Sunday, November 11, 2012

Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku 10

Bab 10 Aminah mengetuk pintu kamar, lalu menguak daun pintu. Tubuh Balkish yang terbaring di katil dilihat dengan penuh sayu. Aminah mendekati anaknya perlahan-lahan. Rambut panjang Balkish diusap. Air mata Aminah mula menitis perlahan-lahan. Dia rasa bersalah terhadap anaknya itu. Balkish membalikkan dirinya lau melihat ibunya sedang menangis. “Ibu!” panggil Balkish. Dia segera memeluk ibunya dengan sekuat hati. “Ibu” panggil Balkish lagi. tidak semena-mena Balkish juga turut menangis sekuat hati. Mereka berdua berpelukan erat. “Maafkan ibu, Balkish” “Ibu” Balkish dan ibunya saling meratapi kesedihan mereka. Aminah tidak berhenti meminta maaf daripada anaknya itu. Dia menyalahkan dirinya sendiri kerana membiarkan Balkish bekerja sampai larut malam sehingga anaknya terdedah dengan bahaya yang telah menimpa diri Balkish. “Bukan salah ibu, bu” “Ayah mana bu?” soal Balkish hairan apabila melihat ayahnya tidak ada situ. “Nanti ibu cerita semuanya. Kita balik ke rumah ye?” ajak Aminah. Balkish mengangguk laju. Aminah menolak pelawaan Dato’ Sahar untuk menghantarkan mereka berdua ke rumah. Dia tidak mahu terlalu terhutang budi dengan keluarga itu, cukuplah hanya mereka membiayai operasi suaminya pagi tadi. Kalau boleh dia tidak mahu terlibat lagi dengan keluarga itu, dia tidak mahu kerana budi mereka yang satu itu, anak mereka, Balkish yang terpaksa menanggung semunya. Cukuplah derita yang ditangggung oleh anaknya itu. dia Cuma mahukan kebahagiaan untuk Blakish. Sebaik sahaja Balkish sampai ke rumah, adik-adiknya, Fatin dan Fahmi datang memeluknya. Terpejam mata Balkish menahan rasa sakit tatkala adik-adiknya memeluk tubuhnya erat. Luka-luka akibat perbuatan Amin masih belum surut. Lebam-lebam pada wajah dan mukanya belum lagi sembuh. “Kakak pergi mana?” soal Fahmi, adik yang paling bongsu. “Kenapa muka kakak macam ni?” soal Fatin pula. Balkish senyum. “Kakak kerjalah sayang. Cari duit untuk beli buku mewarna untuk Fatin dan Fahmi” Balkish terpaksa berbohong. Aminah melirik ke arah Balkish. Sayu hatinya tatkala melihat wajah suram anak sulungnya itu. Wajah itu tetap cuba untuk tersenyum buat-adik-adiknya walaupun dia merasa pahit dengan kenangan hitam yang tak mungkin dipadam dari sejarah hidupnya itu. ……………………………….. Amin melangkah yakin menuju ke ruang pejabat fakultinya. Kaca mata hitam yang dipakainya tetap tersemat di wajahnya. Dia tidak akan membuka kacamata itu walaupun disuruh oleh dekan sekalipun. Lebam-lebam pada wajahnya cuba untuk disembunyikan. “Kak. Ini surat keterangan saya mohon cuti untuk satu semester” beritahu Amin. Petugas di pejabat itu membuka isi sampul surat yang dibawakan oleh Amin. Isi kandungan surat itu dibaca. “Eh nak cuti satu semester? Tinggal sebulan lagi nak exam lepas tu kan cuti tiga bulan. Rugi lah nanti” “Tak apa kak, saya dah fikir semua tu. Saya tetap nak cuti” sambung Amin. “Tolong ye kak, proseskan surat permohonan saya ni” ucap Amin. Tanpa menunggu jawapan daripada petugas itu, Amin segera berlalu. Amin segera balik ke rumahnya apabila selesai semua urusannya di kampus. Dilihat mamanya sedang bersiap-siap memasukkan beberapa jenis juadah ke dalam beberapa bekas Tupperware. Amin menegur mamamnya. “Mama ni cantik-cantik nak ke mana?” soal Amin. Pertanyaan itu tidak diendahkan oleh Datin Hasmah. “Mama, sampai bila mama tak nak layan Amin ni? Dah lah papa pun dah tak hiraukan Amin” Amin berusaha memujuk mamanya. “Mama..” rengek Amin. “Mama nak pergi melawat abang Tahir dekat hospital. Kau duduk rumah diam-diam. jangan buat hal tak senonoh” pesan Datin Hasmah. Tidak lama kemudian terdengar suara Dato’ Sahar memanggil-manggil Datin Hasmah untuk cepat kerana dia dan Wak sudah mahu berangkat. Amin turut keluar dari rumah dan menghidupkan enjin keretanya. Dia memandu keretanya untuk ke hospital yang dimaksudkan oleh mamanya. Dia ke kaunter dan bertanya ruangan yang menempatkan En.Tahir. Tanpa disangka-sangka dia melihat Balkish sedang berjalan keluar dari bilik ayahnya. Amin segera berlari mendapatkan wanita itu. Hatinya tersenyum melihat Balkish yang sudah pun sihat. Wajah itu masih ayu seperti dulu, namun ada bekas-bekas lebam yang belum surut. Sedih hati Amin melihat wajah gadis itu yang murung dan tidak seceria dulu. Amin mahu menegur Balkish jadi dia mempercepatkan langkahnya menuju ke arah Balkish. “Balkish” sapa Amin lembut. Tatkala mendengar suara lelaki itu Balkish sangat terkejut. Pinggan yang menempatkan beberapa biji buah epal yang dibawa oleh Balkis untuk dicuci telah terjatuh ke lantai. Segera Amin membungkukkan diri dan mengutip buah-buahan yang tergolek ke lantai. Balkish masih berdiri. Amin memberikan pinggan itu kembali kepada Balkish. Dia melihat wajah Balkish pucat dan tangannya menggeletar. Tatkala pinggan itu diberikan kepada Balkish, sekali lagi gadis itu tersentak. Amin pelik melihat reaksi gadis itu. “Balkish” panggil Aminah apabila mendengar bunyi yang bising dari luar. Amin segera menyembunyikan diri supaya tidak diketahui kehadirannya di situ oleh sesiapapun kecuali Balkish. “Dah siap cuci?” soal Aminah. “Belum ibu” beritahu Balkish. dia cuba menyembunyikan ekspresi wajahnya. “Kamu ni kenapa pucat je ibu tengok. Sini ibu cuci. Masuklah di dalam temankan ayah” Aminah mengambil piring tersebut daripada tangan Balkish. Segera Balkish melangkah kembali ke bilik ayahnya. Dia tidak mahu terserempak lagi dengan Amin, wajah itu mengingatkannya tentang peristiwa hitam yang terjadi kepadanya beberapa hari yang lalu. “Balkish dah makan?” soal Datin Hasmah kepada Balkish apabila dia melihat wajah anak gadis itu. “Dah mak cik” jawab Balkish. Datin Hasmah dan Dato’ Sahar berdiam diri. Mereka sebenarnya malu berhadapan dengan keluarga Balkish. Dengan apa yang dilakukan oleh Amin, mereka merasakan mereka memang tidak layak dimaafkan tetapi Amin tetap anak mereka dan mereka mahukan Balkish dan keluarganya memaafkan Amin dan tidak melaporkan kes ini kepada pihak polis. “Apa kau nak?” soal Tahir kasar. Dia memang tidak mahu melihat muka Amin dan keluarganya di sini. Tapi mengingatkan mereka yang telah membiayai kos operasi tulang belakang dan sarafnya, Tahir berusaha untuk berkelakuan baik. “Kau jangan ingat sebab kau tanggung kos perubatan dan operasi, anak kau akan lepas” ugut Tahir. Balkish hanya berdiam diri dan berpura-pura tidak mendengar. Amin yang sejak dari tadi mencuri dengar perbualan antara orang tuanya dengan ayah Balkish itu tiba-tiba bersuara, “Saya akan tunaikan janji saya. Saya anak nikahi Balkish!” lantang sekali suara Amin melafazkan ucapannya itu. semua orang yang berada di situ terkejut mendengar ucapan dari mulut lelaki yang merupakan punca kepada semua masalah ini. “Amin, apa Amin buat dekat sini?” soal Datin Hasmah. Dia segera menarik tangan Amin, melindungi anak lelakinya itu di belakangnya. Bimbang juga jika dilukai sekali lagi oleh keluarga Balkish. “Kau ingat, senang-senang aku nak serahkan Balkish dekat kau?” tengking Tahir. “Saya dah janji dengan pak cik yang saya akan nikahi Balkish beberapa hari yang lalu, jadi saya tetap akan nikahi Balkish” Amin menegaskan lagi ucapannya. Dato’ Sahar diam. “Kau yang menyebabkan semua masalah ni. Baik kau diam!” marah Tahir. “Saya sokong pendirian anak saya. Dan saya janji, selagi Balkish menjadi menantu saya, saya akan anggap Balkish seperti anak saya sendiri, melindungi Balkish seperti anak sendiri dan segala perbelanjaan harian, serta jika Balkish dapat melanjutkan pelajaran, segala perbelanjaannya juga akan ditanggung oleh saya. Perbelanjaan perkahwinan juga akan ditanggung oleh saya” beritahu Dato’ Sahar. “Abang, jangan jual anak kita” sampuk Aminah yang tercegat berdiri di pintu. Dia terkejut mendengar perbualan antara suaminya dan keluarga Amin itu. seboleh-bolehnya di amahu membela Balkish. tidak mahu lagi melihat Balkish dilukai. “Saya janji pak cik, saya akan jaga Balkish” beritahu Amin. Dia berusaha untuk meyakinkan Tahir. “Kau ingat aku nak percaya sangat dengan janji kau?” tengking Tahir kepada Amin. “Kalau macam tu, saya janji bang. Saya akan jaga Balkish” sampuk Dato’ Sahar. Tahir terdiam. Suasana menjadi hening seketika. Tahir memikirkan kata-kata usulan daripada Dato’ Sahar. Demi masa depan anaknya dia terpaksa berkorban melepaskan Balkish kepada keluarga Dato’ Sahar. Kalau Balkish tidak berkahwin dengan Amin, belum tentu dia dapat menjamin anak sulungnya itu masuk univerisiti seperti yang diimpikan oleh Balkish selama ini. Dengan kudratnya yang terbatas itu, belum tentu dia dapat memberikan kesenangan buat anak sulungnya itu. Dato’ Sahar sendiri yang memberikan janjinya akan menjaga Balkish seperti anak sendiri. Jika ditakdirkan Balkish mengandung dengan hanya satu peristiwa itu, bagaimana nasib anak gadisnya itu jika saat dia hamil dan belum menikah. Tahir menimbangkan pro dan kontra dari keputusan yang bakal diambilnya. “Kalau abang setuju, perkahwinannya akan diadakan bulan depan” beritahu Dato’ Sahar. “Kenapa cepat sekali?” soal Tahir. “Maknannya abang setuju lah ni?” soal Dato’ Sahar. “Biar aku fikir dulu” balas Tahir. ……………………………………………. Selesai solat isyak, Dato’ Sahar ke bilik anak lelakinya. Dia mengetuk daun pintu dahulu sebelum masuk. “Papa nak cakap sikit” beritahu Dato’ Sahar. Suaranya seperti biasa, datar tapi tegas. “Kalau ayah Balkish setuju dengan perkahwinan kamu dengan Balkish, kamu sanggup nikahi Balkish?” “Sanggup pa” Dato’ Sahar melepaskan satu keluhan lega. Bibirnya sedikit tersenyum. “Kahwin bukan benda yang senang, Min. Amin nak jadi suami kena tegas, penyayang dan memahami tambah lagi dengan keadaan Balkish sekarang. Amin tak boleh nak harapkan Balkish akan bersikap macam isteri-isteri orang lain. Dia mungkin membenci Amin dan tidak boleh menerima Amin, Amin dah sedia menerima segala kemungkinan itu?” soal Dato’ Sahar. “Amin akan cuba menyayangi Balkish” “Amin banyak-banyaklah berdoa. Semoga jodoh Amin ini yang terbaik buat Amin dan berkekalan sampai ke syurga” Amin sekadar mengangguk. Doa? Solat pun aku dah lupa macamana nak buat, apatah lagi doa. “Baiklah. Papa keluar dulu” “Pa” panggil Amin. “Terima kasih tadi sebab sokong pendirian Amin” beritahu Amin. ……………………………………….. Datin Hasmah masuk ke kamar dan melihat Dato’ Sahar termenung panjang. “Abang ni, kalau orang lain tengok abang macam tu, mesti diaorang ingat abang angau nak kahwin satu lagi” Datin Hasmah berseloroh. Dia ke meja solek untuk memakai krim perawatan wajah yang dibeli beribu-ribu ringgit. “Abang jarang sangat bercakap sekarang ni” keluh Datin Hasmah. Datin Hasmah berjalan ke arah tempat tidur dan duduk menyandar di katil seperti Dato’ Sahar. “Awak rasa Amin tu boleh berubah ke?” soal Dato’ Sahar tiba-tiba. “Plan saya nak ke Umrah bulan depan, nak doakan perubahan baik pada anak kita, Amin” beritahu Dato’ Sahar tanpa ditanya. “Pasti ada hikmah di sebalik semua masalah ni bang. Abang janganlah banyak fikir” pujuk Datin Hasmah. “Kalau abang Tahir dengan Kak Aminah setuju dengan rancangan kita, nampaknya kita terpaksa cancel plan nak buat Umrah tahun depan” ucap Datin Hasmah lagi. “Abang, abang rasa kan Balkish tu nak ke dekat Amin?” soal Datin Hasmah. “Kenapa pula?” “Yelah bang, Amin tu yang berkasar dengan dia. Dah dia tahu Amin tu perangai macam tu, nak ke dia kahwin dengan Amin?” “Awak ni, Amin tu kan anak kita. Awak kena doakan dia bukannya kutuk dia” bantah Dato’ Sahar. “Yelah bang. Kalau saya jadi Balkish pun saya tak nak terima Amin. Nakal, keras kepala, panas baran semua lah. Kalau Aman lain pula” Dato’ Sahar tidak berkomentar. Dia memilih untuk berdiam, makin dilayan isterinya itu, makin banyak omelnya. “Abang, kalau Balkish tak nak kahwin dengan Amin, kita kahwinkan Balkish dengan Amanlah nak? Saya bukan apa bang, saya berkenan sangat dengan Balkish tu bang. Berbudi bahasa, sopan santun, hormat orang tua, ayu, cantik. Nak sangat kalau Balkish jadi menantu kita bang” “Awak ni, takkan setiap kali Amin yang buat silap awak nak Aman je yang tanggung. Kali ini biar Amin tu belajar rasa tanggungjawab. Saya pun tak pernah nampak dia bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan dengan Balkish ni dia berubah” Datin Hasmah menarik muka masam kerana teguran suaminya itu. “Abang, saya tidur dulu ye bang” beritahu Datin Hasmah kepada Dato’ Sahar. Dato’ Sahar mengangguk. Dia belum merasa mengantuk lagi. Dia bangun dari tidur dan mengerjakan solat tahajjud. Kemudian dilanjutkan dengan solat sunat hajat. Setelah selesai mengerjakan dua rakaat solat sunah hajat, Dato’ Sahar mengangkat tangan memohon doa kepada Allah. ‘Ya Allah aku mohon petunjuk dari Mu Ya Allah. Sesungguhnya Kaulah yang Maha Mengehtahui. Aku hanya makhlukmu yang berusaha memohon hidayat Mu. Ya Allah bimbingah anak ku, Amin dan Aman ke jalanMu Ya Allah. Aku telah berusaha semampuku untuk menjadi ayah yang soleh, menjalankan tanggungjawabku memberikan pendidikan kepada kedua-duanya. Aku bermohon Kau murahkanlah rahmat untuk kedua-dua anakku itu. Dan Ya Allah dengan kuasaMu aku bermohon Kau jadikanlah musibah yang menimpa keluargaku ini suatu hidayat. Aku bermohon agar Amin berubah ke jalanMu, dapat membimbing isterinya nanti dengan baik. Menjadi suami yang baik dan ayah yang baik. Dan kekalkanlah jodoh mereka jika itu yang terbaik buat Amin dan Balkish. Kau kuatkanlah kudratku untuk aku mampu membimbing keluargaku ini. Amin’ Doa itu diaminkan. Dato’ Sahar melipat sejadahnya dan kembali ke tempat tidur. Dia merebahkan diri di samping Datin Hasmah. Tubuh isterinya itu dipeluk lembut.

4 comments:

  1. KENAPA SAMPAI 3X HANTAR YG SAMA.

    ReplyDelete
  2. cerita ni seronok,jalan cerita pun seronok cuma..cara penerimaan kedua-dua belah keluarga tak berapa nak realistik..semudah tu mereka bersetuju.tapi saya tetap suka :)

    ReplyDelete
  3. Thanks amirah, sy suje comment awak..

    ReplyDelete