Bab 27
Balkish bangun
dari tidurnya. Jam di tangan dilihat baru jam enam pagi. Dia mengerjakan solat
Subuh sebelum dia membangunkan Amin di bilik sebelah. Nombor telefon Amin
didail berkali-kali namun tidak diangkat oleh lelaki itu. Balkish mengenakan
tudungnya dan keluar untuk mengetuk daun pintu bilik Amin pula. Tapi hasilnya
tetap sama, tiada sahutan dari lelaki itu yang masih tidur di dalam bilik.
Balkish masuk
kembali ke dalam biliknya. Dia mahu ke kampus sendiri, nak tunggu Amin bangun
pagi, entah pukul berapa. Dia mengemaskan barang-barangnya. Balkish terduduk di
birai katil. Tiba-tiba sahaja kepalanya terasa pening. Dia berehat sebentar
sehingga peningnya itu hilang, kemudian dia keluar dari bilik hotel.
Balkish menahan
teksi untuk ke kampusnya.
Fakrul berjalan
dengan langkah yang longlai. Dia tidak terus masuk ke dalam bilik kuliah
sebaliknya dia menunggu ketibaan seseorang di depan pintu kelas. Orang yang
ditunggunya belum tiba dan kegundahan hatinya semakin menganggu ketenangan jiwa.
Dari jauh dia dapat melihat Aiza dan Yani jalan beriringan. Fakrul berlari-lari
ke arah mereka. Namun, hatinya hampa apabila melihat Balkish tidak ada di situ.
“Mana Balkish?”
soal Fakrul.
“Kenapa kau cari
dia?” soal Aiza.
“Dia tak balik
malam tadi, kan?” soal Fakrul lagi.
Aiza terdiam
kerana terkejut. ‘Bagaimana Fakrul tahu yang Balkish tidak bermalam di bilik
semalam?’
Yani terdiam
kerana berita itu sangat mengejutkannya. ‘Kenapa Balkish tidak bermalam di
bilik semalam? Kalau bukan di bilik, di manakah Balkish tidur semalam? Kenapa
Fakrul tahu yang Balkish tidak bermalam di bilik? Balkish memberitahunya? Apa
hubungan mereka berdua sebenarnya? Adakah hubungan mereka sudah sampai ke tahap
Balkish memberitahu atau meminta izin dari Fakrul?’ bermacam-macam andaian
timbul di dalam hati Yani.
“Mana awak
tahu?” soal Yani.
“Aku nampak dia
masuk hotel dengan seorang lelaki semalam” Fakrul berterus-terang sahaja.
Lagipun Aiza dan Yani adalah teman baik Balkish dan teman baiknya juga. Kalau
bukan kepada mereka dia mengadu, kepada siapa lagi harus dia meminta tolong?
“Astaghfirullahalazim.
Betul ke ni, Fakrul. Kau jangan main-main benda macam ni” tegur Aiza.
“Betullah. Kau
ingat aku tak sakit hati ke? Aku suka dekat Balkish. Tak sangka pula dia…”
Fakrul tidak sanggup mengulangi kata-katanya.
“Dia balik tak
semalam?” soal Yani kepada Aiza memandangkan Aiza teman sebilik Balkish. kalau
betul Balkish tidak pulang bermalam di bilik, Aiza adalah orang pertama yang
tahu.
Aiza
menggelengkan kepalanya. Dia mula risaukan Balkish. Tambahan pula semalam dia
tahu yang Balkish keluar dengan mamat sewel. Dia tidak sanggup memberitahu
tentang hal itu kepada teman-teman mereka. Apa-apapun, dia akan bertanya dulu
kepada Balkish hal yang sebenar. Kalau diberitahu yang Balkish keluar bersama mamat
sewel, pasti Fakrul bertambah sedih dan pasti kedua-dua orang sahabatnya ini
akan berfikir yang bukan-bukan terhadap Balkish.
“ Aku dah agak
dah” sampuk Fakrul. Air matanya mula bergenang.
