Wednesday, August 29, 2012

assalamualaikum dan selamat pagi, sekarang dah pukul 12.25 am tapi aku belum tidur. kebelakangan ni, tak susah untuk aku tidur malam memandangkan sekarang masih lagi terbiasa dengan rutin time cuti. kalau time tak cuti, nak tidur awal pun rasa bersalah. dah dua hari sebenarnya aku kembali memulakan perjalanan sebagai seorang pelajar, tapi dalam dua hari ni juga aku buat tak sedar je kerja aku banyak lagi nak kena siapkan. masih terlanjur dengan mood cuti. cuti raya tempohari aku tak banyak sangat keluar rumah, banyak masa dihabiskan bersama mak ayah dan adik-adik kat rumah,lebih bermakna dari keluar jalan2 lagipun aku ni dikira org yang lebih suke avoid jam (macet dalam bahasa indonesia) dari terjebak dalamnya. sekarang pukul 12.35 tengahari (mengikut jam laptopku) dan aku baru je balik dari klinik gigi. gigi kena tampal sebab Diagnosa Pulpitis. back to cerita raya hari tu, mak belikan aku camera baru, camera biasa2 je tapi cukuplah untuk aku ambik gamar sana sini. sekarang tengah ada mood nak ambik gambar lagi, dan aku lebih suka ambik gambar landscape..nanti aku upload beberapa keping gambar yang aku ambil time raya hari tu. nak cerita pasal novel Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku pula, novel ni aku tengah kehabisan idea. tak tau nak buat jalan cerita macamana, nak endingkan cerita macamana so novel ni terberhenti setengah jalan. bila tak tahu nak buat ending, nak develope klimaks pun tertangguh jugaklah..any idea? kalau bolehlah nak idea yang fresh2 lagi, macam sesegarnya buah stroberi dekat cameron highlands.. ok lah, kejap lagi nak pergi fakulti pula, ada hal sikit..ok bye korang..kalo korang ada idea, tolonglah drop comment ye kat bawah ni..tq

Sunday, August 26, 2012

Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku 3


Bab 3
Balkish menyendok beberapa sudu coffee bean ke dalam mixer namun secara tidak sengaja butiran-butiran coffee itu tertumpah ke lantai. Nasibnya bertambah malang lagi apabila supervisornya melihat kejadian itu. Masa tu juga Balkish dihambur marah. Namun dia hanya berdiam tidak menjawab. Kepalanya ditundukkan ke arah  lantai lalu dia mengutip dan membersihkan kotoran yang dilakukan olehnya itu. Entah kenapa sejak dari pagi tadi ada-ada sahaja salah pada setiap tindakannya. Walaupun salah-salah tetapi dia tidak betah untuk duduk diam, ada sahaja kerja yang akan dilakukannya maka makin banyaklah salahnya. Mungkin dia sudah diperhatikan oleh supervisornya sejak dari tadi cuma baru sekarang supervisornya itu berkesempatan menegur.
Balkish kembali ke kaunter depan.
“Eh, kau ni kenapa? Dari tadi aku tengok serba tak kena. Kau tak sihat ke?” soal Wan kepada Balkish.
Balkish sekadar menggeleng. Dia juga tidak tahu apa yang tidak kena kepada dirinya. Dia juga berasa sangat aneh dengan perubahan sikapnya hari ini. Sejak dari pagi tadi lagi sampailah sekarang, dia tidak berhenti-henti membuat kesalahan.
“Jangan-jangan sebab budak nerd yang selalu usik kau tu dah tak datang sini beberapa hari ni tak?” sengaja Wan mengusik. Dia hanya ingin bergurau tetapi manalah tahu jika gurauannya itu kena pada tempat dan situasi. Wan tersenyum mengusik.
“Ish kau ni, mana ada” Balkish cepat-cepat menafikan usikan itu. Tetapi dalam masa yang sama dia juga seakan-akan membenarkan usikan daripada temannya itu tetapi dia tidaklah mahu mengakuinya.
“Ye ke ni? Aku tengok muka kau ni berseri-seri je bila aku mention pasal budak nerd tu”  usik Wan lagi.
Kali ini Balkish sekadar tersenyum. Dia tidak mahu menafikan lagi. Semakin dinafikan semakin galak Wan mengambil kesempatan itu.
“Kau panggil dia budak nerd tu kenapa?’ soal Balkish aneh dengan panggilan tidak formal buat lelaki yang dikenalinya dengan nama Amin itu.
“Dah dia pakai spek punk bingkai hitam tu, aku tengok macam budak nerd je”
“Nama dia Amin lah” beritahu Balkish.
“Wahhhh! Mana kau tahu nama dia ni?” soal Wan lagi.
“Dia yang bagitahu” beritahu Balkish jujur.
“Aku yang kerja lebih lama daripada kau ni dia tak bagitahupun nama dia. Kenapa kau dia bagitahu?” soal Wan sengaja mahu mengusik.
Balkish sekadar menjungkitkan bahu namun hatinya berbunga-bunga dengan soalan terakhir daripada temannya itu. Ini bermakna dia sedikit istimewa di mata Amin berbanding dengan kawan-kawannya yang bekerja di cafe itu.
……………………………
Fatin hanya diam apabila diejek oleh beberapa orang teman dari kelasnya itu. Mereka sudah terlalu sering mengusiknya sehingga Fatin sudah lali dengan ejekan-ejakan itu sehingga dirasakan sudah sebati dengan jiwanya. Lagipun apa yang mereka katakan itu ada benarnya. Baju sekolahnya sudah lusuh. Sudah lima tahun dia belum menukar seragam sekolah baru bahkan seragam sekolah inipun adalah hasil sedekah daripada orang yang bersimpati dengan nasib keluarganya. Fatin lebih memilih untuk berdiam diri walaupun terkadang dia berasa sangat   marah dan ingin sahaja melawan kata-kata mereka. Tetapi siapa dirinya? Tidak setanding dengan kemewahan keluarga mereka. Mereka mampu memiliki apa sahaja yang mereka inginkan sedangkan dia memilih untuk menguburkan sahaja keinginan hatinya daripada membebani ayah, ibu serta kakaknya yang bekerja untuk memberi mereka sekeluarga makan.
Ejekan-ejekan itu akhirnya berhenti apabila tidak mendapat reaksi daripada Fatin dan akhirnya mereka meninggalkannya sendirian di kelas itu. Fatin mengambil bungkusan nasi yang disediakan oleh ibunya pagi tadi. Bungkusan itu disembunyikan di dalam tudung kecil yang sudah kuning warnanya itu. Fatin masuk ke dalam tandas dan membuka bungkusan nasi itu. Dia makan di situ. Suap demi suap nasi disuakan ke mulutnya. Dalam tidak sedar, air mata jernih menitis mebasahi pipinya yang mulus. Terasa perih sekali hidupnya setakat ini namun dia bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah kepadanya dan keluarganya. Walaupun mereka sekeluarga sangat miskin, namun dia tidak pernah mengeluh. Nasi itu di makan sehingga habis.
…………………………………………
“Hoi!” tegur Farid, teman sebilik Amin apabila melihat rakan sekuliahnya itu masih tidur di katil.
Amin bingkas bangun apabila disergah sebegitu. Matanya masih terkebil-kebil melihat kelibat Farid yang masuk ke dalam bilik.
“Kau tak pergi kelas lagi ke?’ soal Farid.
Amin menggeleng. Assignment aku tak siap lagi. Kenapa? Prof  tanya pasal aku ke?’ soal Amin sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Rambut hitamnya yang tidak beraturan gara-gara baru bangun tidur tidak diendahkan. Rambut Amin lurus dengan kerinting di hujungnya jadi kalau tidak disikat rambutnya akan kelihatan masai. Apatah lagi dengan keadaan bangun tidur begini.
“Attendence kena cukup 80% untuk kau ambil exam”
“Aku tahulah!” Amin segera bangun dan mengambil tualanya lalu dia menanggalkan bajunya sebelum dia menghilang ke dalam bilik air. Farid sekadar menggeleng dengan sikap panas baran temannya itu.
Setelah selesai mandi, Amin bersiul-siul senang hati kerana sebentar nanti dia akan bertemu dengan teman wanitanya, Tina. Dia terdiam apabila melihat teman sebiliknya itu sedang mengerjakan solat. Amin menapak dengan perlahan-lahan supaya tidak menganggu khusyuk Farid itu. Dia mengenakan pakaiannya untuk segera keluar. Tidak betah dia berlama-lama dengan Farid di bilik itu.

