Monday, July 8, 2013

Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku Bab 25


Bab 25
Amin memandu keretanya masuk ke kampus UIA. Susah sikit nak masuk univerisiti ni, banyak protocol, kena tinggal mycardlah, kena soal macam-macam oleh pak guard. Amin menguap beberapa kali. Dia memandu ke bangunan koleh isterinya. Apa bila sampai dia parker agak jauh dari beranda utama. Takut pula Balkish tidak suka kalau di amemunculkan diri depan kawan-kawannya. Amin membuat panggilan kepada Balkish namun panggilannya tidak diangkat. Amin menunggu sahaja di kereta.

Dari jauh dia melihat Balkish bersama-sama kawannya sedang berjalan menuju ke bangunan kolej bersama-sama dengan tiga orang kawan-kawannya. Amin memerharikan.

Fakhrul berjalan beriringan dengan Balkish. sengaja dia menawarkan diri untuk mengahntar Balkish, Aiza dan Yani ke kolej mereka setelah habis melakukan diskusi kumpulan tadi. Balkish mengelakkan diri Fakhrul apabila lelaki itu cuba untuk dekat dengannya. Yani sekadar melirik sementara Aiza tersenyum sahaja melihat gelagat Balkish yang sudah jengkel.

“Balkish tak nak pergi makan ke?” soal Fakhrul.

“Tak apalah, nanti saya pergi makan sendiri” balas Balkish.

Fakhrul tidak berputus asa, dia mencuba lagi. tapi mendapat jawapan yang sama dari Balkish.

“Jomlah saya teman awak” balas Yani kepada Fakhrul.
Fakhrul jadi bingung, tiba-tiba Yani menyampuk.

“Hah tu, pergi aje dengan Yani. Nanti kami keluar makan sendiri” kali ini Aiza menyampuk, membantu Balkish mengelakkan diri daripada Fakhrul.

“Tak apalah Yani. Saya pun dah tak ada selera nak makan” Fakhrul menjawab. Yani menarik muka masam dan berharap Fakhrul memujuknya namun harapannya isa-sia, lelaki itu tidak mengendahkan Yani.

“Kitaorang naik dulu. assalamualaikum” beritahu Balkish. dia segera menarik tangan Aiza untuk melarikan diri daripada Fakhrul. Fakhrul mahu mengejar tapi mengingatkan hostel ini adalah hostel perempuan, Fakhrul berhenti betul-betul di pintu masuk. Dia meninggalkan Yani sendirian dan kembali ke hostelnya.

Sakit hati Amin melihat Balkish dengan kawan lelakinya itu, walaupun Balkish tidak melayan tetapi kawan lelakinya itu kelihatan terhegeh-hegeh dengan isterinya. Api cemburu membakar diri Amin.

Balkish tidak boleh disalahkan kalau lelaki itu yang jatuh hati kepadanya. Yelah, isteri aku tu cantik, baik. Mestilah pak ustaz tu jatuh hati. Nasib baik Balkish ni tak melayan sangat, kalau tak dengan Balkish Balkish aku tibia. Marah Amin. Nombor telefon Balkish didail. Yang minah ni satu jugak, semalam kan dah sms cakap hari ni nak jumpa, takkan dia lupa. Lama dah aku tunggu kat sini ni. Budak-budak yang lalu sini, tengok je dekat aku. Malu tau! Tahulah muka aku ni hensem!
Panggilan ke Balkish tidak diangkat oleh gadis itu. Amin mendail sekali lagi.
“Hello” kasar suara Amin. Dia marah kerana telah menunggu lama.
“Assalamulaikum” jawab  satu suara.
“Balkish mana?” soal AMin. Dia tahu bukan Balkish yang menjawab telefonnya.
“Balkish pergi toilet kejap, wuduk. Ni siapa?” Tanya Aiza, teman sebilik Balkish. dia melihat nama si pemanggil tertera di skrin sebagai ‘mamat sewel’ sebelum dia menerima panggilan itu.
“Cakap kat dia cepat sikit. I tunggu dekat bawah” balas Amin. Dia segera mematikan panggilan.

