Sunday, October 21, 2012

Susahnya Nak Dapat kemaafan Isteriku 8

Bab 8 Firdaus dan Mira sedang duduk di kedai makan sambil menunggu kedatangan Hisyam dan Amin. Mereka memesan minuman terlebih dahulu. Hari minggu begini mereka akan berkumpul bersama-sama. Tidak ada tujuan khusus untuk pertemuan kali ini, mereka sekadar mahu mengisi masa lapang. Sesekali Firdaus mengeluluh dengan keterlambatan dua orang sahabat baiknya itu. untuk ada Mira yang menemaninya dan menghiburkan hatinya. Sesekali dia mengusik juga si buah hati. Amin dan Hisyam berjalan kea rah tempat duduk temannya. Firdaus menyapa mereka sementara Mira sekadar tersenyum tawar. “Macam tak happy je Mira kalau jumpa kitaorang” sindir Amin. Mira mencebik. ‘Memang aku tak suka kau pun!’ keluhnya dalam hati. “Pesanlah. Aku dengan Mira dah order untuk kitaorng” suruh Firdaus. Amin memanggil waiter untuk mengambil pesan mereka. tanda di sangka dia melihat sesorang yang sangat dikenalinya di suatu sudut di kedai makan itu. matanya terpaku pada seraut wajah gadis itu. pada awalnya, Amin tersenyum gembira namun setelah memerhatikan kemesraan Tina dengan kawan lelakinya itu api cemburu mula membakar. hisyam memerhatikan sikap teman di sampingya itu. dia memanggil Amin berkali-kali namun Amin tidak mendengarnya. Hisyam juga memandang kea rah pandangan Amin dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat kemesraan Tina dengan seorang lelaki yang tdak dikenalinya. Sebelum dia sempat berkali kea rah Amin, temannya itu sudahpun bangun berdiri. Firdaus yang belum menyedari kejadian sebenar agak pelik melihat kelakuan dua orang sahabatnya itu. Hisyam sudahpun mengejar langkah Amin yang laju menuju kea rah meja Tina. Ditarik tangan Amin, namun gengAmannya disentap keras oleh lelaki itu. firdaus yang dari tadi hanya memerhatikan kini turut mengejar Amin, dan apabila melihat kelibat Tina bersama-sama dengan seorang lelaki barulah dia mengerti situasi ini. namundia sudah terlambat. Amin menghentak meja makan sehingga membuatkan Tina sangat terkejut dan kaget.
“Amin?” Amin memandang Tina dengn wajah bengis. Hamper sahja dia menampar wajah gadis itu namun sempat dihalang oleh lelaki yang tidak dikenalinya. Amin menjadi bertambha marah, dia menoleh kea rah teman Tina. “Kau?!” ternyata lelaki yang bermesra-mesaan dengan Tina itu adalah seseorang yang dikenalinya dan lelaki itulah yang diperkenalkan oleh Tina di club dulu. “Bukan begini caranya nak settlekan masalah bro” tegur Daniel sinis. Amin menyentap tangannya yang masih digenggam ketat oleh Daniel. “Bukan macamni caranya berkawan dengan awek aku!?” keras suara Amin menengking Daniel. Dia sudah tidak mempedulikan orang di sekitarnya. Semua pelanggan yang ada di kedai makan itu memerhatikan mereka. hisyam dan Firdaus berusaha mententeramkan sahabat mereka itu. “Tina awek aku jugak bro!” Daniel juga tidak mahu mengaku kalah. Dia semakin memicu amarah Amin. “Kurang ajar!” tanpa melengahkan masa lagi, Amin mengayunkan penumbuknya ke muka Daniel. Lelaki itu tidak menduga akan diserang di khalayak ramai oleh Amin dan dia tidak sempat mengelak. Penumbuk itu hinggap ke pipinya sehingga menbuatkan daah merah keluar dari mulutnya. Beberapa orang pelanggan mula berasa terancam dan keluar dari kedai makan itu. beberapa orang pelayang cuba mententeramkan pelanggan-pelanggan yang mulai ketakutan dan beberapa orang lagi cuba untuk mententeramkan Ain dan juga Daniel. Amin menyeka darah yang keluar. tanpa berfikir panjang, dia juga membalas tumbukan kea rah Amin namun Amin dapat mengelak. Daniel tidak mahu mengaku kalah, dia cuba untuk menumbuk ke perut Amin namun, sekali lagi Amin dapat menangkis serangan itu. Daniel berasa semakin marah, namun belum sempat dia mengatur serangan yang ketiga, Amin lebih dulu mengatur saran ke perutnya. Daniel jatuh ke lantai. Tina segera mendapatkan lelaki itu yang terbaring di lantai. “Amin please, banyak orang kat sini” Tina merayu