Yani kasihan
melihat penderitaan yang ditanggung oleh Fakrul itu. Alangkah baiknya kalau dia
dapat mengubati luka di hati Fakrul sekarang ini.
“Apa-apa pun,
kita tunggu Balkish datang dulu. Nanti kita tanya dia. Jangan buat kesimpulan
macam-macam” cadang Aiza.
Yani dan dan
Fakrul terdiam.
“Jomlah kita
masuk dulu” Aiza terpaksa menarik tangan Yani supaya gadis itu mengekorinya.
Yani memanggil Fakrul untuk ikut sama. Dalam terpaksa Fakrul menurut.
……………………………..
Sebaik sahaja
dia tiba ke kampus, Balkish segera masuk ke kelasnya. Walaupun pensyarah sudah mengajar
tetapi dia bernasib baik kerana Prof. Hashim baru sahaja memulakan kuliah.
Balkish mencari tempat di samping Aiza. Dia sempat menyapa temannya itu. Yani
mencuit lengan Aiza dan mereka saling berbalas pandangan yang hanya mereka
berdua mengerti.
Hati Fakrul
berdebar-debar saat melihat gadis pujaan hatinya masuk dengan terburu-buru ke
dalam bilik kuliah itu. Siap kau Balkish! Kau sedap-sedap melayan jantan malam
tadi, baru sekarang kau datang kelas. Terlambat pula tu! Hati Fakrul bertambah
hancur apabila membayangkan Balkish bersama lelaki lain.
Balkish
menumpukan perhatian mendengar kuliah yang disampaikan oleh Prof. Hashim. Dia
tidak mahu ketinggalan dalam mendapatkan ilmu pengetahuan. Balkish mahu belajar
bersungguh-sungguh supaya dia dapat lulus dengan cemerlang dan mendapat
pekerjaan yang baik-baik supaya dia dapat membantu kedua orang tua dan
adik-adiknya.
Tiba-tiba
Balkish berasa loya, isi perutnya terasa ingin dimuntahkan sedangkan dia masih
belum sarapan. Samalam Amin yang loya-loya sampai termuntah, hari ini dia pula
yang terkena.
‘Food poisoningkah ni? Semua ini salah Amin. Dia
yang bawa aku makan dekat tempat-tempat macam tu’ Balkish cuba menahan dirinya
dari termuntah di dalam bilik kuliah.
“Kenapa ni?”
soal Aiza pelik. Gelagat Balkish seperti orang yang sedang dalam kesakitan.
Balkish
menggeleng. Dia tidak menjawab dengan kata-kata, takut muntah yang ditahan
keluar. Balkish bergegas keluar dari bilik kuliah dan segera ke tandas. Aiza
mengekorinya kerana bimbang akan keadaan Balkish. Sampai di tandas, dia hanya
menunggu Balkish di dalam tandas. Nama Balkish dipanggil. Risau juga apabila
mendengar Balkish muntah tidak berhenti.
Lama kemudian,
gadis itu keluar dengan muka yang letih dan lesu. Aiza mengusap belakang
Balkish.
“Kau tak sihat
ke?” soal Aiza simpati.
“Pagi tadi lagi
aku dah start pening-pening. Aku rasa
aku food poisoninglah. Semalam makan
banyak sangat” beritahu Balkish. Dia membasahkan wajahnya dengan air yang
mengalir.
“Aku tengok kau
pun macam orang sakit saja ni. Kau rehatlah dulu. Kau nak aku teman kau balik?”
soal Aiza.
“Tak payahlah,
aku boleh balik sendiri. Kau tolong bawa balik beg aku ya”
Aiza mengangguk.
Balkish dihantar sampai ke tempat menunggu bas. Aiza menahan teksi yang
lalu-lalang. Dengan keadaan kawannya itu, dia tidak rasa Balkish boleh berjalan
kaki atau menaiki bas. Dia mahu menghantar Balkish pulang ke kolej sebenarnya tetapi
Balkish menegah.
Balkish
merebahkan dirinya ke katil. Badannya terasa lemah. Banyak juga isi perut yang
dimuntahkan tadi. Sekarang juga dia masih berasa loya.
