Sunday, August 26, 2012

Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku 3


Bab 3
Balkish menyendok beberapa sudu coffee bean ke dalam mixer namun secara tidak sengaja butiran-butiran coffee itu tertumpah ke lantai. Nasibnya bertambah malang lagi apabila supervisornya melihat kejadian itu. Masa tu juga Balkish dihambur marah. Namun dia hanya berdiam tidak menjawab. Kepalanya ditundukkan ke arah  lantai lalu dia mengutip dan membersihkan kotoran yang dilakukan olehnya itu. Entah kenapa sejak dari pagi tadi ada-ada sahaja salah pada setiap tindakannya. Walaupun salah-salah tetapi dia tidak betah untuk duduk diam, ada sahaja kerja yang akan dilakukannya maka makin banyaklah salahnya. Mungkin dia sudah diperhatikan oleh supervisornya sejak dari tadi cuma baru sekarang supervisornya itu berkesempatan menegur.
Balkish kembali ke kaunter depan.
“Eh, kau ni kenapa? Dari tadi aku tengok serba tak kena. Kau tak sihat ke?” soal Wan kepada Balkish.
Balkish sekadar menggeleng. Dia juga tidak tahu apa yang tidak kena kepada dirinya. Dia juga berasa sangat aneh dengan perubahan sikapnya hari ini. Sejak dari pagi tadi lagi sampailah sekarang, dia tidak berhenti-henti membuat kesalahan.
“Jangan-jangan sebab budak nerd yang selalu usik kau tu dah tak datang sini beberapa hari ni tak?” sengaja Wan mengusik. Dia hanya ingin bergurau tetapi manalah tahu jika gurauannya itu kena pada tempat dan situasi. Wan tersenyum mengusik.
“Ish kau ni, mana ada” Balkish cepat-cepat menafikan usikan itu. Tetapi dalam masa yang sama dia juga seakan-akan membenarkan usikan daripada temannya itu tetapi dia tidaklah mahu mengakuinya.
“Ye ke ni? Aku tengok muka kau ni berseri-seri je bila aku mention pasal budak nerd tu”  usik Wan lagi.
Kali ini Balkish sekadar tersenyum. Dia tidak mahu menafikan lagi. Semakin dinafikan semakin galak Wan mengambil kesempatan itu.
“Kau panggil dia budak nerd tu kenapa?’ soal Balkish aneh dengan panggilan tidak formal buat lelaki yang dikenalinya dengan nama Amin itu.
“Dah dia pakai spek punk bingkai hitam tu, aku tengok macam budak nerd je”
“Nama dia Amin lah” beritahu Balkish.
“Wahhhh! Mana kau tahu nama dia ni?” soal Wan lagi.
“Dia yang bagitahu” beritahu Balkish jujur.
“Aku yang kerja lebih lama daripada kau ni dia tak bagitahupun nama dia. Kenapa kau dia bagitahu?” soal Wan sengaja mahu mengusik.
Balkish sekadar menjungkitkan bahu namun hatinya berbunga-bunga dengan soalan terakhir daripada temannya itu. Ini bermakna dia sedikit istimewa di mata Amin berbanding dengan kawan-kawannya yang bekerja di cafe itu.
……………………………
Fatin hanya diam apabila diejek oleh beberapa orang teman dari kelasnya itu. Mereka sudah terlalu sering mengusiknya sehingga Fatin sudah lali dengan ejekan-ejakan itu sehingga dirasakan sudah sebati dengan jiwanya. Lagipun apa yang mereka katakan itu ada benarnya. Baju sekolahnya sudah lusuh. Sudah lima tahun dia belum menukar seragam sekolah baru bahkan seragam sekolah inipun adalah hasil sedekah daripada orang yang bersimpati dengan nasib keluarganya. Fatin lebih memilih untuk berdiam diri walaupun terkadang dia berasa sangat   marah dan ingin sahaja melawan kata-kata mereka. Tetapi siapa dirinya? Tidak setanding dengan kemewahan keluarga mereka. Mereka mampu memiliki apa sahaja yang mereka inginkan sedangkan dia memilih untuk menguburkan sahaja keinginan hatinya daripada membebani ayah, ibu serta kakaknya yang bekerja untuk memberi mereka sekeluarga makan.
Ejekan-ejekan itu akhirnya berhenti apabila tidak mendapat reaksi daripada Fatin dan akhirnya mereka meninggalkannya sendirian di kelas itu. Fatin mengambil bungkusan nasi yang disediakan oleh ibunya pagi tadi. Bungkusan itu disembunyikan di dalam tudung kecil yang sudah kuning warnanya itu. Fatin masuk ke dalam tandas dan membuka bungkusan nasi itu. Dia makan di situ. Suap demi suap nasi disuakan ke mulutnya. Dalam tidak sedar, air mata jernih menitis mebasahi pipinya yang mulus. Terasa perih sekali hidupnya setakat ini namun dia bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah kepadanya dan keluarganya. Walaupun mereka sekeluarga sangat miskin, namun dia tidak pernah mengeluh. Nasi itu di makan sehingga habis.
…………………………………………
“Hoi!” tegur Farid, teman sebilik Amin apabila melihat rakan sekuliahnya itu masih tidur di katil.
Amin bingkas bangun apabila disergah sebegitu. Matanya masih terkebil-kebil melihat kelibat Farid yang masuk ke dalam bilik.
“Kau tak pergi kelas lagi ke?’ soal Farid.
Amin menggeleng. Assignment aku tak siap lagi. Kenapa? Prof  tanya pasal aku ke?’ soal Amin sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Rambut hitamnya yang tidak beraturan gara-gara baru bangun tidur tidak diendahkan. Rambut Amin lurus dengan kerinting di hujungnya jadi kalau tidak disikat rambutnya akan kelihatan masai. Apatah lagi dengan keadaan bangun tidur begini.
“Attendence kena cukup 80% untuk kau ambil exam”
“Aku tahulah!” Amin segera bangun dan mengambil tualanya lalu dia menanggalkan bajunya sebelum dia menghilang ke dalam bilik air. Farid sekadar menggeleng dengan sikap panas baran temannya itu.
Setelah selesai mandi, Amin bersiul-siul senang hati kerana sebentar nanti dia akan bertemu dengan teman wanitanya, Tina. Dia terdiam apabila melihat teman sebiliknya itu sedang mengerjakan solat. Amin menapak dengan perlahan-lahan supaya tidak menganggu khusyuk Farid itu. Dia mengenakan pakaiannya untuk segera keluar. Tidak betah dia berlama-lama dengan Farid di bilik itu.

1 comment:

  1. best...
    x sabar nak tunggu sambungannye nanti..
    thanks

    ReplyDelete