Friday, August 10, 2012

Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku 2


Bab 2
            Balkish mengemaskan meja makan dan mengangkat kerusi sebelum dia mengelap lantai cafe itu. memandangkan dia adalah pekerja yang paling baru, dia terpaksa melakukan kerja yang lebih berat dari orang lain. Perkerja-pekerja yang lain mulai pulang satu persatu meninggalkan dia sendiri di cafe itu. Setelah semua kerjanya selesai, Balkish mengunci pintu utama dan berjalan meninggalkan cafe itu.
            “Hye” tegur Amin. Namun tidak diendahkan oleh Balkish. Dia mempercepatkan langkahnya. Hatinya berderbar-debar apabila ditegur oleh lelaki yang tidak dikenalinya itu. Amin mengejar langkah gadis itu.
            “Hye, saya Amin. Im your customer” Amin menghulurkan salam perkenalan namun tidak diendahkan oleh Balkish. Langkah Balkish semakin laju. Dia mula risau apabila dikejar oleh lelaki itu. Tambahan pula tidak ada orang di kawasan ini malam-malam begini. Balkish segera berlari-lari anak untuk menuju ke stesen bas.
“Oh lupa, bukan muhrim” Amin menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil dia tersenyum. Dia mengejar langkah Balkish lagi.
“You nak balik? I hantar you balik?” pelawa Amin.
“Sorry encik. I tak kenal you” Balkish memberanikan diri bersuara.
“Saya customer awak. Ingat tak..emmm less sugar and lots of your love” Amin senyum menampkkan barisan giginya.
Balkish melihat sekilas ke wajah lelaki di sampingnya itu. Barulah dia teringat lelaki yang membuat pesanan kepadanya siang tadi itu. “Saya dah ingat tapi saya tak perlukan awak hantar saya balik” balas Balkish.
Balkish akhirnya melintas jalan dan segera meninggalkan Amin sendirian.
Amin tetap di posisinya.
“Bye Balkish!” laung Amin kepada Balkish yang sudah semakin menjauh.
Amin tersenyum sendirian. “Amin, if she like you, she’ll turn” beritahu Amin kepada dirinya sendiri.
“She likes you. She likes you, she likes you” Amin memandang Balkish dari belakang dan berharap agar gadis itu menoleh ke arah nya dan…
Yahooo!!!! She likes me!!!!” pekik Amin tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya.
Selepas satu jam perjalanan, akhirnya Amin sampai ke destinasinya. Kawan-kawannya sudah lama sampai sedangkan dia lebih memilih untuk menunggu Balkish habis kerja dahulu sebelum dia bertemu dengan kawan-kawannya di Teenage Hut ini. Amin masuk ke dalam bangunan itu dan mencari kelibat kawan-kawannya. Dia menyelit di celah-celah orang ramai lalu menyapa Hisyam yang sedang asyik berbual dengan teman wanitanya.
“Asal lama sangat bro?” tegur Hisyam apabila Amin duduk di sampingnya. Dia hanya senyum kepada Hani. gadis itu juga sekadar membalas senyuman.
“Mana Firdaus?” soal Amin tanpa menjawab pertanyaan Hisyam.
“Mana lagi, tu hah, menari dengan awek kesayangan dia” tunjuk Hisyam ke arah sahabat mereka yang sedang asyik berdansa di tengah-tengah orang ramai itu.
“Awek aku tak sampai lagi ke?” soal Amin agi.
“Siapa? Tina?”
“Eh kau ni. Awek aku sorang tu je kan”
“Mana lah tahu bro, kau kan player” sampuk Hisyam.
“Yang lain tu sparepart je. Yang Tina ni memang awek aku yang aku sayang-sayang” kata Amin dan dia ketawa menutup malunya.
“Nampak awek I Hani?” soal Amin kepada Hani pula. Gadis itu sekadar menjungkit bahunya.
“Tadi ada sini” sampuk Hisham.
“Tak apalah. Aku cari sendiri” Amin berdiri lalu menepuk bahu Hisyam beberapa kali. Kemudian dia berlalu untuk mencari keberadaan Tina. Dari jauh dia melihat sesusuk tubuh langsing milik Tina sedang berbual-bual dengan seorang lelaki di meja bar. Amin melangkah perlahan-lahan menghampiri lalu segera dia menegur dengan sebuah ciuman di pipi gadis itu.Tina terkejut pada awalnya tetapi apabila mendengar suara manja Amin dekat di telinganya, dia tidak jadi marah. Satu pandangan serba salah terpamer di wajah gadis itu buat lelaki yang dikenali dihadapannya itu. Tangan Amin kejap melingkar di pingggangnya dan Tina sekadar membiarkan. Dia menghadiahkan satu senyuman ke Amin yang berada di sampingnya.
“I mengganggu ke?” soal Amin kepada Tina. Dia sempat melirik ke arah  lelaki yang sedang asyik berbual dengan teman wanitanya itu sejak dari tadi.
“Siapa ni?” soal Amin. Terasa tergugat juga apabila melihat susuk tubuh tinggi lampai milik seorang lelaki yang berbual dengan Tina itu. Wajahnya juga tidak kalah hebat.
“Ling, kenalkan kawan lama I, Daniel” Tina memperkenalkannya kepada Amin. Daniel menghulurkan tangan tanda perkenalan tetapi api cemburu mula membuak-buak di dalam hati Amin sehingga dia sengaja ingin memalukan lelaki itu dengan tidak mengendahkan sapaan serta huluran salam dari lelaki yang baru dikenalinya itu.
Sekali lagi Amin sempat melihat riak wajah serba salah di raut muka Tina. Perasaan cemburu Amin mula membuak-buak. Dia tahu Tina juga sepertinya, sosial dan banyak teman bergaul tetapi setiap kali dia melihat kemesraan Tina dengan kawan-kawan lelakinya dia akan tetap berasa cemburu. Teman wanitanya itu sangat disayanginya sehingga dia takut akan kehilangan gadis itu ke tangan lelaki lain.
“You baru sampai?” soal Tina kepada Amin. Amin sekadar mengangguk.
“I pergi dulu lah, kalau ada masa free nanti kita jumpa lagi” beritahu Daniel seraya dia meninggalkan Tina bersendirian bersama-sama dengan Amin.
“Siapa tu?” segera soalan itu diajukan buat Tina sebaik sahaja mereka tinggal berdua.
“Kawan I lah Ling. Tadi kan I dah kenalkan you” balas Tina.
“Tapi I tengok you mesra je dengan dia” sampuk Amin.
“I kan mudah mesra dengan semua orang. Macam lah you tak kenal I. and you pun nakal je tadi. Kenapa macam tu dengan Daniel?” soal Tina.
“I don’t like him”
“Next time behave ye Ling. Kawan I kan kawan you juga” beritahu Tina seraya mencium bibir Amin.
Wanna dance” ajak Amin.
Huluran tangan Amin disambut dan mereka berdua hanyut dengan irama bingit dari lantai dansa. Sesekali Tina memeluk Amin erat.
“Ling, malam ni you tidur di room I ye”
“Housemate you tak marah ke?” soal Amin berkenaan dengan salah satu teman serumah Tina yang agak warak. Sudah beberapa kali mereka berdua ditegur bahkan disindir tetapi Tina selalu sahaja buat-buat tidak dengar dan sengaja dia mengajak Amin untuk sering-sering tidur di rumah sewanya.
“Ustazah tu dah pindah la” balas Tina.
“I ada assignment lah nak kena submit hujung bulan ni” Amin menolak.
“Ala you ni, assignment you tu lebih penting dari I ke?”
“Yelah yelah sayang” Amin segera menuruti permintaan teman wanita kesayangannya itu. Mereka berdua berkucupan mesra di tengah-tengah orang ramai yang sedang sibuk dengan hal dan urusan mereka sendiri sehingga mereka tidak mengendahkan hal-hal sebegitu.
“Love you sayang” bisik Amin ke telinga gadis itu lalu dia menghadiahkan satu kucupan lembut di leher jinjang Tina.