bagi pihak Daniel untuk menyelsaikan pertengkaran ini. “Eh, perempuan. Mulai dari hari ini, kita putus. Tapi sebelum tu..” Amin menarik tangan Tina dengan rakus dan memaksa gadis itu mengikutinya. Daniel hanya mampu melihat kerana dia sudah tidak mampu bergerak lagi. Hisyam dan Firdaus mula risau dengan apa yang bakal dilakukan oleh teman mereka itu. mereka mengekori Amin namun Amin menjerkah mereka dengan kuat sekali. “Ini masalah aku. Korang jangan masuk campur” beritahunya sambil menarik tangan Tina dengan sekuat hati. Hisyam dan Firdaus saling berpandangan. “Macamana ni bro?” soal Hisyam. “Aku tak boleh biarkan Amin buat kerja gila dekat si Tina tu. Kau tahulah kalau dia marah macamana. Kalau kau tak berani, kau jangan ikut aku. Biar aku settle benda ni sendiri dengan Amin. Nak gaduh pun gaduhlah” beritahu Firdaus lalu dia segera mengejar langkah Amin yang laju meninggalkan mall itu. Apabila sampai di tempat parkir, Amin mendorong Tina ke suatu tempat sunyi yang jarang ada orang. Gadis itu cuba melawan tapi Amin menamparnya keras. Terkulai tubuh kecil itu tatkala wajahnya menjadi mangsa amukan Amin. Tina mulai takut dengan perubahan sikap teman lelakinya itu. oleh kerana kekerasan yang dilakukan oleh Amin terhadapnya, Tina akhirnya mengalah dan menurut sahaja langkah kaki Amin. Amin menolak tubuh Tina ke dinding. Gadis itu menangis teresak-esak meminta simpati daripada Amin. “Kau ingat kau boleh lepas begitu saja. Kau dah mainkan perasaan aku, kau tipu aku dan kau layan lelaki tu jugak kan? Kau tidur dengan dia jugak kan!?” tengking Amin sekuat hati. Bergema ruang parkir itu dengan suara herdikan Amin. Tina berusaha keras untuk menafikan. Itu saja yang dia fikir terbaik untuk dilakukan. Kalau dia mengaku semua kesalahannya, pasti amukan Amin lebih keras. “I sayang you Amin” rayu Tina. “Kau. Sama dengan perempuan tepi jalan malam-malam tu. Bezanya, aku terpedaya dengan kau” Amin menindih tubuh Tina rapat ke dinding sambil menatap wajahnya tajam. Tina terpaksa melarikan wajahnya daripada Amin. Amin bertindak rakus dengan menarik paha Tina rapat ke pahanya. “Hari ini. aku akan memperlakukan kau selayak-layaknya. Kau tu perempuan jalanan” herdik Amin lagi. Tina menangis teresak-esak. Amin tidak pernah bersikap begini. Dia tahu Amin agak panas baran orangnya tapi dia tidak pernah sampai ingin melukakan dirinya. Kalau marah pun, marah-marah biasa saja, tidak lama kemudian, marahnya akan hilang setelah dipujuk. Amin menyelak dress kain lace yang dipakai oleh Tina. Gadis itu menjerit. “Amin!” jerit Firdaus saat dia melihat perbuatan temannya itu terhadap Tina. Dia bukan mahu menyebelahi Tina dalam hal ini, malah dia juga tidak terlulu menyukai gadis itu tetapi dia tidak mahu Amin itu melakukan suatu kesalahan jenayah. Merogol bukanlah satu kesalahan ringan. “Kau jangan buat kerja gila Amin!” tegur Firdaus. “Jangan masuk campur urusan aku!” tengking Amin. Wajahnya sudah merah padam menahan rasa marah yang membuak-buak. “Lepaskan Tina” arah Firdaus. Tidak lama kemudian muncullah Hisyam berlari-lari anak kea rah Firdaus. “Bro, jangan macam ni bro” pujuk Hisyam. “Korang jangan masuk campur urusan aku” tengking Amin. “Aku tahu kau marah. Lepaskan marah kau kat kitaorng. Jangan apa-apakan Tina” pujuk Firdaus. “Kau pun nak bela perempuan jalang ni? Kau kawan aku ke kawan dia?” soal Amin. Dia sudah tidak mampu berfikir dengan waras. Kawan baiknya sendiri dia tidak percaya. Firdaus mendekat Amin dan memujuk lagi teman baiknya itu. “Lepaskan Tina ok. Aku temankan kau. Kita pergi club ke mana-mana yang kau suka” Firdaus meleraikan genggAman tangan Amin di leher Tina. Gadis tu segera melepaskan diri daripada Amin dan berlari dengan sekuat hati kea rah Hisyam yang berdiri agak jauh daripada Amin. Dia berselindung di belakang lelaki itu. Tanpa disangaka, Amin menghayunkan penumbuknya kea rah wajah Firdaus. Firdaus tidak dapat mengelak daripada pukulan itu. dia