Bab 29
Sudah
beberapa hari berlalu sejak Balkish dan Amin mendapat tahu yang mereka bakal
menimang cahaya mata dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Tetapi sejak
mengetahui berita itu, Amin seolah-olah menjauh daripada Balkish. Jarang sekali
Amin mahu menelefon atau sms kepadanya. Mungkinkah lelaki itu memerlukan sedikit
masa lagi untuk berfikir?
Mungkin
agak susah untuk menerima berita itu secara mendadak. Tambahan pula Amin itu
bukannya jenis lelaki bertanggungjawab. Fikir Balkish sendirian.
‘Mungkin
tengah terkejut lagi’ Balkish faham, tetapi Amin juga harus faham yang sekarang
ini dia sangat memerlukannya untuk membantu dan memberikannya semangat.
Kandungan di dalam perutnya semakin hari semakin membesar, dan dia harus
menjaga kesihatannya dengan baik supaya anak yang bakal lahir nanti sihat.
Balkish harus kuat supaya kandungannya juga sihat. Dia sedar akan hakikat itu.
Kebelakangan
ini, hatinya pula buat perangai, sering-sering merindui Amin. Wajah Amin sering
sahaja muncul saat dia termenung sendirian. Suara ketawa Amin sering sahaja
terdengar di kuping telinga saat dia bersendirian. Kata-kata lucu dan romantik
yang pernah diucapkan oleh Amin bagai kaset yang diputar-putar di telinganya.
Semuanya tentang Amin dirindui tetapi pada saat ini jugalah, Amin berdiam diri.
Mungkin lelaki itu memerlukan masa untuk berfikir. Atau dia sibuk dengan
tugasannya?
Balkish
belum memberitahu sesiapa lagi tentang kehamilannya. Ibu, ayah, mama dan papa
belum dikhabarkan dengan berita itu. Biarlah kali ini dia mendengar kata Amin.
Balkish duduk menunggu teman-teman study groupnya untuk datang. Buku di
depannya tidak diendahkan. Yang difikirkannya sekarang adalah kandungannya dan
ayah kepada baby ini. Tersenyum
sendiri Balkish dibuatnya.
Fakrul
memberi salam. Salam keramat umat Islam itu dijawab oleh Balkish. Barulah dia
tersedar dari lamunannya. Balkish membetulkan buku-bukunya. Fakrul pula segera
mengambil tempat berhadapan dengan Balkish.
“Mana
yang lain?” soal Balkish. Dia sebenarnya kalau boleh nak mengelakkan daripada
duduk berdua-duaan dengan Fakrul. Malas mahu melayan bicaranya. Balkish melihat
ke sekeliling. Mujurlah mereka tidak berdua sahaja di ruangan study group ini. Ada juga beberapa
kelompok study group yang lain yang
duduk berdekatan dengan mereka.
“Ada
dekat library. Sekejap lagi dia orang
datang” beritahu Fakrul.
“Kita
tunggu dia oranglah, kan?” soalan bodoh itu terpacul dari mulut Balkish. Dia
tidak senang berdua-duaan dengan Fakrul. Dia juga tidak selesa dengan kesunyian
antara mereka ini. Sengaja dia memulakan perbicaraan. Balkish membuka kembali
bukunya dan cuba membaca dulu beberapa baris ayat dari buku itu untuk
mengelakkan diri daripada diajak bicara oleh Fakrul.
Tangan
Balkish yang diletakkan disebelah bukunya tersentuh dengan tangan Fakrul.
Balkish segera menarik tangannya. Dia tersenyum kelat. Mungkin Fakrul secara
tidak sengaja menyentuh tangannya.
Fakrul
menyentuh dan kemudian memegang tangan Balkish erat. Balkish mengangkat
pandangannya dan melihat ke arah Fakrul yang juga turut memandangnya saat itu. Tiada
kata yang keluar dari mulut Balkish. Fakrul juga diam.
Setelah
sedar yang kali ini Fakrul bukan lagi tidak sengaja menyentuhnya, Balkish
segera menarik tangannya. Tetapi kali ini genggaman keras Fakrul seperti tidak
mahu melepaskan tangannya. Balkish terus melawan.
“Fakrul,
lepaslah!” marah Balkish.
Fakrul
memandang tajam ke arah Balkish.
Dari
jauh terdengar suara Aiza dan Yani yang sedang berjalan menghampiri mereka.
Fakrul cepat-cepat melepaskan tangan Balkish sebelum dilihat oleh
kawan-kawannya yang lain. Aiza dan Yani menyapa Balkish yang sedang melihat
tajam ke arah lelaki yang duduk dekat dengannya. Fakrul juga tidak mahu kalah.
Pandangannya tetap pada wajah Balkish. Aiza dan Yani saling berpandangan antara
satu sama lain, pelik dengan situasi tegang antara Balkish dan Fakrul sekarang
ini.
“Sorry aku
tak sihat sedikit hari ni. Kau orang studylah
tanpa aku” ucap Balkish. Dia mengemaskan buku-bukunya. Beg galasnya diambil dan
Balkish melangkah laju meninggalkan ruangan itu. Fakrul hanya sekadar melihat.
