkan Balkish lebih selesa di rumah orang tuanya sendiri dan segan mahu menyusahkan keluarga mertua.
Amin pula setiap hari ulang-alik ke rumah orang tua Balkish. Anak lelaki sulungnya itu tidak pernah mengeluh penat atau susah. Datin Hasmah berbangga dengan Amin.
“Dah siap ke barang-barang yang nak dibawa, ma?” soal Amin sambil mencium pipi mamanya.
Sejak menjadi ayah ni, moodnya semakin baik. Dia bahagia dengan zuriat yang dikurniakan kepadanya. Sayangnya kepada Balkish semakin tinggi.
“Ni mama dah siapkan. Amin bawa kereta baik-baik. Nanti sampaikan salam mama dekat Kak Aminah dan Balkish ya” pesan Datin Hasmah.
Amin mengangguk. Dia mengambil bekas-bekas makanan yang dibungkus oleh mama. Amin meminta izin dan masuk ke dalam keretanya. Dia memandu keluar dari tempat parkir.
Selepas satu jam perjalanan dia sampai ke rumah mertuanya. Amin melangkah masuk ke dalam rumah. Dia segera masuk ke kamar Balkish. Ibu dan Balkish dilihat duduk di kamar.
“Amin, bila sampai. Ibu tak dengar pun bunyi kereta” tegur Aminah.
“Baru saja ibu” balas Amin. Dia melangkah masuk. Iman tiba-tiba menangis.
“Awak masuk rumah tadi bagi salam tak?” soal Balkish kepada Amin.
Amin menggaru kepalanya yang tidak gatal dan tersenyum selamba, “Abang lupa” balas Amin.
Aminah melihat ke arah Balkish. Kenapa anaknya itu berkasar dengan Amin? Kenapa Balkish tanpa segan silu menegur Amin di depannya. Walaupun Balkish benar tetapi cara dia menegur Amin itu agak kasar. Aminah hanya berdiam. Dia menidurkan kembali cucunya yang sedang berada dalam pangkuan.
“Ni, abang bawa makanan untuk awak. Mama pesan” beritahu Amin.
Balkish mengangguk. Dia bangun dari duduknya.
“Eh, awak nak pergi mana?” soal Amin risau apabila melihat isterinya itu berusaha untuk bangun dari duduknya. Dia cuba menghalang Balkish.
“Tak apalah. Saya pun bosan duduk saja”
“Tak apa. Biar abang buat. Awak nak apa?”
“Nak bawa masuk dapur” balas Balkish
“Tak apa, abang buat”
“Tak apa. saya dah boleh berjalan dah. Awak ni risau sangat”
“Risaulah. Sebab sayang” jawab Amin spontan. Dia segera melarikan pandangannya dari ditatap oleh Balkish. Malu juga terkeluar perkataan sayang depan ibu.
“Ibu, cakaplah sedikit dekat Amin ni. Dia risau tak menentu” Balkish sengaja melarikan topik.
“Ibu?” Amin bertanya kepastian daripada ibu mertuanya. Bimbang juga kalau Balkish berdegil sedangkan dia masih belum sihat sepenuhnya untuk melakukan pekerjaan sehari-harian.
“Balkish dah boleh dah kalau nak berjalan perlahan-lahan, Min. yang kamu tu Balkish, Amin tu risaukan kamu, kamu tu kenapa nak mengelak? Biarlah Amin tolong” Amin menegur anak sulungnya. Dia tidak berkenan dengan sikap Balkish terhadap Amin pagi ini.
Amin mengikut langkah Balkish perlahan-lahan dari belakang. Risau kalau-kalau isterinya itu terjatuh, dia sempat memegang tubuh yang masih lemah itu.
Mereka berdua masuk ke dapur untuk meletakkan makanan yang dikirim oleh Datin Hasmah. Balkish kemudiannya duduk di kerusi makan. Amin juga mengikut.
“Awak dah breakfast?” soal Balkish kepada suaminya itu.
Amin menggeleng.
“Makanlah kat sini, ibu buat nasi lemak” pelawa Balkish. Ibunya itu setiap hari memasak nasi lemak untuk dihantar ke kedai makan berhampiran rumah mereka untuk dijual. Selain nasi lemak ibu juga ada membuat kuih-muih untuk dijual di kedai makan dan kantin sekolah.
Balkish menyendukkan nasi untuk Amin. Dia juga menuangkan air teh untuk lelaki itu.
“Balkish tak makan?” soal Amin.
“Saya mana boleh makan makanan macam ni”
“Abang lupa”
Nasi lemak yang disendukkan oleh Balkish digaul dengan tangannya. Nasi itu kemudiannya disuap ke mulut. Rasanya enak. Pandai ibu masak.
“Mama kirim salam” beritahu Amin. Nasi yang penuh di mulut tidak ditelan sebelum dia berbicara membuatkan dia tersedak. Amin terbatuk-batuk sambil memukul dadanya. Balkish bangun dari duduknya dan berdiri di sebelah Amin. Belakang Amin ditepuk laju, risau melihat lelaki itu tersedak secara tiba-tiba. Apabila batuk Amin sudah beransur reda, dia mengurut dan membelai belakang dada suaminya itu.
Balkish memandang Amin dari belakang. Tangannya memegang belakang lelaki itu dengan satu perasaan aneh. Tubuh Amin terasa hangat, tangannya merasa lekuk tubuh dari otot sasanya. Tonjolan tulang belakang Amin juga teraba di tapak tangannya.
“Balkish” panggil Amin lembut. Isterinya itu lama membelai bahagian belakang badannya membuatkan timbul satu perasaan di benaknya.
Balkish tersedar. Dia duduk kembali di tempat duduknya. “Minumlah air tu” gelas yang berisi air teh itu dihulurkan kepada Amin.
“Bila Balkish nak balik rumah abang?” soal Amin apabila dia menyelesaikan hidangan sarapan paginya. Pinggannya dibawa ke sinki dan dicuci sendiri. Tidak mahu dia menyusahkan Balkish ataupun ibu.
“Kenapa, mama tanya ke?” soal Balkish.
“Tak adalah, abang yang rindu”
“Awak ni, makin lama, makin pelik”
“Apa yang pelik. Abang cuma rindu Balkish. At least dekat rumah, abang boleh tengok-tengokkan Balkish” sambung Amin.
“Tunggulah dulu. kalau saya balik sekarang, saya takut menyusahkan mama”
“Sebulan saja dekat sini ya. Selepas itu, nanti abang datang jemput Balkish balik rumah” balas Amin.
Balkish diam. Dia tidak memberi jawapan.
“Awak ni saya tengok seminggu dua asyik datang sini pagi-pagi. Awak tak pergi kelas ke?” soal Balkish.
Amin diam. Dia senyum.
“Awak ni. Saya tak kisah pun kalau awak datang petang-petang sedikit. Saya tak suka awak ponteng kelas” marah Balkish.
“Papa tahu?” soal Balkish lagi.
Amin mengangguk.
“Esok awak pergi kelas, tak payah jenguk saya dekat sini. Dah setiap hari awak datang, saya pun dah bosan tengok muka awak kat sini” sambung Balkish lagi.
“Esok pun abang ada test. Abang datang petang-petang sedikit esok ya” sambung Amin pula. Bukannya dia sengaja tidak mahu ke kelas tapi dia sangat merindui Balkish. Kalau pagi-pagi tidak melihat wajah Balkish, hatinya menjadi rindu. Kini rindunya bukan hanya pada Balkish seorang tetapi pada anak mereka juga, Iman. Senyuman Iman sangat membahagiakan. Dapat melihat Iman tertidur dalam pangkuannya, Amin berasa sangat bertuah dan gembira. Itulah sebabnya dia tidak terlalu berkira untuk tidak ke kelas setiap hari. Papa pula tidak keberatan dia tidak hadir kuliah kerana menjenguk Balkish. Entah kenapa dulu, papa selalu marah-marah dengan sikapnya yang tidak bertanggungjawab terhadap pembelajarannya. Tetapi kini sikap papa kepadanya berubah.
“Semalam, Iman buat hal tak?’ soal Amin sengaja mengubah topik.
“Semalam dia bangun pukul 4 pagi sebab lapar. Lepas tu terus tidur” beritahu Balkish. Amin selalu bertanya tentang anak mereka setiap kali dia mengunjunginya. Amin itu sayang sekali dekat Iman.
