Thursday, August 29, 2013

Susahnya Nak dapat kemaafan isteriku bab 26


Bab 26
…….Flashback…
Fakrul masuk ke bilik dan menghempukkan badannya ke katil. Setelah menghantar Balkish ke kolejnya, dia berjalan pulang ke kolej lelaki. Permintaan atau ajakan Yani untuk menemaninya makan tidak diendahkan. Dia mahu kalau dengan Balkish tapi bukan dengan Yani.
Perutnya berbunyi nada keroncong minta isinya ditambah dengan makanan. Sejak tengahari tadi Fakrul cuma makan makanan ringan. Dia tidak sempat untuk mengisi perut dengan nasi. Matanya pula minta ditutupi. Yang mana satu mahu didahulukan? Makan atau tidur?
Semalaman dia bersengkang mata untuk menyiapkan nota-nota study groupnya. Seharusnya nota itu dikerjakan beberapa hari yang lalu, tetapi dia syik dan leka melayani permainan games online yang baru diinstal. Jadi tugasan-tugasan kuliah semuanya tertangguh sehinggalah dia menyiapkannya malam tadi.
“Oi, nak tidur dah ke? Solatlah dulu, dah pukul berapa dah ni” tegur Muaz apabila melihat gaya teman sebiliknya itu yang mahu tidur petang.
“Aku penatlah. Aku rest dulu sekejap. Nanti 30 minit lagi, kau kejutkan aku untuk solat” balas Fakrul.
Muaz menggelengkan kepala dengan sikap teman sebiliknya itu. Fakrul terus terlena dibuai mimpi indah.leteran Muaz hanya sekadar berlegar-legar di ruang bilik, langsung tidak masuk dan tembus ke telinga. Sekejap sahaja Fakrul sudah terlelap tanpa mendahulukan solat Asar.
…………………………………………
Sekejap-sekejap Fakrul berguling ke kiri dan sekejap-sekejap ke kanan pula. Setelah puas tidur, matanya dibuka perlahan-lahan dan kelibat Muaz terlihat di pandangan. Lelaki itu sedang belajar di katilnya. Dengan rasa malas dan lembik, Fakrul bangun dari tidur lalu duduk di birai katil.
“Best giler tidur” kata Fakrul sambil menggeliat puas. Sudah agak lama barangkali dia tertidur sehinggakan penatnya yang terasa selepas kuliah kini sudah hilang.
Muaz tidak mengendahkannya. Fakrul melihat ke luar tingkap. Sudah gelap dan kelam. Hanya lampu neon kuning yang menyuluh jalan raua bertentangan dengan bilik mereka.
“Dah pukul berapa ni?’ di luar sana sudah tidak secerah petang tadi. kelihatan beberapa orang mahasiswa kolej sedang berjalan di pinggiran jalan. Mungkin mereka dari kafe yang berhampiran.
“Pukul 10 malam dah ni” balas Muaz.
“Kenapa kau tak kejut aku bangun?” marah Fakrul.
“Aku dah kejut, kau yang tak nak bangun. Selepas 30 minit pun aku kejut. Waktu solat Maghrib pun aku kejut, kau yang tak nak bangun” beritahu Muaz.
“Aku mengantuk sangat” balas Fakrul.
“Main game onlinelah tu”
Fakrul diam. Kata-kata Muaz itu ada benarnya. Dia bangun dan  mencapai tuala untuk ke bilik air. Setelah mandi beberapa minit, dia kembali ke bilik dengan hanya bertuala paras pinggang.
“Kau dah makan?” soal Fakrul kepada teman sebiliknya itu.
“Aku makan Maggie je
“Jomlah keluar. Aku lapar ni”
“Malaslah. Banyak kerja aku nak kena siapkan. Kalau kau keluar, belikan untuk aku sekali” pesan Muaz.
“Kau nak apa?”
“Apa-apa jelah, asalkan boleh dimakan”
Fakrul mengangguk, dia tahu kegemaran teman sebiliknya itu. Kalau bukan nasi goreng USA mesti nasi goreng ikan masin.
Fakrul mengenakan pakaiannya lalu keluar dari bilik. Dia ke gerai makan yang selalu dikunjungi oleh mereka yang terletak berhampiran dengan kawasan kampus. Dia memilih untuk membeli di luar makanan di luar kampus sahaja kerana harga makanan di luar lebih murah dan ada gerai yang menyajikan makanan lebih enak berbanding gerai-gerai makanan di dalam kampus.
Motornya diparkir berdekatan dengan gerai makan supaya dia tidak perlu berjalan jauh. Pelanggan gerai Selera Orang Melayu itu memang sentiasa ramai, jadi Fakrul terpaksa menunggu agak lama. Dia memilih untuk membeli makanan yang dibungkus. Lebih berselera kalau makan berdua dengan Muaz berbanding makan sendiri di sini. Setelah pesanannya siap, Fakrul memandu motornya menelusuri jalan untuk pulang ke kampus. Dia berhenti di traffic light terakhir sebelum masuk ke jalan utama ke kampus. Matanya tertacap pada sebuah susuk kenderaan mewah berwarna hitam metallic model BMW di sebelah motornya. Kerdil rasa dirinya dibandingkan dengan lelaki pemilik kereta mewah itu. Matanya tidak boleh dialihkan dari kereta. Cantiknya! Best kalau dapat bawa kereta macam ni! Fakrul melihat ke dalam kereta, mengintai pemilik kenderaan mewah ini. Handsomekah? Dari balik cermin hitam itu, dia dapat melihat wajah si lelaki bertuah yang dapat memandu kereta mewah ini menglilingi bandaraya Kuala Lumpur. Handsome! Sesuailah. Sepadan dengan keretanya.
Fakrul mengintai lagi wajah gadis di sebelah si pemandu. Gadis mana yang bertuah sekali dapat menangguk ikan besar di dalam lautan yang luas ini. Pasti wanita itu tidak kurang cantiknya!
Wajah wanita di sebelah tempat duduk pemandu itu diitai, wajah itu seperti… Dia cam sekali dengan seraut wajah ayu itu. Balkish!
Fakrul sangat terkejut melihat gadis yang wajahnya mirip dengan Balkish bersama-sama dengan lelaki yang tidak dikenalinya di dalam sebuah kereta mewah. Macam-macam tanggapan mula menghantui fikirannya. Fakrul cuba mengawal perasaannya yang mula menjadi marah dan geram. Dia tidak sangka Balkish begitu orangnya.
Sabar dulu Fakrul, tenangkan diri, jangan-jangan lelaki itu keluarga Balkish. Fakrul bermonolog sendirian. Tapi Balkish anak sulung, dia tidak mempunyai abang. Balkish juga bukannya dari golongan keluarga mewah-mewah jadi mustahil lelaki itu adalah ahli keluarganya.
Lampu isyarat bertukar ke warna hijau. Tanpa berfikir panjang, Fakrul mengekori kereta mewah itu sampailah kereta itu membelok masuk ke tempat parkir sebuah hotel bertaraf berbintang-bintang. Motornya diberhentikan di pinggir jalan sahaja. Dia mengekori langkah Balkish yang keluar dari kereta bersama lelaki tersebut dan masuk ke dalam hotel.
Fakrul terhendap-hendap macam penyiasat persendirian yang tak lulus nak jadi spy. Perbuatannya itu disedari dan mengundang rasa curiga seorang pengawal security yang sejak dari tadi memerhatikannya. Pengawal keselamatan itu akhirnya menahan Fakrul daripada masuk ke dalam lobi hotel.
Setelah perbuatannya itu dihalang, Fakrul akhirnya berputus asa mahu mengekori Balkish lagi. Dia memandu motornya kembali ke kolej.Sesampainya di bilik, makanan yang dibelinya dicampakkan ke meja. Terkejut Muaz melihat perubahan sikap teman sebiliknya itu. Tadi baik-baik je keluar, sekarang balik marah-marah.
“Kenapa dengan kau ni?” soal Muaz.
“Kau tahu aku nampak apa tadi?” marah Fakrul. Suaranya tinggi. Muaz juga turut terkejut. Dia tidak pernah melihat Fakrul semarah ini sebelum ini.
“Manalah aku nak tahu”
“Aku nampak Balkish. Dia masuk hotel dengan seorang lelaki. Panas aku macam ni!”
“Sabar dulu. betul ke tu Balkish?” soal Muaz meminta kepastian. Jangan sampai cerita ini menimbulkan fitnah kepada seorang wanita muslimah yang baik seperti Balkish.
“Aku kenal sangat dengan Balkish tu, dari cara dia berjalan sampai baju yang dia pakai pergi kelas pun aku dah hafal. Aku dengar tapak kaki dia pun aku dah tahu itu dia. Inikan pula aku Nampak dengan mata aku sendiri. Baju yang dia pakai tu aku pun aku pernah nampak dia pakai masa pergi kelas”
“Sabar dulu Fakrul. Kau ni marah macam ni kenapa? Macamlah Balkish tu isteri kau”
“Dia bakal isteri aku, aku ingat dia perempuan baik-baik. Tapi macam ni dia buat dekat aku. Kalau aku tahu dia perempuan macam tu, dah lama dah aku…”
“Apa kau cakap ni. Kita tak tahu lagi hal sebenar. Jangan nak buat kesimpulan melulu”
“Apa yang melulu? Aku Nampak dia masuk hotel. Hotel mewah pula tu. Lelaki tu pun bawa kereta BMW. Patutlah dengan aku yang pakai motor kapcai ni dia tak nak layan. Kalau dah malam-malam macam ni kalau masuk hotel nak buat apa lagi? Kalau kau kat tempat aku, kau pun mesti fikir macam tu kan?”
Muaz terdiam. Kalau aku kat tempat Fakrul? Nauzubillah, aku harap aku takkan pernah mengalami situasi macam ni. Mungkinkah aku akan bertindak seperti Fakrul?
Fakrul terduduk di birai katilnya. Entah bila, matanya basah bergenang dengan air mata.
“Sampai hati dia buat aku macam ni” esak tangis Fakrul mula kedengaran. Muaz bangun dari duduknya dan berjalan menghampiri Fakrul. Dia duduk di sebelah teman sebiliknya itu.
“Sabar. Apa kata kau solat dulu. Nanti besok, cuba kau tanya hal sebenar dengan Balkish sendiri” kata Muaz sambil menepuk-nepuk bahu Fakrul. Teman sebiliknya itu dilihat frust menonggeng seperti Balkish tu telah melakukan kesalahan besar, sedangkan Fakrul belum memastikan lagi hal yang sebenar daripada Balkish.
Dia yakin Balkish bukanlah seteruk seperti apa yang difikirkan oleh Fakrul. Barangkali kerana perasaan sayangnya kepada Balkish membuatkan Fakrul tidak boleh berfikir dengan baik.