hampi terjatuh ke lantai. Namun segera dia memperbetulkan posisinya, siapa tahu Amin akan menyerangnya lagi. firdaus sekadar tersenyum sambil mengelap darah yang keluar dari bibirnya. Amin beredar dari situ. Firdaus dan Hisyam sekadar memerhatikan. Burhan terbaring lemah di lantai rumahnya. Sejak dari tengahari tadi dia berasa tidak enak badan. Dengan beralaskan bantal buruk dan kain sarung lusuh, dia tidur untuk menahan rasa sakit di tulang belakangnya. Hendak berubat di hospital dia tidak ada banyak duit. Duit untuk anak-anaknya sekolah pun jarang sekali cukup, inikan pula duit untuk pmengobati penyakitnya yang sekarang ini lebih sering kembali. sakitnya itu sakit sekali ibarat di tikam-tikam di belakang. Sesekali Burhan mengerang kesakitan membuatkan Aminah berasa sangat risau dengan kesakitan yang ditanggung oleh suaminya. Pernah dulu suaminya menangis hingga keluar air mata menahan rasa sakit di tulang belakangnya, namun suaminya itu tidak pernah berobat ke doctor kerana factor duit. Keluh kesah Aminah melihat keperitan suaminya itu. dia juga tidak mampu berbuat apa-apa melainkan membantu dengan memijit suaminya. Bantuannya itu tidak membantu menurunkan sakit suaminya namun, itulah sahaja yang dia mampu dilakukan untuk si suami. Amin memandu keretanya ke kafe tempat Balkish bekerja. Dia sekadar melihat dari jauh. Kalau boleh Amin mahu melarikan diri buat sementara waktu dari semua orang yang dia kenal kecuali Balkish. Dia merasa marah sekali dengan perbuatan Tina terhadapnya dan dengan sikap kawan baiknya yang lebih mementingkan Tina daripadanya. Amin mengeluarkan satu plastic Beer yang dibelinya sebelum dia memandu ke sini. Penutup beer itu dibuka dan isinya diteguk dengan rakus.
Seharian Amin menunggu di keretanya. Menunggu Balkish untuk pulang ke rumahnya. Dalam diam, Amin memutar stereng kereta mengekori gadis itu sampai dia menaiki bas ke perhentian dekat dengan rumahnya. Amin melihat setelah Balkish turun dari bas, gadis itu berjalan kaki pula. Dia memberanikan diri memberhentikan keretanya di hadapan Balkish. Gadis itu terkejut pada awalnya tetapi setelah dia menegur, Balkish kelihatan tersenyum manis. “Awak buat apa kat sini?” soal Balkish kepada Amin. “Naik” arah Amin. “Tak apalah. Saya dah biasa jalan kaki ke rumah” balas Balkish. Dia sebenarnya agak takut untuk menumpang kereta Amin. Takut diapa-apakan oleh lelaki itu. tambahan pula malam sudah larut takut juga kalau ada orang melihat dia menaiki tumpangan itu. nanti nama keluarganya juga yang malu. “Naik aku kata” perintah Amin. “Kenapa dengan awak hari ni?” soal Balkish polos. Dia mulai takut dengan perubahan sikap lelaki di hadapannya itu. cepat sahaja Amin keluar dari keretanya dan menarik lengan Balkish untuk masuk ke dalam keretanya. “Eh, awak ni main paksa-paksa pula” Balkish memberontak. Tubuh Balkish ditolak ke tempat duduk di samping pemandu. Tali keledarnya dipasangkan. “Duduk diam-diam” arah Amin lagi. Amin segera mengambil tempat duduknya dan memandu keretanya. “Eh, rumah saya ke sana” Balkish mulai takut. Dia mahu membuka tali keledar namun dihalang oleh Amin. Pandangan Amin bengis namun Balkish tidak mengendahkannya. Gadis itu berusaha untuk melepaskan diri dan keluar dari kereta itu. “Berhenti Amin. Aku nak balik. Lepaskan aku!” Balkish berteriak kea rah lelaki di sebelahnya itu. Amin menampar kea rah wajah Balkish membuatkan gadis itu pingsan. “Aku dah bagi warning tadi, kau yang tak nak dengar” bisik Amin. Setelah sampai di tempat tujuan, Amin membuka tali keledar Balkish dan serta merta tubuh yang tidak bermaya itu jatuh ke dalam pelukannya. Amin mengangkat tubuh Balkish keluar dari kereta dan tubuh itu dibaringkan ke kerusi belakang keretanya. Balkish membukakan matanya. Tubuhnya terasa ditindih berat dan seluruh badannya sakit-sakit. Wajah Amin berada sangat dekat dengan wajahnya. Serta-merta Balkish meronta-ronta minta dilepaskan. Amin memegang tubuh Balkish erat