“Balkish, siapa mamat sewel?” soal Aiza pada Balkish saat teman sebiliknya itu masuk ke dalam bilik.
“Kenapa?”
“Tadi dia call, dia suruh kau cepat sikit” beritahu Aiza.
Balkish terdiam.Dia hampir-hampir terlupa yang Amin mahu berjumpa dengannya hari ini.
“Tak apalah. Biar je dia tunggu lama sikit” balas Balkish. dia mengenakan telekong  solat ke wajahnya untuk mengerjakan solat Asar.
Balkish akhirnya turun ke beranda tempat AMin parker keretanya. Dilihat sekilas ke wajah Amin. Masam mencuka, muncungnya panjang sedepa. Marahlah tu, tak pun merajuk. Ah, peduli apa. Bukannya aku janji pun nak keluar dengan dia hari ini. bentak Balkish. Saat pesanan ringkas dari Amin semalam diterima, dia tidak membalas. Sms itu dibuat acuh tak acuh kerana dia sebenarnya agak malas mahu keluar dengan Amin dia memikirkan tugasa-tugasan yang harus disiapkan sebelum bulan depan. Kalau ditangguh pasti bertimbun. Tapi nak buat macamana, Amin ajak keluar. Mahu dibalas tidak mahu, takut pula lelaki tu buat kerja sewel seperti yang selalu dibuatnya jadi dia tidak membalas dan lihat keadaan dulu. kalau tak ada benda yang nak dibuat, bolehlah nak menemani si Amin ni. Balkish mengenakan tali keledar ke wajahnya.
“Dah lama tunggu?” soal Balkish ingin memulakan bicara. Kalau dia tak menegur, nak harapkan Amin. Entah bile. Lagipun memang orang merajuk takkan memulakan bicaranya dulu.
“Tak lah. Abang baru je sampai” peril Amin.
“Em. Baguslah” jawab Balkish. malas nak bertengkar.
“Siapa mamat yang jalan dengan awak tadi?” soal AMin secara tiba-tiba.
Balkish melihat ke wajah Amin. Mereka bertentangan mata. Segera Balkish melarikan pandangannya.
“Awak stalk saya ye?”
“Jawablah”
“Fakhrul. Kawan study group. Kalau betul awak stalk saya, awak lihat sendiri kan, kami tak jalan berdua. Ada Aiza dengan Yani juga” balas Balkish.
“Dengan saya awak takut. Dengan si Fakhrul tu boleh pula berkepit”
“Mana ada saya berkepit. Dia je yang…” Balkish tidak menghabiskan kata-katanya.
Amin diam. Balkish melihat ke arah Amin. Mereka bertentangan mata.
“Dia je yang terhegeh-hegeh. Awak ingat saya suka ke?” beritahu Balkish. Dia akhirnya melarikan pandangannya. Malu timbul saat dia cuba meluahkan perasaannya kepada Amin sambil diperhatikan oleh lelaki itu.
Amin berdehem kecil untuk menghilangkan ketegangan yang timbul antara mereka berdua. Berdebar jantungnya bertentangan mata dengan Balkish. Selain melihat mata Balkish, sekilas dia sempat mencuri pandang ke arah bibir si gadis.
“Kalau saya, awak suka lah?” Amin memberanikan diri bertanya. Inilah peluangnya untuk mengetahui perasaan Balkish yang sebenar. Pandai dia menjerat Balkish dalam kata-katanya sendiri. Amin masuk bakul angkat sendiri. Dia tersenyum bangga.
“Suka. Tapi belum sayang, belum cinta” perlahan sahaja jawapan yang keluar dari mulut Balkish.
Amin senyum bahagia. Peluangnya masih ada. Cerah masa depan. Balkish masih lagi boleh menerimanya, asalkan dia tahu cara untuk menambat hati gadis itu.
“Dan saya juga takut dekat awak” sambung Balkish lagi.
Impian yang terbina untuk menambat hati Balkish hancur setelah mendengar jawapan kedua dari Balkish. serta-merta senyuman di wajah Amin pudar.

Amin membawa Balkish jalan-jalan di Mall sahaja. Dia tidak tahu lagi destinasi lain yang sesuai untuk mereka keluar jalan-jalan bersama. Mereka masuk ke Jusco untuk mencari barang-barang keperluan. Amin mengajak Balkish untuk menemaninya mencari pakaian formal untuk dia ke kuliah. Gadis itu pada mulanya tidak mahu, tetapi setelah dipujuk akhirnya dia mengikut sahaja. Amin sengaja meminta Balkish memilih untuknya. Apa sahaj yang dipilih oleh isterinya itu, dianggukkan sahaja. Mereka berdua berjalan beriringan. Mahu sahaja tangannya mengggenggam tangan Balkish erat-erat tapi dia tahu Balkish tidak suka. Ditahan sahaja keinginannya itu. Amin memperlahankan langkah kakinya untuk dia berada sedikit di belakang Balkish. langkah kaki Balkish diturut. Balkish dilihat mencari-cari kelibatnya yang tadi berjalan sering dengan gadis itu.
“Abang kat belakang awaklah” segera Amin menegur isterinya. Dia tidak mahu Balkish berasa takut.
“Kenapa lambat sangat awak jalan ni?” marah Balkish.
“Abang nak lihat-lihatkan Balkish dari belakang. Kalau Balkish duk sebelah, nanti Balkish ke mana-mana abang tak sedar”
Balkish terdiam.
“Awak nak beli apa-apa ke?” soal Amin.
“Tak ada. Baju kurung nak pergi kelas cukup yang kita beli hari tu?”
“Cukup”
“Beli makananlah nak? Nanti awak boleh makan kalau nak stay up”
“Tak payahlah awak”
“Jomlah” ajak AMin. Balkish menurut sahaja.
Setelah selesai membayar di kaunter, akhirnya AMin mengajaka Balkish untuk makan. Mereka berdua tidak makan di foodcourt sebaliknya AMin membawanya masuk ke restoran makanan Barat. Balkish menurut sahaja. Banyak makanan yang dipesan oleh lelaki itu dan akhirnya Balkish memaksa dia menghabiskan semua makanan yang dipesan. Membazir itu amalan syaitan. Amin terdampar di kerusi seperti ular sawa kekenyangan. Balkish tersenyum lucu melihat keadaan AMin saat itu. walaupun mereka telah selesai makan, tetapi Amin menyuruhnya menunggu sekejap kerana dia sangat kekenyangan. Rasanya kalau bagun berdiri mengejut, isi  makanannya boleh keluar semula. Mahu tidak mahu terpaksa Balkish menunggu.
“Eh awak. Kita dah lambat dah ni. Nanti tak boleh masuk kampus dah. Kena tahan dengan pak guard. Saya tak nak ada record” beritahu Balkish.
“Tunggulah kejap. Abang full ni. Nak muntah pun ada” balas Amin.
“Siapa suruh awak order banyak sangat” marah Balkish.
“Saya balik sendiri lah. Saya takut lambat” beritahu Balkish. dia bangun dan mengambil barang-barangnya. Amin yang kekenyangan itu mahu ditinggalkan di restoran itu.
“Eh awak. Tunggulah. Saya hantar” balas AMin.
“Tak apalah”
“Awak. Saya yang jemput awak, takkan saya nak biar awak balik sendiri. Banyak barang-barang awak ni”
“Tapi…..”Balkish berkeras mahu balik sendiri.
Amin segera menutup mulutnya. Makanan yang dimakan dengan banyak tadi terasa sedang dalam proses keluar melalui mulutnya. Amin menahan dengan kedua-dua tangan tertekap pada mulut. Dia akhrinya berlari masuk ke tandas restoran. Balkish terkejut, dia juga mengekori lelaki itu ke tandas dan menunggu di luar. Tidak lama kemudian, AMin keluar dengan wajahnya yang lesu.
“Banyak ke keluar?” Tanya Balkish simpati.
Amin mengangguk.
“Awak nak duduk dulu?” soal Balkish.
Mereka berdua duduk kembali di meja makan tadi. Balkish memanggil waiter untuk membayar harga makanan mereka. pelayan datang dengan bil. Terkejut juga melihat nilai yang tertera di bil itu. belum sempat Balkish membuka tas tangannya, Amin memberikan dompetnya.
“Pakai card abang”
Balkish melihat ke arah AMin. Tidak pernah dia membuka dompet orang lain tanpa keizinan dari tuannya. Amin terangguk-angguk. Lelaki itu sudah lelah untuk berbicara gara-gara muntah tadi. dompet yang tebal itu dibuka untuk mengambil kad kredit seperti yang disuruh. Setelah mendapat kad, pelayan itu beredar ke kaunter dan kembali ke meja mereka beberapa minit kemudian. Sesekali Balkish melihat ke jam tangannya.
“Dah lambat dah ni wak. Kita tidur luarlah malam ni. Besok pagi baru saya pergi kampus. Kalau masuk time macam ni, mesti kena tahan dekat pak guard” beritahu Balkish, dia juga tidak sampai hati nak tinggalkan Amin sendirian di sini.
“Ti…dur kat mana?” soal Amin. Buat-buat bodoh pula. Sebenarnya, setelah mendengar usulan itu, hatinya berdebar-debar. Macam-macam imaginasi yang difikirkannya. Sengaja dia bertanya soalan itu untuk mendapatkan kepastian dari Balkish. Jawablah hotel Balkish! bersina-sinar pandangan mata Amin.
“Kat mana-mana jelah. Tapi saya tak nak tidur dalam kereta dengan awak” balas Balkish. mustahil dia akan terlelap di dalam kereta dengan Amin. bermalam bersama-sama dengan Amin bererti sengaja mengundang kembali kenangan silam yang cuba dipadamkan dari memori ingatannya.
“Ho…hoo….tel??? Boleh??” tergagap-gagap Amin memberikan cadangan. Balkish mengangguk. Amin tersenyum bahagia.
Setelah mualnya hilang. Dia mengajak Balkish untuk kembali ke kereta. Amin memandu ke sebuah hotel yang terletak tidak jauh dari kampus UIA supaya besok dia dapat menghantar Balkish ke kampus tanpa terkandas dalam kesesakan lalu lintas. Amin dan Balkish keluar dari kereta dan berajalan beriringan masuk ke hotel. Mereka berdua tidak menyedari yang mereka sedang diekori.
Fakrul parker motornya di luar tempat parker hotel. Dia terserempak dengan Balkish waktu di traffic light sebelum cabang masuk ke hotel. Pada awalnya, gadis yang mirip dengan Balkish itu adalah pelanduk dua serupa. Tidak mungkin Balkish yang dia kenal adalah seorang gadis yang keluar dengan lelaki berkereta waktu tengah malam begini. Kebetulan pula mereka melalui jalan yang sama, jadi Fakrul sekadar mengikut dari belakang kereta tersebut. Saat kereta sport itu membelok masuk ke simpang hotel, Fakrul memberhentikan motornya di pinggir jalan untuk melihat gadis yang sangkaannya mirip Balkish itu. saat gadis itu keluar, Fakrul sangat terkejut melihat gadis yang hanya pelanduk dua serupa itu ternyata memang betul-betul Balkish. dia tahu itu Balkish dari cara jalan, dan pakaiannya. Fakrul sangat terkejut. Dia mengekori untuk melihat secara lebih dekat. Saat Fakrul ingin masuk ke hotel, dia ditahan oleh pak guard hotel tersebut.
“Awak buat apa sini?” soal security. Security itu melihat ke arah sepasang pasangan yang diekori oleh Fakrul.
“Saya nak duduk sini lah” balas Fakrul. Dia terintai-intai mencari Balkish saat dia ditahan. Takutnya Balkish hilang dari pandangannya.
“Jangan nak bohong. Saya Nampak awak ikut customer yang baru masuk tadi” marah security itu.
Fakrul diam. “Mana ada bos” dia membela dirinya.
“Baik awak keluar sebelum saya panggil security yang lain”
“Ok bos. Ok” Fakrul terpaksa mengalah. Dia melangkah keluar dari hotel seperti yang disuruh oleh security. Dalam hatniya membara api kemarahan. Marahnya itu tertumpu pada seraut wajah ayu milik Balkish.
Balkish dan AMin check in di kaunter.
“What would you choose sir?” soal penyambut tetamu di kaunter sambil menunjukkan pakej harga dan jenis bilik kepada Amin dan Balkish.
“Saya tak nak satu bilik dengan awak” beritahu Balkish kepada Amin. Suaranya separuh berbisik, malu jika didengari oleh pekerja hotel.
“Saya bayar, so saya lah pilih”
“Perlahanlah sikit suara awak tu. Malu kalau orang dengar” tegur Balkish.
“Apa nak malunya?” Amin tersenyum lucu melihat gelagat Balkish. gadis itu tidak biasa datang ke hotel dengan seorang lelaki, lainlah dengan aku. Hotel ni dah kira rumah kedua aku. Rumah pertama aku, rumah Tina, rumah kedua aku hotel, rumah ketiga aku hostel dan rumah keempat aku barulah rumah papa.
Balkish malu dilihat datang ke hotel malam-malam begini dengan Amin. Walaupun mereka sudah menjadi suami isteri, tapi orang lain tidak tahu, pekerja-pekerja hotel juga tidak tahu. Takutnya menimbulkan fitnah.
Gadis pekerja hotel yang melayani Balkish dan Amin itu turut tersenyum.
“By the way. Ni isteri I. kami dah kahwin. In case you fikir bukan-bukan pasal isteri I ni” beritahu Amin. Dia memperkenalkan Balkish sebagai isterinya kepada pekerja hotel itu. Gadis itu tersenyum, dan membalas, “Sir our customer privacy is our priority”
“See! Apa nak takutnya?” Amin melihat ke arah Balkish.
“So what room will you choose sir?” tanya si gadis itu lagi kepada Amin.
“Dua bilik, single” sampuk Balkish. Gadis pekerja hotel itu mengangguk.
“Tunggu dulu. kalau dua bilik single lagi mahal dari satu bilik. Kita ambillah satu bilik dengan katil queen size ni. You pun kecil je kan. Muat je untuk kita berdua” Amin membantah.
“I nak dua bilik” Balkish membantah.
“Boleh, you bayar untuk room you sendiri” sambung Amin.
Balkish terdiam. Harga penginapan satu malam untuk hotel itu boleh dibuat belanjanya di kampus selama dua minggu. Manalah aku nak cari duit ni. Tapi tak apalah, hal tu belakang kira, sekarang ni biarpun kena ikat perut selama sebulan ke, setahun ke, yang penting jangan sebilik dengan Amin. Kena pergi ATM dululah ni.
“So sir?” Tanya pekerja hotel itu kepada AMin.
“You heard my wife. Two rooms single bed for us please” beritahu Amin.
Balkish terdiam.
Amin dan Balkish mauk ke dalam lif. Telefon bimbit Balkish berbunyi. Panggilan dari Ainza itu diangkt.
“Sorry, malam ni aku tak balik kolej”
“Kau tidur mana ni?” soal Aiza risau.
“Aku tidur luar. Jangan risaulah. Besok aku pergi kelas terus. Tak payahlah tunggu aku ye”
“Kau dengan mamat sewel ke ni?” soal Aiza. Risau akan keselamatan teman sebiliknya itu. petang tadikan dia yang angkat panggilan masuk dari si pemanggil yang cuma dikenali dengan nama ‘mamat sewel’. Nama aslinya gagal dikesan kerana memang nama itu yang disimpan di dalam daftar kontak telefon bimbit Balkish.
“Jangan risau Aiza. Aku tak apa-apa” Balkish mententeramkan hati teman baiknya itu. dia tahu apa yang dirisaukan oleh gadis itu.
“Kau jaga diri kau baik-baik ye. Ingat mak ayah, ingat Allah” pesan Aiza.
“Ya. Assalamulaikum” panngilan Aiza itu akhrinya dimatikan.
“Roomate awak?” soal Amin meneka.
Balkish mengangguk. “Risau malam-malam macam ni tak balik lagi” sambung Balkish.
“Kenapa tak cakap awak dengan suami awak?” soal Amin.
Pertanyaan Amin itu tidak dapat dijawab. Balkish mengulang-ulang pertanyaan itu kepada dirinya sendiri. Kenapa? Kenapa aku tidak memberitahu sahaja aku bersama Amin, suamiku sendiri. Kenapa harus aku merahsiakan lelaki yang dikenali oleh Aiza sebagai mamat sewel itu adalah suamiku? Adakah aku malu dengan keperibadian AMin? Bersalahkah aku? Atau berdosakah aku? Ya Allah bukakanlah hatiku dan hati Amin untuk apa yang terbaik untuk kami.
Mereka berdua berjalan ke bilik mereka yang terletak bersebelahan. Sebelum AMin masuk ke biliknya, Balkish mengingatkan untuk bangun awal besok pagi kerana dia tiak boleh terlambat ke kelasnya besok.
“Nanti awak kejutkan abang besok”
Balkish mengangguk.

6 comments: