Bab 19
“Awak nak ke mana
bersiap-siap ni?” soal Amin apabila melihat Balkish cantik mengenakan blouse panjang dengan jeans berwarna
biru. Rambutnya tetap ditutup dengan tudung shawl
yang dililit melingkari kepala, leher dan bahagian dada. Cantik sekali Balkish
hari ini. Tidak berkelip mata Amin menikmati keindahan ciptaan Allah pada
isterinya itu.
“Nak keluar sekejap”
beritahu Balkish. ringkas sahaja jawapnnya.
“Pergi office
papalah tu? Jangan rambang mata Balkish kalau papa offer duit. Ingat janji Balkish
pada abang” Amin mengingatkan janji isterinya itu kepadanya pada malam tadi.
Dia kemudiannya mendepakan tangan di pintu bilik mereka untuk menghalang
Balkish daripada keluar.
“Awak ni, papa
tu kan papa awak. Duit papa duit awak juga kan? Betul tak?” sengaja Balkish
mempersendakan Amin dengan kata-katanya sendiri. Suatu masa dulu Amin sangat
berbangga dengan duit yang dimilikinya walaupun duitnya itu sebenarnya adalah
duit papa.
“Balkish, tak
payahlah pergi” rayu Amin. dia masih cuba untuk menghalang Balkish untuk pergi
berjumpa papa.
“Papa dah suruh.
Tak baik kalau saya tak endahkah arahan papa” jawab Balkish. meluat pula dengan
perangai Amin hari ini.
“Tepi” marah
Balkish. Dia tidak berani menolak tubuh Amin, maka dia menguatkan suaranya
supaya Amin mengalah dan memberikannya laluan.
Amin terpaksa
mengalah dan memberi laluan kepada Balkish untuk melewati pintu bilik. Balkish segera
mengambil peluang itu dan keluar dan meninggalkan Amin sendirian. Dia
mendapatkan Pak Cik Wak yang sudah menunggunya di kereta.
Balkish
mengambil tempat duduk di sebelah Pak Cik Wak. Dia tidak selesa duduk di tempat
duduk belakang seperti bos-bos memandangkan dia menganggap Pak Cik Wak seperti
ayahnya sendiri.
Kereta yang
dipandu oleh Pak Cik Wak sekejap sahaja sampai di tempat parker depan syarikat
papa. Selepas itu, Balkish membontoti
langkah pekerja papanya itu masuk ke bangunan syarikat. Balkish diperkenalkan
oleh Pak Cik Wak kepada setiausaha peribadi papa dan tanpa menunggu lama, dia disuruh
masuk olehnya.
“Amin dah bangun
ke masa Balkish datang sini?” soal Dato’ Sahar saat melihat Balkish masuk ke
dalam bilik pejabatnya. Dia bangun dari kerusinya dan menghadap Balkish.
“Dah pa” jawab
Balkish. Tak sangka syarikat papa besar juga dan bilangan pekerja yang bekerja
di bawah syarikat ini tidak kurang ramainya. Papa pula kelihatan tegas dan
kemas dengan pakaian formalnya. Berdiri berhadapan dengan papa saat itu
membuatkan Balkish berasa sangat kecil di mata papa. Tak sangka lelaki yang
berpangkat ayah mertuanya itu yang sangat berlembut apabila bercakap dengannya
merupakan seseorang yang disegani dan dihormati di syarikat ini.
“Kejap lagi papa
ada meeting. Balkish nak pergi cari barang hari ni kan? Guna credit card papa
je. Papa dah bagitahu Wak untuk temankan Balkish ke kedai atau mall” beritahu
Dato’ Sahar. Dato' Sahar menarik dompet dari kocek seluarnya. Dompetnya dibuka
untuk mengeluarkan salah satu kad kredit yang tersemat rapi di dompet kulit
jenama Boss yang digunakannya sejak bertahun-tahun.
“Sebenarnya, Balkish
datang ni pa sebab Balkish nak bagitahu, papa tak payahlah susah-susah nak
belikan barang-barang Balkish” teragak-agak Balkish menolak niat baik ayah
mertuanya itu.
“Kenapa? Tak
susahpun Balkish” balas Dato' Sahar.
“Amin tak
benarkan Balkish ambil duit papa?” soal Dato’ Sahar meneka apabila Balkish
hanya berdiam diri dan tidak memberikan jawapannya.
“Budak tu nak
kena dengan aku” marah Dato’ Sahar apabila Balkish berdiam diri lagi. Dia tahu
Balkish tidak mahu memberitahunya alasan itu berkaitan dengan Amin. Kalau tak,
takkan Balkish berahsia. Amin ni sengaja nak libatkan Balkish dalam pergaduhan
mereka kali ini.
“Balkish pun
rasa bersalah dekat Amin sebab Balkish dah janji. Lagipun duit Balkish kerja
part time dulu masih ada lagi pa” pujuk Balkish. Dia tidak mahu kebisuannya
menambah garam pada luka pergaduhan antara papa dan Amin.
“Maaf pa, Balkish
minta diri dulu” Balkish segera meninggalkan ruang pejabat Dato’ Sahar itu
dengan tergesa-gesa. Dia takut sekiranya Dato’ Sahar menghalangnya dan berkeras
agar mengambil duitnya. Nanti dia sudah mati kutu mencari alasan untuk menolak
pemberian ayah mertuanya itu dengan cara yang baik. Takut disalah anggap tidak
menghargai pemberian orang.
Dato’ Sahar
menggelengkan kepalanya melihat kerenah menantu mudanya itu. Si Amin ni
betul-betul membuatkan tekanan darahnya naik. Kasihan Balkish tersepit antara
ego si suami. Tapi lama-kelamaan bibir Dato’ Sahar terukir senyuman. Lucu
mengingatkan kerenah sepasang suami isteri yang masih mentah itu. Amin tu masih
perangai budak-budak, bilalah nak belajar erti tanggungjawab? Dah jadi suami
orang pun tak berubah-ubah, perangai masih pentingkan ego dan tak nak mengalah.
Nasib baik Balkish tu budak baik. Tahu menjaga maruah dan mendengar kata suami.
Bertuah kau Amin dapat isteri macam Balkish!
Balkish terpaksa
meminta Pak Cik Wak menghantarnya pulang ke rumah dan Pak Cik wak menurut. Dia
sibuk bertanya kenapa Balkish tidak jadi ke kedai untuk mencari barang-barang
keperluannya. Balkish terpaksa pula menjawab dengan jawapan yang sama diberikan
kepada Dato' Sahar yang dia mahu ke sana bersama-sama dengan Amin. sebaik
sahaja sampai di rumah, dia mengucapkan terima kasih kepada Pak Cik Wak kerana
telah menghantarnya pulang. Mereka berdua masuk ke dalam rumah. Dilihat Amin
sedang duduk bersenang lenang di sofa sambil menonton televisyen. Balkish
menyapa Amin kerana tidak mahu dibilang sombong.
Amin sempat
kerling memerhatikan langkah isterinya yang melewati ruang menonton. Teguran
daripada Balkish tidak diendahkan kerana marah apabila Balkish membuat
keputusan untuk ke syarikat papa walaupun dia telah menghalangnya.
“Hah, Pak Cik
ada nampak gunting tak?” soal Amin saat Pak Cik Wak masuk mengekori Balkish.
Amin melihat langkah kaki Balkish berhenti tidak jauh darinya, inilah
kesempatannya untuk membalas perbuatan Balkish yang tidak mengendahkan
permintaannya tadi.
“Gunting apa
pula ni Amin?” soal Pak Cik Wak kehairanan. Apa pulak kerenah si Amin ni.
Tiba-tiba sahaja gunting yang dicari.
“Gunting dalam
lipatan, pak cik!!” sengaja Amin
membesarkan suaranya suapaya dapat didengar oleh Balkish.
“Ada-ada je kamu
ni” leter Pak Cik Wak yang belum menangkap maksud sindiran Amin itu yang
ditujukan khas buat Balkish.