Amin berjalan menghampiri Balkish. Jantung Balkish berdebar-debar saat dia menyedari tubuh lelaki itu berdiri di belakangnya. Dia hanya berdiam diri. Bimbang sekiranya kalau dia bergerak, terlanggar dengan Amin pula.
Amin senyum. Dia menundukkan wajahnya dan entah kenapa ringan sahaja mulutnya mencium ubun-ubun Balkish. Gadis itu tersentak lalu bangun berdiri. Matanya mencerun melihat Amin. Marahnya Balkish dengan sikap Amin yang selalu melakukan sesuatu dengan tiba-tiba mula membakar diri.
Pandangan Balkish dilihat sangat mengerikan. Dia telah tersilap langkah. Amin menggarukan kepalanya, tidak selesa dengan situasi sekarang ini. Rambutnya yang lurus itu berjuntaian hingga ke paras separuh dahi.
Amin segera melarikan diri daripada terus berhadapan dengan Balkish. Dalam situasi sekarang nyawanya mungkin dalam bahaya. Marah Balkish mungkin meledak bila-bila masa. Jadi lebih baik dia menyelamatkan diri mencari ibu dan duduk bersama ibu dan Iman buat sementara waktu ini.
Tidak lama kemudian, Balkish juga turut masuk ke dalam bilik untuk berehat. Amin sempat melihat ke arah gadis itu. Wajahnya masam mencuka, marah kerana tadi.
………………………………………..
Balkish berbaring pada sisi kanan di samping Iman untuk menyusui anaknya itu. Mulut Iman muncung menghisap air susu badan. Balkish merenung wajah anaknya itu. Memang mirip sekali dengan Amin kecuali pada bahagian bibir dimana bibir Iman diambil dari sebelahnya.
“Semoga anak mama ni, jadi anak yang soleh” Balkish berbicara dengan Iman sambil mengusap rambut Iman yang berwarna agak perang.
Iman Hidayat, adalah nama yang diberikan kepada anak mereka. Iman adalah pilihannya sementara hidayat adalah pilihan Amin. Bersusah payah lelaki itu memilih nama yang sesuai untuk anak mereka. Amin juga membeli beberapa buah buku nama-nama Islam untuk dipilih buat Iman dan akhirnya dia memlilih Hidayat.
“Semoga Iman membantu orang-orang di sekitarnya mendapat hidayat daripada Allah” kata Amin semasa dia menyebutkan nama pilihannya itu.
Balkish mengangguk setuju. Pilihan nama yang diberi oleh Amin itu sangat baik untuk dijadikan nama buat anak mereka, ternyata Amin juga tahu memilih.
“Iman Hidayat, kenapa papa tak jenguk kita hari ni?” soal Balkish kepada Iman. Anaknya itu asyik menyusu dari tadi.
Sibuk sangat ke sampai tak datang menjenguk hari ini. Semalam dia menyuruh Amin untuk ke kelas, dan lelaki itu juga memberitahu yang dia akan datang menjenguk sebelah petang kerana paginya, dia harus ke kampus untuk menduduki test.
Amin cakap nak datang petang tadi, tapi kenapa dia tidak datang? Timbul pula rasa aneh kerana tidak melihat Amin seharian ini. Dan dia tidak pula menelefon.
“Papa awak ni, nak kena marah dengan mama” sambung Balkish lagi. Dia masih berbicara dengan Iman.
Balkish melihat ke arah anaknya. Matanya sudah terpejam. Balkish melepaskan Iman dan mengangkat tubuh munggil Iman ke tempat tidur di sebelahnya.
“Malam ni, tidur baik-baik ya sayang” Balkish mengucup bibir kecil Iman. Dia melihat telefon bimbit di sebelah tempat tidur dilihat, berharap agar ada panggilan daripada Amin malam ini. Balkish mengambil telefonnya. Dia sudah tidak mahu menangguh waktu, nombor telefon Amin dicari dan didail. Panggilannya diangkat.
“Awak tak tidur lagi?” soal Amin.
“Assalamualaikum” sapa Balkish.
“Waalaikumussalam” jawab Amin lembut. Teringat salahnya tidak menyapa dengan salam keramat itu terlebih dahulu. Dia sudah berjanji pada dirinya untuk sering-sering menyebut salam itu pada waktu menjawan telefon dan paling penting saat dia masuk ke dalam rumah. Risau juga kalau ada ‘benda’ yang mengikut saat dia pulang ke rumah di mana anak kecil mereka berada.
“Macamana test tadi?” soal Balkish.
“Okey saja. Anak dah tidur?” soal Amin.
“Iman baru saja tidur” balas Balkish.
“Dan awak tak boleh tidur selagi belum dengar suara abang? Rindu abang ke?” soal Amin mengusik.
Balkish terdiam. Kata-kata Amin itu membuatkan dia berfikir. Benarkah dia merindui lelaki itu?
“Balkish” panggil Amin setelah Balkish lama berdiam diri.
“Tak ada masa nak ingat awak” balas Balkish. jengkel mendengar usikan Amin itu.
“Sayang, abang dekat luar ni. Ada hal sedikit. Esok abang call sayang ya”
“Awak kat pub?” soal Balkish. Dia teragak-agak menyebut pertanyaannya. Bimbang jawapan daripada Amin nanti bakal membuatkan dia sedih.
“Taklah” balas Amin sepatah.
“Okey, nanti abang call esok ya. Assalamualaikum” sambung Amin. dia mematikan panggilan.
Amin di mana sekarang ini? Kenapa malam-malam begini, dia masih belum pulang ke rumah. Dia ke pub? Tapi dia cakap tidak. Haruskah aku percaya pada kata-katanya?
Balkish merebahkan diri ke tempat tidur. Selimutnya ditarik sehingga ke paras dada. Dia cuba untuk melelapkan diri. Fikirannnya terganggu tentang keberadaan Amin. Hatinya tidak tenang memikirkan yang bukan-bukan tentang Amin. Balkish berdoa dalam hati supaya suaminya itu terlindung dari kecelakaan dan dosa.
……………………………………………
Sorry buat kau menunggu” ucap Amin kepada temannya, Farid yang sedang menunggunya.
“Tak apa, ustaz pun belum turun lagi” beritahu Farid.
“Siapa call?” soal Farid ingin tahu.
“Isteri aku” balas Amin. Telefon bimbitnya disimpan di dalam kocek seluar jeansnya. Amin melihat ke arah Farid yang lengkap berkopiah putih di depannya. Kawannya itu baik sekali terhadapnya, mahu melayan pertanyaannya yang pelik-pelik dan bodoh-bodoh terutama dalam hal agama. Banyak dia belum tahu tentang Islam, dan untuk dia menyintai Islam, dia harus mengenali dulu Islam. Dan untuk mengenali Islam, dia sengaja bertanya dengan tujuan menguji Farid. Sengaja dia mengutarakan pertanyaan yang pelik-pelik kepada lelaki itu berharap agar Farid berputus asa dengannya tapi Farid menjawab pertanyaannya dengan baik. Pada awalnya soalan-soalan yang bertujuan untuk membuat Farid berputus asa telah berubah menjadikan dia lebih berminat dengan Islam.
“Bila nak kenalkan isteri dengan anak kau dekat aku?” soal Farid.
Dia baru sahaja tahu Amin telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Teman sebiliknya itu tidak terlalu dekat dengannya sebelum ini, jadi tidak mustahil dia tidak berkongsi banyak cerita dengannya. Tetapi sejak kebelakangan ini, hubungan persaudaraan mereka berdua semakin baik. Amin juga mahu menemaninya menghadiri kuliah agama di masjid Shah Alam malam ini. Kebetulah ada ceramah ustaz Wahid, seorang Ustaz yang rapat dengan Farid di masjid itu dan Amin menawarkan diri untuk menjemput dan menghantar mereka.
“Assalamualaikum Farid” sapa Ustaz Wahid saat bertemu dengan Farid.
“Ustaz” sapa Wahid. Dia berjabat tangan dengan ustaz. Amin diperkenalkan kepada Ustaz Wahid. Mereka berduapun berjabat tangan.
“Ustaz, marilah. Saya hantar balik” pelawa Amin. dia menjemput Farid dan Ustaz Wahid untuk masuk ke keretanya.

