Tuesday, August 7, 2012

tengku bab 60


Bab 60

Tengku Hamzan mundar-mandir di ruang kamar beradunya. Esok adalah hari berLan  gsungnya lelong di rumah kediaman istananya. Ada sesuatu yang mengganggunya. Dia sudah dapat menerima hakikat yang dia sudah diisytiharkan bangkrup tetapi…
“Ayahnda, ayahnda?” panggil  Tengku Nadhirah.
“Ayahnda di sini anaknda”
Tengku Nadhirah memutar tombol pintu dan berlari-lari masuk ke kamar beradu. Dia memeluk kaki Tengku Hamzan dan meminta-minta untuk dipangku. Tubuh Tengku Nadhirah diangkat kedalam pangkuan.
“Anaknda dah berat sekarang. Makan apa sampai berat macam ni?” soal Tengku Hamzan.
“Makan nasi lah ayahnda”
Tengku Hamzan senyum lucu. Dahi Tengku Nadhirah dicium.
“Bonda di mana saying?”
“Di bawah”
“Bonda Tanya, ayahnda nak ikut kami berkemas di rumah baru kita nanti?” sambung Tengku Nadhirah lagi. Menyampaikan pesanan Mylia buat Tengku Hamzan.
“Bonda suruh adinda Tanya ayahnda?”
Tengku Nadhirah mengangguk.
“Apa bonda ingat anaknda ni posmen?”
Tengku Nadhirah memandang Tengku Hamzan pelik.
“POsmen?”
“Tahu posmen tu apa?”
Tengku Nadhirah menggeleng.
“P.O.S.T.M.A.N. tahu?”
“Tahu, yang kerjanya menghantar surat ke sini tu kan ayahnda?”
Tengku Hamzan mengangguk, “POSMEN anaknda yang ayahnda maksudkan tu menghantar pesan bonda untuk ayahnda” Tengku Hamzan senyum lagi.
“Boleh bagi pesan ayahanda untuk bonda?”
“Apa ayahnda?”
“Nanti bagitahu bonda, ayahnda suruh bonda naik ke kamar sebentar”
“SEkarang ke ayahnda?”
Tengku Hamzan mengangguk.
Tengku Nadhirah meminta diturunkan. Dan kemudian dia berlari-lari keluar. anak kecil itu masih belum mengerti erti susuah. Sepanjang hidupnya dia hanya tahu kemewahana. Timbul di benak Tengku Hamzan kebimbangan tentang penyesuaian anakndanya itu nanti.
Tengku Hamzan bersedirian di kamar beradunya itu. dia mundar-mandir lagi, bimbang akan sesuatu. Mylia masuk ke kamar. Tengku Hamzan tercegat melihat isterinya.
“Anaknda bagitahu kanda mencari dinda?”
Tengku Hamzan mengangguk.
“Ada apa kanda?”
Tengku Hamzan meLan  gkah ke arahMylia. Daun pintu di belakang Mylia ditutup rapat. Tubuh Mylia ditarik ke arah nya.
“Tak ada apa-apa”
“Pasti ada yang mengganggu kanda. Kalau tidak, kanda takkan begini” Mylia yang sudah masak dengan perangai suaminya itu mula memujuk agar suaminya itu berterus teras sahaja dengannya.
Tengku Hamzan memusingkan badannya. Dia berjalan    ke arahtingkap.
“Kanda risau dengan syarikat Perdana King” beritahu Tengku Hamzan.
“Siapa yang akan mengendalikan syarikat itu nanti? Bagaimana jika nama syarikat itu diganti?!” beritahu Tengku Hamzan lagi, meluahkan segala kebimbangannya kepada isterinya. Hanya gadis itu sahaja yang sentiada berada di sisinya saat senang mahupun susah. Dia sudah tidak mempercayai sesiapa lagi.
“Kalau kand aterlalu risaukan siapa yang akan membeli syarikat kanda itu, kenapa tidak berjumpa dengan ayahnda Tengku Imran saja?” soal Mylia, sengaja menimbulkan pertanyaan itu agar suaminya itu juga turut sedar yang ayahndanya itu dapat membantu.
“Kanda takkan bercakap lagi dengan ayahanda Tengku Imran” balas Tengku Hamzan keras. Mendengar nama ayahndanya itu diungkitkan pun sudah membuatkan hatinya marah apatah lagi mahu berbincang dengannya.
“Bukankah kanda sanggup lakukan apa sahaja untuk syarikat peninggaLan   ayahnda kanda itu?”
Tengku Hamzan terdiam. jika syarikat itu dibeli oleh ayahnda Tengku Imran, sekurang-kurangnya, syarikat itu masih dipegang oleh keluarga kerabat kanda, dan bukannya orang lain. Bukankah itu juga yang kanda mahu?”
Tengku Hamzan berpaling ke arahMylia.
Tengku Hamzan berjalan    melewati Mylia.
“Kita belum habis berbincang lagi kanda” tegur Mylia.
“Kanda nak ke pejabat ayahnda Tengku Imran” balas Tengku Hamzan. Dia turun ke Lan   tai bawah.

