Hermm?? Kenangan terindah atau tergundah???
Apabila dirisik orang Assalamualaikum, dan selamat pagi. Pertama sekali nak cakap ini adalah pengalaman yang betul-betul terjadi dan merupakan kali kedua di risik orang… Saya ni bukannya tak pernah berkawan dengan lelaki, tapi mungkin jodoh tak lama dengan dia dan dia..yang pertama dulu masa sy dekat Uitm, sambung program diploma. Masa tu mungkin cinta monyet, orang bercinta, kita pun nak jugak. Setakat suka-suka dan merasa bercinta. Last-last tak berkekalan juga sebab banyak sebab and yang paling penting sebab saya tak cinta pun dia dan mungkin sebab kitaorang jauh. Saya dekat Uitm, dia pula dekat UUM…jumpa pun dua kali je sepanjang kami berkwan tu, rasanya tak sampai pun setahun tempoh ‘percintaan’ kami. Kawan yang kedua ni saya kenal dah lama, masa kami diploma lagi tapi kami start rapat masa saya tahun ketiga program degree sy. Masa tu rasa macam dah ready nak kenal lelaki dengan serius dan nak dibuat calon suami tapi mungkin sebab x de jodoh so dengan dia ni pun tak jadi. Sekarang bila dah habis degree dan tengah tunggu panggilan kerja, mak pula dengan inisiatif sendiri mencari calon buat saya. Mak tak cakap direct, tapi berkias-kias sebab mak tahu saya ni bukannya suka benda-benda macam ni. Hint-hint yang mak bagi tu saya proses perlahan-lahan. Saya pun tak menolak dengan rakus sebab saya takut memalukan mak dan keluarga so saya decide to go with the flow je. Kalau tak salah, sempat dua kali kami postponed atau hold pertemuan atau kehendak pihak lelaki tu nak dtg ke rumah. And kali ke3 tu jadilah diaorng dtg rumah, itupun dengan mak and kakak serta suami kakak dia. Seperti biasalah, saya bawak keluar sedulang air, masa tu salam pun bila abah ingatkan..huhu sy memang kurang sikit bab-bab macam tu. Lepas salam, saya langsung tak pandang muka atau curi pandang, sebab hati ni rasa belum bersedia lagi..
Saturday, March 23, 2013
Sudah Bersediakah aku?
Sunday, February 24, 2013
sambungan bab 19 Susahnya nak Dapat Kemaafana Isteriku
…………………………………………
Gina masuk ke
bilik mesyuarat setelah dipaksa
berkali-kali oleh Amin. Takut rasanya mahu menganggu mesyuarat yng diketuai
oleh bosnya, tetapi sebab anak bos yang suruh, Gina terpaksa berusaha. Setelah
menapak masuk ke bilik mesyuarat dengan hati-hati, Gina mendapatkan Dato’ Sahar
dan menyampaikan tentang tetamu yang sedang menunggunya di luar. Dia berdiri di
belakang Dato' Sahar dan membungkukkan badan untuk membisikkan ke Dato' Sahar .
“Maaf Dato’ anak
Dato’ menunggu kat luar” bisik Gina.
“Anak saya,
siapa? Aman?” soal Dato’ Sahar agak terkejut. Hanya Aman yang terlintas di
fikirannya sekarang ini. Amin takkan ke datang ke pejabat walaupun disuruh.
Tapi bila difikirkan kembali, mustahil pula Aman nak datang jauh-jauh ke pejabatnya
pada jam-jam begini memandangkan anaknya itu sekarang tidak cuti. Pasti dia masih
harus mengikuti kelas dan kuliahnya. Meskipun ada hal sekalipun, anak bongsunya
itu akan menelefon terlebih dahulu bagi memastikan keberadannya di pejabat
ataupun Aman menunggunya di rumah sahaja. Kalau Amin definitely impossible. Anak sulungnya itu liat sekali mahu datang
ke pejabat walaupun dibayar gaji. Yang dia tahu tidur terbungkang di rumah.
“Amin, Dato’” Gina
menyampaikan nama anak sulung Dato' Sahar itu.
“Apa dia nak?”
soal Dato’ Sahar agak terkejut apabila mengetahui kedatangan Amin.
“Dia kata dia nak
jumpa Dato’ urgent katanya” beritahu Gina lagi.
“Suruh dia
tunggu. Kalau dia tak nak tunggu suruh dia balik” jelas Dato' Sahar. Kali ini
dia sengaja mahu menguji keazaman Amin untuk berjumpa dengannya. Pasti kali
ini, anaknya itu ada hal penting mahu dibincangkan dengannya, kalau tak, takkan
Amin sanggup datang berjumpa dengannya di pejabat. Fikiran Dato' Sahar
tertanya-tanya tentang tujuan kedatangan Amin ke pejabatnya. Mungkinkah ada
kaitannya dengan kedatangan Balkish pagi tadi. Dato' Sahar tersenyum gembira,
kali ini dia yang akan mengatur Amin menurut kemahuannya. Yang dia mahi senang
sahaja, iaitu Amin belajar sedikit demi sedikit tentang syarikat.
Gina mengangguk
tanda faham. Kalau A cakap Dato’ A lah jawabnya. Kalau Dato’ suruh tunggu, maka
menunggulah Amin. Gina takut mahu bertapi-tapi atau bertanya lebih-lebih lagi.
Nanti mood Dato’ tak baik, siapa yang nak tanggung?
Gina menapak keluar
dari bilik mesyuarat dan kembali tempat kerjanya. Dia mendapatkan Amin yang
sedang menunggunya memberikan jawapan daripada Dato' Sahar.
“En. Amin. Dato
suruh En. Amin tunggu” beritahu Gina menyampaikan pesan bosnya itu.
“Cik dah cakap
anak dia yang tunggu dia?” soal Amin tidak percaya mendengar jawapan yang baru
sahaja disampaikan kepadanya. Sibuk sangat ke papa? Atau papa memang sengaja
nak uji? Baik, kalau papa nak main cara macam ni, Im’ going with it. Well played papa!
“Dah encik. Dan
Dato’ cakap lagi, kalau En. Amin tak nak tunggu, En.Amin boleh balik” beritahu Gina.
Gina menyambung lagi pesan Dato' Sahar kepada Amin.
“Dato’ cakap
macam tu?” soal Amin tidak percaya.
Gina mengangguk
mengiyakan.
Amin menarik
nafas dalam-dalam. Papa memang nak main kasar.
“Tak apa, saya
tunggu” beritahu Amin sambil mengukirkan senyuman kepada setiausaha papa itu. Amin
kembali duduk di sofa untuk menunggu Dato' Sahar selesai mesyuarat. lama-kelamaan
setelah terpaksa menunggu hampir sejam barulah mesyuarat yang dihadiri oleh
papapnya selesai. Beberapa orang pekerja yang keluar dari bilik mesyuarat
senyum kepada Amin yang sedang menunggu di sofa. Beberapa orang pekerja wanita
di syarikat itu sempat melirik untuk melihat ketampanan Amin buat kali kedua.
Amin sekadar senyum kembali kepada si gadis.
Dia mengejar
langkah papanya apabila melihat Dato’
Sahar keluar dari bilik mesyuarat itu sambil diikuti oleh beberapa orang
pekerja yang lain.
“Hah Ada apa?”
soal Dato Sahar selamba. Dia berjalan masuk ke biliknya dengan Amin membontoti
dari belakang. Tanpa disuruh, Amin masuk ke dalam bilik pejabat papanya,
mengekori Dato' Sahar. Amin duduk di kerusi berhadapan dengan papanya.
“Pa, Amin nak
minta kerja. Kerja apa-apa pun ok pa, asal Amin dapat duit” beritahu Amin tanpa
ditanya. Dato' Sahar hanya berdiam diri, dia mahu mendengar alasan dan kata-kata
Amin dalam meyakinkannya untuk memberikan pekerjaan.
“Ni sijil Amin
pa” beritahu Amin sambil menghulurkan fail biru yang digunakan sebagai tempat
untuk menyimpan sijil-sijilnya sejak sekolah menengah. Fail itu bertukar
tangan.
Dato’ Sahar pada
awalnya tidak percaya apabila mendengar Amin ingin memohon kerja daripadanya. Sebelum
ini, bukan main liat lagi kalau nak suruh Amin masuk ke pejabat, kerja untuknya
saat cuti semester susah sekali. Tetapi hari ini, anak lelaki sulungnya itu
berada di bilik pejabatnya meminta untuk diberikan kerja dengan membawa
sijil-sijilnya. Kalau dulu, dia menawarkan posisi kerja yang bagus dengan gaji
yang lumayan semata-mata untuk menarik minat Amin ‘berkenalan’ dengan syarikat
yang bakal diwarisinya kelak, tapi hari
ini semuanya berubah, Amin pasti terdesak untuk membuktikan sesuatu sampai
sanggup merendahkan egonya dan melawan malasnya datang ke pejabat meminta
diberikan kerja. Takdir berpihak kepada Dato' Sahar hari ini dan dia pasti akan
menggunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya. This is not a win-win situation,
ini peluang yang besar buatnya untuk mengambil kesempatan atas situasi Amin.
fikir Dato' Sahar. Inilah masanya dia mahu mendedahkan Amin dengan belok
syarikat terutama berkenaan pekerja-pekerjanya. Inilah masanya dia mengajar
Amin erti usaha dan kepayahan untuk mencari rezeki. Selama ini, Amin tidak
pernah bersusah-payah mencari duit tapi kali ini, mungkin peluang ini sedikit
sebanyak dapat menyuntik rasa hormat dalam mernghargadi orang lain.
Fail yang
diserahkan oleh Amin diselak-selak dan diteliti. Fail itu kemudiannya
diletakkan di meja.
“Amin tahukan
sijil yang paling tinggi Cuma sijil SPM” kata Dato’ Sahar.
“Yelah pa, Amin
kan belum habis degree lagi. Matriks mana laku sijil dia” sampuk Amin.
“Kalau macam tu,
bila Amin nak masuk kerja?” soal Dato’ Sahar.
“As soon as
possible pa. Hari ni pun tak apa”
“Ok kalau macam
tu, Amin dah boleh start kerja. Papa tengah ada projek buat masjid untuk
kampung Melayu. Kecil je projek tu…” belum sempat Dato' Sahar menghabiskan
kata-katanya, Amin cepat-cepat memintas.