dalam pelukannya. “Sssyyyyyhhhh. Janganlah bising” Amin berbisik ke telinga Balkish. Gadis itu menangis teresak-esak. “Apa yang kau dah buat ni????” Balkish meraung marah sambil menumbuk ke dada Amin sekuat hatinya. “Kau sukakan aku kan? Anggap saja aku terima cinta kau” balas Amin tanpa rasa bersalah. “Kau gila ke?” Balkish berteriak sekuat-kuat hatinya. Dia marah dengan apa yang dilakukan oleh Amin terhadapnya namun nasi sudah menjadi bubur dan terlambat untuk dia menghalang segala-galanya daripada terjadi. “Lepaskan aku. Tolong! Tolong lepaskan aku. Aku merayu” rintihan itu tidak dipedulikan oleh Amin. “Aku belum puas lagi dengan kau” Balkish menangis lagi. dia tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki sekalipun tetapi sekrang semua yang dipeliharanya habis musnah dinikmati oleh lelaki yang bernafsu syaitan ini. memang dia menyukai Amin tetapi bukan begini cara balasan cinta dari Amin yang diharapkannya. Segala-galanya terasa kelam dan bait-bait perkenalan dengan Amin dulu bermain-main di fikirannya. Alangkah baik jika pertemuan itu tidak pernah terjadi. Malunya dia kepada diri sendiri atas perlakukan binatang Amin itu. dia malu kepada Allah kerana terjebak dalam dosa besar ini. AMpunilah aku ya Allah? Bantulah aku ya Allah. Lindungilah aku ya Allah dari kejahatan hambamu yang berniat jahat ini. “Ayah!!!!!” teriak Balkish meminta tolong. “Tak ada siapa nak dengan jeritan kau. Teriaklah puas-puas” sindir Amin. “Ayah tolong Balkish ayah” Balksih menjerit lagi. Semakin Balkish berteriak semakin rakus perbuatan Amin. “Amin tolong, jangan macam ni. Mengucap Amin!” Balkish berusaha memujuk Amin. “Diamlah. Kau nak aku tampar kau lagi?” ugut Amin. “Jangan” teringat penampar Amin yang menerjah wajahnya semasa di dalam kereta tadi. Balkish pasrah. Dia takut kepada Amin tetapi dia lebih takut kepada Allah, kepada murka Allah dan balasan untuk hambanya yang melakukan dosa. Balkish nekad. Kali ini dia melawan perbuatan Amin dengan segala kudratnya yang masih tersisa. Dia meronta-ronta minta dilepaskan. Amin berasa sangat marah sehingga dia mengetatkan pelukannya pada tubuh wanita itu. wajah Balkish yang mulus itu dicium rakus. Bibir munggil Balkish sengaja digigit. Tubuh kecil Balkish ditindih keras. Gadis itu meraung kesakitan. Amin hanyut dalam hasutan syaitan. Dia terbuai dalan noda dan dosa.

Friday, October 5, 2012

Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku 7

Bab 7 Selepas turun dari bas terakhir yang menuju ke kawasan rumahnya, Balkish terpaksa berjalan selama 30 minit sebelum dia sampai ke destinasinya. Rumahnya pula terletak sangat jauh dari rumah terakhir di kawasan kampung itu. Walaupun telah kepenatan kerana seharian bekerja tetapi Balkish terpaksa mengharunginya jua demi keluarga. Kalau ikutkan wang penghasilan ayah yang tidak seberapa, adik-adiknya akan mempunyai kesusahan dalam memenuhi keperluan seharian persekolahan mereka. Balkish tidak mahu adik-adiknya mengalami kesusahan yang sama seperti pada zAman persekolahannya. Yuran sekolah susah nak dibayar, baju sekolah juga tidak berganti dari tahun pertama persekolahan. Kalau ada pembayaran untuk tujuan lain tu jangan cakaplah, pasti ada sahaja alasan yang akan diberikan kepada guru kelasnya. Dia tidak mahu adik-adiknya mengalami kesusahan dan malu yang sama. Sekurang-kurangnya dia dapat meringankan sedikit beban ayah dan memberikan sedikit kesenangan kepada keluarganya. Dia tidak kisah kalau dia terpaksa bersusuah dan penat sedikit. Perjalanan ke rumahnya selalu sahaja sunyi saat melewati jalan raya pada jam-jam malam ssebegini. Balkish hanya ditemani oleh lampu-lamou jalan yangturt memberikannya panduan untuk ke destinasinya. Sebaik sahaja sampai di rumah, Balkish memberikan ucapan salam. Ayah sedang duduk berehat di salah satu ruang. Di rumahnya ini tidak ada kerusi sofa, tidak ada meja makan dan mereka hanya tidur beralaskan tilam yang sudah kempes dan