Monday, July 8, 2013

Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku Bab 25


Bab 25
Amin memandu keretanya masuk ke kampus UIA. Susah sikit nak masuk univerisiti ni, banyak protocol, kena tinggal mycardlah, kena soal macam-macam oleh pak guard. Amin menguap beberapa kali. Dia memandu ke bangunan koleh isterinya. Apa bila sampai dia parker agak jauh dari beranda utama. Takut pula Balkish tidak suka kalau di amemunculkan diri depan kawan-kawannya. Amin membuat panggilan kepada Balkish namun panggilannya tidak diangkat. Amin menunggu sahaja di kereta.

Dari jauh dia melihat Balkish bersama-sama kawannya sedang berjalan menuju ke bangunan kolej bersama-sama dengan tiga orang kawan-kawannya. Amin memerharikan.

Fakhrul berjalan beriringan dengan Balkish. sengaja dia menawarkan diri untuk mengahntar Balkish, Aiza dan Yani ke kolej mereka setelah habis melakukan diskusi kumpulan tadi. Balkish mengelakkan diri Fakhrul apabila lelaki itu cuba untuk dekat dengannya. Yani sekadar melirik sementara Aiza tersenyum sahaja melihat gelagat Balkish yang sudah jengkel.

“Balkish tak nak pergi makan ke?” soal Fakhrul.

“Tak apalah, nanti saya pergi makan sendiri” balas Balkish.

Fakhrul tidak berputus asa, dia mencuba lagi. tapi mendapat jawapan yang sama dari Balkish.

“Jomlah saya teman awak” balas Yani kepada Fakhrul.
Fakhrul jadi bingung, tiba-tiba Yani menyampuk.

“Hah tu, pergi aje dengan Yani. Nanti kami keluar makan sendiri” kali ini Aiza menyampuk, membantu Balkish mengelakkan diri daripada Fakhrul.

“Tak apalah Yani. Saya pun dah tak ada selera nak makan” Fakhrul menjawab. Yani menarik muka masam dan berharap Fakhrul memujuknya namun harapannya isa-sia, lelaki itu tidak mengendahkan Yani.

“Kitaorang naik dulu. assalamualaikum” beritahu Balkish. dia segera menarik tangan Aiza untuk melarikan diri daripada Fakhrul. Fakhrul mahu mengejar tapi mengingatkan hostel ini adalah hostel perempuan, Fakhrul berhenti betul-betul di pintu masuk. Dia meninggalkan Yani sendirian dan kembali ke hostelnya.

Sakit hati Amin melihat Balkish dengan kawan lelakinya itu, walaupun Balkish tidak melayan tetapi kawan lelakinya itu kelihatan terhegeh-hegeh dengan isterinya. Api cemburu membakar diri Amin.