“Baik-baik sikit
jalan tu pak cik, kat rumah ni ada ular” pesan Amin. kali ini dia berdiri dan
berlari mengejar langkah kaki Balkish yang kelihatan cuba mengelakkan diri
daripadanya.
“Apa lagi kau ni
Amin?” Pak Cik Wak sudah masak dengan perangai Amin. Dia malas mahu melayan
kerenah lelaki itu.
“Ular dalam
rumah ni ada lidah bercabang dua, macam orang tu!” peril Amin lagi.
Kali ini Balkish
sudah tidak dapat menahan telinganya daripada mendengar sindiran-sindiran tajam
daripada Amin untuknya. Dia berpaling ke belakang dan memandang Amin dengan
marah.
“Pandai pula
berperibahasa” sindir Balkish.
Amin terdiam. Balkish
kelihatan sangat marah. Dia sudah tidak berani menyindir gadis itu lagi.
“Sukalah tu.
Dapat duit dari papa kan?” soal Amin, menuduh melulu.
“Papa bagi
credit card pada saya untuk beli barang-barang keperluan, tapi awak tahu, saya
tolak sebab awak. Pastu balik rumah, terpaksa pula dengar sindiran-sindiran
dengan peribahasa yang awak duk merepek ni” marah Balkish. Dia tidak mampu lagi
menahan marahnya.
Amin melihat ke
arah Pak Cik Wak kerana tidak mempercayai kata-kata Balkish. Pak Cik Wak
mengangguk mengiyakan bait-bait kata yang keluar dari mulut Balkish tadi.
Tahulah dia bahawa peribahasa yang disebut-sebut oleh Amin tadi merupakan
sindiran kepada Balkish. Risau juga melihat pasangan suami isteri yang baru
menikah itu bergaduh di depannya. Ini semua sebab salah faham tadi.
“La, kenapa tak
habaq awal-awal” Amin ketawa lucu.
Balkish
menjeling tajam. Dia berlalu pergi. Tidak larat rasanya mahu bertikam lidah
dengan Amin. Lelaki itu takkan pernah berubah.
Amin membontoti Balkish
masuk ke kamar mereka. Dia tahu dia salah kerana tuduhan melulunya tapi dia
tidak mahu meminta maaf, egonya tetap tinggi walaupun terang-terang dia telah
menyakiti hati Balkish. Tanpa mengendahkan Balkish yang juga sedang tidak
mengendahkannya, Amin berjalan ke arah almari
untuk mencari pakaian formal yang telah siap digantung dengan hangar. Dia mahu ke pejabat papa,
meminta kerja daripada papanya untuk perbelanjaan mencari barang-barang
keperluan Balkish. Kalau boleh, dia mahu mencari pendapatan sendiri untuk
membelikan barang-barang yang diperlukan oleh Balkish dan tidak mahu
menggunakan duit hasil belas kasihan papa, dia mahu buktikan kepada papa yang
dia bukanlah seteruk yang papa sangka dan mampu mendapatkan wang sendiri. Amin mengenakan sepasang kemeja dan seluar panjang.
Dia tidak mempedulikan keberadaan Balkish yang turut bersama-samanya di dalam
kamar itu. Amin membuka bajunya dan kemudian menggantikan seluar panjang
berwarna hitam.
“Ei!!!!” marah
Balkish. Dia terkejut apabila berpaling ke belakang dan secara tidak sengaja
melihat Amin sedang menggantikan bajunya. Dia segera menghentikan perbuatan
Amin itu. Jantung Balkish bagaikan nak gugur apabila melihat tubuh Amin tanpa
pakaian dan mereka hanya berdua di bilik itu. Perbuatan dan situasi mereka
sekarang membuatkan Balkish terkenangkan peristiwa hitam yang pernah terjadi
dalam hidupnya itu. Tangan Balkish jadi terketar-ketar dan dia bertambah takut
jadi Balkish segera mengangkat kaki dan melangkah keluar dari bilik itu.
“Apa?” soal Amin
selamba.
“Kalau nak tukar
baju pun, tunggulah orang keluar dulu” sempat Balkish menjawab sebelum dia
meninggalkan bilik.
“Alah, macam tak
biasa. Lebih daripada ni pun Balkish dah tengok kan?” selamba sahaja bicara Amin.
Dia mengomel sendirian kerana saat itu Balkish sudahpun meninggalkan bilik itu.
Amin mencebik mengingatkan respons isterinya tadi, “Macamlah body aku scary
sangat sampai Balkish takut nak tengok! Body kau tu lagi teruk dari body orang
utan dekat zoo tu!” marah Amin. dia sengaja menguatkan suaranya supaya Amin
mendengar.
Imaginasi Amin
kembali ke kejadian dulu, wajahnya gembira mengukirkan senyuman mengingatkan
kenangan di dalam kereta BMW di bawah sinaran rembulan yang terjadi antara dia
dan Balkish dulu. Balkish ayu, dan body dia tak adalah teruk sangat macam orang
utan. Amin senyum nakal pada awalnya, tapi apabila dia mengingatkan kejadian
itu secara detail, dia teringatkan tangisan Balkish, dan wajah Balkish yang
meraung kesakitan dan minta dilepaskan. Namun dia kejam kerana tetap
memperlakukan Balkish dengan cara yang tidak baik walaupun gadis itu telah
menolaknya dan memberontak minta dilepaskan. Dia tetap memaksa walaupun
sebenarnya Balkish bukanlah penyebab amukannya hari itu, yang dia marahkan
sangat adalah Tina tapi kenapa dilempiaskan semua marahnya kepada Balkish yang
tidak berdosa. Betapa dia bersalah kepada Balkish atas perbuatannya dulu yang
bertindak mengikut nafsu dan marah. Amin segera menghapuskan ingatan itu, ia
bukanlah suatu kenangan indah untuk dikenang-kenang tapi merupakan sebuah pengalaman
ngeri yang tidak sepatutnya tidak diungkit-ungkit lagi.
Balkish menelan
air liur. Kata-kata terakhir Amin itu didengari walaupun dia sudah beredar dari
bilik mereka. Teringat kejadian malam itu walaupun dia cuba menghapuskannya
dari kotak memori.
“Sewel” marah Balkish. Dia menyambung langkahnya
untuk turun ke tingkat bawah. Mama dilihat sedang duduk-duduk di sofa. Balkish pergi
menegur mama untuk berbual-bual dengan mertuanya itu.
“Cepat balik?
Kata nak keluar cari barang” Tanya mama apabila melihat kelibat Balkish
seawal jam begini sedangkan suaminya
memberitahu awal-awal pagi sebelum pergi ke tempat kerja mahu menyuruh Balkish
keluar membeli barang-barangnya dengan Wak.
“Tunggu tiga
atau empat hari lagi, ma. Balkish tak jadi keluar hari ini” balas Balkish. Dia
tidak tahu kenapa dia menurutkan sahaja kehendak Amin sedangkan dia tidak
menyukai lelaki itu. perbuatannya itu mungkin atas dasar rasa kasihan
terhadapnya kerana dia bersungguh-sungguh mahu membelikan barang-barang
keperluan dengan duitnya sendiri. ‘Ego
juga si Amin tu. Kalau tak, takkan dia sampai melarang aku daripada menggunakan
duit papa dalam masa beberapa hari ini’ fikir Balkish
“Nak ke mana tu
Min?” soal Datin Hasmah menegur Amin apabila melihat anaknya melewati ruang
menonton itu. Segak anak sulungnya dengan pakaian formal. Eh, nak ke mana pula Amin
ni dengan berpakaian begitu? Jarang benar nak tengok dia pakai kemeja. Pakaian
Amin membuatkan Datin Hasmah tertanya-tanya destinasi anaknya kerana Amin tidak
gemar berkemeja dan berpakaian formal. Pergi ke kelas pun selalunya dengan
tshirt yang berkolar yang tidak dikemaskan masuk ke seluar, dengan neck tie
yang melurut tanpa dikemaskan di kolar baju atau dengan jeans. Ini lain pula
penampilannya.