Bab 43
Bunyi tangisan Iman memenuhi isi bilik mereka. Amin mengangkat tubuh Iman yang terbaring di katil ke dalam rangkulannya, tubuh kecil itu ditimang-timang. Entah kenapa pagi ini, Iman menangis sakan. Amin melihat ke arah Balkish yang sedang bersiap-siap denga memakai tudung.
“Awak ni betul ke nak pergi?” soal Amin tidak percaya. Sebenarnya dia agak marah dengan keputusan yang diambil oleh Balkish. Isterinya itu masih lagi dalam pantang tetapi mahu ke kampus hari ini dan beberapa hari akan datang untuk menghadiri ujian akhir semester. Sudah banyak kali dia menegah tapi Balkish tidak mahu mendengar. Akhirnya Amin terpaksa mengalah dan berdiam diri demi untuk tidak bertengkar dengan gadis itu.
“Kasihan Iman ni” sengaja Amin mencuri nama Iman untuk melembutkan hati isterinya itu.
“Apa pula, Iman okey saja” Balkish bergerak ke arah Amin yang sedang menggendong Iman.
“Kan anak mama kan?” Balkish berbicara dengan bayi di dalam rangkulan Amin. Dia menyentuh dahi Iman untuk memastikan yang anaknya itu tidak demam.
“Kalau tak demam, kenapa menangis sakan macam ni?”
“Biasalah tu, dia pun tahu saya nak tinggalkan dia hari ni” balas Balkish.
“Awak tak exam kan hari ni. Awak jaga Iman ya. Nanti lepas exam saya terus balik” beritahu Balkish.
“Awak nak pergi dah ke?’ soal Amin.
“Awak tak payahlah hantar, saya nak cab saja. Tak sampai hati pula kalau kita dua-dua tinggalkan Iman” balas Balkish.
“Ya sayang, mama pergi dulu. nanti mama balik. Sayang duduk dengan papa dulu kejap hari ni. Mama sayang Iman. Jangan nakal-nakal ya anak mama”
“Nanti balik, abang datang jemput” beritahu Amin.
Balkish mencium pipi Iman sebelum dia berlalu keluar dari bilik tidurnya. Amin dan Iman ditinggalkan berdua di kamar itu. Dia berlari menuruni anak tangga untuk ke tingkat bawah. Apabila bertemu dengan ibu mertuanya di halaman depan, Balkish meminta izin untuk keluar.
………………………………………
“Awak, minggu depan saya nak pergi kampus” beritahu Balkish saat Amin masuk ke dalam bilik dan duduk bermain-main dengan Iman di katil.
“Nak buat apa?” soal Amin.
“Minggu depan final exam dah. Saya dah Tanya Aiza, attendance saya cukup untuk saya ambil final exam. So saya ingat saya nak ambil saja exam walaupun saya tak sempat masuk kelas selama saya pantang ni” beritahu Balkish.
“Awak larat ke? Kan awak tu dalam pantang lagi” Amin memprotes dalam lembut.
“Boleh saja. Saya dah tak sakit dah pun”
“Abang tak sukalah Balkish paksa diri macam ni. Rehat sajalah dekat rumah. Awak tu dalam pantang lagi, kalau tak sempat exam sem ni, exam sajalah sem depan”
“Macam awak? Suka tangguh-tangguh exam
Amin diam.
“Awak tak apalah, nak habis belajar bila-bila masa pun boleh. Saya lain, kalau saya tak habiskan belajar on time, kasihan papa terpaksa tanggung saya lagi. Lagipun saya kena bantu ayah sara adik-adik. Jadi saya seboleh-bolehnynya tidak mahu terlambat habis”
“Ikut suka awaklah” Amin akhirnya berputus asa untuk menghalang Balkish. Biarlah gadis itu melakukan apa yang dia mahu. Lagipun Balkish sudah dilihat sihat.
“Awak bila exam?” soal Balkish.
“Entah” jawab Amin sepatah.
……………………………………………………………
Telefon bimbit Amin berdering. Pada awalnya dia tidak mahu mengangkat panggilan itu kerana dia sibuk menidurkan Iman tetapi lama-lama bunyi deringan itu terasa semakin mengganggu.
“Eh, bro. Kau tak datang exam ke?’ soal Firdaus kepada Amin.
“Dah start ke?” soal Amin.
“Belum tapi dalam sejam lagilah. Kau kat rumah lagi ke?” soal Firdaus.
“Aku tak ambil final kot sem ni” balas Amin selamba.
“Hujan tak, rebut tak. Kau kenapa?”
“Anak aku ni asyik menangis saja. Aku tak sampai hati”
“Oh” Firdaus agak terkejut.
“Okey lah” panggilan itu segera dimatikan.
Amin melihat ke arah Iman yang sedang memandangnya. Wajah itu sangat comel. Nanti besar, handsome macam papa! Amin mengusap pipi Iman. Anaknya itu ketawa meampakkan gusi. Geli agaknya.
“Kenapa menangis hari ni? Herm sayang? Kan papa ada dengan Iman. Papa pun boleh jaga Iman macam mama” Amin berbicara dengan anaknya. Dia berbaring ke sisi kanan menghadap Iman.
“Mama tu hardworking, kita kena faham. Tapi itu tak bermakna mama tak sayang Iman atau papa. Mama sayang sangat dekat Iman. Papa pun sayang Iman. Ya, lain kali Iman jangan menangis kalau mama ada kerja, papa kan ada. Anak papa ni anak yang baik, nanti besar, Iman kena protect mama dan adik-adik Iman. Iman kan anak sulung kami” Amin berceloteh dengan anaknya walaupun Iman tidak mengerti apa-apa.
Datin Hasmah mengetuk daun pintu sebelum masuk, dia melihat Amin sedang berbaring di katil bersama dengan Iman.
“Mama” sapa Amin.
“Balkish pergi kampus ke? Ada exam katanya” Datin Hasmah bertanya.
Amin sekadar mengangguk.
“Amin tak ada exam ke?” soal Datin Hasmah lagi.
“Amin postponed next sem”
“Kenapa pula?” soal Datin Hasmah hairan.
“Mama jangan bagitahu papa” beritahu Amin.
Dia tidak terburu-buru mengejar konvokesyen seperti Balkish, jadi apa salahnya dia mengalah kepada Balkish untuk menjaga anak mereka hari ini. Lagipun Iman sejak dari tadi tidak berhenti-henti menangis. Dia tidak memberitahu tentang peperiksaan kepada Balkish kerana tidak mahu Balkish menjadi khuatir. Biarlah gadis itu saja yang menduduki peperiksaannya hari ini.
Pandangan Datin Hasmah tertacap pada sesuatu. Dia melihat ada gebar dan bantal di sofa bilik itu. Kenapa gebar dan bantal itu di situ? Amin tidur di situ kah? Datin Hasmah bangun dari duduknya dan berjalan ke arah sofa itu. Gebar itu ditarik dan dilipat.