berlubang. Namun mereka masih belum berkemampuan y=untuk mengagnatikannya dengan yang baru. Di lihatnya kea rah satu suduh dan melihat adik-adiknya sedang tidur. Balkish berjalan kea rah mereka dan membaiki posisi tidur adiknya yang Fatin yang tidur di hujung kaki Fahmi. Tubuh adiknya itu diangkat dan dibetulkan. “Balkish dah makan ke?” soal ibu. “Dah bu” balas Balkish. Ibunya sedang khusyuk menyediakan kuih-muih untuk dijual keesokan paginya, namun demi sahaja melihat anak sulungnya itu pulang, dia berhenti melakukan pekerjaan dan mahu menyediakan makanan buat anaknya itu. “Taka pa. Balkish dah makan tadi dekat kedai” beritahu Balkish lagi. Wardah kembali duduk untuk menyambung kerjanya yang tertunda tadi. dia bukan sahaj menyediakan kuih muih untuk dijual bahkan juga nasi lemak. Keesokan paginya dia akan bangun awal untuk membungkus makanan dan setetlah itu, dia kana menghantarnya ke kedai makan yang berdekatan untuk menjualkannya. Kadang-kadang Fahmi dan kakanya, Farah akan menolongnya menghantarnya ke kedai kalau hari cuti. “Ibu, Balkish mandi dulu. nanti Balkish tolong ibu” beritahu Balkish. Sebelum dia ke dapur, sempat dia menyapa ayahnya yang sedang berehat. Setelah selelsai mandi, Balkish kembali ke depan dan duduk bersila di samping Wardah. Dia membantu ibunya menyelesaikan beberapa kerja sampai selesai. Setelah itu dia kembalil ke biliknya, dilihatnya Farah sudah lama terlelap di tilam. Bilik itu dikongsi dengan Farah dan juga Fatin. Bilik yang satu lagi dihuni oleh ayah dan ibu sementara Fahmi hanya tidur di luar. Balkish duduk di tilam. Perlahan-lahan dia mengeluarkan hadiah pemberian Amin itu kepadanya. Kotaknya disembunyikan dibalik lipatan-lipatan kain. Telefon bimbit itu dihidupkan dan Amin ternyata sudah menyimpan nombor telefonnya ke dalam contact. Balkish mahu membuat panggilan kepada lelaki itu tetapi dia segan dan takut sekiranya didengari oleh ayah atau ibu. Nanti banyak pula pertanyaan mereka tentang hadiah pemberian Amin ini. senanrnya bukan sahaja pandangan ibu atau ayah tetapi hatinya sendiri tidak senang memnerima hadiah semahala ini walaupun pada Amin harga itu tidak seberapa. ………………………… Amin tersedar dari tidurnya. Dilihat Tina disampingnya sedang lena dibuai mimpi. Amin mengelus rambut si gadis dengan lembut. Tina bergerak-gerak kecil. Bimbang pula jika perbuatannya itu membuatkan gadis itu terbangun. Perlahan-lahan Amin menyelimutkan tubuh Tina yang mungkin kedinginan itu. dia kemudianya menyelak gebarnya dan berhati-hati berganjak turun dari katil. Amin mengenakan kembali boxernya dan duduk di pinggir katil. Fikirannya jauh melayang pada raut wajah yang sering dilihatnya kebelakangan ini dan wajah itu tidak ada di sini. Wajah itu milik Balkish. Entah kenapa saat sebelum tidur tadi dia terfikirkan Balkish dan apabila bersama-sama dengan Tina tadi, dia juga memikirkan Balkish. Dan sekarang fikirannya juga dihantui oleh raut wajah yang mulus itu lagi. Balkish! Dan sebelum dia ke club tadi sempat dia mencuri peluang mecium ke arah pipi Balkish. Gadis itu kelihatan sangat terkejut. Mungkin belum pernah ada lelaki yang Berjaya menjajah daerah itu. kalau dialaha lelaki pertama, alangkah bertuahnya badan. Gadis secantik Balkish dengan pipinya yang gebu itu membuatkan Amin terjaga malam ini. Dan sejak dari tadi, Balkish belum lagi menelefon menggunakan telefon bimbit dan nombor telefon yang dibelinya semena hadiah hari lahirnya tadi. Amin mengerling ke arah tubuh Tina yang masih bergerak-gerak kecil. Gadis itu kemudiannya terjaga apabila disedari yang Amin sudah terbangun dari tidurnya. “Tak boleh tidur ke?’ soal Tina dalam kantuknya. Amin tidak menjawab sebaliknya hanya tersenyum. Dia kemudiannya merebahkan dirinya di samping gadis itu. tubuh Tina dipeluknya erat. Gadis itu turut membalasnya. Tina mencari bahagian dada Amin yang sasa dan meletakkan kepalanya di situ. Amin sekadar membenarkan lalu dahi gadis itu dikucup lembut.