“Nak pergi
office papa” beritahu Amin.
“Dengan macam
ni?” soal Datin Hasmah tidak percaya. Balkish berdiam diri dan hanya
memerhatikan perbualan antara mama dengan anak sulungnya itu.
“Min pakai macam
ni sebab nak minta kerja. Ni fail sijil-sijil Min. Bye mama. Min dah lambat ni”
beritahu Amin sambil dia berlalu pergi. Dia tidak memandnag wajah Balkish pun
saat dia berbual dengan mamanya. Bukannya marah tapi malu apabila tadi dia
terkenangkan perbuatan kejamnya dulu terhadap Balkish.
Datin Hasmah
menggelengkan kepalanya rasa tidak percaya. Anak sulungnya itu berubah 360
darjat dari biasa. Nak pula si Amin tu kerja dengan papanya. Sebelum ini, bukan
main disuruh dan disogok dengan duit oleh papanya, dia tetap tak mahu. Datin Hasmah
menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Apa keno eh jang dengan anak aku tu?
“Balkish tahu
ke?” soal Datin Hasmah memohon penjelasan. Manalah tahu kalau Amin memberitahu
hal itu kepada Balkish sebelum ini. apa sebenarnya yang membuatkan Amin mahu
bekerja sekarang ni? Mungkin sebab suaminya telah memansuhkan kad kredit Amin
buat sementara waktu ni. Tapi cara suaminya menghukum Amin dengan pemansuhan
kad kredit bukanlah yang pertama, sebelum ini pun sudah banyak kali suaminya
bertindak sebegitu. Tapi kenapa baru sekarang, Amin mahu berkeras dengan
papanya. Kenapa baru sekarang Amin berasa tercabar dengan hukuman papanya?
Semakin difikir semakin Datin Hasmah buntu dengan jawapan yang logic. Dia
melihat kea rah Balkish. Balkish senyum kepadanya. Datin Hasmah turut senyum,
rasanya dia sudah tahu kenapa Amin berubah sebegitu.
“Amin kata nak
cari kerja. Dia nak belikan barang-barang keperluan Balkish untuk mendaftar U
nanti”
“Apa susahnya,
kan papa nak bagi duit” sambung Datin Hasmah.
“Amin tak bagi
saya ambil duit papa, mama” beritahu Balkish.
“Pasal tu ke? Makin
pelik lah budak tu” ngomel Datin Hasmah. Tekaannya betul. Pasti perubahan Amin
itu kerana Balkish. Dia senyum, gembira dengan sedikit perubahan yang terjadi
pada diri anak sulungnya itu
…………………………………………
Wahida masuk ke
bilik mesyuarat setelah dipaksa
berkali-kali oleh Amin. Takut rasanya mahu menganggu mesyuarat bosnya, tetapi
sebab anak bos yang suruh, Wahida terpaksa berusaha. Dia mendapatkan Dato’ Sahar
dan memberitahu tentang tetamu yang sedang menunggunya di luar.
“Maaf Dato’ anak
Dato’ menunggu kat luar” bisik Wahida.
“Anak saya,
siapa? Aman?” soal Dato’ Sahar agak terkejut. Mustahil pula Aman nak datang
jauh-jauh ke pejebatnya pada jam-jam sebegini memandangkan anaknya itu sekarang
tidak cuti. Pasti dia ada kelas dan kuliahnya. Kalau ada hal sekalipun, anak
bongsunya itu akan menelefon terlebih dahulu kalau mahu datang ke pejabat
ataupun dia akan menunggunya di rumah sahaja. Kalau Amin lagi mustahil. Anak
sulungnya itu susah sekali kalau disuruh ke pejabat walaupun dibayar gaji. Yang
dia tahu tidur terbungkang di rumah.
“Amin, Dato’”
beritahu Wahida.
“Apa dia nak?”
soal Dato’ Sahar agak terkejut.
“Dia kata dia nak
jumpa Dato’ urgent katanya”
“Suruh dia
tunggu. Kalau dia tak nak tunggu suruh dia balik”
Wahida
mengangguk tanda faham. Kalau A cakap Dato’ A lah jawabnya. Wahida takut mahu
bertapi-tapi atau bertanya lebih-lebih. Nanti mood Dato’ tak baik, siapa yang
nak tanggung?
Wahida keluar
dari bilik mesyuarat dan kembali tempat kerjanya.
“En. Amin. Dato
suruh En.Amin tunggu” beritahu Wahida menyampaikan pesan bosnya itu.
“Cik dah cakap
anak dia yang tunggu dia?” soal Amin tidak percaya mendengar jawapan yang baru
sahaj disampaikan kepadanya.
“Dah encik. Dan
Dato’ cakap lagi, kalau En. Amin tak nak tunggu, En.Amin boleh balik” beritahu
Wahida.
“Dato’ cakap
macam tu?” soal Amin tidak percaya.
Wahida
mengangguk mengiyakan.
Amin menarik
nafas dalam-dalam. Papa memang nak main kasar.
“Tak apa, saya
tunggu” beritahu Amin sambil mengukirkan senyuman. Amin kembali duduk di sofa
dan terpaksa menunggu hampir sejam sehinggalah mesyuarat yang diketuai oleh
papanya selesai..
Amin mengejar
langkah papanya apabila melihat Dato’
Sahar keluar dari bilik mesyuarat itu sambil diikuti oleh beberapa orang
pekerja syarikat.
“Ada apa Amin?”
soal Dato Sahar. Dia berjalan masuk ke biliknya dan dengan Amin membontoti dari
belakang. Tanpa disuruh, Amin masuk ke dalam bilik pejabat papanya dan duduk di
kerusi.
“Pa, Amin nak
minta kerja. Kerja apa-apa pun ok pa, asal Amin dapat duit” beriathu Amin.
Dato' Sahar berdia diri, dia mahu mendengar kata-kata anaknya itu.
“Ni sijil Amin
pa” beritahu Amin sambil menghulurkan fail biru yang digunakan sebagai tempat
untuk menyimpan sijil-sijilnya sejak sekolah menengah.
Dato’ Sahar pada
awalnya tidak percaya apabila mendengar Amin memohon kerja daripadanya. Sebelum
ini, bukan main liat lagi kalau nak suruh Amin masuk ke pejabat, kerja untuknya
saat cuti semester. Tetapi hari ini, anak lelaki sulungnya itu berada di bilik
pejabatnya meminta untuk diberikan kerja. Kalau dulu, dia menawarkan posisi
kerja yang bagus dengan gaji yang lumayan sekadar untuk menarik minat Amin ‘berkenalan’
dengan syarikat yang bakal diwarisinya kelak tapi hari ini semuanya berubah,
Amin pasti terdesak untuk membuktikan sesuatu sampai sanggup merendahkan egonya
dan melawan malasnya datang ke pejabat meminta diberikan kerjanya. This is not
a win-win situation, ini peluang yang besar buatnya untuk mengambil kesempatan
atas situasi Amin. fikir Dato' Sahar.
Dato Sahar mengambil
fail yang diserahkan oleh Amin dan membelek-belek sijil kelayakan milik anaknya
itu.
Fail itu
kemudiannya diletakkan di meja.
“Amin tahukan
sijil yang paling tinggi Cuma sijil SPM” kata Dato’ Sahar.
“Yelah pa, Amin
kan belum habis degree lagi” sampuk Amin.
“Kalau macam tu,
bila Amin nak masuk kerja?” soal Dato’ Sahar.
“As soon as
possible pa. Hari ni pun tak apa”
“Ok kalau macam
tu, Amin dah boleh start kerja. Papa tengah ada projek buat masjid untuk
kampung Melayu. Kecil je projek tu…” belum sempat Dato' Sahar menghabiskan
kata-katanya, Amin cepat-cepat memintas.