Amin baru tersedar mamanya sedang mengemaskan tempat tidurnya. Dia jadi serba salah, mungkinkah mama akan perasaan yang dia sebenarnya tidur di sofa. Timbul rasa penyasalan kerana tidak mengemaskan gebar itu awal-awal.
“Amin tidur di sofa?” soal Datin Hasmah.
“Balkishkan dalam pantang sekarang, Amin takut Balkish belum sihat” lancar sahaja mulut Amin berbohong sedangkan dari awal perkahwinan mereka dia tidak pernah tidur sekatil dengan isterinya.
“Jadi betullah Amin tidur dekat sofa” sambung Datin Hasmah.
“Baru saja ma. Mama jangan fikir bukan-bukan” kata Amin. takut juga kalau terlintas di fikiran mama yang dia dan Balkish tidak mempunyai hubungan baik. Selama ini dia seboleh-bolehnya merahsiakan perkara itu dari pengetahuan mama dan papa.
Datin Hasmah meletakkan gebar ke katil. Dia kembali menghampiri Amin.
“Amin dengan Balkish okey kan?” soal Datin Hasmah risau, naluri wanitanya dapat merasakan sesuatu sedang dirahsiakan oleh anak lelakinya itu.
“Okey saja mama. Mama jangan fikir sangat” sambung Amin, mahu menenangkan hati mamamnya. Wajah Datin Hasmah yang mengkerut risau membuatkan hati Amin diserang rasa bersalah kerana terpaksa berbohong demiu untuk menjaga hati mama.
“Mama turun dulu, siapkan lunch. Mama suruh Bibik potong sayur tadi, Bibik tu kalau mama suruh potong sayur pun salah-salah lagi.” beritahu Datin Hasmah. Sejak beberapa minggu yang lalu, suaminya mencari pembantu rumah dari Indonesia untuk membantunya melakukan tugas-tugas di rumah. Dato’ Sahar Cuma khuatir tentang kesihatannya.
Pembantu rumahnya itu disuruh membantunya dalam melakukan tugas-tugas rumah yang lain kecuali memasak. Datin Hasmah lebih senang memasak sendiri, cuma dia akan meminta tolong Bibik untuk menyiapkan bahan-bahan untuk dimasak.
Amin akhirnya terlelap di samping Iman. Dengan hanya melihat Iman tidur, matanya juga turut terasa berat. 
………………………………………
Amin keluar dari keretanya setelah mendapat satu parkir kosong berdekatan dengan dewan peperiksaan Balkish. Dia mengambil tempat duduk di sebuah bangku kecil tidak jauh dari bangunan itu. Tidak lama kemudian, kedengaran suara speaker dari dewan itu. Banyak mahasiswa dilihat keluar dari dewan, Amin mencari-cari Balkish.
Sempat juga Amin tersenyum kepada beberapa orang gadis yang tersenyum saat melewatinya. Dan akhirnya dia melihat wajah isterinya yang sedang berjalan ke arahnya. Senyumannnya semakin lebar saat melihat wajah sang isteri tersayang.
“Dah lama awak tunggu?” soal Balkish. Dia berdiri di samping Amin. Cemburu rasanya apabila ada beberapa orang gadis yang mencuri pandang ke arah lelaki itu. ‘Girls, hes my husband!’ rasanya mahu saja melaungkan kata-kata itu kepada gadis yang memerhatikan Amin.
“Baru saja” beritahu Amin.
“Iman behave tak dengan awak?” soal Balkish. Baru beberapa jam berasingan dengan anaknya itu, hatinya sudah tidak tenteram. Mahu saja dia bawa Iman bersama untuk menduduki peperiksaan bersamanya.
“Mestilah, anak saya kan?” sambung Amin. Balkish sekadar mencebik.
“Jomlah kita balik, wak. Saya dah rindu dengan Iman” ajak Balkish. Mereka berdua berjalan ke arah kereta Amin.
……………………………………………
Datin Hasmah melangkah masuk ke dalam bilik. Suaminya dilihat sedang membaca buku tentang Dato’ Mahathir Mohammad yang dibelinya beberapa hari yang lalu. Datin Hasmah duduk dikerusi meja solek.
“Abang, abang rasa hubungan Balkish dengan Amin tu baik-baik ke?” soal Datin Hasmah. Dia tidak mampu menyimpan sebarang rahsia dari suaminya.
“Kenapa pula awak ni?” soal Dato’ Sahar. Matanya masih tertacap pada bait-bait tulisan di dalam buku yang dibacanya.
“Tadi, masa saya masuk bilik mereka, saya tengok Amin tidur dekat sofa saja, bang”
“Balkish tu kan dalam pantang lagi” sambung Dato’ Sahar.
“Amin pun cakap macam tu. Tapi dah lebih sebulan dah Balkish berpantang bang, abang dulu pun, belum sebulan saya berpantang, abang dah…”
“Hah, nak mulalah tu” sempat Dato’ Sahar menghentikan Datin Hasmah sebelum isterinya menghabiskan kata-kata.
“Abang tahu tak, Amin tak pergi exam hari ni” beritahu Datin Hasmah lagi.
Dato’ Sahar memandang Datin Hasmah. Kali ini, topik yang diutarakan isterinya itu berjaya menarik perhatiannya daripada terus membaca. Lama-lama Dato’ Sahar kembali menyandarkan badannya ke kepala katil.
“Dia pasti ada alasannya” sambung Dtao’ Sahar. Anak lelakinya sudah banyak berubah sejak berkahwin. Dato’ Sahar suka akan perubahan itu. Amin dilihat lebih bertanggungjawab, dia berusaha menjaga Balkish walaupun kadang-kadang anaknya itu masih lagi salah-salah, tetapi sekurang-kurangnya Amin berusaha untuk mejaga dan menggembirakan Balkish.
“Amin tak cakap pula. Tapi Mah rasa, Amin tu mengalah dengan Balkish. Balkish ada exam hari ni dekat kampus, Iman pula asyik menangis saja pagi tadi. Anak kita tu pula tak cakap pun dia nak exam hari ni, kalau tak Mah boleh jagakan Iman. Tak susah mana pun” sambung Datin Hasmah.
“Baguslah tu” ringkas sahaja jawapan daripada Dato Sahar.
“Abang ni” marah Datin Hasmah. Dia merajuk kerana tidak dihiraukan oleh Dato’ Sahar.
“Balkish dengan Amin tu kan dah jadi suami isteri. Tahulah Amin jaga isteri dia. Dia tak ambil exam pun sebab jaga Iman dan Balkish kan? Abang tak rasa pun benda tu salah. Dulu pun dia selalu tak pergi kelas tapi sebab malas. Sekurang-kurangnya sekarang dia ada rasa tanggungjawab jaga keluarga dia sekarang ni” sambung Dato’ Sahar.
Buku yang dibaca di simpan di meja samping katil. Dia merebahkan dirinya ke tempat tidur.
“Abang ni, Mah belum habis cakap lagi, bang” rajuk Datin Hasmah masih berlanjutan.
“Esok abang masuk kerja. Awak tak apalah” Balas Dato’ Sahar pula.
Datin Hasmah manarik muka masam.

