Tuesday, January 27, 2015

bab 36-39



Bab 36
Kuliah terakhir selesai seperti biasa, Balkish berjalan pulang ke hostelnya sendirian. Tidak ada teman yang ingin berjalan bersama-sama. Aiza dan Yani ada hal dan terpaksa dia pulang berjalan kaki sendirian. Sesekali Balkish mengusap-usap perutnya yang sudah membunting itu. Balkish berhenti apabila sebuah kereta berhenti beberapa kaki di hadapannya.
Aman keluar dan melambaikan tangan kepada Balkish. Balkish tersenyum melihat kelibat adik iparnya itu.
“Masuklah Balkish” ajak Aman. Balkish sebenarnya teragak-agak untuk masuk ke kereta adik iparnya tetapi melihatkan Aman berkeras, dia menurut jua.
“Aman buat apa sini? Soal Balkish memulakan bicara. Agak kekok juga bersama dengan Aman kerana dia memang jarang sekali bertemu dengan adik iparnya, walaupun mereka berdua dalam satu kampus. Kali terakhir dulu mereka berbicara sewaktu hari perkahwinannya.
“Balik class, saja ikut jalan sini. Mana tahu jumpa Balkish” beritahu Aman. Aman memandu keretanya masuk ke jalan raya.
“Fakulti Aman kan jauh kalau ikut sini” beritahu Balkish.
“Abang Amin call suruh Aman tengok-tengokkan isteri dia” beritahu Aman.
Balkish tersenyum apabila mendengar nama Amin. Sayang juga lelaki itu kepadanya. “Sorrylah susahkan Aman” beritahu Balkish kepada Aman yang duduk di kerusi memandu. Segera dia melupuskan senyuman di wajahnya apabila mengingatkan kehadiran Aman di situ. Malu kalau Aman nampak dia senyum sorang-sorang.
“Tak susahpun, untuk kakak ipar and bakal anak saudara” sambung Aman. Balkish tersenyum mendengar jawapan daripada Aman itu. Amin betul-betul menjaganya sampaikan Aman disuruh dating menjenguknya.
Aman memberhentikan keretanya di perkarangan hostel Balkish. Balkish turun dari kereta selepas mengucapkan terima kasih. Aman kemudiannya berlalu. Tanpa Balkish sedari ada sepasang mata yang sedang memerhatikannya.
Hati Fakrul semakin membara, marah apabila melihat Balkish turun dari sebuah kereta dan ditemani oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Hari tu, lelaki lain, sekarang lelaki lain lagi. Apa nak jadi dengan kau ni Balkish? Marah Fakrul tanpa usul periksa. Dia berjalan mendapatkan Balkish yang sedang berjalan masuk ke hostelnya.
“Balkish” panggil Fakrul. Langkah kaki Balkish terhenti saat mendengar panggilan itu.
“Fakrul?”
“Saya ada sesuatu nak cakap dengan awak” beritahu Fakrul.
“Ada apa?” soal Balkish aneh.
“Boleh tak kita cakap dekat tempat lain?” soal Fakrul. Balkish mengangguk.
…………
Ada apa Fakrul?” soal Balkish. Dia tidak selesa mengikut Fakrul ke tempat yang sunyi begini. Jalan ini biasanya banyak orang tetapi setelah selesai kuliah, iaseperti sekarang ini. Fakrul menyuruhnya mengikut ke tempat ini kerana katanya ada sesuatu yang ingin ditunjukkannya, dan lelaki itu kelihatan betul-betul aneh.
“Masuklah, ada sesuatu yang saya nak tunjuk” beritahu Fakrul. Dia menyuruh Balkish masuk ke dalam sebuah dewan kecil yang sunyi di hujung jalan itu.
“I nak baliklah” beritahu Balkish. Dia sudah merasa tidak enak dan curiga dengan sikap Fakrul yang dilihat agak aneh.
“Balkish!” panggil Fakrul. Dia memaut tangan Balkish dan menarik Balkish untuk masuk ke dewan kecil  yang usang itu.
…………
Amin memandu keretanya untuk masuk ke kampus UIA untuk bertemu dengan Balkish. Jalan masuk agak lengang tetapi jalan keluar dari kampus agak sesak kerana waktu sekarang adalah waktu orang pulang dari kelas. Amin memandu keretanya dengan had laju perlahan. Sebaik sahaja sampai di perkarangan hostel Balkish dia mendail nombor telefon isterinya untuk meminta gadis itu untuk turun bertemunya di bawah. Panggilan dibuat namun tidak diangkat oleh Balkish.
…………
..
Telefon bimbit Balkish berdering. Balkish segera mencari telefon bimbitnya dan ingin menerima panggilan itu. Dia mahu meminta tolong kepada orang yang menelefon itu namun telefon bimbitnya segera dirampas oleh Fakrul. Setelah Fakrul melihat nama yang tertera di skrin telefon, dia ketawa nakal.
“Mamat sewel?” Fakrul melihat ke arah Balkish.
“Ni lelaki yang bawa awak ke hotel tu ke?” soal Fakrul sinis.
“Fakrul. Mengucap. Tak baik kita berdua-duaan dekat sini. Kalau orang nampak nanti, maruah saya..” beritahu Balkish sambil merayu agar Fakrul melepaskannya.
“Awak tu hamil anak luar nikah. Orang lain tak kisahpun apa saya nak buat dekat awak” beritahu Fakrul.
Balkish terdiam. Mungkin inilah yang menjadi bualan kawan-kawannya. Mungkin sebab inilah Aiza dan Yani menjauhinya, dan kawan-kawan yang lain memandangnya dengan pandangan serong.
“Saya memang hamil. Tapi, ni anak saya dengan suami saya” beritahu Balkish.
Fakrul ketawa besar. 
“Jangan nak bohong!” marah Fakrul. Kali ini suaranya menengking kuat sehingga Balkish menjadi sangat takut. Fakrul menghampirinya. Tangannya dipegang dan ditarik kuat sehingga Balkish hampir-hampir terjatuh. Fakrul sempat memegangnya sebelum dia terjatuh ke lantai. Balkish pula, terus mengusap-usap kandungannya. Dia lebih merisaukan keselamatan anak yang berada di dalam kandungannya itu.
“Fakrul tolong lepaskan saya” jerit Balkish. Dia meminta belas simpati dari temannya itu. Terbayang-bayang peritiwa yang menimpanya dulu. Takutnya bila memikirkan kejadian hitam itu terulang lagi.
Fakrul merebahkan Balkish ke lantai, sedangkan Balkish meronta-ronta minta dilepaskan. Gadis itu memukulnya dengan sekuat hati tetapi sejauh mana kudrat wanitanya dapat menewaskan kekuatan dan kegagahan Fakrul. Balkish akhirnya menolak tubuh Fakrul sekuat hati, dan berjaya melepaskan diri dari rangkulan Fakrul. Dia cuba melarikan diri tetapi kakinya dipegang oleh Fakrul. Balkish sudah mulai menangis. Hatinya berdoa agar dia diselamatkan dari menjadi mangsa kegilaan Fakrul. Telefon bimbitnya berdering lagi. Kali ini Balkish berazam mahu mengangkat panggilan itu. Dia melepaskan diri daripada Fakrul dan berlari sekuat hati mengambil telefon bimbitnya yang terlantar di lantai. Sebaik sahaja butang hijau ditekan, dia meminta tolong. Harapannya agar orang yang menelefon itu akan mencarinya.
…………
Balkish!” panggil Amin saat panggilannya itu terputus. Dia sudah dapat mengagak sesuatu yang buruk akan menimpa gadis itu apabila mendengar suara Balkish yang seakan-akan menangis meminta tolong. Naluri Amin mengatakan Balkish mungkin dalam bahaya. Amin segera keluar dari keretanya dan bertanya kepada gadis-gadis yang tinggal di hostel itu yang mengenali Balkish. Hanya itu sahaja yang mampu dilakukannya untuk membantu Balkish. Mahu menelefon kepada teman sebilik Balkish, dia tidak memiliki nombornya. Amin sudah tidak tahu apa yang harus dilakukannya.
Dari jauh Aiza melihat seorang lelaki yang dikenalinya itu sedang berbicara dengan kawan satu hostelnya. Kalau tidak silap, lelaki itu adalah ahli keluarga Balkish. Aiza mengahmpirinya dan menegur.
“Awak boleh tolong saya? Saya cari Balkish. Tadi saya call, suara Balkish macam dia dalam bahaya. Tahu tak kat mana saya boleh cari dia?” soal Amin.
“Tadi dia balik dulu, lepas tu saya tak tahu” beritahu Aiza.
“Boleh tak Tanya kawan-kawan dia?” soal Amin risau.
Aiza menghubungi Yani dan Muaz dan mereka memberitahu yang mereka tidak melihat Balkish. Tetapi dia berasa pelik apabila Fakrul tidak menerima panggilannya. Aiza menghubungi Muaz sekali lagi untuk bertanya tentang Fakrul dan teman sebilik Fakrul itu tidak tahu di mana keberadaan Fakrul. Aiza berasa tidak enak. Fakrul memang obses dengan Balkish, takutnya kalau Fakrul buat sesuatu yang tak baik kepada Balkish. Lelaki itu memang bersikap agak pelik sejak kebelakangan ini. Aiza menceritakan keraguannya itu kepada Muaz yang dihubunginya melalui telefon dan temannya itu ingin turut sama membantu mencari Balkish.
Amin, Aiza dan Muaz berkumpul depan hostel untuk berbincang dan berfikir tentang kemungkinan yang ada. Muaz mengutarakan ilhamnya, untuk mencari Balkish di tempat yang selalu disebut oleh Fakrul sejak kebelakang ini iaitu dewan usang dekat jalan belakang Fakulti mereka. Muaz mengagak yang mungkin mereka dapat bertemu dengan Fakrul di situ kerana banyak kali menyebut tentang dewan using itu. Dan sejak beberapa hari ini, Fakrul kelihatan murung dan sering dia mengutarakan kata-kata yang tidak baik berkenaan dengan Balkish. Mereka berdua menaiki kereta Amin untuk ke dewan yang dimaksudkan oleh Muaz.
Apabila sampai di tempat kejadian, Amin segera parkir keretanya dan mereka bertiga mula mencari Balkish di kawasan dekat situ. Mereka bertiga berpecah berharap agar dengan cara itu mereka akan menjumpai Balkish dan Fakrul dengan lebih cepat. Amin menolak daun pintu dewan dan dia menapak perlahan-lahan ke dalam dewan itu.
Tiba-tiba Amin mendengar Aiza memekik memanggil nama Muaz. Jerita itu didengari oleh Amin dan Muaz dan mereka berdua berlari ke arah suara milik Aiza. Amin, Muaz tercegat apabila melihat Fakrul dan Balkish di hujung dewan usang itu. Balkish dilihat duduk berteleku dengan melipat kedua lututnya. Dia menangis teresak-esak.
“Apa kau buat ni?” soal Muaz marah. Fakrul terdiam. Dia terkejut apabila melihat teman sebiliknya tercegat di pintu masuk dewan usang itu.
“Balkish awak tak apa-apa?” soal Aiza. Dia mahu berlari menuju ke arah Balkish namun dihentikan oleh Fakrul.
“Kau jangan dekat, kalau tak aku cederakan Balkish” ugut Fakrul.
Balkish melihat ke arah kawan-kawannya, wajah Amin sahaja yang bertandang di skop pandangannya.
“Awak….!” Rintih Balkish. Suaranya sayu dengan penuh rayuan. Berharap agar Amin membantunya.
“Kau lelaki yang masuk ke hotel dengan Balkish hari tu!” marah Fakrul saat dia melihat ke arah seorang lelaki yang turut berdiri di samping Muaz dan Aiza. Aiza dan Muaz melihat ke arah Amin.
“Awak tolong saya!” rayu Balkish lagi. Fakrul menarik lengan Balkish untuk berdiri. Tudung Balkish ditarik ke belakang, Balkish cuba untuk menghalang tudung itu dari tercabut dari kepalanya. Dia menangis sepuas hati.
“Aku boleh buat apa saja dekat Balkish. Aku nak masuk hotel dengan dia ke, nak suruh dia tidur rumah aku pun tak apa. sebab Balkish isteri aku” teriak Amin. Dia tidak tahan melihat Balkish diseksa oleh lelaki itu.
Fakrul tersengih. “Jangan nak tipu aku!”
Muaz dan Aiza saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka bagaikan tidak mempercayai kata-kata Amin.
“Balkish isteri aku. Kami dah kahwin. Anak dalam kandungan dia, adalah anak aku!” Amin menapak perlahan-lahan ke arah Fakrul.