‘Kau racun aku
ke, Amin?’ Marah Balkish kepada suaminya itu.
Telefon
bimbitnya berdering, nama Amin tertera di layar skrin.
“Herm” panggilan
Amin itu dijawab.
“Herm? Selalunya
awak beri salam dulu” Amin pelik.
“Ada apa?” soal
Balkish.
“Sampai hati
awak tinggalkan abang seorang-seorang dekat hotel tu. Habis madu sepah dibuang”
sengaja Amin mahu mengusik. Dia menyamai situasi mereka seperti sepasang
kekasih yang menghabiskan one night stand
di hotel. Bezanya, dia mengatakan yang dia adalah simangsa yang ditinggalkan.
“Erm?”
“Awak ni tak
sihat ke?” soal Amin risau. “Muntah?” soal Amin meneka.
“Ada apa?” soal
Balkish mengulangi pertanyaan yang sama buat kali ketiga.
“Ni
barang-barang awak dalam kereta ni. Saya hantar sana, ya?”
“Tak ada kelas
ke? Kenapa tak pergi kelas?” Balkish mahu memarahi Amin tetapi dia tidak
mempunyai tenaga. Suaranya itu kedengaran seksi di telinga Amin. Terdiam lelaki
itu dibuatnya.
“Awak simpanlah
dulu” Balkish menutup panggilan telefon bimbitnya.
Meremang bulu
roma Amin mendengar suara Balkish yang sungguh menggoda pagi ini. lebih baik
jangan jumpa Balkish dulu sekarang, kalau tak……? Mungkin sesuatu akan terjadi.
Kata-kata Balkish itu diikut. Amin memandu keretanya ke jalan utama untuk
kembali ke UiTM.
………………………………..
Balkish bangun
dari tidurnya. Dia melihat jam di tangan. Sudah petang, dan Aiza mungkin akan
kembali sebentar lagi. Balkish membalikkan dirinya menghadap ke pintu bilik,
kehadiran Aiza dinantikan. Tidak lama kemudian, gadis yang ditunggu-tunggu
pulang ke bilik, ada Yani juga yang ikut sekali. Kedua-dua orang teman baiknya
itu duduk di birai katil. Aiza menyentuh dahi Balkish.
“Tak adalah
demam sangat. Kau nak pergi klinik ke?” soal Aiza.
“Tak payahlah”
“Kau muntah lagi?”
soal Yani pula. Risau juga melihat keadaan Balkish yang agak lemah.
“Dah kurang sedikit”
balas Balkish. Dia bangun dari tidur dan duduk menghadap kawan-kawannya.
“Pensyarah ada tanya
pasal aku tak?” soal Balkish risau dengan kedatangannya.
“Hari ni pensyarah
tak check attendance pun” pintas
Yani.
Balkish
tersenyum syukur.
“Kau dah makan
belum ni? Kita orang ada belikan bubur ni. Makanlah” Aiza mletakkan bungkusan
itu di dalam pinggan di meja study Balkish.
“Aku nak mandi
dululah, nak solat, lepas tu baru aku nak makan” beritahu Balkish. Dia kemudian
mengambil tuala dan berlalu keluar dari bilik. Bilik air terletak di bagian
tengah bangunan kolej dan dikongsi oleh sederet bilik di tingkat itu. Balkish
melangkah longlai. Kepalanya masih lagi pening-pening lalat. Dia meletakkan
barang-barang mandi di meja sinki. Dilihat wajahnya di cermin, pucat sekali.
‘Amin’ entah
kenapa ringan sahaja mulutnya memanggil nama itu. Wajah Amin yang terbayang di
matanya sekarang. Usikan Amin yang diingat-ingat. Semuanya Amin.
Balkish
membasahkan wajahnya dengan air dari pili.
‘Kenapa dengan
kau ni, Balkish? Sedarlah apa yang Amin dah buat dekat kau dulu! Balkish
memarahi diri sendiri. Wajahnya di cermin ditenung lama. Jangan-jangan Amin memasukkan
ubat guna-guna dalam makanannya semalam. Sebab itulah dia jadi begini hari ini.