Balkish tidak boleh disalahkan kalau lelaki itu yang jatuh hati kepadanya. Yelah, isteri aku tu cantik, baik. Mestilah pak ustaz tu jatuh hati. Nasib baik Balkish ni tak melayan sangat, kalau tak dengan Balkish Balkish aku tibia. Marah Amin. Nombor telefon Balkish didail. Yang minah ni satu jugak, semalam kan dah sms cakap hari ni nak jumpa, takkan dia lupa. Lama dah aku tunggu kat sini ni. Budak-budak yang lalu sini, tengok je dekat aku. Malu tau! Tahulah muka aku ni hensem!
Panggilan ke Balkish tidak diangkat oleh gadis itu. Amin mendail sekali lagi.
“Hello” kasar suara Amin. Dia marah kerana telah menunggu lama.
“Assalamulaikum” jawab  satu suara.
“Balkish mana?” soal AMin. Dia tahu bukan Balkish yang menjawab telefonnya.
“Balkish pergi toilet kejap, wuduk. Ni siapa?” Tanya Aiza, teman sebilik Balkish. dia melihat nama si pemanggil tertera di skrin sebagai ‘mamat sewel’ sebelum dia menerima panggilan itu.
“Cakap kat dia cepat sikit. I tunggu dekat bawah” balas Amin. Dia segera mematikan panggilan.

“Balkish, siapa mamat sewel?” soal Aiza pada Balkish saat teman sebiliknya itu masuk ke dalam bilik.
“Kenapa?”
“Tadi dia call, dia suruh kau cepat sikit” beritahu Aiza.
Balkish terdiam.Dia hampir-hampir terlupa yang Amin mahu berjumpa dengannya hari ini.
“Tak apalah. Biar je dia tunggu lama sikit” balas Balkish. dia mengenakan telekong  solat ke wajahnya untuk mengerjakan solat Asar.
Balkish akhirnya turun ke beranda tempat AMin parker keretanya. Dilihat sekilas ke wajah Amin. Masam mencuka, muncungnya panjang sedepa. Marahlah tu, tak pun merajuk. Ah, peduli apa. Bukannya aku janji pun nak keluar dengan dia hari ini. bentak Balkish. Saat pesanan ringkas dari Amin semalam diterima, dia tidak membalas. Sms itu dibuat acuh tak acuh kerana dia sebenarnya agak malas mahu keluar dengan Amin dia memikirkan tugasa-tugasan yang harus disiapkan sebelum bulan depan. Kalau ditangguh pasti bertimbun. Tapi nak buat macamana, Amin ajak keluar. Mahu dibalas tidak mahu, takut pula lelaki tu buat kerja sewel seperti yang selalu dibuatnya jadi dia tidak membalas dan lihat keadaan dulu. kalau tak ada benda yang nak dibuat, bolehlah nak menemani si Amin ni. Balkish mengenakan tali keledar ke wajahnya.
“Dah lama tunggu?” soal Balkish ingin memulakan bicara. Kalau dia tak menegur, nak harapkan Amin. Entah bile. Lagipun memang orang merajuk takkan memulakan bicaranya dulu.
“Tak lah. Abang baru je sampai” peril Amin.
“Em. Baguslah” jawab Balkish. malas nak bertengkar.
“Siapa mamat yang jalan dengan awak tadi?” soal AMin secara tiba-tiba.
Balkish melihat ke wajah Amin. Mereka bertentangan mata. Segera Balkish melarikan pandangannya.
“Awak stalk saya ye?”
“Jawablah”
“Fakhrul. Kawan study group. Kalau betul awak stalk saya, awak lihat sendiri kan, kami tak jalan berdua. Ada Aiza dengan Yani juga” balas Balkish.
“Dengan saya awak takut. Dengan si Fakhrul tu boleh pula berkepit”
“Mana ada saya berkepit. Dia je yang…” Balkish tidak menghabiskan kata-katanya.
Amin diam. Balkish melihat ke arah Amin. Mereka bertentangan mata.
“Dia je yang terhegeh-hegeh. Awak ingat saya suka ke?” beritahu Balkish. Dia akhirnya melarikan pandangannya. Malu timbul saat dia cuba meluahkan perasaannya kepada Amin sambil diperhatikan oleh lelaki itu.
Amin berdehem kecil untuk menghilangkan ketegangan yang timbul antara mereka berdua. Berdebar jantungnya bertentangan mata dengan Balkish. Selain melihat mata Balkish, sekilas dia sempat mencuri pandang ke arah bibir si gadis.
“Kalau saya, awak suka lah?” Amin memberanikan diri bertanya. Inilah peluangnya untuk mengetahui perasaan Balkish yang sebenar. Pandai dia menjerat Balkish dalam kata-katanya sendiri. Amin masuk bakul angkat sendiri. Dia tersenyum bangga.
“Suka. Tapi belum sayang, belum cinta” perlahan sahaja jawapan yang keluar dari mulut Balkish.
Amin senyum bahagia. Peluangnya masih ada. Cerah masa depan. Balkish masih lagi boleh menerimanya, asalkan dia tahu cara untuk menambat hati gadis itu.
“Dan saya juga takut dekat awak” sambung Balkish lagi.
Impian yang terbina untuk menambat hati Balkish hancur setelah mendengar jawapan kedua dari Balkish. serta-merta senyuman di wajah Amin pudar.

Amin membawa Balkish jalan-jalan di Mall sahaja. Dia tidak tahu lagi destinasi lain yang sesuai untuk mereka keluar jalan-jalan bersama. Mereka masuk ke Jusco untuk mencari barang-barang keperluan. Amin mengajak Balkish untuk menemaninya mencari pakaian formal untuk dia ke kuliah. Gadis itu pada mulanya tidak mahu, tetapi setelah dipujuk akhirnya dia mengikut sahaja. Amin sengaja meminta Balkish memilih untuknya. Apa sahaj yang dipilih oleh isterinya itu, dianggukkan sahaja. Mereka berdua berjalan beriringan. Mahu sahaja tangannya mengggenggam tangan Balkish erat-erat tapi dia tahu Balkish tidak suka. Ditahan sahaja keinginannya itu. Amin memperlahankan langkah kakinya untuk dia berada sedikit di belakang Balkish. langkah kaki Balkish diturut. Balkish dilihat mencari-cari kelibatnya yang tadi berjalan sering dengan gadis itu.
“Abang kat belakang awaklah” segera Amin menegur isterinya. Dia tidak mahu Balkish berasa takut.
“Kenapa lambat sangat awak jalan ni?” marah Balkish.
“Abang nak lihat-lihatkan Balkish dari belakang. Kalau Balkish duk sebelah, nanti Balkish ke mana-mana abang tak sedar”
Balkish terdiam.
“Awak nak beli apa-apa ke?” soal Amin.
“Tak ada. Baju kurung nak pergi kelas cukup yang kita beli hari tu?”
“Cukup”
“Beli makananlah nak? Nanti awak boleh makan kalau nak stay up”
“Tak payahlah awak”
“Jomlah” ajak AMin. Balkish menurut sahaja.
Setelah selesai membayar di kaunter, akhirnya AMin mengajaka Balkish untuk makan. Mereka berdua tidak makan di foodcourt sebaliknya AMin membawanya masuk ke restoran makanan Barat. Balkish menurut sahaja. Banyak makanan yang dipesan oleh lelaki itu dan akhirnya Balkish memaksa dia menghabiskan semua makanan yang dipesan. Membazir itu amalan syaitan. Amin terdampar di kerusi seperti ular sawa kekenyangan. Balkish tersenyum lucu melihat keadaan AMin saat itu. walaupun mereka telah selesai makan, tetapi Amin menyuruhnya menunggu sekejap kerana dia sangat kekenyangan. Rasanya kalau bagun berdiri mengejut, isi  makanannya boleh keluar semula. Mahu tidak mahu terpaksa Balkish menunggu.
“Eh awak. Kita dah lambat dah ni. Nanti tak boleh masuk kampus dah. Kena tahan dengan pak guard. Saya tak nak ada record” beritahu Balkish.
“Tunggulah kejap. Abang full ni. Nak muntah pun ada” balas Amin.
“Siapa suruh awak order banyak sangat” marah Balkish.
“Saya balik sendiri lah. Saya takut lambat” beritahu Balkish. dia bangun dan mengambil barang-barangnya. Amin yang kekenyangan itu mahu ditinggalkan di restoran itu.
“Eh awak. Tunggulah. Saya hantar” balas AMin.
“Tak apalah”
“Awak. Saya yang jemput awak, takkan saya nak biar awak balik sendiri. Banyak barang-barang awak ni”
“Tapi…..”Balkish berkeras mahu balik sendiri.
Amin segera menutup mulutnya. Makanan yang dimakan dengan banyak tadi terasa sedang dalam proses keluar melalui mulutnya. Amin menahan dengan kedua-dua tangan tertekap pada mulut. Dia akhrinya berlari masuk ke tandas restoran. Balkish terkejut, dia juga mengekori lelaki itu ke tandas dan menunggu di luar. Tidak lama kemudian, AMin keluar dengan wajahnya yang lesu.
“Banyak ke keluar?” Tanya Balkish simpati.
Amin mengangguk.
“Awak nak duduk dulu?” soal Balkish.
Mereka berdua duduk kembali di meja makan tadi. Balkish memanggil waiter untuk membayar harga makanan mereka. pelayan datang dengan bil. Terkejut juga melihat nilai yang tertera di bil itu. belum sempat Balkish membuka tas tangannya, Amin memberikan dompetnya.
“Pakai card abang”
Balkish melihat ke arah AMin. Tidak pernah dia membuka dompet orang lain tanpa keizinan dari tuannya. Amin terangguk-angguk. Lelaki itu sudah lelah untuk berbicara gara-gara muntah tadi. dompet yang tebal itu dibuka untuk mengambil kad kredit seperti yang disuruh. Setelah mendapat kad, pelayan itu beredar ke kaunter dan kembali ke meja mereka beberapa minit kemudian. Sesekali Balkish melihat ke jam tangannya.
“Dah lambat dah ni wak. Kita tidur luarlah malam ni. Besok pagi baru saya pergi kampus. Kalau masuk time macam ni, mesti kena tahan dekat pak guard” beritahu Balkish, dia juga tidak sampai hati nak tinggalkan Amin sendirian di sini.
“Ti…dur kat mana?” soal Amin. Buat-buat bodoh pula. Sebenarnya, setelah mendengar usulan itu, hatinya berdebar-debar. Macam-macam imaginasi yang difikirkannya. Sengaja dia bertanya soalan itu untuk mendapatkan kepastian dari Balkish. Jawablah hotel Balkish! bersina-sinar pandangan mata Amin.
“Kat mana-mana jelah. Tapi saya tak nak tidur dalam kereta dengan awak” balas Balkish. mustahil dia akan terlelap di dalam kereta dengan Amin. bermalam bersama-sama dengan Amin bererti sengaja mengundang kembali kenangan silam yang cuba dipadamkan dari memori ingatannya.
“Ho…hoo….tel??? Boleh??” tergagap-gagap Amin memberikan cadangan. Balkish mengangguk. Amin tersenyum bahagia.
Setelah mualnya hilang. Dia mengajak Balkish untuk kembali ke kereta. Amin memandu ke sebuah hotel yang terletak tidak jauh dari kampus UIA supaya besok dia dapat menghantar Balkish ke kampus tanpa terkandas dalam kesesakan lalu lintas. Amin dan Balkish keluar dari kereta dan berajalan beriringan masuk ke hotel. Mereka berdua tidak menyedari yang mereka sedang diekori.
Fakrul parker motornya di luar tempat parker hotel. Dia terserempak dengan Balkish waktu di traffic light sebelum cabang masuk ke hotel. Pada awalnya, gadis yang mirip dengan Balkish itu adalah pelanduk dua serupa. Tidak mungkin Balkish yang dia kenal adalah seorang gadis yang keluar dengan lelaki berkereta waktu tengah malam begini. Kebetulan pula mereka melalui jalan yang sama, jadi Fakrul sekadar mengikut dari belakang kereta tersebut. Saat kereta sport itu membelok masuk ke simpang hotel, Fakrul memberhentikan motornya di pinggir jalan untuk melihat gadis yang sangkaannya mirip Balkish itu. saat gadis itu keluar, Fakrul sangat terkejut melihat gadis yang hanya pelanduk dua serupa itu ternyata memang betul-betul Balkish. dia tahu itu Balkish dari cara jalan, dan pakaiannya. Fakrul sangat terkejut. Dia mengekori untuk melihat secara lebih dekat. Saat Fakrul ingin masuk ke hotel, dia ditahan oleh pak guard hotel tersebut.
“Awak buat apa sini?” soal security. Security itu melihat ke arah sepasang pasangan yang diekori oleh Fakrul.
“Saya nak duduk sini lah” balas Fakrul. Dia terintai-intai mencari Balkish saat dia ditahan. Takutnya Balkish hilang dari pandangannya.
“Jangan nak bohong. Saya Nampak awak ikut customer yang baru masuk tadi” marah security itu.
Fakrul diam. “Mana ada bos” dia membela dirinya.
“Baik awak keluar sebelum saya panggil security yang lain”
“Ok bos. Ok” Fakrul terpaksa mengalah. Dia melangkah keluar dari hotel seperti yang disuruh oleh security. Dalam hatniya membara api kemarahan. Marahnya itu tertumpu pada seraut wajah ayu milik Balkish.
Balkish dan AMin check in di kaunter.
“What would you choose sir?” soal penyambut tetamu di kaunter sambil menunjukkan pakej harga dan jenis bilik kepada Amin dan Balkish.
“Saya tak nak satu bilik dengan awak” beritahu Balkish kepada Amin. Suaranya separuh berbisik, malu jika didengari oleh pekerja hotel.
“Saya bayar, so saya lah pilih”
“Perlahanlah sikit suara awak tu. Malu kalau orang dengar” tegur Balkish.
“Apa nak malunya?” Amin tersenyum lucu melihat gelagat Balkish. gadis itu tidak biasa datang ke hotel dengan seorang lelaki, lainlah dengan aku. Hotel ni dah kira rumah kedua aku. Rumah pertama aku, rumah Tina, rumah kedua aku hotel, rumah ketiga aku hostel dan rumah keempat aku barulah rumah papa.
Balkish malu dilihat datang ke hotel malam-malam begini dengan Amin. Walaupun mereka sudah menjadi suami isteri, tapi orang lain tidak tahu, pekerja-pekerja hotel juga tidak tahu. Takutnya menimbulkan fitnah.
Gadis pekerja hotel yang melayani Balkish dan Amin itu turut tersenyum.
“By the way. Ni isteri I. kami dah kahwin. In case you fikir bukan-bukan pasal isteri I ni” beritahu Amin. Dia memperkenalkan Balkish sebagai isterinya kepada pekerja hotel itu. Gadis itu tersenyum, dan membalas, “Sir our customer privacy is our priority”
“See! Apa nak takutnya?” Amin melihat ke arah Balkish.
“So what room will you choose sir?” tanya si gadis itu lagi kepada Amin.
“Dua bilik, single” sampuk Balkish. Gadis pekerja hotel itu mengangguk.
“Tunggu dulu. kalau dua bilik single lagi mahal dari satu bilik. Kita ambillah satu bilik dengan katil queen size ni. You pun kecil je kan. Muat je untuk kita berdua” Amin membantah.
“I nak dua bilik” Balkish membantah.
“Boleh, you bayar untuk room you sendiri” sambung Amin.
Balkish terdiam. Harga penginapan satu malam untuk hotel itu boleh dibuat belanjanya di kampus selama dua minggu. Manalah aku nak cari duit ni. Tapi tak apalah, hal tu belakang kira, sekarang ni biarpun kena ikat perut selama sebulan ke, setahun ke, yang penting jangan sebilik dengan Amin. Kena pergi ATM dululah ni.
“So sir?” Tanya pekerja hotel itu kepada AMin.
“You heard my wife. Two rooms single bed for us please” beritahu Amin.
Balkish terdiam.
Amin dan Balkish mauk ke dalam lif. Telefon bimbit Balkish berbunyi. Panggilan dari Ainza itu diangkt.
“Sorry, malam ni aku tak balik kolej”
“Kau tidur mana ni?” soal Aiza risau.
“Aku tidur luar. Jangan risaulah. Besok aku pergi kelas terus. Tak payahlah tunggu aku ye”
“Kau dengan mamat sewel ke ni?” soal Aiza. Risau akan keselamatan teman sebiliknya itu. petang tadikan dia yang angkat panggilan masuk dari si pemanggil yang cuma dikenali dengan nama ‘mamat sewel’. Nama aslinya gagal dikesan kerana memang nama itu yang disimpan di dalam daftar kontak telefon bimbit Balkish.
“Jangan risau Aiza. Aku tak apa-apa” Balkish mententeramkan hati teman baiknya itu. dia tahu apa yang dirisaukan oleh gadis itu.
“Kau jaga diri kau baik-baik ye. Ingat mak ayah, ingat Allah” pesan Aiza.
“Ya. Assalamulaikum” panngilan Aiza itu akhrinya dimatikan.
“Roomate awak?” soal Amin meneka.
Balkish mengangguk. “Risau malam-malam macam ni tak balik lagi” sambung Balkish.
“Kenapa tak cakap awak dengan suami awak?” soal Amin.
Pertanyaan Amin itu tidak dapat dijawab. Balkish mengulang-ulang pertanyaan itu kepada dirinya sendiri. Kenapa? Kenapa aku tidak memberitahu sahaja aku bersama Amin, suamiku sendiri. Kenapa harus aku merahsiakan lelaki yang dikenali oleh Aiza sebagai mamat sewel itu adalah suamiku? Adakah aku malu dengan keperibadian AMin? Bersalahkah aku? Atau berdosakah aku? Ya Allah bukakanlah hatiku dan hati Amin untuk apa yang terbaik untuk kami.
Mereka berdua berjalan ke bilik mereka yang terletak bersebelahan. Sebelum AMin masuk ke biliknya, Balkish mengingatkan untuk bangun awal besok pagi kerana dia tiak boleh terlambat ke kelasnya besok.
“Nanti awak kejutkan abang besok”
Balkish mengangguk.

Wednesday, July 3, 2013

Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku Bab 23,24


Bab 23
Awal-awal pagi lagi seluruh penghuni rumah telah bangun. Hari ini Balkish akan dihantar untuk masuk ke hostel. Akhirnya Dato’ Sahar memberikan kebenaran walaupun dibangkang oleh Amin. Amin terpaksa juga menurut kehendak Balkish dalam rela. Wak juga terpaksa datang awal pagi walaupun hari ini sebenarnya dia cuti. Barang-barang keperluan Balkish diangkut ke dalam kereta, Amin turut membantu walaupun dia protes kuat dalam pengambilan keputusan ini. setelah bersiap, Amin dan Balkish menaiki kereta yang sama, manakala Dato’ Sahar dan Datin Hasmah menaiki kereta yang diapndu oleh Wak.
“Awak marah ke?’ soal Balkish kepada Amin di sebelahnya. Lelaki itu tidak mahu bercakap dengannya dalam dua, tiga hari ini. marah barangkali gara-gara keputusannya untuk tinggal di hostel.
“Janganlah marah. Saya dah nak duduk hostel dah ni, kalau awak marah-marah sekarang, nanti awak teringat kat saya lepas ni macamana?” pujuk Balkish. aneh pula perasaannya untuk berpisah dengan Amin. Lelaki itu tetap dianggap sebagai seorang suami walaupun dia tidak menghormatinya. Lagipun sejak mereka berkahwin Amin melayannya dengan baik dan tidak pernah berkasar.
“Nanti bila awak balik rumah?” soal Amin.
“Kalau tak ada apa-apa, next week saya balik” beritahu Balkish. mungkin sudah lama-lama nanti barulah dia merancang untuk pulang dua minggu sekali atau sebulan sekali. Untuk beberapa minggu ini, mungkin lebih baik jika dia pulang seminggu sekali saja.
Amin diam setelah itu, begitu juga dengan Balkish. tidak ada apa yang nak dibualkan antara mereka. amin parker kereta dekat dengan bangunan hostel yang ingin diduduki oleh Balkish. kereta yang dipandu oleh Wak parker tidak jauh dari situ.
“Kat sini ke tinggal?” Soal Amin.
Balkish mengangguk.
“Dah ada roommate ke?” soal Amin lagi.
“Dah, Aiza nama dia” beritahu Balkish.
“Nanti abang tak ada dekat sini jaga diri baik-baik. Jangan keluar Dating dengan lelaki, abang tak suka” beritahu Amin.
“Awak ni, saya tahulah”
“Abang cakap awal-awal. Abang ni kuat jealous” beritahu Amin lagi.
“Malaslah nak cakap dengan awak” rajuk Balkish. pesanan-pesanan Amin dirasakan seolah-olah ugutan. Belum apa-apa dah pesan itu pesan ini. tahulah aku jaga diri. Dia tu lagilah, mabuk sana, mabuk sini. Orang tegur buat tak tahu je. Ada hati nak nasihat orang itu ini. cermin diri tu dululah.
“Barang-barang awak ni nak letak mana?” soal Amin. Bonet keretanya dibuka. Balkish membontoti dari belakang.
Baldi yang berisi hanger dikeluarkan. Beg-beg pakaian juga dikeluarkan satu persatu.
“Taruk situ jelah wak, lelaki tak boleh naik ke atas” beritahu Balkish.
Amin mengangkat barang-barang Balkish ke beranda bangunan. Dari situ sudah kelihatan gadis-gadis yang sebaya Balkish lalu-lalang di koridor tapi mereka semua mengenakan tudung untuk melewati koridor situ. UIA ni memang menitikberatkan soal-soal aurat ni. Amin curi-curi pandang juga, biasalah mat playboy. Sekali pandang tak dosa kan?
Wak, Dato’ Sahar dan Datin Hasmah membimbit beberapa beg kecil di tangan dan menuju ke beranda bangunan tempat Balkish dan Amin menunggu mereka.
“Bilik Balkish tingkat berapa?” soal Datin Hasmah.
“Tingkat empat mama”
“Jomlah mama tolong angkat beg-beg Balkish ni” ajak Datin Hasmah.
“Dah ada roommate ke?” soal Dato’ Sahar pula.
Balkish mengangguk.
“Tak apalah mama, Balkish boleh angkat sendiri. Kasihan pula dekat mama. Sini tak ada lif”
“Tak apalah, mama pun nak kenal dengan roommate Balkish” beritahu Datin Hasmah. Mereka berdua akhirnya naik ke bilik Balkish. Datin  Hasmah diperkenalkan kepada Aiza. Teman baik Balkish itu kemudiannya turun ke tingkat bawah untuk membantu mengangkat barang-barang Balkish. setelah selesai, Aiza naik ke bilik, sementara Balkish turun untuk bersalaman dengan keluarganya.
“Nanti jangan lupa mesej ayah yang Balkish dan pindah hostel” Dato’ Sahar mengingatkan. Ayah Balkish itu menyerahkan keputusan untuk Balkish berpindah ke hostel itu kepada Dato’ Sahar. Setelah menimbang pro dan kontranya, Dato’ Sahar bersetuju kerana dia juga tidak mahu menyusahkan Amin menghantar dan menjemput Balkish setiap hari. Ada betulnya juga alasan yang diberikan oleh Balkish itu Cuma Amin yang sampai ke sudah tidak bersetuju.
“Jomlah kita keluar pergi makan dulu” ajak Dato Sahar, Balkish mengangguk. Nanti akan dibelikan juga nasi untuk Aiza. Balkish mengikut Amin ke keretanya.

Bab 24
Skrin telefon bimbit dilihat, Balkish jarang-jarang sms. Sibuk mungkin. Beberapa hari ni, terasa ketiadaan Balkish. Amin keluar dari rumah. Dia mahu ke Teenage Hut untuk bertemu dengan kawan-kawannya. Sudah lama dia tidak melepak bersama-sama mereka. sejak berkahwin dengan Balkish, jarang sekali dia dapat peluang untuk bertemu kawan-kawannya. Amin masuk ke bangunan itu dan mencari Hisyam serta Firdaus.
“Eh bro, lama tak Nampak kau” sapa Firdaus yang sedang duduk-duduk di kerusi apabila melihat Amin muncul di tempat lepak mereka itu. dia bangun dan berjabat tangan dengan teman baik mereka itu.
“Hisyam mana?” soal Amin.
“Tu, pergi cari awek baru” beritahu Firdaus.
“Kau buat apa sini?” soal Firdaus. Dia pelik, kawan mereka itu sudah lama tidak datang ke sini tapi malam ini muncul pulak dia.
“Balkish masuk hostel. Tu yang aku boleh keluar ni” beritahu Amin. Dia mendepakan tangannya. Gelas yang berisi bir di hadapannya diteguk.
“Takut bini rupanya kawan kita ni” sindir Firdaus. Amin sekadar tersenyum dengan sindiran yang dianggap gurauan dari teman baiknya itu.
“Apa khabar Balkish?” soal Mira, teman wanita Firdaus.
“Baik” jawab Amin. Gadis itu tidak pernah menegurnya sebelum ini, kalau mereka bercakap pun sebab Amin yang memulakan bicara. Mira benci kepadanya. Mungkin kerana gelarannya, playboy. Seringkali juga dia menegah Firdaus untuk tidak terlalu rapat dengannya, takut perangai playboynya terjangkit ke Firdaus.
Hisyam datang dengan seorang gadis di sampingnya. Gadis itu diperkenalkan kepada kawan-kawannya.
“Bila kau sampai ni?” soal Hisyam kepada Amin.
“Baru je”
“Awek baru?” tambah Amin lagi.
Hisyam mengangguk. “Kau nak ke? Aku carikan satu” sambung Hisyam.
Amin cepat-cepat menggelengkan kepalanya. Kalau dia nak, dia boleh cari sendiri. Tak payah nak minta tolong dengan Hisyam. dia lebih hebat dari Hisyam dalam hal-hal macam ni.
‘Awak, buat apa?’ soal Amin. Pertanyaan itu dihantar dalam bentuk sms kepada isteri yang rindui. Wajah ayu Balkish diingati selalu. Entah kenapa sejak berkahwin ni, dalam hatinya Cuma ada Balkish. padahal dia bukannya cintakan Balkish, malah pernikahan mereka pula bukannya atas dasar cinta. Sejak berkahwin hatinya sudah tertutup buat wanita lain. Setiap detik dia teringatkan Balkish. alangkah baiknya jika Balkish juga mempunyai perasaan yang sama, pasti dia sudah memiliki Balkish secarazahir dan batin sekarang ini. setelah apa yang dilakukannya dulu, Balkish seolah-olah takut kepadanya. Balkish, Balkish! abang nak sangat memiliki Balkish macam malam tu. Tapi abang tak nak paksa Balkish dah! Abang tak nak tengok Balkish sakit atau menderita lagi. selagi abang ada, abang akan bantu Balkish.
Sms yang dikirim tidak dibalas. Mungkin Balkish sibuk, sebab tu dia tak perasaan ada sms masuk.Amin menyedapkan hatinya sendiri.
‘Besok, abang nak jumpa kawan dekat area-area situ. Abang pergi jenguk Balkish sekalilah kalau macam tu’ sms itu dikirim. Biarpun Balkish melarang, dia akan menunggu Balkish di beranda sampai Balkish mahu bertemu dengannya.
Aiza, Yani dan Balkish keluar bersama-sama. Mereka ingin mencari makan malam di café dalam kampus sahaja. Malas nak keluar-keluar, banyak protocol, nak keluar gate pun nanti nak kena Tanya dengan security pergi manalah, keluar dengan siapalah.
Aiza, Yani dan Balkish mengambil tempat di café kegemaran mereka, makanan kegemaran dipesan. Mereka bertiga baru sahaja kembali dari perpustakaan melakukan tugasan yang disuruh oleh lecturer mereka. setelah selesai tugasan, mereka solat jemaah dulu di surau barulah mereka keluar mencari makan malam.
Dari jauh, mereka melihat Fakhrul dan Muaz jalan bersama. Mereka senyum kepada dua orang sahabat mereka itu.
“Jomlah Muaz, kita makan dengan dorang” ajak Fakhrul. Dia mahu sekali mendekatkan diri dengan Balkish. tambahan pula, dia bersama-sama dengan Muaz, jadi tidaklah segan sangat. Muaz menolak pada mulanya tapi terpaksa juga dia bersetuju setelah dipujuk berkali-kali oleh Fakhrul. Mereka berdua berjalan menuju ke arah tiga sahabat baik itu.
“Assalamualaikum Balkish” sapa Fakhrul.
“Takkan Balkish je? Kitaorg?” sampuk Aiza.
“Assalamualaikum semua” seloroh Fakhrul.
Balkish sempat melirik ke arah Muaz dan memberi salam kepada sahabatnya itu. muaz kelihatan malu-malu. Sebenarnya dia tidak berapa menyukai perangai Fakhrul tapi mengingatkan dia sahabat, ditelah sahaja rasa tidak nyamannya. Lain pula dengan Muaz, lelaki itu agak pemalu dan jarang bercakap. Ini merupakan perbualan pertama mereka sejak mereka mula mendaftar di universiti. Fakhrul mendekat ke arah Balkish tapi Balkish segera menarik tangan Aiza untuk tidak membenarkan Fakhrul berdiri dekat dengannya. Mereka berlima duduk bersama tapi ada jarak yang memisahkan antara Yani dan Fakrul serta Aiza dan Muaz. Balkish lebih selesa duduk di tengah-tengah.
Jam sudah menunjukkan angka 2 pagi, Hisyam dan Mira, manakala Firdaus dengan awek barunya serta Amin bersama-sama keluar dari bangunan club. Mereka berpisah di tempat parker. AMin memandu keretanya kembali ke universiti. Mustahil dia akan pulang ke rumah dalam keadaan begini, gali kubur sendiri namanya tu kalau terserempak dengan papa dan mama lagilah naya.
Amin memandu keretanya melalui jalan biasa. Keadaan jalan agak lengang kerana hari sudah larut malam. AMin memandu keretanya dengan perlahan. Dia membukan cermin keretanya membiarkan angin malam menjamah wajahnya yang mulus. Mesej yang dihantar ke Balkish tadi belum lagi dibalas oleh gadis itu.
Amin berasa curiga apabila terpandang sebuah kereta satria neo dan tiga buah motosikal terlantar di pinggir jalan. Dia memberhentikan keretanya di samping kereta kereta satria neo kelabu itu. Amin melihat ke dalam kereta satria, ingin dia bertanya kalau-kalau si pemandu inginkan bantuan. Susah nak cari orang lalu dekat jalan ni, tambah lagi jam-jam macam ni. Dia mengintai di sebalik cermin di tempat duduk pemandu tapi tidak ada orang di situ. Amin mula berasa pelik. Dia akhirnya memaksa dirinya untuk keluar dari kereta. Motosikal yang berada dekat dengan kereta itu membuatkan hatinya mengesyaki hal yang bukan-bukan. Amin melilaukan matanya mencari kelibat orang di seluruh kawasan itu tapi gelap malam membataskan penglihatannya. Dia mengambil lampu picit yang memang sudah disediakan di dalam bonet keretanya dan tidak lupa juga untuk mengambil kayu besbol yang disembunyikan agak dalam di bonet yang sama. Mungkin si pemandu kereta itu dalam kesusahan, di fikirannya cuma ada satu andaian, ini mesti kes curi atau rompak mat rempit. Tapi apa dia orang buat kat dalam ladang kelapa sawit ni? Kes bunuh ke? Fikir Amin. Dia menguatkan niatnya untuk membantu, tambahan pula dia ada ilmu mempertahankan diri. Nanti bolehlah dia membela diri kalau diserang, kecuali kalau mat rempit ni pakai pistol. Habislah aku!
“Hoi apa korang buat tu?” soal Amin. Suaranya mengejutkan tiga orang pemuda yang sedang ‘bermain-main’ dengan mangsa mereka sebelum mangsa mereka ‘dimakan’.
Tiga orang pemuda itu berpaling ke arah Amin. Tanpa membuang masa, Amin segera melulu. Lamput picit dilemparkan sahaja di lantai bumi, dia tidak dapat menyerang dengan menggunakan satu tangan. Kayu besbol diayhunkan ke tubuh seorang pemuda yang tinggi lampai. Lelak itu jatuh terlentang ke lantai lalu mengerang kesakitan. Dua orang sahabat pemuda tadi takut-takut untuk menyerang Amin. Salah seorang menolak kawannya untuk mara menangkis serangan Amin namun tindakan Amin untuk menyerang lebih cepat. Kayu besbol yang keras itu dihayunkan ke tubuh pemuda itu. Dia juga turut mencium bumi. Seorang pemuda lagi tidak mempunyai pilihan, dia akhirnya maju menyerang sebelum diserang oleh Amin. Serangannya dapat dielak oleh Amin dengan cara menunduk. Akhirnya kayu besbol itu dihayunkan ke betis pemuda yang ketiga, sekejap sahaja lelaki itu terhuyung-hayang di udara sebelum dia juga menyertai kawan-kawannya membuat upacara mengerang kesakitan.
“Hah rasakan!” jerkah Amin. Dia akhirnya pergi ke arah si gadis dan menghulurkan tangan untuk membantu gadis itu berdiri.
Rina akhirnya bangun berdiri. Kerana takut, dia memeluk tubuh Amin yang telah membantu menyelamatkannya daripada menjadi mangsa kepada mat-mat rempit. Rina menangis teresak-esak di bahu Amin dan dalam masa yang sama dia mengucapkan terima kasih kepada Amin yang telah menyelamatkannya. Dia telah pun membuat panggilan ke pejabat polis semasa Amin sedang berlawan dengan tiga orang mat rempit itu dan mungkin sekejap lagi bantuan akan sampai.
Amin cuba meleraikan pelukan Rina tapi pelukan itu kejap sekali. Mungkin gadis itu masih lagi dalam keadaan trauma. Amin akhirnya membiarkan sahaja. Lama-kelamaan ,pelukan itu terlerai sendiri dari  pihak si gadis. Amin memujuk Rina supaya gadis itu mempercayakannya dan mengikut dia kembali ke kereta. Tidak alam kemudian dua buah kereta polis tiba di tempat kejadian. Amin menunjukkan arah tempat keberadaan tiga orang pemuda itu, ementara dia dan Rina disuruh ke balai untuk membantu siasatan.
Setelah hampir sejam, barulah ibu bapa Rina sampai. Gadis itu menangis teresak-esak dalam pelukan ibunya. Amin turut bersimpati. Gadis itu mengingatkan dia kepada Balkish.
Amin dan Rina juga telah selesai memberi keterangan. Ayah Rina berterima kasih kepada Amin yang telah membantu menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa tiga orang mat rempit.
Setelah selesai segala urusan di balai polis, Amin meminta diri daripada ayah Rina untuk pulang. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Dia parkir di hadapan kolej. Amin menuju ke bilik hostelnya. Dia juga sebenarnya tinggal di hostel tetapi jerang dia ke sana kerana dulu dia sering tidur di rumah Tina dan di rumah papa. Amin mengetuk pintu bilik dengan keras sekali untuk membangunkan teman sebiliknya.

Rina.... (example)

Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku Bab 22


Bab 22
Mereka berempat duduk di meja study di salah satu sudut di ruangan study group. Balkish, Yani, Aiza dan Fakhrul sudah berjam-jam duduk di situ. Mereka sedang melakukan diskusi tentang subjek BEL 201, pensyarah telah menugaskan tugasan berkumpulan.
Fakhrul duduk di sebelah Balkish. Aiza senyum-senyum dengan Yani apabila melihat Fakhrul cuba berbaik-baik dengan Balkish. Balkish je buat-buat tak faham. Tadi pun semasa nak buat kumpulan pun, Fakhrul menawarkan diri untuk berada dalam satu kumpulan dengan mereka.
Balkish melihat jam di tangannya.
“You dah nak balik ke?” soal Fakhrul apabila melihat Balkish yang resah seperti menunggu seseorang.
“Kalau dah siap, kita baliklah kan?” soal Balkish menjawab pertanyaan Fakhrul.
“Jomlah kalau macam tu. Kerja ni pun dah nak habis kan. Tinggal sikit-sikit je lagi. nanti saya editlah dekat rumah” beritahu Balkish lagi.
“Kalau macam tu, Jomlah” ajak Aiza pula. Yani sekadar mengangguk. Dia juga sudah penat melihat kemesraan antara Fakhrul dan Balkish.
“Lepas ni awak nak pergi mana?” soal Yani kepada Fakhrul. Dia membantu Fakrul mengemaskan barang-barangnya.
“Siapa yang jemput awak nanti?” soal Fakrul kepada Balkish. Pertanyaan Yani tidak diendahkan. Fakhrul berjalan di belakang, membiarkan tiga sahabat itu berjalan beriringan. Mereka keluar dari ruang study group.
You tunggu dekat mana? Boleh ke tunggu sorang-sorang? Nak saya temankan?” soal Fakhrul lagi. Fakhrul risau untuk membiarkan Balkish sendirian menunggu.
“Tak apalah. Dah sampai dah pun orang yang jemput saya tu. Saya pergi dululah” Balkish meminta izin dari Aiza, Yani dan Fakhrul. Dia berlari-lari meninggalkan mereka. Takutnya Amin marah-marah kalau dia menunggu lama.
Balkish mengetuk cermin kereta sporty BMW milik Amin yang diparkir berdekatan dengan masjid. Sengaja dia menyuruh Amin parkir agak jauh dari tempat dia bertemu dengan kawan-kawannya, takut pula kalau Yani dan Aiza ternampak dia dan Amin. Malas pula nak cerita siapa Amin yang sebenarnya. lelaki itu juga pasti malu mengaku dia sebagai isterinya. Kalau tak, takkanlah perkahwinan mereka dulu dirahsiakan oleh kawan-kawannya.
Amin membuka kunci kereta, dan Balkish masuk ke dalam perut kereta, dia senyum kepada Amin yang sudah lama menunggunya.
“Kenapa lambat?” soal Amin.
“Sorrylah wak, tadi ada discussion. Lambat sikit habis” beritahu Balkish.
“Discussion je ke? Bukan pergi Dating?” soal Amin bergurau.
“Mana ada. Awak ni!” Balkish turut tersenyum. Nasib baik Amin tidak marah-marah kerana keterlambatannya. Moodnya baik, nak lagi bergurau.
Balkishg mengenakan seatbeltnya. “Besok class pukul berapa?” soal Amin.
“Pukul lapan. Awak?”
“Pukul sepuluh” AMin berbohong. Dia tidak mahu  nanti Balkish rasa bersalah kalau dia beritahu kelasnya bermula dari pukul lapan pagi.
“Awak, izinkanlah saya duduk hostel. Menyusahkan awak je datang jemput dan hantar saya”
“Tak susahpun wak” balas Amin.
Amin menumpukan perhatian pada pemanduannya. Dia juga sebenarnya agak penat hari ini. Tadipun dia mengikuti kelas sampai petang. Tapi belum pun sempat kelas habis, dia telah keluar secara diam-diam untuk pergi menjemput Balkish.
“Tapi kalau papa bagi saya duk hostel, saya akan duduk walaupun awak tak bagi” beritahu Balkish.
Amin diam sahaja. Malas dia nak bertengkar dengan Balkish.
………………………………….
Fakhrul masuk ke dalam biliknya, teman sebiliknya iaitu Muaz telah pulang dari kuliahnya. Begnya disandarkan di tepi katil. Fakhrul membaringkan tubuhnya di tilam. Teman sebiliknya dilihat sedang duduk di kerusi meja study.
“Kenapa lambat balik?” soal Muaz ingin tahu.
“Ada study group. Eh, Az, kau ingat tak budak kelas kita, Balkish?” soal Fakhrul beriya. Berkobar-kobar dia ingin bercerita tentang Balkish, gadis yang telah menambat hatinya.
“Tahu. Kenapa?” soal Muaz.
“Aku rasa aku suka dialah. Dada aku  ni berdebar-debar bila tengok dia” beritahu Fakhrul.
Muaz Cuma diam.
“Tadi aku ada study group dengan dialah. Tapi bukan berdua, kau jangan fikir bukan-bukan. Ada Aiza dengan Yani sekali” beritahu Fakhrul lagi.
“Aku rasa aku nak tackle dia” sambung Fakhrul lagi.
“Kau nak tackle nak buat isteri ke?” soal Muaz.
“Kenapa cepat sangat sampai nak kahwin. Aku nak kenal-kenal dia dululah, kalau sesuai bolehlah nak kawen” jelas Fakhrul.
“Kalau tak ada niat nak jadikan isteri berdosa kau nak main-mainkan perempuan” tegur Muaz.
“Mana ada aku nak main-main. Aku nak seriuslah dengan dia” Fakhrul membela keputusannya.
Hai, Balkish. baru je beberapa minit kita berpisah, aku dah mula rindukan kau. Cantiknya Balkish, yang penting Balkish tu comel dan innocent. Fakhrul angau sendiri. Telefon bimbitnya berdering menandakan ada mesej baru masuk.
Abang, macamana life di Universiti? Abang apa khabar, lama abang tak balas sms adik’ sms kiriman Farihah itu dibaca.
‘Sorry, abang sibuk sangatlah sekarangni. Hah tak payahlah sms abang. Nanti ada masa abang akan call’
Sms itu dikirim oleh Fakhrul kepada gadis sekampung dengannya itu.


study group (example)



aminnnn........


amin...(example) back view