Aiza
dan Yani mengambil tempat duduk. Mereka berdua melihat ke arah Fakrul.
“Kau
dah tanya ke pasal tu?” soal Yani.
Fakrul
menggeleng.
“Habis
tu? Yang Balkish marah sampai macam tu sekali, kenapa?” soal Aiza pelik. Dia
tahu yang Balkish sangat marah saat dia meninggalkan study group mereka ini. Sangkaannya Balkish marah kerana Fakrul
bertanya tentang apa yang dilihatnya di hotel dahulu. Tetapi ternyata tidak.
Kalau bukan kerana itu, kenapa pula Balkish marah sampai begitu sekali?
………………………
Balkish
berjalan laju keluar dari bangunan fakultinya. Dia berjalan kaki sahaja untuk
ke kolej penempatan. Malu kalau dilihat oleh orang lain yang dia sedang
menangis saat ini. Wajahnya ditundukkan sahaja memandang bumi, air matanya
keluar menitis tanpa henti. Dia kecewa dengan perbuatan Fakrul terhadapnya.
Lelaki itu telah meragut kepercayaannya.
Sanggup
Fakrul memperlakukannya sebegitu, sedangkan dia lelaki baik-baik. Memang Fakrul
tidak berkopiah macam kebanyakan lelaki-lelaki lain di UIA ini, tetapi dia
tetap dianggap lelaki yang baik-baik. Tutur katanya sopan, tidak pernah keluar
kata-kata kesat dari bibirnya. Tambahan pula dia berkawan dengan lelaki yang
baik-baik seperti Muaz. Kalau mereka ada study
group, Fakrul akan tetap pergi solat Jumaat dan tetap mengerjakan solat berjemaah
di masjid. Kenapa Fakrul sanggup memegang tangannya? Bukankah dia sedar yang
mereka berdua bukan muhrim dan perbuatan Fakrul tadi boleh mengundang kepada
fitnah dan maksiat.
…………………………………………………
“Amin,
ajaklah Balkish sekali malam ini” pesan Mira.
“Bolehkan,
yang?” soal Mira kepada Firdaus. Lengan Firdaus dipaut erat.
“Malaslah”
bentak Amin.
“Ajaklah
bro” tambah Hisyam pula. Dia
bersetuju dengan cadangan Mira setelah dipujuk rayu oleh gadis itu.
“Boleh.
Tapi ada syarat”
“Apa
syaratnya? Main syarat-syarat pula” sindir Firdaus.
“No drinks, okey?
Apa jenis sekalipun, beer ke, vodka ke.
No. Okey?”
Mira ketawa lucu. Tidak pernah dia
melihat gelagat Amin yang begitu takutkan isteri. Dia akui,
sejak Amin berkahwin dengan Balkish, lelaki itu sudah berubah sedikit demi
sedikit. Kalau dulu dia meluat dan benci dengan Amin, namun terpaksa saja berjumpa
dengannya, kerana Amin teman baik Firdaus. Kalau bukan sebab itu, memang dia
tidak mahu melihat Aminpun. Dia benci dengan sikap playboynya yang suka mempermainkan hati perempuan. Lelaki itu juga
bangga dengan kekacakan dan ketampanannya. Mamat perasan. I mean, Amin memanglah kacak tapi tak perlulah nak heboh-hebohkan
dekat orang. Dan sekarang, dia sudah tidak melihat Amin menggatal sana-sini. Cuma
hari itu, entah hantu mana yang merasuk akalnya, tiba-tiba sahaja perangai lama
datang kembali. Qistina, anak Dato’ Karim itu dibawa ke hotel. Entah apa
tujuannya, adakah hanya untuk membuatkan Balkish cemburu atau memang dah gatal,
tapi dia mendapat tahu yang Qistina marah-marah esok paginya kerana Amin
langsung tidak mempedulikannya pada malam itu.
Hati
Mira terbuka untuk berkawan dengan Amin sekarang ini. Rupa-rupanya masih ada
sisi baik pada lelaki playboy dan perosak
anak dara orang yang bernama Amin ini.
“Kedua,
erm kau orang kalau nak bawa partner
masing-masing tolong jangan mesra-mesra sangat. You knowlah Balkish tu macamana.
At least respect her” beritahu Amin.
“Oi,
banyak sangatlah syarat kau. Susahlah. Tak payahlah ajak Balkish kalau macam
ni” jerit Firdaus.
“Kau
ni takut bini!” sambung Hisyam pula.
Mira
ketawa lucu.
“Janganlah, bro. Aku rasa macam nak bawa Balkish saja
malam nanti. Bolehlah. Eh, behave, ya
malam ni?”
“Yalah,
tapi hadiah birthday Mira kena grand”
“Okey. No problem” sambung Amin. Dia
tersenyum gembira.
…………………..
