Thursday, April 21, 2016

sndki bab 72

Bab 72
Amin duduk menyandar di kerusi bilik hotelnya. Urusan pertemuan dengan wakil dari syarikat Sajapun baru sahaja selesai malam semalam namun masih ada pertemuan susulan yang bakal berlangsung sebelum mereka menandatangani perjanjian usahasama mereka. dOkeyumen-dOkeyumen yang disiapkan oleh Balkish dan staf di bawahnya disukai oleh Mr. Saizune, dan plan untuk prosajak yang direka khas oleh Amin untuk pembinaan bangunan  Masjid moden yang bakal didirkan di Negara matahari terbit itu juga disuk oleh Mr. saizune.
Amin bangun dan menc pai te;efon bimbitnya, dia tahu apa yang harus dilakukannya untuk memenuhi waktu lapang yang masih tersisa sementara menunggu susulan pertemuan dengan Mr. Saizune dan wakil dari syarikatnya.
Nombor telefon pejabat didail dan panggilan itu diangkat oleh Gina. Amin menyampaikan arahannya dengan jelas kepada setiausahanya itu. Dia kemudiannya menghubungi Balkish.
Panggilan dengan menggunakan LINE, sebuah aplikasi dari telefon pintarnya diangkat. Balkish mengumpul segala kekuatan untuk memulakan bicara dengan suaminya yang sudah beberapa hari di Sajapun. Rindunya kepada lelaki itu.
Balkish member salam dan salamnya itu dibalas oleh Amin.
“Balkish, abang nak minta tolong” keluh Amin.
“Kenapa? Abang tak sihat ke?” soal Balkish cemas apabila mendengar suara Amin yang juga cemas.
“Boleh tak Balkish datang ke Sajapun, bawak dOkeyumen dalam briefcase abang dekat bilik Iman. DOkeyumen tu penting, kalau abang tak dapat dOkeyumen tu esok, kita tak boleh seal deal dengan syarikat Asian Culture”
“Macamana abang boleh lupa. Hari tu saya ingat abang dah bawa dOkeyumen tu” keluh Balkish. dia turut risau apabila mendengar berita itu daripada suaminya. Sebelum ini, mereka semua sudah bertungkus lumus untuk prosajak itu, takkan semua usaha mereka itu mahu dibiarkan sia-sia begitu sahaja.
“Abang lupa. Bawak saja dOkeyumen tu hari ni. Esok abang nak” arah Amin. Dia menutup telefon bimbitnya dengan tangan dan ketawa mengekeh lucu apabila memikirkan Balkish percaya dengan kebohongannya itu.
“Abang ni!” marah Balkish manja. Walaupun dia tidak suka dengan kelalaian yang dilakukan oleh suaminya itu tapi dia tidak dapat memarahi Amin, suaminya itu dirindui selama ketiadaannya, takkan nak marah setelah beberapa hari tidak ketemu.
“Okeylah, abang ada hal ni” beritahu Amin.
“Abang, Balkish mana pernah travel overseas, nak pergi Sajapun seorang-seorang Balkish tak berani. Abang suruhlah En. Farhan” balas Balkish.
“Farhan ada kerja dia. Balkish saja yang banyak free time sekarang kan?” marah Amin. dia hanya berpura-pura tegas sekarang ini.
“Tapi abang”
“DAh, abang dah suruh Gina urus tiket awak dengan Malik hari ini. Bilik pun abang dah urus. Nanti tunggu abang dekat lobi hotel”
“Abang” rayu Balkish supaya Amin menukar fikirannnya. Terasa berat di hati meninggalkan anak-anak mereka dalam masa sesingkat ini. dia juga belum bersedia mahu meninggalkan Negara ini dalam tempoh persediaan sesingkat itu. mana nak cari baju tebal-tebal dalam masa sesingkat ini, nak simpan dan packing luggage lagi.
“Jangan lupa tukar duit Yan. Abang tak boleh sajamput di airport nanti. Nanti abang mesej address hotel. Jumpa dekat lobi” beritahu Amin.
“Erm” ringkas jawapan Balkish. dia serba-salah.
Amin meberi salam sebelum mematikan panggilan telefonnya.
Pintu bilik diketuk dan Balkish member keizinan untuk masuk. Gina muncul dengan membawa beberapa helai kertas di tangannya.
“Maaf Cik Balkish, tadi En. Amin telefon. Dia suruh siapkan dua tiket untuk Cik dengan Malik. Saya dah booked tiket dan flight nanti pukul 3 tengahari ni” beritahu Gina.
“Malik dah tahu?” soal Balkish.
“Dah Cik saya baru bagitahu dia tadi” beritahu Gina.
“Amin ni pun satu, last minute baru bagitahu suruh pergi. Sajapun tu bukannya dekat. Kalau bukan sebab company ni, memang aku dah tak pergi” keluh Balkish. Gina hanya tersenyum mendengar leteran bosnya itu terhadap En. Amin.
“Kalau macam tu, saya balik dululah. Awak boleh suruh Malik balik untuk berkemas. Nanti jumpa dekat airport” beritahu Balkish.
“Cik, En. Amin suruh saya hantar Cik ke airport” beritahu Gina dengan amanah yang disampaikan oleh ketuanya itu.
“Er, Okey juga. Saya pun tak tahu nak minta tolong sampai hantarkan ke airport. Kalau macam tu ajaklah Malik sekali. Dia boleh tunggu dekat rumah saya juga” beritahu Balkish. Gina mengangguk faham.
“Okeylah Cik, kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu” beritahu Gina.
Balkish mengangguk mengizinkan. Setelah Gina keluar, dia turut bangun dan mencapai beg tangannya. Dia mahu cepat-cepat pulang ke rumah dan berkemas. Briefcase yang dimaksudkan oleh Amin itu juga harus dicari di bilik Iman.
Balkish memandu keretanya ke rumah. Kebetulan semasa dia sampai, mama dan papa berada di laman. Mama sibuk menguruskan tamannya sementara papa hanya duduk sambil membaca akhbar. Mereka berdua pelik melihat kehadiran Balkish seawall pagi di rumah.
“Balkish dari mana ni?” soal Datin Hasmah menyapa.
“Balkish nak kena pergi Sajapun mama. Ada dOkeyumen yang abang Amin tertinggal dekat rumah” beritahu Balkish.
“DOkeyumen apa?” soal Dato' Sahar menyampuk.
“DOkeyumen yang kami buat untuk company Sajapun. Abang kata tertinggal dekat bilik Iman”
“Balkish pergi Sajapun dengan siapa?’ soal Datin Hasmah risau.
“Abang dah suruh pekerja syarikat temankan saya, Malik” beritahu Balkish.
“Hati-hati ya Balkish. dekat Negara orang, bukan macam Negara kita” pesan Datin Hasmah. Balkish mengangguk.
“Mama, papa. Balkish naik atas dulu ya” Balkish meminta diri untuk masuk ke dalam rumah. Datin Hasmah dan Dato' Sahar mengangguk. Balkish berlari-lari naik ke bilik Iman untuk mencari briefcase yang dimaksudkan oleh Amin. merata Balkish mencari di seluruh bilik itu tapi tidak jumpa. Balkish terpaksa ke biliknya dahulu untuk berkemas pakaiannya yang ingin dibawa. Dia tidak tahu berapa lama dia harus berada di Sajapun tapi semoga tidak lama kerana dia tidak mahu mebawa banyak pakaian. Nanti susah pula nak mengangkat dan membawa beg besar. Pakaian-pakaian tebak juga dibawa tapi dia tidak mempunyai jaket tebal yang labuh. Yang ada Cuma sweater yang selalu dipakai kalau kesejukan di musim dingin. Beberapa helai seluar sajaans dan kemeja serta sepasang pakaian formal dibawa sebagai persiapan jika dia harus mengikuti pertemuan dengan ketua syarikat Asian Culture. Passport juga diambil dari simpanan dan disisipkan ke beg tangannnya. Semoga perjalanan ke Negara matahari terbit itu tidak sulit. Nasib baik juga Malik menemaninya, sekurang-kurangnya dia tidak bersendirian di sana. Tambahan pula Malik nanti dapat membantunya sekiranyan ada dOkeyumen yang mahu diedit atau ditular oleh Amin.
