Thursday, August 29, 2013

Susahnya Nak dapat kemaafan isteriku bab 26


Bab 26
…….Flashback…
Fakrul masuk ke bilik dan menghempukkan badannya ke katil. Setelah menghantar Balkish ke kolejnya, dia berjalan pulang ke kolej lelaki. Permintaan atau ajakan Yani untuk menemaninya makan tidak diendahkan. Dia mahu kalau dengan Balkish tapi bukan dengan Yani.
Perutnya berbunyi nada keroncong minta isinya ditambah dengan makanan. Sejak tengahari tadi Fakrul cuma makan makanan ringan. Dia tidak sempat untuk mengisi perut dengan nasi. Matanya pula minta ditutupi. Yang mana satu mahu didahulukan? Makan atau tidur?
Semalaman dia bersengkang mata untuk menyiapkan nota-nota study groupnya. Seharusnya nota itu dikerjakan beberapa hari yang lalu, tetapi dia syik dan leka melayani permainan games online yang baru diinstal. Jadi tugasan-tugasan kuliah semuanya tertangguh sehinggalah dia menyiapkannya malam tadi.
“Oi, nak tidur dah ke? Solatlah dulu, dah pukul berapa dah ni” tegur Muaz apabila melihat gaya teman sebiliknya itu yang mahu tidur petang.
“Aku penatlah. Aku rest dulu sekejap. Nanti 30 minit lagi, kau kejutkan aku untuk solat” balas Fakrul.
Muaz menggelengkan kepala dengan sikap teman sebiliknya itu. Fakrul terus terlena dibuai mimpi indah.leteran Muaz hanya sekadar berlegar-legar di ruang bilik, langsung tidak masuk dan tembus ke telinga. Sekejap sahaja Fakrul sudah terlelap tanpa mendahulukan solat Asar.
…………………………………………
Sekejap-sekejap Fakrul berguling ke kiri dan sekejap-sekejap ke kanan pula. Setelah puas tidur, matanya dibuka perlahan-lahan dan kelibat Muaz terlihat di pandangan. Lelaki itu sedang belajar di katilnya. Dengan rasa malas dan lembik, Fakrul bangun dari tidur lalu duduk di birai katil.
“Best giler tidur” kata Fakrul sambil menggeliat puas. Sudah agak lama barangkali dia tertidur sehinggakan penatnya yang terasa selepas kuliah kini sudah hilang.
Muaz tidak mengendahkannya. Fakrul melihat ke luar tingkap. Sudah gelap dan kelam. Hanya lampu neon kuning yang menyuluh jalan raua bertentangan dengan bilik mereka.
“Dah pukul berapa ni?’ di luar sana sudah tidak secerah petang tadi. kelihatan beberapa orang mahasiswa kolej sedang berjalan di pinggiran jalan. Mungkin mereka dari kafe yang berhampiran.
“Pukul 10 malam dah ni” balas Muaz.
“Kenapa kau tak kejut aku bangun?” marah Fakrul.
“Aku dah kejut, kau yang tak nak bangun. Selepas 30 minit pun aku kejut. Waktu solat Maghrib pun aku kejut, kau yang tak nak bangun” beritahu Muaz.
“Aku mengantuk sangat” balas Fakrul.
“Main game onlinelah tu”
Fakrul diam. Kata-kata Muaz itu ada benarnya. Dia bangun dan  mencapai tuala untuk ke bilik air. Setelah mandi beberapa minit, dia kembali ke bilik dengan hanya bertuala paras pinggang.
“Kau dah makan?” soal Fakrul kepada teman sebiliknya itu.
“Aku makan Maggie je
“Jomlah keluar. Aku lapar ni”
“Malaslah. Banyak kerja aku nak kena siapkan. Kalau kau keluar, belikan untuk aku sekali” pesan Muaz.
“Kau nak apa?”
“Apa-apa jelah, asalkan boleh dimakan”
Fakrul mengangguk, dia tahu kegemaran teman sebiliknya itu. Kalau bukan nasi goreng USA mesti nasi goreng ikan masin.
Fakrul mengenakan pakaiannya lalu keluar dari bilik. Dia ke gerai makan yang selalu dikunjungi oleh mereka yang terletak berhampiran dengan kawasan kampus. Dia memilih untuk membeli di luar makanan di luar kampus sahaja kerana harga makanan di luar lebih murah dan ada gerai yang menyajikan makanan lebih enak berbanding gerai-gerai makanan di dalam kampus.
Motornya diparkir berdekatan dengan gerai makan supaya dia tidak perlu berjalan jauh. Pelanggan gerai Selera Orang Melayu itu memang sentiasa ramai, jadi Fakrul terpaksa menunggu agak lama. Dia memilih untuk membeli makanan yang dibungkus. Lebih berselera kalau makan berdua dengan Muaz berbanding makan sendiri di sini. Setelah pesanannya siap, Fakrul memandu motornya menelusuri jalan untuk pulang ke kampus. Dia berhenti di traffic light terakhir sebelum masuk ke jalan utama ke kampus. Matanya tertacap pada sebuah susuk kenderaan mewah berwarna hitam metallic model BMW di sebelah motornya. Kerdil rasa dirinya dibandingkan dengan lelaki pemilik kereta mewah itu. Matanya tidak boleh dialihkan dari kereta. Cantiknya! Best kalau dapat bawa kereta macam ni! Fakrul melihat ke dalam kereta, mengintai pemilik kenderaan mewah ini. Handsomekah? Dari balik cermin hitam itu, dia dapat melihat wajah si lelaki bertuah yang dapat memandu kereta mewah ini menglilingi bandaraya Kuala Lumpur. Handsome! Sesuailah. Sepadan dengan keretanya.
Fakrul mengintai lagi wajah gadis di sebelah si pemandu. Gadis mana yang bertuah sekali dapat menangguk ikan besar di dalam lautan yang luas ini. Pasti wanita itu tidak kurang cantiknya!
Wajah wanita di sebelah tempat duduk pemandu itu diitai, wajah itu seperti… Dia cam sekali dengan seraut wajah ayu itu. Balkish!
Fakrul sangat terkejut melihat gadis yang wajahnya mirip dengan Balkish bersama-sama dengan lelaki yang tidak dikenalinya di dalam sebuah kereta mewah. Macam-macam tanggapan mula menghantui fikirannya. Fakrul cuba mengawal perasaannya yang mula menjadi marah dan geram. Dia tidak sangka Balkish begitu orangnya.
Sabar dulu Fakrul, tenangkan diri, jangan-jangan lelaki itu keluarga Balkish. Fakrul bermonolog sendirian. Tapi Balkish anak sulung, dia tidak mempunyai abang. Balkish juga bukannya dari golongan keluarga mewah-mewah jadi mustahil lelaki itu adalah ahli keluarganya.
Lampu isyarat bertukar ke warna hijau. Tanpa berfikir panjang, Fakrul mengekori kereta mewah itu sampailah kereta itu membelok masuk ke tempat parkir sebuah hotel bertaraf berbintang-bintang. Motornya diberhentikan di pinggir jalan sahaja. Dia mengekori langkah Balkish yang keluar dari kereta bersama lelaki tersebut dan masuk ke dalam hotel.
Fakrul terhendap-hendap macam penyiasat persendirian yang tak lulus nak jadi spy. Perbuatannya itu disedari dan mengundang rasa curiga seorang pengawal security yang sejak dari tadi memerhatikannya. Pengawal keselamatan itu akhirnya menahan Fakrul daripada masuk ke dalam lobi hotel.
Setelah perbuatannya itu dihalang, Fakrul akhirnya berputus asa mahu mengekori Balkish lagi. Dia memandu motornya kembali ke kolej.Sesampainya di bilik, makanan yang dibelinya dicampakkan ke meja. Terkejut Muaz melihat perubahan sikap teman sebiliknya itu. Tadi baik-baik je keluar, sekarang balik marah-marah.
“Kenapa dengan kau ni?” soal Muaz.
“Kau tahu aku nampak apa tadi?” marah Fakrul. Suaranya tinggi. Muaz juga turut terkejut. Dia tidak pernah melihat Fakrul semarah ini sebelum ini.
“Manalah aku nak tahu”
“Aku nampak Balkish. Dia masuk hotel dengan seorang lelaki. Panas aku macam ni!”
“Sabar dulu. betul ke tu Balkish?” soal Muaz meminta kepastian. Jangan sampai cerita ini menimbulkan fitnah kepada seorang wanita muslimah yang baik seperti Balkish.
“Aku kenal sangat dengan Balkish tu, dari cara dia berjalan sampai baju yang dia pakai pergi kelas pun aku dah hafal. Aku dengar tapak kaki dia pun aku dah tahu itu dia. Inikan pula aku Nampak dengan mata aku sendiri. Baju yang dia pakai tu aku pun aku pernah nampak dia pakai masa pergi kelas”
“Sabar dulu Fakrul. Kau ni marah macam ni kenapa? Macamlah Balkish tu isteri kau”
“Dia bakal isteri aku, aku ingat dia perempuan baik-baik. Tapi macam ni dia buat dekat aku. Kalau aku tahu dia perempuan macam tu, dah lama dah aku…”
“Apa kau cakap ni. Kita tak tahu lagi hal sebenar. Jangan nak buat kesimpulan melulu”
“Apa yang melulu? Aku Nampak dia masuk hotel. Hotel mewah pula tu. Lelaki tu pun bawa kereta BMW. Patutlah dengan aku yang pakai motor kapcai ni dia tak nak layan. Kalau dah malam-malam macam ni kalau masuk hotel nak buat apa lagi? Kalau kau kat tempat aku, kau pun mesti fikir macam tu kan?”
Muaz terdiam. Kalau aku kat tempat Fakrul? Nauzubillah, aku harap aku takkan pernah mengalami situasi macam ni. Mungkinkah aku akan bertindak seperti Fakrul?
Fakrul terduduk di birai katilnya. Entah bila, matanya basah bergenang dengan air mata.
“Sampai hati dia buat aku macam ni” esak tangis Fakrul mula kedengaran. Muaz bangun dari duduknya dan berjalan menghampiri Fakrul. Dia duduk di sebelah teman sebiliknya itu.
“Sabar. Apa kata kau solat dulu. Nanti besok, cuba kau tanya hal sebenar dengan Balkish sendiri” kata Muaz sambil menepuk-nepuk bahu Fakrul. Teman sebiliknya itu dilihat frust menonggeng seperti Balkish tu telah melakukan kesalahan besar, sedangkan Fakrul belum memastikan lagi hal yang sebenar daripada Balkish.
Dia yakin Balkish bukanlah seteruk seperti apa yang difikirkan oleh Fakrul. Barangkali kerana perasaan sayangnya kepada Balkish membuatkan Fakrul tidak boleh berfikir dengan baik.

14 comments:

  1. sorry lambat update...saya tengah mengedit the whole story cerita ni, if sempat edit insyaAllah nak hantar dekat syarikat penerbitan..if tak sempat saya post dekat blog je lah, dekat blog tak payah edit kaw-kaw sangat eheheh..selamat membaca :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. update plz :) da tak sabar nak bace

      Delete
  2. ya... tak sabar juga tgu and good luck.....

    ReplyDelete
  3. sambung lagi . da lama tunggu cite nie :)

    ReplyDelete
  4. sambung la cepat2..tak sabar nk tunggu..setiap hari bukak blog ni semata2 nk tgk dah update ke belum..kalau sambung 2 bab sekalugus pun best..hihihi..

    ReplyDelete
  5. Sambungannye kak sulis??

    ReplyDelete
  6. cerita sangat-sangat-sangat menarik.. hope ada sambungan scepatnya.. :)

    ReplyDelete
  7. akak, bila nak smbung?? :'(((

    ReplyDelete
  8. sambung la cepat...dh 3 bln dh tergendala ni

    ReplyDelete
  9. dik.... takde sambungan ke?
    best cerita ni...

    ReplyDelete
  10. Really miss this story, Ms Sulis ... dont give up keep writing.. :)

    ReplyDelete
  11. Susahnya nak dapatkan entry baru ni

    ReplyDelete
  12. cepatla x sabar nak tahu sambungan citer nie mcm mana..

    ReplyDelete