Bab 44
Amin tersedar saat mendengar suara tangisan Iman di corong speaker kecil yang terletak di samping katil. Dia mencari Balkish di tempat tidur tapi gadis itu tiada di situ. Amin melihat di meja study, Balkish tertiarap dengan wajahnya dibaringkan pada meja study dengan alas kertas-kertas tugasannya.
Amin menggerakkan tubuh Balkish dengan lembut.
“Awak” Amin mengejutkan Balkish. Gadis itu akhirnya terbangun dari tidur.
Balkish terdengar suara tangisan Iman dari speaker yang dihubungkan dari kamar anak mereka.
“Awak tidurlah. Biar abang tengokkan Iman” beritahu Amin.
Balkish memandang Amin dengan pandangan kosong. Dia mengantuk sekali.
“Pergilah tidur”
Balkish bangun berjalan ke katilnya. Amin pula keluar dari kamar untuk mendapatkan Iman yang sedang menangis. Pintu bilik anaknya dikuak dan Amin melangkah masuk. Tubuh Iman diangkat ke dalam rangkulannya. Iman didodoikan utnuk kembali tidur. Anaknya itu masih lagi menangis. Amin meletakkan Iman ke katil dan membuatkan susu untuk anaknya. Kelengkapan untuk membuat susu sudah tersedia di meja di dalam bilik itu untuk memudahkan kerja. Susu yang sudah siap diaduk dan dikocok itu diperiksa kehangatannya di kulit belakang telapak tangan. Barulah susu itu disuapkan ke mulut Iman.
Setelah kenyang, Iman segera tertidur kembali. Amin meletakkan Iman ke dalam buaiannya. Anaknya bergerak-gerak kecil, Amin mendorong buaian untuk mendodoikan Iman. Setelah anaknya kembali terlena, dia membaringkan tubuhnya ke katil lenanya datang tanpa dipaksa.
  ……………………………
Amin sambil mendukung Iman melangkah masuk bersama dengan Balkish ke dalam rumah ayah. Mereka berkunjung ke rumah ayah hari ini atas permintaan Balkish. Sudah lama isterinya itu mengajaknya ke sini tapi Amin tidak mempunyai masa terluang. Dia asyik sibuk dengan kegiatannya bersama Ustaz Wahid.
Dan hari ini, Balkish hampir-hampir merajuk kerana permintaannya tidak dikotakan dan akhirnya Amin terpaksa mengorbankan sedikit waktunya demi memenuhi keinginan sang isteri.
Tahir menegur Amin. dia senyum kepada ayah mertuanya itu. Iman yang dalam dukungannya diambil oleh Tahir. Mereka berempat duduk di ruangan kecil di rumah itu.
“Farah mana, ibu?” soal Balkish kepada ibunya. Adiknya itu biasanya di dapur membantu ibu. Selalunya kalau dia dan suaminya datang berkunjung, Farahlah yang akan menghidangkan air minuman buat mereka tapi hari ini tidak dilihat pula si Farah ni.
“Ada kat dalam bilik” beritahu Aminah.
“Merajuk kami tak benarkan dia bekerja” sambung Aminah lagi. Anak keduanya itu baru sahaja mengetahui nilai keputusan SPMnya. Walaupun keputusan yang diperoleh Farah tidak sebagus Balkish namun, anak keduanya itu masih berpeluang untuk masuk universiti tetapi Farah tidak mahu, katanya dia hanya mahu bekerja dengan kelayakan SPMnya. Aminah mengerti Farah hanya berniat mahu membantu dia dan ayahnya untuk menyara adik-adiknya yang lain tetapi Aminah tidak mahu anak keduanya itu menyesal kemudian hari dan menyalahkan dia dan suaminya kerana kelemahan mereka.
“Balkish tegurlah Farah tu sedikit” sambung Aminah lagi.
Balkish bangun dari duduknya dan mengetuk bilik Farah.
“Farah, keluar kejap. Kakak nak cakap sedikit” kata Balkish. Tidak lama kemudian adiknya itu keluar dan mengikutinya ke depan. Farah duduk agak jauh dari ibu, mungkin kerana masih marah dengan teguran ibu.
“Betul ke kakak dengar Farah tak nak sambung belajar?’ soal Balkish lembut.
Farah hanya menundukkan kepala memandang lantai. Dia tidak berani mengangkat wajah dan memandang wajah Balkish.
“Result SPM Farah okey saja. Nanti sampailah tu surat panggilan”
“Farah nak kerja” beritahu Farah dengan hati-hati. Dia menjaga nada suaranya supaya kakaknya tidak menganggap dia sengaja mencari gaduh.
“Farah nak kerja apa. Berapalah sangat gaji yang Farah dapat” Balkish teringat kembali waktu dia bekerja di kafe tempat dia pertama kali bertemu dengan Amin. Kerjanya sampai lewat malam dengan wang gaji yang tak seberapa. Pulang saja, dia sudah penat dan terus terlelap. Lagipun bahaya anak gadis seperti Farah bekerja di tempat begitu. Takutnya pisang berbuah dua kali. Dia tidak mahu nasib malang yang menimpa dirinya kena pada Farah pula. Lelaki-lelaki jahat seperti Amin banyak di luar sana. Balkish menjeling ke arah Amin kerana teringat peristiwa pertemuannya dengan Amin di kafe itu dulu. Dan kerana pertemuan itulah dia mengalami pengalaman hitam dalam hidupnya itu. Amin memandang ke arah Balkish dengan pandangan kosong. Balkish sengaja melarikan pandangnnya dari terus bertentang mata dengan lelaki itu.
“Kakak cakap macam kakak tak pernah kerja dulu” Farah memprotes kali ini. Dia geram apabila semua keluarganya menentang keputusannya untuk tidak menyambung pelajaran.
“Kakak kerja part time” sambung Balkish.
Tahir bangun dari duduknya sambil mengangkat cucunya yang sudah boleh duduk dengan sendiri itu. Dia kemudiannya pergi meninggalkan ruangan itu.
“Farah ada fikir ke masa depan Farah. Kalau Farah tak sambung belajar sekarang, belum tentu Farah dapat peluang lagi lain kali” pujuk Balkish. Amin sekadar memerhatikan. Aminah juga hanya berdiam diri.
“Kakak senang cakap. Kaka tak tahu sedih Farah tengok ibu dengan ayah kerja siang malam untuk support keluarga kita. Kakak tak pernah tahu. Kakak balik pun jarang-jarang” sambung Farah.
Balkish terdiam. dia tidak menyangka adiknya itu akan berbicara kasar begitu dengannya. Balkish cuba bersabar, dia tidak mahu cepat melenting. Dia lebih dewasa daripada Farah jadi dia harus mengawal situasi ini. Dia tidak mahu bergaduh dengan adiknya sendiri gara-gara bercanggah pendapat.
“Gaji Farah tak seberapa pun kalau Farah kerja sekarang” sambung Balkish pula.
“Farah tak bercita-cita tinggi macam kakak. Cukuplah kalau Farah dapat tolong ibu dan ayah sedikit-sedikit. Kakak kejarlah cita-cita kakak”
“Farah” Balkish berusaha untuk memujuk.
“Farah tak baik cakap macam tu dekat kakak” kali ini Aminah menegur anak keduanya itu yang dirasakan agak kasar terhadap Balkish. Farah memang agak pendiam berbanding Balkish. Mungkin kerana dia tidak banyak berbicara sebelum ini, semua masalah dan emosinya hanya dipendam seorang diri. Dan kini bila ada peluang, segala-galanya dihambur keluar.
“Biarlah Farah kerja sementara tunggu kakak habis belajar. Farah tak sanggup tengok adik-adik tu setiap hari pergi sekolah, cikgu tanya pasal yuran sekolah bila nak bayar. Kakak tak pernah tahu sebab kakak jarang balik, kakak tak pernah nak ambil tahu. Kakak tak tahu apa-apa pun, even pasal Abang Amin ada…”
“Farah!” Aminah segera menghentikan kata-kata Farah. Anaknya itu hampir-hampir memberitahu rahsia tentang pemberian wang daripada Amin. Amin memandang Farah. Dia berharap agar Farah tidak memberitahu Balkish tentang hal itu.
Farah tunduk. “Apa pun kakak nak cakap, Farah tetap nak kerja” beritahu Farah.
“Suka hati Farahlah. Kakak pun dah tegur tapi Farah masih degil. Nanti jangan salahkan kakak tak larang Farah” sambung Balkish. Dia bangun dari duduknya dan berlalu ke dapur mengikut ibunya. Tinggallah Amin dan Farah di ruangan itu.
“Abang Amin pun nak marahkan Farah?” soal Farah sinis. Akhir-akhir ini semua orang mahu memarahi dan menegurnya dengan keputusannya itu.
Amin tersenyum kelat. “Abang tak kisah pun. Asalkan Farah dah fikir masak-masak. Nanti Farah sendiri yang kena bertanggungjawab atas kehidupan Farah” kata Amin.
“Kalau Farah nak kerja, nanti abang tolong carikan kerja yang sesuai untuk Farah” sambung Amin lagi.
“Nanti kakak marah dekat abang”
“Ikutkan Balkish, semua benda yang abang buat dia tak suka” beritahu Amin sambil tersenyum kelat.
“Terima kasih abang”
“Sama-sama”
………………………………………
