Bab 22
Mereka
berempat duduk di meja study di salah
satu sudut di ruangan study group. Balkish, Yani, Aiza dan Fakhrul sudah
berjam-jam duduk di situ. Mereka sedang melakukan diskusi tentang subjek BEL
201, pensyarah telah menugaskan tugasan berkumpulan.
Fakhrul
duduk di sebelah Balkish. Aiza senyum-senyum dengan Yani apabila melihat
Fakhrul cuba berbaik-baik dengan Balkish. Balkish je buat-buat tak faham. Tadi pun semasa nak buat kumpulan pun,
Fakhrul menawarkan diri untuk berada dalam satu kumpulan dengan mereka.
Balkish
melihat jam di tangannya.
“You
dah nak balik ke?” soal Fakhrul apabila melihat Balkish yang resah seperti
menunggu seseorang.
“Kalau
dah siap, kita baliklah kan?” soal Balkish menjawab pertanyaan Fakhrul.
“Jomlah
kalau macam tu. Kerja ni pun dah nak habis kan. Tinggal sikit-sikit je lagi.
nanti saya editlah dekat rumah” beritahu Balkish lagi.
“Kalau
macam tu, Jomlah” ajak Aiza pula. Yani sekadar mengangguk. Dia juga sudah penat
melihat kemesraan antara Fakhrul dan Balkish.
“Lepas
ni awak nak pergi mana?” soal Yani kepada Fakhrul. Dia membantu Fakrul
mengemaskan barang-barangnya.
“Siapa
yang jemput awak nanti?” soal Fakrul kepada Balkish. Pertanyaan Yani tidak
diendahkan. Fakhrul berjalan di belakang, membiarkan tiga sahabat itu berjalan
beriringan. Mereka keluar dari ruang study
group.
“You tunggu dekat mana? Boleh ke tunggu
sorang-sorang? Nak saya temankan?” soal Fakhrul lagi. Fakhrul risau untuk
membiarkan Balkish sendirian menunggu.
“Tak
apalah. Dah sampai dah pun orang yang jemput saya tu. Saya pergi dululah” Balkish
meminta izin dari Aiza, Yani dan Fakhrul. Dia berlari-lari meninggalkan mereka.
Takutnya Amin marah-marah kalau dia menunggu lama.
Balkish
mengetuk cermin kereta sporty BMW milik Amin yang diparkir berdekatan dengan
masjid. Sengaja dia menyuruh Amin parkir agak jauh dari tempat dia bertemu
dengan kawan-kawannya, takut pula kalau Yani dan Aiza ternampak dia dan Amin.
Malas pula nak cerita siapa Amin yang sebenarnya. lelaki itu juga pasti malu
mengaku dia sebagai isterinya. Kalau tak, takkanlah perkahwinan mereka dulu
dirahsiakan oleh kawan-kawannya.
Amin
membuka kunci kereta, dan Balkish masuk ke dalam perut kereta, dia senyum
kepada Amin yang sudah lama menunggunya.
“Kenapa
lambat?” soal Amin.
“Sorrylah
wak, tadi ada discussion. Lambat sikit habis” beritahu Balkish.
“Discussion
je ke? Bukan pergi Dating?” soal Amin bergurau.
“Mana
ada. Awak ni!” Balkish turut tersenyum. Nasib baik Amin tidak marah-marah
kerana keterlambatannya. Moodnya baik, nak lagi bergurau.
Balkishg
mengenakan seatbeltnya. “Besok class pukul berapa?” soal Amin.
“Pukul
lapan. Awak?”
“Pukul
sepuluh” AMin berbohong. Dia tidak mahu nanti
Balkish rasa bersalah kalau dia beritahu kelasnya bermula dari pukul lapan
pagi.
“Awak,
izinkanlah saya duduk hostel. Menyusahkan awak je datang jemput dan hantar saya”
“Tak
susahpun wak” balas Amin.
Amin
menumpukan perhatian pada pemanduannya. Dia juga sebenarnya agak penat hari
ini. Tadipun dia mengikuti kelas sampai petang. Tapi belum pun sempat kelas
habis, dia telah keluar secara diam-diam untuk pergi menjemput Balkish.
“Tapi
kalau papa bagi saya duk hostel, saya akan duduk walaupun awak tak bagi”
beritahu Balkish.
Amin
diam sahaja. Malas dia nak bertengkar dengan Balkish.
………………………………….
Fakhrul
masuk ke dalam biliknya, teman sebiliknya iaitu Muaz telah pulang dari
kuliahnya. Begnya disandarkan di tepi katil. Fakhrul membaringkan tubuhnya di
tilam. Teman sebiliknya dilihat sedang duduk di kerusi meja study.
“Kenapa
lambat balik?” soal Muaz ingin tahu.
“Ada
study group. Eh, Az, kau ingat tak
budak kelas kita, Balkish?” soal Fakhrul beriya. Berkobar-kobar dia ingin
bercerita tentang Balkish, gadis yang telah menambat hatinya.
“Tahu.
Kenapa?” soal Muaz.
“Aku
rasa aku suka dialah. Dada aku ni
berdebar-debar bila tengok dia” beritahu Fakhrul.
Muaz
Cuma diam.
“Tadi
aku ada study group dengan dialah.
Tapi bukan berdua, kau jangan fikir bukan-bukan. Ada Aiza dengan Yani sekali”
beritahu Fakhrul lagi.
“Aku
rasa aku nak tackle dia” sambung
Fakhrul lagi.
“Kau
nak tackle nak buat isteri ke?” soal
Muaz.
“Kenapa
cepat sangat sampai nak kahwin. Aku nak kenal-kenal dia dululah, kalau sesuai
bolehlah nak kawen” jelas Fakhrul.
“Kalau
tak ada niat nak jadikan isteri berdosa kau nak main-mainkan perempuan” tegur
Muaz.
“Mana
ada aku nak main-main. Aku nak seriuslah dengan dia” Fakhrul membela
keputusannya.
Hai,
Balkish. baru je beberapa minit kita
berpisah, aku dah mula rindukan kau. Cantiknya Balkish, yang penting Balkish tu
comel dan innocent. Fakhrul angau
sendiri. Telefon bimbitnya berdering menandakan ada mesej baru masuk.
‘Abang, macamana life di Universiti? Abang
apa khabar, lama abang tak balas sms adik’ sms kiriman Farihah itu dibaca.
‘Sorry, abang
sibuk sangatlah sekarangni. Hah tak payahlah sms abang. Nanti ada masa abang
akan call’
Sms
itu dikirim oleh Fakhrul kepada gadis sekampung dengannya itu.
study group (example)
aminnnn........
amin...(example) back view
No comments:
Post a Comment