Pintu bilik pejabat Tengku Imran diketuk dari luar dan setelah mendapat izin dari Tengku Imran barulah Tengku Hamzan membuka daun pintu dan meLan  gkah masuk. Dia berdiri di hadapan ayahndanya itu. Tengku Imran melihat penampiLan   Tengku Hamzan sacara keseluruhan. Melihat anakndanya itu dengan hanya tshirt berkolar pada waktu pejabat begini sangat pelik. Pakaian tidak formal itu, tidak cocok buat Tengku Hamzan.
“Duduklah” Tengku Imran mempersilakan duduk.
“Anaknda dating bukan untuk duduk”
“Ada apa?” soal Tengku Imran. Dia tahu kalau bukan kerana ada hal penting yang ingin dibincangkan oleh anakndanya itu pasti dia tidak akan berkunjung ke pajabat ini.
“Esok, segala asset anaknda akan dilelong..”
Tengku Hamzan berhenti. Terasa seperti ada sesuatu yang mengaLan  g kerongkongnya. Kata-katanya bagaikan tersekat kerana haLan  gan itu. Tengku Hamzan berdehem. Keuatannya dikumpulkan untuk mengatakan permintaannya itu dengan orang yang paling dipercayainya suatu masa dahulu.
“Anaknda harap ayahnda akan ke sana”
“Esok ayahnda ada meeting”
“Tolong ke sana!” keras sekali suara Tengku Hamzan sehingga membuatkan Tengku Imran terkejut. Tengku Imran melihat kepada Tengku Hamzan. Dia marah kerana perbuatan Tengku Hamzan itu ibarat tidak menghormatinya.
“Walau apapun pekerjaan ayahnda esok, anaknda harap ayahnda akan ke sana. Syarikat peninggaLan   ayahnda Tengku Farid akan dilelong esok. Walaupun sekarang anaknda terlalu membenci ayahnda atas perbuatan ayahnda tetapi anaknda lebih tidak sanggup melihat syarikat ayahnda Tengku Farid jatuh ke tangan orang lain. Lebih baik jatuh ke tangan kerabat sendiri”
Tengku Imran berdehem.
“Tolong ayahnda” kata Tengku Hamzan seraya memandang ke arahTengku Imran.
“Tengoklah macamana” balas Tengku Imran.
Tengku Hamzan mengambil satu dokumen di atas mejanya. Isi dokumen itu dibuka. Tengku Hamzan melihat Tengku Imran yang sedang sibuk dengan kerjanya. Dia meminta diri dan kemudian berlalu dari situ. Setelah Tengku Hamzan beredar, barulah Tengku Imran melepaskan satu keluhan. Dokumen yang dibuka pada saat Tengku Hamzan masih berada di bilik pejabat itu tidak diendahkan. Dia hanya berpura-pura tidak mahu mengambil tahu tetapi sebenarnya dia juga ridau akan keadaan anakndnaya itu. tetapi dia melihat Tengku Hamzan agak banyak berubah setelah kehilangan syarikatnya itu. dia tidak tahu perubahan ini adalah perubahan yang baik atau sebaliknya tetapi baru sahaja tadi anakndanya itu mengucapkan perkataan ‘tolong’. Pertama kali dia mendengar perkataan tu dari mulut anakndanya yang agak egois itu. sebenarnya kalau tidak dipinta oleh sesiapapun dia pasti akan ke majlis lelongan esok hari.

tengku bab 59


Bab 59

Tengku Imran dan Tengku Anis serta suaminya, Megat Iskandar melawat ke kediaman istana Tengku Hamzan beberapa hari setelah dia mendengar perkhabaran tentang kejadian yang berlaku di kediaman itu. walaupun Tengku Imran dan Tengku Hamzan masih belum bertegur sapa dan Tengku Hamzan juga tidak mengajak Tengku Imran untuk ke majlis tahlil Maisarah itu tetapi dia mendengar perkhabaran daripada Mylia dan isteri anakndanya itulah yang mengundang mereka. setelah selesai majlis tahlil, Tengku Imran menyapa Tengku Hamzan.
“Ayahnda mendengar segala-galanya daripada Mylia”
“Terima kasih kerana dating” balas Tengku Hamzan. Dia berjabat tangan dengan ayahndanya itu. Tengku Hamzan meminta diri untuk menyapa tetamu yang lain yang terdiri daripada jiran-jirannya. Tengku Imran berjauh hati. Dia tahu anakndanya itu masih belum dapat menerimanya sepenuhnya setelah apa yang dilakukannya.
“Kenapa bonda tidak dating ayahnda?” sapa Mylia daripada belakang.
“Bonda menolong menjaga cucunda. Maklumlah Tengku Anis juga mahu ikut sekali dating malam ini”
“Sampaikan salam anaknda kepada bonda nanti” pesan Mylia.
“InsyaAllah”
“Macamana dengan keadaan anaknda Tengku Hamzan?” soal Tengku Imran.
Mylia mempersilakan Tengku Imran duduk di sofa.
“Ada sesuatu yang anaknda nak bincangkan dengan ayahhnda”
“Ada apa?”
Mylia melihat dulu jika ada Tengku Hamzan atau sesiapa yang dikenalinya berada di sekitar mereka. sesuatu yang dibincangkan ini hanya akan menjadi rahsia mereka berdua.
“Seperti yang ayahnda tahu, rancangan kita Berjaya. Akhirnya Mylia tertewas ditanganya sendiri. Rancangan saya pada asalnya Cuma mahukan Tengku Hamzan melihat siapa Maisarah yang sebenarnya tetapi ternyata kenyataan dan balasan atas kejahatan Maisarah lebih buruk daripaada apa yang dirancangkan. Rancangan ini harus dihentikan di sini. Saya tak nak suami saya menderita lagi. Jadi saya berharap yahnda dapat membantu Tengku Hamzan sekali lagi” Mylia memulakan bicaranya. Sekejap-sekejap dia berkerling ke arahsekitarnya. Nada tonasi suaranya diturunkan agar tidak didengari oleh sesiapa yang mungkin berada di sekitar mereka.
“Rumah kediaman istana dan juga Syarikat Perdana King akan dilelong dalam masa dua hari lagi. Saya berharap agar ayahnda dapat membeli syarikat itu”
“Kau ingat aku ni siapa? Kau ingat aku akan ikut cakap kau macam tu saja. Kau suruh aku bankrupkan syarikat Tengku Hamzan dulu dan sekarang kau suruh aku beli syarikat tu balik?!”
“Tolong ayahnda. Tolong selamatkan syarikat itu!” Mylia merayu.
“Saya silap dengan mempertaruhkan syarikat itu untuk mencapai rancangan saya. Sekarang baru saya tahu betapa pentingnya syarikat itu kepada suami saya” sambung Mylia lagi. Dia memperhatikan perubahan sikap suaminya sejak kejatuhan syarikat itu. Tengku Hamzan sepetinya patah semangat. Syarikat itu diibaratkan seperti keluarganya sendiri.
Tengku Imran bangun dari duduknya. Tidak betah dia mendengar Mylia menyruhnya melakukan sesuatu. Sebelum ini gadis itu juga yang memjukunya menarik dana daripada projek Polypetroleum sehingga menyebakan syarikat anaknda Tengku Hamzan itu bankrupt dan sekarang wanita itu juga yang merayunya agar membeli syarikat itu kembali.
“Bukankah ayahnda sejak dari dulu berminat dengan syarikat Perdana King?”
Tengku Hamzan kaget. Dia tertanya-tanya bagaimana wanita itu mengetahuinya sedangkan Tengku Hamzan sendiri tidak pernah mengetahui tentang rahsia itu? siapakah wanita ini sebenarnya? Tengku Imran berasa marah kerana dia berasa dirinya seperti dipergunakan. Dia berpaling ke arahMylia.
“Apa maksud kau?”
“Please ayahnda. Selamatkan syarikat Perdana King”
“Ayahnda, Dato’ Ganesha on the phone” tiba-tiba Megat Iskandar dating mencelah. Mylia diam. Tengku Imran berjaaLan   menghampiri menantunya itu dan menyambut panggilan   telefon daripada rakan sejawatnya itu.

“Ada apa dinda mengajak kand akeluar ni?” soal Tengku Hamzan kepada Tengku Anis. Dia duduk di bangku kerusi. Tengku Hamzan duduk bertentangan dengannya. Wajah Tengku Hamzan diperhatikan. Timbul rasa simnpati kepada keanda sepupunya itu. wajah itu kelihatan tidak terurus. Tengku Anis menyelak rambut yang berjuntaian di dahi kanda sepupunya itu. Tengku Hamzan melarikan wajahnya. Tengku Anis sedar yang perbuatannya itu salah tetapi dia sangat bersimpati dengan kesusahan yang menimpa saudara sed arah  nya itu.
“I don’t need your sympathy” beritahu Tengku Hamzan. Kata-kata itu tepat menjentik rasa malu di hati Tengku Anis.
“Kalau ada yang dinda boleh tolong, katakana saja kanda”
Tengku Hamzan senyum sinis.
“Kanda jangan begini. Kanda tahukan adinda akan membantu kanda” kata Tengku Anis lagi.
“Dinda patut mencari suami dinda sekarang” Tengku Hamzan bangun dari duduknya. Dia tidak mahu berdua-duaan lama-lama dengan sepupunya itu. bimbang sekiranya disalah anggap oleh pasangan masing-masing.
“Kanda. Maafkan dinda sebab dinda tak mampua buat apa-apa untuk membantu kanda”
“Bukan salah dinda”
“Dinda tak sanggup tengok kanda menderita begini”
Tengku Hamzan tidak mengendahkan kata-kata Tengku Anis.
“Adakah segala-galanya akan berbeza jika perkahwinan kita dulu berLan  gsung?”
Tengku Hamzan terkejut mendengar kata-akata itu dari mulut Tengku Anis. Peristiwa itu sudah lama tetapi kenapa berbangkit lagi sekarang ini? kenapa sekarang harus diungkit. Tengku Hamzan bimbang sekiranya kata-akata itu didengari oleh pasangan masing-masing. Tengku Hamzan berpaling ke arahTengku Anis. Wajah sepupunya itu ditatap. Tengku Anis memandang Tengku Hamzan. Serius sahaja wajahnya. Tidak mungkin wanita itu bercanda.
“Kanda?” Tengku Anis terkejut melihat kelibat suaminya tercegat agak jauh di belakang Tengku Hamzan.
Tengku Hamzan berpaling ke belakang dan melihat Megat iskandar sedang memerhatikan mereka. dan Megat Iskandar bukan sendirian. Tengku Imran dan  juga Mylia turut berada tidak jauh dari situ.
Mereka berlima berdiam diri.
“Megat, bawa Tengku Anis pulang!”arah Tengku Imran tegas.
Megat Iskandar berjalan    melewati Tengku Hamzan dan menarik tangan isterinya kasar. Tengku Hamzan hanya memerhatikan. Hati suami mana tidak marah sekiranya mendengar kata-kata seperti yang dibicarakan dari mulut Tengku Anis tadi.
Tengku Hamzan berjalan    mahu masuk ke rumah kediaman dan hanya melewati Mylia. Dia tidak berbicara sepatah katapun. Dibiarkan sahaja Mylia sendirian di luar.

Tengku Hamzan sendirian di kamar tidur. Tengku Nadhirah sudah lena diulit mimpi-mimpi indah. Tengku Hamzan cuba untuk tidur tetapi dia tidak mampu, banyak hal yang bermain-main di fikirannya sehingga meragut kesempatannya untuk tidur pada malam ini. Dikerling pada jam dinding. Mylia masih belum naik ke mara beradu. Lama sekali isterinya itu bersendirian. Tengku Hamzan keluar dari kamar beradu dan beranda utama yang menghadap laman hadapan rumah istana. Dilihat isterinya masih duduk bersendirian dia laman itu. Tengku Hamzan turun ke Lan   tai bawah dan perlahan-lahan dia menghampiri tubuh Mylia. Sweater yang dibawa bersama digunakan untuk menyelimuti tubuh si isteri. Mylia terkejut, dia segera mengesat air matanya yang masih bersisa di pipi.
“Menangis kenapa?” soal Tengku Hamzan.
Mylia diam. samada Tengku Hamzan benar-benar tidak sensitive atau suaminya itu sengaja mahu mempermainkannya. Fikir Mylia dalam hati.
“Masuk dalam. Dah lewat sangat ni” kata Tengku Hamzan lalu dia segera berlalu. Berharap agar Mylia mengekorinya tetapi ternyata Mylia masih lagi mahu duduk bersendirian di laman itu.
Mylia membentak. Sudahlah bermesra-mesra dengan Tengku Anis sekarang mahu meng arah   pula. Apakah suaminya itu memang tidak mempunyai perasaan? Bentak Mylia. Ah dia silap. Tengku Hamzan Cuma ada satu perasaan, ego! Ego. Benar, Tengku Hamzan memang Cuma ada rasa ego dalam dirinya. Hatinya marah melihat kemesraan suaminya dengan Tengku Anis dan setelah mendengar kata-kata Tengku Anis tadi hati isteri mana tidak cemburu? Orang gila pun sudah tentu cemburu apabila mendengar kata-kata Tengku Anis tadi. Mylia marah, mahu sahaja dia memberontak kepada suaminya, biar suaminya tahu dia marah sekarang ini. dia mahu dipujuk, dilayani sepertimana selayaknya seorang isteri.
Sebaik sahaja Mylia berdiri dan dia merancang mahu berteriak, saat itulah dia merasakan tangan Tengku Hamzan menekan kepaLan  ya, agak kasar sehingga membuatkan dia terduduk. Makin Mylia geram dengan keasaran suaminya itu. sudahlah tidak memujuk, kini mahu berkasar pula. Tiba-tiba Mylia merasakan satu kucupan hinggap di kepaLan  ya. Mylia terdiam.
Tengku Hamzan merubah posisi diri. Dia berjalan    ke hadapan supaya dirinya bertentangan dengan Mylia. Dia masih berdiri. Tidak berniat mahu duduk di samping Mylia. Mylia menundukkan wajahnya.
“Berapa kali kanda nak cakap. Jangan menundukkan diri dinda kepada sesiapapun…”
Mylia mengangkat wajahnya. Waktu beginipun suaminya itu masih mahu berbiacara soal pangkat dan kemegahannya.
Tengku Hamzan senyum lalu menyambung, “Jangan menunduk kepada sesiapapun kecuali kanda”
Mylia senyum jua akhirnya. Tengku Hamzan turut tersenyum setelah melihat wajah isterinya itu mengukirkan senyuman.
Mylia bangun berdiri berhadapan dengan Tengku Hamzan. Tengku Hamzan lalu mengangkat tubuh Mylia secara tiba-tiba dan meletakkan Mylia berdiri di atas bangku sehinggakan Tengku Hamzan terpaksa mendongak.
“Darjat dinda lebih tinggi daripada mana-mana wanita yang kanda kenali”
Tengku Hamzan senyum dan kemudian Mylia ketawa gembira.
“Sejak bila pula suami dinda ni bermanis mulut?” soal Mylia sinis. Sengaja dia mahu mempermainkan suaminya itu.
Tengku Hamzan diam.
“Kanda menyesal tidak mengahwini Tengku Anis?” soal Mylia tiba-tiba. Memang pertanyaan itu yang berlegar-legar di fikirannya sehingga meragut kepercayaaanya kepada suaminya sendiri. Bimbang sekiranya perkahwinan mereka itu goyah kerana perasaan kesal yang bersarang di jiwa suaminya setelah menghadapi segala kesusahan ini.
Tengku Hamzan mengangguk.
“Huh?!” Mylia terkejut. Dia mengharapkan jawapan yang sebaliknya daripada suaminya itu.
Tengku Hamzan ketawa lucu.
Mylia menarik kolar baju suaminya. Lagaknya seperti mengugut. Tengku Hamzan terkejut. Mata Mylia sepertinya menahan marah melihat suaminya itu mempermainkannya.
Dahi Tengku Hamzan berkerut seribu. Tawanya sudah berhenti. Dengan tiba-tiba Mylia merapatkan wajahnya ke wajah Tengku Hamzan. Mereka bertentang mata agak lama.
“I love you” bisik Mylia kepada Tengku Hamzan.
Tengku Hamzan merapatkan wajahnya ke wajah Mylia. Mereka berkucupan dalam cahaya neon yang menerangi malam.
“I hate you” balas Tengku Hamzan lalu tersenyum.
Mylia memukul dada Tengku Hamzan lembut. Tengku Hamzan ketawa gembira lalu memeluk tubuh Mylia kedalam pelukannya.
“You know I only love you” bisik Tengku Hamzan ke telinga Mylia saat mereka berpelukan. Pelukan Tengku Hamzan semakin erat.

tengku 58


Bab 58

Tengku Hamzan duduk termenung di laman rumah. Kejadian dua hari yang lalu masih lagi segar diingatannya. Tengku Nadhirah sedang asyik bermain buaian. Nasib baik anakndanya berada dengan En. Johar saat kejadian itu berlaku, kalau tidak, pasti anakndanya itu berada dalam keadaan bahaya. Maisarah pasti akan membunuh Tengku Nadhirah kerana dialah satu-satunya pewaris keluarga ini. Mylia mendekatkan diri kepada suaminya. Dia duduk di samping Tengku Hamzan.
“Kanda”
Tengku Hamzan diam. Sejak peristiwa itu, suaminya lebih banyak mendiamkan diri terutama dengannya. Mylia tidak menyalahkan sesiapa kerana dia tahu dia memang patut dipersalahkan kerana menyembunyikan hal sebenar. Tetapi dia bersyukur akhirnya suaminya tahu siapa Maisarah yang sebenarnya. Kini dia tidak perlu risau tentang keselamatan keluarganya lagi. Tengku Hamzan dan anakndanya akan selamat dari anasir jahat seperti Maisarah  .
Mylia menggenggam tangan suaminya tetapi Tengku Hamzan melarikan jari jemarinya. Hatinya masih lagi sakit dengan hakikat sebenar yang diberitahukan oleh Maisarah sebelum kematiannya dan juga kebenaran yang diceritakan oleh Mylia.
“Surat!”  seorang posmen berhenti di pintu pagar. Mylia bangun dari duduknya dan berjalan    ke arahposmen itu. dahulunya kerja-kerja begini dilakukan oleh pembantu tetapi sekarang, semuanya harus dikerjakan sendiri memandangkan mereka sudah tidak mempunyai pembantu rumah lagi.
Posmen itu menyerahkan beberapa keeping sampul surat putih dan sekeping sampul surat POS LAJU yang dialamatkan atas nama Mylia. Nama pengirimnya tidak pula diisi. Selepas mengucapkan terima kasih, Mylia berlalu dan menapak ke arahkerusi tempat suaminya sedang duduk. Sampul-sampul surat itu diteliti dan satu sampul surat POS LAJU itu menarik perhatiannya. Dia membuka penutup sampul dan mengeluarkan segala isi-isinya.
“Kanda” panggil Mylia.
“Kanda ini adalah dokumen-dokumen yang dijanjikan oleh Fuad”
Tengku Hamzan membetulkan duduknya. Dokumen-dokumen yang diberitahukan oleh Mylia itu dibaca.
“Sebelum ini, Fuad berjanji untuk menyerahkan bukti-bukti kejahatan Maisarah kepada dinda tetapi dinda tidak mendapat khabar dari Fuad sehinggalah sekarang”
Mylia senyum gembira. Tengku Hamzan membelek kertas-kertas dokumen yang difotokopi itu satu persatu sepertinya dia mencari sesuatu.
“Kenapa kanda?” soal Mylia pelik.
“Dokumen yang aku nak tahu ni tiada”
“Kanda nak cari dokumen apa?”
“Bukti tentang pengkhianatan syarikat Perdana King”
Mylia tersentak. Sepertinya dia merasakan seketul batu yang besar dihempapkan ke kepaLan  ya atau spucuk pistol diacukan ke kepaLan  ya setelah mendengar kata-kata suaminya itu.
“Maisarah takkan khianati Perdana King sebab dia tahu seandainya syarikat itu bankrupt, cita-citanya untuk mengaut semua keayaan aku takkan berhasil kerana tunjang utama kemewahan yang dia kecapi adalah Perdana King”
“Jadi kanda berdiam semenjak dua hari ini sebab memikirkan hal itu ke?” Mylia cuba memaniskan roman wajahnya. Cuba menyembunyikan garis-garis cemas di raut wajahnya.
Tengku Hamzan tidak menjawab. Akhirnya Tengku Hamzan berhenti mencari kerana apa yang dicari-carinya itu ternyata tidak ada di situ.
Deruan enjin kereta peronda polis kedengaran dari jauh dan kereta itu akhirnya berhenti di hadapan kediaman rumah istana. Dua orang anggota polis yang lengkap beruniform turun dari kereta. Mereka menapak ke arahMylia dan Tengku Hamzan.
“Assalamualaikum, saya inspector Taufiq dan ini teman saya inspector Gina. Kami dari siasatan jenayah”
“Sila duduk” Tengku Hamzan bersuara.
Kedua orang inspector itu duduk berhadapan dengan sepasan suamin isteri itu.
“Saya nak ucapkan terima atas kerjasama pihak tuan semalam dalam member keteranga dib alai” inspector Taufiq memulakan bicaranya.
“Sama-sama. Dah memang tanggungjawab kami” balas Tengku Hamzan.
“Saya Cuma ingin memberikan informasi berkenaan dengan penyiasatan kami. Menurut laporan autopsy, tenyata bonda tengku meninggal kerana luka tembak di bahagian kepala. Dan bukti menunjukkan yang tengku tidak bersalah kerana kami ade menjumpai luka dan lebam di bahagian dada dan ke bawah pada bahagian tubuh mangsa. Ini membuktikan yang keterangan dari pihak tengku dan isteri tengku benar. Ada terjadi pergelutan. Peluru yang dijumpai pada otak mangsa memang sudah disahkan berasal dari pistol yang dipegang oleh mangsa dan menurut saksi lagi iaitu tengku isteri tengku dan juga En. Johar mengatakan yang kamu bertiga hanya terdengar satu das tembakan sahaja” inspector Taufiq kemudiannya berpandangan dengan inspector Gina. Dan kemudian dia berpaling kembali ke arahTengku Hamzan.
“Hasil siasatan mendapatkan yang tengku tidak bersalah. Menurut siasatan kami peluru yang mengena mangsa adalah hasil das yang pertama kali dilepaskan”
“Maksud inspector, tembakan daripada Maisarah sendiri?” soal Mylia.
“Itu yang kami jangkakan pada muLan  ya tetapi setelah siasatan dengan menggunakan alat yang berteknologi tinggi dan siasatan pada tempat kejadian membuktikan yang teori kami itu benar”
“Tapi sangat mustahil” sampuk Mylia.
“tidak mustahil Cuma sangat jarang terjadi. PantuLan   peluru dari das tembakan tepat mengena ke mangsa. Tengku dan isteri dikira sangat beruntung” kali ini Inspektor Gina bersuara.
Tengku Hamzan dan Mylia saling berpandangan.
Inpektor Gina dan Inspektor Taufiq bangun dari duduknya. Tengku Hamzan dan Mylia turut sama berdiri.
“Kami minta diri dulu” beritahu Inspektor Taufiq seraya berjabat tangan dengan Tengku Hamzan dan juga Mylia. Inspector Gina pula menyusul memberikan jabat tangannya.
“Sebelum saya terlupa inspector. Ini ada bahan bukti tentang kesalahan Maisarah  . Kami serahkan segala-galanya kepada inspector” kata Tengku Hamzan sambil menghulurkan semua bahan bukti yang diterima oleh Mylia melalui kiriman pos itu.
“Terima kasih atas kerjasama tengku dan isteri. Kami minta diri dulu” beritahu Inspector Taufiq. Dia dan temannya, inpektor Gina berlalu. Mylia dan Tengku Hamzan Cuma memerhatikan mereka. kelihatan inspector Gina berpaling ke arahmereka kemudian inpektor Gina seperti berbicara dengan inspector Taufiq. Tidak lama kemudian, inspector Gina berjalan    ke arahTengku Hamzan dan isterinya. Tengku Hamzan memandang inspector Gina dengan wajah yang was-was.
Inspector Gina memandang Tengku Hamzan dan kemudian Mylia, “Saya ada sesuatu yang ingin disampaikan kepada tengku. Teman saya, inspector Taufiq tidak berapa setuju dengan pendapat saya sebab itu saya menyuruhnya menunggu sahaja di kereta” beritahu Gina. Setelah berdiam diri seketika, dia akhrinya menyambung perbicaraannya.
“Saya berpendapat yang Tengku dan keluarga sangat beruntung. Seperti yang diberitahu oleh taman saya tadi, kejadian yang tengku alami dua hari lalu sangat jarang terjadi. Mungkin saya seorang yang kolot tetapi saya merasakan yang keluarga tengku sepertinya dilindungi. Kalau orang dulu-dulu mengatakan yang keluarga diraja itu mempunyai tulah. Jika sesiapa berniat mahu menyakiti darah keturunan diraja pasti akan menerima tulah. Begitulah pendapata saya. Tetapi ini tidak akan dimasukkan ke dalam laporan kami. Ini Cuma pendapat peribadi saya” sambung inspector Gina.
Setelah menyampaikan itu, inspector Gina meminta diri buat kali keduanya.

tengku 56,57


Bab 56

Fuad menapak masuk ke kamar bacaan itu perlahan-lahan. Setelah memastikan yang Maisarah sedang nyenyak tidur di kamar beradunya, barulah Fuad berani menapak masuk ke kamar bacaan yang terletak bersebelahan dengan kamar beradu Maisarah  . Dia mengambil kunci yang disembunyikan di bahagian bawah rak meja tulis. Setelah itu Fuad menapak ke sebuah kamar kecil yang terletak agak ke dalam sedikit di kamar bacaan itu. di situ, Maisarah menyembunyikan eti keselamatannya. Fuad memutarkan tombol keunci pada pintu peti keselematan itu. keunci-keunci itu dihafal sewaktu dia mencuri-curi lihat semasa Maisarah membukanya. Peti keselamatan itu dapat dibuka. Fuad memasukkan kembali seberkas kertas ke tempat asal. Peti keselamatan itu ditutup.
Tiba-tiba lampu di kamar bacaan itu dinyalakan.
“Apa kau buat di sini?” soal Maisarah kasar.
Tindakan Fuad menimbulkan rasa syak.
“Saya bersihkan dokumen-dokumen di rak sini” bohong Fuad. Dia tahu nasibnya sudah maLan  g apabila ditangkap di bilik bacaan ini. tidak guna sebenarnya dia memberikan alasan apapun. Sekali ditangkap oleh Maisarah  , pasti tiada maafnya.
“Kau membelot pada aku?” soal Maisarah kasar.
Fuad masih tetap berdiri di posisinya. Walaupun dia tahu yang mungkin dia mempunyai kesempatan untuk melarikan diri tetapi dia tidak mahu. Maisarah berjalan    ke mejanya. Laci meja ditarik lembut. Terpampang sepucuk pistol automatic dari laci itu. pistol itu dikeluarkan dan diletakkan di meja.
Fuad menapak menghampiri meja. Dirinya dibongkokkan kepada Maisarah  .
“Mungkin Puan sudah tidak memerlukan saya lagi. Ajal saya sudah sampai” kata Fuad sambil tersenyum. Wajah Maisarah ditatap dengan penuh kasih saying.
“Aku nak ke suatu tempat. Bawa aku ke sana”arah Maisarah  .
Jam di dashboard menunjukkan pukul 3 pagi. Fuad tenang memandu keretanya sementara Maisarah memandang belakang lelaki itu. dia tidak menyangka yang Fuad akan membelot padanya. Dia tahu Fuad mencuri dokumen-dokumen rahsia yang disembunyikan di dalam peti keselamatan beberapa hari yang lalu dan baru sebentar tadi lelaki itu ditangkap dalam cubaan memuLan  gkan kembali kertas-kertas dokumen itu.
Fuad parker keretanya di tepi jaLan  . Dia keluar dari perut kereta dan membuka pintu untuk Maisarah  . Mereka berdua kini sedang berada di kawasan perbukitan. Tempat yang sama dengan tempat mereka membawa Mylia beberapa tahun yang lalu. Di sinilah tempat Maisarah berjumpa dengan Mylia untuk memperkenankan zin untuk gadis itu menikahi Tengku Hamzan. Tempatnya sunyi dari hingar bingar kota dan jarang, malah sangat jarang kereta lalu laLan  g di kawasan ini.
“Awak nak bunuh saya di sini ke?” soal Fuad lembut. Dia sepertinya pasrah denga apa yang bakal dilakukan oleh Maisarah sebentar lagi. Maisarah mengangguk sebagai jawapan kepada pertanyaan Fuad tadi. Dia berjalan    menghampiri Fuad.
“Apa alasan yang akan awak berikan jika Tengku Hamzan bertanya tentang saya nanti?” soal Fuad lagi.
“Awak sudah berhenti kerja”
Fuad senyum menampakkan giginya. Dia tidak cemas walaupun nyawanya bakal melayang sebentar lagi.
“I love you Maisarah  ” air mata Fuad mengalir di pipi. Maisarah mendekatkan dirinya kepada lelaki itu.
“I love you too Fuad”
Mereka berkucupan. Bibir Fuad dibiarkan hinggap ke bibirnya. Tubuh Fuad dirasakan hangat di sampingnya. Tubuh lelaki itu dipeluk. Sungguh! Dia menyintai Fuad tetapi mereka memang tidak dapat bersama. Dia bukanlah seorang wanita bisaa. Dia benar-benar memang wanita korporat, wanita metropolitan dan wanita mata duitan. Perkahwinannya dengan Fuad tidak menjanjikan itu semua.
Bang!!!!!!!! Bunyi tembakan keras mengena pada sasaran. Fuad menatap wajah Maisarah lemah. Ini adalah kali terakhir dia dapat melihat wajah wanita kesayangannya itu. darah merah mengalir deras dari luka tembakan yang tepat mengena ke jantung. Nafasnya dirasakan tercekik, tubuhnya dirasakan kejang, tidak bermaya untuk bergerak. Fuad sudah goyah, Lan   gkah kakinya lemah, tubuhnya jatuh ke bumi tetapi disambut oleh Maisarah  . Kepala Fuad disandarkan pada paha. Wajah Fuad yang sedang bergelut dengan maut itu ditatap sayu.
Dengan segala kudrat yang ada, lelaki itu cuba bersuara.
“Terus terang, a..nak da…dal…am kandu…ngan tu a…nak si…a…pa?
Maisarah senyum.
“Anak kita”
Kemudian Fuad pula tersenyum. Tangannya yang sudah dibasahi darah itu mengusap pipi Maisarah  .
“I akan… jum…pa a…nak ki..ta nan..n.. ti”
Nafas terakhir Fuad berakhir di pangkuan wanita kesayangannya itu.

Bab 57

Maisarah mengemaskan segala barang-barang keperluannya dan dokumen-dokumen penting yang disembunyikan di dalam petii keselamatan dibakar hangus supaya tidak bisa dijadikan bukti. Segala barang-barang kemas juga turut dimuatkan dalam luggage. Dia tergesa-gesa keluar dari kamar beradunya dengan mengheret beg pakaiannya. Dalam perjaLan  an turun ke tingkat paling bawah, Tengku Hamzan menegurnya.
“Nak ke mana ni bonda?”
Pertanyaan itu tidak dijawab oleh Maisarah  . Dia melulu pergi. Tengku Hamzan mengejar Lan   gkah bondanya. Beg pakaian bondanya ditarik dari genggaman Maisarah  .
“Nak ke mana?” soal Tengku Hamzan apabila Maisarah berpaling dan memandangnya dengan wajah yang bengis.
“Aku nak keluar dari rumah ni?”
“Nak ke mana?” soal Tengku Hamzan lagi.
“Ke mana-mana pun boleh asal bukan di sini” begnya direbut dari tangan Tengku Hamzan.
“Kenapa ni bonda?” Tengku Hamzan berasa sangat pelik dengan perbuatan bonanya itu.
“Bonda! Bonda!” Tengku Hamzan memanggil Maisarah lagi tetapi tidak diendahkan. Mylia dan Tengku Nadhirah keluar dari dapur setelah mendengar hingar-bingar dari laman utama itu.
“Nenda!” Tengku Nadhirah memangggil neneknya. Mylia pada muLan  ya Cuma memerhatikan dari jauh. Dia akhirnya menapak mendekati suaminya.
Tengku Hamzan memegang tangan bondanya. “Kenapa ni bonda?”
“Hey, aku bokan bonda kau. Bukan aku yang melahirkan kau. Jangan panggil aku bonda!” keras sekali suara Maisarah berbicara. Tengku Hamzan terkejut. Dia diam. Mylia yang hanya memerhatikan tadi mahu bersuara. Dia marah suaminya diherdik sebegitu sedangkan selama ini, suaminya itu menganggap Maisarah seperti ibu kandungnya sendiri. Tengku Hamzan menarik tangan Mylia saat isterinya itu mah menapak ke arahMaisarah  .
“Aku benci kelurga ini. aku benci kau. Aku dah jemu berlakon menyayangi kau sedangkan aku teramat membenci kau” herdik Maisarah lagi”
“Kau perampas harta aku. Kalau bukan sebab kau, Tengku Farid dah memberikan separuh dari kemewahan ini kepada aku. Dan  sekarang cuba kau tnegok apa yang kau dah buat. Segala harta peninggaLan   Tengku Farid akan dilelong!”
“Selama ini, bonda Cuma berlakon?”
“Ya. Demi mengambil kembali hak aku. Aku sudah merancang segala-galanya demi merampas balik apa yang dulunya menjadi milik aku. Tapi kau merosakkan segala-galanya dengan menciptakan masalah denga projek Polypetroleum”
“Bonda ingat saya sengaja? Saya juga sedih melihat syarikat peninggaLan   ayahnda akan dilelong!” suara Tengku Hamzan semakin meninggi. Hilang sudah rasa hormat kepada wanita yang dipanggil-panggil bonda itu. ternyata dia Cuma diperalatkan ketika wanita itu mahukan wang.
“Aku sudah tidak peduli tentang semua itu” beritahu Maisarah  . Dia melepaskan begnya dan mencari-cari sesuatu dari dalam tas tangannya. Sepucuk pistol automatic dikeluarkan dan diacukan kepada Tengku Hamzan. Tengku Hamzan dan Mylia terkejut. Mereka berdua menapak ke belakang.
En. Johar segera membawa Tengku Nadhirah bersembunyi di sebalik ruang dapur.
“Kau nak tahu apa rancangan asal aku?” soal Maisarah bongkak kerana keadaan memihak kepadanya. Dia yang memegang pistol.
“Setelah kematian Mylia yang juga merupakan orang suruhan aku..”
Tengku Hamzan terkejut lagi. Dia memandan Mylia dengan rait wajah yang keliru.
Maisarah ketawa terbahak-bahak. “Ya, aku yang upah Mylia untuk bat kau jatuh cinta dan aku yang suruh Mylia meninggalkan kau supaya kau tidak mempercayai cinta dan tidak mempunyai zuriat. Dan apabila saatnya tiba, aku akan pastikan sebelum kau meninggal, segala harta kau diwasiatkan atas nama aku. Rancangan asal aku gagal kerana Tengku Imran. Dia mahu menikahkan kau dengan anakndanya, Tengku Anis dan aku buat rancangan kedua”
“Apa rancangan kedua aku?” soal Maisarah kepada Mylia. Mylia kemudiannya berpaling ke arahsuaminya. Wajahnya mengandung sejuta keesaLan   atas apa yang berlaku dahulu.
“Dinda berkahwin dengan kanda tapi ada syarat-syaratnya. Yang jelas, dinda tidak dibenarkan tidur bersama kanda”
Mylia senyum sinis lagi lalu menyampuk, “Rancangan kedua aku untuk memastikan yang kau tidak punya pewaris gagal apabila perempuan ini betul-betul jatuh cinta kepada kau dan kau membuntingkannya” kasar sekali bahasa dan suara Maisarah  . Tengku Hamzan merasakan maruah isterinya diperkotak-katikkan oleh Maisarah  . Dia meluru ke hadapan.
“Jangan kau berani!” ugut Maisarah sambil melurusan acuan pistolnya telat ke kepala Tengku Hamzan.
“Rancangan ketiga aku adalah dengan membunuh Mylia dan anak dalam kandungannya”
“Jadi kau yang menculik Mylia?” soal Tengku Hamzan.
“Bijak!” muncung pistol ditolak-tolak di kepala Tengku Hamzan.
“Tapi satu aku tidak faham. Macamana kau selamat?” pertanyaan itu diajukan kepada Mylia. Tengku Hamzan turut sama memandang ke arahMylia.
“Selepas En. Johar sampai, saya terpaksa melahirkan walaupun pada masa itu juga terjadi pergelutan antara dua orang penculik dengan En. Johar. Saya selamat melahirkan tetapi En. Johar memberitahu yang anak saya meninggal. En. Johar mahu membunuh saya kerana dia fikir saya di pihak Maisarah  ” kali ini Mylia jujur memberitahukan kebenaran yang disembunyikannya selama ini dari pengetahuan suaminya. Wajahnya menatap wajah suaminya. Mylia menyambung ceritanya lagi, “Muiz yang membantu saya dari cubaan membunuh En. Johar”
“Siapa Muiz?” soal Maisarah ingin tahu.
“Penculik yang diupah oleh Fuad” Mylia menjawab pertanyaan daripada Maisarah itu.
“Masih ada kasihan belas di hatinya untuk saya kanda. Dia kawan yang setia. Kami Cuma kawan dan tidak lebih daripada itu” kali ini penjelasannya khusus untuk Tengku Hamzan.
“Sambung cerita kau”
“Muiz banyak membantu saya. Selepas melahirkan, saya hamper-hampir mati kerana kehilangan darah yang banyak. Saya di bawa berjumpa kakaknya yang kebetuLan   seorang jururawat. Kami menginap di rumah kakaknya beberapa hari. Selaps itu kami terpaksa meneruskan perjaLan  an walaupun keadaan saya pada masa itu masih lagi lemah. Setelah beberapa hari, saya menerima utusan yang dihantar oleh En. Johar”
“En. Johar tahu yang kau masih hidup?” soal Maisarah terkejut. Tengku Hamzan juga turut terkejut kerana orang kepercayaannya itu tidak pula memberitahunya tentang keadaan Mylia itu.
“Saya diarahkan untuk lenyap dari hidup kanda dan sebagai pampasannya, seumlah wang dimasukkan ke akaun saya”
“Kau buat semua ini sebab duit?” soal Tengku Hamzan. Marah hatinya dipergunakan oleh dua orang wanita yang sangat dicintainya. Dia merasakan dirinya dipergunakan oleh mereka.
“Kanda dengar dulu penjelasan dinda. Dinda buat semua itu dulu sebab dinda fikir anaknda kita dah meninggal dan dinda tidak mahu terus dipergunakan oleh Maisarah untuk mengaut harta kanda”
“Sama saja. Kau tetap ambil duit dariapada En. Johar”
Mylia terdiam.
“Oh, jadi, inilah misterinya. Aku ingat kau hantu!” Maisarah ketawa lucu.
“Siapa Zue?” soal Mylia. Sengaja dia mengungkit nama gadis itu. dia tahu yang Zue sebenarnya diupah oleh Maisarah  , sama seperti dia yang diupah oleh Maisarah dulu.
“Kau dah tahu dia siapa bukan?” Maisarah bertanya kembali kepada Mylia.
“Aku dah tahu corak permaianan kau. Tidak sukar untuk aku meneka”balas Mylia.
“Aku upah Zue untuk mengalih perhatian kau tetapi ternyata kau seorang lelaki yang setia” sambung Maisarah  . Pandangannya tetap kepada Tengku Hamzan.
“Kau dah tahu siapa aku yang sebenarnya, jadi kau masih mahu memanggil aku dengan panggilan   bonda?” soal Maisarah sinis.
“Panggilan   itu terlalu suci untuk wanita sekeji kau!” Tengku Hamzan mencaci.
“Untuk pengetahuan kau, aku yang membunuh bonda kandung kau dan ayahnda kau. Hurm… tidak sulit untuk mencabut nyawanya memandangkan dia memang hidup dengan bantuan mesin” sambung Maisarah lagi. Dia ketawa terbahak-bahak bagaikan dirasuk. Bangga dengan kesalahan dan keejaman yang dilakukannya itu. acuan pistolnya tersasar dari kepala Tengku Hamzan.
“Kurang ajar!” Tengku Hamzan tidak dapat menahan marahnya. Dia menapak laju dan menampar pipi Maisarah sekuat hati sehinggakan tubuh wanita itu terpeLan  ting ke depan. Pandangannya masih lagi berpinar kerana tamparan keras daripada Tengku Hamzan. Pada masa yang sama satu tembakan keras kedengaran bergema di rumah istana itu. demi untuk mempertahankan dirinya, Maisarah menembak satu das tembakan secara melulu.
Dan pada masa inilah, Tengku Hamzan menerpa ke arahMaisarah lalu merampas pistol dari wanita itu. Maisarah tidak mudah menyerah, dia bergelut dengan segala keuatan yang ada cuba untuk mempertahan senjatanya daripada dirampas.
Tiba-tiba mata Maisarah terbeliak, keuatannya semakin berkurang. Tengku Hamzan melihat wajah wanita itu yang sedang ditindihnya. Darah merah mula membasahi Lan   tai putih ruangan itu di bahagian bawah kepala Maisarah  . Tengku Hamzan terkejut. Dia melepaskan tangannya daripada pistol yang masih berada di tangan Maisarah  . Saat mereka bergelut itu, pistol masih lagi berada di bahagian perut dan bukan di kepala. Siapa yang melakukan tembakan? Dan kalau betul ada tembakan kedua, kenapa tidak mngeluarkan bunyi?
Tengku Hamzan terundur ke belakang, dia menggenggam tangan Mylia. Merea saling berpandangan antara satu sama lain. Tengku Hamzan memeluk Mylia ke dalam pelukannya kerana isterinya itu berada dalam ketakutan melihat saat-saat terakhir kematian Maisarah yang sangat menyedihkan. Matanya terbeliak dengan mulutnya ternganga luas.
Siren kereta polis kedengaran dari luar rumah istana.
“Bonda!” Tengku Nadhirah meluru laju ke arahMylia. Anak kecil itu menangis dalam pelukan ayahnda dan bondanya. Tengku Hamzan menarik tangan Mylia untuk beredar dari ruangan itu. Tengku Nadhirah membontoti Lan   gkah majikannya ke luar rumah.