Friday, November 23, 2012

Tengku Special Edition

Farhan memandu kereta perlahan-lahan menyusuri jalan kecil yang menuju ke rumah Lan. Tengku Hamzan tidak senang duduk apabila mengetahui yang mereka akan tiba di rumah adik iparnya itu sebentar lagi. Takutnya bukan kepalang mahu berjumpa dengan Lan, apatah lagi dengan pelbagai masalahnya dengan Mylia. Mereka berdua berjauhan sudah hampir setahun. Pasti Lan betul-betul membencinya sekarang. Kalau dulupun, Lan tidak pernah menyukainya setelah dia mengetahui yang dialah suami kepada Mylia, apatah lagi sekarang dengan sejarah hitam dalam perkahwinannya dengan Mylia itu, yang mereka berdua berjauhan dengan ikatan perkahwinan yang masih lagi menyatukan mereka dengan status suami dan isteri. Tiba-tiba terasa genggaman tangan Mylia di jari jemarinya. Fikiran Tengku Hamzan kembali kepada siatuasi mereka sekarang. Tatkala melihat senyuman yang terukir di wajah Mylia, hati Tengku Hamzan kembali tenang. “You’ll be alright dear” bisik Mylia ke telinga Tengku Hamzan. Tengku Hamzan memberikan senyuman. Tengku Nadhirah menurunkan cermin kereta dan menjengukkan kepalanya ke luar. Dia menarik nafas dalam-dalam menghirup udara segar dari kampung bondanya itu. Tangannya dihulurkan keluar untuk cuba mencapai ranting pokok yang kehijauan di luar kenderaan. Farhan memberhentikan keretanya di hadapan halaman rumah Lan. Enjin kereta tidak segera dimatikan. Dia sekadar melepaskan seatbelt yang dikenakan ke tubuhnya. “Kita dah sampai Tengku” beritahu Farhan kepada Tengku Hamzan. Farhan keluar dari kereta dan membuka pintu buat Tengku Hamzan dan Mylia untuk melangkah keluar dari perut kereta. Tengku Nadhirah didukung oleh Tengku Hamzan. Mereka berdua kemudiannya memberikan salam. Lan keluar dari rumahnya apabila mendengar deruan enjin kereta di halaman depan rumahnya, dia memang menjangkakan kehadiran kakaknya pada hari ini kerana dia sendiri menerima panggilan daripada Mylia malam tadi yang mengatakan dia kaan dating menziarah Ros dan anak mereka hari ini. Bibirnya mengukirkan senyuman apabila melihat kakaknya berdiri di hadapannya. Tetapi sebaik sahaja melihat wajah Tengku Hamzan di samping Mylia, serta-merta senyumannya luput dari bibir. Lan mampir ke arah Mylia dan mencium tangan kakaknya. “Anak kakak, Lan. Tengku Nadhirah” beritahu Mylia memperkenalkan Tengku Nadhirah yang dalam dukungan ayahndanya “Comel anak kakak, muka dia macam kakak. Nasib baik ikut kakak, kalau ikut bapaknya” beritahu Lan, seraya menyindir Tengku Hamzan. Lan mengambil Tengku Nadhirah yang dalam dukungan Tengku Hamzan tetapi Lan langsung tidak mengendahkan Tengku Hamzan walaupun setelah itu Tengku Hamzan cuba untuk tersenyum kepadanya. “Jom masuk kak” ajak Lan. Mylia dan Tengku Hamzan saling berpandangan. Dia tahu yang suaminya itu berasa bersalah dan tidak selesa saat bersama-sama dengan Lan. Masing-masing saling berpandangan dan mengerti perasaan tidak enak yang dirasai oleh Tengku Hamzan tetapi kedua-duanya memilih untuk tidak bersuara. Mylia memimpin tangan Tengku Hamzan untuk masuk ke dalam rumah. Farhan membontoti dari belakang. Mereka bertiga kemudiannya masuk ke kamar Land an isteri untuk