Balkish keluar apabila mendengar suara-anak-anaknya dari luar bilik. Menjerit kedua-dua orang anaknya itu apabila melihat mama mereka sudah berada di rumah seawall ini. Balkish mencium pipi Sufi dan Iman.
“Macamana sekolah hari ini?” soal Balkish berkenaan aktiviti kedua anaknya di sekolah taska untuk kanak-kanak yang berusia 4 tahun. Sekolah itu selesai pada jam 10 pagi dan biasanya anak-anaknya disajamput oleh Pak Cik Wak dan papa.
“Hari ni abang dengan adik belajar doa dalam solat, yang papa dah ajar dekat kami dulu. cikgu kata abang dengan adik pandai sebab kami dah hafal doa tu” cerita Iman dengan bersungguh-sungguh. Sufi pula hanya senyum mendengar celoteh adiknya.
“Pandai anak-anak mama ni. Doa apa cikgu ajar tadi?” pujian Balkish membuatkan Iman dan Sufi tersenyum lebar.
“Doa alfatihah, niat solat” beritahu Iman.
“Apa lagi abang?” soal Iman kepada abangnya apabila dia terlupa.
“Doa qunut” sambung Sufi.
Balkish senyum lucu. dia mencium pipi Sufi dan Iman lagi.
“Mama nak pergi mana?” soal Sufi apabila melihat beg pakaian di dalam bilik tidur.
“Mama nak cakap sedikit dekat Sufi dan Iman, mama nak kena pergi Sajapun hari ni”
“Mama pun pergi dekat papa? Sufi dengan adik ;un nak ikut”
“Mama kena pergi sebab papa aka nada masalah kalau mama tak pergi. Nanti kita pergi sama-sama kalau  papa dah balik, boleh? Mama pun takut nak pergi tanpa papa, kalau mama bawa abang dengan adik, nanti susah. Biar mama pergi dulu sendiri, mama tengok hotel mana yang best, transport sana macamana, nanti kalau cuti, kita pergi sama-sama dengan papa” pujuk Balkish. kasihan pula meninggalkan anak-anaknya di rumah. Tapi dia tahu kalau dia membawa Sufi dan Iman, nanti bertambah rumit pula keadaannya nanti. Dia juga tidak biasa mengembara ke luar Negara dan mungkin sulit keadaannya nanti jadi dia tidak mahu mengheret kedua anaknya itu bersama-sama dalam kesusahan itu. kalau dengan Amin lainlah, suaminya itu sering-sering ke luar Negara dan pasti sudah terbiasa dengan prosedur dan kemudahan di luar Negara.
Lambat-lambat Sufi mengangguk.
“Janji ma?” soal Iman pula.
“Mama janji, erm sayang?” soal Balkish kepada Sufi. Sufi yang dilihat agak kecewa mendengar permintaannya untuk mengikut sama ke Sajapun ditolak. Sufi mengangguk.
“Pandai anak papa dengan mama ni” puji Balkish. dia mencium pipi Sufi lagi.
“Lagi satu  mama nak Tanya, abang dengan adik ada Nampak tak beg briefcase papa dekat bilik?” soal Balkish.
“Briefcase tu apa ma?” soal Sufi.
“Beg hitam yang papa selalu bawa pergi kerja tu, ada Nampak tak?” soal Balkish.
“Ada, dalam bilik” sampuk Iman.
Balkish mengekori Iman dan Sufi ke bilik mereka. Iman pergi mengambil briefcase di bawah katilnya dan menyarahkan kepada Balkish. briecase itu dibuka isi kandungannya. DOkeyumen-dOkeyumen itu dilihat dan dipastikan samada betul atau tidak kemudian Balkish menutup briefcase itu kembali.
“Thanks ya, nanti mama bagitahu papa yang Iman dengan Sufi tolong mama carikan beg kerja papa” beritahu Balkish.
“Mama, hari tu masa papa nak pergi Sajapun, papa pesan dekat Iman suruh sorOkeykan dulu beg papa sebelum mama minta” beritahu Iman.
“Papa pesan macam tu?” soal Balkish terkejut. Kenapa pula Amin menyuruh Iman menyorOkeykan briefcasenya sedangkan dOkeyumen itu penting untuk usahasama dengan syarikat dari Sajapun.
Iman mengangguk.
“Ada papa cakap kenapa?” soal Balkish lagi.
Iman menggeleng dan menjawab, “Hari tu papa nak cepat, Iman tak Tanya pula. Kenapa mama?” soal Iman pula.
Balkish senyum, “Tak ada apa-apalah” dia menggosokkan kepala Iman.
Balkish menelefon Malik untuk menyuruhnya datang ke rumah sementara dia menunggu kehadiran Gina untuk datang menghantar mereka ke lapangan terbang. Balkish mengajak Sufi dan Iman untuk turun dan menunggu di bawah. dia sengaja duduk di laman dan berbual-bual dengan papa serta mama sambil menunggu kedatangan Malik serta Gina. Tidak lama kemudian, Malik datang dengan menjimbit beg pakaiannya. Malik menyapa Dato' Sahar yang turut dilihat sedang berbual-bual dengan Balkish di laman rumah. Balkish menjemput Malik untuk masuk, pintu pagar rumah dibuka dengan hanya menggunakan remote control.
“Masuklah, Malik” ajak Balkish. dia menyorongkan sebuah kerusi besi putih kepada Malik. Pekerjanya itu turut menyapa Dato' Sahar dan Datin Hasmah. Balkish kemudiannya masuk ke dalam rumah dan meminta tolong Bibik menyadiakan air minuman buat tetamu mereka itu.
“Dato’ sihat?” soal Malik menyapa bekas ketuanya itu.
“Macam nilah. Kamu tu saya tengok makin sihat apa cerita?’ soal Dato' Sahar.
Malik ketawa dengan teguran lelaki yang berpangkat Dato’ itu.
Balkish kembali ke laman dan duduk di samping ayah mertuanya. “Saya dah teelefon Gina, sekejap lagi dia sampailah tu” beritahu Balkish kepada Malik. Lelaki itu sekadar mengangguk.
“Dah jumpa ke dOkeyumen yang Amin nak?” soal Dato' Sahar.
“Dah pa” jawab Balkish.
“Nanti dekat sana, awak tengok-tengokkan Balkish ni sekali” pesan Dato' Sahar kepada Malik. Lelaki itu sekali lagi menganggukkan kepala.
Perbualan mereka terhenti apabila melihat kereta Gina berhenti di depan rumah. Gina keluar menyapa Dato' Sahar dan Datin Hasmah. setelah itu mereka bertiga masuk ke dalam kereta.
………………………………..
Perjalanan udara dari Kuala Lumpur ke TOkeyyo Narita International Airport memakan masa lebih kurang 7 jam. Segala-gala urusan imegresen dan urusan tiket tidak sulit. Bagasi yang dibawa juga sedikit dan tidak terlalu berat. Malik berjalan di sisi Balkish di sekitar lapangan terbang itu. mereka berdua merancang mengambil teksi untuk ke hotel yang telah ditempah oleh Amin. telefon bimbit yang dimatikan sejak dari lapangan terbang Kuala Lumpur itu dihidupkan untuk melihat alamat hotel yang telah disms terlebih oleh Amin.
“Malik, ni address hotel En. Amin. jomlah kita ambil cab saja. Dia tunggu kita dekat lobi” ajak Balkish.
Malik mengangguk. Dia berjalan perlahan sahaja untuk menyaingi langkah Balkish. kemudian mereka menahan sebuah teksi dan menunjukkan alamat dari telefon bimbitnya. Pemandu teksi itu menganguk-angguk tanda tahu alamat yang ditunjukkan kepadanya. Balkish menyandarkan tubuhnya di  kerusi, penatnya terasa setelah perjalanan yang agak lama di dalam kapal terbang MAS tadi. dia tidak tidur sepanjang perjalanan kerana memikirkan ketibaannya nanti di Negara Matahari terbit itu tidak disajamput sedangkan ini merupakan pengalaman pertamanya di Negara orang.
“Malik, awak boleh call En. Amin tak, bagitahu kita dah sampai” pinta Balkish. dia rasa penat sekali sehingga mahu tertidur.
“Tak ada kreditlah Cik Balkish” keluh Amin. kredit panggilannya tidak cukup utuk membuat panggilan roAming.
“Ambillah, guna phone saya” telefon bimbitnya diserahkan kepada Malik. Setelah itu, Balkish terus melelapkan matanya kerana penat, biarlah walau untuk sekejap.
Balkish tersedar apabila teksi berhenti di hadapan Hotel Shangri-La TOkeyyo, dia mengikut Malik, keluar dari kereta. Pemandu teksi membantu mereka mengeluarkan beg pakaian yang disimpan di bonet belakang.
“How much?” soal Balkish. duit Yan yang ditukar di lapangan terbang Kuala Lumpur sebelum berangkat tadi dikeluarkan.
“20, 000 yan” orang Sajapun itu mengangkat dua jarinya mengisyaratkan not yang harus dibayar oleh penumpangnya. Balkish memberikan duiy Yan sejumlah yang disebutkan kepadanya. Dia sempat mengucapkan terima kasih dalam bahasa Sajapun kepada pemandu teksi itu.
“Arigato” ucap Balkish.
Beg yang dikeluarkan ditarik.
“Pandai Cik Balkish berbahasa Sajapun” puji Malik.
“Sedikit-sedikit. Tupun sebab saya tengok cerita Sajapun” balas Balkish.
“Okey lah tu, Cik Balkish” sambung Malik pula. Mereka berdua melangkah masuk ke lobi hotel. Seorang pekerja hotel datang menyapa mereka.
“Excuse me, can I help you” sapa seorang pekerja lelaki yang mungkin bertugas sebagai penyambut tetamu.
“Can we wait here. Im suppose to meet someone here” beritahu Balkish. nasib baik pekerja hotel itu boleh berbicara bahasa Inggeris.
“Did you booked our room?” soal pekerja itu lagi.
“Yas, the person that we suppose to meet, had already booked a room for us. Can we wait here” soal Balkish lagi. dia terlalu penat untuk menunggu sambil berdiri.
Lelaki itu mengangguk laju. Balkish dan Malik duduk di kerusi sofa yang empuk di tengah-tengah lobi. Nombor telefon Amin didail lagi untuk memberitahu keberadaan mereka di lobi itu.
Tidak lama kemudian, lelaki yang ditunggu-tunggu muncul di ruang lobi, Balkish segera berdiri dan mendapatkan suaminya. Amin senyum melihat wajah isterinya di depan mata. mahu sahaj dia memeluk tubuh gadis itu sekuat hati untuk melepaskan rindunya tapi dia segan dan takut dengan Balkish. nanti tak pasal-pasal pula kena pukul percuma macam dalam kereta dulu.
“Hye” sapa Amin saat dia bertentangan dengan Balkish yang juga sedang berdiri berhadapan dengannya. Senyuman yang terukir sejak dari tadi semakin melebar.
“Hye” balas Balkish. dia senyum kepada suami yang dirinduinya. Wajah Amin diteliti untuk melempiaskan rindu yang bersarang.
“Jomlah kita naik atas” ajak Amin.
“Abang, Malik” Balkish menunjukkan ke arah Malik yang sedang menunggu di lobi sambil melihat ke arah mereka.
“Ah, ajaklah. Abang dah book dah bilik untuk dia” beritahu Amin. dia mengambil beg pakaian Balkish dan membawanya. Balkish pula menguis-nguis tangannya memanggil Malik untuk mengikut mereka. setelah Malik menghampiri mereka bertiga melangkah masuk ke dalam lif untuk ke bilik Amin. nombor bilik 305 di tingkat 3 itu dibuka dengan menggunakan kunci kad. Amin mempersilakan Balkish dan Malik untuk menapak masuk. Beg pakaian Balkish diletakkan berhampiran pintu.
Sebaik sahaja melangkah masuk ke bilik itu, Balkish memuji keindahan dan kemewahan bilik hotel yang telah ditempah oleh suaminya itu.
“Cantik bilik ni, abang. Berapalah abang bayar untuk satu malam” kata Balkish sambil dia memerhatikan keindahan kota TOkeyyo dari balkoni bilik.
“Suka?” soal Amin mengikut isterinya ke balkoni. Dia berdiri di samping Balkish.
“Suka, Cantik” beritahu Balkish. dia senyum kepada Amin. dia memandang tepat ke wajah Amin. mereka berdua bertentang mata. Romantiknya, kalaulah Amin juga mempunyai perasaan romantic ini dalam hatinya, pasti urusan kerja kali ini lebih bermakna dengan selitan percutian honeymoon mereka.
Balkish terpaksa mengalah kali ini, dia tidak berdaya menahan panahan mata suaminya, “Abang, dOkeyumen yang abang nak Balkish ada bawa” beritahu Amin. dia masuk ke dalam bilik semula dan berjalan ke arah beg pakaiannya. Fail yang diingnkan oleh Amin disimpan di dalam beg pakaian dikeluarkan dan diserahkan kepada suaminya.
DOkeyumen itu dibuka dan diteliti oleh Amin, sebentar kemudian, Amin meletakkan fail itu ke tepi. Fail itu hanyalah alasan konrit untuk membawa Balkish ke Negara mTahiri terbit ini. dia terpaksa membohongi Balkish tentang fail-fail itu yang merupakan fail salinan yang telah difotOkeyopi olehnya awal-awal bagi meyakinkan Balkish untuk datang ke mari. Semunya sudah dirancang terlebih awal demi menciptakan alasan bagi membolehkan Balkish berdua-duaan dengannya di Negara ini.
“Bos, bilik saya mana?” soal Malik tiba-tiba. Dia juga terasa sangat penat dan tidak sabar untuk melepaskan penat lelahnya ke katil empuk.
“Ah, bilik awak. NI kunci bilik awak” Amin menyarahkan kad bilik kepada Malik.
“Awak bolehlah pergi bilik awak sekarang” usir Amin. tak sabar rasanya nak berdua-duaan dengan Balkish.
“Saya pergi dulu bos, cik Balkish” Malik meminta diri dengan segera. Dia juga segan mahu menganggu sepasang suami isteri itu. Amin menutup rapat pintu bilik hotel setelah menghantar MAlik di pintu biliknya.
“So, abang book satu bilik saja ke?” soal Balkish. dia duduk di kerusi rotan di bilik itu.
“Haah. Balkish kan duduk sebilik dengan abang saja. Buat apa membazir” sambung Amin. dia duduk bersebelahan dengan Balkish di kerusi rotan di satu pojOkey ruang bilik itu.
“Tapi Balkish tak nak sekatil dengan abang” beritahu Balkish berterus terang.
“Abang tahu. Abang tidur di sofa saja” balas Amin.
Balkish senyum, Amin sangat baik, tidak pernah memaksa dan mendesaknya melakukan sesuatu yang tidak diingininya tapi sampai bila Amin mahu bersikap menurut sebegitu? Aku mahu sekali Amin berkeras dengan apa yang diinginakannya. Kalau Amin mahu tidur di katil, berkeraslah sedikit, pasti aku mahu. Takkan aku pula nak mengundang, segan juga memandangkan dulu aku yang beriya tidak meneriman Amin. sekarang lain, aku sudah sayang dekat suamiku. Apa yang Amin mahu pasti aku akan berikan jika aku mampu.
“Tidrlah dulu kalau penat. Nanti abang kejutkan”
“DOkeyumen tu macamana? Abang nak betulkan dulu ke tak? Balkish tengok, fail yang terbaru tu belum ada, banga hilangkan ey?’ soal Balkish risau apabila mendapati kertas kerja atau dOkeyumen yang terbaru tidak ada di dalamrumpunan dan longgOkeyan kertas kerja yang tersemat dalam briefcase suaminya.
“Nanti sajalah, Balkish pun baru sampai” pintas Amin. takkan nak bagitahu pula dOkeyumen tu tak ada sebab dia dah bagi dekat syarikat Sajapun beberapa hari yang lalu. Kalau itu diberitahu pasti Balkish dapat tahu yang dOkeyumen yang dibawanya itu adalah dOkeyumen salinan yang lama. Berapi nanti hotel ni kalau Balkish marah.
“Taka pa bang, Balkish mandu dulu. nanti kita panggil Malik datang tolo g sekali. Cepat sedikit siap” sambung Balkish pula. Dia lincah bangun dan menyalongkar isi dalam beg pakaiannya. Tuala dan sepasang baju persalinan dikeluarkan. Tanpa membuang masa dia melangkah menghilang ke dalam bilik air.
Amin mundar mandir di bilik sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tak sangka pula pembohongannya itu telah membuatkan dia rasa bersalah. Tapi kalau bagitahu hal sebenar kepada Balkish, pasti teruk dia dimarahi. Silap haribulan Balkish tak nak percaya dah selepas ni. Tapi tak sampai hati pula lihat Balkish bertungkus lumus untuk dOkeyumen tu sedangkan semuanya selesai dan berhasil. Takkan nak biarkan Balkish tak tidur malam untuk benda yang sia-sia?
“Padan  muka kau Amin, pandai sangat nak kelentong sekarang kasihan Balkish”
Air dari Pili di dalam bilik air sudah berhenti mengalir. Amin segera mencari posisi duduk di kerusi tadi. Balkish keluar dengan lengkap berpakaian. Rambutnya yang masih basah dilap dan dikeringkan dengan tuala.
“Sejuknya, bang” kata Balkish.
“Nasib baik tengahari lagi. kalau malam awak mandi, mesti esoknya awak demam” tegur Amin. dia bangun dan berjalan ke arah almbari. Baju panas miliknya diekluarkan dari hanger. Dia berjalan ke arah Balkish kemudiannya menyaliputi tubuh Balkish engan baju panas. Saat itu tubuh mereka berdekatan sekali, mahu sahaja Amin mengambil kesempatan keatas situasi sekarang ini. sudahlah dingin saat membuka pintu balkoni tadi mash terasa, nasib baik pemanas bilik berfungsi, kalau tak confirm saat itu dia dah peluk Balkish erat-erat. Amin menjarakkan dirinya daripada Balkish. dia dan Balkish bertentangan mata lagi. masing-masing berdiam diri, malu atau segan untuk meluahkan keinginan di hati masing-maisng.
Amin bertindak laju dengan menarik tangan Balkish mengekorinya ke kerusi rotan. Tubuh Balkish didudukkan di situ. Tuala diambil daripada tangan Balkish dan Amin mengelap serta mengeringkan rambut Balkish yang masih basah.
Balkish berdiam diri sahaja, layanan Amin terhadapnya membuatkan dia berasa tidak selesa, tidak selesa ‘in a good way’. Nak menahan sahaja perbuatan Amin dia tidak mahu, terasa enak dilayan semanja itu oleh suaminya sendiri.
“Abang buat apa hari ni? Kenapa tak sajamput dekat airport?” soal Amin memecahkan sunyi antara mereka berdua.
“Abang tertidur. Semalam balik lambat” beritahu Amin.
“Abang pergi mana?” soal Balkish cemas. Dia melarikan tangan Amin yang sedang mengurut kepalanya, badannya dipusingkan ke arah Amin yang berdiri di belakang kerusi, kepala mendongak untuk memandang tepat ke wajah Amin, matanya yang besar itu sengaja dibulatkan lagi.
Alamak, comel pula isteri aku ni. Nak cium ke tak nak? Cium ke tidak! Persoalan itu bermain-main di fikiran Amin. Balkish janganlah uji abang macam ni.
“Mr Saizune bawa pergi karaOkeya semalam” kata Amin tanpa menyambunyikan apa-apa.
“Betul?” soal Balkish lagi ingin memohon kepastian.
“Betul” Amin meyakinkan buah hatinya itu.
“Betul tak ada perempuan yang ikut?’ soal Balkish lagi memutar belitkan pertanyaannya.
“Be..er..er tadi Balkish Tanya lain” bentak Amin agak keliru dengan pertanyaan Balkish kali ini.
“So abang keluar dengan perempuan la semalam!” marah Balkish. dia memukul lengan Amin tanda marah.
“Patutlah baju nib au wangi sangat” marah Balkish lagi berkenaan dengan bau wangian perempuan yang melekat pada baju panas yang baru disarungkan ke tubuhnya.
“Tak adalah sayang, mula-mula Mr Saizune tu ajak perempuan dekat situ. Bila abang cakap, dia respect abang. Lepas tu dia tak suruh dah mereka temani abang. Mr Saizune pun tak berteman dah selepas itu” jelas Amin satu persatu.
“Betul?” soal Balkish lagi. kali ini suaranya sudah sedikit perlahan, dia mempercayai penjelasan daripada suaminya itu.
“Betul” balas Amin.
Balkish senyum gembira. Suaminya itu memang suami yang setia. Ni yang buat sayangnya bertambah-tambah buat Amin.
“Sayang juga Balkish dekat abang” Amin mengejek.
“Mana ada!” segera Balkish membentak manja usikan suaminya itu.
“Mulut kata tak, hati kata lain. Kalau tak sayang, takkan Balkish cemburu macam tu sekali” balas Amin. dia senyum nakal.
Balkish terdiam. betul kata Amin , sayang. rindu, cemburu semuanya ada untuk Amin sekarang ini. Lelaki itu layak dipanggil abang, seorang suami dan ayah yang beriman dan mampu membimbing mereka sekeluarga ke arah bahagia dan redha Allah. Kalau Amin boleh berubah, takkan perasaan benci dan marah buat Amin dulu tak boleh berubah? Sampai bila aku nak berpegang pada egOkeyu sendiri? Kalau ikutkan rasa badan binasa. Akutakkan dapat mengecap bahagia. Mungkin peluang ini terbaik untuk kami berdua mengenal perasaan dan keinginan hati masing-masing. Buklah hatimu Balkish. maafkanlah suamimu yang telah bertahun-tahun menagih kemaafan darimu.
“Balkish call Malik dulu” beritahu Balkish seraya bangun dari kerusi. dia mencapai telefon dan meminta nombor bilik Malik untuk menghubunginya melalui intercom telefon hotel.
…………………………………………..
Mereka bertiga duduk di lantai dan menumpukan perhatian terhadap kerja-kerja yang dilakukan di laptop Amin. Balkish dan Malik melihat senarai semak dan daftar harga pada kertas di depan mereka. Amin berasa bersalah kerana membohongi Balkish dan Malik tentang dOkeyumen yang belum diserahkan kepada syarikat Mr. Saizune. Kerana sebab itulah, kedua orang tetamunya itu masih bersengkang mata sehingga larut malam untuk menyiapkan dOkeyumen itu. walau seberat mana rasa bersalahnya, Amin tetap tidak boleh memberitahu hal yang sebenar itu kepada Balkish.
“Balkish” panggil Amin saat dia mahu meminta Balkish menghulurkan daftar harga yang digunakannya sejak tadi namun panggilannya itu tidak bersahut. Ketkan di laptop dihentyikan dan Amin melihat ke arah isterinya yang duduk bersebelahan dengannya. Gadis itu sudah terlenat kerana kepenatan mengharungi perjalanan selama 7 jam melalui udara dan sejam dengan taksi. Kasihan Amin melihat wajah Balkish yang dibaringkan ke sisinya yang kelihatan kusam dan tidak bermaya. Lengannya digunakan sebagai alas untuk dia meletakkan kepalanya di meja rotan. Amin melihat Malik juga sudah terlena. Kedua orang pekerjanya itu mungkin penat yang amat sangat setelah tidak mendapat rehat sejak ketibaan mereka. Amin bangun dari duduknya dan mengemaskan kertas-kertas yang berselerakan di meja, laptop pula dimatikan dan diketepikan di sudut meja.
Dia menguis-ngusi Malik dengan kakinya untuk membangunkan lelaki itu dari tidurnya. Cepat Malik tersedar.”Pergi tidur bilik kau” suruh Amin. tanpa member sebarang respons, pekerja itu bangun dan melangkah keluar dari bilik hotel bosnya itu. Amin kemudian membangunkan Balkish dengan memanggil nama Balkish. gadis itu tetap tidak mahu bangun. Amin terpaksa pula menggoyangkan lembut tubuh isterinya.
“Balkish bangunlah. Pergi tidur dekat katil” suruh Amin.
“Er..ari…abang….tidur…” mengingau Balkish dibuatnya. Entah apa yang dicakapkannya, Amin tidak mengerti.
“Penat sangat agaknya” fikir Amin.
Dia mengangkat kepala Balkish dari lengan yang dijadikan alas, kepala Balkish dibiarkan menyandar pada lengan kanannya. Dengan perlahan-lahan tubuh gadis itu pula direbahkan ke dadanya. Tangan sasa Amin mula memaut lipatan lutut Balkish. dengan hati-hati, Amin mengangkat tubuh Balkish ke dalam rangkulannya, dia kemudian berdiri.
“Er…”kata Balkish. Amin melihat ke aearh gadis itu yang kini berada dalam rangkulannya. Langkah kaki Amin terhenti. Mata Balkish tepat memandang ke arahnya, namun gadis itu masih tidak berkata-kata. Apa reaksinya kalau sedar yang aku sedang mengangkatnya, sama seperti waktu hari pertama perkahwinan mereka dulu? marahkah dia? Sama seperti kejadian dulu? atau Balkish tidak keberatan kali ini?
Perlahan-lahan, Amin dapat rasakan gerakan tangan pada dadanya, kemudian jari-jemarinya bertaut pada leher Amin.
“Sorry Balkish tertidur” kata gadis itu.
“Tak apa” balas Amin. dia kemudiannya berani untuk kembali mengatur langkahnya ke katil. Setiap langkah sengaja dipendekkan agar perjalanan yang diambil untuk meletakkan Balkish lebih lama.
“Abang dah siapkan semua kerja tadi?” soal Balkish lembut. Suaranya kedengaran seksi sekali apabila sedikit serak.
“Dah” beritahu Amin. langkahnya terhenti di depan katil empuk. Dia perlahan-lahan menurunkan dan membaringkan Balkish ke katil itu. tangan Balkish di lehernya belmu dilepaskan oleh gadis itu. Amin tetap membungkukkan badannya memandang ke arah isterinya.
Wajah isterinya yang putih gebu itu ditatap. Rambut Balkish yang panjang ikalparas bahu jatuh melurut ke bantal. Rambut itu di kuis manja oleh Amin dan diselitkan ke telinga. Balkish senyum. Cantiknya! Tergugat iman aku! Sign ke ni? Is this your sign Balkish? mata Amin menatap tepat ke arah mata Balkish, dia mahu mencari kepastian pada petunjuk yang diterimanya. Adakah Balkish sudah bersedia menerimanya?
Tangan yang memaut pada leher Amin terlerai, Amin menjarakkan wajahnya dan kembali berdiri.
“Tidurlah” kata Amin. dia membuka gebar dan menyelimuti tubuh isterinya yang kedinginan.
“abang tidur mana?” soal Balkish lembut. Sengaja mahu berbahasa-basi untuk mengajak Amin tidur di katil.
“Tu dekat sofa” jawab Amin.
Balkish diam. kalaulah Amin berseloroh memberitahu yang dia juga mahu tidur di katil mala mini, pasti aku tidak keberatan. Tapi untuk aku mengajak Amin tidur bersama, itu tidak mungkin. Aku malu dengan Amin. nanti apa pula fikir suaminya nanti.
Tanpa disuruh, Amin melangkah ke sofa yang agak jauh dari katil. Balkish hanya menatap, kasihan pula pada suaminya yang terpaksa berkorban tidur di sofa sedangkan katil  yang disediakan di bilik semwah ini besar dan empuk

sndki bab 71

Bab 71
“Masuklah” ajak Amin saat melihat kedua orang sahabatnya jalan beriringan datang ke arahnya. Dia berjabat tangan dengan Farid dan menghadiahkan satu senyuman kepada Rina. Mereka bertiga masuk ke dalam rumah dawa sahabat-sahabatnya ke ruang tamu.
“Dah sampai ke?” soal Datin Hasmah menegur tetamu-tetamu mereka. Rina terus bersalaman dengan mama Amin.
“Lambat sedikit Datin, sebab jam kat tol tadi” beritahu Farid.
“Eh, tak payahlah berdatin-datin, panggila untie saja cukup” Datin Hasmah lebih selesa dipanggl dengan panggilan biasa kalau berurusan dengan keluarga atau sahabat.
Farid dan Rina mengangguk faham.
“Abang, dah sampai dah ni kawan Amin” beritahu Datin Hasmah kepada Dato' Sahar saat melihat suaminya yang sedang berjalan ke arah mereka. Dato' Sahar senyum dan berjabat tangan dengan Farid.
“Maaflah, auntie, uncle susahkan family sebab datang  harn i ni. Kami sebenarnya saja nak datang melihat Sufi. katanya masuk hospital hari tu” beritahu Rina.
Belum sempat Datin Hasmah menjawab, Balkish sudah datang dengan menatang air minuman dan sedikit makanan untuk tetamu-tetamu mereka. dia meletakkan dulang tersebut di atas meja dan menjemput mereka untuk menjamah hidangan yang disediakan olehnya.
Ini ke Balkish, isteri Amin? cantik! Patutlah kawannya itu setia pada yang satu. Fikir Farid saat dia melihat pada raut wajah wanita yang membawa hidangan untuk mereka.
“Sajamputlah makan” pelawa Amin. Balkish pula mengangkat gelas untuk diletakkan di hadapan  Farid dan Rina. Dia kemudian duduk di samping Amin.
“Sufi dengan Iman mana wak?” soal Amin separa berbisik. Rina sekadar memerhatikan. Saat Datin Hasmah menyadarinya, dia segera melarikan pandangannya. Rina tidak tahu yang perbuatannya itu turut disedari oleh Farid.
“Tadi mandi, saya pergi tengok sekejap” Balkish meminta diri sebentar untuk pergi memanggil kedua orang anaknya itu. Iman dan Sufi sedang mengenakan pakaian tidur mreka. Balkish mebantu mereka dan setelah itu barulah dia mengajak Sufi dan Iman ke ruang tamu.
“auntie” jerit Sufi dan Iman saat melihat Rina di ruang tamu rumah mereka.  Rina senyum sambil mengajak kanak-kanak itu mendapatkannya.
“Auntie bila sampai?” soal Iman.
“Baru saja”
“Auntie, adik dengan abang dah mandi” beritahu Iman lagi walaupun tidak ditanya.
Melihat kemesraan antara Rina dengan kedua orang anak-anaknya, Balkish menjadi cemburu. Benarkah anaknya seakrab itu dengan Rina. Mungkin Rina banyak kali keluar bersama mereka. Balkish membayangkan Rina dan Amin keluar bersama-sama dengan Iman dan juga Sufi. pasti mereka berempat dikira satu keluarga. Terbayang-bayang layanan Amin yang diperlakukan kepadanya saat mereka berempat keluar ke Toy Rina Us dulu, mungkinkah begitu juga layanan Amin saat mereka berdua membawa Iman dan Sufi keluar?
“Auntie rasa Sufi masuk hospital, dah Okey dah?” soal Rina.
“Dah. Ni auntie” Sufi menunjukkan balutan kecil di kepalanya. Luka itu semakin hari semakin sembuh berkat izin Allah dan penjagaan yang bersih dari Balkish dan Amin.
“Sini, abang” panggil Balkish. dia memanggil Sufi dari pegangan Rina. Datin Hasmah sekadar memerhatikan persaingan antara menantunya dengan Rina.
“Alhamdulillah Sufi dah Okey kan. Cepat juga dia sembuh” sampuk Farid yang sejak dari tadi hanya berdiam diri.
“Haah, kalau tengok masa mula-mula dia accident dulu, memang tak sangka dia sembuh cepat macam ni” sambung Amin.
“Farid dengan Rina ni suami isteri ke?’ soal Dato' Sahar pula. Pertanyaan itu mebuatkan Rina dan Farid tergamam. Tapi lain pula respons Amin, lelaki itu ketawa bersungguh-sungguh apabila mendengar pertanyaan yang diutarakan oleh papanya itu. Balkish hanya melihat ke arah Amin, dia memberikan isyarat agar Amin tidak terlalu mengetawakan kawan mereka.
“Tak adalah, uncle. Saya dengan farid ni kawan biasa saja”  jelas Rina tentang salah faham itu.
“Kenapa uncle tanya macam tu?” soal Farid ingin tahu.
“Uncle tengok kamu berdua nimacam ada aura-aura suami isteri. Kalau kamu tak cakap tadi uncle dah ingat kamu ni kekasih atau dah bertunang ke” beritahu Dato' Sahar.
Farid dan Amin ketawa.
“Abang ni, pandai-pandai saja” sampuk Datin Hasmah. dia dan Balkish saling berpandangan.
“Makan sinilah hari ni. Balkish pun masak banyak hari ni, Amin dah pesan awal-awal cakap kawan-kawan dia nak datang” pelawa Datin Hasmah.
“Haah, makan sinilah Kau orang. Dah nak Maghrib juga ni” pelawa Amin pula.
“Saya ikut Rina saja auntie” Farid memberikan jawapannya. Rina mengangguk setuju.
Setelah selesai berganti-gantian dengan Farid solat di bilik tetamu, mereka semua duduk di ruang makan untuk menikmati juadah makan malam yang telah disediakan oleh keluarga Amin. Balkish seperti biasa menyandukkan nasi untuk suaminya, keluarga seta tetamu-tetamu mereka. Rina juga turut membantu menghidangkan lauk-pauk ke atas meja. Setelah itu semuanya sudah bersedia duduk di meja dan menjamu selera setelah membaca doa makan. Setelah makan Rina dan Farid terus meminta diri. Mereka berdua tidak mahu pulang agak lambat kerana esok mereka harus bekerja.
Setelah mengucapkan terima kasih kepada Balkish dan Datin Hasmah dan Dato' Sahar, Rina menunggu Farid selesai berbual dengan Amin.
“Aku tengok kau dengan Balkish dah Okey dah” kata Farid.
Amin mengangguk, “Okey lah sedikit dari dulu” beritahu Amin.
“Alhamdulillah” ucap Farid.
“Kau bila pula?” soal Amin pula berkenaan status’ its complicated’ yang belum bertukar ke ‘in a relationship’ atau ‘married’
“Kau doakan aku juga” jelas Farid. dia sempat kerling ke arah Rina.
Amin terkejut pada awalnya apabila menerima isyarat mata Farid yang mengunjuk ke arah Rina tapi dia kemudiannya menepuk bahu Farid, “Tak lama dah tu” ucap Amin
Farid dan Rina masuk ke kereta dan melambaikan tangan kepada Sufi dan Iman sebelum kereta itu menghilang dalam kegelapan malam.
Baru sahaja Amin mahu melangkah masuk ke dalam rumah, Balkish memanggilnya. Datin Hasmah mendengar panggilan Balkish itu, dia sedar Balkish mungkin mahu bercakap dengan Amin jadi dia mengajak Iman dan Sufi mengikutnya.
“Kenapa dekat luar lagi tu?” soal Dato' Sahar apabila menyadari Balkish dan Amin masih berada di luar rumah, di porch rumah yang menempatkan tiga buah kereta.
“Biar saja, abang. Jomlah kita masuk abang” ajak Datin Hasmah lalu menarik lengan Dato' Sahar mengikutnya juga.
Amin memandang Balkish, dia tertanya-tanya tentangperliaku aneh Balkish sejak dari petang tadi. Amin mahu menunggu Balkish memulakan bicaranya.
“Rina dengan abang pernah ada apa-apa?” soal Balkish. dia memangdang wajah Amin yang sedang berdiri di depannya. Dalam diam, dia mencuba mencari keikhlasan yang bakal keluar dari mulut Amin.
“Abang dengan Rina kawan saja” jelas Amin.
“Balkish tak tahulah abang perasan ke tak tapi Rina tu sukakan abang” beritahu Balkish kepada Amin. Amin senyum. Tiada riak terkejut di wajah lelaki itu, sebaliknya Amin mendekatkan jaraknya kepada Balkish.
“ISteri abang ni cemburu ey?” soal Amin mahu bermanja-manja dengan Balkish yang memang disayanginya sejak dulu.
Balkish diam. “Agaknya betullah Rina sukakan abang, Balkish bukan orang pertama yan gcakap macam tu dekat abang hari ni” beritahu Amin.
Balkish merenung tajam dengan gurauan Amin itu. masa ni juga suaminya itu ada mood nak buat lawak.
“Kalaulah abang sedar dari awal..” keluh Amin.
“Kalau abang sedar dari awal kenapa?” soal Balkish marah. Ahu sekali dia dengar penghabisan kata-kata Amin sebelumnya. Gatal nak menikah lagi ya! Menggelegak otak Balkish mendengarnya.
“Abang kahwin lagi satu lah” sambung Amin. dia senyum gatal sambil kedua-dua keningnya dinaikkan.
“Tak terlambat kalau abang nak kejar kawan abang tu sekarang” balas Balkish dia e]melangkah meninggalkan Amin tapi langkahnya dihentikan oleh Amin. lengannya dipegang oleh Amin dari belakang.
“Abang gurau sajalah saying, isteri yang satu ni pun masih belum memaafkan abang, takkan abang  nak tambah lagi sebab untuk Balkish bencikan abang”
“O, jadi kalau Balkish maafkan abang, abang nak kahwin lah dengan Rina?” marah Balkish.
“Awak ni, Rina tu kawan abanglah. Tu Farid tu, dia sukakan Rina. Abang pun baru tahu tadi” beritahu Amin.
Balkish memuncungkan mulutnya, kakinya menguis-nguis pasir-pasir halus di lantai. Kata Amin menangkan jiwanya. Amin ni memang tahu memujuk, kalau sedikit-sedikit marah, tu lepas dengar poujuk rayunya pasti tak jadi marah. Kadng-kadang tu kelakar juga, tapi selalunya lawak Amin tak kena masa. Sering buat orang jadi geram dan marah. Tapi kali ini, kata Amin meyakinkan aku bahawa dia menganggap Rina seperti seorang kwan sangat mendamaikan hati.
Tanpa Balkish sedari, Amin cuba untuk mendekatkan dirinya lagi kepada Balkish. isterinya itu sejak dari tadi menyambunyikan wajah dengan menundukkan kepala.
Kepala Balkish ditundukkan memandang ke lantai, dia tidak berani bertentangan wajah dengan Amin atau mempamerkan wajahnya utnuk tatapan suami kerana dia yakin, saat itu wajahnya sedang mengukirkan senyumna bahagia apabila mendengar kata-kata Amin. Balkish terkejut apabila melihat kaki Amin begitu hampir dengannya, dia segra mangangkat wajahnya untuk menjarakkan diri daripada suaminya. Amin pula tdak menyangka yang Balkish  akan engangkat wajahnya dengan tergesa-gesa, akhirnya dia tidak sempat menyalamatkan dagunya dari menjadi mangsahantukan kepala gadis itu. Amin menjerit kecil menahan rasa sakit. Dia menggosokkan dagunya yang sudah merah.
“Arghhhh”
“Sorry, abang. Balkish tak sengaja” melihat keadaan Amin sebegitu, Balkish sudah tahu yang suaminya itu betul-betul dalam kesakitan. Kuat juga bunyi apabila kepalanya berlaga dengan dagu Amin. kasihan pula elihat Amin, tak sangka pula boleh kena sampai macam tu sekali.
“Sakitlah Balkish”
“Abang yang gerak dekat sangat tu kenapa?”
“Betullah Balkish ni keras kepala. Ni buktinya” Amin menunjukkan dagunya yang kemerahan dengan jari telunjuk. Dia kemudiannya menggosok lagi bagaian agu yang masih terasa sakit. Balkish tergelak kecil memeikirkan nasib malang suaminya itu.
“Alalalala, kesyyyian abang ni ya” usik Balkish dengan manja.
“Shakit tau Balkish buat abang macam tu” rengek Amin.
“Shiannya, kita sapu ubat ya” pujuk Balkish. dia juga turut menggunakan bahasa-bahasa manja.
Amin mengangguk laju macam Iman dan Sufi. Balkish ketawa lucu dan Amin juga turut ketawa. Saat itu, saat Balkish leka, segera Amin mencium pipi isterinya. Ternganga Balkish dibuatnya. M apa lagi, segera melarikan diri masuk ke dalam rumah, namum dia berhenti di depan pintu untuk mengejek Balkish.

“Anggap saja kita seri. Dah, mari masuk” panggil Amin. dia menunggu Balkish berjalan ke arahnya dan menutup pintu utama rumah itu. Balkish hanya berdiam diri, pasrah dengan harga yang perlu dibayar kerana mencederakan Amin tanpa disengaja.

sndki bab 70

Bab 70
Kertas-kertas bertaburan tidak tersusun di atas meja, Balkish hanya memandang tanpa ada usaha untuk mengemaskannya lagi. Laptopnya dibiar terbuka walaupun dia tidak menggunakannya. Mug merah dengan corak bear dan bungan ros besar terpacak di sudut meja, sudah lama air coffee di dalam mud itu tidak dijamah, barangkali dari coffee panas bertukar menjadi coffee dingin. Tugas yang baru ini memerlukan konsentr erasi yang penuh untuk menyusuh dan memberikan harga yang paling dekat dengan harga sebenar.
Balkish perlu melakukan penelitian melalui internet dan juga beberapak dOkeyumen lain yang Berjaya ddapatkan oleh Amin melalui kawannya. Prosajak baru yang mahu didapatkan oleh syarikat mereka ini bertapak di Sajapun. Selepas satu-satu prosajak masuk untuk syarikat ini di bawah pimpinan Amin, dia tahu dia harus bersyukur kerana itu juga merupakan suatu rezeki baginya dan juga pekerja-pekerja lain di syarikat ini tapi dengan ini juga bermaksud mereka semuanya semakin sibuk, Amin bertambah sibuk sampaikan tiada masa untuk mereka berbual-bual atau bergurau macam dulu. selepas mengambil rehat selama 10 minit, Balkish menyambung balik kerjanya. Date due untuk fail ini sangat suntuk, Amin memang sering mahukan kerja yang diamanahkan olehnya siap tepat pada waktunya jadi dia terpaksa tidak trerlalu bersenang lenang selagi kerjanya ini belum selesai. Pen hitam yang terselit di antara kerta-kerta yang berselerak di meja di capai, Balkish menuls beberapa not nombor yang baru di kertas draft yang disedikana olehnya sebentar tadi namun pekerjaannya itu terbantu saat dia melihat Amin membuka pintu bilik pejabatnya dan melangkah keluar meninggalkan syarikat.
“Pergi mana pula tu? sehari dua ni bukannya nak tegur orang. Nasib baik satu office, boleh juga aku curi-curi tengok muka dia, kalau lain-lain office confirm tak berjumpa sangat” omel Balkish sendirian. Dia kembali menyiapkan urusannya yang tegendala sebentar tadi.
Amin turun dari lantai 2 danmahu ke tempat parkir, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Dia menyalukkan tangan ke adalam kocek seluar sebelah kanan dan mengeluarkan telefon bimbit smartphone yang telah lama dipakainya itu.
Amin member salam dan salamnya itu dibalas oleh si pemanggil.
“Kau kat mana sekarang ni?” soal si pemanggil.
“Aku dekat office, nak keluar kejap. Kenapa?” soal Amin ingin tahu. Jarang Hisyam, sahabat lama waktu di Universiti dulu menghubunginya.
“Aku dekat dengan office kau ni. Datanglah dekat restaurant mamak bawah bangunan syarikat kau” ajak Hisyam. dia sudah lama t idak bertemu dengan sahabat baiknya itu.
Amin bersrtuju dan pergi berjumpa dengan Hisyam di tempat yang dijanjikan oleh sahabatnya. Mereka berdua berjabat tangan apabiola b rjumpa dan duduk bertentang di sebuah meja bahagian luar. Cuaca hari ini tidak terlalu panas dan Hisyam pula mahu merOkeyOkey jadi tempat itu dikira sesuai.
“Lama tak dengar cerita dari kau” kata Hisyam.
“Kau oranglah yang lupakan aku, habis belajar saja terus tak contact aku yang belum habis masa tu” sambung Amin. dia kemudannya memanggil pelayan di restoran dan membuat pesanan aor minum sama dengan yang dipesan oleh Hisyam.
Hisyam sekadar senyum mendengar sindiran sahabatnya itu, memang betulpun kata Amin. dia dan Firdaus tidakberhubung dengan Amin setelah mereka tamat belajar, pada masa itu masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing.
“Kau ada jumpa Firdaus tak?” soal Amin ingin tahu. Rindu juga untuk berkumpul ramai-ramai macam dulu.
“Jarang juga, dia dah tak lepak sangat dekat Teenage Hut. Lepas Mira balik kampong, dia katanya minta kerja dekat sana” sambung Hisyam.
“So Mira dengan Firdaus putus?” soal Amin terkejut mendengar cerita itu. hubungan Mira dengan Firdaus tak pernah retak sebelum ini, tatkala hubungannya dengan arwah Tina sentiasa bergolak dengan masalah. Tak sangka pula hubungan belangkas dua orang itu akhirnya punah.
“Yang aku dengar macam tulah. Tapi aku duk tengok Firdaus tu macam gila baying. Lepas sebulan dua bulan tanpa Mira dia Okey lagi, lama-lama dah Nampak dah angau dia tu” sambung Hisyam.
“Yalah. Kan dua orang berdua tu dah lama” sambung  Amin.
“Aku suruh Firdaus pergi pinang si Mira tu, dia tak nak pula” beritahu Hisyam.
“Aku dengar Balkish pun kerja dekat company kau”
“Haah, ada kat atas tu. kau nak jumpa dia sekali ke?” soal Amin. pelayan datang membawa pesanannya. Amin tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih.
“Taklah. Eh, hari tu aku jumpa Rina, kawan kau budak law tu” beritahu Hisyam. lama tidak berjumpa membuatkan mereka berdua banyak modal untuk bertukar-tukar cerita.
“Kau tahu kan aku tak suka kau kaca dia” sampuk Amin. belum sempat Hisyam bercerita dia sudah tahu ke maa arah tujuan cerita yang bakal disampaikan oleh kawan baiknya itu.
“Tak delah. Aku try juga ngorat dia tapi tak dapat, aku call tak angkat, mesej tak balas, dia jual mahal sangat dengan aku. Dengan kau lainlah” kata Hisyam.
Amin ketawa besar. Kata-kata Hisyam itu singgah ke telinganya bagai satu lelucon sehinngga memburaikan ketawa yang besar.
“Dia kawan aku. Aku tak bagi kau kacai dia sebab aku kenal sangat perangai kau ni. Habis madu sepah kau buang merata” jawab Amin.
“Kau ni buta kea pa? aku ni pun perasan yang Rina tu suka kat kau”
“Memang dia suka aku, sebab aku ni kawan dia. Kalau dia tak suka aku takkan dia nak berkawan dengan aku. Macam kau ni, Rina tu tak suka kat kau sebab tu dia tak nak layan sangat lelaki perangai buaya macam kau ni” sampuk Amin.
“Meantang-mentang kau dah baik macam ustaz sekarang, tak segan-segan kutuk aku perangai macam buaya” bisas Hisyam pula. Amin ketawa lagi. telefon bimbitnya berdering lagi. Amin memberikan salam seperti biasa, suara Farah kedengaran di talian hujung sana.
“Bawa turunlah, saya dekat kedai mamak kat bawah ni” beritahu Amin. panggilan itu kemudiannya di matikan.
“Siapa? Balkish?” soal Hisyam ingin tahu.
“Tak adalah, pekerja aku” beritahu Amin. dia meneguk air minumannya.
“Weh aku nak Tanya kau. Kau dengan Balkish macamana?” soal Hisyam. dia mengusi-ngusi air munimnya denga straw.
“Macam biasalah” soalan Hisyam itu dijawab ala kadar saja oleh Amin.
“Kau tak bosan ke dengan Balkish? Yalah dulu kan, banyak perempuan tapi sekarang bila dah kahwin kena setia dekat isteri saja”
“Aku tak pernah bosan sejak berkahwin ni. Ada-ada saja benda baru yang aku tahu pasal Balkish tu. tambah pula bila anak-anak kita orang dahbesar sekarang, lagilah aku tak bosan melayan keranah si Sufi dengan Iman” jelas Amin.
Hisyam kelihatan terangguk-angguk. Air minumnya sudah tidak dikuis-kuis lagi. hisyam merenungkan setiap kata-kata Amin.
“Kau ni kenapa? Plik aku tengok” celah Amin.
“Aku rasa aku dah sampai seru nak kahwin” beritahu Hisyam.
Kata-kata sahabatnya itu membuatkan Amin ketawa lagi. tidak menyangka yang Hisyam akan mengucapkan perkataan kahwin di hadapannya. Kawannya itu adalah seorang yang suka berfoya-foya dan tidak gemar memberikan komitmen. Buktinya walaupun dia suka mencari gadis-gadis muda untuk menemani hari-harinya tapi dia tidak pernah mahu melanjutkan hubungan lebih dari dua minggu. Paling lama pun, kalau tidak salah selama sebulan. Hisyam berbeza dengan Firdaus, Firdaus pula setia kepada Mira seorang. Tapi kedua-dua sahabatnya itu sangat social.
“Abang” sapa Farah dengan teragak-agak apabila melihat abang iparnya sedang asyik berbual dengan kawannya.
Tawa Amin terhenti saat mendengar suara Farah yang menyapa. Gadis itu berdiri tercegat di hadapannya sambil menjinjit sebuah sampul surat yang berwarna putih.
“Hah, Farah” sapa Amin.
“Abang, surat yang En. Farhan nak tu” sampul surat itu dihulurkan kepada Amin.
“Nasib baik abang tak pergi site lagi, kalau tak Farah kena hantar sendiri dekat Farhan lah: sambung Amin.
Farah sekadar senyum. Memang nasib baik juga. Dia tergesa-gesa mencari surat itu apabila ditelefon oleh En.Farhan tadi dan En. Farhan memintanya menyarahkan surat itu kepada Abang Amin sahaja kerana Abang Amin mahu ke tempat prosajak juga nanti. Tak payahlah susah-susah ke tapak prosajak semata-mata nak serahkan surat ni kepada En. Farhan.
“Farah dan breakfast ke? Jomlah” ajak Amin.
“Tak apalah abang, ada kerja lagi kat atas tu” beritahu Farah. Dia meminta diri dan hanya senyum kepada saabat abang iparnya itu. segan jua apabila diperhati oleh sahabat abang Amin.
“Kata staf, tapi berabang-abang dengan kau” uji Hisham.
“Staf aku, tapi adik ipar aku juga” sampul surat itu diletakkan di tepi. Takut terkena air dari gelas minuman yang sudah basah.
“Oh, adik Balkish?”
“Haah”
Hisyam terangguk-angguk. Amin hanya memerhatikan sahabatnya itu, satu perasaan yang curiga sudah mula timbul di benaknya dia kenal dengan Hisyam dan sudah masak dengan perangainya.
“Hah, yang tu kau jangan sentuh. Tu adik Balkish, sama macam adik perempuan aku juga. Kalau aku tahu kau buat benda tak senonoh dengan Farah, aku cincang kau sampai lumat”
            “Bro, aku tak berani kacau kalau dia family kau. Adik kau sama macam adik aku juga”
“Hah, baguslah. Kalau Balkish dapat tahu apa-apa mesti dia marahkan aku”
Hisyam senyum.
Tidak lama kemudian, Amin akhirnya meminta diri untuk ke tapak prosajaknya dan Hisyam juga turut berlalu ke tempat parkirnya yang diparkir agak jauh daripada syarikat Amin. dia sebenarnya ada hal dengan clientnya di bangunan yang bertentangan dengan bagunan tempat kerja Amin. alang-alang berada di kawasan yang sama, jadi dia mengajak Amin keluar untuk berjumpa setelah sekian lama mereka idak berhubung, tak sangaka pula akan bertemu dengan Farah yang telah menambat hatinya. Tapi masalahnya sekarang, farah adi kepada Balkish, yang juga merupaka adik ipar Amin.
Hisyam masuk ke dalam kereta Putih Honda, dia termenung mengingatkan wajah ayu milik Farah yang ada iras-iras dengan Balkish. wajah Farah juga cantik bertudung dengan senyumannya yang manis terukir di bibir. Wajah itu sempat senyum kepadanya sebelum meminta diri untuk beredar. Bayangan itu hanya muncul sekejap di fikirannya. Hisyam tidak sanggup memikirkan yang lebih jauh kerana tidak lama setelah itu dia teringatkan kata-kata Amin. Hisyam senyum. Dia memasukkan gear Drive dan memandu keretanya masuk ke jalan raya.
……………………………………………………
Amin memandu kereta ke tempat destinasi dengan berhati-hati, jalan raya agak sibuk kerana waktu makan tengahari. Raduio kereta dikuatkan sedikit dan Amin ikut-ikutan enyanyi sesuai dengan lagu yang berkumandang dari corong radio. Telefon bimbitnya berdering, sangkaannya Farhan yang menelefon mahu bertanya keberadaannya kerana masih belum sampai ke tapak prosajak lagi, tapi rupa-rupanya Rina. Panggilan gadis itu diangkat.
Amin dan Rina berbual seketika di telefon dan setelah selesai panggilan itu dimatikan. Amin kemudiannya mendail nombor telefon Balkish. selang beberapa deringan barualah penggilannya diangkat.
“Awak, hari ni kawan saya nak datang rumah. Awak baliklah awal sedikit ya” beritahu Amin.
“Kawan yang mana satu ni?” soal Balkish. dia belum mengesyaki apa-apa.
“Rina. Katanya nak datang tengok Sufi” beritahu Amin.
Balkish terdiam. rina! Dia kenal dengan gadis itu, kalau mengikut firasatnya pada pertemuan yang pertama dulu, gadis itu menyukai Amin. sekali pandang pun dah tahu. Sekilas dipandang ikan di air sudah tahu jantan atau betina. Takkan Amin tak Nampak semua tu? Kalau dia tahu Rina sukakan dia, kenapa dia benarkan Rina datang ke rumah? Sengaja Amin nak duga aku? Atau Amin belum perasan lagi yang Rina mungkin sukakannya?
“Farid pun datang sekali nanti” beritahu Amin.
“Saya sibuklah” bentak Balkish.
“Ala, baliklah awal sedikit. Please, pleas, pleas!” rayu Amin.
“Erm” jawab Balkish ringkas. Dia senyum, tercuit dengan gurauan Amin sebentar tadi.
Amin ketawa mengekeh di hujung talian. “Yang?” panggilnya
“Erm”
“Abang saying kat awak” beritahu Amin.
“Eh, gelilah”
“Kalau abang cakap, Balkish  geli. Kalau macam tu, Balkish sajalah yang cakap yang Balkish sayang abang”
“Okey lah Balkish ada kerja sedikit ni” pintas Balkish. segan melayan jiwang karat suaminya.
“Tunggulah dulu, abang nak bergayut pun Balkish tak nak layan”
“Balkish banyak kerja”
“Okey lah. Kat office semua Okey kan?” soal Amin.
“Okey saja”
“Okey, take care. See you at home soon. Miss you already. Muah muah muah muah muah”
Tuuuuuuuuuuttttttttttt……. Panggilan itu dimatikan oleh Balkish. Amin ketawa sendirian mengingatkan perangai Balkish yang tak pernah berubah. Susah sangat ke nak cakap perkataan saying? Rindu? Cinta? Ego sangat ke Balkish tu nak sebut perkataan jiwang tu semua. Eee, makin difikirkan Balkish ni, makin geram aku dibuatnya.
Balkish meletakkan telefon bimbitnya I meja. Dia membuat muka tidak suka mendengar ayat-ayat jiwang dari bekas playboy yang terlah menjadi suaminya itu. nasib baik panggilan itu dimatikan, kalau tak keluar lagi perkataan-perkataan dalam bahasa lain wo ai ni ke? Ai shiteru ke?
Telefon berbunyi menandakan ada mesej masuk ke inbox, telefon dicapai dan Balkish melihat nama Amin tertera di skrin sebelum dia membuka pesanan ringkas daripada suaminya itu.
‘ Muah muah muah muah muah muah 1000 x’
Balkish senyum. Ni mesti sebab nak sambung perbualan yang terbantut memalui telefon tadi. hati Balkish berbunga riang. Dia menekan keypad untuk membalas mesej dari suaminya.
‘Abang ni, macam budak-budak’ smsm itu dikirim. Tidak lama kemudian telefon bimbit Balkish berbunyi lagi. dia sudah dapat mengagak pengirim smsm itu dan tekaannya benar.
‘Tapi Balkish suka kan kalau abang macam ni?’

Balkish senyum lagi. dia menekan keypad ‘Suka’ kemudian dia menekan keypadnya lagi untuk menghapus sms itu. Balkish termenung, dia menulis sekali lagi pada skrin telefon pintarnya‘Suka’ tapi dia tidak mengirmkannya serta-merta kerana berasa malu dengan sms itu lalu dia menghapuskannya sekali lagi. akhir sekali sms Amin yang terakhir itu tidak dibalas.