Jalan raya agak lengang saat ini. Di luar sana hujan turun dengan rintik-rintik. Amin menjeling ke arah Balkish yang sejak dari tadi hanya berdiam diri. Amin tahu isterinya itu tidak senang hati dengan perbualan antara dia dan Farah siang tadi. Amin tidak tahu apa yang harus dilakukannya untuk mengembalikan mood Balkish. Anak mereka duduk di kerusi child seat di belakang yang dibeli mereka beberapa minggu yang lalu. 
“Jauh termenung” tegur Amin memulakan bicara. Suara Radio sengaja diperlahankan untuk membuka ruang Balkish meluahkan perasananya.
Balkish mengangkat wajahnya memandang Amin.
“Jahat sangat ke saya ni?” soal Balkish dengan nada hambar.
“Kenapa cakap macam tu?” soal Amin terkejut.
“Betul apa yang Farah cakap. Saya dahlah jarang balik rumah ayah, tak tahu macamana keadaan adik-adik saya. Sekarang ni, Farah yang paling dekat dengan ayah, ibu, Fatin dan Fahmi. Saya?”
“Tak adalah, abang faham apa perasaan Balkish. Balkishkan anak sulung, Balkish nak yang terbaik untuk ayah, ibu dan adik-adik kan?” pujuk Amin. Dia tidak mahu melihat Balkish bersedih lagi. Tidak, selagi gadis itu bergelar isterinya.
“Saya risau Farah tu. Entah kerja apa yang dia dapat nanti. Kalau kerja baik-baik tak apa, kalau setakat kerja dekat kafe macam saya dulu saya tak bagi” sambung Balkish.
“Awak pun satu. Cakaplah baik-baik dengan Farah. Kenapa tadi tak cakap macam tu dekat Farah?”
“Tak perlulah saya nak cakap semua. Pandai-pandailah dia fikir. Kerja macam tu tak menentu. Balik malam-malam, saya cuma takutkan keselamatannya” sambung Balkish.
“Awak sindir saya ke ni?” soal Amin. Dia teringat apa yang dilakukannya terhadap Balkish dulu. Saat gadis itu pulang kerja malam hari, dia mengundang dan memaksa Balkish untuk masuk ke dalam keretanya.
Balkish melihat ke arah Amin.
“Nanti abang tanyakan kawan-kawan abang kalau ada kerja yang elok untuk Farah. Awak janganlah risau sangat” sambung Amin. Perasaan tergurisnya dengan kata-kata Balkish itu tidak mahu dilayan sangat.
“Awak nak carikan kerja untuk Farah?” soal Balkish.
“Yalah. Sebab awak nampak risau sangat” jawab Amin.
“Yalah, macamana saya tak risau. Kalau dia kenal lelaki macam awak kat tempat kerja dia nanti macamana?” soal Balkish. Dia tidak mahu mengalah dengan Amin.
“Tu cerita lama, Balkish” balas Amin.
Balkish diam. Dia melihat wajah Amin berubah, suaranya juga agak hambar. Pasti Amin marah dengan kata-katanya sebentar tadi.
“Terima kasih sebab tolong Farah” kata Balkish.
“Adik awak, adik saya juga” balas Amin.
“Uwek, so corny. Nak muntah saya dengar” jawab Balkish. Dia seronok mengetawakan Amin. Lelaki itu juga turut ketawa bersamanya.
Amin memegang tangan Balkish, membuatkan gadis itu tersentak. Balkish berdiam diri. Genggaman tangan Amin tidak ditepis. Amin memandang ke arah Balkish dengan penuh makna. Gadis itu pula hanya memandang ke bawah, segan diperhatikan oleh Amin lama-lama.
“Terima kasih sebab hadir dalam hidup abang, berikan sinar baru dalam hidup abang dan menghadiahkan zuriat yang baik untuk abang”
Balkish melarikan tangannya. Amin senyum.
“Kalau drive tu pandanglah depan”
“Awak tahu tak, makin awak tolak abang, abang makin terkejar-kejar dekat awak”
“So bila, awak dah dapat yang awak nak nanti, awak campak saya”
“Maybe”
Balkish menjeling marah kepada lelaki yang segang memandu itu.
“Saya nak campak awak dekat mana? Saya dah tak boleh hidup tanpa awak Balkish” jelas Amin membetulkan jawapannya.
……………………………………..
Tahir mengetuk daun pintu bilik Farah dan memanggil namanya.
“Farah, jomlah solat berjemaah sama-sama”
“Ayah solatlah dulu, kejap lagi baru Farah keluar” beritahu Farah. Dia masih merajuk tetapi dia tidak berani berdiam diri dengan pertanyaan ayah. Dengan ibu berbeza, dia boleh sahaja menarik muka masam. Entah kenapa Farah berasa marah sekali dengan kedua orang tuanya.
“Ayah tunggu. Keluar cepat” perintah Tahir.
Farah jadi takut. Ayah tidak banyak bicara tapi tegas orangnya. Kali ini, kata-kata ayah terpaksa dituruti kerana perasaan takut dan hormat kepada lelaki itu. Farah keluar dari kamar dan berwuduk. Dia melihat seluruh keluarganya sedang menunggunya untuk solat berjemaah. Balkish mengambil tempat di sebelah Fatin, dia masih merajuk dengan ibu.
Setelah selesai solat, Farah, Fatin dan Fahmi menyalami tangan kedua orang tua mereka. baru sahaja Farah mahu beredar, dia dipanggil oleh ayahnya.
“Duduk, ayah nak cakap sedikit” suruh Tahir kepada anak gadisnya itu. Farah menurut.
“Pasal keputusan yang Farah ambil untuk bekerja, ayah tak larang. Sama dengan kak Balkish, ayah tak suruh kakak Balkish tu berkahwin tapi dia yang pilih sendiri. Sama juga dengan Farah, ayah tak nak buat keputusan untuk Farah, Farah dan besar, dah tahu fikir yang mana yang terbaik untuk Farah. Tapi ayah nak tanya, Farah dah fikir masak-masak ni tak nak sambung belajar?” soal Tahir.
Farah mengangguk.
“Ibu tak suka dengan keputusan Farah sebab kami sebolehnya tidak mahu Farah tersalah langkah” sambung Tahir lagi.
“Farah dah fikir masak-masak ayah. Lagipun Farah tak berminat pun nak sambung belajar. Nanti kalau ada rezeki, lepas Kak Balkish dah kerja, dah ada orang boleh bantu keluarga kita ni, insyaAllah Farah akan fikir untuk sambung belajar” balas Farah lagi. 
……………………………
Kereta yang dipandu akhirnya sampai juga di perkarangan rumah banglo keluarganya.
“Awak tunggu sini, saya ambil paying dulu” beritahu Amin. Gerimis di luar keretanya membuatkan Amin khuatir tentang tesihatan Balkish dan juga Iman. Dia keluar dari kereta dan mengambil payung yang disimpan oleh mama di depan tempat rak kasut. Payung itu dibuka dan Amin segera berlari mendapatkan pintu kereta Balkish. Gadis itu keluar dan berkongsi payung dengan Amin.
Amin memandang ke wajah Balkish tanpa disedari oleh gadis itu. wajah itu sudah sangat dekat dengannya.
“Awak, cepatlah” panggil Balkish sambil menarik lembut payung yang dipegang Amin. mereka berdua ke pintu kereta belakang untuk mengambil Iman. Balkish memangku anak mereka dan mereka kemudiannya berjalan masuk ke dalam rumah. Amin membetulkan bajunya yang basah. Rambutnya yang lurus itu berjuntaian di dahi.
Kaget Balkish melihat susuk tubuh lelaki yang bergelar suaminya itu. Matanya memuji ketampanan si suami dan dalam diam dan menghayati setiap inci wajah itu. Mahu sahaja dia menyentuh rambut Amin yang masih basah itu.
“Abang nak keluar sekejap” beritahu Amin. Balkish tersentak dari lamunannya. Dia segera melarikan pandangannya dari terus menatap wajah Amin.
“Awak nak pergi mana hujan-hujan macam ni? Kalau ya pun, tunggulah hujan reda dulu” sambung Balkish.
“Kalau abang tak kenal Balkish, abang dah cakap Balkish risaukan abang” gurau Amin. dia ketawa sedikit.
Hello, mamat sewel, it would be a million yaars to come for me to concern about you. Kata Balkish dalam hati. Tapi aku ada perasaan ingin tahu, kemana tujuan Amin? Lelaki itu mahu keluar lagi, padahal kami baru saja sampai ke rumah. Sudahlah beberapa hari yang lalu, dia asyik sibuk dengan urusannya sendiri membuatkan keinginanku untuk ke rumah ibu tertangguh. Baru hari ini, lelaki itu dapat meluangkan waktunya, itupun sebentar, dan sekarang dia mahu keluar lagi. What’s wrong with you Amin? and whats wrong with me? Kenapa hal Amin menggangu fikiranku? Biarlah dia mahu keluar, dia lelaki, tahulah dia menjaga diri. Tapi macamana kalau Amin ke pub lagi? soal Balkish dalam hati.
Biarlah kalau dia nak ke pub pun. Dari dulu dia ke pub, takkan sekarang dia nak berubah? Balkish bermonolog sendirian. Tapi macamana pula kalau Amin keluar berjumpa seseorang, girlfriend maksudku. Kata-kata itu bagai suatu provokasi buat diri Balkish. Dia terdiam apabila terfikirkan hal itu. Hatinya resah tidak keruan. Cemburukah dia?

