Tuesday, August 7, 2012

tengku bab 2,3


Bab 2

Sekarang

Kereta BMW putih dipandu secara perlahan-lahan sewaktu kereta itu melewati sebuah kawasan pasar malam. Orang ramai yang berpusu-pusu berkunjung ke pasar itu pada malam hujung minggu membuatkan keadaan jaLan   raya sedikit sesak. Tambahan pula, banyak kereta yang memperlahankan kenderaan masing-masing untuk mecari tempat kosong untuk parkir kereta mereka. Tengku Hamzan membaringkan badannya ke kerusi.
“Ada apa ni, Farhan?” soalnya dengan nada suara yang agak lemah. Dia sedikit penat setelah membuat lawatan ke tapat projek untuk pembinaan chalet bertaraf lima bintang di Pantai Tok Bali yang terletak tidak jauh dari tapak pasar malam.

“Pasar malam Tengku”

“Pandu elok-elok sikit” pesan Tengku Hamzan. Dia menyandarkan kepaLan  ya dan cuba memejamkan mata. Tiba-tiba, dia tersedar setelah Farhan tiba-tiba menekan pedal brek dan menyebabkan Tengku Hamzan terhantuk ke tempat duduk hadapan. Dahinya bengkak. Farhan beristighfar. Nasib baik dia sempat menekan brek. Seorang kanak-kanak tiba-tiba melintas di hadapan kereta yang dipandunya. Tengku Hamzan menggosok-gosok dahinya yang bengkak. Dia tidak marah kepada Farhan. Farhan segera meminta maaf dan bertanya keadaan majikannya itu. Tengku Hamzan kelihatan sedang dalam kesakitan.

“Nak pergi hospital ke Tengku?” soal Frahan risau.

“Cuba tengok dulu apa yang terjadi kat luar tu”

“Maaf Tengku, tadi tiba-tiba ada seorang budak melintas jaLan  . Nasib baik saya sempat tekan brek”

“Cuba pergi tengok, Farhan!”arah Tengku Hamzan lagi.

Farhan keluar dari perut kereta dan menyapa bapa kepada kanak-kanak tadi. Ayahanya tadi segera berlari mendapatkan anaknya yang sedang menangis akibat terkjut dan terjatuh di tengah-tengah jaLan   raya. Orang ramai yang turut menyaksikan kejadian itu turut melafazkan syukur kerana kanak-kanak itu tidak apa-apa. Farhan turut memohon maaf.

Tengku Hamzan hanya memerhatikan dari dalam kereta. Dia melihat kanak-kanak itu tidak apa-apa dan Farhan berkali-kali memohon maaf daripada bapa kanak-kanak yang hampir diLan  ggarnya tadi. Tengku Hamzan melihat ke arah  orang ramai yang berpusu-pusu ke pasar malam. Mereka yang sedang leka melihat dan menikmati makanan dan minuman yang dijual di pasar itu barangkali tidak sedar akan kejadian yang baru sahajberlaku ini. Kebanyakan mereka yang berkunjung ke sini terdiri daripada pelbagai golongan usia. Ada yang datang bersama keluarga dan ada yang datang bersama dengan teman-teman mereka.

Mata Tengku Hamzan terpaut pada seraut wajah. Wajah itu mengingatkannya kepada seseorang. Tengku Hamzan mencubit pipinya. Terasa sakit, jelas dia bukan bermimpi.

Farhan masuk ke dalam kereta setelah beberapa kereta membunyikan hon supayaa keretanya segera dialihkan dari menghalang pengguna jaLan   raya yang lain. Farhan menghidupkan enjin kereta dan memasukkan gear pertama. Tengku Hamzan memandang seraut wajah itu sehinggalah wajah itu hilang dari pandangannya.

Malam ini , penjuaLan  nya tidak seberapa bagus tetapi Farah tetap akur dengan rezekinya. “Lan  , malam ini  kita balik awal, nampaknya juaLan   tak berapa bagus” beritahu Farah kepada adiknya. Lan sekadar mengangguk sambil mengunyah sisa-sisa burger yang dibeli dari gerai yang berhampiran.

Bab 3

Tujuh tahun sebelumnya

Mylia masuk ke dalam kereta dan saat itulah dia bertemu dengan Puan Maisarah  . Maisarah memperkenalkan dirinya kepada Mylia dan memberitahu yang dia memerlukan bantuan Mylia untuk menjauhkan anaknya dari seorang perepuan yang akan merosakkan masa depan anaknya.

