Thursday, November 29, 2012

resepi sayur goreng kunyit

hye hari ni saya tak buat pape cuma urus staff sikit. selepas settle pergi pasar and beli sedikit barang untuk stok beberapa hari. kebelakangan ni, bila dah selesai semua bagian dan exam, saya abnyak spend masa dekat rumah je.urus staff untuk konvo and some small things. belajar dekat U luar negara berbeza dengan dekat Malaysia..Kat Malaysia semua hal-diuruskan oleh orang office tapi dekat sini, kita yang kena urus sendiri. Ok, hari ni saya masak sayur goreng kunyit. senang je nak buat sesuailah untuk masak simple2 bagi yang tak ada masa sangat nak masak. bahan: 1. sayur kacang panjang 2. carrot 3. udang sikit (kalo tak nak udang pun tak pe) 4. bawang merah dan bawang putih untuk tumis 5. kunyit 6. garam secukup rasa 7. minyak 1. ok, mula2 tuang minyak and panaskan. bila dah panas, masukkan bawang putih dan bawang merah. goreng sampai naik bau (jangan samai hangit suda~) 2. masukkan carot dulu sebab carrot keras sikit so kena masak lama dari kacang. kalo nak msukan air sikit pun boleh sekadar berbasa-basi je dengan si carrot tu. then after 5-7 minit masukkan kacang panjang dan udang. goreng sampai empuk (jangan lembik tak sedap) kalau saya suka crunchy2 sikit. tapi ups to you nak macamana 3. last sekali masukkan caram secukup rasa dan serbuk kunyit. kacau sikit dan tak lama lepas tu dah boleh angkat. 4. hidangkan 5. walla~ siap!

Friday, November 23, 2012

Tengku Special Edition

Farhan memandu kereta perlahan-lahan menyusuri jalan kecil yang menuju ke rumah Lan. Tengku Hamzan tidak senang duduk apabila mengetahui yang mereka akan tiba di rumah adik iparnya itu sebentar lagi. Takutnya bukan kepalang mahu berjumpa dengan Lan, apatah lagi dengan pelbagai masalahnya dengan Mylia. Mereka berdua berjauhan sudah hampir setahun. Pasti Lan betul-betul membencinya sekarang. Kalau dulupun, Lan tidak pernah menyukainya setelah dia mengetahui yang dialah suami kepada Mylia, apatah lagi sekarang dengan sejarah hitam dalam perkahwinannya dengan Mylia itu, yang mereka berdua berjauhan dengan ikatan perkahwinan yang masih lagi menyatukan mereka dengan status suami dan isteri. Tiba-tiba terasa genggaman tangan Mylia di jari jemarinya. Fikiran Tengku Hamzan kembali kepada siatuasi mereka sekarang. Tatkala melihat senyuman yang terukir di wajah Mylia, hati Tengku Hamzan kembali tenang. “You’ll be alright dear” bisik Mylia ke telinga Tengku Hamzan. Tengku Hamzan memberikan senyuman. Tengku Nadhirah menurunkan cermin kereta dan menjengukkan kepalanya ke luar. Dia menarik nafas dalam-dalam menghirup udara segar dari kampung bondanya itu. Tangannya dihulurkan keluar untuk cuba mencapai ranting pokok yang kehijauan di luar kenderaan. Farhan memberhentikan keretanya di hadapan halaman rumah Lan. Enjin kereta tidak segera dimatikan. Dia sekadar melepaskan seatbelt yang dikenakan ke tubuhnya. “Kita dah sampai Tengku” beritahu Farhan kepada Tengku Hamzan. Farhan keluar dari kereta dan membuka pintu buat Tengku Hamzan dan Mylia untuk melangkah keluar dari perut kereta. Tengku Nadhirah didukung oleh Tengku Hamzan. Mereka berdua kemudiannya memberikan salam. Lan keluar dari rumahnya apabila mendengar deruan enjin kereta di halaman depan rumahnya, dia memang menjangkakan kehadiran kakaknya pada hari ini kerana dia sendiri menerima panggilan daripada Mylia malam tadi yang mengatakan dia kaan dating menziarah Ros dan anak mereka hari ini. Bibirnya mengukirkan senyuman apabila melihat kakaknya berdiri di hadapannya. Tetapi sebaik sahaja melihat wajah Tengku Hamzan di samping Mylia, serta-merta senyumannya luput dari bibir. Lan mampir ke arah Mylia dan mencium tangan kakaknya. “Anak kakak, Lan. Tengku Nadhirah” beritahu Mylia memperkenalkan Tengku Nadhirah yang dalam dukungan ayahndanya “Comel anak kakak, muka dia macam kakak. Nasib baik ikut kakak, kalau ikut bapaknya” beritahu Lan, seraya menyindir Tengku Hamzan. Lan mengambil Tengku Nadhirah yang dalam dukungan Tengku Hamzan tetapi Lan langsung tidak mengendahkan Tengku Hamzan walaupun setelah itu Tengku Hamzan cuba untuk tersenyum kepadanya. “Jom masuk kak” ajak Lan. Mylia dan Tengku Hamzan saling berpandangan. Dia tahu yang suaminya itu berasa bersalah dan tidak selesa saat bersama-sama dengan Lan. Masing-masing saling berpandangan dan mengerti perasaan tidak enak yang dirasai oleh Tengku Hamzan tetapi kedua-duanya memilih untuk tidak bersuara. Mylia memimpin tangan Tengku Hamzan untuk masuk ke dalam rumah. Farhan membontoti dari belakang. Mereka bertiga kemudiannya masuk ke kamar Land an isteri untuk menziarahi Ros yang telah selamat melahirkan anak pertamanya dengan Lan. Mylia duduk di birai katil, anak yang baru berusia beberapa hari itu diangkat dan dipangku dalam lipatan sikunya. Sesekali Mylia mengagah anak bayi itu dan dia tersenyum menampakkan gusinya. Perbuatan Mylia itu mengundah rasa mencuit hati di hati Tengku Hamzan. Comel sekali melihat keletah Mylia dengan anak saudara barunya itu. “Dah ada nama baby ni?” soal Tengku Hamzan memecahkan suasana yang sunyi itu. Tengku Hamzan mengarahkan pertanyaannya buat Ros, kerana Lan tentu masih belum mahu berbicara dengannya. “Belum abang. Tapi abang Lan ingat nak letak nama Dania” beritahu Ros. “Cantik nama tu” puji Tengku Hamzan ikhlas seraya dia juga cuba untuk meraih perhatian daripada Lan. Dia mengikut Mylia kembali ke sini adalah untuk merapatkan hubungannya dengan adik iparnya seraya mengambil hati lelaki itu untuk menerimanya kembali. “Abang dengan Kak Mylia bila nak bagi adik pada Nadhirah?” soal Ros tiba-tiba. Mylia dan Tengku Hamzan saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka berdua senyum seribu makna. “Ayahnda, anaknda nak baby yang comel macam ni” sampuk Tengku Nadhirah. Dia minta diturunkan dan kemudian Tengku Nadhirah berdiri di samping Mylia. Matanya memerhatikan anak bayi yang berada dalam dukungan bondanya. Sesekali jari kecilnya menguis-nguis pipi Dania. Tengku Nadhira tersenyum lucu. “Cute tak baby ni sayang?” soal Mylia kepada Tengku Nadhirah. Anakndanya itu tersenyum ke arah Mylia dan mengangguk. Dia kemudian kembali melihat Dania. Sepertinya dia sangat suka sekali dengan bayi Lan itu. Tengku Nadhirah menundukkan wajahnya lantas mencium pipi Dania yang sangat gebu itu. Dia kemudiannya tersenyum sampai ke telinga dan melompat kegembiraan. Perbuatan Tengku Nadhirah itu membuatkan Ros, Lan, Mylia dan Tengku Hamzan ketawa lucu. ……………………. Malam itu mereka makan malam bersama-sama. Juadah-juadah makan malam disediakan oleh Mylia memandangkan Ros masih lagi dalam pantang. Tengku Nadhirah dapat mengadaptasi dengan makanan-makanan kampung dengan baik, malah dia suka sekali dengan masakan bondanya itu. Setelah itu, Tengku Nadhirah segera mendesak agar Mylia menemaninya untuk melihat Dania. Sering-sering anakndanya itu menghilang ke kamar Ros untuk melihat Dania yang sedang tidur. Sesekali Tengku Nadhirah mencuri peluang untuk menguis-nguis pipi gebu Dania sehingga membuatkan bayi kecil itu merengek. Kemudian Tengku Nadhirah tersenyum lucu. Gembira sekali apabila dia bersama-sama dengan Dania. Lan duduk di sofa dan menonton rancangan berita. Tengku Hamzan mendekatkan diri kepada Lan. Sengaja dia mengambil peluang ini untuk berbicara dengan Lan. “Comel Dania. Tahniah” ucap Tengku Hamzan sebagai pembuka bicara. Lan sekadar berdehem kecil. “Saya dengan Mylia dah decide yang kami akan teruskan hubungan kami” beritahu Tengku Hamzan. Lan masih lagi berdiam. Tengku Hamzan tidak sedap hati. Lan seperti tidak berminat mahu berbicara dengannya. Namun dia tidak berputus asa. Disambung lagi ucapannya. “Walaupun awak tak suka tapi awak terpaksa menerima saya. Sebab saya sayangkan kakak awak dan Mylia juga sayangkan saya dan anaknda kami” beritahu Tengku Hamzan lagi. Dia terus sahaja berbicara walaupun Lan sepertinya tidak mengendahkan setiap bait-bait katanya. Lan masih lagi diam. “Lan, saya boleh teruskan hubungan saya ni tanpa kebenaran dari awak, tapi sampai bila kita nak bermasam muka antara satu sama lain. Sempena kelahiran bayi awak ni, saya harap kita mulakan kisah yang baru. Kita tutup cerita lama. Saya banyak bersalah terhadap kakak awak dan Mylia juga banyak salah dengan saya. Tapi saya nak lupakan semua tu. Kami saling memaafkan antara satu sama lain. Saya akan cuba menyintai Mylia sepertimana perasaan saya padanya lapan tahun dahulu” sambung Tengku Hamzan lagi. Dia berhenti berkata-kata. Dikerlingnya kelibat Lan di hadapannya. Adik iparnya itu kemudiannya berdiri. Saat Lan melewati Tengku Hamzan, langkah kakinya kaku, dia tidak menoleh ke arah Tengku Hamzan tetapi sempat dia bersuara. “Jaga kakak saya. Dia dah banyak menderita” Setelah itu, segera Lan berlalu. Tengku Hamzan berdiri. Dia kaget tapi kata-kata Lan itu menyejukkan kegusaran hatinya. Lan merestui hubungan mereka. Mungkin akan ambil masa, tetapi dia yakin yang dia dan Lan akan dapat menjalin hubungan baik suatu masa nanti. Tengku Hamzan tersenyum gembira. Lan kemudiannya masuk ke kamarnya dan membuka almari. Dia menyapa Ros sebelum dia keluar dari kamar itu. Mylia yang turut berada di kamar untuk menemani Ros dan bayinya itu sekadar memerhatikan. “Abang nak kelar sekejap ye” beritahu Lan kepada Ros. Lan keluar dari kamarnya dan menuju ke ruang tamu. Dia menegur Tengku Hamzan yang masih duduk di sofa di situ. “Jom kita pergi kedai kopi kat depan sana tu” ajak Lan. Tengku Hamzan senyum gembira. Dia mengangguk menerima pelawaan Lan itu. Tengku Hamzan sempat memberitahu Mylia yang dia akan keluar dengan Lan dan dia sempat berpesan kepada Farhan supaya tidak meninggalkan rumah. Tidak lama kemudian, Tengku Hamzan dibonceng oleh Lan dengan menggunakan motor kapcainya menuju ke kedai kopi yang dimaksudkan oleh Lan tadi. ………………………. Mylia mundar mandir di hadapan jam dinding. Sesekali matanya melihat ke arah pintu utama rumah itu. Dia tidak mencuba menghubungi Tengku Hamzan kerana bimbang mengacau masa yang dihabiskan dengan Lan itu. Maklumlah, Tengku Hamzan berusaha keras untuk mengambil hati Lan dan mencuba untuk memperbaiki hubungan mereka yang tidak berapa jernih sejak beberapa tahun yang lalu. …………… Farhan sudah hampir sejam terlelap di ruang tamu. Kasihan juga Mylia kepadanya kerana dia mungkin penat memandu kereta siang tadi. Jadi Mylia menyuruh sahaja Farhan tidur terlebih dahulu. Ros dan Dania juga sudah terlelap. Begitu juga dengan Tengku Nadirah yang terlelap di samping Dania. Anakndanya itu suka sekali bermain-main dengan Dania dan kerana kepenatan menjalani perjalanan selama tujuh jam pagi tadi, Tengku Nadhirah juga terlelap dengan mudah sekali. Tidak lama kemudian terdengar deruan enjin motor Lan yang dimatikan di hadapan rumah. Mylia berlari-lari anak menjengah ke luar rumah dan melihat Tengku Hamzan pulang dengan senyuman. Mylia melafazkan syukur kerana suaminya pulang dengan tanpa lebam-lebam di wajahnya. Bukan apa, Lan dan Tengku Hamzan kan ada sejarah hitam mereka yang tersendiri. Pernah dulu Tengku Hamzan dipukul oleh Lan gara-gara salah faham yang mereka berdua bersekedudukan. Lan apalagi, amuk sakan sampai dibelasahnya Tengku Hamzan hampir-hampir mati. Risau juga sekiranya sejarah mereka itu berulang. “Ros dah tidur kak?” soal Lan menyapa Mylia apabila melihat wajah kakaknya yang mencerminkan riak keriasauan itu di wajahnya. “Dah Lan” balas Mylia. “Kanda pergi mana lama sangat ni?” soal Mylia melafazkan kerisauannya. Lan sempat menjeling ke arah kakaknya. Kakaknya itu kelihatan risau sekali dengan Tengku Hamzan. Jelas terpancar di wajah Mylia yang dia terlalu menyayangi Tengku Hamzan. Lan mengeluh. Nampak gayanya dia memang sudah harus belajar menerima Tengku Hamzan dalam keluarga mereka. “Pergi kedai kopi dengan Lan tadi” balas Tengku Hamzan. Lan melangkah masuk ke rumahnya dan segera masuk ke kamar tidurnya untuk melihat Ros dan anaknya. Tengku Hamzan membontoti dari belakang. Darahnya menyirap naik apabila melihat sekujur tubuh Farhan yang enak berbaring di sofa sedangkan tadi sudah terang-terang dia berpesan untuk lihat-lihatkan keluarga ini semasa ketiadaannya dan juga Lan. Kini Farhan itu sedap-sedap tidur terlelap di sofa. “Eh, Aku suruh dia tengok-tengokkan Puan Muda, sedap-sedap dia tidur!” marah Tengku Hamzan kepada Farhan. “Biarlah kanda, dinda yang suruh Farhan tidur. Dia penat sangat memandu dari siang tadi” segera Mylia menurunkan kemarahan suaminya. Tengku Hamzan tidak jadi mahu membangunkan Farhan. “Anaknda mana?” soal Tengku Hamzan lagi. “Ada dalam bilik Ros. Anaknda nak tidur bersama-sama Dania katanya” balas Mylia lagi. Tengku Hamzan mengetuk daun pintu untuk masuk ke kamar Lan dan diikuti oleh Mylia. “Abang nak ambil Tengku Nadhirah” beritahu Tengku Hamzan kepada Lan dan Lan mengangguk. Tengku Hamzan melangkah masuk dan mengangkat tubuh anakndanya perlahan-lahan supaya tidak membangunkan Tengku Nadhira dari lenanya. Mylia membontoti langkah Tengku Hamzan meninggalkan bilik Lan dan Ros itu. Sebelum berlalu, sempat Mylia berpesan, “Kalau ada apa-apa, ketuklah bilik kami ye” beritahu Mylia kepada Lan. Apabila sampai di kamar, tubuh Tengku Nadhirah dibaringkan di katil. Perlahan-lahan Tengku Hamzan menempatkan sebuah bantal di kepala Tengku Nadhirah. Dia kemudiannya berbaring di samping anakndanya itu. Mylia menutup lampu bilik dan kemudian dia juga berbaring di sisi yang satu lagi. “Kanda!!” panggil Mylia manja. “Hmm” sepatah sahaja balasan daripada Tengku Hamzan. “Bila kanda nak kabulkan permintaan anaknda? Anaknda nak baby. Dinda pun nak baby!” beritahu Mylia. Suaranya seakan-akan berbisik. Bimbang sekiranya suaranya nanti membangunkan Tengku Nadhirah dari lenanya. Seksi sekali rayuan Mylia kedengaran di telinga Tengku Hamzan sehingga tidak jadi dia mahu melelapkan matanya. “Kanda dengar tak?” soal Mylia lagi. “Dengar” balas Tengku Hamzan. Tiba-tiba lampu bilik terpasang. Silau cahaya neon itu membuatkan pandangan mata Tengku Hamzan kabur seketika. Rupa-rupanya dalam diam Mylia bangun dan pergi menyalakan lampu bilik. “Kanda, malam ni kan malam pertama kita sejak setahun kita berpisah” “Hmm, so?” “Kenapa kanda macam cool je? Macam kanda tak merindukan dinda pun?” soal Mylia. Ada-ada sajalah isteri aku yang seorang ini! Rengek Tengku Hamzan di dalam hatinya. Dia sebenarnya agak penat. “Dinda nak kanda buat macamana? Kanda penatlah” Mylia menempatkan dirinya di sebelah Tengku Hamzan dan suaminya itu terpaksa memberi ruang buat Mylia. Mylia memeluk tubuh Tengku Hamzan dengan erat. Wajah Tengku Hamzan di hadapannya itu ditatap dengan penuh rasa rindu yang bersarang. Wajah itu masih tampan di pandangan wajahnya. Mylia membelai rambut Tengku Hamzan dengan lembut, terserlah beberapa helai rambut yang sudah berubah warna putih. Wajah Tengku Hamzan yang ditumbuhi kumis dan jambang itu dimainkan dengan jari jemari runcingnya. “Kenapa dengan dinda malam ni?” soal Tengku Hamzan pelik. Sebenarnya dia tahu, Mylia sepertinya mahu bermanja-manja dengannya. “You look sexy tonight, kanda” balas Mylia. Lain yang ditanya oleh Tengku Hamzan, lain pula yang dibalas oleh Mylia. Mylia mendekatkan dirinya dengan wajah Tengku Hamzan. Dagu Tengku Hamzan yang ditumbuhi jambang itu dikucup lembut. Sengaja Mylia mahu menggoda. “Ish dinda ni. Anaknda kat sebelah tu” Tengku Hamzan mengingatkan. Bimbang pula sekiranya Tengku Nadhirah tersedar dari tidurnya. “Dinda sayangkan kanda, and I miss you so much. Setahun ni, dinda asyik teringatkan kanda je. Kanda je yang jual mahal. Bukannya nak call suruh dinda pulang” Mylia merajuk. Teringat kesengsaraannya berjauhan dengan keluarganya. “Siapa cakap kanda tak rindukan dinda. Rindu sangat-sangat kat dinda. Rasa macam nak pergi je kat Britain tu, ketuk pintu rumah dinda” beritahu Tengku Hamzan dengan cara berbisik ke telinga Mylia. Kata-kata Tengku Hamzan itu membuatkan hati Mylia menjerit kegembiraan. Bibirnya mengukirkan senyuman bahagia. Hatinya berbunga. Dia lalu memeluk leher Tengku Hamzan. Diciumnya bibir Tengku Hamzan dengan pantas. Dia memandang ke wajah Tengku Hamzan setelah itu. Tengku Hamzan senyum lucu. Ish comel la isteri aku sorang ni. Tengku Hamzan mengelus rambut Mylia yang panjang mengurai ke bahunya. Dia membalas senyuman Mylia. Tengku Hamzan merapatkan hidungnya yang mancung itu ke hidung Mylia sehingga hidung mereka berlaga. Bibir Mylia yang masih basah itu dicium lembut selembut perasaannya kepada isteri tersayang. Mylia memejamkan matanya erat-erat. Tengku Hamzan melepaskan cumbuan bibir mereka kemudian dia menelusuri setiap pelosok wajah Mylia dan menciumnya dengan penuh kasih sayang. Sayangnya pada Mylia semakin membuak-buak setelah perpisahan mereka selama setahun ini. Rindunya kepada Mylia makin menjadi-jadi sejak mereka bertemu semula beberapa hari yang lalu. Dan baru semalam, mereka berdua berbaik kembali. Pagi tadi mereka sekeluarga segera datang ke rumah Lan kerana janji Mylia kepada adiknya itu. Belum sempat dia melepaskan rindunya kepada Mylia mereka sudah dibebani dengan jadual yang padat. Dan malam ini, Mylia seakan-akan menggodanya. Aduh! Iman seteguh manapun, kalau dah digoda oleh isteri secantik Mylia, pasti imannya tercicir di mana-mana, tambah lagi mereka berdua memang saling mencintai dan merindui. Ditambah pula dengan rindu dendam yang telah lama bersarang di dalam hati masing-masing. Tengku Hamzan membetulkan baringnya dan mencium Mylia di lehernya. Isterinya itu tersenyum geli. Leher Tengku Hamzan dipeluk oleh Mylia dengan erat. Mereka berdua bertentang mata untuk suatu masa yang agak lama. Masing-masing tidak berbicara, cukup dengan hanya kebisuan yang mendalam untuk mereka berdua mentafsir kemahuan mereka sendiri. Tengku Hamzan mencium dahi Mylia dan mereka bertentang mata lagi. “I love you sayang” beritahu Tengku Hamzan ke telinga isterinya itu. Tubuh Tengku Nadhirah bergerak-gerak kecil. Suaranya membuatkan Mylia mengelak dari tubuh Tengku Hamzan. “Ayahnda, bonda mana?’ soal tengku Nadhirah walaupun matanya masih lagi tertutup. “Kanda!” Mylia merengek manja apabila Tengku Hamzan masih belum mahu berhenti. “Apa?” soal Tengku Hamzan buat-buat tidak faham. “Dahlah, nanti anaknda bangun” balas Mylia. Dia melepaskan dirinya daripada pelukan Tengku Hamzan. Tengku Hamzan turut membaiki tubuhnya, dia berbaring miring ke arah Mylia lalu memeluk pinggang isterinya itu, “Bonda ada sini sayang” Mylia merapatkan dirinya kepada Tengku Nadhirah dan memeluk tubuh anakndanya itu. “Jangan tinggalkan anaknda lagi bonda” rintih Tengku Nadhirah dalam tidurnya. Dia membuka matanya perlahan-lahan dan melihat bondanya sedang memeluknya erat. Tangan Mylia diraih dan kemudian Tengku Nadhirah memeluk tubuh bondanya erat-erat. “Jangan tinggalkan kami lagi bonda” rintih Tengku Nadhirah sekali lagi. “Bonda takkan tinggalkan anaknda lagi. Tidur ye sayang. Bonda akan tetap berada di sisi anaknda dan ayahnda mulai dari sekarang” balas Mylia. Dia mencium ubun-ubun Tengku Nadhirah. Tengku Hamzan juga turut memeluk tubuh Mylia dari belakang. Rambut panjang Mylia yang dibiarkan melurut jatuh dibahunya diselak oleh Tengku Hamzan. Tengku Hamzan membisikkan sesuatu ke telinga Mylia. “Jangan tinggalkan kanda lagi” Tengku Hamzan mengucup pangkal leher Mylia dengan lembut. Menitis air mata Mylia. Terasa dia sangat kejam kerana mengambil keputusan meninggalkan Tengku Hamzan dan Tengku Nadhirah selama setahun ini. Kalau dulu boleh dimaafkan kerana dia dalam keadaan yang menyulitkan. Tambahan pula dia tidak tahu yang dia mempunyi seorang anak dengan Tengku Hamzan. Tetapi setahun ini, dia meninggalkan keluarganya atas kehendaknya sendiri. Dia yang mengambil keputusan untuk menetap di Britain sehinggalah dia kembali ke Malaysia dua hari yang lalu. Memang Tengku Hamzan terlalu ego untuk memanggilnya pulang tetapi dia juga ego untuk terus meminta kemaafan daripada suaminya. Entah apa yang membuatnya begitu malas untuk mencuba meraih kemaafan itu. Beberapa minggu yang lalu, semasa dia menelefon Tengku Nadhirah seperti biasa, dia sempat bertanya tentang khabar Tengku Hamzan setelah lama dia mendiamkan diri daripada bertanya apa-apa mengenai suaminya itu. Entah kenapa beberapa minggu yang lalu, ringan sahaja mulutnya bertanya tentang suaminya itu dan ternyata Tengku Nadhirah mempunyai banyak koleksi ‘gossip’ tentang ayahndanya itu. Lama dia berbicara dengan anakndanya malam itu tentang Tengku Hamzan. Sekali sekala, mereka berdua mengetawai Tengku Hamzan. Ada cerita lucu yang diceritakan oleh Tengku Nadhirah berkenaan lelaki dalam hidup mereka berdua itu, tentang rutin sehari-harian Tengku Hamzan dan kegelabahan Tengku Hamzan saat mencuba untuk menyempatkan masa untuk Tengku Nadhirah. Pada saat mendengar cerita tentang Tengku Hamzan itu, Mylia ketawa tetapi hakikatnya, dia sedang menangis di hujung talian kerana menanggung rindu yang sangat mendalam buat suaminya itu. Mylia mengesat air matanya, tidak mahu titisan air matanya itu disedari oleh Tengku Hamzan. Dia perlahan-lahan berpaling ke arahTengku Hamzan di belakang. Wajah Tengku Hamzan ditatap dengan perasaan kasih dan sayang. Sesungguhnya dia tidak pernah mencintai mana-mana lelaki lain selain Tengku Hamzan. “I’ll never leave both of you again” beritahu Mylia. Satu kucupan hangat singgah di bibir Mylia. Dia memejamkan matanya. Kucupan itu terasa sangat indah saat Tengku Hamzan menyentuh bibirnya itu. Terasa kasih sayang mereka bersatu, terasa seperti dia memiliki Tengku Hamzan sepenuhnya, jiwa dan raga hanya didedikasikan buatnya, terasa seperti dirinya dihargai dan dicintai oleh Tengku Hamzan dan semua perasaan itu membuatkan perasaan bahagia mula mekar dan diserikan dengan impian yang indah buat mereka sekeluarga. “Kanda janji, bila kita balik ke rumah istana nanti. Kanda takkan ‘lepaskan’ dinda. Masa tu, dinda tak boleh dah nak mengelak. Sekarang ni pun, kanda dah ‘rindu’ sangat dengan dinda. Dua bulan depan, dinda dengan anaknda akan dapat present yang dinda dengan anaknda nak sangat tu” Tengku Hamzan senyum nakal. Dan Mylia tersenyum bahagia. Sekarang ini dia sudah memiliki segala-galanya yang diinginkan oleh semua wanita dalam dunia ini. Seorang suami yang menyintai dirinya, penyayang dan setia seperti Tengku Hamzan sangat diidam-idamkan oleh mana-mana wanita dan seorang anak yang manis dan comel seperti Tengku Nadhirah. Mylia tersenyum dengan lebar sekali. Hatinya berbuah kebahagiaan. dedicated to Ruuna :P

Thursday, November 22, 2012

Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku 11

Bab 11 Aman membunyikan hon keretanya beberapa kali. Enjin kereta kemudiannya dimatikan di perkarang rumah banglo milik kedua orang tuanya itu. Dia ke bonet kereta dan membawa beberapa beg pakaian yang dibawa dari hostelnya. Sengaja dia membawa pulang banyak pakaian yang tidak dicuci. Di hostel agak susah mahu mencucikan pakaian sendiri. Kalau di rumah pasti dibantu oleh mama. “Assalamualaikum, abang! Mama!” Aman menjerit memanggil keluarganya. Rumah banglo besar itu kelihatan kosong tidak berpenghuni. Di mana semua orang? Sedangkan mama beriya menelefonnya menyuruh pulang ke rumah hujung minggu ini. Katanya abang Amin mahu menikah. Terkejut juga mendengar berita itu dari mama. Tidak disangka jodoh abangnya itu awal sedangkan dia juga tahu yang abangnya itu playboy. Wanita keliling pinggang. Siapalah gadis yang berjaya menambat dan mengikat hati abangnya itu? “Assalamualaikum” Aman terdengar suara orang memberi salam. Dia menjengah ke luar pintu. Dari jauh dia melihat seorang wanita sedang berdiri di luar pagar rumahnya. Aman berjalan ke arahnya. “Boleh saya tolong?” soal Aman. “Maaf. Mak cik Hasmah ada?” soal wanita itu. Aman tersenyum lucu. Jarang benar dia mendengar panggilan mak cik di awal nama mamanya itu. Wanita itu memandang Aman aneh. “Eh sorry, saya bukannya gelakkan awak. Masuklah. Mama mungkin ada kat dalam sebab kereta dia ada dekat situ” beritahu Aman sambil dia membuka kunci pagar rumahnya. Wanita itu dipersilakan masuk. Aman mengekori langkah gadis itu. siapakah gerangan wanita ini? Belum pernah dia melihat wajahnya sebelum ini. Mungkinkah pembantu rumah baru yang diupah oleh mama. Pembantu rumah ke? Takkan pembantu rumah cantik-cantik macam ni? Fikir Aman. Aman mempersilakan gadis itu masuk ke rumahnya. “Mama!” pekik Aman memanggil mamanya. “Awak duduk sini dulu, nanti saya panggilkan mama” beritahu Aman. Aman segera berlari mendaki anak tangga ke tingkat dua rumah banglo itu. Dia mengetuk daun pintu kamar bilik orang tuanya. Aman menghampiri tubuh mamanya yang terbaring tidur di katil. Aman mendekati dan menyentuh Datin Hasmah lembut. “Mama” tubuh mamanya digoyangkan. “Mama ada tetamu kat bawah tu” beritahu Aman. “Aman bila sampai?” soal Datin Hasmah lembut. “Baru je ma. Ada perempuan kat bawah tu cari mama” beritahu Aman. “Siapa?” Datin Hasmah bangun dari tidurnya. “Balkish?” soal Datin Hasmah lagi apabila teringatkan permintaannya menyuruh Balkish datang ke rumahnya hari ini. Aman menjungkitkan bahunya. Datin Hasmah segera bingkas bangun. Aman tersenyum lagi melihat gelagat mamanya. “Jom, jom kita turun” Datin Hasmah menarik lengan Aman untuk mengekorinya turun ke bawah. “Balkish dah lama tunggu?” soal Datin Hasmah menegur apabila melihat Balkish sedang duduk di sofa. Aman sekadar melihat ke arah wanita yang duduk di sofa ruang tamu itu. Matanya menikmati kecantikan dan keayuan wajah wanita itu. walaupun berjilbab, namun ayunya tetap terserlah. Kulitnya putih gebu dan lagaknya sopan santun, tidak seperti gadis-gadis kota yang tinggal di perumahan sini. Mama duduk di sofa. “Balkish, kenalkan. Ni Aman. Adik Amin” Datin Hasmah memperkenalkan anak lelaki bongsunya itu. Balkish sekadar menganggukkan kepalanya. Aman tersenyum. “Balkish hari ni makan malam dekat sini ye. Temankan mak cik. Lagipun hari ni Aman balik. Kita satu keluarga makan bersama ye?” ajak Datin Hasmah. “Jom, Balkish” Datin Hasmah bingkas bangun dari duduknya dan menarik lengan Balkish mengekorinya. Aman mengekori dari belakang. Dia pelik melihat sikap mamanya yang bersungguh-sungguh melayani gadis itu. “Mama!” panggil Aman. Dia menarik tangan Datin Hasmah. “Siapa tu mama?” soal Aman ingin tahu. “Cantik ma” tanpa ditanya, pujian itu terlucut dari bibir Aman. Datin Hasmah mencubit pinggang Aman. Anak lelakinya itu mengaduh kesakitan. “Ish. Bakal isteri abang kau tu” Bulat mata Aman oleh kerana terkejut dengan jawapan daripada mamanya itu. Tidak disangkan abangnya itu celik juga matanya. Pandai abang pilih, cantik, ayu dan yang paling penting bertudung. Bertuahnya abang Amin dapat isteri yang macam tu. Fikir Aman. Ni yang buat aku pun nak kahwin juga ni. Datin Hasmah masuk ke dapur dan melihat Balkish sudah pun mengupas bawang. “Eh Balkish ni. Balkish kan tetamu, duduk-duduk jelah. Temankan mama.” “Tak apalah mak cik. Balkish dah biasa buat kerja-kerja macam ni” balas Balkish. “Ayah Balkish dah sihat?” soal Datin Hasmah. “ Dah sihat dah. Ayah dah boleh jalan-jalan. Terima kasih mak cik sebab tolong ayah” “Kita kan nak jadi satu keluarga juga nanti. Balkish setuju kan dengan pernikahan ni?” soal Datin Hasmah lagi. Balkish sekadar mengangguk. Memang benar dia bersetuju. Tapi kalau Datin Hasmah bertanya, Balkish sayangkan Amin kan? Pasti dia menggelengkan kepala cepat-cepat. Dia membenci lelaki itu atas apa yang dilakukan olehnya. Benci sangat-sangat. Teringat perbualannya dengan ayahnya beberapa hari yang lalu. …………………………………………… “Balkish. Sebelum Balkish buat keputusan, ayah nak Balkish tahu yang ayah dengan ibu sayangkan Balkish. Apa-apa keputusan Balkish kami akan sokong” beritahu Tahir. “Balkish bencikan Amin, ayah. Tak mungkin Balkish akan kahwin dengan dia” beritahu Balkish pula. “Ayah tahu. Tapi Balkish, ayah tak mampu nak tanggung perbelanjaan universiti Balkish. Dan ayah dah tak nak tengok Balkish terseksa kerja siang dan malam semata-mata untuk kami. Kalau Balkish terima lamaran Amin, ayah faham walaupun Balkish tak cintakan dia. Cinta itu boleh dipupuk. Ayah tak suruh Balkish belajar mencintai lelaki yang telah merosakkan maruah Balkish tapi sekurang-kurangnya dia mahu bertanggungjawab. Kalau Balkish menolak lamaran Amin sekalipun, ayah juga faham. Keputusan Balkish, ayah dengan ibu terima seadanya. Balkish fikirlah elok-elok” “Balkish takut ayah. Balkish takut Amin akan mencederakan Balkish lagi” “Balkish berdoalah kepada Allah, minta perlindungan daripadanya. Ayah dan ibu sentiasa mendoakan kebahagian Balkish” “Ayah tahu kan, yang sejak dari kecil Balkish nak masuk Universiti, nak ubah nasib keluarga kita. Kalau Balkish terima lamaran dari pak cik Sahar, ayah tak marahan Balkish?” “Ayah faham. Ayah serahkan keputusan bulat-bulat pada Balkish” “Ayah. Ayah terima jelah lamaran mereka. Balkish takut juga kalau ada benih dari Amin dalam perut Balkish ni” beritahu Balkish. ………………………………………………….. “Balkish” panggi Datin Hasmah apabila melihat gadis itu termenung jauh. “Ye mak cik” “Balkish tak kisahkan kalau semua urusan perkahwinan tu nanti mama yang pilihkan?” “Balkish tak kisah” jawab Balkish lembut. “Mama dah pilih dah baju pengantin, papa nak buat simple je. Akad nikah dekat masjid. Pelamin pun biasa-biasa je sebab kami plan nak buat kecil-kecilan sahaja. Hanya keluarga terdekat yang diundang. Balkish bolehlah ajak keluarga sebelah Balkish datang nanti” beritahu Datin Hasmah lagi. “Yang datang nanti kami sekeluarga je mak cik. Ibu denga ayah sebatang kara je di dunia ni. Cuma…” Balkish tidak sanggup menghabiskan kata-katanya. “Mak cik tak kisah ke kalau keluarga saya datang di majlis perkahwinan tu nanti. Keluarga saya kan miskin sedangkan keluarga mak cik senang-senang semua. Saya takut mak cik malu” “Eh Balkish ni. Ajak je adik-adik Balkish tu datang sekali. Ibu dan ayah Balkish tu pun harus datang. Kita kan nak jadi satu keluarga juga nanti. Mama tak pernah membeza-bezakan keluarga Balkish” “Terima kasih mak cik” “Satu je mama minta dari Balkish. Mama kenal Amin tu macamana, mama harap Balkish dapat bersabar dengan dia selagi mampu. Namun seandainya suatu saat di mana Balkish rasa kesabaran Balkish dah sampai batasnya, mama relakan segala keputusan Balkish” Balkish mengangguk mengerti. …………………………………. Telefon bimbit Amin berdering. Dia melihat nama si pemanggil yang tertera di skrin telefon. “Hoi. Kau gile ke minta cuti satu sem?” soal Firdaus marah-marah. “Kau baru dapat tahu ke? Aku ada hal lah. Tu sebab aku minta cuti” jelas Amin. “Papa kau dah tahu?” soal Firdaus. “Belum. Kau jangan bagitahu papa aku pula” tegas Amin. “Kau apa cerita sekarang. Lama tak keluar clubbing sama-sama” keluh Firdaus. Sejak peristiwa di mall dulu, Amin tidak pernah menghubunginya lagi. Hisyam juga tidak dihubungi oleh Amin. Marah lagi ke Amin kepada mereka? Firdaus juga agak ego untuk menghubungi Amin. Tetapi setelah mendengar berita yang teman mereka itu mengambil cuti satu semester, terus sahaja dia mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon Amin. “Kenapa kau cuti?” soal Firdaus lagi. “Aku sibuk sikit lately” “Sibuk apa? Takkan nak kahwin dah?” Firdaus berseloroh. “Aku memang nak kahwin bro. Nanti aku hantar kad undangan ke rumah kau esok” “Biar betul? Kau jangan main-mainkan aku” ugut Firdaus. “Betul. Dengan Balkish” ringan sahaja Amin menyampaikan berita gembiranya itu. “Budak café tu?” “Yes” Firdaus terdiam. Tidak disangka yang sahabatnya itu benar-benar serius dengan waiter café yang selalu diusiknya itu. Tapi kenapa semuanya berlaku secara mendadak? Tidak lama setelah perpisahan dengan Tina, sahabatnya itu ingin melangsungkan perkahwinan dengan Balkish. Betulkah kepala otak si Amin ni? Amin yang dia kenal seorang playboy, tidak cukup dengan hanya seorang perempuan. Mampukah dia berubah? Setia pada seorang isteri yang lengkap bertudung. Sewel dah agaknya kawan aku tu! Keluh Firdaus sendirian.

Sunday, November 11, 2012

Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku 10

Bab 10 Aminah mengetuk pintu kamar, lalu menguak daun pintu. Tubuh Balkish yang terbaring di katil dilihat dengan penuh sayu. Aminah mendekati anaknya perlahan-lahan. Rambut panjang Balkish diusap. Air mata Aminah mula menitis perlahan-lahan. Dia rasa bersalah terhadap anaknya itu. Balkish membalikkan dirinya lau melihat ibunya sedang menangis. “Ibu!” panggil Balkish. Dia segera memeluk ibunya dengan sekuat hati. “Ibu” panggil Balkish lagi. tidak semena-mena Balkish juga turut menangis sekuat hati. Mereka berdua berpelukan erat. “Maafkan ibu, Balkish” “Ibu” Balkish dan ibunya saling meratapi kesedihan mereka. Aminah tidak berhenti meminta maaf daripada anaknya itu. Dia menyalahkan dirinya sendiri kerana membiarkan Balkish bekerja sampai larut malam sehingga anaknya terdedah dengan bahaya yang telah menimpa diri Balkish. “Bukan salah ibu, bu” “Ayah mana bu?” soal Balkish hairan apabila melihat ayahnya tidak ada situ. “Nanti ibu cerita semuanya. Kita balik ke rumah ye?” ajak Aminah. Balkish mengangguk laju. Aminah menolak pelawaan Dato’ Sahar untuk menghantarkan mereka berdua ke rumah. Dia tidak mahu terlalu terhutang budi dengan keluarga itu, cukuplah hanya mereka membiayai operasi suaminya pagi tadi. Kalau boleh dia tidak mahu terlibat lagi dengan keluarga itu, dia tidak mahu kerana budi mereka yang satu itu, anak mereka, Balkish yang terpaksa menanggung semunya. Cukuplah derita yang ditangggung oleh anaknya itu. dia Cuma mahukan kebahagiaan untuk Blakish. Sebaik sahaja Balkish sampai ke rumah, adik-adiknya, Fatin dan Fahmi datang memeluknya. Terpejam mata Balkish menahan rasa sakit tatkala adik-adiknya memeluk tubuhnya erat. Luka-luka akibat perbuatan Amin masih belum surut. Lebam-lebam pada wajah dan mukanya belum lagi sembuh. “Kakak pergi mana?” soal Fahmi, adik yang paling bongsu. “Kenapa muka kakak macam ni?” soal Fatin pula. Balkish senyum. “Kakak kerjalah sayang. Cari duit untuk beli buku mewarna untuk Fatin dan Fahmi” Balkish terpaksa berbohong. Aminah melirik ke arah Balkish. Sayu hatinya tatkala melihat wajah suram anak sulungnya itu. Wajah itu tetap cuba untuk tersenyum buat-adik-adiknya walaupun dia merasa pahit dengan kenangan hitam yang tak mungkin dipadam dari sejarah hidupnya itu. ……………………………….. Amin melangkah yakin menuju ke ruang pejabat fakultinya. Kaca mata hitam yang dipakainya tetap tersemat di wajahnya. Dia tidak akan membuka kacamata itu walaupun disuruh oleh dekan sekalipun. Lebam-lebam pada wajahnya cuba untuk disembunyikan. “Kak. Ini surat keterangan saya mohon cuti untuk satu semester” beritahu Amin. Petugas di pejabat itu membuka isi sampul surat yang dibawakan oleh Amin. Isi kandungan surat itu dibaca. “Eh nak cuti satu semester? Tinggal sebulan lagi nak exam lepas tu kan cuti tiga bulan. Rugi lah nanti” “Tak apa kak, saya dah fikir semua tu. Saya tetap nak cuti” sambung Amin. “Tolong ye kak, proseskan surat permohonan saya ni” ucap Amin. Tanpa menunggu jawapan daripada petugas itu, Amin segera berlalu. Amin segera balik ke rumahnya apabila selesai semua urusannya di kampus. Dilihat mamanya sedang bersiap-siap memasukkan beberapa jenis juadah ke dalam beberapa bekas Tupperware. Amin menegur mamamnya. “Mama ni cantik-cantik nak ke mana?” soal Amin. Pertanyaan itu tidak diendahkan oleh Datin Hasmah. “Mama, sampai bila mama tak nak layan Amin ni? Dah lah papa pun dah tak hiraukan Amin” Amin berusaha memujuk mamanya. “Mama..” rengek Amin. “Mama nak pergi melawat abang Tahir dekat hospital. Kau duduk rumah diam-diam. jangan buat hal tak senonoh” pesan Datin Hasmah. Tidak lama kemudian terdengar suara Dato’ Sahar memanggil-manggil Datin Hasmah untuk cepat kerana dia dan Wak sudah mahu berangkat. Amin turut keluar dari rumah dan menghidupkan enjin keretanya. Dia memandu keretanya untuk ke hospital yang dimaksudkan oleh mamanya. Dia ke kaunter dan bertanya ruangan yang menempatkan En.Tahir. Tanpa disangka-sangka dia melihat Balkish sedang berjalan keluar dari bilik ayahnya. Amin segera berlari mendapatkan wanita itu. Hatinya tersenyum melihat Balkish yang sudah pun sihat. Wajah itu masih ayu seperti dulu, namun ada bekas-bekas lebam yang belum surut. Sedih hati Amin melihat wajah gadis itu yang murung dan tidak seceria dulu. Amin mahu menegur Balkish jadi dia mempercepatkan langkahnya menuju ke arah Balkish. “Balkish” sapa Amin lembut. Tatkala mendengar suara lelaki itu Balkish sangat terkejut. Pinggan yang menempatkan beberapa biji buah epal yang dibawa oleh Balkis untuk dicuci telah terjatuh ke lantai. Segera Amin membungkukkan diri dan mengutip buah-buahan yang tergolek ke lantai. Balkish masih berdiri. Amin memberikan pinggan itu kembali kepada Balkish. Dia melihat wajah Balkish pucat dan tangannya menggeletar. Tatkala pinggan itu diberikan kepada Balkish, sekali lagi gadis itu tersentak. Amin pelik melihat reaksi gadis itu. “Balkish” panggil Aminah apabila mendengar bunyi yang bising dari luar. Amin segera menyembunyikan diri supaya tidak diketahui kehadirannya di situ oleh sesiapapun kecuali Balkish. “Dah siap cuci?” soal Aminah. “Belum ibu” beritahu Balkish. dia cuba menyembunyikan ekspresi wajahnya. “Kamu ni kenapa pucat je ibu tengok. Sini ibu cuci. Masuklah di dalam temankan ayah” Aminah mengambil piring tersebut daripada tangan Balkish. Segera Balkish melangkah kembali ke bilik ayahnya. Dia tidak mahu terserempak lagi dengan Amin, wajah itu mengingatkannya tentang peristiwa hitam yang terjadi kepadanya beberapa hari yang lalu. “Balkish dah makan?” soal Datin Hasmah kepada Balkish apabila dia melihat wajah anak gadis itu. “Dah mak cik” jawab Balkish. Datin Hasmah dan Dato’ Sahar berdiam diri. Mereka sebenarnya malu berhadapan dengan keluarga Balkish. Dengan apa yang dilakukan oleh Amin, mereka merasakan mereka memang tidak layak dimaafkan tetapi Amin tetap anak mereka dan mereka mahukan Balkish dan keluarganya memaafkan Amin dan tidak melaporkan kes ini kepada pihak polis. “Apa kau nak?” soal Tahir kasar. Dia memang tidak mahu melihat muka Amin dan keluarganya di sini. Tapi mengingatkan mereka yang telah membiayai kos operasi tulang belakang dan sarafnya, Tahir berusaha untuk berkelakuan baik. “Kau jangan ingat sebab kau tanggung kos perubatan dan operasi, anak kau akan lepas” ugut Tahir. Balkish hanya berdiam diri dan berpura-pura tidak mendengar. Amin yang sejak dari tadi mencuri dengar perbualan antara orang tuanya dengan ayah Balkish itu tiba-tiba bersuara, “Saya akan tunaikan janji saya. Saya anak nikahi Balkish!” lantang sekali suara Amin melafazkan ucapannya itu. semua orang yang berada di situ terkejut mendengar ucapan dari mulut lelaki yang merupakan punca kepada semua masalah ini. “Amin, apa Amin buat dekat sini?” soal Datin Hasmah. Dia segera menarik tangan Amin, melindungi anak lelakinya itu di belakangnya. Bimbang juga jika dilukai sekali lagi oleh keluarga Balkish. “Kau ingat, senang-senang aku nak serahkan Balkish dekat kau?” tengking Tahir. “Saya dah janji dengan pak cik yang saya akan nikahi Balkish beberapa hari yang lalu, jadi saya tetap akan nikahi Balkish” Amin menegaskan lagi ucapannya. Dato’ Sahar diam. “Kau yang menyebabkan semua masalah ni. Baik kau diam!” marah Tahir. “Saya sokong pendirian anak saya. Dan saya janji, selagi Balkish menjadi menantu saya, saya akan anggap Balkish seperti anak saya sendiri, melindungi Balkish seperti anak sendiri dan segala perbelanjaan harian, serta jika Balkish dapat melanjutkan pelajaran, segala perbelanjaannya juga akan ditanggung oleh saya. Perbelanjaan perkahwinan juga akan ditanggung oleh saya” beritahu Dato’ Sahar. “Abang, jangan jual anak kita” sampuk Aminah yang tercegat berdiri di pintu. Dia terkejut mendengar perbualan antara suaminya dan keluarga Amin itu. seboleh-bolehnya di amahu membela Balkish. tidak mahu lagi melihat Balkish dilukai. “Saya janji pak cik, saya akan jaga Balkish” beritahu Amin. Dia berusaha untuk meyakinkan Tahir. “Kau ingat aku nak percaya sangat dengan janji kau?” tengking Tahir kepada Amin. “Kalau macam tu, saya janji bang. Saya akan jaga Balkish” sampuk Dato’ Sahar. Tahir terdiam. Suasana menjadi hening seketika. Tahir memikirkan kata-kata usulan daripada Dato’ Sahar. Demi masa depan anaknya dia terpaksa berkorban melepaskan Balkish kepada keluarga Dato’ Sahar. Kalau Balkish tidak berkahwin dengan Amin, belum tentu dia dapat menjamin anak sulungnya itu masuk univerisiti seperti yang diimpikan oleh Balkish selama ini. Dengan kudratnya yang terbatas itu, belum tentu dia dapat memberikan kesenangan buat anak sulungnya itu. Dato’ Sahar sendiri yang memberikan janjinya akan menjaga Balkish seperti anak sendiri. Jika ditakdirkan Balkish mengandung dengan hanya satu peristiwa itu, bagaimana nasib anak gadisnya itu jika saat dia hamil dan belum menikah. Tahir menimbangkan pro dan kontra dari keputusan yang bakal diambilnya. “Kalau abang setuju, perkahwinannya akan diadakan bulan depan” beritahu Dato’ Sahar. “Kenapa cepat sekali?” soal Tahir. “Maknannya abang setuju lah ni?” soal Dato’ Sahar. “Biar aku fikir dulu” balas Tahir. ……………………………………………. Selesai solat isyak, Dato’ Sahar ke bilik anak lelakinya. Dia mengetuk daun pintu dahulu sebelum masuk. “Papa nak cakap sikit” beritahu Dato’ Sahar. Suaranya seperti biasa, datar tapi tegas. “Kalau ayah Balkish setuju dengan perkahwinan kamu dengan Balkish, kamu sanggup nikahi Balkish?” “Sanggup pa” Dato’ Sahar melepaskan satu keluhan lega. Bibirnya sedikit tersenyum. “Kahwin bukan benda yang senang, Min. Amin nak jadi suami kena tegas, penyayang dan memahami tambah lagi dengan keadaan Balkish sekarang. Amin tak boleh nak harapkan Balkish akan bersikap macam isteri-isteri orang lain. Dia mungkin membenci Amin dan tidak boleh menerima Amin, Amin dah sedia menerima segala kemungkinan itu?” soal Dato’ Sahar. “Amin akan cuba menyayangi Balkish” “Amin banyak-banyaklah berdoa. Semoga jodoh Amin ini yang terbaik buat Amin dan berkekalan sampai ke syurga” Amin sekadar mengangguk. Doa? Solat pun aku dah lupa macamana nak buat, apatah lagi doa. “Baiklah. Papa keluar dulu” “Pa” panggil Amin. “Terima kasih tadi sebab sokong pendirian Amin” beritahu Amin. ……………………………………….. Datin Hasmah masuk ke kamar dan melihat Dato’ Sahar termenung panjang. “Abang ni, kalau orang lain tengok abang macam tu, mesti diaorang ingat abang angau nak kahwin satu lagi” Datin Hasmah berseloroh. Dia ke meja solek untuk memakai krim perawatan wajah yang dibeli beribu-ribu ringgit. “Abang jarang sangat bercakap sekarang ni” keluh Datin Hasmah. Datin Hasmah berjalan ke arah tempat tidur dan duduk menyandar di katil seperti Dato’ Sahar. “Awak rasa Amin tu boleh berubah ke?” soal Dato’ Sahar tiba-tiba. “Plan saya nak ke Umrah bulan depan, nak doakan perubahan baik pada anak kita, Amin” beritahu Dato’ Sahar tanpa ditanya. “Pasti ada hikmah di sebalik semua masalah ni bang. Abang janganlah banyak fikir” pujuk Datin Hasmah. “Kalau abang Tahir dengan Kak Aminah setuju dengan rancangan kita, nampaknya kita terpaksa cancel plan nak buat Umrah tahun depan” ucap Datin Hasmah lagi. “Abang, abang rasa kan Balkish tu nak ke dekat Amin?” soal Datin Hasmah. “Kenapa pula?” “Yelah bang, Amin tu yang berkasar dengan dia. Dah dia tahu Amin tu perangai macam tu, nak ke dia kahwin dengan Amin?” “Awak ni, Amin tu kan anak kita. Awak kena doakan dia bukannya kutuk dia” bantah Dato’ Sahar. “Yelah bang. Kalau saya jadi Balkish pun saya tak nak terima Amin. Nakal, keras kepala, panas baran semua lah. Kalau Aman lain pula” Dato’ Sahar tidak berkomentar. Dia memilih untuk berdiam, makin dilayan isterinya itu, makin banyak omelnya. “Abang, kalau Balkish tak nak kahwin dengan Amin, kita kahwinkan Balkish dengan Amanlah nak? Saya bukan apa bang, saya berkenan sangat dengan Balkish tu bang. Berbudi bahasa, sopan santun, hormat orang tua, ayu, cantik. Nak sangat kalau Balkish jadi menantu kita bang” “Awak ni, takkan setiap kali Amin yang buat silap awak nak Aman je yang tanggung. Kali ini biar Amin tu belajar rasa tanggungjawab. Saya pun tak pernah nampak dia bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan dengan Balkish ni dia berubah” Datin Hasmah menarik muka masam kerana teguran suaminya itu. “Abang, saya tidur dulu ye bang” beritahu Datin Hasmah kepada Dato’ Sahar. Dato’ Sahar mengangguk. Dia belum merasa mengantuk lagi. Dia bangun dari tidur dan mengerjakan solat tahajjud. Kemudian dilanjutkan dengan solat sunat hajat. Setelah selesai mengerjakan dua rakaat solat sunah hajat, Dato’ Sahar mengangkat tangan memohon doa kepada Allah. ‘Ya Allah aku mohon petunjuk dari Mu Ya Allah. Sesungguhnya Kaulah yang Maha Mengehtahui. Aku hanya makhlukmu yang berusaha memohon hidayat Mu. Ya Allah bimbingah anak ku, Amin dan Aman ke jalanMu Ya Allah. Aku telah berusaha semampuku untuk menjadi ayah yang soleh, menjalankan tanggungjawabku memberikan pendidikan kepada kedua-duanya. Aku bermohon Kau murahkanlah rahmat untuk kedua-dua anakku itu. Dan Ya Allah dengan kuasaMu aku bermohon Kau jadikanlah musibah yang menimpa keluargaku ini suatu hidayat. Aku bermohon agar Amin berubah ke jalanMu, dapat membimbing isterinya nanti dengan baik. Menjadi suami yang baik dan ayah yang baik. Dan kekalkanlah jodoh mereka jika itu yang terbaik buat Amin dan Balkish. Kau kuatkanlah kudratku untuk aku mampu membimbing keluargaku ini. Amin’ Doa itu diaminkan. Dato’ Sahar melipat sejadahnya dan kembali ke tempat tidur. Dia merebahkan diri di samping Datin Hasmah. Tubuh isterinya itu dipeluk lembut.