Bab 45
Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 4 petang, tirai malam masih jauh dari mencecah hujungnya siang hari. Angin petang menyapa wajah. Terasa aman dan damai suasana hari ini. Amin memandang isterinya, Balkish tetap seperti dulu, ayu pada pandangan mata Amin. Balkish tetap seperti dulu, masih lagi isterinya. Balkish tetap seperti dulu, masih lagi dingin terhadapnya. Kata-katanya berlegar-legar di fikiran seolah-olah menyindir egonya sebagai seorang suami.
Entah apa yang membuat hubungan mereka masih agak jauh. Amin memlihat susuk itu, sudah beransur tahun, tubuh Balkish kembali seperti sebelum gadis itu hamil. Liuk tubuhnya menggoda walaupun Balkish tidak cuba untuk menarik perhatiannya. Rambut Balkish  yang panjang melebihi bahu itu disanggul rapi menampakkan bahagian leher yang putih, lembut dan jinjang. Amin menelan air liurnya.
Semuanya pasal Balkish terlihat cantik. Sudah lama mereka berkahwin tetapi Balkish belum lagi bersikap terbuka dengannya. Gadis itu sentiasa menjaga batas hubungan mereka suami isteri membuatkan Amin juga berasa serba-salah. Dia sebenarnya sudah takut untuk memaksa Balkish kerana peristiwa hitam dulu. Takut sekali menurut kehendak nafsu serakah seperti dulu sehingga membuatkan gadis yang disayang dan disanjung-sanjung selama ini terluka. Padahal dia berjanji kepada dirinya sendiri akan membahagiakan Balkish selagi Balkish bergelar sang isteri. Amin berperang dengan dirinya sendiri. Antara keinginan hati dan kewarasan akal, yang mana sekarang ini akan mendapat kemenangan mutlak. Adakah keinginannya untuk menakluk tubuh itu lagi atau kecerdikan akanlnya menawan nafsu serakah sendiri.
Sejak akhir-akhir ini, Balkish semakin jauh dengannya. Gadis itu selalu saja sibuk dengan tugasannya. Kadang-kadang dia tidak sempat berbual panjang dengan Balkish. Kalau dia mengeluh, Balkish pasti akan memujuk, tapi pujukannya hanya sebaris ayat yang berupa “Awak, final sem ni saya tak boleh nak main-main macam awak. Awak fahamlah sedikit”. Itu bukan pujukan, itu ayat pembunuh, yang membunuh segala moodnya kalau ayat itu keluar dari mulut Balkish. Fikir Amin.
Hampir semua hal-hal berkaitan dengan Iman, dia yang uruskan. Dari menjaga Iman waktu malam, sampai menguruskan Iman waktu siang hari. Tetapi dia tidak pernah mengeluh, tahu kenapa Balkish? Sebab saya sayangkan awak dan Iman.
Kasihan juga melihat Balkish bertungkus-lumus menyiapkan tugasannya. Dia juga selalu belajar sampai lewat malam dan tertidur di kerusi. Kalau dia tersedar mendengar tangisan Iman dia pasti akan mengejutkan Balkish untuk tidur di katil. Tapi tak selalu Balkish mendengar, biasannya usahanya hanya membuatkan Balkish tersedar dan menyambung ulangkajinya.
Amin tergelak sendirian mengingatkan perangai isterinya yang ulat buku. Iman yang sejak dari tadi hanya memandang ke arah papanya tergelak sama apabila melihat papanya tertawa.
“Anak papa ni tahu ke kenapa papa gelak?” Amin bercakap dengan anaknya.
Iman cuba berbicara dalam bahasanya apabila dia melihat Amin bercakap dengannya.
“Eh, anak papa ni cakap apa? Nak cakap dengan papa? Papa tak faham sayang” kata Amin lagi. Iman terus ketawa.
“Erm, geramnya papa dekat budak kecil ni” Amin menggeletek perut Iman membuatkan ketawa Iman semakin galak sehingga gusinya yang sudah tumbuh gigi itu kelihatan.
Ketawa Iman membuatkan konsenterasi Balkish terganggu. Sudah lama dia tidak menumpukan perhatian buat anaknya itu. Perhatiannya hanya pada pelajarannya. Dia diserang rasa bersalah kepada Iman. Balkish menolak kerusi dan bangun berdiri. Dia melangkah menghampiri Iman. Amin melihat sahaja.
Wajah Iman dicium kerana rindu.
Amin sekadar melihat. Dia tahu perasaan Balkish sekarang. Gadis itu pasti berasa bersalah kepada anak mereka. Itulah sebabnya dia tidak mahu membebani Balkish dengan masalah-masalah kecil.
Balkish berbaring di samping Iman. Amin terkejut tapi dia harus bersikap cool. Kali ini juga, dia tetap hanya memerhatikan sambil menahan perasaan yang sedang bergelora di dadanya.
“Terima kasih sebab awak banya berkorban untuk saya dan Iman” beritahu Balkish.
Amin tetap membisu, dia takut kalau dia berbicara, suaranya menggeletar kerana perasaan gembira dan teruja. Ini adalah pertama kali dia melihat Balkish mahu berbaring sekatil di sampingnya dan mereka hanya dipisahkan oleh Iman.
“Saya penatlah, wak” beritahu Balkish. Matanya mahu terpejam. Dia letih dengan jadualnya kuliahnya yang semakin padat membuatkan sehingga membuatkan dia jarang mempunyai kesempatan untuk bersama Iman.
“Appa” panggil Iman. Anak mereka itu lincah sekali. Kadang-kadang tidak boleh duduk diam. Iman membalikkan tubuhnya untuk bangun. Tangan kirinya dikuak lebar untuk membantu dia mencari posisi untuk bangun duduk. Amin masih lagi melihat ke arah Balkish.
“Appa” Amin menjatuhkan dirinya di dada Amin. Anaknya itu duduk di dada papanya. Amin mengaduh kesakitan akibat hentakan berat badan Iman ke dadanya. Anaknya itu bukannya kurus melidi, tetapi tembam macam labu.
Balkish ketawa lucu. “Apa yang ganas sangat ni Iman? Marah Amin”
“Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi” lembut suara Balkish. Dia agaknya sudah mengantuk sekali. Amin hanya melihat. Dia mengasihani Balkish. isterinya itu terlalu kuat berusaha sehinggakan dilihat sangat letih.
Dalam keadaan separuh mengantuk Balkish menyentuh jari-jemari Amin dan akhirnya memegang tangan lelaki itu. Amin terkejut. Balkish menarik lengan sasa Iman, mendepakan tangan suami ke arah tubuhnya. Tanpa sepatah katapun, dia kemudiannya mengangkat dan melabuhkan kepalanya di pergelangan tangan Amin. Dalam keadaar separuh mengantuk, dia membuka ruang buat Amin untuk lebih dekat dengannya. Walaupun dalam keadaan separuh menantuk, tapi perbuatannya itu dilakukan dalam keadaan sedar. Dia sedar yang perbuatannya itu merupakan suatu perubahan besar dalam hubungan mereka suami isteri. Selama ini Amin begitu bersabar dengannya. Amin menjaganya saat susah dan senang, Amin telah berkorban deminya dan juga Iman. Di mana setiap ruang dalam hidup Iman yang tidak mampu dijangkau olehnya, Amin akan berusaha mengisi ruang kosong itu supaya Iman tidak terlalu berasa rindu kepada mamanya. Suaminya itu sudah banyak berkorban. Apalah ertinya sedikit ruang ini buat habuan kesabaran dan keikhlasan yang ditaburkan oleh Amin dalam hidup dia dan anak mereka.
“Balkish?” panggil Amin dengan banyak tanda Tanya yang mengisis fikirannya saat ini. ‘Betulkah perbuatan Balkish ini?’
Balkish tidak menyahut, barangkali sudah terlena. Amin melihat ke wajah itu. pandangannya kosong. Perbuatan Balkish membuatkan dia sangat terkejut sampai dia tidak mampu berfikir. Dia membiarkan sahaja Balkish tidur beralaskan lengannya. Tidak terlintas di fikirannya untuk mengambil kesempatan terhadap Balkish dalam keadaan sekarang. Gadis itu disayang sekali sehingga nyamuk sekalipun tidak dibiar menyakiti Balkish.
……………………………………..
Balkish membuka matanya perlahan-lahan. Terasa sudah lama dia terlelap di lengan Amin. Wajah Amin muncul di pandangan. Balkish senyum.
Amin tidak membalas senyuman itu. “Dah petang ni, bangunlah” kata Amin.
“Kenapa awak tengok saya macam tu?” soal Balkish lemah.
So, abang boleh tidur dekat katillah malam ni?’ soal Amin sengaja mencuba nasib.
“Jangan nak mengada. Tempat awak masih lagi sofa”
“Habis tu, tadi tu apa?” soal Amin.
Balkish diam. Di a mengangkat tubuh Iman dari atas katil.
“Balkish” panggil Amin manja.
You know, its been a long time since….ermm…Abang..abang..”
Be patient, Amin Muazzin”
Balkish berjalan membawa Iman ke bilik air. Dia mahu memandikan anaknya sebelum maghrib. Tidak elok anak-anak kecil mandi lewat malam. Amin bangun mengekori dari belakang. Dia memegang tubuh Iman saat Balkish cuba membuka pakaian anak mereka.  Sebaik sahaja pakaian Iman dibuka, kanak-kanak itu menggigil kedinginan. Balkish mengambil hos pili air dan mensetkan kehangatan yang sesuai untuk Iman. Tidak lama dia juga turut menjungkuk untuk menyiram Iman. Anaknya itu terkejut saat terkena air, tubuhnya bertambah menggigil. Iman cuba melepaskan diri dari pegangan papanya.
Balkish menyiram lagi ke tubuh Iman. Kali ini juga sama, Iman meronta. Tangan Amin dipanjatnya semacam sedang berpaut pada tali untuk mengelak siraman dari mamanya. Amin cuak, “Ya, Allah budak ni” marah Amin.
Anaknya itu lincah sekali, kadang-kadang nakal sampai tak terlayan kerenahnya. Amin segera menampung tubuh Iman supaya anaknya itu tidak terjatuh.
Balkish mendengar suara Amin menyebut ungkapan itu, ungkapan yang tidak pernah didengar keluar dari mulut Amin sebelum ini. Dan kali ini dia mendengar Amin mengucapkan Allah saat dia terkejut dan marah dengan perbuatan Iman. Dia mendengar semuanya.
“Siram saja budak ni Balkish, nakal sangat ni. Nasib baik papa pegang” marah Amin lagi.
Balkish memandikan Iman. Anaknya itu menangis dalam pegangan Amin.
“Apa yang nakal sangat ni. Nak mandi saja pun” marah Amin masih belum berhenti. Dia meleteri Iman walaupun anak mereka itu masih belum mengerti apa-apa.
Balkish menyiram rambut Amin. Dan rambut depannya berjuntaian turun menutup dahi. Sangat seksi. Terubat rindu untuk melihat wajah lelaki itu yang kebasahan. Amin memandang Balkish dengan pandangan tajam. Marah kerana rambut dan wajahnya bawah kuyup.
“Mandi saja pun. Apa yang awak marah sangat ni?” ulang Balkish. Dia gembira dapat memulangkan paku buah kerasa kepada Amin atas kata-katanya saat dia memarahi Iman sebelum ini.
“Mama dengan anak sama saja” marah Amin.
Dia teringat Amin saat lelaki itu basah terkena hujan dulu. Seksi. Hatinya terpaut. Sama seperti Amin saat ini, rambutnya yang basah itu berjuntai di dahinya.
Balkish segera mengambil tuala dan membalut tubuh Iman yang kedinginan. Anaknya itu dibawa keluar dari bilik air. Amin yang basah kuyup ditinggalkan sendiri di bilik air.
“Balkish, towel abang”
Balkish, sambil mendukung Iman mengambil dan memberikan tuala buat Amin. Dia tersenyum gembira dapat mengenakan Amin. Lelaki itu masam mencuka wajahnya.