Saturday, September 22, 2012

Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku 6

Bab 6 Amin melihat beberapa pilihan telefon bimbit yang dipamerkan di dalam rak kaca dan semuanya kelihatan cantik-cantik dan up to date. Dia tidak tahu pilihan yang mana disukai oleh Balkish. Kalau ikutkan hati dia hanya mahu membeli BlackBerry saja tapi dia tahu telefon bimbit yang sebegitu tidak sesuai untuk gadis itu. “Miss, handphone ni sesuai tak untuk girl yang umur 18 tahun? Soal Amin kepada seorang gadis penjual di situ. Gadis itu memberikan penerangan tentang features yang ada tersedia dalam telefon bimbit itu dan Amin sekadar terangguk-angguk. Akhirnya dia memutuskna untuk membelinya sahaja dan menghadiahkan kepada Balkish sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-18. Setelah selesai urusannya di mall itu, Amin memandu keretanya kembali ke café. Dari jauh dia sudah melihat Balkish sedang mengemaskan kedai itu. Amin mendekati gadis itu dan menyapa. “Hye Wan” sapa Amin kepada teman baik Balkish itu. Wan hanya tersenyum-senyum kepadanya. Gadis itu sebenarnya sudah tahu plan kejutan yang diaturkan oleh lelaki. dialahda yang membocorkan rahsia hari lahir Balkish itu. “ Balkish” sapa Amin tatkala gadis itu leka mengerjakan pekerjaannya. Gadis itu hanya tersenyum saat melihat wajah Amin di sampingnya. “Kenapa tak terkejut Nampak I?” soal Amin. “Sebab you dah selalu sangat datang sini” sambung Balkish. “I datang sini sebab ada you je. Kalau you dah tak datang sini, tak adalah I selalu datang” Amin menjelaskan. Melihat senyuman di wajah Balkish Amin juga turut tersenyum gembira. “Happy birthday” ucap Amin. Ucapan itu mebuatkan Balkish sangat terkejut. Dia juga turut melupai hari lahirnya itu namun lelaki ini mengingatkannya tentang hari bersejarah dalam hidupnya itu. “Mana you tahu?” soal Balkish ingin tahu. “Wan” “Wannnnn!” jerit Balkish seraya berlari mendapatkan teman baiknya itu. Wan cuba untuk melarikan diri daripada Balkish namun tidak sempat. “Terima kasih Wan” ucap Balkish seraya memeluk tubuh gadis yang berasal daripada Kelantan itu. Amin berjalan mendekati dua gads itu lalu mendepakan kedua tangannya. “I you tak nak peluk?” soal Amin nakal. Namun Balkish dan Wan sekadar menarik muka menyampah. “Tapi sorrylah babe, I tak sempat nak sediakan apa-apa. Hujung bulan pulak tu, gaji dah habis” keluh Wan. “Tak apalah, you ingat pun dah ok bagi I” “I ada something for you” sampuk Amin. Bungkusan kotak yang berisi sebuah telefon bimbit yang baru dibelinya tadi itu dihulurkan kepada Balkish. Gadis itu menyambut huluran daripada Amin itu. “Apa ni?” soal Balkish ingin tahu. “Bukalah” “Aa, bukalah babe. I pun nak tahu ni” sampuk Wan. Bungkusan itu dibuka dan Wan terus sahaja menjerit apabila melihat kotak telefon bimbit yang terpamer saat balutan kertas itu dirobek. Balkish membuka dan mengelurakn isi kotak itu dan sebuah telefon bimbit keluaran Samsung berada di genggamannya. “Suka? I tak tahu nak pilih yang mana, ni salesgirl tu yang pilihkan” beritahu Amin tanpa ditanya. Telefon bimbit itu dihulurkan kembali kepada Amin. “I tak boleh terima ni” beritahu Balkish. Huluran itu tidak diendahkan. Amin tidak akan mengambil balik hadiahnya itu. “Kenapa?” “I tak boleh terima. Mahal ni. Anggap sahaja I dah terima niat baik you, tapi I takkan terima hadiah semahal ni” “Its not that expensive lah. Terima jelah. I ikhlas. Kalau you tak terima anggap sahaja persahabatan kita putus” Amin tegas kali ini. Egonya tercabar saat hadiah pemberiannya itu ditolak oleh si gadis. Tidak pernah hadiahnya tidak diterima dan itupun hadiah yang tidak semahal mana pun. “Amin” panggil Balkish saat dia melihat reaksi pada wajah lelaki itu berubah. “Ada orang dah marah” Wan menyampuk dengan tiba-tiba. Dan dia hanya sekadar melihat pergaduhan kecil antara sepasang kekasih itu. Tidak disangka Amin itu cepat juga merajuknya. Dalam tidak sedar, Wan tersenyum lucu. “Amin” panggil Balkish lagi namun tidak diendahkan oleh Amin. “I balik dululah Wan” ucap Amin. Dia tidak mahu terus-terus dipujuk untuk mengambil kembali hadiahnya