Sunday, November 11, 2012

Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku 9

Bab 9 Amin terbagun dari tidur yang nyenyak apabila terdengar esakan tangisan seorang gadis. Matanya terkebil-kebil apabila melihat wajah Balkish. Dia terus keluar dari perut kereta. Peristiwa yang berlaku semalam muncul satu-persatu di kotak ingatannya. Amin segera mengambilkan kemejanya dan dicampakkan kepada Balkish melalui tingkap jendela belakang keretanya. “Balkish, Balkish jangan menangis” Amin berdiri untuk memujuk gadis itu untuk berhenti menangis. Namun tatkala melihat wajahnya tangisan Balkish semakin keras. Amin duduk menyandar di roda belakang keretanya. Dia mengenakan kembali seluar panjangnya. Amin mundar-mandir di belakang kereta. Kepalanya sakit memikirkan perbuatan gelojohnya malam tadi, diikutkan akal warasnya, Balkish memang tidak bersalah namun entah kenapa gadis itu yang dicari saat dia masih marah dengan perbuatan curang Tina. Dan gadis itu pula tidak mampu melawan kekuatannya dan akhirnya dia rebah dalam kerakusan nafsuku. Dia menjadi mangsu amukan marahku dan aku memperlakukannya sebagai objek untuk melepaskan rasa dendam. Balkish, I’m sorry. Keluh Amin sendirian. Dia akhirnya mencari telefon bimbitnya. “Hello, mama” lembut saja suaranya menyapa mAmanya. Takut-takut untuk menyampaikan berita itu kepada mama, namun hanya mama sahaja yang dapat membantunya saat ini. “Lama mama tak dengan suara anak sulung mama ni” sapa Datin Hasmah ramah. “Mama. Mama jangan cakap apa-apa. Amin nak mintak tolong mama ni” beritahu Amin. “Apa dia. Serius je bunyinya” Datin Hasma bergurau. “Mama kena tolong Amin. Mama datang ke tempat yang Amin bagitahu ni, bawa baju mama. Mama jangan bagitahu apa-apa pun dekat papa atau Pak Cik Wak. Mama drive sendiri” “Ada apa ni Amin?” soal Datin Hasmah mulai cemas. Amin tidak pernah seserius begini apabila menelfon. Senakal-nakal Amin dia tidak pernah mahu melibatkan orang tuanya dalam masalahnya. Tapi sekarang ini, lain benar nada suara Amin. “Kenapa ni Min?” soal Datin Hasmah lagi. “Mama. Amin dah buat kesalahan besar. Amin rogol anak dara orang” beritahu Amin tanpa mahu menyembunyikan apa-apa dari mAmanya. Jantung Datin Hasmah bagaikan disentap keras. Nasib baik dia tidak ada penyakit jantung, kalau tak, tak tahulah apa yang terjadi kepadanya setelah mendengar berita itu daraipada mulult Amin sendiri. Datin Hasmah mengucap panjang. “Amin, apa yang Amin dah buat ni?” soal Datin Hasmah seakan-akan mahu keluar air matanya, sedih dengan sikap dan perbuatan anak sulungnya itu. siapalah gadis malang yang menjadi mangsa anaknya itu. “Mama jangan bagitahu papa” pujuk Amin. Dia sangat takut kepada papanya. Kesalahan kecil sahaja pasti papanya akan menghukum, inikan pula kesalahan besar sebegini. Agak-agaknya apalah yang bakal dilakukan oleh papanya nanti jika dia mengetahui cerita ini daripada mama. “Masalah besar macam ni, mama tak boleh sembunyikan daripada papa” Datin Hasmah menutup panggilan telefon itu. Amin kembali ke keretanya. “Balkish Im sorry. I tak bermaksud. I Cuma nak lepaskan geram pada Tina girlfriend I” beritahu Amin. “And you knowlah I kalau marah macamana. Im sorry Balkish . I dah telefon mama I. kejap lagi dia sampai” Amin menjelaskan kepada Balkish dan berharap agar wanita itu mendengarnya sedangkan wanita itu masih mengangis sekuat-kuat hati. Tidak lama kemudian, Amin melihat kereta milik papanya mendekati. Semakin lama semakin dekat sehingga dia dapat melihat wajah papanya yang duduk di samping Pak Cik Wak. Amin mula gelisah. Belum sempat kereta yang dipandu oleh Pak Cik Wak itu berhenti sepenuhnya, Dato’ Sahar sudah melompat keluar dari kereta. “Papa. Dengar dulu penjelasan Amin” Amin memohon belas kasihan daripada papanya. Dato’Sahar menerpa kea rah Amin