Kurang ajar kau Amin. Semua ni perbuatan kau!’
Balkish berehat
sahaja sepanjang hari, makanan yang dibelikan oleh Aiza dan Yani dimakan sampai
habis. Loya tekaknya sudah berkurang. Malam ini, Balkish berhasrat untuk tidur
awal begitu juga dengan Aiza. Lampu bilik dipadamkan. Balkish membalikkan
tubuhnya, sesekali dia melihat ke skrin telefon bimbit. Percaya atau tidak, dia
menunggu panggilan atau sms dari Amin. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.
Panggilan dari Amin itu diterima.
“Assalamualaikum”
sapa Balkish.
“Sayang buat
apa?” soal Amin.
‘Jarang Amin
bersayang-sayang dengannya, tapi Balkish tidak pula membenci panggilan itu. Itu
hak Amin ingin memanggilnya dengan panggilan sebegitu. Tambah pula dalam keadaan
sekarang, rasa bahagia apabila dipanggil dengan panggilan manja itu’
“Baru nak tidur”
balas Balkish.
“Sayang, abang
nak sayang dengar ni”
“Kenapa bising,
awak dekat mana ni?” soal Balkish. Suaranya separuh berbisik. Tidak mahu
sekiranya Aiza terbagun atau terganggu tidurnya.
“Dekat club?” soal Balkish meneka.
Pertanyaan
Balkish itu tidak dijawab. “Abang nak awak dengar ni. Jangan menyampuk sampai abang
habis bercakap”
Balkish diam.
“Abang ada girlfriend sebelum Balkish dan kami
memang dah macam suami isteri. Tapi lepas abang kahwin dengan Balkish abang tak
pernah contact dengan dia balik atau
abang tak pernah nak cari orang lain. Abang nak setia dengan Balkish sampai
bila-bila. Tapi..”
Balkish masih
lagi diam. Dia tidak tahu apakah maksud sebenar pengakuan Amin ini, atau di
manakah hujungnya di sebalik pengenalan yang memusykilkan ini? Dada Balkish
mula berdebar-debar.
“Abang tak malu
nak cakap yang abang, abang menginginkan Balkish. Balkish faham kan maksud
abang? Abang lelaki, I have needs.
Abang muda lagi dan abang dah pernah merasa, tak mungkin abang dapat tahan
keinginan abang. Ini pun dah cukup lama, sejak kita kahwin. Balkish boleh tak
tunaikan tanggungjawab Balkish sebagai isteri?”
“Apa maksud awak?”
lembut suara Balkish, dia cuba untuk mengawal emosinya.
“Abang nak
Balkish, malam ini. Kita ke hotel”
Panggilan itu dimatikan
oleh Balkish. Amin terkejut.
Balkish menangis
tersedu-sedu. Dia menahan suara tangisan daripada didengari oleh Aiza.
‘Sampai hati Amin.
Aku sakit satu hari ini dia tak ambil tahu pun. Bukannya dia nak tanya khabar
aku, malah sakitkan hati aku adalah’
Telefon bimbit
berdering lagi. Kali ini lama. Setelah satu kali deringan tidak diangkat, ia
berbunyi lagi untuk kedua kalinya. Balkish memaksakan diri untuk menerima
panggilan itu. Dia keluar dari biliknya.
“Please, Balkish. Abang merayu”
“Balkish dah
jadi isteri abang. Kalau Balkish tak nak, abang cari perempuan lain. Berdosa
Balkish buat abang macam ni. Sebab Balkish, abang buat dosa maksiat” ugut Amin.
Balkish diam.
“Abang jemput awak, ya?”
Lama Balkish
diam. Amin masih menunggu jawapan dari Balkish. Setelah lama gadis itu berdiam
diri, akhirnya terdengar juga balasan dari Balkish yang berupa esakan tangis
gadis itu.
Amin diam. Dibiarkan
sahaja Balkish menangis semahunya. Ada sayu yang bertandang di hati lelakinya.