menziarahi Ros yang telah selamat melahirkan anak pertamanya dengan Lan. Mylia duduk di birai katil, anak yang baru berusia beberapa hari itu diangkat dan dipangku dalam lipatan sikunya. Sesekali Mylia mengagah anak bayi itu dan dia tersenyum menampakkan gusinya. Perbuatan Mylia itu mengundah rasa mencuit hati di hati Tengku Hamzan. Comel sekali melihat keletah Mylia dengan anak saudara barunya itu. “Dah ada nama baby ni?” soal Tengku Hamzan memecahkan suasana yang sunyi itu. Tengku Hamzan mengarahkan pertanyaannya buat Ros, kerana Lan tentu masih belum mahu berbicara dengannya. “Belum abang. Tapi abang Lan ingat nak letak nama Dania” beritahu Ros. “Cantik nama tu” puji Tengku Hamzan ikhlas seraya dia juga cuba untuk meraih perhatian daripada Lan. Dia mengikut Mylia kembali ke sini adalah untuk merapatkan hubungannya dengan adik iparnya seraya mengambil hati lelaki itu untuk menerimanya kembali. “Abang dengan Kak Mylia bila nak bagi adik pada Nadhirah?” soal Ros tiba-tiba. Mylia dan Tengku Hamzan saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka berdua senyum seribu makna. “Ayahnda, anaknda nak baby yang comel macam ni” sampuk Tengku Nadhirah. Dia minta diturunkan dan kemudian Tengku Nadhirah berdiri di samping Mylia. Matanya memerhatikan anak bayi yang berada dalam dukungan bondanya. Sesekali jari kecilnya menguis-nguis pipi Dania. Tengku Nadhira tersenyum lucu. “Cute tak baby ni sayang?” soal Mylia kepada Tengku Nadhirah. Anakndanya itu tersenyum ke arah Mylia dan mengangguk. Dia kemudian kembali melihat Dania. Sepertinya dia sangat suka sekali dengan bayi Lan itu. Tengku Nadhirah menundukkan wajahnya lantas mencium pipi Dania yang sangat gebu itu. Dia kemudiannya tersenyum sampai ke telinga dan melompat kegembiraan. Perbuatan Tengku Nadhirah itu membuatkan Ros, Lan, Mylia dan Tengku Hamzan ketawa lucu. ……………………. Malam itu mereka makan malam bersama-sama. Juadah-juadah makan malam disediakan oleh Mylia memandangkan Ros masih lagi dalam pantang. Tengku Nadhirah dapat mengadaptasi dengan makanan-makanan kampung dengan baik, malah dia suka sekali dengan masakan bondanya itu. Setelah itu, Tengku Nadhirah segera mendesak agar Mylia menemaninya untuk melihat Dania. Sering-sering anakndanya itu menghilang ke kamar Ros untuk melihat Dania yang sedang tidur. Sesekali Tengku Nadhirah mencuri peluang untuk menguis-nguis pipi gebu Dania sehingga membuatkan bayi kecil itu merengek. Kemudian Tengku Nadhirah tersenyum lucu. Gembira sekali apabila dia bersama-sama dengan Dania. Lan duduk di sofa dan menonton rancangan berita. Tengku Hamzan mendekatkan diri kepada Lan. Sengaja dia mengambil peluang ini untuk berbicara dengan Lan. “Comel Dania. Tahniah” ucap Tengku Hamzan sebagai pembuka bicara. Lan sekadar berdehem kecil. “Saya dengan Mylia dah decide yang kami akan teruskan hubungan kami” beritahu Tengku Hamzan. Lan masih lagi berdiam. Tengku Hamzan tidak sedap hati. Lan seperti tidak berminat mahu berbicara dengannya. Namun dia tidak berputus asa. Disambung lagi ucapannya. “Walaupun awak tak suka tapi awak terpaksa menerima saya. Sebab saya sayangkan kakak awak dan Mylia juga sayangkan saya dan anaknda kami” beritahu Tengku Hamzan lagi. Dia terus sahaja berbicara walaupun Lan sepertinya tidak mengendahkan setiap bait-bait katanya. Lan masih lagi diam. “Lan, saya boleh teruskan hubungan saya ni tanpa kebenaran dari awak, tapi sampai bila kita nak bermasam muka antara satu sama lain. Sempena kelahiran bayi awak ni, saya harap kita mulakan kisah yang baru. Kita tutup cerita lama. Saya banyak bersalah terhadap kakak awak dan Mylia juga banyak salah dengan saya. Tapi saya nak lupakan semua tu. Kami saling memaafkan antara satu sama lain. Saya akan cuba menyintai Mylia sepertimana perasaan saya padanya lapan tahun dahulu” sambung Tengku Hamzan lagi. Dia berhenti berkata-kata. Dikerlingnya kelibat Lan di hadapannya. Adik iparnya itu kemudiannya berdiri. Saat Lan melewati Tengku Hamzan, langkah kakinya kaku, dia tidak menoleh ke arah Tengku Hamzan tetapi sempat dia bersuara. “Jaga kakak saya. Dia dah banyak menderita” Setelah itu, segera Lan berlalu. Tengku Hamzan berdiri. Dia kaget tapi kata-kata Lan itu menyejukkan kegusaran hatinya. Lan merestui hubungan mereka. Mungkin akan ambil masa, tetapi dia yakin yang dia dan Lan akan dapat menjalin hubungan baik suatu masa nanti. Tengku Hamzan tersenyum gembira. Lan kemudiannya masuk ke kamarnya dan membuka almari. Dia menyapa Ros sebelum dia keluar dari kamar itu. Mylia yang turut berada di kamar untuk menemani Ros dan bayinya itu sekadar memerhatikan. “Abang nak kelar sekejap ye” beritahu Lan kepada Ros. Lan keluar dari kamarnya dan menuju ke ruang tamu. Dia menegur Tengku Hamzan yang masih duduk di sofa di situ. “Jom kita pergi kedai kopi kat depan sana tu” ajak Lan. Tengku Hamzan senyum gembira. Dia mengangguk menerima pelawaan Lan itu. Tengku Hamzan sempat memberitahu Mylia yang dia akan keluar dengan Lan dan dia sempat berpesan kepada Farhan supaya tidak meninggalkan rumah. Tidak lama kemudian, Tengku Hamzan dibonceng oleh Lan dengan menggunakan motor kapcainya menuju ke kedai kopi yang dimaksudkan oleh Lan tadi. ………………………. Mylia mundar mandir di hadapan jam dinding. Sesekali matanya melihat ke arah pintu utama rumah itu. Dia tidak mencuba menghubungi Tengku Hamzan kerana bimbang mengacau masa yang dihabiskan dengan Lan itu. Maklumlah, Tengku Hamzan berusaha keras untuk mengambil hati Lan dan mencuba untuk memperbaiki hubungan mereka yang tidak berapa jernih sejak beberapa tahun yang lalu. …………… Farhan sudah hampir sejam terlelap di ruang tamu. Kasihan juga Mylia kepadanya kerana dia mungkin penat memandu kereta siang tadi. Jadi Mylia menyuruh sahaja Farhan tidur terlebih dahulu. Ros dan Dania juga sudah terlelap. Begitu juga dengan Tengku Nadirah yang terlelap di samping Dania. Anakndanya itu suka sekali bermain-main dengan Dania dan kerana kepenatan menjalani perjalanan selama tujuh jam pagi tadi, Tengku Nadhirah juga terlelap dengan mudah sekali. Tidak lama kemudian terdengar deruan enjin motor Lan yang dimatikan di hadapan rumah. Mylia berlari-lari anak menjengah ke luar rumah dan melihat Tengku Hamzan pulang dengan senyuman. Mylia melafazkan syukur kerana suaminya pulang dengan tanpa lebam-lebam di wajahnya. Bukan apa, Lan dan Tengku Hamzan