“Dari mana puan mengenali saya?” soal Mylia.

“Kawan aku yang selamatkan kau tadi yang mengesyorkan kau. Katanya kau memang arif dalam hal-hal macam ni”

Mylia terangguk-angguk, “Tapi saya nak Puan tahu, saya Cuma buat kerja-kerja macam ni hanya untuk membantu orang-orang yang teraniya”

‘Itu aku tahu. Itulah sebabnya aku terpaksa membohongi tujuan aku mengupah kau’ bisik Maisarah di dalam hati.

“Apa sebenanya yang berlaku dengan anak puan?” soal Mylia ingin tahu.
“Ini gambar anaknda Tengku Hamzan!” Maisarah menghulurkan beberapa keping gambar anak tirinya, Tengku Hamzan. Gambar-gambar itu bertukar tangan.

“Anaknda seorang anak yang baik, tak pernah melawan cakap tetapi sekarang  anaknda sudah banyak berubah. Aku tak suka melihat anaknda dipermain-mainkan. Aku nak kau berkawan dengan anaknda Tengku Hamzan  buatkan anaknda jatuh cinta pada kau sampai anaknda lupakan keasihanya. Ak sanggup bayar berapa kau nak”

“Puan, saya tak pernah lagi buat kerja macam ni. Bisaanya saya Cuma berlakon tak sampai satu hari dan kerja saya selesai. Dan saya tak pernah berpura-pura untuk membuatkan orang jatuh cinta kepada saya. Selalunya, saya Cuma berpura-pura untuk membuatkan orang berpisah, bukan untuk jatuh cinta”

“Ak tahu apa yang kau selalu buat, sebab itulah aku sanggup bayar berapa saja yang kau pinta”

“Saya tak berani menipu soal hati dan perasaan ni”
“Aku merayu, hanya kau yang boleh membantu anaknda. Walaupun anaknda Tengku Hamzan hanyalah anak tiriku tetapi aku tak sanggup melihat dia dipermain-mainkan sebegitu. Tolonglah aku, tolonglah aku!” Maisarah merayu-rayu.. air matanya mengalir membasahi pipinya yang masih gebu itu.

“Baiklah, saya setuju untuk membantu”

“Kalau macam tu, esok Fuad akan jemput kau, ada beberapa perkara yang kau perlu belajar sebelum kita sign kontrak” terang Maisarah  .

“Aik, sampai kena sign kkontrak ke puan?”

“Sebagai jaminan yang kau takkan berpaling tadah dari aku!”

Mylia berjalan    pulang ke rumahanya. Sebaik  sahaja pintu rumah dikuak, adik lelakinya datang menerpa. Kedua ibu bapa mereka sudah meninggal, Mylia memikul tanggungjawab sebagai anak sulung menyara dan menjaga adiknya yang hanya baru berusia belasan tahun itu. Khairul enggan bersekolah sebaliknya dia mahu membantu Mylia mencari pendapatan untuk mereka berdua. Jika tiada urusan, Mylia akan menemani adiknya menjual DVD cetak rompak di beberapa buah kawasan di sekitar bandar Kuala Lumpur. Lokasi mereka tidak tetap, dan mereka perlu selalu berwaspada untuk mengelakkan diri daripada ditangkap oleh pihak berkuasa.

“Lambat kakak balik!”

“Ada hal sikit, ni kakak beli makanan kegemaran awak, ada lauk untuk minggu ni. Letakkan dalam peti ais. Kakak penat. Macamana juaLan  ?” soal Mylia. Dia duduk di tikar sambil membaringkan dirinya di tempat tidur adiknya. Khairul mengambil bungkusan daripada kakaknya dan mencium aroma makanan yang dibeli oleh Mylia. Bau Mi udang yang masih panas menusuk ke hidung. Makanan ini adalah makanan kegemaran mereka berdua. Khairul kemudiannya ke dapur dan kemudian dia kembali ke ruang tamu dengan membawa dua buah mangkuk dan plastik biru yang berisi dua bungkus mi udang.

“Banyak lauk akak beli. Banyak dapat duit?”