“Ok pa. Amin tak
kisah. So Amin assist engineer papa yang mana ni?” soal Amin excited.
“Amin bukan
assistant engineer” beritahu Dato' Sahar selamba. Kata-kata itu menghampakan
Amin.
“Habis tu?” soal
Amin sedikit terkejut.
“Pekerja biasa.
Angkat batu bata, gaul simen” jelas Dato' Sahar lagi.
“Pa nak Amin
jadi buruh???!” kali ini Amin bukan sahaja sedikit terkejut tapi terkejut besar
gedabak apabila mendengar kata-kata papanya. Ternganga mulutnya kerana tidak
percaya papa sanggup mengujinya sebegitu. Papa memang nak main kasar, takkan
aku nak mengalah senang-senang dengan permainan papa ni!
Dato’ Sahar
mengangguk. “Dah tu, sijil kamu sampai SPM je, takkan nak jadi engineer?”
“Amin ingat
assistant engineer. Sebelum ni time papa offer Amin buat part time dekat office
papa, papa suruh Amin jadi assistant engineer”
“Kenapa Amin
tolak? Peluang hanya datang sekali” sambung Dato’ Sahar. Dia pura-pura sibuk.
Setelah berfikir
agak lama, Amin akhirnya melafazkan persetujuannya, dia mahu mencuba pekerjaan
yang diusulkan oleh papa. Lebih baik jadi buruh daripada tak dapat sesenpun
gaji. Tak ada gaji, tak dapatlah keluar dating dengan awek cun macam Balkish.
“Ok. Amin
terima. Tapi hari ni, Amin nak balik awal sikit. Nak bawa Balkish balik rumah
ayah. Amin dah janji dengan Balkish”
“Ok” teringat
juga tentang hal itu yang disampaikan oleh Balkish semalam saat ditanya tentang
kereta Amin. “Kalau macam tu. Deal” Dato’ Sahar mencapai persetujuan dengan Amin.
Mereka berdua berjabat tangan. Lagak mereka bagaikan dua pihak yang Berjaya
mencapai persetujuan untuk menjalankan usahasama antara dua syarikat besar.
Tapi Dato' Sahar memang tidak menyangka yang Amin akan bersetuju dengan
pekerjaan yang diberikan olehnya. Sebelum ni bukan main malas kalau suruh
kerja, ni kerja paling berat pun Amin terima. Apa dah jadi dekat anak sulung
aku ni? Cinta! Tak sangka kuatnya penangan cinta Amin pada Balkish.
Amin keluar dari
bilik pejabat papanya. Dato’ Sahar tersenyum gembira apabila memenagi
perundingan damai antara dia dan anaknya. Dia sedar, ada perubahan pada diri
anak lelakinya itu dan semua itu gara-gara Balkish. Dato’ Sahar kemudiannya mengeluarkan
telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon Farhan, engineer yang bertanggungjawab terhadap projek masjid di Kampung
Melayu.
“Farhan, nanti
ada anak saya pergi jumpa kamu untuk kerja dekat situ. Anak sulung saya, Amin.
Nanti kamu bagi je dia kerja macam orang lain” beritahu Dato' Sahar.
“Kerja apa tu
Dato?”
“Dia tak biasa
lagi buat kerja. Suruh je dia angkat batu-bata atau simen” jelas Dato' Sahar
satu persatu tentang skop kerja buat anak lelakinya.
“Biar betul
Dato? Tak beranilah saya nak susahkan anak Dato” soal Farhan tidak percaya.
“Awak layan je
dia macam orang lain. Nanti dia jumpa awak kat situ. Satu lagi, bagi dia balik
awal hari ni. Besok suruh dia ganti balik berapa jam yang dia dah miss untuk
hari ni” beritahu Dato’ Sahar lagi
“Baik Dato”
balas Farhan.
Panggilan itu
dimatikan oleh Dato’ Sahar.
…………………………………………..
Setelah
memperkenalkan diri kepada En.Farhan, Amin mulai bekerja. Pekerja-pekerja lain
melihatnya dengan pandangan aneh namun Amin buat-buat tak Nampak. Yelah, datang
pakai kereta sport, dengan kemeja dan seluar slack hitam tapi kerja angkat batu-bata. Amin tidak mengendahkan
orang di sekelilingnya. Sesiapa yang menegur, dia hanya senyum. Kalau mereka
tidak menegur, Amin berdiam diri, tidak berminat untuk mencari teman atau
mengatur perbualan dengan rakan sekerja
barunya itu. yang dia tahu, dia ke sini kernana nak kerja nak dapat gaji. Tidak
sabar rasanya menunggu waktu pulang. Panas terik mulai terasa membahang,
keringat peluh sudah merintik di seluruh tubuh, namun Amin tetap bekerja. Tidak
pernah dia berasa penat sebegitu selama ini kecuali waktu dia membantu ayah
mengambil upah memungut buah rambutan di kebuh. Ini lebih-lebih lagi penatnya
kerana dia terpaksa bekerja di bawah panas terik matahari. Memang susah nak
cari duit dengan hanya kerja macam kerja yang dilakukan olehnya sekarang atau
kerja macam ayah. Ayah lagi kasihan, dengan usia yang dah tua dan sakit-sakit
belakang lagi. Kalau dia yang masih muda ni pun rasa penat gila dah, kalau ayah
macamana pula.
Papa memang sengaja
memberikan dia kerja ini. Padahal boleh sahaja papa mengatur kerja lain untuk
anaknya sendiri. Mungkin kerana hubungan dia dengan papa memang agak dingin
kebelakangan ini, agaknya itulah sebabnya papa juga tidak mahu membantu. Keringat
diingn yang merintik dari dahinya dilap. Amin menyambung kerjanya dengan
mengangkat batu-bata menggunakan kereta sorong. Memanglah tidak seberapa
beratnya tapi kalau kena ulang-alik banyak kali, penat juga.
‘Sabar Amin.
Anggap je kau tengah work out’ Amin memujuk diri sendiri. Habis dia memunggah
batu bata, Amin disuruh oleh kontraktor di situ untuk memunggah beg simen pula.
Penat mulai terasa, kudratnya dirasakan telah habis. Kalori daripada nasi
goring pagi tadi dah habis. Nasib baik tengahari tadi ada pekerja yang
membelikannya makanan dan mereka semua makan bersama-sama. Namun mereka tidak
berehat lama-lama, setelah makan mereka pergi solat bersama-sama di masjid yang
sudah 70% siap itu namun Amin tidak menyertai jemaah sebaliknya dia pergi ke
kedai untuk membeli air minuman. Setelah itu, mereka semua menyambung kerja
mereka yang tertangguh.
“Amin!” panggil
En.Farhan. Kereta sorong yang dibawa olehnya diparkir diberikan kepada seorang
pekerja yang lain. Amin berjalan mendapatkan engineer itu yang memanggilnya.
“Dato’ cakap
awak nak balik awal hari ni” Farhan memulakan bicaranya. Sempat pula dia melihat
kea rah Amin yang mengelap peluhnya. Anak bosnya itu kuat bekerja untuk sehari
ini. Tidak mengeluh pula apabila disuruh melakukan kerja-kerja berat oleh
kontraktor projek ini.
Amin mengangguk.
Dia sudah tidak larat mahu berbicara. Sebaiknya dia menyimpan sahaja tenaganya.
“Kalau macam tu,
awak dah boleh baliklah. Ini gaji awak untuk hari ni” Farhan menyerahkan
beberapa wang bernot seratus kepada Amin.
Amin mengambil
duit yang diberikan oleh En.Farhan. Dia kemudiannya menghidupkan enjin
keretanya dan meninggalkan tapak projek itu. Apabila sampai ke perkarangan
rumah, dilihat tempat parkir kereta papa masih kosong. Amin parkir di situ. Dia
kemudiannya masuk ke dalam rumah dan duduk melepaskan lelah di sofa di ruang
menonton.
“Amin ni dari
mana?” soal Datin Hasmah muncul entah dari mana. Tangannya memegang gunting pokok,
mungkin dari laman depan, menguruskan taman bonzainya.
“Amin kerja ma”
beritahu Amin.
Datin Hasmah dan
Amin berpaling kea rah Dato' Sahar yang melangkah masuk ke dalam rumah. Dia
melihat ke arah Amin.
“Betul ke bang Amin
kerja dengan abang?” soal Datin Hasmah tidak percaya. Suaminya ditanya saat
sudah duduk di sofa
Dato’ Sahar
mengangguk. Dia melonggarkan tali leher dan membuka butang pertama baju
kemejanya. Briefcase yang dibawa pulang diletakkan di meja.
“Amin kerja
apa?” soal Datin Hasmah ingin tahu. Hatinya berbunga riang dengan perubahan
sikap anak lelaki sulungnya itu.
“Assistant
engineer” Amin berbohong. Refleks yang sangat cepat untuk berbohong kepada mama
berkenaan kerja buruh yang diterima oleh papa. Sempat dia melirik ke arah Dato'
Sahar. Sengaja dia mahu merahsiakan hal sebenar daripada pengetahuan mamanya.
Takut mama risau.
“Betulke bang?”
soal Datin Hasmah kepada Dato’ Sahar pula. Mahu disahkan berita yang terduganya
itu oleh Dato' Sahar.
“Em” jawab Dato'
Sahar ringkas tanpa melihat ke arah Datin Hasmah, isterinya. Dia mengiyakan
sahaja. Sengaja dia menuruti kehendak dalam diam itu. Dia juga tahu bagaiman
respons Datin Hasmah nanti kalau dia tahu anak mereka kerja buruh.
“Patutlah anak mama
ni hangus terbakar je mama tengok” Datin Hasmah membelai rambut Amin.
“Haah ma, hari
ni kita tengok site, panas, sebab tulah Amin macam ni” beritahu Amin. Mahu
menutup kebohongan yang dilakukannya.
Dato’ Sahar naik
ke kamarnya untuk membersihkan diri. Sekejap lagi akan masuk waktu Maghrib. Datin
Hasmah pula berjalan menemai suaminya ke kamar.
“Balkish!” laung
Amin. Sejak pulang, dia masih belum melihat Balkish. ke mana pula gadis itu.
dan dia pula penat mahu pergi mencari.
Sebentar
kemudian Balkish datang kepadanya. “Nanti lepas makan kita berangkat pergi
rumah ayah ye” beritahu Amin. Dia menyandarkan dirinya ke sofa. Penatnya bukan
main-main. Balkish yang duduk di sofa melihat ke arah Amin. Baju kemeja yang
dipakai kemas oleh Amin sebelum keluar pagi tadi, basah dengan peluh, dari
dahinya dilihat menitis beberapa titik peluh. Kemeja juga tidak dirapikan ke
dalam seluar slack. Gayanya macam penat sangat.
“Awak dari mana
ni?” soal Balkish pelik.
“Abang kerja”
jawab Amin ringkas.
“Kerja apa
sampai macam ni sekali?” soal Balkish lagi.
“Assitant
engineer, dekat company papa” beritahu Amin. Dia bangga untuk memberitahu Balkish
tentang pekerjaan palsunya itu.
Balkish
mencebik. Poyo je mamat ni. Bukannya engineer, baru assistant engineer tapi
gaya cakap macam dia tu bos company
papa.
Balkish
menghilang ke dapur untuk mengambil air minuman untuk Amin.
“Balkish!”
panggil Amin apabila ditinggalkan oleh Balkish.
“Nah” air
minuman itu diberikan kepada Amin. Amin memandang Balkis lalu tersenyum
gembira.
“Ni buat abang sayang
dekat Balkish ni” puji Amin.
“Minum jelah,
banyak bunyi pula” marah Balkish.
“Saya naik dulu.
Nak bersiap untuk solat Maghrib” beritahu Balkish. Amin sekadar mengangguk
mengizinkan.
………………………………………………………….
Setelah selesai
makan malam, Amin mengajak Balkish untuk berangkat. Walaupun badannya terasa
sangat penat, digagahkan sahaja diri kerana dia telah berjanji dengan isterinya
itu. Nanti kalau tak jadi, merajuk pula si Balkish ni.
“Kita tak lama
ye sayang, abang penat sangat ni” beritahu Amin sebelum mereka berangkat. Amin
dan Balkish meminta diri dari papa dan mama.
Kereta dipandu
ke jalan utama, namun Amin memberhentikan keretanya di stesen minyak tidak jauh
dari perumahan mereka. Dia keluar dari perut kereta untuk ke kaunter
pembayaran.
“Awak nak pesan
apa-apa ke?” soal Amin saat dia mahu membayar harga petrol keretanya.
“No thanks”
Selesai membayar
harga petrol, Amin berjalan masuk ke mini market di stesen minyak. Tidak lama
kemudian dia kembali dengan membawa dua tin Nescafe. Dia kemudian baru mengisi
petrol untuk keretanya.
“Awak ni
mengantuk ke?” soal Balkish saat suaminya itu melabuhkan punggung di sisinya. Timbul
rasa simpati buat lelaki itu.
“Mengantuk
sikit. Kalau Balkish boleh urut abang kan bagus” Sempat lagi Amin tersenyum
buat Balkish. Tin Nescafe itu dibuka dan diteguk isinya.
“Boleh ke drive
ni?” soal Balkish risau.
“Boleh sayang.
Janganlah risau” pujuk Amin, sengaja mahu bermanja-manja dengan gadis itu.
Dilihat Balkish terlalu risau akan dirinya membuatkan Amin berasa lebih tak
senang duduk, ada-ada sahaja akal jahat untuk mengusik dan mengenakan Balkish
yang dudk di sampingnya. Tak sangka sayang juga Balkish kepadanya.
“Saya tak
risaukan awak, saya risaukan nyawa saya” sambung Balkish.
Lak, macam tu
pula Balkish jawab. Bukan main lagi bahagia bila fikir Balkish risaukan aku
tapi last-last macam tu dia jawab.
“Geramnya abang”
tanpa warning, atau clue, atau hint, tiba-tiba
Amin mencium pipi Balkish. Geram dengan kata-kata Balkish yang sengaja
membuatkan dia jadi tidak keruan. Apa tidaknya, sejak petang tadi, baik sekali
layanan Balkish kepadanya, mungkin menyedari yang dia penat pulang dari kerja
dan sekarang Balkish pula seperti mengambil berat akan dirinya. Yang penat dari
tadi pun, jadi bertenaga apabila dijaga oleh Balkish.
Ternganga mulut Balkish
dibuatnya apabila dia terkejut dengan perbuatan Amin yang mendadak itu. Secara
refleks, tubuh dan tangan Balkish jadi menggigil. Kerinat dingin mula membasahi
dahi dan tangannya. Balkish cuba untuk berlagak tenang tetapi dia tidak mampu. Perasaan
dan kedinginan yang dirasa terus mencengkam kalbu. Lama-lama perasaan terkejut
diganti dengan perasaan marah, Amin ni memang sengaja nak cari nahas.
“Balkish ni
asyik nak sakitkan hati abang je” keluh Amin dalam nada bergurau. Namun jauh di
sudut hati dia gembira dapat menakluk pipi Balkish malam ini. Sesekali dia
kerling lagi ke arah Balkish yang berada di sampingnya untuk melihat reaksi
pada gadis itu. namun Balkish tetap
berdiam diri. Amin mula dirundung rasa bersalah.
“Balkish ok tak
ni?” soal Amin. Dia mulai risau dengan sikap Balkish yang berdiam diri dan
wajahnya juga jadi pucat lesi.
“Pucat je abang
tengok” tegur Amin lagi.
Tanpa diduga, Balkish
berpaling dan pipi Amin ditampar sehingga Amin sangat terkejut. Dia memandang ke
arah Balkish. Mahu sahaja dia memarahi gadis itu, tetapi satu lagi pukulan
hinggap ke dadanya. Kuat pula bunyi yang terhasil dari pukulan Balkish tadi,
sakitnya apatah lagi.
“Aduh. Sakitlah Balkish”
Amin mengeluh kesakitan. Pukulan Balkish bukannya pukulan manja, tetapi pukulan
membunuh ni. Amin mengurut dadanya sambil memegang stereng dengan satu tangan. Disangkanya
Balkish sudah berhenti tetapi semakin banyak pukulan Balkish hinggap ke
badannya. Gadis itu seperti mengamuk dan maukannya ditujah kea rah badan
Amin sehinggakan dia terpaksa
memberhentikan keretanya di pinggir jalan. Kereta itu berhenti mengejut di
pinggir jalan raya. Nasib baik kereta di belakang masih jauh. Kalau tidak kes
lain pula terjadi dekat mereka.
“Balkish,
sakitlah!” Amin menjerit, marah.
Amin cuba
mengelak tetapi Balkish tetap memukulnya. Tangan Balkish akhirnya digenggam
tetapi gadis itu Berjaya melepaskannya dan satu, dua serta tiga pukulan hinggap
ke wajah dan lengan Amin.
“Stop, stop”
rayu Amin. “Sorry, sorry, abang minta maaf”
Barulah balkish
berhenti.
“Ok ok, we’re
even” beritahu Amin. Dia memandang ke arah Balkish. Risau juga kalau Balkish
menyerangnya secara tiba-tiba lagi. Baju dan rambutnya yang kusut kerana
pergaduhan tadi dibetulkan. Dadanya digosok-gosok dengan tangan kerana masih
sakit. Kuat Balkish pukul, macam boxing, macamana tak sakit. Dia pula tak
melawan dan hanya mengelak. Takkan nak balas balik dekat Balkish, tak
gentlemanlah lelaki yang pukul perempuan. Eh eh, malam peristiwa dulu rasanya
aku ada pukul Balkish. Ah, tu lain cerita. Masa tu aku mabuk.
“Boleh abang
drive sekarang? Balkish jangan pukul abang lagi, ok?” risau Amin dibuatnya. Dia
memastikan keadaan Balkish sudah agak tenang untuk dia mula memandu kembali. takut diserang dari
samping oleh Balkish lagi seperti tadi.
Balkish terdiam.
Amin, dengan perlahan-lahan, memandu kembali keretanya ke jalan utama. Sesekali
dia melirik ke arah Balkish. Berjaga-jaga dengan serangan hendap dari Balkish.
Sakitnya minta ampun.
………………………………….
Balkish segera
turun dari kereta saat Amin parkir keretanya di hadapan rumah ayah. Mereka
berdua hanya berdiam diri sahaja sejak dari stesen minyak tadi. Amin keluar
dari kereta dan mengekori langkah Balkish. Dia turut menyapa ibu dan ayahnya serta
melangkah masuk ke dalam rumah.
“Amin dengan
Balkish ni kenapa lambat sangat datang? Lain kali datang telefonlah dulu?” kata
ibu kepada Amin.
“Ibu, Balkish
dapat masuk UIA!” beritahu Balkish. Aminah turut gembira mendengar berita itu
dan memeluk Balkish erat. Air matanya hampir menitis tetapi cepat-cepat diseka.
Aminah yakin dengan prestasi dah kesungguhan Balkish anaknya itu pasti dapat
diterima masuk universiti. Walaupun elulusan Balkish tidaklah secemerlang 9A,
namun dia bangga dengan pencapaian anak sulungnya itu. kalau anak orang lain
dapat 9A sebab masuk tuisyen, ada tutor peribadi dan belajar 24 jam tanpa
dibebani dengan tugas-tugas rumah, tapi Balkish, dia di rumah jaga
adik-adiknya, tolong memasak di dapur, kadang-kadang menemani ayahnya kerja
mengambil upah. Balkish itu satu dalam sejuta, tidak ada anak gadis sekuat Balkish.
Amin sekadar
memerhatikan. Belum sempat dia bercakap apa-apa, Balkish sudah menarik orang
tuanya masuk. Gadis itu membiarkan dia di luar. Namun Amin mengikut sahaja
isterinya.
Amin
ditinggalkan sendirian. Marahnya terhadap perbuatannyanya di dalam kereta tadi
masih lagi membara. Dia tidak suka dengan sikap nakal Amin. Walaupun mereka
sudah menjadi suami isteri tetapi dia masih belum memaafkan lelaki itu, dia
turut berasa fobia apabila berdekatan dengan Amin. Peristiwa hitam dalam
hidupnya masih menghantui. Dan dia yakin Amin tahu yang dia belum dapat
menerima kejadian itu tapi entah kenapa Amin seringkali tidak menjaga
sesitifitinya terhadap isu itu. Sesekali dia kerling ke arah Amin. Hati kata
tak suka, tapi dia tetap curi-curi pandang ke arah Amin. Tersengguk-sengguk
kepala Amin menahan kantuk. Ayah sudah lama keluar ke masjid. Fahmi, Fatin dan
Farah mengerjakan tugasan yang diamanahkan oleh guru-guru mereka.
Ibu akhirnya
menyuruh Balkish mengejutkan AMin untuk tidur di kamar. Balkish terpaksa akur.
Dia tidak mahu menunjukkan sikap dinginnya terhadap Amin di hadapan ibu.
“Amin” panggil Balkish
separuh berbisik. Bimbang juga jika didengar oleh ibu. Nanti apa pula kata ibu,
panggil Amin bukan dengan panggilan ‘abang’. Uwek geli. Tak sesuai kot Amin
dipanggil abang. Buat masa sekarang Amin rasanya belum layak dipanggil dengan
panggilan agung itu, panggilan itu hanya layak buat seorang suami yang
bertanggungjawab, beragama, pemimpin keluarga yang dapat memimpin dia ke jalan
Allah.
Amin tersedar. Dia
melihat ke arah Balkish.
Baru sahaja Balkish
mahu bertanya adakah Amin mahu tidur di rumah orang tuanya atau mahu memandu
pulang, lelaki itu terlebih dahulu memberitahu keputusannya, “Kita tidur dekat
sinilah malam ini, abang penat sangat nak drive balik. Besok pagi-pagi kita
berangkat. Abang kerja” beritahu Amin. Balkish mengangguk faham. Tanpa disuruh,
Amin bangun dari duduknya dan melangkah masuk ke dalam kamar mereka, Balkish
membontoti dari belakang. Dilihat Amin mengambil bantal dan selimut untuk tidur
di lantai. Sepertinya lelaki itu terlalu mengantuk.
Amin baring
tanpa disuruh. Seluruh tubuhnya terasa sangat sakit akibat bekerja keras satu
hari ini. Dan setelah pulang kerja dia terpaksa lagi memandu keretanya ke rumah
orang tua Balkish kerana dia sudah terlanjur berjanji dengan gadis itu. Biarlah,
lagipun dia tidak mahu memungkri janjinya. Tapi badannya terasa sakit sekali.
Selimut ditarik sampai paras pinggang. Amin akhirnya melelapkan matanya.]
………………………………………………
Dinihari terasa
sangat dingin, AMin tersenyum gembira dapat melelapkan matanya. Lenanya sangat
asyik sekali ditambah dengan kedinginan pagi. Baru sahaja Amin mahu menyambung
mimpinya, dia terjaga, jam tangannya dilihat. Terus lelaki itu bingkas bangun
dari tidurnya dan mengejut Balkish.
“Balkish bangun
kita dah lambat” arah Amin. Dia kalut mengambil barang-barangnya. Balkish masih
lagi bermalas-malasan di katil.
“Balkish duduk
lah sini dulu. nanti habis kerja abang datang ambil” eritahu Amin setelah dia
melihat gaya Balkish yang masih lagi mahu tidur di katilnya.
“ Ye ke? OK”
gembira sahaja kalau disuruh tinggal di rumah orang tuanya lama-lama.
“Tapi awak
kerja” baru Balkish teringat. Tidak enak juga menyusahkan diri lelaki itu.
Sudahlah Amin penat setelah seharian bekerja, harus menjemputnya lagi di rumah
ayah.
“Tak pelah. Nanti
saya balik sendiri” sambung Balkish.
“Ikut suka
awaklah” malas dia mahu bertekak dengan gadis itu pagi-pagi ini. Tambahan pula
dia sudah terlambat ke tempar kerja.
Balkish
menyambung kembali tidurnya.
ps: sorry for inconvenient, lately bz sangat, selsema lagi..nak interview 27 hb ni, doakan saya ye..this is uneditted version.. sorry sangat2, nnati saya upload yang sudah diedit dekat p2u hehe.. selamat membaca
Wednesday, February 6, 2013
Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku bab 19
Bab 19
“Awak nak ke mana
bersiap-siap ni?” soal Amin apabila melihat Balkish cantik mengenakan blouse panjang dengan jeans berwarna
biru. Rambutnya tetap ditutup dengan tudung shawl
yang dililit melingkari kepala, leher dan bahagian dada. Cantik sekali Balkish
hari ini. Tidak berkelip mata Amin menikmati keindahan ciptaan Allah pada
isterinya itu.
“Nak keluar sekejap”
beritahu Balkish. ringkas sahaja jawapnnya.
“Pergi office
papalah tu? Jangan rambang mata Balkish kalau papa offer duit. Ingat janji Balkish
pada abang” Amin mengingatkan janji isterinya itu kepadanya pada malam tadi.
Dia kemudiannya mendepakan tangan di pintu bilik mereka untuk menghalang
Balkish daripada keluar.
“Awak ni, papa
tu kan papa awak. Duit papa duit awak juga kan? Betul tak?” sengaja Balkish
mempersendakan Amin dengan kata-katanya sendiri. Suatu masa dulu Amin sangat
berbangga dengan duit yang dimilikinya walaupun duitnya itu sebenarnya adalah
duit papa.
“Balkish, tak
payahlah pergi” rayu Amin. dia masih cuba untuk menghalang Balkish untuk pergi
berjumpa papa.
“Papa dah suruh.
Tak baik kalau saya tak endahkah arahan papa” jawab Balkish. meluat pula dengan
perangai Amin hari ini.
“Tepi” marah
Balkish. Dia tidak berani menolak tubuh Amin, maka dia menguatkan suaranya
supaya Amin mengalah dan memberikannya laluan.
Amin terpaksa
mengalah dan memberi laluan kepada Balkish untuk melewati pintu bilik. Balkish segera
mengambil peluang itu dan keluar dan meninggalkan Amin sendirian. Dia
mendapatkan Pak Cik Wak yang sudah menunggunya di kereta.
Balkish
mengambil tempat duduk di sebelah Pak Cik Wak. Dia tidak selesa duduk di tempat
duduk belakang seperti bos-bos memandangkan dia menganggap Pak Cik Wak seperti
ayahnya sendiri.
Kereta yang
dipandu oleh Pak Cik Wak sekejap sahaja sampai di tempat parker depan syarikat
papa. Selepas itu, Balkish membontoti
langkah pekerja papanya itu masuk ke bangunan syarikat. Balkish diperkenalkan
oleh Pak Cik Wak kepada setiausaha peribadi papa dan tanpa menunggu lama, dia disuruh
masuk olehnya.
“Amin dah bangun
ke masa Balkish datang sini?” soal Dato’ Sahar saat melihat Balkish masuk ke
dalam bilik pejabatnya. Dia bangun dari kerusinya dan menghadap Balkish.
“Dah pa” jawab
Balkish. Tak sangka syarikat papa besar juga dan bilangan pekerja yang bekerja
di bawah syarikat ini tidak kurang ramainya. Papa pula kelihatan tegas dan
kemas dengan pakaian formalnya. Berdiri berhadapan dengan papa saat itu
membuatkan Balkish berasa sangat kecil di mata papa. Tak sangka lelaki yang
berpangkat ayah mertuanya itu yang sangat berlembut apabila bercakap dengannya
merupakan seseorang yang disegani dan dihormati di syarikat ini.
“Kejap lagi papa
ada meeting. Balkish nak pergi cari barang hari ni kan? Guna credit card papa
je. Papa dah bagitahu Wak untuk temankan Balkish ke kedai atau mall” beritahu
Dato’ Sahar. Dato' Sahar menarik dompet dari kocek seluarnya. Dompetnya dibuka
untuk mengeluarkan salah satu kad kredit yang tersemat rapi di dompet kulit
jenama Boss yang digunakannya sejak bertahun-tahun.
“Sebenarnya, Balkish
datang ni pa sebab Balkish nak bagitahu, papa tak payahlah susah-susah nak
belikan barang-barang Balkish” teragak-agak Balkish menolak niat baik ayah
mertuanya itu.
“Kenapa? Tak
susahpun Balkish” balas Dato' Sahar.
“Amin tak
benarkan Balkish ambil duit papa?” soal Dato’ Sahar meneka apabila Balkish
hanya berdiam diri dan tidak memberikan jawapannya.
“Budak tu nak
kena dengan aku” marah Dato’ Sahar apabila Balkish berdiam diri lagi. Dia tahu
Balkish tidak mahu memberitahunya alasan itu berkaitan dengan Amin. Kalau tak,
takkan Balkish berahsia. Amin ni sengaja nak libatkan Balkish dalam pergaduhan
mereka kali ini.
“Balkish pun
rasa bersalah dekat Amin sebab Balkish dah janji. Lagipun duit Balkish kerja
part time dulu masih ada lagi pa” pujuk Balkish. Dia tidak mahu kebisuannya
menambah garam pada luka pergaduhan antara papa dan Amin.
“Maaf pa, Balkish
minta diri dulu” Balkish segera meninggalkan ruang pejabat Dato’ Sahar itu
dengan tergesa-gesa. Dia takut sekiranya Dato’ Sahar menghalangnya dan berkeras
agar mengambil duitnya. Nanti dia sudah mati kutu mencari alasan untuk menolak
pemberian ayah mertuanya itu dengan cara yang baik. Takut disalah anggap tidak
menghargai pemberian orang.
Dato’ Sahar
menggelengkan kepalanya melihat kerenah menantu mudanya itu. Si Amin ni
betul-betul membuatkan tekanan darahnya naik. Kasihan Balkish tersepit antara
ego si suami. Tapi lama-kelamaan bibir Dato’ Sahar terukir senyuman. Lucu
mengingatkan kerenah sepasang suami isteri yang masih mentah itu. Amin tu masih
perangai budak-budak, bilalah nak belajar erti tanggungjawab? Dah jadi suami
orang pun tak berubah-ubah, perangai masih pentingkan ego dan tak nak mengalah.
Nasib baik Balkish tu budak baik. Tahu menjaga maruah dan mendengar kata suami.
Bertuah kau Amin dapat isteri macam Balkish!
Balkish terpaksa
meminta Pak Cik Wak menghantarnya pulang ke rumah dan Pak Cik wak menurut. Dia
sibuk bertanya kenapa Balkish tidak jadi ke kedai untuk mencari barang-barang
keperluannya. Balkish terpaksa pula menjawab dengan jawapan yang sama diberikan
kepada Dato' Sahar yang dia mahu ke sana bersama-sama dengan Amin. sebaik
sahaja sampai di rumah, dia mengucapkan terima kasih kepada Pak Cik Wak kerana
telah menghantarnya pulang. Mereka berdua masuk ke dalam rumah. Dilihat Amin
sedang duduk bersenang lenang di sofa sambil menonton televisyen. Balkish
menyapa Amin kerana tidak mahu dibilang sombong.
Amin sempat
kerling memerhatikan langkah isterinya yang melewati ruang menonton. Teguran
daripada Balkish tidak diendahkan kerana marah apabila Balkish membuat
keputusan untuk ke syarikat papa walaupun dia telah menghalangnya.
“Hah, Pak Cik
ada nampak gunting tak?” soal Amin saat Pak Cik Wak masuk mengekori Balkish.
Amin melihat langkah kaki Balkish berhenti tidak jauh darinya, inilah
kesempatannya untuk membalas perbuatan Balkish yang tidak mengendahkan
permintaannya tadi.
“Gunting apa
pula ni Amin?” soal Pak Cik Wak kehairanan. Apa pulak kerenah si Amin ni.
Tiba-tiba sahaja gunting yang dicari.
“Gunting dalam
lipatan, pak cik!!” sengaja Amin
membesarkan suaranya suapaya dapat didengar oleh Balkish.
“Ada-ada je kamu
ni” leter Pak Cik Wak yang belum menangkap maksud sindiran Amin itu yang
ditujukan khas buat Balkish.
“Baik-baik sikit
jalan tu pak cik, kat rumah ni ada ular” pesan Amin. kali ini dia berdiri dan
berlari mengejar langkah kaki Balkish yang kelihatan cuba mengelakkan diri
daripadanya.
“Apa lagi kau ni
Amin?” Pak Cik Wak sudah masak dengan perangai Amin. Dia malas mahu melayan
kerenah lelaki itu.
“Ular dalam
rumah ni ada lidah bercabang dua, macam orang tu!” peril Amin lagi.
Kali ini Balkish
sudah tidak dapat menahan telinganya daripada mendengar sindiran-sindiran tajam
daripada Amin untuknya. Dia berpaling ke belakang dan memandang Amin dengan
marah.
“Pandai pula
berperibahasa” sindir Balkish.
Amin terdiam. Balkish
kelihatan sangat marah. Dia sudah tidak berani menyindir gadis itu lagi.
“Sukalah tu.
Dapat duit dari papa kan?” soal Amin, menuduh melulu.
“Papa bagi
credit card pada saya untuk beli barang-barang keperluan, tapi awak tahu, saya
tolak sebab awak. Pastu balik rumah, terpaksa pula dengar sindiran-sindiran
dengan peribahasa yang awak duk merepek ni” marah Balkish. Dia tidak mampu lagi
menahan marahnya.
Amin melihat ke
arah Pak Cik Wak kerana tidak mempercayai kata-kata Balkish. Pak Cik Wak
mengangguk mengiyakan bait-bait kata yang keluar dari mulut Balkish tadi.
Tahulah dia bahawa peribahasa yang disebut-sebut oleh Amin tadi merupakan
sindiran kepada Balkish. Risau juga melihat pasangan suami isteri yang baru
menikah itu bergaduh di depannya. Ini semua sebab salah faham tadi.
“La, kenapa tak
habaq awal-awal” Amin ketawa lucu.
Balkish
menjeling tajam. Dia berlalu pergi. Tidak larat rasanya mahu bertikam lidah
dengan Amin. Lelaki itu takkan pernah berubah.
Amin membontoti Balkish
masuk ke kamar mereka. Dia tahu dia salah kerana tuduhan melulunya tapi dia
tidak mahu meminta maaf, egonya tetap tinggi walaupun terang-terang dia telah
menyakiti hati Balkish. Tanpa mengendahkan Balkish yang juga sedang tidak
mengendahkannya, Amin berjalan ke arah almari
untuk mencari pakaian formal yang telah siap digantung dengan hangar. Dia mahu ke pejabat papa,
meminta kerja daripada papanya untuk perbelanjaan mencari barang-barang
keperluan Balkish. Kalau boleh, dia mahu mencari pendapatan sendiri untuk
membelikan barang-barang yang diperlukan oleh Balkish dan tidak mahu
menggunakan duit hasil belas kasihan papa, dia mahu buktikan kepada papa yang
dia bukanlah seteruk yang papa sangka dan mampu mendapatkan wang sendiri. Amin mengenakan sepasang kemeja dan seluar panjang.
Dia tidak mempedulikan keberadaan Balkish yang turut bersama-samanya di dalam
kamar itu. Amin membuka bajunya dan kemudian menggantikan seluar panjang
berwarna hitam.
“Ei!!!!” marah
Balkish. Dia terkejut apabila berpaling ke belakang dan secara tidak sengaja
melihat Amin sedang menggantikan bajunya. Dia segera menghentikan perbuatan
Amin itu. Jantung Balkish bagaikan nak gugur apabila melihat tubuh Amin tanpa
pakaian dan mereka hanya berdua di bilik itu. Perbuatan dan situasi mereka
sekarang membuatkan Balkish terkenangkan peristiwa hitam yang pernah terjadi
dalam hidupnya itu. Tangan Balkish jadi terketar-ketar dan dia bertambah takut
jadi Balkish segera mengangkat kaki dan melangkah keluar dari bilik itu.
“Apa?” soal Amin
selamba.
“Kalau nak tukar
baju pun, tunggulah orang keluar dulu” sempat Balkish menjawab sebelum dia
meninggalkan bilik.
“Alah, macam tak
biasa. Lebih daripada ni pun Balkish dah tengok kan?” selamba sahaja bicara Amin.
Dia mengomel sendirian kerana saat itu Balkish sudahpun meninggalkan bilik itu.
Amin mencebik mengingatkan respons isterinya tadi, “Macamlah body aku scary
sangat sampai Balkish takut nak tengok! Body kau tu lagi teruk dari body orang
utan dekat zoo tu!” marah Amin. dia sengaja menguatkan suaranya supaya Amin
mendengar.
Imaginasi Amin
kembali ke kejadian dulu, wajahnya gembira mengukirkan senyuman mengingatkan
kenangan di dalam kereta BMW di bawah sinaran rembulan yang terjadi antara dia
dan Balkish dulu. Balkish ayu, dan body dia tak adalah teruk sangat macam orang
utan. Amin senyum nakal pada awalnya, tapi apabila dia mengingatkan kejadian
itu secara detail, dia teringatkan tangisan Balkish, dan wajah Balkish yang
meraung kesakitan dan minta dilepaskan. Namun dia kejam kerana tetap
memperlakukan Balkish dengan cara yang tidak baik walaupun gadis itu telah
menolaknya dan memberontak minta dilepaskan. Dia tetap memaksa walaupun
sebenarnya Balkish bukanlah penyebab amukannya hari itu, yang dia marahkan
sangat adalah Tina tapi kenapa dilempiaskan semua marahnya kepada Balkish yang
tidak berdosa. Betapa dia bersalah kepada Balkish atas perbuatannya dulu yang
bertindak mengikut nafsu dan marah. Amin segera menghapuskan ingatan itu, ia
bukanlah suatu kenangan indah untuk dikenang-kenang tapi merupakan sebuah pengalaman
ngeri yang tidak sepatutnya tidak diungkit-ungkit lagi.
Balkish menelan
air liur. Kata-kata terakhir Amin itu didengari walaupun dia sudah beredar dari
bilik mereka. Teringat kejadian malam itu walaupun dia cuba menghapuskannya
dari kotak memori.
“Sewel” marah Balkish. Dia menyambung langkahnya
untuk turun ke tingkat bawah. Mama dilihat sedang duduk-duduk di sofa. Balkish pergi
menegur mama untuk berbual-bual dengan mertuanya itu.
“Cepat balik?
Kata nak keluar cari barang” Tanya mama apabila melihat kelibat Balkish
seawal jam begini sedangkan suaminya
memberitahu awal-awal pagi sebelum pergi ke tempat kerja mahu menyuruh Balkish
keluar membeli barang-barangnya dengan Wak.
“Tunggu tiga
atau empat hari lagi, ma. Balkish tak jadi keluar hari ini” balas Balkish. Dia
tidak tahu kenapa dia menurutkan sahaja kehendak Amin sedangkan dia tidak
menyukai lelaki itu. perbuatannya itu mungkin atas dasar rasa kasihan
terhadapnya kerana dia bersungguh-sungguh mahu membelikan barang-barang
keperluan dengan duitnya sendiri. ‘Ego
juga si Amin tu. Kalau tak, takkan dia sampai melarang aku daripada menggunakan
duit papa dalam masa beberapa hari ini’ fikir Balkish
“Nak ke mana tu
Min?” soal Datin Hasmah menegur Amin apabila melihat anaknya melewati ruang
menonton itu. Segak anak sulungnya dengan pakaian formal. Eh, nak ke mana pula Amin
ni dengan berpakaian begitu? Jarang benar nak tengok dia pakai kemeja. Pakaian
Amin membuatkan Datin Hasmah tertanya-tanya destinasi anaknya kerana Amin tidak
gemar berkemeja dan berpakaian formal. Pergi ke kelas pun selalunya dengan
tshirt yang berkolar yang tidak dikemaskan masuk ke seluar, dengan neck tie
yang melurut tanpa dikemaskan di kolar baju atau dengan jeans. Ini lain pula
penampilannya.
“Nak pergi
office papa” beritahu Amin.
“Dengan macam
ni?” soal Datin Hasmah tidak percaya. Balkish berdiam diri dan hanya
memerhatikan perbualan antara mama dengan anak sulungnya itu.
“Min pakai macam
ni sebab nak minta kerja. Ni fail sijil-sijil Min. Bye mama. Min dah lambat ni”
beritahu Amin sambil dia berlalu pergi. Dia tidak memandnag wajah Balkish pun
saat dia berbual dengan mamanya. Bukannya marah tapi malu apabila tadi dia
terkenangkan perbuatan kejamnya dulu terhadap Balkish.
Datin Hasmah
menggelengkan kepalanya rasa tidak percaya. Anak sulungnya itu berubah 360
darjat dari biasa. Nak pula si Amin tu kerja dengan papanya. Sebelum ini, bukan
main disuruh dan disogok dengan duit oleh papanya, dia tetap tak mahu. Datin Hasmah
menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Apa keno eh jang dengan anak aku tu?
“Balkish tahu
ke?” soal Datin Hasmah memohon penjelasan. Manalah tahu kalau Amin memberitahu
hal itu kepada Balkish sebelum ini. apa sebenarnya yang membuatkan Amin mahu
bekerja sekarang ni? Mungkin sebab suaminya telah memansuhkan kad kredit Amin
buat sementara waktu ni. Tapi cara suaminya menghukum Amin dengan pemansuhan
kad kredit bukanlah yang pertama, sebelum ini pun sudah banyak kali suaminya
bertindak sebegitu. Tapi kenapa baru sekarang, Amin mahu berkeras dengan
papanya. Kenapa baru sekarang Amin berasa tercabar dengan hukuman papanya?
Semakin difikir semakin Datin Hasmah buntu dengan jawapan yang logic. Dia
melihat kea rah Balkish. Balkish senyum kepadanya. Datin Hasmah turut senyum,
rasanya dia sudah tahu kenapa Amin berubah sebegitu.
“Amin kata nak
cari kerja. Dia nak belikan barang-barang keperluan Balkish untuk mendaftar U
nanti”
“Apa susahnya,
kan papa nak bagi duit” sambung Datin Hasmah.
“Amin tak bagi
saya ambil duit papa, mama” beritahu Balkish.
“Pasal tu ke? Makin
pelik lah budak tu” ngomel Datin Hasmah. Tekaannya betul. Pasti perubahan Amin
itu kerana Balkish. Dia senyum, gembira dengan sedikit perubahan yang terjadi
pada diri anak sulungnya itu
…………………………………………
Wahida masuk ke
bilik mesyuarat setelah dipaksa
berkali-kali oleh Amin. Takut rasanya mahu menganggu mesyuarat bosnya, tetapi
sebab anak bos yang suruh, Wahida terpaksa berusaha. Dia mendapatkan Dato’ Sahar
dan memberitahu tentang tetamu yang sedang menunggunya di luar.
“Maaf Dato’ anak
Dato’ menunggu kat luar” bisik Wahida.
“Anak saya,
siapa? Aman?” soal Dato’ Sahar agak terkejut. Mustahil pula Aman nak datang
jauh-jauh ke pejebatnya pada jam-jam sebegini memandangkan anaknya itu sekarang
tidak cuti. Pasti dia ada kelas dan kuliahnya. Kalau ada hal sekalipun, anak
bongsunya itu akan menelefon terlebih dahulu kalau mahu datang ke pejabat
ataupun dia akan menunggunya di rumah sahaja. Kalau Amin lagi mustahil. Anak
sulungnya itu susah sekali kalau disuruh ke pejabat walaupun dibayar gaji. Yang
dia tahu tidur terbungkang di rumah.
“Amin, Dato’”
beritahu Wahida.
“Apa dia nak?”
soal Dato’ Sahar agak terkejut.
“Dia kata dia nak
jumpa Dato’ urgent katanya”
“Suruh dia
tunggu. Kalau dia tak nak tunggu suruh dia balik”
Wahida
mengangguk tanda faham. Kalau A cakap Dato’ A lah jawabnya. Wahida takut mahu
bertapi-tapi atau bertanya lebih-lebih. Nanti mood Dato’ tak baik, siapa yang
nak tanggung?
Wahida keluar
dari bilik mesyuarat dan kembali tempat kerjanya.
“En. Amin. Dato
suruh En.Amin tunggu” beritahu Wahida menyampaikan pesan bosnya itu.
“Cik dah cakap
anak dia yang tunggu dia?” soal Amin tidak percaya mendengar jawapan yang baru
sahaj disampaikan kepadanya.
“Dah encik. Dan
Dato’ cakap lagi, kalau En. Amin tak nak tunggu, En.Amin boleh balik” beritahu
Wahida.
“Dato’ cakap
macam tu?” soal Amin tidak percaya.
Wahida
mengangguk mengiyakan.
Amin menarik
nafas dalam-dalam. Papa memang nak main kasar.
“Tak apa, saya
tunggu” beritahu Amin sambil mengukirkan senyuman. Amin kembali duduk di sofa
dan terpaksa menunggu hampir sejam sehinggalah mesyuarat yang diketuai oleh
papanya selesai..
Amin mengejar
langkah papanya apabila melihat Dato’
Sahar keluar dari bilik mesyuarat itu sambil diikuti oleh beberapa orang
pekerja syarikat.
“Ada apa Amin?”
soal Dato Sahar. Dia berjalan masuk ke biliknya dan dengan Amin membontoti dari
belakang. Tanpa disuruh, Amin masuk ke dalam bilik pejabat papanya dan duduk di
kerusi.
“Pa, Amin nak
minta kerja. Kerja apa-apa pun ok pa, asal Amin dapat duit” beriathu Amin.
Dato' Sahar berdia diri, dia mahu mendengar kata-kata anaknya itu.
“Ni sijil Amin
pa” beritahu Amin sambil menghulurkan fail biru yang digunakan sebagai tempat
untuk menyimpan sijil-sijilnya sejak sekolah menengah.
Dato’ Sahar pada
awalnya tidak percaya apabila mendengar Amin memohon kerja daripadanya. Sebelum
ini, bukan main liat lagi kalau nak suruh Amin masuk ke pejabat, kerja untuknya
saat cuti semester. Tetapi hari ini, anak lelaki sulungnya itu berada di bilik
pejabatnya meminta untuk diberikan kerja. Kalau dulu, dia menawarkan posisi
kerja yang bagus dengan gaji yang lumayan sekadar untuk menarik minat Amin ‘berkenalan’
dengan syarikat yang bakal diwarisinya kelak tapi hari ini semuanya berubah,
Amin pasti terdesak untuk membuktikan sesuatu sampai sanggup merendahkan egonya
dan melawan malasnya datang ke pejabat meminta diberikan kerjanya. This is not
a win-win situation, ini peluang yang besar buatnya untuk mengambil kesempatan
atas situasi Amin. fikir Dato' Sahar.
Dato Sahar mengambil
fail yang diserahkan oleh Amin dan membelek-belek sijil kelayakan milik anaknya
itu.
Fail itu
kemudiannya diletakkan di meja.
“Amin tahukan
sijil yang paling tinggi Cuma sijil SPM” kata Dato’ Sahar.
“Yelah pa, Amin
kan belum habis degree lagi” sampuk Amin.
“Kalau macam tu,
bila Amin nak masuk kerja?” soal Dato’ Sahar.
“As soon as
possible pa. Hari ni pun tak apa”
“Ok kalau macam
tu, Amin dah boleh start kerja. Papa tengah ada projek buat masjid untuk
kampung Melayu. Kecil je projek tu…” belum sempat Dato' Sahar menghabiskan
kata-katanya, Amin cepat-cepat memintas.
“Ok pa. Amin tak
kisah. So Amin assist engineer papa yang mana ni?” soal Amin excited.
“Amin bukan
assistant engineer” beritahu Dato' Sahar. Kata-kata itu menghampakan Amin.
“Habis tu?” soal
Amin sedikit terkejut.
“Pekerja biasa.
Angkat batu bata, gaul simen” jelas Dato' Sahar lagi.
“Pa nak Amin
jadi buruh???!” kali ini Amin bukan sahaja sedikit terkejut tapi terkejut besar
gedabak apabila mendengar kata-kata papanya. Ternganga mulutnya kerana tidak
percaya papa sanggup mengujinya sebegitu. Papa memang nak main kasar, takkan
aku nak mengalah senang-senang dengan permainan papa ni!
Dato’ Sahar
mengangguk. “Dah tu, sijil kamu sampai SPM je, takkan nak jadi engineer?”
“Amin ingat
assistant engineer. Sebelum ni time papa offer Amin buat part time dekat office
papa, papa suruh Amin jadi assistant engineer”
“Kenapa Amin
tolak? Peluang hanya datang sekali” sambung Dato’ Sahar. Dia pura-pura sibuk.
Setelah berfikir
agak lama, Amin akhirnya melafazkan persetujuannya, “Ok. Amin terima. Tapi hari
ni, Amin nak balik awal sikit. Nak bawa Balkish balik rumah ayah. Amin dah
janji dengan Balkish”
“Ok kalau macam
tu. Deal” Dato’ Sahar mencapai persetujuan dengan Amin. Mereka berdua berjabat
tangan. Lagak mereka bagaikan dua pihak yang Berjaya mencapai persetujuan untuk
menjalankan usahasama antara dua syarikat besar.
Amin keluar dari
bilik pejabat papanya. Dato’ Sahar tersenyum gembira apabila memengai
perundingan damai antara dia dan anaknya. Dia sedar, ada perubahan pada diri
anak lelakinya itu dan semua itu gara-gara Balkish. Dato’ Sahar kemudiannya mengeluarkan
telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon Farhan, engineer yang bertanggungjawab terhadap projek masjid di Kampung
Melayu.
“Farhan, nanti
ada anak saya pergi jumpa kamu untuk kerja dekat situ. Amin. Nanti kamu bagi je
dia kerja macam orang lain” beritahu Dato' Sahar.
“Kerja apa tu
Dato?”
“Dia tak biasa
lagi buat kerja. Suruh je dia angkat batu-bata atau simen” jelas Dato' Sahar
satu persatu tentang skop kerja buat anak lelakinya.
“Biar betul
Dato? Tak beranilah saya nak susahkan anak Dato’” soal Farhan tidak percaya.
“Awak layan je
dia macam orang lain. Nanti dia jumpa awak kat situ. Satu lagi, bagi je dia
balik awal hari ni. Besok suruh dia ganti balik berapa jam yang dia dah miss
untuk hari ni” beritahu Dato’ Sahar lagi
“Baik Dato”
balas Farhan.
Panggilan itu
dimatikan oleh Dato’ Sahar.
…………………………………………..
ps: enjoy...sambungan bab 19 nnt sy upload, x sempat nak edit lgi hehehe
Saturday, January 26, 2013
Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku 18
Bab 18
Balkish membuka
sampul surat yang bertuliskan namanya itu. Di sudut paling atas sampul surat
itu tertulis alamat pengirimnya. Balkish sudah dapat mengagak isi kandungan surat yang baru sahaj
diterimanya.
“Surat awak ke
tu?” sapa Amin. Entah dari mana munculnya lelaki seorang ni. Rungut Bakish di
dalam hati.
“Dari siapa
wak?” soal Amin lagi. Dia mendekati Balkish untuk melihat nama pengirim.
“UPU” balas Balkish
saat Amin sudah berdiri dekat dengannya. Hati Balkish jadi berdebra-debar
kerana takut berada dekat dengan Amin dan juga takut membaca isi kandungan
suratnya tu.
Tanpa terduga surat
itu dirampas dari tangan Balkish. “Amin!” jerit Balkish.
“Sinilah saya
buka. Saya bacakan untuk awak” beritahu Amin. Balkish terpaksa mengalah. Nak
berebut dengan Amin dia takut, dekat dengan Amin saja lutunya sudah
menggeletar, tangannya sudah kedinginan.
“Kepada saudari Balkish,
berkenaan dengan permintaan saudari dalam permohonan untuk melanjutkan
pengajian saudari, kami dengan dukacita memaklumkan yang permintaan saudari
ditolak” ketawa Amin membaca isi surat itu.
“Abang dah agak
dah. Balkish ni bukannya cerdik sangat” Amin masih ketawa lucu apabila
membacakan isi surat itu kepada Balkish.
Balkis terduduk
di sofa. Hancur semua harapannya. Impiannya untuk melanjutkan pengajiannya ke universiti
seperti orang lain musnah. Segala-galanya hancur dengan kehadiran surat ini. bukan sahaja impiannya musnah, impian ayah
dan ibu juga turut hancur berkecai tapi Amin boleh pula bergelak ketawa
memandang hal ini suatu perkara lucu.
“Tak apa Balkish,
papa boleh support Balkish masuk kolej swasta” pujuk Amin.
“Balkish tetap
nak masuk UIA” bentak Balkish. dia menjeling kea rah Amin yang berada di
sisinya. Lelaki itu tidak mengerti kekecewaannya dan sat ini dia sangat
membenci Amin kerana mengetawai berita buruk yang baru diterimanya itu. mungkin
bagi Amin hal ini remeh kerana dia hidup senang dengan segala kemewahan yang
dimilikinya tapi bagiku, inilah satu-satunya peluang untuk aku mengubah nasib kedua ibu bapaku
serta adik-adikku, dan sekarang peluang ini hilang dengan hadirnya surat ini.
“Sama je
mana-mana pun sayang” pujuk Amin. Amin duduk di sofa
Balkish terdiam.
Amin melihat wajah Balkish yang kelihatan sedih dengan berita yang bari
disampaikan olehnya tadi. Dia jadi kasihan. Menyesal pula mengetawakan Balkish
sedangkan sepatutnya dia tidak harus berbuat begitu demi menjaga hati Balkish.
“Nah, ambil
surat ni. Buat buat bungkus nasi lemak. Kalau tak masuk U, Balkish jual je nasi
lemak pagi-pagi kat depan sana tu” Amin bangun dari duduknya dan memberikan
surat itu kepada Balkish. Sempat dia menjeling ke arah Balkish yang masih lagi
bersedih.
Surat itu Balkish
ambil dan membaca isi kandungannya.
“Aminnnnn!!!!!”
jerit Balkish geram. Dia hampir menangis apabila mendengar khabar tidak baik
dari Amin itu tadi. Tetapi setelah membaca isi surat rasmi tersebut, Balkish menjadi
marah. Kalau boleh bertukar hijau jadi Incredible Hulk, sekaranglah masanya.
Perbuatan Amin yang telah menipunya tentang isi kandungan surat itu membuatkan Balkish
benar-benar marah.
Amin ketawa
terbahak-bahak. Apa lagi, dia segera menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa
amukan Balkish. Gadis itu mengejarnya dengan bersungguh-sungguh. Amin gembira
dapat mengenakan Balkish. Sesekali Amin berpaling ke belakang untuk melihat
wajah masam mencuka milik Balkish yang masih mengejarnya untuk membalas perbuatannya
tadi. Tanpa terduga, tiba-tiba Amin tersadung di laman depan rumahnya. Dia
jatuh terguling-guling di rumput yang tumbuh menghijai di laman. Dan saat
itulah, Balkish berhenti di hadapan Amin dan bercekak pinggang.
“Dah dah, abang
penat kena kejar” beritahu Amin. Dia mengelak daripada dipukul oleh Balkish.
Balkish
tercungap-cungap kepenatan.
“Tak baik awak
tipu orang” bentak Balkish.
“La, abang gurau
je” balas Amin. Dia menghulurkan tangannya untuk ditarik oleh Balkish tapi Balkish
tidak mengendahkannya. Amin bangkit sendiri. Dia membersihkan seluar pendeknya
yang kotor terkena tanah dan rumput.
“Mama dengan
papa mana?” soal Amin tiba-tiba.
Balkish
melilau-lilau mencari kelibat kedua orang mertuanya itu.
“Kita berdua je
ni?” soal Amin. Sengaja dia mahu mengusik Balkish.
Hati Balkish
tiba-tiba berdegup kencang. Mereka hanya berdua? Di mana mama dan papa? Tangan Balkish
menggeletar. Amin ni bukannya boleh diharapkan. Datang mood gilanya, entah apa
yang bakal dilakukannya. Betul, Amin ada mood gila. Kalau orang lain, ada mood
happy, sedih, tapi Amin, dia ada additional,
mood gila!
“Nanti, dah
masuk U, abang tak benarkan Balkish tinggal kat hostel” tiba-tiba Amin
bersuara.
“Suka hati
sayalah” bentak Balkish. Dia mengelakkan diri daripada Amin.
“Eh, mana boleh.
Abang pun boleh bersuara dalam hal ni. Balkish kan isteri abang” balas Amin.
Amin memperjuangkan buah fikirannya. Memang betulpun, dia ada hak atas Balkish.
walaupun mama dan papa tidak tahu yang mereka tidak tidur sekatil tapi
sekurang-kurangnya setiap hari dia pasti dapat melihat Balkish. alinlah pula
kalau Balkish tinggal di hostel nanti. Siapa pula yang akan menjaga Balkish?
“Eh gelilah!”
“Amboi, jual
mahal. Dulu masa abang ngorat senyum je memanjang. Sekarang bila dah dapat
abang, macam ni Balkish buat kat abang” sambung Amin. dia mengejar langlah
Balkish yang meninggalkannya.
Balkish
tersenyum lucu. Ada ke patut dia cakap macam tu. Macam dia tu anak dara je.
Balkish berjalan
ke arah buaian kayu yang terletak di samping kolam ikan. Amin membontoti isterinya.
Balkish duduk di buaian dan mengayunkan dirinya. Amin sekadar melihat.
“Bila daftar?”
soal Amin.
Surat yang
berada di tangan Balkish dibuka. Isi kandungannya dibaca sekali lagi untuk
menjawab pertanyaan Amin itu.
“Next week”
“Tak lama
lagilah. Besok kita pergi cari barang-barang keperluan Balkish”
“Apa yang nak
kena beli?” soal Balkish
“Hah, ni Tanya
abang. Nasib baik Balkish ada abang. Banyaklah kita nak kena beli, yang penting
besok kita pergi. Kita cari baju baru, buku tulis, alat tulis, kasut, beg,
semualah. Balkish jangan risau. Biar abang bayar, ok”
“Memang awak
yang bayar, tapi duit tu duit papa” sindir Balkish.
“Yelah sayang,
abang kan belum kerja lagi”
Balkish
mencebik. Mulutnya muncung.
“Hah, mulut tu”
“Apa?”
“Balkish ingat
abang tak Nampak?”
“Nanti jangan
lupa bagitahu papa dan mama pasal offer letter Balkish ni. Jangan lupa ibu
dengan ayah Balkish juga” pesan Amin.
“Besok awak
temankan saya pergi rumah ayah?” pinta Balkish. Segan juga meminta pertolongan
daripada Amin untuk ke rumah kedua orangtuanya, maklumklah takut Amin tidak
selesa di sana. Kunjungan dulu, Amin telah termuntah malam hari kerana tidak
terbiasa makan ikan sungai. Pasti Amin keberatan lagi mahu ke rumah ayah, rumah
keluarganya tidak seselesa dan semewah rumah keluarga Amin. Walapun dia sangat
berterima kasih kepada Amin kerana sanggup mengalah dan berkorban sedikit untuk
bermalam di rumah keluarganya yang serba kekurangan, dia pasti Amin pasti tidak
mahu lagi berkunjung ke sana.
“Call jelah.
Awak ingat dekat ke rumah parent awak?”
“Tak apalah,
saya naik bas je”
Amin menarik
muka masam. Merajuklah Balkish ni..
“Ayah tak ada
handphone eh?” soal Amin cuba meneka
“Takkan
handphone pun tak ada. Tak fahamlah! Mahal sangat ke nak beli satu?” marah Amin.
Balkish
menjeling kea rah Amin. Kata-kata Amin itu terdengar seperti hinaan kepada
keluarganya yang serba kekurangan. Walaupun harga telefon bimbit sekrang tidak
lebih dari seratus ringgit tapi keluarganya memang benar-benar tidak
berkemampuan. Daripada berhabis duit ke barang yang tidak perlu, lebih baik
duit itu dibelanjakan untuk duit perbelanjaan sekolah adik-adik.
“Sakit hatilah
sembang dengan orang macam awak ni” marah Balkish. Dia bangun dan meninggalkan Amin.
Amin ketawa
lucu. Sekali lagi dia gembira dapat mempermainkan perasaan Balkish. Tidak
terlintas di fikirannya menghina darjat keluarga Balkish seperti itu. Dia Cuma
mahu mempermainkan perasaan Balkish dan bertengkar dengannya. Kalau bertanya
atau bercakap seperti biasa, Balkish tidak mahu menjawab, tapi kalau bergaduh,
Balkish ni banyak pula hujahnya.
“Abang gurau je sayang.
Herm? Besok kita belikan handphone untuk family awak eh?”
“Saya tak minta
pun awak belikan apa-apa” marah Balkish.
“Tak salah kalau
abang nak belikan. Anggap saja hadiah abang untuk ayah. Lagipun senang ayah nak
contact awak bila awak dah start belajar nanti, awak pun senang nak contact
family awak” sambung Amin.
Balkish
menjeling ke arah Amin yang berdiri sebelahnya. Tak guna handsome tapi perangai menyakitkan hati. Si Amin ni memang terkenal
dengan perangai buaya daratnya, tapi disebabkan dia pandai memujuk rayu, ramai
perempuan yang tergoda walaupun sudah mengetahui perangai sebenarnya.
Balkish berlalu
meninggalkan Amin.
“Ayah awak ayah
saya juga kan?!” laung Amin. Dia kemudiannya tersenyum gembira. Seronok dapat
mempermainkan hati si isteri. Balkish tu biar diusik macamanapun pasrah sahaja
melayan kerenahnya. Tak pernah nak belajar dari kesilapan, selalu sahaja
terkena. Mudah sangat mempercayai orang.
Sewaktu makan
malam, Amin turun ke ruang makan. Papa, mama dan Balkish sudah berada di
ruangan itu. Amin memandang Balkish tidak berkedip. Entah sejak bila, dia mulai
menyayangi isterinya itu, dah tak ada perempuan lain yang bertakhta di hatinya
sekarang kecuali Balkish. Lagipun Balkishkan dah jadi isterinya yang sah, tak
salahkan perasaan sayangnya itu? Balkish je yang jual mahal, orang dah nak kat
dia, dia pulak tak pandang kita ni. Hello, aku ni lelaki idaman Malaya kot.
Muka handsome, tinggi, tegap, banyak
duit. Herm, actually papa yang banyak
duit. Tapi pendek kata, kalau aku jalan dengan Balkish orang akan cakap
pasangan sejoli, bagai pinang dibelah dua.
Amin mengambil
tempat duduk di samping tempat duduk Balkish. Namun setelah menyendukkan nasi, Balkish
pula berpindah tempat duduk dan duduk berhadapan dengan Amin.
“Kenapa duduk
situ?” soal Amin marah.
Balkish melihat ke
arah mama dan papa. Terkejut juga dengan pertanyaan Amin yang tiba-tiba itu. Suara
lelaki itu juga agak kuat. Bukannya nak cover.
“Bukan awak
selalu duduk sini ke?” sambung Amin lagi.
“Saya nak duduk
sini” balas Balkish. Dia tidak mengendahkan marah Amin. Marahnya yang dirasakan
tidak masuk akal. Tetapi memang benar Balkish cuba mengelak daripada Amin.
Tidak mahu dia berada sedekat itu dengan Amin.
“Min, papa dah
stop credit card Min” beritahu Dato’ Sahar tenang. Macam benda tu not a big deal for him and for me.
“What? Pa? Why?”
bentak Amin.
“Kan Amin tak
masuk kelas sekarang, remember?” sengaja Dato’ Sahar mempermainkan Amin.
“Tapi besok Amin
dan janji nak bawa Balkish cari barang-barang keperluan dia” marah Amin lagi.
“Balkish nanti
nak pergi cari barang, ajak Pak Cik Wak tapi nanti pergi office papa dulu”
beritahu Dato’ Sahar kepada Balkish.
Balkish sekadar
mengangguk. Dia melihat kea rah Amin. Teringat pula pesanan Amin petang tadi
yang dia mahu membawanya mencari barang-barang yang perlu untuk kelengkapan
belajar tapi sekarang, papa pula memberikan arahan yang bertentangan 360 darjat
dari pesan Amin petang tadi. timbul rasa simpati buat lelaki itu.
Amin melihat ke
arah Balkish. Balkish pula segera melarikan pandangannya, dan berpura-pura
tidak melihat.
“Kereta tu….”
Sambung Dato’ Sahar.
“Pa, not the
car..please” rayu Amin.
“Besok Amin nak
bawa Balkish pergi rumah ayah. We need the car pa” beritahu Amin.
“Betul Balkish?”
soal Dato’ Sahar.
“Pa, how come
you don’t trust me. I’m telling the truth. Now its everything about Balkish. Anak
sendiri pun papa tak percaya” marah Amin. Tetapi Dato’ Sahar tidak
mengendahkannya. Balkish terdiam. Dalam hatinya ingin sekali dia mengetawai Amin,
perangainya keanak-anakan, umur sahaja dah tua, tapi merajuk sana-sini, kalah
budak kecil umur 7 tahun.
“Kalau boleh, Balkish
minta Amin hantarkan ke rumah ayah. Nak bagitahu yang Balkish dapat masuk UIA”
beritahu Balkish kepada papa. Dia memberitahu hal yang sebenar dan cuba untuk
menyebelahi Amin supaya kereta Amin tidak ditarik oleh papa sepertimana papa
menarik balik kad kredit Amin.
“Ok, kalau macam
tu, you can keep the car tapi hanya untuk besok” Dato’ Sahar mengemukakan
keputusannya. Balkish menguis-nguis nasi yang berada di pinggannya. Dia tidak
berani mengangkatkan muka memandang Amin di hadapannya. Dato’Sahar memang agak
tegas rupanya, tetapi dalam ketegasan Dato’ Sahar itu, Amin masih berani
memprotes.
Amin bangkit
dari tempat duduknya. Nasi di pinggannya tidak disentuh pun. Seleranya hilang
mendengar keputusan dari papanya. Baru sahaja dia berangan mahu keluar
berdua-duaan dengan Balkish besok. Tetapi angan-angannya musnah oleh kerana
keputusan muktamad papa.
“Min, pergi
mana?” soal Datin Hasmah memanggil. Dia tidak berani menyampuk dalam
pertengkaran mulut antara suaminya dan Amin sebentar tadi.
“Min tak lapar”
balas Amin. Dia meninggalkan ruang makan itu dan mendaki anak tangga ke kamar.
“Abang ni kasar
sangat dengan Amin. Depan Balkish lagi abang marah dia. Malulah budak tu” tegur
Datin Hasmah separuh berbisik. Balkish melihat ke arah Dato’ Sahar.
“Makanlah Balkish”
pelawa Dato’ Sahar. Kata-kata isterinya tadi seolah-olah tidak didengarinya dan
teguran itu diabaikan saja.
Setelah selesai
menjamu selera dengan Dato' Sahar dan Datin Hasmah, Balkish mengemaskan dapur
dan ruang makan. Setelah itu dia naik ke biliknya. Daun pintu diketuk dahulu
sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik tidur yang sudah dihuni oleh Amin
itu. Dilihat Amin sedang terbaring di lantai dengan alas karpet permaidani yang
lembut. Lelaki itu seperti sudah terbiasa tidak duduk di katil. Maklumlah
terpaksa mengalah dan memberikan hak mandotori untuk menggunakan katilnya
kepada Balkish. Hati kecil Balkish tertawa dengan kemenangannya itu.
“Awak tak lapar
ke?” soal Balkish. kesian pula dengan nasib Amin yang tidak sempat makan malam
tadi.
Amin tidak
menyahut.
“Dah tido?” soal
Balkish. dia tahu Amin pasti belum tidur. Moodnya pula mungkin tidak baik
kerana bergaduh dengan papa. Amin tetap
tidak menyahut.
“Eh, kalau dah
tidur. Tidur kat luar. Jangan kat sini” Balkish mengingatkan. Dia mencuba
taktik mencari gaduh dengan Amin untuk memancing suaminya berbicara.
Amin bingkas
bangun dari tidurnya.
“You ni kan?!
Bukannya nak back up I” marah Amin.
Taktik Balkish
tadi menjadi, lega hatinya apabila mendengar suara Amin. sekurang-kurangnya,
tidaklah dia membisu sahaja dan hanya menyembunyikan marahnya.
“Dah you cuti
satu sem tu buat apa?” Balkish memprovok.
Sebab youlah Balkish!
Dan banyak sebab-sebab lain, antaranya malas. Tapi lebih sedap didengar kalau
jawapannya sebab Balkish. Nampak macam hero yang sanggup berkorban apa sahaja
untuk heroinnya.
“Tak apalah,
lagipun awak duduk rumah je, tak pakai duit pun” pujuk Balkish.
“Tapi abang nak
belikan barang-barang keperluan Balkish and abang tak nak Balkish pakai duit
papa” beritahu Amin. dia tak suka Balkish pakai duit papa sekarang ini. papa macam
nak berkeras dengannya tentang duit, mungkin kerana papa berasa marah dengan perbuatannya
membatalkan semesternya yang lepas. Tapi Balkish, Balkish isterinya, Balkish harus
mendengar katanya tidak menggunakan duit papa sekarang ini. dia tidak mahu bergantung
ke papa dan mahu mebuktikan kepada papa yang dia boleh memenuhi keperluan Balkish
tidak hanya bergantung kepada duit papa.
“Please. Its my
pride” sambung Amin lagi.
Balkish melihat wajah
Amin yang sedikit tunduk memandang lantai. Ada keikhlasan pada rentak nada suara
suaminya itu. Amin mungkin bergaduh dengan papa, tapi niatnya baik. Kali ini dia
mahu mengikut permintaan Balkish lagipun Amin suaminya. Balkish akhirnya
mengagguk.
“Bagi abang masa
dalam tiga atau empat hari ni. Abang cari kerja, lepas tu kita keluar sama-sama
cari barang-barang keperluan Balkish” sambung Amin lagi. Balkish mengagguk.
“Janji?”
“Janji” Balkish
memberikan janjinya. Dalam hatinya dia masih meragui kata-kata Amin
terhadapnya. Tetapi dari gaya dia bercakap, lelaki tu Nampak
bersungguh-sungguh. Tak apalah, bagi je Amin masa. Lagipun duit kerja part time
dulu msih ada dalam simpanan. Cukup barangkali untuk perbelanjaan barang-barang
keperluan ke universiti. Amin tersenyum gembira. Dia mengambil bantal dan
selimutnya dan membuka sliding door
untuk ke balkoni. Balkish mengambil sesuatu di bawah katilnya dan mengikut Amin
dari belakang. Semasa Amin berkalih ke belakang untuk menutup sliding door, dia
terkejut melihat Balkish.
“Eh awak tidur
jelah dekat katil” tegur Amin saat melihat Balkish mengekorinya. Sangkanya Balkish
mahu menjemputnya tidur di dalam bilik.`
Balkish ketawa
lucu. “Ni encik Amin. Ubat nyamuk awak” kata Balkish saat ketawanya habis. Dia
meletakkan ubat nyamuk di lantai dekat tempat tidur Amin. Tak kuasa nak tidur
sama-sama dengan Amin, apatah lagi dekat balkoni. Sengal betul mamat tu kalau
dia fikir aku nak ikut tidur sekali dengan dia.
salam maulidur rasul
Subscribe to:
Posts (Atom)