kan ada sejarah hitam mereka yang tersendiri. Pernah dulu Tengku Hamzan dipukul oleh Lan gara-gara salah faham yang mereka berdua bersekedudukan. Lan apalagi, amuk sakan sampai dibelasahnya Tengku Hamzan hampir-hampir mati. Risau juga sekiranya sejarah mereka itu berulang. “Ros dah tidur kak?” soal Lan menyapa Mylia apabila melihat wajah kakaknya yang mencerminkan riak keriasauan itu di wajahnya. “Dah Lan” balas Mylia. “Kanda pergi mana lama sangat ni?” soal Mylia melafazkan kerisauannya. Lan sempat menjeling ke arah kakaknya. Kakaknya itu kelihatan risau sekali dengan Tengku Hamzan. Jelas terpancar di wajah Mylia yang dia terlalu menyayangi Tengku Hamzan. Lan mengeluh. Nampak gayanya dia memang sudah harus belajar menerima Tengku Hamzan dalam keluarga mereka. “Pergi kedai kopi dengan Lan tadi” balas Tengku Hamzan. Lan melangkah masuk ke rumahnya dan segera masuk ke kamar tidurnya untuk melihat Ros dan anaknya. Tengku Hamzan membontoti dari belakang. Darahnya menyirap naik apabila melihat sekujur tubuh Farhan yang enak berbaring di sofa sedangkan tadi sudah terang-terang dia berpesan untuk lihat-lihatkan keluarga ini semasa ketiadaannya dan juga Lan. Kini Farhan itu sedap-sedap tidur terlelap di sofa. “Eh, Aku suruh dia tengok-tengokkan Puan Muda, sedap-sedap dia tidur!” marah Tengku Hamzan kepada Farhan. “Biarlah kanda, dinda yang suruh Farhan tidur. Dia penat sangat memandu dari siang tadi” segera Mylia menurunkan kemarahan suaminya. Tengku Hamzan tidak jadi mahu membangunkan Farhan. “Anaknda mana?” soal Tengku Hamzan lagi. “Ada dalam bilik Ros. Anaknda nak tidur bersama-sama Dania katanya” balas Mylia lagi. Tengku Hamzan mengetuk daun pintu untuk masuk ke kamar Lan dan diikuti oleh Mylia. “Abang nak ambil Tengku Nadhirah” beritahu Tengku Hamzan kepada Lan dan Lan mengangguk. Tengku Hamzan melangkah masuk dan mengangkat tubuh anakndanya perlahan-lahan supaya tidak membangunkan Tengku Nadhira dari lenanya. Mylia membontoti langkah Tengku Hamzan meninggalkan bilik Lan dan Ros itu. Sebelum berlalu, sempat Mylia berpesan, “Kalau ada apa-apa, ketuklah bilik kami ye” beritahu Mylia kepada Lan. Apabila sampai di kamar, tubuh Tengku Nadhirah dibaringkan di katil. Perlahan-lahan Tengku Hamzan menempatkan sebuah bantal di kepala Tengku Nadhirah. Dia kemudiannya berbaring di samping anakndanya itu. Mylia menutup lampu bilik dan kemudian dia juga berbaring di sisi yang satu lagi. “Kanda!!” panggil Mylia manja. “Hmm” sepatah sahaja balasan daripada Tengku Hamzan. “Bila kanda nak kabulkan permintaan anaknda? Anaknda nak baby. Dinda pun nak baby!” beritahu Mylia. Suaranya seakan-akan berbisik. Bimbang sekiranya suaranya nanti membangunkan Tengku Nadhirah dari lenanya. Seksi sekali rayuan Mylia kedengaran di telinga Tengku Hamzan sehingga tidak jadi dia mahu melelapkan matanya. “Kanda dengar tak?” soal Mylia lagi. “Dengar” balas Tengku Hamzan. Tiba-tiba lampu bilik terpasang. Silau cahaya neon itu membuatkan pandangan mata Tengku Hamzan kabur seketika. Rupa-rupanya dalam diam Mylia bangun dan pergi menyalakan lampu bilik. “Kanda, malam ni kan malam pertama kita sejak setahun kita berpisah” “Hmm, so?” “Kenapa kanda macam cool je? Macam kanda tak merindukan dinda pun?” soal Mylia. Ada-ada sajalah isteri aku yang seorang ini! Rengek Tengku Hamzan di dalam hatinya. Dia sebenarnya agak penat. “Dinda nak kanda buat macamana? Kanda penatlah” Mylia menempatkan dirinya di sebelah Tengku Hamzan dan suaminya itu terpaksa memberi ruang buat Mylia. Mylia memeluk tubuh Tengku Hamzan dengan erat. Wajah Tengku Hamzan di hadapannya itu ditatap dengan penuh rasa rindu yang bersarang. Wajah itu masih tampan di pandangan wajahnya. Mylia membelai rambut Tengku Hamzan dengan lembut, terserlah beberapa helai rambut yang sudah berubah warna putih. Wajah Tengku Hamzan yang ditumbuhi kumis dan jambang itu dimainkan dengan jari jemari runcingnya. “Kenapa dengan dinda malam ni?” soal Tengku Hamzan pelik. Sebenarnya dia tahu, Mylia sepertinya mahu bermanja-manja dengannya. “You look sexy tonight, kanda” balas Mylia. Lain yang ditanya oleh Tengku Hamzan, lain pula yang dibalas oleh Mylia. Mylia mendekatkan dirinya dengan wajah Tengku Hamzan. Dagu Tengku Hamzan yang ditumbuhi jambang itu dikucup lembut. Sengaja Mylia mahu menggoda. “Ish dinda ni. Anaknda kat sebelah tu” Tengku Hamzan mengingatkan. Bimbang pula sekiranya Tengku Nadhirah tersedar dari tidurnya. “Dinda sayangkan kanda, and I miss you so much. Setahun ni, dinda asyik teringatkan kanda je. Kanda je yang jual mahal. Bukannya nak call suruh dinda pulang” Mylia merajuk. Teringat kesengsaraannya berjauhan dengan keluarganya. “Siapa cakap kanda tak rindukan dinda. Rindu sangat-sangat kat dinda. Rasa macam nak pergi je kat Britain tu, ketuk pintu rumah dinda” beritahu Tengku Hamzan dengan cara berbisik ke telinga Mylia. Kata-kata Tengku Hamzan itu membuatkan hati Mylia menjerit kegembiraan. Bibirnya mengukirkan senyuman bahagia. Hatinya berbunga. Dia lalu memeluk leher Tengku Hamzan. Diciumnya bibir Tengku Hamzan dengan pantas. Dia memandang ke wajah Tengku Hamzan setelah itu. Tengku Hamzan senyum lucu. Ish comel la isteri aku sorang ni. Tengku Hamzan mengelus rambut Mylia yang panjang mengurai ke bahunya. Dia membalas senyuman Mylia. Tengku Hamzan merapatkan hidungnya yang mancung itu ke hidung Mylia sehingga hidung mereka berlaga. Bibir Mylia yang masih basah itu dicium lembut selembut perasaannya kepada isteri tersayang. Mylia memejamkan matanya erat-erat. Tengku Hamzan melepaskan cumbuan bibir mereka kemudian dia menelusuri setiap pelosok wajah Mylia dan menciumnya dengan penuh kasih sayang. Sayangnya pada Mylia semakin membuak-buak setelah perpisahan mereka selama setahun ini. Rindunya kepada Mylia makin menjadi-jadi sejak mereka bertemu semula beberapa hari yang lalu. Dan baru semalam, mereka berdua berbaik kembali. Pagi tadi mereka sekeluarga segera datang ke rumah Lan kerana janji Mylia kepada adiknya itu. Belum sempat dia melepaskan rindunya kepada Mylia mereka sudah dibebani dengan jadual yang padat. Dan malam ini, Mylia seakan-akan menggodanya. Aduh! Iman seteguh manapun, kalau dah digoda oleh isteri secantik Mylia, pasti imannya tercicir di mana-mana, tambah lagi mereka berdua memang saling mencintai dan merindui. Ditambah pula dengan rindu dendam yang telah lama bersarang di dalam hati masing-masing. Tengku Hamzan membetulkan baringnya dan mencium Mylia di lehernya. Isterinya itu tersenyum geli. Leher Tengku Hamzan dipeluk oleh Mylia dengan erat. Mereka berdua bertentang mata untuk suatu masa yang agak lama. Masing-masing tidak berbicara, cukup dengan hanya kebisuan yang mendalam untuk mereka berdua mentafsir kemahuan mereka sendiri. Tengku Hamzan mencium dahi Mylia dan mereka bertentang mata lagi. “I love you sayang” beritahu Tengku Hamzan ke telinga isterinya itu. Tubuh Tengku Nadhirah bergerak-gerak kecil. Suaranya membuatkan Mylia mengelak dari tubuh Tengku Hamzan. “Ayahnda, bonda mana?’ soal tengku Nadhirah walaupun matanya masih lagi tertutup. “Kanda!” Mylia merengek manja apabila Tengku Hamzan masih belum mahu berhenti. “Apa?” soal Tengku Hamzan buat-buat tidak faham. “Dahlah, nanti anaknda bangun” balas Mylia. Dia melepaskan dirinya daripada pelukan Tengku Hamzan. Tengku Hamzan turut membaiki tubuhnya, dia berbaring miring ke arah Mylia lalu memeluk pinggang isterinya itu, “Bonda ada sini sayang” Mylia merapatkan dirinya kepada Tengku Nadhirah dan memeluk tubuh anakndanya itu. “Jangan tinggalkan anaknda lagi bonda” rintih Tengku Nadhirah dalam tidurnya. Dia membuka matanya perlahan-lahan dan melihat bondanya sedang memeluknya erat. Tangan Mylia diraih dan kemudian Tengku Nadhirah memeluk tubuh bondanya erat-erat. “Jangan tinggalkan kami lagi bonda” rintih Tengku Nadhirah sekali lagi. “Bonda takkan tinggalkan anaknda lagi. Tidur ye sayang. Bonda akan tetap berada di sisi anaknda dan ayahnda mulai dari sekarang” balas Mylia. Dia mencium ubun-ubun Tengku Nadhirah. Tengku Hamzan juga turut memeluk tubuh Mylia dari belakang. Rambut panjang Mylia yang dibiarkan melurut jatuh dibahunya diselak oleh Tengku Hamzan. Tengku Hamzan membisikkan sesuatu ke telinga Mylia. “Jangan tinggalkan kanda lagi” Tengku Hamzan mengucup pangkal leher Mylia dengan lembut. Menitis air mata Mylia. Terasa dia sangat kejam kerana mengambil keputusan meninggalkan Tengku Hamzan dan Tengku Nadhirah selama setahun ini. Kalau dulu boleh dimaafkan kerana dia dalam keadaan yang menyulitkan. Tambahan pula dia tidak tahu yang dia mempunyi seorang anak dengan Tengku Hamzan. Tetapi setahun ini, dia meninggalkan keluarganya atas kehendaknya sendiri. Dia yang mengambil keputusan untuk menetap di Britain sehinggalah dia kembali ke Malaysia dua hari yang lalu. Memang Tengku Hamzan terlalu ego untuk memanggilnya pulang tetapi dia juga ego untuk terus meminta kemaafan daripada suaminya. Entah apa yang membuatnya begitu malas untuk mencuba meraih kemaafan itu. Beberapa minggu yang lalu, semasa dia menelefon Tengku Nadhirah seperti biasa, dia sempat bertanya tentang khabar Tengku Hamzan setelah lama dia mendiamkan diri daripada bertanya apa-apa mengenai suaminya itu. Entah kenapa beberapa minggu yang lalu, ringan sahaja mulutnya bertanya tentang suaminya itu dan ternyata Tengku Nadhirah mempunyai banyak koleksi ‘gossip’ tentang ayahndanya itu. Lama dia berbicara dengan anakndanya malam itu tentang Tengku Hamzan. Sekali sekala, mereka berdua mengetawai Tengku Hamzan. Ada cerita lucu yang diceritakan oleh Tengku Nadhirah berkenaan lelaki dalam hidup mereka berdua itu, tentang rutin sehari-harian Tengku Hamzan dan kegelabahan Tengku Hamzan saat mencuba untuk menyempatkan masa untuk Tengku Nadhirah. Pada saat mendengar cerita tentang Tengku Hamzan itu, Mylia ketawa tetapi hakikatnya, dia sedang menangis di hujung talian kerana menanggung rindu yang sangat mendalam buat suaminya itu. Mylia mengesat air matanya, tidak mahu titisan air matanya itu disedari oleh Tengku Hamzan. Dia perlahan-lahan berpaling ke arahTengku Hamzan di belakang. Wajah Tengku Hamzan ditatap dengan perasaan kasih dan sayang. Sesungguhnya dia tidak pernah mencintai mana-mana lelaki lain selain Tengku Hamzan. “I’ll never leave both of you again” beritahu Mylia. Satu kucupan hangat singgah di bibir Mylia. Dia memejamkan matanya. Kucupan itu terasa sangat indah saat Tengku Hamzan menyentuh bibirnya itu. Terasa kasih sayang mereka bersatu, terasa seperti dia memiliki Tengku Hamzan sepenuhnya, jiwa dan raga hanya didedikasikan buatnya, terasa seperti dirinya dihargai dan dicintai oleh Tengku Hamzan dan semua perasaan itu membuatkan perasaan bahagia mula mekar dan diserikan dengan impian yang indah buat mereka sekeluarga. “Kanda janji, bila kita balik ke rumah istana nanti. Kanda takkan ‘lepaskan’ dinda. Masa tu, dinda tak boleh dah nak mengelak. Sekarang ni pun, kanda dah ‘rindu’ sangat dengan dinda. Dua bulan depan, dinda dengan anaknda akan dapat present yang dinda dengan anaknda nak sangat tu” Tengku Hamzan senyum nakal. Dan Mylia tersenyum bahagia. Sekarang ini dia sudah memiliki segala-galanya yang diinginkan oleh semua wanita dalam dunia ini. Seorang suami yang menyintai dirinya, penyayang dan setia seperti Tengku Hamzan sangat diidam-idamkan oleh mana-mana wanita dan seorang anak yang manis dan comel seperti Tengku Nadhirah. Mylia tersenyum dengan lebar sekali. Hatinya berbuah kebahagiaan. dedicated to Ruuna :P

10 comments:

  1. best gila kot writer... duk terbayang mreka dpt baby baru.. mesti best kan.. hehe
    tapi cita ni mmg best gila.. thanks writer

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. writer klau boleh, smbng lgi.. pendek pon xpalah.. hehe
      x boleh lupa kisah lepa.. hehe
      bgi lepa ada baby bru ka.. hehe
      jgan marah writer :)

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Dah khatam baca... tahniah buat penulis kerana dpt mengolah cerita yang sayarasa amat menarik... klu dpt tulis tengku 2. Olah konflik yg lebih mencabar.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih sbb baca...kalau ntk ms skarang blm ada plan lagi nk smbung tengku2, masa depan nnt kalau ada masa and idea ble la nak tuang n jadi kan cerita..jgn lupa baca cerpen "Suamiku, aku salah menilai cintamu" dn SNDKI

    ReplyDelete
  6. akak writer sambung la lagi..plleeeaasssee!!!

    ReplyDelete
  7. writer..sangat berharap novel Tengku nie ada lagi episode special dia..plisssss...rindu laaa

    ReplyDelete
  8. Yes, I agree with Cik Auni Shahira.. Sambung lagi yah Writer... Thanks a lot.

    ReplyDelete
  9. sis post lah special entry utk tengku...
    induuuulahhhh...

    ReplyDelete