“Ok pa. Amin tak
kisah. So Amin assist engineer papa yang mana ni?” soal Amin excited.
“Amin bukan
assistant engineer” beritahu Dato' Sahar. Kata-kata itu menghampakan Amin.
“Habis tu?” soal
Amin sedikit terkejut.
“Pekerja biasa.
Angkat batu bata, gaul simen” jelas Dato' Sahar lagi.
“Pa nak Amin
jadi buruh???!” kali ini Amin bukan sahaja sedikit terkejut tapi terkejut besar
gedabak apabila mendengar kata-kata papanya. Ternganga mulutnya kerana tidak
percaya papa sanggup mengujinya sebegitu. Papa memang nak main kasar, takkan
aku nak mengalah senang-senang dengan permainan papa ni!
Dato’ Sahar
mengangguk. “Dah tu, sijil kamu sampai SPM je, takkan nak jadi engineer?”
“Amin ingat
assistant engineer. Sebelum ni time papa offer Amin buat part time dekat office
papa, papa suruh Amin jadi assistant engineer”
“Kenapa Amin
tolak? Peluang hanya datang sekali” sambung Dato’ Sahar. Dia pura-pura sibuk.
Setelah berfikir
agak lama, Amin akhirnya melafazkan persetujuannya, “Ok. Amin terima. Tapi hari
ni, Amin nak balik awal sikit. Nak bawa Balkish balik rumah ayah. Amin dah
janji dengan Balkish”
“Ok kalau macam
tu. Deal” Dato’ Sahar mencapai persetujuan dengan Amin. Mereka berdua berjabat
tangan. Lagak mereka bagaikan dua pihak yang Berjaya mencapai persetujuan untuk
menjalankan usahasama antara dua syarikat besar.
Amin keluar dari
bilik pejabat papanya. Dato’ Sahar tersenyum gembira apabila memengai
perundingan damai antara dia dan anaknya. Dia sedar, ada perubahan pada diri
anak lelakinya itu dan semua itu gara-gara Balkish. Dato’ Sahar kemudiannya mengeluarkan
telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon Farhan, engineer yang bertanggungjawab terhadap projek masjid di Kampung
Melayu.
“Farhan, nanti
ada anak saya pergi jumpa kamu untuk kerja dekat situ. Amin. Nanti kamu bagi je
dia kerja macam orang lain” beritahu Dato' Sahar.
“Kerja apa tu
Dato?”
“Dia tak biasa
lagi buat kerja. Suruh je dia angkat batu-bata atau simen” jelas Dato' Sahar
satu persatu tentang skop kerja buat anak lelakinya.
“Biar betul
Dato? Tak beranilah saya nak susahkan anak Dato’” soal Farhan tidak percaya.
“Awak layan je
dia macam orang lain. Nanti dia jumpa awak kat situ. Satu lagi, bagi je dia
balik awal hari ni. Besok suruh dia ganti balik berapa jam yang dia dah miss
untuk hari ni” beritahu Dato’ Sahar lagi
“Baik Dato”
balas Farhan.
Panggilan itu
dimatikan oleh Dato’ Sahar.
…………………………………………..
ps: enjoy...sambungan bab 19 nnt sy upload, x sempat nak edit lgi hehehe
nak lagi..hahah...sian kat dak amin tu..muaahaha
ReplyDeletebest...amin da berubah demi isteri yg dy da mula syg...hehe
ReplyDeletenext n3 plz... :D
demi balqis sggup pcah tmbok malas dia 2..bgus la brubah btggungjwab skit
ReplyDeletepanggilan slalu berubah.. skjap I,u.. pastu abang, sayang plak.. anyway, gud job writer! :D
ReplyDeleteHehe...ade perubahn,bagus2....
ReplyDeletecpt la smbng !!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteX sabar nk tau seterusnya...huuu
ReplyDeletePlis plis plissss sambung cepat ek...panjang2 skit tau ;)
Sis.. i love the story. P,ls contact me hartinirofi@yahoo.com.my
ReplyDeletekakk..bla nk sambg cite ni? hehe
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete