Selesai melakukan
kerjanya untuk hari itu, Amin mencari kelibat Azhar, pekerja Dato’ Sahar yang
ditugaskan untuk menyalenggarai prosajak pembinaan masjid ini. Hari ini adalah
hari ketiga Amin bekerja di sini, dan dia mahu bertemu dengan Azhar untuk
mendapatkan gajinya seperti yang dijanjikan oleh Dato’ Sahar.
Amin menunggu
Azhar di luar bangunan tempat ketuanya itu bermesyuarat. Sebaik sahaja bosnya
keluar, dia terus menyapa Amin.
“Ada apa, Min?”,
soal Azhar sambil menepuk bahu Amin yang berjalan seiring dengannya.
“En. Azhar,
kalau boleh saya nak minta duit gaji saya”, pinta Amin.
“Pasal gaji awak
tu, Dato’ kata dia nak bagi sendiri”, beritahu Azhar.
“Dato’ cakap
macam tu?”, soal Amin terkejut kerana papanya tidak pula memberitahunya apa-apa.
Azhar
mengangguk. “Mungkin dekat rumah nanti”, sambung Azhar.
Amin pula yang
mengangguk faham. “Kalau macam tu, saya balik dululah En. Azhar”, sambung Amin.
“Jomlah kita
balik. Saya pun dah habis mesyuarat tadi”, ajak Azhar. Amin mengangguk. Mereka
berdua berjalan seiringan ke kereta yang diparkir agak jauh dari tapak
pembinaan.
………………………………………
Amin memandu
keretanya sampai ke perkarangan rumah, kereta Dato’ Sahar sudahpun ada di
perkarangan. Amin segera keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah.Dato’ Sahar
dilihat sedang duduk di sofa,di ruang menonton.
Amin duduk di
sisi papanya. Tanpa berlengah, dia mahu bertanyakan tentang gajinya.
“Its about your paycheck kan?”, tanya Dato’ Sahar.
Belum sempat Amin bertanya, Dato' Sahar terlebih dahulu bersuara. Dia
kemudiannya menghulurkan sampul surat yang mengandungi duit gaji untuk anaknya,
Amin. Sampul itu berganti tangan. Amin tersenyum gembira.
“Tak nak kira
dulu ke?”, Dato’ Sahar berseloroh.
“Tak apa-apa, Amin
trust papa. Thank you, pa”.
“Papa bagi bonus sekali. Spent it wise,okey”, sambung Dato’ Sahar lagi.
Setelah menerima
wang gajinya, Amin segera bangun berdiri. Dia memanggil nama Balkish namun
tidak bersahut. Terpaksalah Amin berlari ke bilik mereka dan mencari Balkish
sendiri, namun isteri yang dicari tidak ada juga di situ. Dia akhirnya
merebahkan diri di katil. Tanpa dipaksa kantuknya datang tanpa diundang. Amin
akhirnya terlena dengan sampul surat berwarna putih tergenggam erat di
tangannya.
………………………………….
Sesekali Amin
bergolek ke kiri, sesekali dia berbalik lagi ke sebalah kanan. Dia terjaga dari
tidurnya. Dari cahaya neon lampu jalan di depan rumah bangle milik papa itu,
dia cuba melilau ke kiri dan ke kanan. Dia mencari-cari kelibat Balkish.
Amin bangun dari
tidurnya dan membuka lampu kamar. Dilihat tubuh Balkish terbaring di sofa.
Gadis itu lena dibuai mimpi indah. Amin segera menghampiri tubuh itu,Balkish dibangunkan
dengan hanya goyangan lembut di bahunya.
“Balkish”,
panggil Amin tatkala gadis itu membuka matanya. Saat Balkish terjaga,dia segera
menarik gebar menyelimuti tubuhnya. Terkejut juga apabila dia melihat Amin
sedekat itu dengannya.
“Kenapa tak
kejutkan abang bangun?”, soal Amin. Menyesal juga tidur sampai tak ingat dunia.
Kasihan melihat tubuh Balkish terbaring di sofa malam ini kerana dia tidur di
katil, gadis itu terpaksa beralah dan tidur di sofa. Balkish terkebil-kebil
melihat Amin.
“Awak ni dah
sedar ke belum?”, soal Amin melihat gadis itu yang masih lagi mamai.
“Pukul berapa
dah ni, awak?”, soal Balkish.
Amin kerling ke
arah jam dinding. “Pukul 5”.
“Dahlah. Pergi saja
tidur dekat katil. Biar abang tidur sini”, beritahu Amin.
“Tak apalah, Balkish
solat dulu. Awak tak nak solat sama-sama, ke?”, soal Balkish. sengaja dia mengundang
lelaki itu, berharap suatu masa nanti, tergerak hati Amin untuk solat bersajamaah
dengannya.
“Awak solat sajalah
dulu”, Amin berdalih. Balkish bangun dan meninggalkan Amin di sofa.Amin pula
sekadar memerhatikan, tubuhnya dibaringkan ke sofa dan dia berpura-pura tidur
sebaliknya dia melihat Balkish mengejarkan solat Subuh dua rakaat itu.
‘Maaf, Balkish.
Awak sepatutnya dapat seorang suami yang lebih baik daripada abang’.
……………………………………………………………..
Balkish
mengenakan tudungnya ke kepala. Dia memilih untuk memakai tudung bawal sahaja
kerana dia sudah terlambat. Tidak sempat kalau nak pakai tudung melilit-lilit
di kepala. Amin menggesa supaya dia bersiap dengan cepat, lelaki itu tidak
sabar menunggu sedangkan mereka masih lagi awal untuk ke shopping mall. Lagipun, mall
takkan dibuka selagi belum pukul 10 pagi. Entahlah Amin tu, excited sangat nak keluar shopping beli barang-barang bersama-sama.Balkish
turun ke tingkat bawah dan menuju ke ruang makan. Amin dan Datin Hasmah sudah
ada di situ. Lelaki itu dilihat sedang berbual-bual dengan mamanya.
Balkish menyandukkan
nasi ke dalam pinggannya dan duduk di samping Datin Hasmah.
“Balkish nak
pergi beli barang-barang dekat mana?”, soal Datin Hasmah.
“Balkish ikut Amin
saja nanti ma”, beritahu Balkish. Dia melirik ke arah Amin. Matanya dan mata Amin
berlaga. Segera pula Balkish melarikan pandangannya.
“Amin pergi
dekat Subang Parade sajalah, ma. Malas nak drive jauh-jauh. Ke Balkish nak
pergi Pavillion?”, soal Amin.
“Pavillion?”,
bulat mata Balkish tidak percaya. Buat apalah pergi Pavillion semata-mata nak
beli barang-barang keperluannya. Getusnya dalam hati. Cepat-cepat Balkish
menggelengkan kepalanya. Bimbang juga jika dia dibawa ke Pavillion oleh Amin.
Lelaki itu bukannya boleh percaya.
“Balkish nak
cari apa saja ni?”, soal Datin Hasmah lagi.
“Nak beli
barang-barang macam cadar, selimut, baldi dan barang-barang lain untuk seminggu
orientasi. Seminggu pertama tu kena tinggal dekat hostel dulu,mama”, beritahu Balkish.
“Belilah baju sedikit”,
sambung Datin Hasmah.
“Baju Balkish
dah banyak,mama. Nanti Balkish pakai saja baju yang dah ada”, sambung Balkish.
“Beli sajalah Balkish”,
Datin Hasmah bertegas. Kali ini Balkish mengangguk akur. Amin pula sekadar
memerhatikan.
“Seminggu saja
kan orientasi nanti?”, soal Amin.
Balkish
mengangguk.
“Abang tak
izinkan Balkish duduk hostel. Lepas orientasi tu, tak payah susah-susah tinggal
dekat hostel, nanti biar abang hantar and
jemput tiap-tiap hari”.
Balkish melirik
ke arah Amin. Kata-kata Amin itu berunsur ayat kenyataan. Lelaki itu telah
membuat keputusannya tanpa berbincang. Sengaja mamat ni nak cari pasal. Balkish
menjeling. Saat ini jugalah, Amin tu nak bergaduh. Balkish terpaksa menahan
marahnya memandangkan Datin Hasmah turut berada di situ.
Amin berdiri dan
mengajak Balkish untuk berangkat. Balkish menyalami tangan Datin Hasmah sebelum
keluar. Mereka berdua akhirnya masuk ke dalam kereta.
………………………………………
Amin berhasrat
untuk ke Subang Parade sahaja. Di situ juga banyak kedai-kedai atau butik yang
boleh disinggahi untuk mencari beberapa pasang baju kurung untuk Balkish. Pakaian-pakaian
yang Balkish pakai sekarang tak satupun sesuai dipakai untuk ke kuliah.Kasihan
pula melihat isterinya menggayakan pakaian baju kurung yang sudah lama dan
usang. Alat-alat make up Balkish juga
jenama entah apa-apa. Nanti dia akan membawa Balkish mencari alat make up yang baru dan lebih elok. Dia
suka Balkish bersolek ala kadar sahaja dan isterinya itu memang tidak memakai
banyak alat solek.
Seperti biasa, Balkish
berdiam diri sahaja di dalam kereta. Berdebar rasa hatinya memikirkan yang dia
keluar berdua-duaan dengan Amin macam keluar
dating. Tak pernah sebelum ini mereka keluar berdua. Ini merupakan
pengalaman pertama mereka. Walaupun Amin sudah menjadi suaminya malah mereka
berdua sekarang sudah tinggal sebilik tapi entah kenapa, hatinya
berdebar-debar. Takutnya kalau dilihat oleh sesiapa, maklumlah Amin kan playboy. Mana tahu kalau ex-girlfriendAmin ternampak mereka
nanti, malunya! Apa pula kata mereka apabila melihat Amin dengan gadis biasa
sepertinya? Mesti lelaki itu akan malu dengan kehadirannya di sisi. Amin kan
dari keluarga berada, dari hujung rambut sampai hujung kaki semuanya barang branded, sedangkan dia pula hanya anak
En. Tahir, tidak sekaya Amin dan keluarganya juga biasa-biasa saja. Pasti
lelaki itu akan diperlekehkan oleh kawan-kawannya kalau mereka melihat Amin
bersamanya.
“Abang nak tanya
sedikit boleh?”, soal Amin.
“Tanya apa?”,
soal Balkish pula.
“Semalam abang tengok
Balkish tidur dekat sofa, kan? Nanti untuk malam-malam seterusnya, boleh tak
kalau abang tidur dekat situ, tak payahlah abang tidur dekat luar,ya?”, soal Amin.
“Jangan!”,
segera Balkish membantah.
“Kenapa? Banyak
nyamuk tau dekat balkoni tu”, bangkang Amin pula.
“Awak tidur sajalah
dekat situ. Saya boleh tidur sebilik tu pun sebab awak penat. Kalau tak saya
takut”, pujuk Balkish
“Awak nak takut
apa?”, soal Amin pelik.
“Tak obvious lagi ke yang saya takut dekat
awak”, sampuk Balkish.
“Abang tak makan
oranglah”, Amin ketawa lucu.
“Betullah, orang
serius dia ingat orang buat lawak pula. Saya takut dekat awak. Saya fobia”, jelas
Balkish.
Amin diam, dia
melihat wajah Balkish serius. “Betul ke ni?”, soal Amin tidak percaya.
Balkish
mengangguk.
“Pasal kejadian itu
ke?”, soal Amin lagi.
Balkish
mengangguk lagi. Amin dirundung rasa bersalah. Memang dia sangat kejam dulu
kerana mengikutkan perasaan marah dan dendamnya kepada Tina, tapi Balkish pula
yang terkena lempiasnya. Amin diam seribu bahasa. Menatap wajah Balkish pun dia
tidak sanggup sekarang ini.
“Everytime awak cuba nak dekat dengan saya, saya
jadi takut. Sebab saya masih tak boleh nak lupakan kejadian dulu. Awak berkasar
dengan saya, Amin”, kata Balkish lagi. Entah kenapa dia mendapat kekuatan untuk
berterus terang tentang perasaan dan keadaan dirinya hari ini.
“Saya minta maaf,Balkish”.
Balkish
menggelengkan kepalanya, “No, Amin.
Saya takkan maafkan apa yang awak dah buat pada saya. Awak buat saya macam
perempuan hina”.
“Im sorry, Balkish”, balas Amin.
Kali ini Balkish
diam. Jujur dia katakan, bukan mudah untuk dia memaafkan perbuatan Amin. Apa
yang telah dilakukan oleh lelaki itu ke atasnya sangat-sangat memalukan. Lelaki
itu memperlakukannya seperti binatang.
Amin tetap
sahaja memperlakukan perbuatan terkutuk itu walaupun dia menangis dan merayu
kepadanya. Dan dia dipaksa untuk menuruti kehendak buas lelaki itu di dalam
kereta. Seat belakang kereta lelaki
itu,dan dia masih lagi dara waktu itu. Tapi Amin, tanpa segan silu
memperlakukannya sewenang-wenangnya.
Walaupun lelaki
itu telahpun bergelar suaminya, tetapi untuk melupakan semua salah Amin kepadanya
itu adalah suatu perkara yang mustahil.
“Awak kena
belanja saya hari ini,ya”, kata Balkish. Sengaja dia mengubah topik. Takutnya
dia menitiskan air mata di hadapan lelaki itu. Dia tidak mahu menunjukkan
kelemahan dirinya di hadapan Amin, lelaki yang meragut maruahnya.
Amin berdiam
diri, ‘Im sorry Balkish. Abang minta
maaf banyak-banyak. Abang terlalu ikutkan marah hari tu. Kalaulah abang boleh control sedikit kemarahan abang, Balkish
takkan jadi mangsa’.
Mengingatkan dia
terlalu mendendami Tina yang telah
melukai hatinya, dia mencari mangsa yang mudah untuk melepaskan dendam dan
marahnya. Kebetulan waktu itu dia dekat dengan Balkish. Sekarang sesal semua
tiada gunanya. Nasi telah menjadi bubur dan Balkish dinikahinya atas dasar rasa
tanggungjawab dan kasihan. Dia tidak akan membiarkan gadis itu menanggung malu
sendirian. Dan jika gadis itu mengandungkan anaknya atas peristiwa malam itu,
kasihan Balkish terpaksa berhadapan dengan pandangan serong masyarakat.
Tapi rasa
tanggungjawab ini sudah mula bertukar rasa sayang sejak akhir-akhir ini. Selama
perkenalan mereka, dia akui yang dia jatuh cinta pandang pertama dengan
kecantikan gadis itu, tapi kini dia sudah jatuh cinta dengan Nur Balkish Batrisha
binti Mohd Tahir secara keseluruhan, dari lahir dan juga batin. Dia sanggup
melakukan apa sahaja untuk isterinya itu tapi Balkish pula yang jual mahal.
Tidak mahu menerimanya kerana peristiwa silam mereka itu, kerana kekasarannya
pada peristiwa hitam itu. Namun dia tahu, jauh di sudut hati isterinya itu, Balkish
turut menyukai dirinya, kalau tidak dia tidak akan melayan waktu perkenalan
mereka dahulu.
Kereta yang
dipandu diparkir di tempat parkir berbayar. Agak mudah untuk mencari parkir
kosong kerana mereka datang awal di shopping
mall itu. Amin mengajak Balkish mengikutinya. Dia tahu beberapa jenis butik
di Subang Parade kerana sering menemani Datin Hasmah membeli-belah di beberapa
butik tersebut. Hajat di hatinya mahu membelikan beberapa pasang baju kurung
untuk Balkish. Wang gaji pemberian papa memang dikhaskan untuk perbelanjaan si
isteri. Senang hatinya dapat menghabiskan masa bersama-sama Balkish hari ini.
Butik-butik yang
mahu dikunjungi oleh Amin belum lagi buka, jadi dia mengajak Balkish untuk
berbelanja barang keperluan harian dulu. Banyak barang-barang yang diambilnya
untuk Balkish, tapi Balkish pula yang segan-segan.
“Buat apa
banyak-banyak sangat. Yang ini dah ada dekat rumah”, balas Balkish.
“Tak apalah,
beli saja yang baru. Yang dekat rumah tu dah lama”.
“Buat apa
membazir, awak”, sampuk Balkish.
Amin menarik
muka masam. Selimut baru yang ingin dibelinya diletakkan kembali oleh Balkish.
Mereka berdua
berjalan beriringan sambil memilih barang-barang yang ingin dibeli. Amin cakap
itu, Balkish cakap ini. Kedua-duanya bagai anjing dengan kucing. Sering sahaja
bergaduh walaupun untuk perkara-perkara kecil.
“Yang ni okey, tak?”, soal Amin. Dia berkalih ke
belakang untuk bertanya ke arah Balkish, tapi gadis itu sudah tidak ada di
belakangnya. Ke mana pula minah seorang ni? Melilau-lilau mata Amin mencari Balkish.
“Awak, saya nak
beli ni boleh tak?”, soal Balkish entah dari mana munculnya. Dia menunjukkan mug putih dengan corak lovey-dovey di tangannya. Dia
menunjukkan harga mug itu kepada Amin di sebelahnya. Bimbang juga kalau harga
itu mahal bagi Amin.
“Mahal sedikit,
awak”, beritahu Balkish tanpa ditanya.
Amin
menganggukkan sahaja. Tipikal juga Balkish ni, ingatkan dah matang, tapi suka
lagi dengan corak-corak yang macam ni. Fikir Amin sendirian.
Tiba-tiba Amin
ternampak dua orang gadis muda yang sejak dari tadi melihat ke arahnya. Amin
sekadar senyum. Tak salahkan kalau cuma senyum. Senyum itukan sedekah. Gadis
muda itu mendekatinya dan menegur.
“Amin?”, soal
salah seorang gadis antara mereka.
Amin mengangguk.
“Lama tak jumpa.
Lepas high school dulu you masuk UiTM, kan?”, soal gadis itu
lagi. Amin mengangguk lagi. Dalam masa yang sama dia cuba mengingat gerangan
dua orang gadis yang berdiri di hadapannya itu.
“You tak ingat kitaorang ke?”, soal gadis
yang satu lagi.
Amin menggaru
kepalanya yang tidak gatal.
“Takkan dah lupa
kitaorang?”, soal gadis yang pertama tadi. Sempat juga dia menepuk lengan sasa Amin.
Balkish yang turut berada di sebelah Amin langsung tidak diendahkan oleh mereka.
Asyik sekali dua orang gadis itu dalam perbualan antara mereka dengan Amin.
“Kita satu
kelaslah masa form five dulu. I Wana, ni Dhia, tak ingat?”, soal gadis
yang kedua. Yang memperkenalkan dirinya sebagai Wana itu.
Setelah diingat
kembali barulah Amin teringat akan dua wajah itu. Dia bukannya terlalu rapat
dengan mereka walaupun mereka sekelas waktu tingkatan lima dulu. Tambahan pula
dulu mereka tidak begini, muka innocent saja
waktu sekolah dulu. Tapi sekarang, pakai
macam karung guni balut nangka, sendat, ketat. Memanglah body lawa, suka juga mata aku melihat, tapi pelik kalau teringatkan
personaliti mereka masa sekolah dulu-dulu.
“Baru I ingat. You buat apa dekat sini?”, soal Amin berbasa-basi.
“Shoppinglah. Eh,youbuat apa lepas ni. Jomlah lepak sekali”, ajak Dhia pula.
“Amin”, panggil Balkish.
Dia sudah tidak tahan melihat dua orang gadis itu berbual dengan Amin. Sakit
matanya apabila melihat gadis-gadis itu seperti menggoda suaminya. Bertepuk
tampar sana-sini. Yang si Amin ni pula senyum memanjang. Dahlah kalau dia
senyum handsome. Makinlah galak dua
orang ni melayan. Eh,jealous ke aku
ni?
“Awak”, panggil Balkish
lagi tapi kali ini panggilannya sengaja dikeraskan. Amin berkalih ke arah Balkish
di sampingnya. Wana dan Dhia turut melihat ke arah gadis yang menganggu
perbualan mereka.
“Siapa ni, Min?”,
soal Dhia. Dia melihat ke arah gadis di sebelah Amin itu. Pakaiannya so not up to date, bertudung lagi. Dhia
mencebik ke arah Balkish.
“Kenalkan ni wife I”, beritahu Amin.
Balkish
memandang Amin. Dia terkejut dengan kata-kata Amin itu. Tidak disangka yang Amin
akan memperkenalkannya kepada kawan-kawannya sebagai isteri, bukan kawan dari
kampung atau orang gajinya. Iyalah!Tengoklah pakaian aku, bukan sahaja tak sama
dengan standard mereka, malah tak bergayapun.
Nak pula Amin ni mengaku aku isterinya.
“You dah kahwin?”, soal Dhia terkejut.
Amin mengangguk
spontan. “Ni dengan awek cun sebelah I
ni”, beritahu Amin lagi.
“Bila?”, soal
Dhia lagi.
“Baru saja”,
sambung Amin.
Dhia dan Wana
terdiam. Mereka berdua tidak betah pula berbual-bual dengan Amin dalam suasana
yang agak ganjal itu. Tidak lama selepas itu, mereka meminta izin untuk
beredar. Amin mengajak Balkish untuk menyambung mencari barang-barang keperluannya.
Balkish sekarang
tidak dapat menumpukan perhatiannya, dipandang sahaja Amin dari belakang, namun
pandangannya kosong. Yang ada di dalam fikirannya sekarang adalah saat Amin
memperkenalkannya tadi kepada kawan-kawannya. Bukankah lelaki itu mahu
merahsiakan perkahwinan mereka? Kenapa tiba-tiba Amin berubah fikiran?
Banyak admire juga si Amin ni. Bukannya dia tak
faham, body language yang ditunjukan
oleh dua orang gadis tadi, Amin saja buat-buat tak nampak.
“Kenapa jalan
belakang sangat?”, soal Amin.
“Saya tak nak awak
malu dengan saya”.
“Balkish ni.
Sini sajalah”, Amin mahu memegang tangan Balkish tapi gadis itu segera
mengelak. Amin terlupa dengan penjelasan Balkish semasa mereka berada di dalam
kereta tadi. ‘Amin! kenapalah reckless sangat.
Balkish tu bukan seperti perempuan-perempuan yang kau kenal sebelum ini. Sabar sedikit’Amin
berkata-kata dalam hati.
……………………………..
Selesai memilih
barang-barang mereka, Balkish meninggalkan Amin jauh-jauh di belakang
sehinggakan lelaki itu terpaksa mengejar langkahnya.
“Nanti teman
abang beli handphone untuk ayah”,
beritahu Amin.
Balkish
berpaling ke arah Amin di belakangnya. Lelaki itu tersenyum.
‘Ek eleh, saja
lah tu nak minta pujian’ fikir Balkish dalam hati.
“Tak apalah, tak
payahlah membazir”, beritahu Balkish.
“Tak apalah.
Nanti senang awak nak contact ayah.
Awak kan dah nak masuk UIA dah, nanti kalau sibuk-sibuk susah nak balik, boleh call saja kalau nak tanya khabar”, Amin
memberikan alasan.
‘Betul juga kata
si mamat sewel ni sebenarnya’
Mahu tidak mahu
dia menurut saja kemahuan Amin untuk membelikan ayah sebuah telefon bimbit.
Tapi mungkin telefon biasa-biasa saja yang dipilihnya nanti. Kalau untuk ayah,
cukuplah telefon dengan fungsi basic
saja, yang boleh terima panggilan dan boleh bermesej.
bila nak update lagi???
ReplyDeleteterima kasih di atas penulisan jalan cerita yang menarik. tidak sabar rasanya menunggu entry baru.
ReplyDeletetq writer! keep it up!
Terima kasih banyak2...sebenarnya novel ni bakal diterbitkan cuma sy yg xsiap2 edit lg...hehe..
ReplyDeletebest citer ni. dah kuar nanti alert yer. senang nak beli online jer.
ReplyDeletelama juga x update ya nak lagi boleh tq.
ReplyDeleteala..cepat2 la update..huhuhu
ReplyDeleteas salam..boleh tak email saya redskat7@gmail.com
ReplyDeleteAssalam novel ni dah di pasarkan ke?
ReplyDelete