“Ok la. Bolehlah untuk beLan  ja kita seminggu ni. Esok atau lusa, kakak dapat kontrak baru”

“Sejak bila pulak kakak pakai kontrak-kkontrak ni?”

“Sejak tadi” Mylia gelak nakal. “Bisaanya kalau kontrak-kontrak ni, dapat habuan besar. Khairul tak payahlah paksa diri sangat time jual DVD nanti. Kakak dah ada duit minggu ni”

Khairul mengangguk sambil menyuapkan sudu yang berisi mi ke mulutnya.

tengku bab 1

Bab 1

Tujuh tahun lepas…

Hamdan sedang becakap dengan keasih barunya. Entah apa yang dibualkan, meluat Mylia tengok. Lelaki itu menggenggam tangan si keasihanya dan membisikkan sesuatu ke telinga si gadis . Mylia sudah tidak tahan lagi, dia bangun dan berjalan    pantas ke arah   meja pasangan keasih itu. Dia mencapai gelas yang berisi ice blended honey dew dan menuangkan isinya ke kepala Hamdan. Tubuh Hamdan kejang menahan kesejukan yang menjalar ke seluruh urat dan pembuluh d arah  ,sehingga dia dia mati saraf.

Hamdan menolak kerusi dan menengking Mylia. Tanpa di duga, Mylia terus menampar ke pipi Hamdan. Lelaki itu mengangkat tangannya mahu menampar gadis  yang menyerangnya tetapi dia tidak sanggup menampar seorang gadis .

“What the hell is your problem?” amuk Hamdan tanpa mempedulikan apakah tanggapan Suraya terhadapnya. Beberapa orang peLan  ggan yang berada di restoran itu memerhatikan mereka bertiga. Dua orang pelayan datang menghampiri untuk cuba mententeramkkan keadaan.
“So, inilah budak perempuan baru yang you pungut tepi jaLan   untuk jadi keasih you? Setelah apa yang I dah buat untuk you, I bagi you sepuluh ribu, you kata nak kahwin dengan I tetapi selepas dapat duit, batang hidung you pun I tak Nampak!” tengking Mylia
“Apa yang dah berlaku ni?” soal Aya. Dia menarik bahu Hamdan. “Siapa perempuan ni?” soal Aya lagi. Dia terasa dia telah ditipu setelah mendengar kata-kata dari gadis  yang telah ditinggalkan oleh Hamdan itu.

“Sumpah! I  tak kenal perempuan ni!” Hamdan mengangkat tangan kananya ke paras muka seolah-olah sedang berikrar.

“Selepas you dapat duit I, terus lupa I!” sampuk Mylia.

“Hey perempuan!” tengking hamdan. Dia benci dan marah dengan gadis  yang tidak dikenalinya itu yang cuba merosakkan hubungannya dengan Aya.

Tanpa di duga, Aya megangkat tangannya dan menampar ke pipi Hamdan. Lelaki itu kelihatan sangat terkejut namun dia tidak berdaya untuk berkata-kata. “After this, jangan contact I lagi. Dasar lelaki buaya. Lelaki macam kau ni tak guna” Suraya berjalan    meninggalkan restoran itu. Dua orang pelayan cuba mententeramkan hamdan. Lelaki itu seolah-olah amuk kepada  Mylia. Mylia cuba melarikan diri tetapi dikejar oleh  Hamdan.

Dia tidak akan melepaskan gasis itu yang telah merosakkan rancangannya. Wajah Hamdan merah menahan marah. Dia berlari mengajar Lan   gkah gadis  itu dan lengan Mylia dipaut dari belakang membuatkan Mylia terjatuh.

“Siapa kau?” soal Hamdan kasar. Mylia bangkit tetapi dia hanya berdiam diri. Wajah Hamdan sangat menakutkan.

“Lepaskan aku!”bentak Mylia.

“Aku akan lepaskan kau kalau kau cakap siapa kau sebenarnya!”

“Lepaskan aku! Kalau tak aku akan jerit!”

“Kau jeritlah, tak ada orang yang akan dengar! Sini lorong kosong, mana ada orang ambil lorong ni. Aku akan tentukan nasib kau hari ini!” Hamdan gelak kasar. Dalam imaginasinya dia sudah memikirkan bagaimana mahu memperlakukan gadis  itu.

