Bab 28
Hari-hari
yang dilalui seperti sekadar dijalani sahaja. Tidak ada indahnya setiap peluang
yang Allah berikan untuk bernafas di bumi ciptaanNya ini. Entah ke mana hilang
semangatnya. Mungkin di bawa lari oleh kucing garong bernama Amin.
Lelaki
yang juga suaminya itu adalah orang yang paling dibencinya sekarang. Setelah
panggilan telefon yang diterima pada malam itu, hati Balkish hancur luluh. Dia
benci kepada Amin dengan sikapnya yang langsung tidak berprikemanusiaan. Sanggup
Amin menyakiti hatinya dengan memberitahu yang dia mahu meniduri gadis lain.
Malah ini bukan pertama kali. Dulu Amin juga pernak melakukan perkara yang
samam saat dia ke Pulau Kapas bersama dengan kawan-kawannya.
Mengulangi
nama Amin di dalam hati sahaja sudah cukup membuatkan hati Balkish panas
membara. Apatah lagi apabila mendengar nama lelaki itu disebut oleh semua orang
menjadikan hati Balkish bertambah sakit. Setiap hari pasti dia akan mendengar
orang-orang memanggil nama Amin. Mana tidaknya, setiap ada doa yang dibaca melalui speaker masjid, pasti ada orang yang
akan meng’Amin’kannya.
Amin
bukan sahaja jahat, malah dia memang sengaja mencari nahas. Dia tidak pernah
menghubunginya lagi sejak malam itu. Semenjak mereka berdua berkahwin, Amin
tidak pernah seego ini. Selalu sahaja Amin yang mengalah, dan berusaha untuk
meraih perhatiannya. Tetapi kali ini lain, Amin seolah-olah mengabaikannya.
Adakah benar begitu? Amin mengabaikannya sepertimana dia mengabaikan
tanggungjawabnya kepada suaminya sendiri, sepertimana yang dituntut oleh Amin
melalui telefon?
Tetapi
yang anehnya sekarang ini, walaupun hati mengatakan benci, tetapi entah kenapa
setiap hari dia akan melihat skrin telefon bimbit untuk memastikan apakah betul
tiada sms atau panggilan daripada Amin? Lagaknya seolah-olah dia menantikan
panggilan atau khabar dari suaminya. Saban waktu dia memikirkan lelaki itu.
Rindu? Ah, mustahil. Takkan dia jatuh hati pada lelaki pemabuk dan perogol itu.
Duhai
hati, kenapa kau macam ini? Cuba dengar akal warasmu. Amin tu bukan seorang
suami yang baik, bukan seorang lelaki yang patut kau hormati. Ingat apa yang
telah dilakukan olehnya dulu.
Namun
siapa aku untuk menipu tentang perasaan ini? Jauh di sudut hatiku yang dalam, aku
sebenarnya merindui lelaki itu. Selera makan jadi berkurang. Mandi pun tak
basah. Semuanya gara-gara patah hati dengan perbuatan Amin.
Balkish
berlari-lari masuk ke dalam bilik air. Muntahnya dihamburkan ke dalam mangkuk
tandas. Bukan hanya sekali malah berkali-kali isi kandungan perutnya
dimuntahkan keluar. Ini sudah ke berapa kali untuk hari ini. Sejak serangan
yang pertama kali dulu, sakitnya belum sembuh-sembuh lagi. Mana tidaknya, dia
tidak pernah mahu mengambil ubat atau berjumpa doktor untuk mengubati food poisoningnya. Balkish kepenatan.
Sudah
berhari-hari, begitu sahaja keadannya. Hari ini dia berasa sangat letih dan
tidak larat sekali untuk ke kelas. Akhirnya, Balkish mengalah, dia mahu ke
klinik. Dia menebalkan muka menelefon Amin. Lama dia menunggu barulah panggila
itu diangkat.
“Assalamualaikum”
“Erm”
“Awak
boleh tak temankan saya pergi klinik. Saya tak sihatlah beberapa hari ni. Asyik
muntah-muntah saja sejak makan dekat restoran yang awak bawa hari tu. Food poisoning agaknya”
“Sibuk.
Cuba tanya Aman kalau dia boleh temankan”
Balkish
terdiam. Geram betul aku dengan mamat sewel ni.
“Aman?
Aman ke awak suami saya?” soal Balkish. Dia marah dengan sikap acuh tak acuh
yang ditunjukkan oleh Amin. Mungkin lelaki itu masih lagi marah kepadanya tetapi
dia harusnya lebih bertanggungjawab. Kalau setakat nak ke klinik dengan lelaki
lain, tak payahlah aku susah-susah call
dia minta dia temankan.
“Sibuk”
balas Amin sepatah.
“Saya
tak laratlah awak. Rasa nak pengsan pun ada ni” balas Balkish. Suaranya jelas
menunjukkan keadannya yang lemah.
“Suruhlah
si Fakrul” rajuk Amin.
“Ahh..Nasib
baik awak ingatkan. Saya hampir-hampir terlupa pasal Fakrul. Kalau macam tu tak
apalah. Awak tak payahlah datang. Nanti saya minta tolong Fakrul temankan saya
sahaja”
Amin
mula gelisah saat diugut begitu oleh Balkish.
“Pukul
berapa awak nak pergi?” soal Amin.
“Sekaranglah.
Saya asyik muntah-muntah saja ini”
“Tunggu
lagi satu jam baru saya datang” panggilan itu dimatikan. Amin tersenyum
gembira. Firdaus dan Hisyam mencebik.
“Macamana
aku berlakon? Okey?” soal Amin.
Senyumannya belum luput dari wajah.
“Bukan
main lagi jual mahal dengan Balkish tapi hakikatnya kau suka kan dia call kau dulu”perli Hisyam.
“Mestilah.
Dialah pujaan hati aku”
“Sekarang
aku nak set masa. Sejam lagi baru aku nak gerak pergi jumpa dia” Amin mengambil
telefon bimbitnya dan membuka aplikasi set
timer.
………………………………………………………….
Balkish
duduk menunggu di beranda. Dia mengenakan sweater
tebal ke tubuhnya. Kelibat Amin belum lagi kelihatan walaupun sudah lewat dari
satu jam dia menunggu di situ. Sibuk betul Amin ni!
‘Mungkinkah
mamat sewel tu lepas satu jam baru bertolak?’
Balkish cuba menelefon Amin tetapi panggilannya
tidak dijawab. Dia menekapkan wajahnya ke meja di kawasan beranda. Tanpa
disedari dia tertidur kerana keletihan yang amat sangat.
Setelah
sampai di tempat biasa, Amin menelefon Balkish. “Cepatlah. Abang tunggu dekat
tempat biasa”. Sebaik sahaja menerima panggilan itu, Balkish bangkit dan
berjalan dengan langkah longlai menuju ke tempat parkir.
Amin
membersihkan tempat duduk depan dan barang-barang di dalam keretanya. Dia
kembali melihat ke depan. Dari jauh terlihat susuk tubuh Balkish yang agak
kurus dan tidak bermaya. Amin terkejut melihat keadaan isterinya yang tidak
terurus dan lemah. Tanpa berfikir panjang, tanpa mempedulikan rancangannya
untuk terus berlakon ego di hadapan Balkish, dia terus turun dari kereta dan
memeluk tubuh isterinya.
Balkish
yang pada waktu itu memerhatikan suaminya berjalan laju dan terus datang menerpa
ke arahnya terkejut apabila tubuhnya dirangkul ke dalam pelukan erat tetapi
dibiarkan sahaja tubuhnya yang lemah itu berehat sebentar di dalam kehangatan
badan suaminya. Pada saat itu, dia berasa selamat dan aman sekali. Perasaan itu
merupakan perasaan aneh buatnya terutama berada dalam pelukan Amin. Sebelum
ini, dia hanya merasa takut dan trauma apabila berdepan atau berada dekat
dengan Amin. Dalam lemah senyuman bahagia sedikit terukit di wajah, rindunya
kepada Amin selama beberapa hari ini diibaratkan seperti sudah hilang
diterbangkan angin petang itu. Dia bahagia. Jujur! Dia bahagia saat ini.
“Abang
ingat awak main-main. Kenapa tak bagitahu abang awal-awal lagi?” Amin marah
dalam sayang. Pelukannya dileraikan perlahan-lahan untuk dia menatap wajah ayu
milik isterinya. Balkish hanya berdiam diri. Tanpa membuang masa, Amin terus memimpin
tangan Balkish masuk ke dalam kereta. Tali keledar dipakaikan untuk Balkish. Dahi
Balkish pula dijamah. Risau juga seandainya isterinya itu diserang demam panas.
“Tak
panas sangat” kata Amin pelik.
“Awak
tak makan, ya?” soal Amin risau.
“Tak
ada selera”
“Kenapa
tak ada selera? Rindu abang ke?” spontan keluar dari mulut Amin. Tetapi dia
tidak berniat mahu melawak dalam situasi sekarang ini. Jelas sekali dia risau
dengan keadaan Balkish.
“Kita
pergi klinik” sambung Amin.
Balkish
mengangguk perlahan.
Mereka
sampai di klinik swasta. Orang tidak ramai jadi mereka tidak perlu menunggu
lama. Balkish dan Amin masuk ke dalam bilik untuk diperiksa oleh doktor.
“Puan
dah pernah periksa test kehamilan?”
soal doktor itu.
Amin
dan Balkish saling berpandangan antara satu sama lain.
“Belum,
doktor” jawab Balkish.
“Kalau
macam tu kita periksa dulu, ya. Kalau positif, nanti baru saya buat scan” beritahu si doktor itu lagi. Amin
dan jururawat membantu Balkish ke bilik air. Tetapi saat Balkish harus
melangkah masuk, Amin hanya menunggu di luar.
“Cik
boleh tolong isteri saya?” kata Amin kepada jururawat itu. Balkish dipimpin
masuk ke dalam bilik air. Sebentar kemudian mereka berdua keluar. Amin memapah
Balkish untuk kembali ke tempat duduk berhadapan dengan doktor.
“Puan,
Encik, dari test ni saya dapati yang
isteri encik mengandung. Tahniah” doktor lelaki itu menyampaikan khabar gembira.
Balkish tersenyum syukur. Dia kerling ke arah Amin untuk berkongsi kegembiraan
itu bersama-sama namun wajah lelaki itu hambar.
“Kita
buat scan, ya” Balkish mengangguk.
“Abang
tunggu dekat luar” beritahu Amin kepada Balkish. Dia tahu Balkish pasti tidak
selesa untuk diperiksa oleh doctor kalau dia berada di situ jadi dia keluar dan
menunggu di luar.
‘Balkish
mengandung? Apa yang ditakutiku selama ini menjadi kenyataan. Bukankah alasan
untuk aku berkahwin dengan Balkish kerana takut dia mengandung setelah
peristiwa itu? Bukankah aku dah menjangkakan semua ini dulu? Dan bukankah aku mahu
menanggung impak perbuatanku ini bersama-sama dengan Balkish? Seharusnya aku
telah menyiapkan diri dengan hal-hal sebegini tetapi kenapa…. Sekarang ini
perasaan ini hadir?’ Walaupun dia risau tetapi dia sempat senyum bangga, ‘Hebat
juga aku ni! Dengan sekali try
sahaja, dah menjadi dengan Balkish’ Senyuman itu semakin lebar. ‘Lagipun im a healthy man, tak mungkin benih yang
kuberikan kepada Balkish malam itu tidak berhasil’ Amin tersenyum bangga mengingatkan
kegagahannya malam itu.
‘Tapi
kalau Balkish mengandung bermaksud aku akan jadi ayah, bolehkah aku memikul
tanggungjawab itu?’ Amin buntu.
“Awak”
panggil Balkish. Amin segera berdiri. Dia memegang Balkish dan membantu gadis
itu untuk duduk.
“Awak
duduk sini, abang pergi bayar dulu” Amin menghilang ke kaunter pembayaran ubat.
Dia membayar kos perawatan dan pemeriksaan Balkish. Setelah selesai, dia
kembali mendapatkan Balkish dan memimpin gadis itu untuk kembali ke kereta.
Balkish
sekejap-sekejap melihat ke arah Amin. Dia mahu mentafsir respons dari riah
wajah lelaki itu. Sejak mengetahui yang dirinya mengandung, Amin tidak
berbicara sepatahpun. Sekarang juga Amin tetap berdiam diri.
“Saya
tak nak gugurkan kandungan saya ni” beritahu Balkish. Walaupun Amin tidak
berbicara namun dia tahu yang Amin tidak senang apabila mengetahui yang dirinya
mengandung. Seandainya dipaksa oleh Amin untuk menggugurkan kandungan, dia
tidak akan berbuat begitu dan akan tetap
akan memelihara kandungannya.
“Pakai
tali keledar” arah Amin.
Balkish
mengenakan tali keledar ke badannya. Dikerling ke arah Amin lagi. Lelaki itu
tetap tidak mahu memberikan sebarang komentar tentang kehamilannya.
“Walaupun
awak tak nak anak ni tapi saya tetap akan mempertahankannya” sambung Balkish
lagi.
“Ada
ke abang cakap tak nak?” balas Amin. Geram dengan sikap serkap jarang yang
ditunjukkan oleh Balkish.
“Awak
tak payah cakap pun saya dah boleh tahu dari reaksi awak tu”
“Oh,
sekarang dah jadi tok bomoh pula. Boleh baca isi hati orang” bentak Amin.
Balkish
terdiam. Amin juga diam. Lambat laun dia mengatur bicara.
“Okey, macam ni. Abang minta Balkish
rahsiakan dulu berita ni dari parents
kita. Bagilah abang masa untuk tenangkan fikiran dulu. nanti, kalau abang dah
bersedia, kita sama-sama bagitahu mereka”
“Terpulang
pada awak nak terima bayi ni atau tak, tapi saya takkan gugurkan kandungan ni”
bentak Balkish.
“Abang
faham. Erm? bagi abang masa, boleh?” lembut suara Amin memujuk Balkish
membuatkan hatinya yang beberapa hari ini merindui lelaki itu cair. Wajah
tampan Amin ditenung.
“Kenapa
tengok abang macam tu?”
Balkish
segera melarikan pandangannya. Amin tersenyum gembira dapat mengenakan Balkish.
“Handsomekan suami awak ini. Menjadi
kegilaan ramai perempuan” Amin puji diri sendiri. Balkish sekadar tersenyum.
Amin
memandu keretanya keluar dari tempat parkir. Dia bertanya serba-sedikit tentang
hasil scan yang dilakukan ke atas Balkish tadi. Menurut doktor itu, usia
kehamilan Balkish baru sekitar 7 sampai 8 minggu. Buat masa ini, Balkish harus
banyakkan berehat dan tidak boleh banyak berbuat kerja keras. Makan harus
dijaga dan harus kurangkan aktiviti ‘bersama’ suami. Balkish sekadar tersenyum
mendengar penerangan dari doktor itu tadi. Macamana nak mengurangkan aktiviti
‘bersama’ Amin kalau mereka memang tidak pernah ber’aktiviti’ bersama.
Sangkaannya
meleset sama sekali, rupa-rupanya gejala-gejala seperti muntah-muntah dan
pening kepala yang berpunca daripada Amin itu bukanlah kerana Amin telah
membawa mereka makan di ke restoran tempohari, tetapi kerana perbuatan Amin
yang lebih awal daripada itu. Perbuatan Amin di saat dia mabuk dulu. Balkish
senyum lucu. Mengingatkan anak Amin yang dikandungnya sekarang, hatinya
berbunga riang.
“Nanti
kalau Balkish ada mengidam apa-apa call saja
abang”
Balkish
mengangguk. Sesekali dia mencuri pandang ke arah lelaki yang sedang memandu
itu. Amin memang kacak, dan macho.
Walaupun kulitnya putih, tetapi dia maskulin. Tidak merokok membuatkan bibirnya
merah dan lembap. Bibir Amin pula yang dilihat. Teringat peristiwa hitam dalam
sejarah hidup mereka itu. Beberapa kali Amin cuba mencium bibirnya tetapi dia
melawan. Namun sekuat mana kudratnya dapat menangkis serangan Amin, seorang
lelaki muda yang masih sihat dan sasa.
Tiba-tiba,
Balkish teringatkan sesuatu. Kalau tidak salah, dalam samar-samar kejadian petang
tadi, Balkish membiarkan sahaja dirinya dipeluk oleh Amin. Dia tidak seperti
selalunya yang akan fobia dan trauma kalau Amin berada dekat dengannya. Amin
memeluknya sangat erat ke dalam dada sasa miliknya. Apa yang berlaku
sebenarnya? Kenapa rasa takut itu sudah tidak ada? Tadi juga Amin memegang tangannya. Kenapa
tidak terjadi refleks pada diriku terhadap Amin seperti yang selalunya terjadi?
“Awak
nanti tak boleh kerja kuat. Tidur malam jangan lambat-lambat. Ke awak nak
pindah balik rumah papa? Kalau dekat rumah, boleh abang tengokkan awak”
beritahu Amin.
“Tadi
awak cakap tak nak mama dan papa tahu?”
“Awak
pindah saja kalau awak nak pindah”
“Awak
nak saya pindah ke?” soal Balkish. Sengaja dia mahu menjerat lelaki itu.
“Nak!
Kalau awak pindah, saya pun tinggal rumah papa sajalah”
Balkish
diam. Ada sesuatu yang dia mahu bertanya kepada Amin. Sesuatu yang meragut
ketenangannya sejak malam Amin bereterus terang kepadanya.
“Awak
tidur tak dengan perempuan hari tu?” soal Balkish straight to the point.
Amin
mengangguk laju. Dia melihat ke arah Balkish, mahu mentafsir reaksi Balkish
terhadap jawapannya itu. Balkish terangguk-angguk lemah, wajahnya berubah.
“Dah
awak tak nak layan abang. Suami awak ni handsome.
Sekali saya petik jari, berduyun yang datang. Tapi, awak jangan risau, dengan
Qistina, abang pakai protection. ” Amin
kerling lagi ke arah Balkish.
“Diam
saja kenapa? Marah? Kalau marah jangan pendam seorang-seorang” tegur Amin.
“Senang
saja orang lelaki, kan? Tak fikir pun tentang perasaan saya. Awak tahu tak saya
menangis semalaman sebab awak. Sanggup awak buat saya macam ni?”
“Dah
tu. Saya minta baik-baik awak tak nak bagi. Awak nak saya buat macam yang
pertama kali dulu?”
“Awak
ni tak sensitiflah. Gila! Sewel” marah Balkish. Dia hampir-hampir mahu menangis.
Ditahan sahaja air mata dari gugur ke bumi, namun kelopak matanya sudah bergenang
dengan air mata.
“Awak
macam cemburu saja. Dah mula sayang saya?” Amin ketawa terbahak-bahak. Gembira
dia dapat mengenakan Balkish. Tidak disangka gadis itu dapat ditipu untuk keberapa
kalinya.
“Be seriouslah. You will become a father
soon” kata Balkish sambil dia melihat ke arah Amin.
“And I hope that our child will have a good
father, a religious one. I don’t want him to become just like you” perlahan
sahaja kata-kata Balkish tetapi dapat membuatkan Amin terpana buat seketika.
Kata-kata Balkish itu menghiris kalbu.
Balkish
marah dengan sikap kebudak-budakan Amin. Lelaki itu selalu bersikap playfull dan tidak serius. Dia bukannya
budak-budak lagi, dah besar dan dewasa, umur pun dah 20 tahun lebih. Tak lama
lagi, mereka akan mendapat cahaya mata yang pertama. Macam inikah sikap Amin?
Kalau macam ni, macamana mereka nak membimbing anak mereka kelak?
“Saya
nak anak yang soleh atau solehah supaya kalau kita mati kelak, dia boleh doakan
kita” sambung Balkish lagi.
“Kahwinlah
dengan pak ustaz kalau macam tu” marah Amin. Egonya tercabar.
“Kalau
macam tu, ceraikanlah saya!”
Amin
terkejut. Dia melihat ke arah Balkish. Amin memberhentikan keretanya di pinggir
jalan.
“Awak
ni belajar agama, pakai tudung, solat tak tinggal tapi cakap ikut suka hati saja.
Saya tahulah awak tu budak-budak lagi, masih mentah, tapi gunalah otak tu, awak
nak bercerai dalam keadaan awak macam ni?”
“Iyalah,
awak kan tak nak baby ni. Awakpun
bukannya suka saya. Apa yang awak buat pada saya dulu sebab awak marah dengan
girlfriend awak kan? Awak kahwin dengan saya pun sebab ayah dengan papa, kan?”
“Dahlah.
Abang tak nak gaduh”
“Dia
yang perangai macam budak-budak, ada hati cakap orang budak mentah” Ngomel
Balkish.
“Eh,
awak tak tahu ke apa yang saya dah lalui untuk awak? Saya sanggup tidur dekat
balkoni rumah dengan nyamuk-nyamuk betina yang gemuk sebab hisap darah saya
setiap malam. Asalkan awak selesa tidur dalam bilik kita. Saya sanggup tolak
perempuan cantik yang tiga belas kali lebih cantik dan hot dari awak masa saya bercuti dengan kawan-kawan saya dulu. Saya
sanggup kerja dengan papa, bawah sinar matahari terik, angkat beban berat sebab
nak buat awak terharu dengan duit gaji saya sendiri. Saya juga sanggup bangun
awal pagi dan hantar serta jemput awak tiap-tiap hari sebelum awak duduk
hostel. Dan saya sanggup tahan keinginan saya ini demi awak. Malam hari itupun,
mana ada saya tidur dengan si Qistina tu. Dia tu jauh lebih baik dari awak. Body dia macam ni hah! Macam buah pear. Semua tu sebab awak. Awak tu keras
kepala, degil. Cakap ikut suka hati saja. Tapi saya tahan. Kalau pak ustaz tu
kahwin dengan awak, belum tentu dia dapat tahan dengan kerenah awak ni”
Panjang
Amin meleterinya tapi satu bait kata sahaja yang betul-betul memberi kesan
kepada Balkish. dia segera bertanya, “Betul awak tak tidur dengan perempuan
tu?” soal Balkish dalam nada manja dan gembira
“Tak”
mendengar sahaja suara menggoda Balkish, marah Amin seakan-akan hilang.
Balkish
tersenyum gembira.
suka cerita novel ini, sambung lagi...jangan lama lama
ReplyDeletepembaca dari indonesia
Yes, sambung lg... Thanks writer
ReplyDeletecepatlah sambung
ReplyDeleteCepat sambung
ReplyDeleteBila nak keluar?
ReplyDeleteakak writer sambunh la lagi..penat menunggu entry baru.. pleeaasssee,, akak give us some more entry..
ReplyDeletebest lama tunggu tau please nak lagi tq.
ReplyDeletehari2 tnggu entry baru ni :)
ReplyDeleteBusy betul writer kita ni, plsss nk n3
ReplyDeletenak lagi..
ReplyDeletebestny.... cepat la sambung,,,,
ReplyDeleteCpt ler Smg ... Dh lame tgu...
ReplyDeletejgn lama sgt nk smbg cerita nie..nti takut terlupa nama blog..
ReplyDeletebila buku ni nak keluar..dah lama tunggu ni huhuhu...sbb 3 bulan sekali baru bole baca sambungannya..bila tgh feel baca..x der sambungan trus hilang feeling..pls..pls..continue..
ReplyDelete