sambil melonggarkan ikatan tali pinggangnya. “Anak kurang ajar. Aku hantar kau pergi mengaji masa kecil-kecil dulu, hantar pergi kelas agama, kelas Fardhu Ain supaya benda-benda macam ni tak terjadi. Tapi kau selalu ponteng” tali pinggangnya dilibaskan ke udara sebelum dihayunkan sekuat hati mengena pada tubuh Amin. Amin tidak menghalang dan sekadar mengelak., dia tahu dia memang layak menerima hukuman itu daripada papanya. Dia bersalah sekali terhadap Balkish. “Aduh pa. Sakit pa” Amin berteriak. “Rasakan. Kau dah merosakkan anak orang” marah Dato’ Sahar lagi. Datin Hasmah segera ke kereta Amin yang terletak tidak jauh dari kereta yang diparkir oleh Wak. Dia membawa bersamanya beberapa pakaian dan kain sarung. Datin Hasmah segera memeluk tubuh Balkish sambil menyelimuti tubuh wanita itu dengan kain sarung yang dibawanya. Balkish segera menangis teresak-esak apabila tubuhnya dipeluk oleh wanita yang lebih kurang sebaya dengan ibunya itu. “Mak cik, tolong saya, mak cik” Balkish menangis ketakutan. “Sabar nak, mak cik dah ada di sini. Sabar nak ye. Mak cik akan tolong” “Mak cik” rintih Balkish lagi. Datin Hasmah memeluk erat tubuh wanita yang masih dalam ketakutan itu. Tubuhnya menggeletar dan dilihat badannya lebam-ebam. Datin Hasmah mengucap dan beristighfar. Dia tidak menyangka yang Amin sanggup bertindak sampai begini. Senakal-nakal Amin, tidak pernah terlintas di fikiran seorang ibu yang anak lelakinya akan bertindak seperti binatang seperti apa yang dilakukan oleh Amin. Tanpa disangka, air mata Datin Hasmah mengalir mencurah-curah. Dia mengasihi wanita yang menjadi mangsa anak sulungnya itu. Rambut wanita itu diusap-usap penuh kasih sayang. Walaupun Amin adalah anak kandungnya tetapi dalam hal ini, dia tidak memihak kepada Amin. Terang-terang anak lelakinya itu yang bersalah. Hasmah melepaskan pelukannya. “Sabar nak ye. Pakai dulu baju ni. Mak cik bawa ke rumah mak cik ye. Nanti baru kita cari orang tua anak ni” beritahu Datin Hasmah. Dia turut membantu Balkish untuk mengenakan pakaiannya. Di luar Dato’ Sahar memukul Amin dengan sekuat hatinya sampai berdarah siku dan lutut Amin. Namun belum ada tanda-tanda perbuatan Dato’ itu akan berhenti. Amin menggelupur kesakitan. “Maaf pa. maaf pa. Amin janji Amin tak buat lagi” rayu Amin. “Papa tak sangka Amin sanggup buat macam ni pada papa dan mama. Mana kami nak letak muka kami. Apa salah papa Min. kenapa Amin macam ni?” Dato’ Sahar juga turut mengalirkan air mata. Wak menghentikan perbuatan Dato’ Sahar. “Sudahlah Dato. Dah teruk dah Amin tu. Kita balik dulu Dato’ bawak budak tu sekali dengan kita. Wak dan Dato’ Sahar melirik kea rah wanita yang berjalan kea rah kereta mereka bersama-sama dengan Datin Hasmah. “Kurang ajar kau Amin. Kat rumah aku nak sambung pukul kau lagi. Kau bawak kereta aku. Wak bawa pulang kereta Amin” arah Dato’ Sahar. Dia melangkah kea rah keretanya dan duduk di samping kerusi pemandu. Amin membuka pintu kereta dan duduk di tempat pemandu. Sempat dia melirik ke arah Balkis yang duduk di tempat kerusi belakang dengan mamanya. “Cepatlah!” arah Dato’ Sahar. Ringan sahaja tangannya menampar kepala Amin. ……………………………………. “Assalamuaalaikum” Wak memberi salam. Tidak lama kemudian muncul seorang wanita yang lebih kurang sebaya dengannya. “Ye?” “Maaf. Ini rumah Balkish?” soal Wak. Wanita itu mengangguk. “Kenapa encik? Encik kenal anak saya? Semalam dia tidak pulang. Ayah dia pula sakit. Risau saya ni encik. Dia pula tak ada telefon bimbit” beritahu Aminah. Dia sebenarnya sudah mulai risau dengan kehilangan anak sulungnya itu. namun dia menyembunyikan kerisauannya itu dari pengetahuan suaminya. Kalau suaminya tahu, pasti suaminya itu mahu pergi mencari anaknya sedangkan suaminya itu masih lagi sakit belakangnya. Aminah cuba untuk berfikir positif yang anaknya tidur di rumah teman kerjanya, Wan, namun dalam hatinya turut ada curiga yang anaknya ditimpa kesusahan. Aminah hanya mampu berdoa supaya anak sulungnya itu dilindungi dari orang yang berniat tidak baik. “Maaf, puan kalau boleh puan dan suami sila ikut saya. Saya akan bawa puan untuk berjumpa dengan anak puan” beritahu Wak. “Kenapa dengan anak saya encik?” soal Aminah risau. Dia mula memikirkan kemungkinan yang tidak baik yang mungkin menimpa anak sulungnya itu. Naluri ibunya menyatakan yang anaknya itu ditimpa kesusahan. “Sila ikut saya puan” beritahu Wak sekali lagi tanpa menjawab pertanyaan daripada wanita itu. “Tunggu saya panggilkan suami saya” Tidak lama kemudian, Aminah keluar sambil memapah suaminya I dan mereka berdua dijemput masuk ke kereta. ………………………………………………………….. Datin Hasmah keluar dari kamar yang menempati Balkish. “Macamana dengan budak tu?” soal Dato’ Sahar bimbang. Datin Hasmah menarik lengan suaminya ke tempat yang agak jauh dari kamar itu. “Teruk juga keadaannya bang. Lebam sana sini. Kesian saya tengok budak tu bang. Muka macam orang baik-baik” beritahu Datin Hasmah. “Orang baik-baik apa kalau dah berkawan dengan si Amin tu” bentak Dato’ Sahar. Tidak pernah dia berkenan dengan kawan-kawan perempuan yang berteman dengan anaknya, Amin. “Yang ni lain bang. Saya tengok baik budaknya. Tapi tak tahu macamana boleh kenal dengan Amin” keluh Datin Hasmah. “Amin mana bang?” “Abang dah kurung dalam bilik dia. Takut dia melarikan diri” Dari luar terdengar Wak memberi salam dan menjemput tetamu mereka masuk. “Tetamu kita dah sampai tu. Awak masuklah temankan budak tu. Biar abang yang bercakap dengan orang tua budak tu” berihar keluar, Dato’ Sahar keluar dia pergi ke kamar Amin dahulu untuk mengajak anak lelakinya itu menyertai perbincangan antara dua pihak itu. Dato’ Sahar memberi salam. Aminah dan Tahir terpinga-pinga kerana dijemput tanpa alasan ke rumah yang mewah itu. lelaki yang diperkenalkan diri sebagai Sahar itu juga tidak dikenali oleh mereka. Aminah membantu suaminya yang masih sakit itu untuk duduk di sofa empuk. “Ada apa dengan anak kami encik?” soal Aminah kepada Sahar. Dato’ Sahar melihat kea rah Amin. “Cakap Amin apa yang kau dah buat” arah Dato’ Sahar. “Papa” Amin merengek seperti anak kecil. Dia tidak berani menyampaikan berita itu kepada orang tua Balkish. Apa pula yang bakal dilakukan oleh ayah Balkish kepadanya nanti. “Kau nak cakap atau nak papa sebat kau macam tadi baru kau nak cakap” ugut Dato’ Sahar. “Kenapa ni? Mana anak kami?” soal Tahir pula setelah lama berdiam diri. “Pak cik. Saya nak minta maaf” Amin menundukkan wajahnya memandang lantai. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan kedua orang tua Balkish. Perasan bersalahnya membuatkan dia berasa rendah diri. “Pakcik, makcik saya minta maaf. Balkish jadi macam ni sebab saya” beritahu Amin. “Hah? Apa maksud kamu?” Aminah menggeletar apabila mendengar ucapan daripada Amin. “Mana anak kami!?” teriak Tahir. “Si keparat yang bersalah. Saya serahkan anak saya pada abang. Terpulang pada abang dan kakak nak buat apa saja pada anak saya ni” beritahu Dato’ Sahar “Papa?” Amin terkejut dengan bicara papanya. Dada Tahir berombak kencang menahan rasa marah. Anak sulung yang mereka besarkan dengan kudrat yang ada tiba-tiba diperlakukan semahunya oleh lelaki keparat di hadapannya itu. kerana rasa marah rasa sakit yang dirasakannya sejak semalam juga bagaikan hilang. Tahir berjalan laju menerpa kea rah Amin. Tubuh itu ditendang keras. Dan anehnya Amin tidak melawan pun. Dia bagaikan tahu salahnya dan merelakan sahaja hukuman dan balasan daripada ayah Balkish itu. “Pak cik saya minta maaf!” jerit Amin. Kali ini air matanya sudah mengalir keras. “Kau tahu macamana susahnya kami nak besarkan anak kami? Kami tak makan pun tak apa asalkan anak-anak kami dapat makan, dapat sekolah. Kau senang-senang je nak buat macam tu dekat anak kami. Aku masuk penjara sebab membunuh pun tak apa. orang macam kau ni tak layak hidup. Pergi mati. Balkish tu aku tatang macam minyak yang penuh. Kau senang-senang je nak rosakkan maruah anak aku” marah Tahir. Dia mengherdik Amin tanpa mempedulikan sesiapapun di situ. Tubuh Amin ditendang. Hati Dato’ Sahar berat melihat anaknya diperlakukan sebegitu rupa tetapi dia tidak mahu membela anak lelakinya itu kerana jelas-jelas Amin bersalah dalam hal ini. Dia sudah putus harapan dengan sikap Amin. Kesalahan Amin kali ini memang tidak dapat dimaafkan. “Papa tolong Amin!” jerit Amin meminta tolong papanya. Dato’ Sahar tidak mempedulikannya. Sebaliknya dalam diam, dia mengarahkan Wak pergi menghalang Tahir. “Ampun pak cik. Saya minta maaf. Saya akan kahwin dengan Balkish. Saya akan bertanggungjawab” “Kau ingat aku akan biarkan anak aku kahwin dengan lelaki tak guna macam kau??” marah Tahir. Saat dia mahu menendang Amin untuk kesekian kalinya, tiba-tiba sakit belakangnya menyerang lagi. Tahir mengerang kesakitan lalu tergelupur ke lantai. Amin, Aminah, Wak dan Dato’ Sahar terkejut melihat kejadian itu. Amin segera menerpa kea rah Tahir. “Pak cik kenapa ni?” soal Amin cemas melihat keadaan Tahir yang tidak sedarkan diri itu. Amin, Dato’ Sahar dan Wak membawa Tahir ke hospital yang terdekat. Tahir tidak putus-putus mengerang kesakitan dan beristighfar. Aminah menangis melihat kesakitan yang ditanggung oleh suaminya itu. Tahir dimasukkan ke ruang emergency di hospital swasta dekat dengan perumahannya. “Doctor, macamana dengan keadaan suami saya?” soal Aminah kepada doctor yang merawat suaminya itu. “Puan ni isteri En. Tahir?” soal Dr. Imran. Aminah mengangguk laju. “Sebenarnya En.Tahir ni mengidap penyakit yang namanya Hernia Nucleus Pulposus iaitu penyakit akibat penipisan tulang belakang sampai menyebabkan saraf yang terdapat di antara tulang belakang tertindih. Penindihan inilah yang menyebabkan rasa sakit. Dan saya rasa sudah lama En.Tahir mengidap menyakit ini sebab dari CT scan saya lihat tulangnya sudah sangat tipis. Kenapa En. Tahir tidak berubat sebelum ini?” soal doctor. Aminah sekadar terdiam. Tidak sanggup dia memberitahu sebab suaminya itu tidak berubat adalah kerana mereka tidak mempunyai duit untuk menanggung kos perubatan. “Macamana keadaannya sekarang doctor?” soal Dato’ Sahar. “Sekarang dia masih belum sedarkan diri sebab ubat-ubat yang kita berikan untuk kurangkan rasa sakit di belakangnya. Tapi kalau dia tersedar nanti, dia mungkin akan sakit kembali” “Apa yang terbaik untuk abang Tahir doctor?” soal Dato’ Sahar lagi. “Yang terbaik adalah operate. Kita boleh bagi ubat tapi dengan obat-obat saja tidak akan menyembuhkan” jelas doctor. “Kalau begitu, ubat sahaja dulu doctor” sampuk Aminah. “Operate saja doctor. Kos operasi saya yang tanggung” sampuk Dato’ Sahar. Aminah sangat terkejut dan melihat kea rah Dato’ Sahar. Doctor mengangguk. “Kalau macam tu. Puan harus tandatangan surat persetujuan untuk operasi” beritahu Dr.IMran. Aminah mengikut jururawat Dr.IMran untuk menandatngani surat persetujuan operasi.

5 comments:

  1. x tahu nak kata apa sedih sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan sedih2 baby mio..tapi Amin memang jahat..."mamat sewel" seperti kata balkish tapi Amin handsome hehehe

      Delete
  2. FOLLOE CITE NI DR BLOG PENULISAN2U..KAT SANA LAMBAT SGT SMBUNGANNYA..HUHUHU..BEST2... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat P2U kena take turn untuk diterbitkan, lepastu sekarang dah banyak orang menulis..tapi thanks to P2u sebab perkenalkan novel ni kat situ :)

      Delete
  3. interesting :3

    -najiha-

    ReplyDelete