oleh Balkish. Gadis itu bukannya tidak menghargai pemberiannya bahkan memalukannya di hadapan Wan. Sempat Amin mengerling ke arah Balkish yang hanya tertunduk memandang lantai. Mungkin gadis itu diserang rasa bersalah kerana telah merubah mood suasana pada malam itu. Amin nekad, dia mencuri peluang ini dan bergerak dengan cepat kerah gadis itu dan mencium pipinya. Wan yang melihat kejadian itu melopong ternganga melihat keberanian Amin mencium pipi Balkish. Balkish dilihat hanya terdiam kerana sangat terkejut dengan perbuatan Amin ke atasnya itu. Amin segera berlari meninggalkan café itu. Dia terpekik kegembiraan dan senyuman gembira terukir indah di wajahnya. Entah kenapa hatinya sangat gembira apabila dapat menakluk pipi Balkish itu walaupun ianya hanya sekadar ciuman biasa sedangkan selama ini, dia bahkan dapat lebih dari sekadar ciuman dari gadis-gadis yang dipermainkannya. Hatinya berdegup kencang apabila mengingatkan ciumannya tadi. Pipi Balkish sangat lembut seperti kapas, sudah lama pipi yang tembam itu mahu dikucupnya Cuma dia tidak berani dan Balkish pula bukanlah calang-calang gadis yang hanya akan menyerah kepada seorang lelaki. Gadis itu berbeza sekali dengan gadis-gadis yang dikenalinya selama ini. Balkish! Rayu hati kecilnya. Single lagi ke Balkish? Mustahil dia masih single, gadis secantik itu pasti menjadi rebutan mana-mana lelaki. Tubuhnya tinggi, susuk tubuh yang kurus namun pipinya sangat tembam. Bibirnya kecil cute terbentuk. Balkish! Kalaulah Balkish seperti gadis-gadis yang dikenalinya, pasti dia sudah ‘memiliki’ gadis itu saat ini. Panggilan daripada Tina diterima. “Hye, you kat mana ni?” soal Tina mengenai keberadaan Amin. “I baru on the way ke sana. You dah sampai?” soal Amin kembali. “Yes. I tunggu you kat sini” Tna duduk dalam posisi yang seksi di sebuah kerusi. Jeans skinny itu Nampak kena sekali dengan imej remajanya itu. ----------------------------------------------------- “Hye sayang” sapa Amin kepada si gadis. “Kenapa lambat sangat?” soal Tina separuh merajuk kerana terpaksa menunggu lama. “Janganlah merajuk. Dahlah I lama tak juma you, sekarang nak merajuk pula dengan I” kata Amin. Dia kemudiannya terus memeluk tubuh gadis kesayangannya itu. Pipi Tina dikucup semahunya untuk melepaskan rasa rindu yang menggunung. Tina sangat sibuk kebelakangan ini dan dia sangat memahami pekerjaan dan juga pembelajaran gadis itu. Cuma dia sudah tidak tahan menanggung rindu yang terlalu lama. Dan akhirnya malam ini teman wanitanya itu meluangkan waktu untuk bersama-sama dengannya. “Busy ke sayang lately?” soal Amin lalu memandang ke wajah yang dirinduninya itu. Tina mengangguk. “You berhenti jelah modelling, I boleh bagi you duit” beritahu Amin. Tidak sanggup dia berpisah lama-lama dengan Tina. Dan kalau jumpa pun, pasti Tina kepenatan. Dia tidak mahu melihat Tina bersusah-susah sebegitu. “You bagi I duit?” Tina bertanya, sebentar kemudian dia ketawa lucu. “Ling, you belajar pun tak habis-habis lagi. You nak bagi I duit?” soal Tina. “Yelah, I ada duit” balas Amin. Dia marah kerana egonya dicabar. “Yelah, duit papa you kan? Kalau papa you tarik credit card you, you’re done” Amin terdiam. kata-kata Tina itu ada benarnya. “I cuma tak nak tengok you susah kerja, belajar lagi” sampuk Amin. “I love modelling” “Kalau macam tu, I tak nak halang you, tapi kalau you penat, and kalau you rasa nak berhenti don’t hesitate. I akan tanggung you” “Ye lah darling” Tina mengkerutkan hidungnya. Amin tersenyum lucu. Wajah Tina tetap cantik walau apapun ekspresi yang dibuatnya. Tina kemudiannya mencium bibir Amin. “Jom, nak menari?” soal Tina. “Kita balik rumah you jelah, ye sayang” Tanya Amin. Dia tersenyum nakal. Pertanyaan daripadanya itu mendapat jawapan yang berupa anggukan daripada Tina. Amin segera memimpin tangan Tina keluar dari club itu. “Hei, Amin” laung Firdaus memanggil temannya itu saat dia melihat Amin sedang keluar meninggalkan mereka. “Mamat tu, datang bukannya nak jumpa kita” keluh Firdaus kepada Hisyam. “Biarlah bro, dia dah lama tak jumpa Tina” Hisyam membela teman baiknya itu.