14 comments:

  1. awesome the story getting very interesting.keep it up

    ReplyDelete
  2. Terubat rindu...
    X sabar nak tunggu balkis berbaik ngan amin..
    Mne tau dah baik nanti iman dapat adik lg...

    New entry sabar menunggu

    ReplyDelete
  3. ohh..sweettt...lama dh tnggu...setia mnunggu bab strusnya... ;)

    ReplyDelete
  4. so sweettttt....update lagikk pleaseee

    hari2 bukak blog nie...heheheh ;)

    ReplyDelete
  5. Iya tak sabar balkish berbaik dengan Amin.. Balkish juga tak kesian ke kat Amin.. Keras kepala sangatlah..

    ReplyDelete
  6. Waaaah suka sekali cerita ini bagus...mau lagi...please

    Pembaca dr Indonesia

    ReplyDelete
  7. Salam.. hari2 check blog nie.. ade new entry tak.. hu hu hu..

    ReplyDelete
  8. X de new entry lg ke.??
    X sabar nak tunggu..

    ReplyDelete
  9. update pleaseeee

    ReplyDelete
  10. tak de yg baru ke? Lama kami tunggu nie... hu hu hu..

    ReplyDelete
  11. Srry x sempat nk update lg huhu

    ReplyDelete
  12. X sempat ke..
    X pe lh
    Setia menunggu

    ReplyDelete
  13. update please :'(

    ReplyDelete