Fakrul bagaikan tidak percaya apabila mendengar pengakuan dari lelaki itu. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Kerana rasa terdesak, Fakrul menolak tubuh Balkish ke lantai, mujurlah saat itu Amin cepat bertindak. Dia berlari mendapatkan Balkish dan sempat menarik lengan Balkish ke arahnya. Balkish jatuh ke dalam pelukannya.
Fakrul menapak ke belakang. Muaz mendapatkan teman sebiliknya itu. Tangan Fakrul dipegang erat.
“Mengucap Fakrul” pujuk Muaz. Tidak lama setelah itu, Fakrul menitiskan air mata. Muaz memeluk teman sebiliknya itu untuk mententeramkannya.
“Lelaki tadi tu siapa?” soal Fakrul dalam esak tangisnya, menangisi kesilapan dan keterlanjurannya.
“Siapa?” mendengar pertanyaan Fakrul itu, Amin pula berasa cemburu. Dia segera mendapatkan kepastian daripada Balkish.
“Aman hantar saya balik tadi” jawab Balkish seraya dia menatap wajah suaminya. Air matanya tetap mengalir laju membawashi wajahnya yang kemerah-merahan.
Mendengar jawapan itu, Amin tidak jadi marah. Adiknya itu memang disuruh untuk menjenguk Balkish.
Menyedari yang Balkish sudah selamat, Amin melepaskan pelukannya, tubuh Balkish dibiarkan terbaring lesu di lantai. Aiza yang leihat keadaan itu berjalan mendekat dan memeluk Balkish dengan erat.
“Abang dah pesan banyak kali. Bagitahu kawan-kawan awak tentang perkahwinan kita, tapi awak degil” marah Amin dan dia meninggalkan Balkish bersama dengan Aiza. Balkish hanya mampu melihat Amin meninggalkannya. Pelukan Aiza terasa bertambah erat. Air mata Balkish menitis dengan laju. Amin pasti terlalu marahkannnya.
Amin masuk ke perut kereta, enjin kereta dihidupkan. Dia berasa sangat marah terhadap Fakrul dan Balkish. Hal ini takkan terjadi kalau Balkish bercerita tentang perkahwinan mereka. tetapi Balkish degil. Kalau diikutkan marah di hati mahu sahaja dia meninggalkan Balkish di situ berasama kawan-kawannya tetapi dia tidak sampai hati. Marah melihat Balkish diperlakukan sedemikian rupa, Amin menghentak stereng keretanya. Wajahnya merah menahan marah. Dari jauh dia melihat Aiza memimpin Balkish keluar dari dewan usang itu. Dia menyuruh Aiza dan Balkish untuk masuk ke dalam kereta. Sepanjang perjalanan kembali ke hostel, Aiza dan Balkish berdiam diri sahaja. Sekejap-sekejap terdengar esak tangis Balkish memecah suasana tegang di dalam kereta. Amin memberhentikan keretanya di hadapan perkarangan hostel isterinya. Aiza turun terlebih dahulu.
“Awak…marahkan saya?” soal Balkish kepada Amin. Dia menyentuh bahu Amin.
“Baik awak keluar dulu Balkish. Saya tak nak tengok muka awak sekarang ni” marah Amin.
“Amin” rayu Balkish.
“Keluar” ugut Amin. Dia benar-benar marah. Balkish hampir-hampir menjadi mangsa Fakrul kerana kedegilannya sendiri. Dia degil dan tidak mendengar kata Amin. Sudah beberapa kali Amin mengingatkan untuk menceritakan tentang perkahwinan mereka kepada teman-temannya terutama setelah Balkish hampir-hampir keguguran tempohari tetapi gadis itu degil. Sekarang terimalah padahnya. Pernah terlintas di fikiran Amin tentang salah faham yang mungkin timbul setelah Balkish jatuh pengsan dulu. Pertama Balkish tidak pernah memberitahu teman-temannya yang dia telah berkahwin dan kedua, pasti kawan-kawan terutama kawan yang menghantar dia ke klinik dulu akan salah faham tentang kehamilan Balkish. Apa yang difikirkan oleh Amin tertnyata menjadi kenyataan.
Dengan lemah, Balkish melangkah keluar dari kereta itu. Tanpa sepatah kata, Amin memandu keretanya laju menimggalkan Balkish.
…………
Balkish berbaring dengan wajahnya menghadap ke katil, sakit badannya kerana peristiwa petang tadi terasa memberat. Aiza duduk di birai katil. Rambut Balkish yang panjang mengurai itu di selak ke bahunya.
“Kau ni kan, dah kahwin pun tak cakap dekat aku” marah Aiza. Dia menepuk bahu Balkish. Serta-merta gadis itu mengaduh kesakitan.
“Sakit” Balkish mahu bermanja-manja dengan teman sebiliknya.
“Amin tu suami kaulah?” soal Aiza.
“Em”
“Aku ingat dia abang kau” sambung Aiza.
“Kenapa kau fikir macam tu?”
“Masa kau masuk hostel dulu, dia dengan parent kau kan yang hantar?”
“Tu mertua aku” balas Balkish. Kali ini tidak ada satupun yang ingin disembunyikan dari pengetahuan Aiza.
Aiza membuka penutup minyak Mastika, di ratakan dulu di telapak tangannya lalu disapukan ke belakang badan Balkish. Lebam-lebam belakang badan gadis itu, sedih Aiza melihatnya. Kasihan Balkish, dia terpaksa menanggung dugaan ini sendirian. Teringat sikap dinginnya terhadap Balkish gara-gara fitnah yang ditaburkan oleh Yani terhadap teman sebiliknya itu. Dan dia buta untuk mempercayai kata-kata Yani. Rasa bersalah timbul buat gadis di sampingnya itu.
“Macamana kau orang kahwin?” soal Aiza. Balkish tersentak. Entah apa jawapan yang paling baik untuk diberikan kepada pertanyaan Aiza itu. Takkan nak cakap aku dirogol oleh Amin, sebab itulah kami kahwin.
“Amin tu macam playboy saja aku tengok. Bukan jenis lelaki yang kahwin muda” sambung Aiza lagi.
“Tapi handsome” sambung Aiza. Dia sengaja mahu bergurau. Beberapa pertanyaannya sebelum ini tidak dijawab oleh Balkish. Terasa aneh pula apabila kawannya itu berdiam diri apabila dihujani pertanyaan tentang perkahwinannya. Sengaja Aiza mengutarakan gurauan.
Balkish ketawa. “Handsome saja tak guna, kalau perangai macam ……” Balkish tidak jadi menghabiskan kata-katanya. Dia memandang Aiza yang turut melihatnya dengan pandangan pelik.
“Aku gurau saja” beritahu Balkish.
“Kau dengan Amin ni okey ke?” soal Aiza. Dia dapat menghidu sesuatu dari cara percakapan teman sebiliknya itu.
“Okey. Cuma Amin tu macam tulah, selalu nak cari gaduh dengan aku” keluh Balkish.
“Dia marah tu tandanya dia sayang kau” pujuk Aiza. Dia kembali mengurut belakang badan Balkish.

Bab 37
Sudah genap seminggu dia tidak menghubungi Balkish. sejak kejadian itu, dia tidak ada mood mahu berbicara dengan Balkish. Bukannya hati tidak rindu tetapi marahnya merajai diri. Dan Balkish pula tidak pernah cuba untuk berbaik atau memujuknya, gadis itu memang keras hati. Bagaimanakah keadaannya? Setelah kejadian itu, mungkinkah Balkish terluka? Kenapa tidak terlintas di fikirannya untuk menghantar Balkish ke klinik dahulu sebelum dia menghantar Balkish kembali ke hostelnya. Ah, kan ada Aiza, pasti temannya itu menjaganya dengan baik. Amin termenung sendirian. Firdaus dan Hisyam awal-awal lagi sudah pulang setelah selesai kuliah, dia sahaja yang masih menghabiskan waktunya di kafe fakultinya.
Amin terpandang seraut wajah yang dikenalinya. Gadis itu kemudiannya tersenyum ke arahnya. “Hye” sapanya.
“Hye” balas Amin.
“Awak ingat saya lagi?” soal Rina.
Amin mengangguk laju. Gadis itulah yang ditolongnya dulu.
“Awak dah okey?” soal Amin.
Rina mengangguk lalu tersenyum.
“Awak belajar dekat sini juga?” soal Amin agak terkejut apabila bertemu dengan gadis itu di sini.
Rina mengangguk sambil tersenyum malu. Ingat juga Amin kepadanya.
“Saya belum sempat ucapkan terima kasih sebab bantu saya hari tu” beritahu Rina lagi.
“Tak apa” balas Amin sepatah.
“Awak tak balik lagi? Dah lambat ni” tanya Rina.
“Nak balik dah ni”
“Kalau macam tu, I treat you to a dinner, sebagai tanda terima kasih” sambung Rina.
“Eh tak apalah”
“I insist” tegas Rina. Mahu atau tidak mahu, Amin bersetuju.
…………
Muaz berlari-lari anak mengejar langkah kaki Balkish dan Aiza. Dia memanggil nama Balkish saat dia betul-betul berada di belakangnya. Balkish dan Aiza berkalih ke arahnya.
“Balkish, saya minta maaf atas apa yang menimpa awak” beritahu Muaz, bersimpati atas apa yang menimpa sahabatnya itu. Alhamdulillah cerita itu tidak tersebar kepada pengetahuan kawan-kawan mereka yang lain. Kali ini, Muaz dan Aiza menyimpan kejap rahsia itu dari pengetahuan sesiapa.
“Terima kasih. Tapi saya harap, awak jangan bagitahu orang lain” balas Balkish.
“Saya rasa betul apa yang suami awak cakap. Lebih baik kita hebahkan yang awak dah berkahwin. Cuma, pasal Fakrul elok kita rahsiakan saja. Tak baik menghebahkan aib orang” cadang Muaz. Aiza mengangguk tanda setuju. Balkish berpaling ke arah teman sebiliknya itu. dia juga mengangguk setuju.
“Okey, awak jangan risau, nanti saya bagitahu kawan-kawan kita yang lain tentang perkahwinan awak” beritahu Muaz.
“Sebenarnya, saya nak serahkan surat ni juga. Surat dari Fakrul” sambung Muaz. Balkish dan Aiza saling berpandangan.
“Hah. Mana Fakrul? Takkan dia yang trauma setelah kejadian itu?” soal Aiza menyindir. Balkish sempat menyiku lengan Aiza.
“Dia balik kampung. Ambil cuti emergency. Dia minta saya serahkan surat ni kepada awak. Awak terimalah” sampul surat putih itu dihulurkan kepada Balkish yang berada di depannya. Balkish menyambutnya.
“Terima kasih Muaz” ucap Balkish. Dia dan Aiza kemudiannya berlalu dari situ.
Apabila sampai di bilik, Balkish duduk di katilnya. Beg tangannya diambil dan dia mencari telefon bimbitnya. Tidak ada mesej atau miscall buatnya hari ini. Dia menunggu panggilan atau mesej daripada Amin. Lelaki itu tidak pernah menghubunginya sejak peristiwa itu. Marahkah Amin? Telefon itu diletakkan di hujung katil. Balkish teringatkan surat yang diberikan oleh Muaz kepadannya tadi. surat daripada Fakrul itu dikeluarkan dari beg. Isi kandungannya di baca
Balkish,
Saya minta maaf kerana telah menyakiti awak. Saya malu untuk berhadapan dengan awak setelah apa yang telah saya lakukan terhadap awak. Maka saya titipkan warkah ini kepada Muaz. Maafkan saya Balkish, saya betul-betul menyesal. Seandainya boleh saya putarkan waktu, saya mahu tarik balik apa yang saya katakan dan saya lakukan kepada awak supaya saya dan awak tetap dapat berkawan..
Ketahuilah Balkish, saya benar-benar menyesal….
                                                                        Fakrul 
Aiza terus merampas surat itu dan mencampakkannya ke dalam tong sampah di sudut billik mereka itu. Balkish terpinga-pinga sendirian.
“Kau jangan terpedaya dengan kata-kata Fakrul ni” tegas suara bicara Aiza.
“Dia minta maaf” balas Balkish.
“Balkish kalau dia lelaki baik-baik, dia takkan terfikir nak buat macam tu dekat kau” marah Aiza.
Balkish terdiam. peristiwa itu bermain-main di fikirannya. Kata-kata Aiza itu ada benarnya.
“Jangan contact dia lagi”
Balkish perlahan-lahan menganggukkan kepalanya.
…………
.
Amin mengucapkan terima kasih kepada Rina sebelum dia berlalu. Dia masuk ke dalam keretanya. Jam di tangan di lihat. Masih awal untuk dia pergi clubbing. Amin memandu keretanya keluar dari tempat parkir. Fikirannya terkenangkan Balkish. Dia merindui gadis itu tetapi entah kenapa egonya menghalang untuk dia menelefon atau menghantarkan mesej buat isteirnya. Amin memandu keretanya melewati jalan utama. Dia tahu ke mana destinasinya selepas ini. Dia tahu bagaimana cara untuk melepaskan rindu buat Balkish. Amin teringatkan ibu dan ayah serta adik-adik Balkish. kereta yang dipandu dibelokkan ke jalan utama untuk ke rumah ayah. Setelah satu jam perjalanan, Amin akhirnya sampai di rumah orang tua Balkish itu. Seperti biasa ibu akan membukakan pintu rumah. Amin turun dari kereta dan menyalami tangan ibu mertuanya itu.
“Amin dari mana malam-malam macam ni? Balkish mana?’ soal Aminah. Amin diajak untuk masuk ke rumahnya.
“Amin dari kampus. Saja singgah sini jenguk ibu. Ayah mana ibu?” soal Amin.
“Ayah ada dekat bilik tu. Dah tidur” sambung Aminah.
“Awal ayah tidur. Tak sihat ke ibu?” soal Amin risau. Manalah tahu sakit ayah mertuanya itu kambuh lagi.
“Tak adalah. Tadi ayah pergi pekan sekajap. Mungkin pasal tu penat”
“Farah, buatkan air untuk abang Amin” suruh Aminah.
“Tak payahlah ibu. Farah, tak payahlah. Abang sekejap saja ni” Amin mengehentikan Farah dari bersusah-susah untuknya.
“Fahmi mana ibu?’ soal Amin lagi.
“Tu dekat meja dapur, buat kerja sekolah. Fatin pun ada” beritahu Aminah. Dia melihat ke wajah Amin., hati tuanya mengatakan yang menantunya itu ada masalah. Mungkinkah bergaduh dengan Balkish? teka Aminah.
“Amin ke sana dululah ibu” beritahu Amin. Dia melangkah ke dapur dan menegur Fahmi. Adik bongsu Balkish itu menjerit keriangan saat melihat Amin datang ke rumahnya. Amin ketawa lucu. Dia mengambil kerusi dan duduk di samping Fahmi, mengajar Fahmi dan Fatin menyelesaikan kerja sekolah mereka. Setelah itu, Amin akhirnya meminta diri untuk pulang. Dia bertemu dengan ibu mertuanya dulu sebelum berangkat. Sebelum berlalu, Amin tidak lupa untuk meninggalkan sedikit wang belanja kepada Aminah untuk biaya persekolahan adik-adik Balkish.
Kereta Amin meluncur laju meningalkan kawasan rumah mertuanya. Aminah hanya mampu menghantar dengan pandangannya sahaja sehingga lampu kereta Amin hilang dari pandangannya. Wang pemberian Amin digenggam erat. Menantunya itu tidak pernah lupa untuk meninggalkan wang belanja kepadanya sekiranya dia bertandang ke mari. Kadang-kadang Aminah berasa malu untuk menerima wang itu kerana Amin masih belum bekerja, tetapi Amin berkeras. Dan dia juga terpaksa kerana sedikit-sebanyak, wang pemberian Amin itu membantu meringankan beban dia dan juga suaminya.
…………
Amin tidak singgah ke mana-mana setelah pulang dari rumah mertuanya. Dia langsung pulang ke hostel. Badannya terasa penat, jiwanya terasa kosong. Rindunya kepada Balkish terasa menggungung, tetapi ditahan sahaja kerana tidak mahu kalah dengan egonya sendiri. Amin termenung sahaja di dalam kereta. Jalan raya dan tempat parkir lengang kerana hari sudah larut malam. Hanya lampu neon yang menerangi malamnya. Lambat-lambat Amin keluar dari keretanya. Dia menapak ke bilik. Daun pintu dikuak dan dia melihat Farid sedang bertafakur di tikar sejadah. Dia menapak perlahan-lahan supaya tidak menganggu teman sebiliknya itu beribadat. Tidak seperti hari-hari yang lain, kali ini Amin menunggu Farid di birai katil sehinggalah lelaki itu selesai solat.
Farid melihat ke arah Amin di sampingnya.
“Kenapa kau tengok aku macam tu?”soal Farid kehairanan.
“Kau solat apa malam-malam macam ni?” soal Amin.
“Tahajjud. Kau dari mana ni?” soal Farid pula.
“Aku? Aku dari kampus, lepas tu aku balik rumah orangtua aku, lepas tu balik sini balik” beritahu Amin.
Farid terangguk-angguk sahaja.
“Tapi aku rasa macam aku tak ada tujuan. Hidup aku tak ada tujuan” sambung Amin lagi. dia tunduk memandang lantai.
Farid memandang teman sebiliknya itu. Setelah melipat tikar sejadahnya, dia juga duduk di birai katil, bertentangan dengan Amin.
“Farid, apa salah aku? Kenapa aku rasa macam ni?’ soal Amin. Ada nada kekesalan yang bersarang pada kata-katanya itu.
“Kau nak cuba cara aku?” soal Farid.
“Cara apa?” soal Amin beriya.
“Solat. Cara aku cari tujuan hidup adalah dengan solat”
Amin senyum sinis kemudian berkata, “Aku dah lupa solat tu macamana. Aku minum arak, tidur dengan perempuan. Aku tak rasa tujuan hidup kita sama” pintas Amin.
“Kau dah cuba cara kau, dan kau masih lagi rasa kosong. Apa kata sekarang kita cuba cara aku, amacam? Berani?” soal Farid seraya membuatkan Amin terasa tercabar dengan kata-katanya. Dia tahu tentang gaya hidup Amin tetapi dia tidak pernah mahu menghukum. Yang dia lakukan adalah dengan berdoa agar teman sebiliknya itu terbuka pintu hatinya untuk mengenali Allah, dan mencari jalan yang benar. Walalupun Amin tidak pernah dilihat solat, tetapi lelaki itu tetap menghormatinya terutama saat dia melakukan ibadah wajib lima kali sehari itu. Amin tidak akan melewati di depannya, atau membuat bising saat dia solat. Dari situ dia tahu, yang Amin bukanlah jahat sepenuhnya. Cuma, mungkin belum dikurniakan hidayat untuk dia berubah.
“Kau kena ajar aku solat” beritahu Amin.
Farid tersenyum gembira. Dia mengangguk bersetuju. Dalam hatinya mengucapkan syukur atas perubahan baik Amin.
“Kau mandi dulu, kemudian tidur. Esok pagi-pagi aku kejut kau solat Subuh. Kita solat sama-sama di masjid” beritahu Farid. Perlahan-lahan Amin mengangguk faham. Dia mencapai tualanya dan menuju ke bilik air untuk mandi. Tanpa disangka, air matanya menitis laju, dibawa oleh air yang mencurah-curah ke wajah dan badannya. Badannya terhinjut-hinjut menahan sedu, ditambah lagi dengan kedinginan malam ini. Amin menyucikan diri seadanya. Dia kembali ke biliknya dan mengenakan pakaian. Dia merebahkan diri di katilnya. Lenanya datang bertamu. Sebelum tidur, Amin memasang niat untuk bangun awal pagi esok untuk mengikut Farid ke masjid untuk solat Subuh bersama-sama.

Bab 38
“Calllah. Tak kalah kalau kau mengalah” pujuk Aiza. Dia tahu Balkish ego untuk menghubungi Amin dahulu tapi semakin diikutkan rasa hati, semakin jauh hubungan mereka suami isteri. Banyak kali sudah Aiza memujuk dalam lembut kali ini, dia memaksa Balkish. Dia juga bosan melayan keluhan-keluhan Balkish yang setiap hari sama saja, “Kenapa Amin tidak menelefon?” “Boleh ke kalau aku menelefon dulu?” soalan-soalan itu sudah seringkali menerjah pendengaran Aiza. Semakin-hari semakin jemu dia memberikan jawapan kepada pertanyaan Balkish itu. Kali ini, dia memaksa Balkish untuk menghubungi suaminya itu.
Panggilan berdering. Tidak lama setelah itu kedengaran suara Amin di hujung talian. Balkish memberi salam.
“Awak sibuk tak esok?’ soal Balkish.
…………
..
Langkah kaki Amin terhenti saat dia menerima panggilan yang tak terduga itu, sudah lama dia tidak mendengar suara Balkish.
“Farid, kau pergilah dulu, sekejap lagi aku menyusul” beritahu Amin kepada Farid, teman sebiliknya. Setelah selesai solat di Isyak berjemaah di masjid. Mereka berdua berjalan kaki untuk pulang ke hostel mereka.
Farid mengangguk dan berkata, “Aku tunggu kau kat bilik”.
Amin mengangguk.
“Awak sihat?” soal Amin. Dia mengajukan pertanyaan tanpa menjawab pertanyaan Balkish.
Sejuk hatinya mendengar suara Amin walaupun melalui telefon. Suara lelaki itu menggetarkan kalbunya. Serta-merta egonya luntur, rindunya yang menggunung buat Amin meletup ibarat gunung berapi.
“Sihat” jawab Balkish sepatah.
“Baby sihat?” soal Amin lagi.
Balkish mengusap-usap kandungannya. “Sihat, awak?”
“Sihat”
Balkish diam.
“Ada apa esok?’ soal Amin lagi.
“Check up pregnancy saya. Kalau awak tak sibuk, boleh awak temankan saya esok?” soal Balkish pula.
“Boleh. Lepas check up kita balik rumah mama” beritahu Amin.
Balkish bersetuju. Sudah lama juga dia tidak bertemu dengan mertuanya itu. Dan sudah hampir sebulan sejak kejadian di dewan usang itu, dia tidak menghubungi Amin dan begitu juga Amin. Kini kandungannya sudah hampir lima bulan dan mula menampakkan perutnya yang semakin membesar. Mama seringkali menelefon memintanya untuk pulang ke rumah kalau ada kesempatan, namun Balkish sibuk. Ditambah pula dengan kedinginan hubungannya dengan Amin, dia jadi tawar hati untuk ke rumah mama. Kerja dan tugasan yang bertimbun membuatkan Balkish melupakan rindunya buat keluarga, yang diamampu lakukan adalah berdoa untuk kesejahteraan ibu, ayah, papa, mama dan adik-adik. Dia tidak lupa untuk memanjatkan doa buat Amin, agar suatu masa Amin berubah ke jalan yang lebih baik, jalan yang diredhai Allah.
…………
..
Panggilan dimatikan. Aiza tersengih seribu makna melihat ke arah Balkish. Balkish turut tersenyum bahagia apabila mendengar suara Amin.
“So, macamana? Tak susahkan nak call suami kau?” sindir Aiza.
Balkish tersenyum lagi.
“Esok dia temankan aku pergi check up” beritahu Balkish.
Aiza mencubit lengan Balkish. “Senyum sampai ke telinga. Obvious gila kau suka laki kau tu” seloroh Aiza.
Balkish ketawa besar. Obvious ke? Dia menyentuh wajahnya, hangat. Mungkin sudah merah-merah wajahnya menahan malu dengan seloroh Aiza itu.
Aku suka Amin? Mungkin suka, dari dulu lagi aku suka Amin. Sejak aku pertama kali mengenal cinta, selama itulah aku menyukai Amin. Tetapi entah kenapa berat hatiku untuk memaafkan perbuataannya ke atasku dulu. Amin terlalu kejam memperlakukan aku seperti itu. Pada saat kejadian itu, aku baru berusia 18 tahun, sebelum itu, aku belum pernah disentuh oleh mana-mana lelaki pun. Saat aku mengenali Amin, aku mula kenal erti rindu dan sayang, tetapi Amin merampas semua kenangan indah itu dan diganti dengan pengalaman yang paling kejam dalam sejarah hidupku. Aku tak mungkin memaafkan lelaki itu, sampai bila-bila walaupun lelaki itu telah menjadi suamiku sendiri. Entah bagaiman pengakhiran kisah rumah tangga kami.
…………

Fahim tersenyum sekadar mengambil hati. Dia tidak tahu bagaimana mahu menyampaikan permintaannya kepada ibu dan ayah. Tetapi dia benar-benar memerlukan wang sekarang ini. Acara lawatan sekolah itu akan bermula dua minggu depan dan wang harus dikumpul akhir minggu ini, sedangkan dia belum lagi memberitahu kedua orangtuanya tentang wang yang harus dibayar itu.
“Kenapa kau belum bayar lagi?’ soal Tauhid, teman baiknya. Bahu Fahim ditepuk. Sekali lagi Fahim tersenyum.
“Kalau awak nak, saya bayarkan dulu” sambung Puteri yang sejak dari tadi hanya memandang wajah Fahim.
“Nantilah saya bayar” balas Fahim. Dia sudah segan menerima bantuan daripada kawan-kawannya itu. Kalau boleh dia tidak mahu terhutang budi lagi dengan Tauhid atau Puteri. Mereka sudah banyak membantunya selama ini.
Tauhid dan Puteri berbeza dengannya, mereka berdua berasal dari keluarga berada. Wang bukanlah satu perkara besar buat mereka. walaupun mendapat biasiswa tapi mereka tetap menerima wang perbelanjaan daripada keluarga mereka. Berbeza dengan Fahim, dia hanya bergantung sepenuhnya dengan wang biasiswa dan jarang menyusahkan kedua orangtuanya dengan perbelanjaan seharian. Cuma kalau ada acara ataau kelengkapan sekolah yang harus dibeli, biasanya Fahim terpaksa juga terpaksa meminta daripada ayah dan ibu.
Fahim berlalu pergi dari sisi Tauhid dan Puteri. Puteri hanya mampu melihat kawan baiknya itu berlalu pergi. Dia berharap sekali agar lelaki itu dapat mengikuti program sambil belajar bersama teman-teman sekelas mereka yang lain. Walaupun Fahim lebih banyak berdiam diri tapi Fahim mempunyai hati yang baik. Kalau ada kawan-kawan mereka yang meminta tolong dialah orang pertama yang akan membantu dan Puteri senang sekali dapat berteman rapat dengannya. Dengan Fahim dan Tauhid di sisinya, dia berasa selamat.
Dia duduk di kerusi kosong dekat dengan pondok telefon. Hatinya berbelah bagi mahu menghubungi ayah atau ibu. Takutnya dia menyusahkan kedua orang tuanya dengan permintaannya kali ini. Tetapi dia berharap sekali untuk mengikut lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Destinasi kali ini adalah di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Dia sudah melepaskan peluangnya untuk mengikuti program lawatan sambil belajar pada hujung tahun lepas tetapi kali ini, besar harapannya untuk ikut serta memandangkan ini merupakan tahun terakhir dia dapat menghabiskan masa bersama kawan-kawannya. Tetapi andainya permintaan itu menyusahkan ayah atau ibu, lebih baik dipendamkan sahaja. Lagipun banyak lagi peluang lain yang bakal datang buat dirinya. Fahim berdiri, dia mahu meninggalkan tempat itu tetapi langkah kakinya terhenti. Dia akhirnya menapak menghampiri pondok telefon. Gagang telefon diangkat dan dia menekan nombor telefon ibu. Salam diucapkan sebelum Fahim memperkenalkan dirinya.
“Apa khabar anak ibu?” soal Aminah gembira apabila mendengar suara anak lelakinya itu.
“Baik. Ibu dan ayah sihat?” soal Fahim.
“Sihat”
“Belajar macamana?” soal Aminah lagi.
“Okey. Ibu Fahim ada sesuatu nak Tanya ibu” kata Fahim. Dia menghela nafas panjang sebelum menyambung kata-katanya.
“Sekolah ada anjurkan lawatan sambil belajar. Kalau boleh Fahim nak ikut ibu” Fahim kemudiannya terdiam. Dia tahu menyampaikan hasrat dan keinginannya itu cuma menambah beban kepada ibunya tetapi dia berharap sangat agar ibu berkemampuan untuk menunaikan hasrat hatinya itu.
“Berapa Fahim nak? Nanti ibu sampaikan ke ayah ya” pujuk Aminah setelah lama dia berdiam diri. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu mengecewakan hati anak lelakinya itu. Fahim bersekolah di sekolah berasrama penuh. Perbelanjaannya lebih banyak berbanding adik-beradiknya yang lain tapi Aminah dan Tahir berusaha sehabis daya mereka untuk membuatkan anak lelaki mereka itu berasa selesa bersekolah di sana. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu Fahim tidak terasa terpinggir dari kawan-kawan sekelasnya.
“Ibu, Fahim nak sangat ikut kali ini ibu. Kalau boleh…. Tapi kalau tak boleh tak apalah ibu, mungkin ada lain kali lagi” beritahu Fahim. Dia berasa bersalah membebankan ibunya.
“Nanti ibu tanya ayah ya. Ibu masukkan duit ke akaun Fahim nanti. Bila cikgu nak duit tu?” beritahu Aminah.
“Cikgu kata sampai minggu depan boleh bayar lagi”
Fahim meletakkan gagang telefon setelah mengucapkan terima kasih. Hatinya gembira setelah mendengar kata-kata ibu tetapi bibirnya tidak mampu tersenyum apabila memikirkan yang ayah terpaksa bekerja lebih kuat untuk mendapatkan wang yang diperlukannya.
“Fahim”
Fahim berpaling ke arah temannya. Gadis itu berjalan ke arahnya. “Awak dah call parent awak?” soal Puteri. Fahim mengangguk.
“Awak ikut tak?” soal Puteri lagi.
Fahim mengangguk laju. Serta merta wajah Puteri yang muram sejak tadi berseri-seri mengukirkan satu senyuman di bibirnya. Fahim turut tersenyum melihat wajah gadis itu.

Bab 39
Kereta yang dipandu masuk ke perkarangan rumah banglo itu diparkir di samping kereta milik Aman. Balkish dan Amin kemudiannya keluar dari kereta.
“Kenapa pula Aman ni ada dekat rumah?” Tanya Amin sendirian. Biasanya, adiknya itu jarang balik ke rumah tapi ribut tak ada, hujan tak ada, tup-tup balik rumah hari ni.
“Hah abang, lambat sampai!” tegur Aman yang sedang berdiri di pintu masuk. Amin dan Balkish berkalih ke arahnya. Amin hanya senyum dan berjalan ke arah bonet belakang kereta untuk mengambil beg pakaian. Balkish menunggu Amin. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah.
“Kau buat apa sini?’ soal Amin sengaja mahu berseloroh dengan Aman. Mereka bertiga duduk di sofa.
Aman ketwawa mendengar selorohan yang dirasakan juga sebagai sindiran daripada abangnya itu.
“Mama suruh balik. Dah lama Aman tak balik katanya” beritahu Aman.
“Kak sihat?’ soal Aman kepada Balkish yang duduk bertentangan dengannya. Di depan Amin dia membiasakan kakak kepada Balkish tapi belakang Amin, dia hanya memanggil panggilan biasa. Balkish jauh lebih muda daripadanya. Dia juga agak kekok membiasakan panggilan kakak buat Balkish.
Balkish mengangguk dan tersenyum. Amin menjeling, dengan orang lain, cepat sahaja gadis itu memberikan senyumannya tetapi untuk dia, nak menggerakkan bibir untuk berbicara pun susah. Ada rasa cemburu di hati Amin.
“Balkish awak naiklah rehat” arah Amin.
“Tak apalah. Saya tunggu mama dulu” beritahu Amin. Dia menunggu untuk bertemu dengan mamanya dahulu sebelum dia naik ke biliknya.
“Mama ada kat atas kak” beritahu Aman.
“Kalau macam tu, Balkish naik dululah, nak jumpa mama sekejap” Balkish meminta diri. Dia  mendaki anak tangga perlahan-lahan. Barang-barangnya ditinggalkan di dalam kamar. Tidak lama setelah itu dia mencari ibu mertuanya. Balkish masuk ke dalam kamar Datin Hasmah setelah mengetuk daun pintu berkali-kali. Balkish melangkah masuk, dilihat Datin Hasmah sedang terbaring di katilnya. Balkish mengejutkannya dengan lembut. Takut pula ibu mertuanya terbangun terkejut.
“Balkish bila sampai?” soal Datin Hasmah sambil menggosokkan matanya.
“Baru sampai ma. Aman pun ada kat bawah” beritahu Balkish.
“Mama tak sihat ke?” soal Balkish risau. Dia menyentuh dahi Datin Hasmah dengan belakang tangannya. Tidak panas.
“Mama penat sedikit saja” beritahu Datin Hasmah. Dia akhinrya turun dari tempat tidurnya.
“Ma nak ke mana ni?” soal Balkish risau.
“Mama tidurlah, nanti Balkish buat. Mama nak Balkish tolong apa?” soal Balkish.
“Tak apalah Balkish. Mama boleh buat. Balkish tu yang kena banyak berehat” beritahu Datin Hasmah lagi.
“Hari ni mama rehat, ya. Biar Balkish tolong mama” pujuk Balkish lembut. Risau dia melihat tubuh Datin Hasmah yang tidak bermaya begitu.
Datin Hasmah terpaksa mengalah, tubuhnya terasa berat sekali untuk bangun, entah kenapa hari ini, badannya berasa tidak enak. Berat hatinya mahu menyusahkan Balkish terutama di saat menantunya itu sedang hamil.
“Balkish, suruh Amin beli makanan dekat luar saja malam ni” beritahu Datin Hasmah.
“Tak apalah mama, biar Balkish masak saja malam ni. Mama jangan risau” pujuk Balkish. Datin Hasmah dipujuk untuk berehat. Balkish meninggalkan Datin Hasmah sendirian di kamarnya, membiarkan mamanya berehat sepuas hati. Balkish mengambil persiapan mandi dan masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Sebelum keluar, dia memastikan dirinya sudah lengkap berpakaian. Takut apabila keluar nanti, Amin sudah ada di kamar.
Setelah selesai solat Maghrib, Balkish melipat tikar sejadah dan mengenakan tudung di kepalanya. Dia kemudiannya turun ke tingkat bawah untuk menyediakan juadah makan malam.
“Mama mana awak?” soal Amin kepada Balkish.
“Mama tak sihat. Awak naiklah tengok mama” suruh Balkish.
“Tak sihat? Demam?” soal Amin risau.
“Tak juga. Penat sedikit katanya” beritahu Balkish. Amin dan Aman meninggalkannya untuk naik ke tingkat atas untuk melihat keadaan mama mereka. Balkish hanya memerhatikan. Dia ke dapur dan mengeluarkan sayur-sayuran dan lauk-pauk yang akan dimasak. Tidak lama kemudian, terdengar suara papa memberi salam. Balkish keluar untuk bertemu dengan ayah mertuanya itu.
“Mama mana?’ soal Dato’ Sahar. Bisanya isterinya itu akan berada di tingkat bawah untuk menjemputnya masuk.
“Mama tak sihat, ada dekat atas, pa” beritahu Balkish. Dato’ sahar duduk di sofa.
“Papa nak air?” soal Balkish.
Dato’ Sahar mengangguk. Balkish masuk ke dapur dan mengambil segelas air masak kemudian dibawakan kepada Dato’ Sahar. Ayah mertuanya itu minum perlahan-lahan.
“Amin dengan Aman tu balik?’ soal Dato’ sahar.
“Ada dekat atas, pa” beritahu Balkish.
“Mama tu sejak kebelakangan ni memang macam tu, sakit tak menentu. Dah bawa pergi klinik tapi macam itulah, sekejap baik, sekejap sakit” beritahu Dato’ Sahar. Balkish mengangguk. Kasihan pula mengingatkan mama yang sendirian di rumah kalau papa pergi kerja. Dia pula jarang pulang sejak kebelakangan ini. Amin? Entahlah, sejak beberapa bulan ini dia jarang berhubungan dengan Amin. Baru hari ini mereka berdua berhubung setelah sekian lama mendiamkan diri.
“Papa naik dululah. Balkish tak payahlah susah-susah. Nanti papa suruh Aman pergi beli makanan dekat luar”
“Tak payahlah pa, biar Balkish masak. Lagipun Balkish ingat nak masak sup untuk mama” jelas Balkish. Dato’ Sahar mengangguk. Dia kemudiannya berlalu, mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas. Balkish menyambung kerjanya. Dia memasak sup ayam khas untuk mama. Ikan bawal mahu di masak merah dan ayam mahu digoreng sahaja, sementara sayur lobak merah, kobis dan bunga kobis mahu dimasak goreng paprika sahaja.
Papa menghalau Amin dan Aman keluar dari biliknya. Amin kerluar dan berjalan ke biliknya. Dia duduk di birai katil dan memandang ke bumbung rumahnya. Telefon bimbit Balkish berdering. Amin melihat nama si pemanggil yang tertera di skrin telefon. Panggilan itu diangkat.
“Hello ibu” sapa Amin.
“Amin?”
“Amin ni, ibu”
“Balkish ada? Ibu ada benda nak cakap dengan Balkish” balas Aminah.
“Ada apa ibu, Balkish kat bawah. Kalau ada apa-apa ibu cakaplah dekat Amin”
“Nanti Amin suruh Balkish telefon ibu ya, ada benda ibu nak tanya”
“Kenapa ibu, ibu macam risau”
“Adik Balkish yang dekat sekolah sains tu minta duit, ibu nak tanya kalau Balkish masih ada duit simpanan lagi ke? Boleh ibu pinjam dulu untuk Fahim. Nanti kalau ayah dapat upah, ibu bayar balik” beritahu Aminah.
“Berapa ibu nak?” soal Amin.
“Tak apalah, Amin. Nanti ibu cakap sendiri dengan Balkish. Amin tolong sampaikan ke Balkish, suruh dia telefon ibu balik”
“Ibu, berapa duit Fahim perlukan?”
Aminah memberitahu kepada Amin.
“Nanti esok Amin masukkan ke akaun ibu. Nanti kalau ada apa-apa lagi, ibu tak payahlah minta dari Balkish. Minta dengan Amin terus. Amin akan tolong yang termampu Amin” beritahu Amin.
Aminah diam. malu terhadap menantunya sendiri.
“Ibu, adik Balkish, adik Amin juga. Kalau ada apa-apa, lain kali ibu bagitahu Amin. Balkish kadang-kadang dia sibuk dengan homework dia, ibu tahulah dia macamana” pujuk Amin.
“Terima kasih Amin. Terima kasih banyak. Ibu terhutang budi, kami terhutang budi dengan Amin”
“Amin tolong yang termampu saja ibu. Lagipun, tak banyak mana pun duit yang Fahim nak tu”
“Tapi boleh tak ibu jangan bagitahu Balkish?” sambung Amin.
“Kenapa?”
“Nanti Balkish fikir macam-macam. Malas Amin nak bersoal-jawab dengan anak ibu tu” keluh Amin. Dia membayangkan soalan-soalan dan tekaan yang mungkin diajukan kepadanya. Malas dia mahu bertengkar dengan Balkish gara-gara itu.
Panggilan dimatikan. Amin meletakkan kembali telefon bimbit Balkish ke tempat asal. Dia kemudiannya masuk ke bilik air dan membersihkan diri. Selepas mengenakan pakaian, dia turun ke tingkat bawah untuk menemani Balkish.
Amin menyapa isterinya. Balkish sekadar tersenyum kelat. Tangannya lincah memotong lobak merah di papan hiris.
“Awak langsung tak call abang beberapa bulan ni” sengaja Amin mengutarakan masalah itu.
Balkish diam.
“Sibuk sangat ke?” sindir Amin.
“Awak pun tak call saya” balas Balkish.
“Abang tunggu awak call”
“Kalau tunggu saya memang lambatlah. Lain kali, sebelum awak tunggu saya call, better awak call saya, saya pun tak adalah tertunggu-tunggu. Nak harapkan saya call awak memang lamalah” balas Balkish.
“Jadi, memang awak tunggu abang call lah?”
Balkish terdiam. Dia terkena dengan kata-katanya sendiri.
“Fakrul tu dah tak cari awak lagi kan?” soal Amin.
Balkish menggeleng.
“Abang tak nak Balkish berkawan dengan dia lagi. Kalau abang tahu Balkish contact dengan dia lagi, siap awak” ugut Amin. Balkish melihat ke arah Amin yang berdiri di sampingnya. Wajah lelaki itu serius. Tiada tanda-tanda dia bergurau tentang ancaman itu.
Balkish kembali menyambung kerjanya. Sebentar kemudian terasa tangan Amin mengusap pipinya. Balkish terkejut, tetapi dia membiarkan sahaja.
“Abang rindu awak” ucap Amin. Dengan tiba-tiba lengan sasa Amin melingkari pinggang Balkish. Balkish terkejut tetapi dia hanya berdiam diri. Jantungnya berdegup kencang, dadanya berombak laju. Matanya hanya menatap ke depan.
“Rindu awak” pelukan Amin terasa lebih erat di pinggangya, malah tubuh Amin terasa lebih dekat ke tubuhnya sehingga detak jantung lelaki itu terasa dan terdengar di telinganya. Balkish masih lagi terdiam. Anehnya, jantung yang tadinya berdegup kencang kini mula tenang. Dadanya yang berombak kencang kini mula tenteram. Dia berasa aman di dalam pelukan Amin, rasa selamat di sisi lelaki itu.
“Balkish, masak apa hari ni?” soal Aman seraya melangkah masuk ke dapur.
Amin segera melepaskan pelukannya. Balkish berpura-pura sibuk memotong sayur. Aman memandang pasangan suami isteri itu dengan pandangan kosong. Lama-lama senyuman nakal terukir di bibirnya.
“Haaa. Kau orang berdua ni…”
Belum sempat Aman menghabiskan katanya-katanya, Amin segera menekup mulut adiknya itu.
“Syyh, mama tidur, nanti terbangun pula” tegur Amin. Yang dirisaukannya adalah, jika kata-kata itu didengari oleh mama atau papa.
Aman melepaskan dirinya dari Amin.
“Kenapa kau panggil Balkish macam tu?” soal Amin tiba-tiba.
“Macamana?” soal Aman pelik.
“Kenapa tak panggil dia kakak?” soal Amin lagi.
“Oh, pasal tu”
Sebelum sempat Amin memukulnya, dia segera menyelamatkan diri dari abangnya. Amin mengejar Aman  sampai ke ruang tamu. kedengaran ketawa mereka berdua sampai ke dapur. Balkish tersenyum mengenangkan kerenah dua beradik itu.
…………
.
Amin memanggil mamanya untuk turun ke tingkat bawah. Dia memimpin tanganDatin Hasmah yang agak lemah itu. Dato’ Sahar memimpin tangan Datin Hasmah yang satu lagi. mereka bertiga beriringan menuruni anak tangga. Balkish mempersiapkan makan malam mereka dan menyusun pinggan untuk mereka sekeluarga. Aman turut membantu Balkish. Dia melihat ke arah Amin yang sedang turun. Sekali dipandang, hatinya terus meminta untuk melihat wajah suaminya itu sekali lagi. Kali ini pandangannya lama melekat di wajah tampan milik Amin. Sejak kehamilan ini, Amin sering dirindui, sedangkan dia membenci Amin sejak awal perkahwinan mereka lagi. Kata ibu, perubahan sikap dan emosinya ini mungkin kerana terbawa-bawa oleh kehamilannya. Anak mereka yang dikandungnya selama hampir enam bulan ini pasti merindui papanya, maka sebab itulah Balkish turut berasa terubat rindunya saat melihat wajah Amin. Mungkinkah perasaan saying yang kurasa buat Amin akan hilang setelah kelahiran bayi ini nanti? Fikir Balkish.
‘Baik pula mamat playboy ni melayan mama’ fikir hati kecil Balkish saat melihat layanan Amin terhadap Datin Hasmah terutama saat Datin Hasmah sedang sakit seperti sekarang. Memang di luar jangkaan yang Amin sangat menjaga mamanya. Perbuatannya sangat menyejukkan hati. Tak sangak baik juga Amin ni!
‘Dia playboy, mestilah dia tahu melayan mama dan semua perempuan. He got his own way with woman’ kata-kata itu lahir dari akal waras Balkish.
“Duduklah mama” jemput Balkish. Dia menghidangkan nasi buat mamanya. Sup yang dimasak dituangkan ke dalam mangkuk di depan mama.
“Balkish masak apa?” soal Datin Hasmah berbasa-basi.
“Masak sup untuk mama. Mama kena makan banyak sedikit malam ni” pujuk Balkish. Datin Hasmah mengangguk. Amin menarik kerusi di samping mamanya. Balkish turut menghidangkan nasi buat suaminya, dan Dato’ Sahar.
“Biar Aman ambil sendiri” beritahu Aman sambil tersenyum saat Balkish juga mahu menghidangkan nasi buatnya. Balkish duduk di samping Amin.
“Awak pun kena makan banyak sedikit” tegur Amin saat Balkish  melihat ke arahnya.
Setelah selesai makan, Amin menyuruh Balkish berehat sahaja kerana isterinya itu dilihat agak penat. Sejak dari pulang tadi, Balkish belum sempat berehat. Sudahlah satu hari ini dia ikut kelas di kampus. Amin menawarkan diri untuk mengemaskan meja makan dan pinggan mangkuk.
Balkish naik ke tingkat atas dan dia tidak terus masuk ke biliknya. Balkish singgah di bilik Datin Hasmah untuk melihat keadaan ibu mertuanya itu. Pintu bilik di ketuk terlebih dahulu sebelum Balkish meminta izin untuk masuk. Dato’ Sahar duduk di ruang tamu di bawah setelah menghantar Datin Hasmah untuk berehat di kamar. Segaris senyuman terukir di bibir saat melihat wajah Balkish muncul di pintu. Datin Hasmah menyuruh Balkish masuk.
“Mama dah makan ubat?” soal Balkish.
Datin Hasmah menggeleng. Balkish mengambil ubat dari atas meja dan membantu Datin Hasmah untuk minum obatnya. Tubuh Datin Hasmah kembali berbaring di katil. Balkish memicit betis ibu mertuanya itu. Dia sering memicit betis ibu kalau ibu lenguh atau sakit, dan dia melakukan yang sama ke atas Datin Hasmah.
“Susahkan Balkish saja” kata Datin Hasmah. Matanya sudah mahu terlelap. Penatnya bukan main, badannya terasa lemah.
“Tak adalah mama. Bukannya selalu Balkish balik” balas Balkish.
“Balkish dengan Amin macamana?” soal Datin Hasmah.
“Amin baik saja mama. Mama jangan risau” sambung Balkish.
“Amin tu nakal sedikit nak dibandingkan dengan Aman tetapi dia sebenarnya lebih penyayang dari Aman” beritahu Datin Hasmah.
Balkish diam sahaja.
“Mama harap, kamu berdua kekal sampai bila-bila” sambung Datin Hasmah.
Balkish melepaskan pegangannya. Datin Hasmah dilihat sudahpun terlelap. Balkish bangun dan menyelimuti tubuh ibu mertuanya itu dan kemudian dia keluar dari bilik itu.
Selesai sahaja dia mencuci wajahnya, Balkish terus membaringkan tubuhnya ke katil. Matanya serta-merta terlelap saat tilam empuk itu mengalasi tidurnya.
…………
..
Amin masuk ke  kamarnya setelah puas berbual dengan papa dan Aman sejak dari selesai makan malam. Sudah agak lama dia tidak bertemu dengan Aman, banyak pula cerita yang diutarakan di antara mereka bertiga. Aman merupakan pelajar perubatan di UIA, dia sudah berada di tahun ketiga dan tidak lama lagi dia akan melanjutkan program sarjana di hospital.
Amin membuka lampu kamar dan melihat Balkish sudahpun terlena di katil. Dia masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan wajahnya. Jarang sekali dia tidur tanpa mencuci wajahnya terlebih dahulu. Kemudian Amin keluar untuk tidur.
Dia sudah tidak tidur di beranda lagi, Balkish sudahpun membenarkan dia untuk tidur di sofa di kamar mereka itu. Amin melihat ke arah Balkish. Gadis itu sudah agak berisi sekarang ini, kandungannya juga sudah besar dan mula kelihatan. Pakaian-pakaian Balkish sudah kelihatan tidak muat dengan ukuran tubuh Balkish sekarang. Apabila terfikirkan itu, Amin mula menyedari yang dia belum pernah membeli pakaian mengandung untuk Balkish. Barang-barang keperluan anak mereka juga belum dibeli.
‘Betapa aku lalai menjalankan tugas aku sebagai suami Balkish!’ Amin mula menyalahkan diri sendiri kerana tidak pernah membuatkan gadis itu bahagia di sisinya. Balkish terabai dan tidak diperlakukan dengan baik.
‘Balkish masih lagi terseksa dan terluka sejak mereka berkahwin. Aku juga gagal melindunginya dari Fakrul’ kesal Amin lagi.
Amin menghampiri Balkish. Wajah gadis itu yang sudah berisi di tenung lama-lama. Wajah itu masih ayu seperti dulu namun tetap tidak seceria saat pertemuan pertama mereka. Wajah itu juga sering dirindui sejak kebelakangan ini. Semakin hari, semakin dia menyanyangi Balkish. Entah kenapa hatinya bagaikan terikat dengan Balkish dan dengan perkahwinan mereka. Sedangkan pada awal pertemuan mereka dulu, dia menyukai kecantikan paras rupa Balkish dan hanya menganggap Balkish seperi gadis-gadis lain yang didampinginya. Yang bertakhta di hati waktu itu hanyalah Tina. Perkahwinan mereka juga didasarkan atas rasa tanggungjawab atas perbuatan jahatnya kepada Balkish tetapi siapa sangka, rasa itu telah bercambah menjadi sayang. Dan sekarang ini, gadis itulah segala-galanya, dia sudah tidak mampu menyayangi gadis lain. Cuma satu yang tidak dapat dilakukan biarpun Balkish merayu kepadanya, berubah. Dia tahu Balkish mahukan seorang suami yang beriman macam pak Ustaz, kawan-kawan sekampus dengannya tetapi dia tidak mampu.