Susahnya Nak Dapat Kemaafan isteriku 5

Bab 5 Dato’ Sahar sedang membaca akhbar di halaman depan rumahnya. Hari minggu sebegini membolehkan dia bersenang-senang di rumah dan melepaskan kelelahannya selama 5 hari bekerja di pejabat. Usianya yang sudah menganjak senja itu membuatkan dia lebih cepat kepenatan berbanding waktu muda-muda dulu. Tidak lama kemudian, Datin Hasmah datang dengan membawa secawan teh buat suami tercinta. Buah-buahan yang dibeli di pasaraya kelmarin siap dipotong dan dikupas kulitnya untuk santapan sang suami. Datin Hasmah lalu duduk di samping suaminya. “Bang, Amin tu dah lama tak balik” keluh Datin Hasmah berkenaan dengan rindunya kepada anak sulung mereka itu. Keluhan itu hanya didengari oleh Dato’ Sahar tetapi dia tidak memberikan sebarang komen. “Awak dengar tak ni?” rungut Datin Hasmah. Merajuk tidak dipedulikan oleh sisuami. “Dengar” sepatah sahaja yang diutarakan oleh Dato’ Sahar. Konsentrasinya masih dengan berita-berita yang dibacanya. “Saya ingat, sebleum kita pergi umrah ni, nak suruh Amin balik jumpa kita” “Call je lah. Awak ni, nak call anak pun takut” kata Dato’ Sahar. “Saya takut Amin tu busy. Nanti kita menganggu pula” sampuk Datin Hasmah. “Awak tak call, mana awak tahu dia busy ke tak” Dato’ Sahar membalikkan halaman akhbarnya. “Tadi Aman ada call. Dia kata hujung sem depan dia balik. Dia kirim salam kat abang” beritahu Datin Hasmah berkenaan panggilan daripada anak bongsu mereka itu, Aman. Dia dan Dato’ Sahar mempunyai dua orang zuriat dan kedua-duanya adalah anak lelaki. Datin Hasmah kepingin sekali anak perempuan tetapi bukan rezeki mereka. Itupun terasa sangat mencabar untuk mendidik mereka, belum lagi sampai tiga orang anak. Di antara Amin dan Aman, Amin lebih nakal. Sejak daripada kecil anak sulungnya itu sering sahaja membuat onar, tidak kira di sekolah ataupun di rumah. Aman lebih banyak mengalah untuk abangnya itu. Tetapi kedua-duanya tetap disayangi dengan adil. “Abang, nanti kita pergi umrah, saya nak doakan agar Amin berubah” beritahu Datin Hasmah tentang hajatnya itu. “Budak macam Amin tu, nak khiamat baru dia nak berubah” perli Dato’ Sahar. Datin Hasmah melirik kepada suaminya, “Tak baik abang cakap macam tu. Amin tu kan anak kita” “Dia jadi macam tu sebab awaklah manjakan dia sangat” keluh Dato’ Sahar. “Abang ni, saya adil dengan dua-dua anak saya” bentak Datin Hasmah. Tidak suka dengan kata-kata suaminya tadi. Dato’ Sahar bangun dari duduknya dan meninggalkan Datin Hasmah sendirian di luar. ………………………… Tina menerima panggilan daripada buah hatinya, Amin. “Hello sayang” “Hye” sepatah sahaja jawapan daripada Tina. “You kat mana ni?” soal Amin. “Kuliah ling, kenapa?” “I rindu sangat kat you. Kita jumpa hari ni ye” pinta Amin. “I busy lah ling. You pun busy kan? Nanti-nantilah ye” “Tapi dah lama kita tak jumpa. I rindu sangat kat you. Rindu nak peluk you, kiss you. Please lah honey” rayu Amin lagi. “I pun rindu juga tapi nak buat macamana. I ada kelas. Next time ye?” pujuk Tina lagi. panggilan itu dimatikan. “Siapa? Amin?” soal Daniel seraya mengetatkan pelukannya di pinggang gadis itu. Tina mengangguk mengiyakan. Dia meletakkan telefon bimbitnya di meja sebelah tempat tidurnya. Tubuh Daniel di sampingnya turut dirangkul erat. Mereka berdua berkucupan mesra. “Kita ni macamana?” soal Tina kepada lelaki itu. Daniel senyum. “You nak serious dengan I ke?” soal Daniel. “Amin macamana?” soal Tina. “Up to you my love. Tapi I cintakan you” sambung Daniel pula. Tina hanya berdiam. Dia tidak tahu apa keputusan yang terbaik yang harus diambil. Dia menyintai Amin tetapi sejak akhir-akhir ini, dia juga turut menyintai Daniel, yang merupakan cinta pertamanya. Ciuman Daniel hinggap dileher jinjangnya membuatkan Tina ketawa kegelian. Dia tidak jadi memberikan keputusan kepada Daniel.