Suara esakan tangis Balkish ibarat menikam ke jantung.
“Sayang, you call siapa tu?” soal Qistina yang
baru dikenalinya beberapa jam yang lalu. Gadis itu menghampiri Amin dengan
membawa dua gelas beer seperti yang
diminta oleh Amin. Qistina duduk di sebelah lalu memeluk tubuh sasa Amin.
Ciuman hinggap ke pipi lelaki kacak itu.
“Tunggu dulu
boleh, tak?!” Amin marah kepada Qistina. Gadis itu terdiam.
“Shit!” marah Amin apabila melihat panggilannya
sudah diputuskan.
Balkish terduduk
di koridor. Dia menangis semahunya, meratapi perbuatan Amin yang tidak
bertanggungjawab itu. Menyasali nasibnya yang sangat malang kerana menikahi
lelaki yang tidak beriman itu. Dia sakit dan muntah-muntah sepanjang hari, tapi
Amin tidak bertanya khabar langsung. Panggilannya hanya membuatkan hatinya
lebih hancur.
“Qistina, you boleh tak tunggu I dalam kereta. You tahu
kan yang mana satu kereta I. sekejap
lagi I pergi sana” beritahu Amin.
Qistina terangguk-angguk. Setelah diamarahi oleh Amin tadi, dia lebih berdiam
diri.
Amin melihat ke
arah Firdaus. “Kau faham kan keadaan aku bro?”
soal Amin. Dia cuba meraih sokongan dan berharap agar Firdaus menyokongnya
dalam hal ini.
“Kasihan isteri
kau” beritahu Firdaus tentang pendapatnya.
“Mira?” Amin
cuba meraih sokongan daripada Mira pula.
“Aku ingat kau
dah berubah” beritahu Mira.
Amin
terangguk-angguk. Dia faham kenapa kawan-kawannya itu tidak menyabelahinya
dalam hal ini. Amin akhirnya keluar dari Teenage Hut dan menuju ke tempat parkir.
Qistina dibawa ke hotel lima bintang. Gadis itu berkepit sahaja dengannya saat check in di kaunter. Setelah check in, mereka berdua masuk ke bilik
hotel. Qistina memeluk Amin dari belakang. Pelukan itu dileraikan oleh Amin.
Dia berjalan longlai menuju ke katil dan merebahkan diri.
“Amin, you penat? I tolong you, ya” Qistina
berjalan menghampiri Amin dan duduk di sebelahnya. Dada Amin disentuh lembut.
Butang kemeja t-shirt Giordano warna
kelabu itu dibuka.
“I dah lama sukakan you. You saja yang tak pernah nampak I sebab you ada Tina”
Qistina memulakan bicara untuk menghilangkan rasa gemuruh yang mula menyarang dalam
diri. Jantungnya berdebar-debar saat dia menyentuh dada sasa milik Amin. Lelaki
itu memang menjadi idaman wanita yang berkunjung ke Teenage Hut termasuk
dirinya. Malah Amin juga terkenal di kalangan gadis-gadis sosial yang
berkunjung ke club-club lain. Tapi Amin
bukannya jenis lelaki yang mudah berkenalan dengan orang terutama saat dia
bersama dengan Tina dulu. Malam ini,
memang tuahnya, Amin sendiri yang mendekatinya. Wajah kacak Amin ditatap. Tangannya
membelai dada lelaki itu. Namun sejak dari tadi Amin diam sahaja. T-shirt kelabu di badan Amin akhirnya
dapat ditanggalkan. Satu kucupan lembut singgah ke bahunya.
“Erm, Qistina” Amin
menghentikan perbuatan gadis itu. Dia bangun dan duduk berhadapan dengan
Qistina.
“You tidurlah dekat katil. I tidur bawah” beritahu Amin. Dia
mengambil satu gebar tipis dan menyelimuti dirinya yang berbaring di lantai.
Qistina hanya melihat dengan pandangan kosong.
INSYAALAH LEPAS NI SY TAK UPLOAD DAH..TQ READERS :) NNT BACA MELALUI BUKU PULA YE