Tubuh Balkish yang mengkerikuk itu dihampiri. Mahu sahaja dia menghangatkan gadis itu dengan hangat tubuh dan kasih sayangnya tetapi Balkish mungkin tidak suka. Tidak mahu dia melakukan sesuatu yang tidak disukai gadis itu walaupun sebenarnya dia tidak akan pernah melepaskan peluang andainya peluang itu muncul, tetapi bukan sekarang. Dia sudah lama tidak menyentuh mana-mana gadis selama perkahwinan mereka. Dan untuk pengetahuan Balkish, perkara itu bukan mudah baginya terutama pada lelaki yang pada usia reproductive stage dan yang paling penting dia tidak pernah merasa berdosa dengan meniduri semua gadis yang dekat dengannya. Namun, setelah berkahwin dengan Balkish, dia sudah tidak ‘ berselera’ dengan mana-mana gadis kecuali Balkish seorang. Tetapi Balkish tidak pula menginginkannya sepertimana dia menginginkan Balkish. Jadi ditahan sahaja kemahuan yang selalu bergelora itu.
Balkish berbeza dengan gadis-gadis yang dikenalinya dulu. Gadis itu terlalu baik dan dia pula terlalu kejam memperlakukan Balkish seperti apa yang dilakukannya dulu. Untuk mengulangi perbuatan terkutuk itu, dia tidak sanggup, apatah lagi setelah dia mula menyayangi dan menyintainya. 
Mahu sahaja dia memeluk tubuh Balkish yang kedinginan itu dan menghadiahkan Balkish satu pengalaman yang lebih indah dari kejadian dulu. Kali ini, dia mahu berlemah lembut, memanjai Balkish dan memperlakukan Balkish dengan baik. Tetapi dia tahu Balkish masih belum lagi memaafkannya. Dia mahu Balkish turut menerimanya dengan rela. Ditahan sahaja keinginannya itu malam ini. Dahi Balkish dikucup dengan hati-hati, bimbang sekiranya Balkish tersedar dek kerana perbuatannya itu.
Amin berlalu meninggalkan Balkish setelah menarik gebar menyelimuti sebahagian besar tubuh gadis itu. Dia kemudiannya berbaring di sofa yang menjadi ‘katil’nya. Amin cuba untuk tidur sambil matanya menatap wajah sang isteri. Lama-lama, dia akhirnya terlena.

Sunday, October 12, 2014

SNDKI 32-35



Bab 31
Balkish pulang dari kelas, langsung masuk ke biliknya. Akhir-akhir ini hubungannya dengan kawan agak renggang. Entah kenapa dia berasa Aiza dan Yani seperti sengaja menjauh daripadanya. Mungkin ada sesuatu yang mereka rahsiakan dari pengetahuannya.
Balkish merebahkan dirinya ke katil. Tubuhnya terasa penat sekali, namun dia harus menguatkan diri untuk bangun dan mandi kerana sebentar lagi dia harus menyiapkan tugasannya. Aiza dan Yani masuk ke bilik. Balkish terus menegur.
“Kau orang ke mana tadi?’ soalnya.
“Kita orang keluar pergi beli makanan sekejap” balas Aiza.
“Kenapa tak ajak? Aku pun belum makan lagi” soal Balkish lagi. Selalunya mereka akan keluar bertiga untuk membeli makanan, tapi dia ditingalkan oleh Aiza dan Yani. Hatinya tiba-tiba sedih tapi dia tidak mahu ikutkan sangat emosinya yang tidak stabil itu.
“Tak apalah, nanti aku keluar sendiri” sambung Balkish.
Dia mengangkat tubuhnya untuk ke bilik air dan menyucikan diri. Dengan langkah lemah dia membawa diri ke bilik air yang terletak di tengah-tengah lajur bagunan itu. Alat-alat mandinya diletakkan di sinki. Wajahnya yang agak pucat dilihat di cermin. Nasib baik tidak ada orang di bilik air jam-jam begini, dia tidak perlu menunggu giliran.
Balkish terlupa untuk membawa persalinan pakaiannya ke bilik air, jadi dia berjalan keluar untuk kembali ke biliknya. Saat itulah dia terjatuh ke lantai akibat licin. Kepalanya terhantuk ke lantai dan tubuhnya menyembah bumi dalam sekelip mata sehingga Balkish tidak mampu berbuat apa-apa. Darah merah mengalir dari kepala dan di betisnya. Perlahan-lahan Balkish cuba bangkit, menggagahkan diri untuk kembali berdiri dan berpijak pada bumi Allah ini. Dia menampung beratnya dengan kedua-dua belah kaki sambil tangannya cuba untuk berpaut pada dinding. Perlahan-lahan Balkish mengatur langkah yang lemah untuk kembali ke biliknya. Darah merah segar menitis dari kepala dan juga telapak kaki. Serentak dengan langkahan kaki yang longlai, setitik demi setitik darahnya jatuh ke bumi. Pintu bilik dikuak. Aiza dan Yani melihat Balkish yang hanya tercegat di pintu bilik.
“Kenapa cepat sangat kau mandi?” Tanya Aiza spontan saat melihat Balkish hanya berdiri di pintu. Terkejut melihat wajah Balkish yang pucat dan berlumuran darah. Aiza dan Yani terpaku seketika di tempat mereka berpijak. Balkish dilihat dari hujung rambut sampai hujung kaki, darah bukan sahaja mengalir dari kepala Balkish tetapi juga dari betis dan tapak kaki Balkish, mengalir perlahan-lahan dan bertumpuk pada kedua tempat tapak kaki Balkish berpijak. Balkish akhirnya jatuh terjelepuk. Sebelum tubuhnya jatuh ke lantai, Aiza dan Yani segera menopang dan menyambutnya. Mereka berdua menjadi panik, dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk membawa Balkish ke klinik dengan secepat mungkin. Tubuh Balkish dipapah turun ke beranda dan Yani kemudiannya menahan sahaja teksi yang lalu lalang di depan kolej mereka.
Sampai sahaja di klinik, kes Balkish didahulukan oleh doktor di situ. Balkish di masukkan ke dalam bilik dan segera di masukkan Intravenouse line di kedua-dua belah tangannya. Yani dan Aiza panik tetapi mereka menceritakan apa yang mereka tahu tentang keadaan Balkish. Doktor kemudiannya menyuruh Aiza dan Yani untuk tunggu di luar dan menelefon kepada keluarga Balkish. Setelah itu mereka duduk menunggu di ruangan menunggu dan mendoakan keselamatan Balkish. Tidak disangka yang keadaan teman mereka itu boleh separah ini.
“Kau nak ke mana tu?” soal Yani apabila melihat Aiza bangun dari duduknya dan meninggalkannya sendirian menunggu.
“Sekejap saja” beritahu Aiza. Dia akhirnya mengeluarkan telefon bimbit Balkish yang sempat dicapai saat mereka berdua kalut memapah tubuh Balkish tadi. Nama mamat sewel tertera di skrin sebagai orang terakhir yang menghubungi Balkish. Dengan teragak-agak, Aiza menekan butang hijau pada nombor itu. Panggilan disambungkan. Aiza menceritakan tentang keadaan Balkish kepada lelaki mamat sewel itu.
“Kau cakap dengan siapa?” soal Yani pelik. Dia menghampiri Aiza namun gadis itu mematikan panggilannya.
“Kenapa?” Aiza bertaya kepada Yani.
“Doktor panggil kita, nak cakap pasal keadaan Balkish” beritahu Yani. Aiza mengikut Yani dari belakang menuju ke arah doktor yang merawat Balkish.
“Cik berdua ni siapa dengan Balkish?” soal si doktor.
“Kami ini kawan baik Balkish” beritahu Aiza.
“Kalau boleh cik cuba hubungi keluarga Cik Balkish, ada sesuatu yang saya nak cakap” beritahu doktor.
“Kenapa doktor?” Yani mulai takut.
“Saya akan beritahu, tapi saya perlukan juga keluarga Cik Balkish ke sini supaya saya dapat sampaikan berita ni dengan baik sesuai protokol saya sebagai seorang doktor”
“Kenapa doktor? Tolonglah bagitahu kami” rayu Aiza. Dia hampir-hampir menangis.
“Kami dah rawat luka di kepala Cik Balkish dan dia hanya mengalami concussion biasa, tapi kehamilan Cik Balkish mungkin akan bermasalah sedikit”
Aiza dan Yani ternganga. Kedua-duanya sangat terkejut mendengar penerangan yang disampaikan oleh doktor itu.
“Ha..ha..mil doktor?”
“Hamil. Sebab itulah saya kena sampaikan berita ini kepada keluarga Cik Balkish. Saya difahamkan yang Cik Balkish belum lagi menikah kan? Jadi eloklah saya berbicara dengan ayah atau ibu Cik Balkish.”
“Balkish keguguran?” soal Aiza.
Doktor menggeleng, “Cuma threaten abortion. Janinnya masih selamat dan kandungannya boleh diselamatkan kalau Cik Balkish tidak terlalu memaksa diri dan banyakkan beristirehat” sambung doktor itu.
“Nanti kalau keluaga dia sampai, boleh beritahu pembantu saya. Ada patient lain yang perlu saya lihat” sambung doktor itu lagi.
Aiza terduduk di kerusi menunggu. Teman sebiliknya itu mengandung? Dia tidak menyangka yang Balkish sanggup melakukan perbuatan terkutuk seperti itu. Apa yang ditakutinya menjadi kenyataan. Balkish sangat baik, tapi kenapa dia sanggup melakukan perkara laknatullah itu? Aiza menitiskan air matanya. Yani melangkah meninggalkan Aiza.
“Kau nak ke mana?” soal Aiza berdiri sambil cuba untuk menghentikan Yani.
“Aku tak sangka Balkish sanggup buat benda macam tu. Aku nak balik”
“Nak tinggalkan Balkish seorang-seorang?”
“Pandai buat, pandailah tanggung. Aku dah agak dah. Perempuan cantik macam dia tu, takkan tak ada orang nak? Sangkaan aku memang benar, dia cuma nak mainkan hati Fakrul”
“Yani, kau ni kenapa? Balkish tu kawan kita. Dia baik” Aiza cuba untuk menyedapkan hatinya sendiri. Namun benang yang basah tidak boleh ditegakkan.
“Baik apanya kalau dah mengandung anak luar nikah macam tu? Ada lelaki lain, lepas tu mainkah perasaan Fakrul lagi”
“Kau ni buta sebab cinta kau dekat Fakrul. Fakrul yang terhegeh-hegeh dekat Balkish. Balkish tak melayan pun si Fakrul tu. Balkish fikirkan kau!”
“Kau..kau tahu aku suka Fakrul?” soal Yani terkejut.
“Aku dengan Balkish tak buta. Kami buat-buat tak tahu supaya kau tak malu”
“Baguslah kau dah tahu. Sekarang ni aku nak semua orang tahu dan aku nak Fakrul tahu yang Balkish tu bukan perempuan baik. Depan kita dia berlakon baik”
“Astaghfirullahalazim” terkejut Aiza dibuatnya.
“Aku nak balik. Kalau kau nak duduk sini, kau duduklah seorang-seorang”
Yani melangkah laju meninggalkan Aiza sendirian. Aiza menitiskan airmatanya sendirian di ruangan menunggu. Sejahat manapun Balkish, dia masih mempunyai prikemanusiaan. Dia tidak akan meninggalkan Balkish saat gadis itu terlantar lesu sendirian di sini. Sekurang-kurangnya dia akan menunggu sampai ahli keluarga Balkish sampai. Telefon bimbit Balkish diambil dari beg tangannya. Dia mahu mencari nombor telefon keluarga Balkish tetapi telefon itu kehabisan bateri. Aiza mengeluh berat, dia sudah tidak tahu apa yang harus dilakukannya.
Pandangannya terlihat seseorang yang tidak dikenalinya tetapi dia seperti pernah melihat lelaki itu. Aiza bangun berdiri dan cuba menghampiri kaunter pertanyaan, tempat lelaki itu berdiri.
“Cik, Balkish dekat mana? Katanya dia pengsan”
Aiza mencuri dengar. Dia mahu menegur abang Balkish itu tetapi belum sempat dia menyapa lelaki itu telah berlari mengikut jururawat yang akan membawanya ke bilik tempat Balkish ditempatkan. Aiza mengikut dengan langkah yang lemah. Dia bingung. Abang Balkishkah itu? Seingatnya lelaki itu ada dilihat bersama keluarga Balkish semasa mereka menghantar Balkish dulu. Tetapi dia tidak membuat sebarang panggilan kepada keluarga Balkish kerana tidak sempat gara-gara telefon bimbit Balkish yang kehabisan bateri.
Namun sebelum bateri telefon bimbit itu mati, dia hanya sempat untuk menelefon mamat sewel. Jadi? Adakah itu mamat sewel? Aiza cuba mengingat lagi, dia jadi bingung. Yang mana satu ni? Lelaki itu pernah dilihat saat dia membantu Balkish memindahkan barang-barangnya ke bilik pada hari pertama Balkish masuk ke kolej. Lelaki itu ada di situ, bersama-sama dengan kedua orang tua Balkish.
“Encik, silakan masuk” jururawat itu membukakan pintu untuk Amin. Dia melangkah masuk dan meluru ke arah sekujur tubuh yang terbaring lemah.
Pintu bilik Balkish tertutup rapat, Aiza mengambil beg tangannya dan berlalu pergi. Mungkin abang Balkish itu akan menguruskan segala-galanya. Terasa berat hatinya meninggalkan Balkish tapi dia juga pening, dan tidak dapat berfikir dengan baik. Berita tentang Balkish yang sedang hamil itu membuatkan dunianya menjadi gelap dan hitam. Dia tidak menyangka kawan baiknya itu hamil. Dia tidak percaya mendengar berita itu tapi doktor sendiri  yang mengesahkan Balkish mengandung dan hampir keguguran. Kalau tidak percayakan doktor, mahu percaya siapa lagi? Langkah yang diatur terasa berat namun digagahi jua. Aiza bingung dan rasa dikhianati. Balkish sanggup merahsiakan hal besar seperti itu dari pengetahuannya.
Amin berdiri dari duduknya apabila melihat seorang lelaki dengan coat putih masuk ke ruangan isterinya.
“Doktor, macamana keadaan isteri saya?” soal Amin risau.
“Maksud awak Cik Balkish?” soal doktor itu.
“Kami dah kahwin doktor. Dia isteri saya” tegas Amin.
“Saya ingatkan Balkish belum kahwin. Kawan-kawannya yang hantar dia ke sini tadi cakap Cik Balkish masih bujang”
She’s my wife” tegas Amin sekali lagi. Kali ini, suaranya agak sedikit keras.
Doktor itu terangguk-angguk mengiyakan. “Keadaan Balkish sudah stabil. Luka di kepala cuma luka biasa. Kalau encik setuju, kami nak buat CT scan kepala” beritahu doktor itu.
“Anak saya macamana, doktor?” soal Amin.
“Kandungan Balkish selamat”
Amin segera menyalami tangan doktor itu “Terima kasih banyak doktor”
“Bukan saya, berterima kasihlah kepada Allah. Saya cuma membantu. Awalnya memang ada perdarahan tapi kami dah buat ultrasound, janinnya masih lagi di dalam kandungan. Cuma kalau perkara begini terjadi, Balkish harus banyak berehat dan tidak boleh melakukan sebarang aktiviti, kalau tak, kandungannya akan bermasalah”
Amin mengangguk, dan bertanya “Tapi kenapa isteri saya belum sedar?” soal Amin.
“Memang tekanan darah Balkish agak rendah, mungkin kerana dia agak penat. Berilah dia masa. Kami juga dah infuse dengan untuk bagi fluid. Mungkin sebentar lagi dia akan sedar” sambung doktor itu.
“Ada apa-apa lagi encik nak tanya?”
“CT scan?”
“Kalau encik setuju. Sekejap lgi kami akan buat CT scan”
Amin mengangguk.
“Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu” doktor itu meminta diri.
Sekali lagi Amin menyalami tangan doktor itu dan berterima kasih.
Amin mengambil kerusi dan duduk di samping Balkish. Tangan isterinya digenggam erat. Raut wajah gadis itu ditenung dengan penuh rasa sayang. Jari-jemari Amin menyentuh pipi Balkish. Dengan refleks, Amin berdiri dan mendekatkan wajahnya ke wajah Balkish. Satu kucupan lembut hinggap di dahi Balkish.
“Abang bersyukur sangat bila Balkish dan anak kita selamat” bisik Amin ke telinga Balkish. Dia duduk kembali di kerusinya. Tangan Balkish bergerak-gerak kecil dan dia juga telah sedar dari tidurnya. Balkish cuba untuk duduk, dan Amin segera membantunya. Wajah Balkish pucat. “Dekat mana ni?” soal Balkish.
“Dekat hospital. Awak pengsan tadi” beritahu Amin.
Balkish terkejut, tangannya segera mengusap kandungannya.
“Anak kita selamat” beritahu Amin sambil tersenyum. Balkish tersenyum lemah dan mengucapkan syukur.
“Alhamdulillah anak ibu tak apa-apa”
“Doktor kata awak kena banyak berehat, kena makan”
Balkish menggelengkan kepala. “Tak ada selera nak makan. Kalau makan mesti muntah” beritahu Balkish.
Amin mengusap ubun-ubun Balkish. Balkish terkejut pada awlanya tapi dia membiarkan sahaja. Sentuhan Amin terasa mententeramkan jiwanya.
“Awak kena makan sayang, demi baby kita. Erm? Nanti abang belikan”
“Awak nak tinggalkan saya sendirian dekat sini?” rengek Balkish. Dia terkejut dengan kata-katanya sendiri dan Amin juga turut berasa aneh. Isterinya itu tidak pernah nak bermanja-manja sebegini dengannya. Dia memandang Balkish dan gadis itu segera melarikan wajahnya, malu ditatap lama-lama oleh Amin.
“Kalau macam tu abang minta mama belikan sebentar lagi. Mama dengan papa pun nak ke sini”
“Awak ada bagitahu parent saya tak?” soal Balkish.
“Belum. Sekejap lagi saya call”
“Tak payahlah bagitahu ibu dengan ayah. Saya tak nak mereka risau” beritahu Balkish.
Amin diam dan kemudian mengangguk.
“Awak kena banyak berehat. Tidurlah dulu. Nanti kalau mama dan papa dah sampai saya kejutkan” pujuk Amin. Dia membantu Balkish merebahkan dirinya.
“Awak jangan tinggalkan saya” rayu Balkish sekali lagi. berharap agar dia tidak bersendirian sekarang ini dan ditemani oleh Amin.
Amin mengangguk. Dia duduk kembali ke kerusi di samping katil Balkish. Isterinya tidur menghadapnya dan Amin menghadiahkan senyuman kepada gadis itu sebelum dia kembali ke lenanya. Selimut yang menyelimuti Balkish ditarik sampai ke bahu gadis itu.

Bab 32
Aiza melangkah longlai masuk ke dalam kelas. Sejak Balkish dimasukkan ke hospital semalam, gadis itu tidak ada menghubunginya.
Bagaimanakah kesihatan Balkish? Aiza tertanya-tanya. Namun dia takut mahu menghubungi Balkish. Apa yang harus dilakukannya? Balkish hamil? Bila? Banyak pertanyaan yang bermain-main di fikiran Aiza. Hatinya hancur memikirkan rahsia yang disembunyikan oleh Balkish itu. Selama ini Balkish dianggap seorang gadis yang baik, namun segala-galanya berubah setelah dia mendapat tahu tentang kehamilan Balkish.
“Aiza” panggil Fatimah, teman sekelasnya. Aiza sekadar tersenyum.
“Ada apa?” soal Aiza.
“Betul ke Balkish hamil?” soal Fatimah.
Bulat mata Aiza mendengar pertanyaan yang senang saja dilafazkan dari mulut teman sekelasnya itu. Ikutkan hati, mahu sahaja dia marah kepada gadis di hadapannya itu. pertanyaannya sangat sinis dan dia melontarkan pertanyaan itu tanpa rasa segan atau silu.
“Mana kau dengar ni?” tegur Aiza.
“Jangan nak sembunyikan lagi. Yani sendiri yang bagitahu kami. Dia kata dia dengar sendiri doktor cakap yang Balkish hamil” jelas Fatimah.
Aiza beristighfar beberapa kali di dalam hati. Kata-kata Fatimah itu menikam kalbu. Sampai hati Yani memberitahu berita aib Balkish itu kepada teman-teman sekelas mereka sedangkan mereka bertiga kawan baik. Berita itu belum disahkan lagi oleh Balkish, tapi Yani sudah menghebahkannya kepada orang lain. Kalaupun benar Balkish hamil, tapi Yani tetap tidak patut memberitahu berita itu kepada sesiapapun kerana ia menjatuhkan maruah Balkish.
Aiza berlalu pergi tanpa menjawab pertanyaan daripada teman-temannya itu. Dia tidak akan bersekongkol dalam membuat dosa. Aiza duduk di tempat biasa dan mencari-cari Yani. Perbuatan Yani yang telah menghebohkan cerita tentang kehamilan Balkish harus dihentikan. Setelah agak lama mencari, akhirnya dari jauh dia melihat susuk tubuh Yani yang duduk bertentangan dengan Fakrul.
“Assalamualaikum Fakrul” tegur Yani, memberikan ucapan salam. Wajah Fakrul yang tidak bermaya itu di pandang sekilas.
“Waalaikumussalam” Fakrul mengangkat wajahnya melihat gerangan orang yang menyapa. Dia kemudiannya kembali menekup wajahnya ke meja. Tidurnya terasa tidak cukup. Sejak kebelakangan ini, dia asyik memikirkan masalahnya dengan Balkish. Sejak dia melihat Balkish masuk ke hotel bersama seorang lelaki tempohari, lenanya bagai diragut daripadanya, ketenangannya bagai disentap oleh perasaan marah dan cemburunya terhadap lelaki yang bersama-sama Balkish. Dia mahu bertanya kepada Balkish, tapi setiap kali dia ingin memulakan bicara, Balkish seakan-akan mahu mengelakkan diri daripadanya. Masalah itu dipendam saja.
“Fakrul, awak dah tahu belum?” soal Yani.
“Apa” jawab Fakrul. Wajahnya masih lagi ditekup ke meja. Kata-kata Yani sekadar masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.
“Balkish hamil” beritahu Yani tanpa rasa bersalam atau malu.
“Apa?” Fakrul terkejut.
“Semalam, Balkish pengsan. Kami bawa ke klinik. Sampai kat klinik dOkeyter kata Balkish hamil” beritahu Yani lagi.
“Klinik mana?” soal Fakrul. Suaranya tinggi. Dadanya berombak kencang menahan marah.
“Klinik dekat simpang depan kampus tu” beritahu Yani.
Tanpa menunggu, Fakrul terus mencapai beg galasnya dan meluru keluar dari kelas itu. Yani terpinga-pinga sendirian. Dia memanggil-manggil nama Fakrul tapi tidak diendahkan oleh lelaki itu.
“Yani” panggil Aiza. Yani berpaling ke arah teman baiknya itu.
“Boleh tak kau berhenti buruk-burukkan nama Balkish” marah Aiza. Dia endengar sendiri kata-kata YAni saat gadis itu bercerta kepada Fakrul.
“Kau marah aku ke?” soal Yani terkejut.
“Ya. Aku marah sebab kau mengaibkan Balkish”
“Aku cakap benda betul. Kau pun dengar sendiri doktor cakap yang Balkish hamil” suara Yani semakin keras.
“Aku ada dekat situ tapi aku tak bercerita dekat semua orang kat kelas ni. Terutama dekat orang lelaki. Kau langsung tak fikirkan maruah Balkish. kita kan kawan baik”
“Kalau Balkish fikirkan aib dan maruah dia, dia takkan buat kerja tak senonoh sampai boleh hamil”
“Yani!”marah Aiza.
“Aku tak ingin nak berkawan dengan perempuan macam tu. kau tu sebelahkan Balkish sangat, kau kawan sajalah dengan dia. Aku tak nak kena tempias perempuan hamil anak luar nikah macam Balkish”
“Aiza!” marah Yani lagi. ikutkan hai mahu saja tangan kanannya dihayunkan ke pipi Yani. Temannya itu lancang berbicara dengan suara yang agak kuat. Seluruh isi kelas diam mendengar  pergaduhan antara mereka. aiza turut malu. Dia diam sahaja.
Yani meninggalkan Aiza sendirian.
………………………………………..
Amin bangun dari kerusinya, dilihat Balkish masih lagi terlena di katilnya. Amin mendekat ke arah isterinya dan menyelimuti tubuh Balkish. wajah Balkish yang masih lagi pucat itu ditatap lama. Ingin sahaja wajah itu dikucup lembut tapi sekali lagi rasa bersalah muncul di dalam hatinya. Dia gagal menjaga Balkish sebagai seorang suami.
Jam di dinding menunjukkan pukul 8 pagi. Amin duduk di sofa, matanya mengantuk tapi dikuatkan sahaja dirinya menemani Balkish di ruang bilik hospital. Semalam papa dan mama datang menjenguk dan Balkish sempat bertemu dengan mereka sebelum dia kembali terlena. Papa dan mama mengucapkan syukur kerana b dan bayi yang dikandungnya tidak apa-apa.
Amin termenung, perkataan syukur itu seringkali diucapkan oleh orang-oirang disekitarnya kebelakangan ini. Amin turut berasa gembira dengan keadaan Balkish sekarang. walalupun isterinya itu terjatuh, namun bayi mereka tetap selamat. Amin berterima kasih sekali untuk itu. diucapkan jutaan terima kasihnya itu kepaa doktor yang merawat Balkish di klinik kelmarin tapi doktor itu menyuruhnya berterima kasih kepada Allah yang memberikan hikmah itu kepada Balkish. ucapan terima kasih itu layaknya untuk siapa kalau bukan kepada doktor yang memberikan penanganan pertama buat Balkish? Amin melihat ke arah Balkish yang mula bergerak-gerak kecil.
Segera Amin mendekatkan dirinya kepada gadis itu.
“Kenapa sayang?” soal Amin dengan lemah lembut.
“Kat mana ni?’ soal Balkish.
“Hospital. Abang minta transfer ke hospital petang semalam. Awak rehatlah. Badan awak lemah lagi ni” pujuk Balkish .
Balkish tetap bangun. Amin membantu. Diluruskan bantal di belakang tubuh Balkish buat alas duduknya.
“Anak kita tak apa-apa kan?” soal Balkish.
“Anak kita Okey. Balkish kena banyak berehat” beritahu Amin. Dia duduk di kerusi di samping katil.
“Bila boleh keluar?” soal Balkish.
“Duduk lah lama sedikit dekat hospital ni. Awak tu tak sihat lagi” pujuk Amin.
“Nanti kalau doktor datang, awak Tanya bila saya boleh keluar” beritahu Balkish lagi.
Amin mengeluh. Sakit-sakit begini masih lagi berkeras mahu dituruti sahaja kehendaknya.
“Nanti abang tanyakan”
“Awak tak pergi kelas?” soal Balkish.
“Awak sakit, takkan abang nak tinggalkan awak kat sini seorang-seorang”
“Nurse ka nada. Kelas awak lagi penting”
“Awak tidurlah Balkish.” malas Amin mahu bertengkar dengan isterinya itu, sakit-sakit begini masih lagi mencari alasan untuk menjauhkan dia dari dirinya. Fikir Amin.
“Awak, saya nak makan nasi ayam” beritahu Balkish.
“Nanti abang cari ya” balas Amin.
“Saya nak makan sekarang” balas Balkish.
“Mana abang nak cari nasi ayam pagi-pagi macam ni”
“Saya tak kira, saya nak makan sekarang”
Amin mengeluh lagi. ada-ada sahaja perkara yang bakal dijadikan alasan untuk mereka bertengkar. Ditahan sahaja marahnya kerana takut membuatkan Balkish sedih.
“Awak pergilah sekarang” suruh Balkish lagi.
Amin terpaksa menurut sahaja kehendak isterinya yang sedang sakit itu. diambil dompet dan jaketnya di meja dan dia segera berlalu pergi. Mulutnya tidak berhenti mengomel dengan permintaan Balkish yang tidak masuk akal itu.
………………………………………………
Fakrul parkir motornya betul-betul dihadapan klinik yang diceritakan oleh Yani kepadanya. Dia segera berlari ke kaunter pertanyaan. Jururawat muda yang berhadapan dengan Fakrul tersenyum ramah dan menyapa.
“Boleh saya tahu Balkish masih di sini?” soal Fakrul.
“Balkish?”
“Semalam dia masuk ke klinik sini. Hamil” beritahu Amin.
“Semalam ada tapi kelmarin dah pindah ke hospital” beritahu jururawat muda itu.
“Hospital mana?” soal Fakrul lagi.
“Maaf encik, saya tak tahu. Semalam kawan saya yang bertugas. Hari ini dia cuti” beritahu jururawat itu lagi.
Fakrul berlalu pergi setelah mengucapkan terima kasih.
Bab 34
Amin mengemaskan semua barang-barang dan pakaian Balkish yang dibawa untuk kelengkapan gadis itu selama dia dirawat di hospital. Balkish duduk di katil dan hanya memerhatikan. Dia masih agak lemah, namun dia tidak mahu lama-lama di hospital. Dikuatkan dirinya supaya dia dapat segera masuk ke kelas. Dia tidak mahu meninggalkan kuliahnya lama-alama. Takut dia ketinggalan dalam pelajarannya.
Balkish cuba untuk berdiri. Dilihat Amin mengambil ‘pakaian-pakaian kecilnya’ yang sudah dipakai dari bekas pakaian kotor. Malunya Tuhan sahaja yang tahu apabila melihat tangan Amin memegang pakaian-pakaian itu.
Amin tersenym nakal. “Kecil saja” kata Amin. Merona merah wajah Balkish apabila mendengar komen itu keluar dari mulut Amin.
“Dahlah. Awak biar saja kat situ. Nanti saya ambil sendiri”
“Doktor cakap awak tak boleh banyak bergerak” balas Amin.
Balkish terdiam. Kata-kata Amin itu ada benarnya tapi dia tidak mampu menahana malu dan hanya memerhatikan Amin mentertawakannya dalam sinis.
“Boleh tak kalau awak buat tanpa senyum-senyum macam tu?”
“Senyum saya pun awak nak control?”
Balkish diam.
“Ini yang last” kata Amin. Balkish melihat sahaja perbuatan keanak-anakan Amin yang cuba menyakiti hatniya itu.
“Mama tak datang hari ni?” soal Balkish.
“Mama kat rumah, siapkan tempat tidur awak. Mama suruh kita tidur dekat bawah saja dulu sampai awak sembuh” beritahu Amin.
“Kita?”
“Yalah, unless awak sangup bagitahu mama yang kita memang tak tidur sekali”
Balkish terdiam, kalau dengan ugutan Amin.
“I call ibu semalam, bagitahu tentang keadaan awak” beritahu Amin.
“Kenapa awak buat macam tu? kan saya dah cakap jangan bagitahu ibu, nanti ibu susah hati” marah Balkish.
“Dia ibu awak, takkan kita tak nak cakap apa-apa. Lagipun, awak pengsan dan hampir keguguran, its not a small matter Balkish” tegur Amin.
Balkish diam lagi. dia mengalah dengan Amin kali ini. kata-kata Amin itu ada benarnya. Tapi nalurinya tetap ingin melawan kata-kata Amin.
“Ibu tu dah tua, saya tak nak susahkan ibu”
“Apa yang susahnya, bukannya ibu seorang yang jaga awak, saya mama pun jaga awak. At least kita beritahu ibu”
Balkish terdiam lagi.
Selepas membayar biaya jururawatan di hospital itu, mengajak Balkish pulang. Setelah sampai di rumah, dia memapah tubuh Balkish masuk ke bilik di tingkat bawah. Amin membantu mebaringkan tubuh Balkish ke katil.
 Balkish malu diperlakukan sebegitu oleh Amin, namun dia tidak berdaya untuk menolak. Siapa lagi yang dapat membantunya dalam keadaan begini kecuali Amin. Sempat tangannya memaut leher Amin saat tubuhnya dipapah oleh suaminya itu. Balkish mencuri pandang ke wajah Amin yang berada dekat dengannya saat lelaki itu membantunya untuk berbaring.
“Awak rehatla dulu” suruh Amin.
“Balkish nak makan apa-apa ke, mama masakkan” soal Datin Hasmah.
Balkish menggeleng, malu mahu meminta-minta dari ibu mertuanya.
“Tak nak makan nasi ayam lagi ke?” sindir Amin.
Balkish laju menggeleng. Takut menyusahkan ibu mertuanya.
“Hari tu beriya saja nak makan nasi ayam” sindi Amin lagi.
“Isyh kamu ni, kan Balkish tu tengah sakit, hamil. Mestilah dia mengidam” marah Datin Hasmah.
“Mama masak sup ayam. Nanti kita makan sama-sama” beritahu Datin Hasmah. Balkish mengangguk mengiyakan.
“Balkish rehatlah dulu” beritahu Datin Hasmah sebelum dia berlalu meninggalkan bilik itu.
“Abang keluar sekejap” beritahu Amin.
“Pergi mana?” soal Balkish.
“Ambil ibu. Ibu kata nak datang tengok awak”
…………………………………………………………
Balkish dipapah keluar oleh Aminah yang dijemput oleh Amin siang tadi. Amin sekadar memerhatikan. Riak wajah Balkish berubah saat melihat ibunya datang. Isterinya semakin bersemangat sejak ditemani oleh ibunya sejak ibunya sampai. Balkish dipimpin duduk.
“Makanlah Balkish, Kak Aminah” pelawa Datin Hasmah.
“Makanlah kak” pelawa dato’ Sahar pula.
Amin menjeling ke arah Balkish yang duduk bertentangan dengannya. Asyik berkepit sahaja dengan ibu macam aku ni tak wujud. Amin mengomel sendirian.
“Uhuk, uhuk” Amin menepuk-nepuk dadanya kerana tercekik.
“Amin!” Datin Hasmah cemas.
“Minum air dulu” segelas air putih duhulurkan oleh Aminah. Air itu segera diteguk oleh Amin.
“Lain kali makan tu kunyah dulu sebelum telan” tegur Dato’ sahar. Amin memandang kepada Balkish, mereka bertentang mata.
………………………………………
Setelah selesai makan, Amin duduk di ruang tamu. dato’ Sahar menonton rancangan sukan di tv, Amin sekadar menemani. Dia tidak senang duduk mendengar suara mama, ibu dan Balkish dari dalam bilik. Entah apa yang dibualkan antara mereka bertiga. Sejak ibu datang, Balkish sudah tidak bergantung padanya, sedikit-sedikit, ibunya yang dipanggil. Dia bagaikan tidak wujud di mata Balkish sedangkan masa di hospital dulu, Balkish bukan main lagi tidak boleh berenggang dengannya.
“Kuliah macamana sekarang?’ soal Dato’ sahar.
“Macam biasa pa”
“Amin mungkin cuti lama sedikit pa sebab nak jaga Balkish” beritahu Amin.
Dato’ sahar mengangguk perlahan-lahan
“Papa tak marah?” soal Amin agak terkejut. Kalau dulu, ponteng kelas satu hari pun papa dah marah besar, sekarang cuti beberapa hari papa tetap cool saja.
“Buat apa papa marah. Kamu bukannya ponteng sebab suka-suka” beritahu Dato’ sahar.
“Betul pa?”
“Betul. Kalau kamu kat rumah, boleh tengok-tengokkan Balkish. papa sibuk dekat office. Balkish tu pun lemah lagi papa tengok. Jaga dia elok-elok. Jangan sampai dia pengsan lagi”
“Okey pa” Amin tersenyum.
Dia akhirnya bangun dari duduknya dan menunju ke bilik. Daun pintu diketuk beberapa kali. Serta-merta, Aminah, Datin Hasmah dan Balkish melihat kepadanya.
“Amin mengantuklah ma” beritahu Amin. Dia dengan langkah yang laju melangkah masuk ke dalam bilik.
“Awal lagi ni Min” tegur Datin Hasmah.
“Tapi Amin dah mengantuk, nak buat macamana” balas Amin. Datin Hasmah melihat ke arah Amin yang sedang berpura-pura menguap itu. sekilas dia melirik ke arah Balkish. tahulah dia maksud sebenar anak lelakinya itu.
“Ibu tidurlah dekat sini, temankan Balkish” bentak Balkish.
“Apa pula ibu, tu suami kamu tu ada. Nanti dialah tolong kalau Balkish nak apa-apa” balas Aminah. Datin Hasmah mencuit tangan Aminah memberi signal.
“Kak Aminah, jomlah kak, saya temankan akak ke bilik akak” ajak Datin Hasmah. Aminah mengangguk.
“Amin jangan kasar-kasar, Balkish masih lagi tengah sakit tu” pesan Datin Hasmah  sebelum dia keluar dan menutup pintu bilik anaknya itu. Amin tersenyum lucu. Pintu bilik dikunci.
Balkish duduk menyandar di kepala katil. Amin ditatap dengan pandangan tajam. Gebar ditarik menyelimuti dirinnya.
“Satu hari ni awak ignore saja saya. Mentang-mentanglah ada ibu” beritahu Amin.
“Saya lebih rela minta tolong ibu dari bergantung dekat awak” balas Balkish.
“Tak ingat masa awak dekat hospital dulu? minta saya jangan tinggalkan awak” sambung Amin.
Balkish diam. memang waktu dia sakit dulu, Amin yang telah menjaganya siang dan malam. Dia pula sering menyusahkan lelaki itu.
“Dahlah, awak tidur saja. Dah lewat ni”
“Saya belum mengantuk. Awak boleh ambil buku saya dekat atas tak? Saya nak study”
“Awak tak dengar ke pesan doktor. Awak kena banyak berehat. Dah jangan banyak cakap. Tidur” marah Amin.
“Saya study dekat katil saja, tak effect apa-apa pun”
“Awak nak tidur atau awak nak saya tidurkan awak?” ugut Amin.
Balkish terkejut, dia akhirnya merebahkan dirinya di katil dan menyelimuti tubuhnya. Matanya menatap Amin yang masih lagi berdiri. Amin akhirnya mengambil bantal dari atas katil dan membaringkan tubuhnya di lantai sebelah Balkish. matanya segera terpejam.