Mylia menjerit meminta tolong dengan sekuat hati. Dia sangat takut jika lelaki itu berniat jahat kepadanya.

“Boleh saya tolong?” tiba-tiba ada seorang laki yang menegur dari belakang. Hamdan tersentak. Dia tidak menjangkakakn ada orang yang akan berada di situ selain mereka berdua. Hamdan memberanikan diri menjawab.

“Bukan urusan awak, baik awak beredar!”

Fuad tersenyum sinis. “Ini memang urusan aku. Serahkan perempuan tu pada aku. Biar aku yang uruskan dia!” Fuad menyelak jaket kulit yang membaluti tubuhanya. Dipingggangnya tersisip selaras pistol automatik. Hamda kecut perut. Dia melepaskan Mylia dan berlari sekuat hati untuk menyelamatkan dirinya. Mylia berterima kasih kepada lelaki yang tidak dikenalinya itu kerana membantunya. Mereka berdua berjalan    ke sebuah kereta Mercedes merah yang diparkir tidak jauh dari lorong tadi. Apabila sampai, Mylia disuruh masuk kerana ada seseorang yang ingin berbicara dengannya.

Susahnya nak dapat kemaafan isteriku 1


Bab 1
Sebuah rumah dengan hanya keluasan padang sepak takraw didirikan dengan kepakaran sendiri dengan bahan  binaan hasil sedekah dari orang kampung. Rumah itu didiami oleh Tahir dan seluruh keluarganya yang terdiri daripada isterinya dan lima orang anak-anaknya. Di belakang rumahnya, Tahir menempatkan barang-barang yang dikutipnya dari tempat sampah atau dari rumah-rumah orang.  Barang terbuang itu akan dijualkan kembali kepada pengusaha barang kitar semula. Tahir tidak memilih kerja. Sejak dia ditimpa kemalangan kerja 15 tahun lalu, dia akan melakukan apa sahaja untuk menyara seluruh keluarganya itu. anak sulungnya Nor Balkish baru sahaja selesai pengajian tingkatan limanya dan sekarang ini dia mendapat kerja part time di Bandar Kuala Lumpur. Setiap hari Balkish akan berulang alik dari rumah ke tempat kerja. Memandangkan rumah mereka ini agak jauh dari Bandar, anaknya itu terpkasa berjalan 10 km setiap hari untuk ke stesen bas yang paling dekat.

Mira duduk di samping Firdaus, sambil menunggu beberapa orang lagi kawan mereka untuk datang.
“Mana kawan-kawan you ni sayang?” soal Mira.
On the way lah sayang. You order lah dulu”
Mira dan Firdaus membuat pesanan untuk mereka berdua. Tidak lama kemudian, Amin dan Hisyam sampai ke destinasi yang mereka janjikan itu.
Mereka berempat akhrinya berkumpul bersama-sama. Hisyam dan Amin membuat pesanan untuk mereka. seorang waiter wanita datang mengambil pesanan mereka. gadis itu bertanya.
Erm anything sir?”
Yes, Capucinno and black coffee please” pesan Amin.
And, miss for black coffee, less sugar and lots of your love” beritahu Amin. Dia seraya tersenyum kepada waiter wanita itu. Namun gadis itu tidak memberi respons.
Hisyam dan Firdaus saling berpandangan dan akhirnya tawa lucu terburai dari perut mereka.
“Hah, tak kena layan!” rungut Hisyam.
Amin sekadar tersenyum. Mira mencebik melihat kenakalan teman baik boyfriendnya itu. walaupun dia sudah tahu yang Amin memang seorang playboy tapi dia memang tidak dapat mengelakkan dir dari bertemunya kerana lelaki itu akan sentiasa berdampingan dengan Firdaus. Terpaksalah Mira memekakkan telinga dan membutakan mata demi untuk menjaga hubungannya dengan Firdaus. Dia terlalu menyintai teman lelakinya itu.
“Ok lah sayang. I pergi dulu. you jangan nakal-nakal. Jangan dilayan sangat si Amin ni” beritahu Mira seraya dia berdiri. Sebelum berlalu dia sempat mengucup di dahi Firdaus.
“Lega I bila awek you tu dah blah” beritahu Hisyam.
“Kenapa? You tak suka Mira ke?”soal Firdaus.
“Hah! Tak obvious lagi ke kitaorang tak suka awek lu bro?” “ye tak Min?” Hisyam memukul dada Amin membuatkan lelaki itu terkejut. Amin sedang sibuk melirik ke arah waiter wanita yang mengambil pesan mereka tadi. Hisyam dan Firdaus mencari gadis yang mencuri perhatian kawan mereka itu. Bukannya mereka belum masak dengan perangai Amin. Buaya.
“Perempuan mana pulak yang kau suka ni bro?” sola Firdaus.
“Tu” beritahu Amin. Dia menunjuk dengan muncung mulutnya.
“Yang mana?” soal Hisyam pula.
“Yang tu”
“Yang rambut curl tu ke?’ soal Firdaus.
“Itu bukan taste Amin. Jangan cakap yang waiter pakai tudung tadi tu” Hisyam meneka.
“Hah pandai pun kawan aku yang sorang ni. Tak sia-sia bapak kau hantar kau masuk universiti” Amin bergurau lalu dia tesenyum gembira namun Hisyam dan Firdaus terpaku terpana dengan gadis pilihan Amin kali ini. Mereka semua tahu yang Amin seorang playboy yang versatile tapi ini kali pertama mereka mendengar dari mulut Amin sendiri yang dia menyukai wanita bertudung.
“Eh jangan Min, budak baik tu” tegur Hisyam.
“Yelah, aku tahulah skill kau. Tapi tak worth it Min. Kesian budak tu nanti” kali ini Firdaus menambah.
“Eh korang ni, macamlah aku ni jahat sangat. Aku nak kenal je budak tu. Siapa suruh dia cantik sangat. Sengaja je nak goda aku” Amin ketawa lagi.
“Cantik apanya Min, selekeh je aku tengok. Dengan muka pucat tak pakai make up, tak ada accessories
“Korang ni buta ke? Kau tak nampak ke kuilt dia yang putih gebu tu, hidung mancung terpacak. Ish kalau dia free hair, confirm cair bijik mata korang”
Hisyam dan Firdaus ketawa lucu.
“Tak payahlah Min, dia tak layan lelaki macam kita ni. Dia nak cari ustaz. Kau tu nak kata manusia pun bukan, ustaz apatah lagi”
“Korang cabar aku?”
“Eh janganlah macam tu Min. skill playboy kau kami dah tahu”sampuk Hisyam.
“Aku rasa aku dah jatuh cinta lah” keluh Amin. Hisyam dan Firdaus mencebik. Bukan kali pertama mereka mendengar ucapan itu dari mulut Amin.
                           

Wednesday, May 18, 2011

my exam and my mom

actually cerita ni xder kaitan tapi sbb aku ada feeling yangberbeza untuk kedua-dua trigger ni dalam satu masa so aku jadikan ia satu title. exam, dan tahu ngan sape aku exam nnt, tapi tak der mood nak exam. satu sachet nescafe aku dah bancuh dan minum, nescafe tu pun dah bercampur dengan gastric juice dalam perut aku ni..lama-lama boleh sakit GERD gara2 nescafe..dah kategori nescafe addict..hah pape jelah asal bukan drug addict sudah...
nak citer kebaikan mak aku, actually abah aku pun baik gak, especially kalau time nak mintak elaun lebih bulan2 hahaha..mak aku ni, baik sangat, sayang sangat kat mak. tadi masa kalut2 nak urus semua hal pre-exam kan, mak aku msg, dah beli tiket flight nak balik(balik malaysia, tanah tumpahnya darahku)? (sms dr mak) aku pon reply, dah, hari rabu(pendek je jawapan aku) mak: bile nak balik klate, biar mak gitau nor suh beli tiket..sbb aku kalut ngan urus benda lain aku reply: xpelah, nnti je sy beli sendiri..tulah mesege aku kat mak..malam ni, aku msg ckap aku mybe balik malam ahad pastu mak reply: mak dah urus dah..see!!!!! mak aku baik giler, belum sempat aku cakap, mak aku dah tolong uruskan...sayang mak, aku tak tahulah sek sok aku boleh buat apa yang mak aku dh buat kat aku ni..dah lah banyak mak aku perhabiskan duit untuk aku balik kali ni..tiket flight je dah smpai seribu ringgit..belum lagi belanja aku nak jalan2 kat KL dulu sblum aku balik umah...mak, saya sayang mak