Amin
pergi menjemput Balkish pada jam yang dijanjikan. Nasib baik gadis itu mahu
mengikutinya ke dinner malam ini
kerana agak lambat juga dia memberitahu Balkish tentang hal itu. Balkish
dilihat masam sahaja wajahnya. Amin diam sahaja saat gadis itu masuk ke dalam
keretanya, takut juga mahu memuji kecantikan Balkish malam ini melihatkan
ekspresi yang tidak menyenangkan pada wajah itu.
‘Nak
kata moody sebab datang bulan,
Balkish kan mengandung, mana ada datang bulan. Ke sensitif sebab hamil? Ish tak
fahamlah perangai perempuan ni!’ Bisik Amin dalam hati.
………………
“Kau
nampak tak tu?” soal Aiza terhadap Yani. Mereka berdua berusaha mengintai
kereta yang ditumpangi oleh sahabat baik mereka. Aiza mula pelik melihat
Balkish bersiap-siap dengan pakaian cantik-cantik untuk keluar saat dia sampai
ke bilik tadi. Mungkin inilah peluangnya untuk melihat siapa teman lelaki
Balkish. Dia segera menghantar sms kepada Yani untuk datang ke biliknya saat
teman mereka itu melangkah keluar. Sekarang ini, mereka berdua terintai-intai
macam budak-budak dari tingkap yang berpagar besi itu. Namun teman lelaki
Balkish hanya menunggu di dalam kereta dan kereta sport yang berkaca hitam. Hampa Yani dan Aiza di buatnya.
“Kereta
dia cantiklah. Mahal” kata Yani.
Aiza
hanya diam. Dia lebih merisaukan keselamatan Balkish.
………………………
Amin
memandu keretanya. Dia diam. Balkish juga diam.
‘Cantiknya
Balkish. Walaupun dia hanya mengenakan make
up yang simple-simple tetapi dia
tetap cantik. Dah memang natural beauty.
Dan pakaian dress longgar labuh yang
dikenakan Balkish tetap anggun walaupun tidak terbelah sana-sini. Setelah
sampai ke destinasi, Amin mengajak Balkish mengekorinya ke restoran hotel.
Hadiah Mira tidak lupa dibawa.
“Awak
okey tak ni?” soal Amin setelah dia
berdiam diri. Balkish kelihatan seperti sedang termenung sendirian sejak mereka
di dalam kereta lagi.
“Kawan-kawan
awak semua dah sampai ke?” soal Balkish mengubah topik. Amin mengangguk.
Balkish
berjalan beriringan dengan Amin. Sebaik sahaja mereka sampai ke meja yang telah
ditempah sebelumnya, Amin menarik kerusi untuk isterinya. Dia kemudian duduk di
sebelah Balkish.
“Happy birthday, Mira. Ini hadiah dari
kami” ucap Amin. Balkish turut mengucapkan tahniah atas sambutan hari lahir
teman baik Amin itu. Mira mengucapkan terima kasih kembali atas hadiah dan
kehadiran mereka pada malam ini. Dia masih lagi kekok dengan Balkish walaupun
gadis itu kini telah menjadi idolanya kerana berjaya mengubah Amin.
Firdaus
memanggil waiter untuk mengambil
pesanan mereka. Menu diberikan kepada setiap orang.
“Awak,
awak pesankan untuk saya, ya. Saya tak biasa makan makanan macam ini” bisik
Balkish kepada Amin. Lelaki itu mengangguk.
“Kalau
yang ni okey? Steak and sauce dia sedap. Awak boleh ke makan daging ni? Tak
mual-mual?” soal Amin.
“Boleh.
Awak, saya teringin nak makan burger.
Ada tak burger?”
“Ada,
yang ni. Nak? Saya pesankan” bisik Amin lagi.
“Saya
nak burger biasa saja. Ramly burger” Balkish senyum.
“Main-main
pula” marah Amin.
Balkish
cuba mengawal emosinya tetapi sebaik sahaja mendengar Amin tidak mengambil
berat akan pesanannya, dia berkecil hati. Balkish terus diam dan langsung tidak
memandang Amin.
“Waiter, erm steak ribs 100% cooked
with mushroom blackpepper sauce, two for us” beritahu Amin.
Mira, Firdaus, Hisyam dan kawan perempuannya turut membuat pesanan untuk
mereka. Setelah menjamu selera, Amin dan kawan-kawannya berbual antara mereka.
Balkish mahu mencelah namun tidak ada topik yang sesuai untuknya. Dia hanya
mampu mendengar cerita yang dibualkan antara Amin dan kawan-kawannya. Sesekali
dia turut ketawa mendengar cerita lucu mereka.
“Awak
selesa tak? Nak balik?’ soal Amin kepada Balkish di sampingnya. Risau juga jika
Balkish tidak suka berada di sini. Lagipun Balkish baru mengenali
kawan-kawannya, mungkin Balkish agak susah mahu membawa diri. Sejak dari tadi
isterinya itu hanya berdiam diri.
“Balkish
ambil course apa?” soal Mira.
“Management and accounting”
“Degreelah kan?” soal Mira lagi.
Balkish
mengangguk.
“Kau
tu Amin, cepat sedikit habis. Nanti Balkish habis lebih dulu dari kau, malu”
perli Firdaus.
“Aku
rileks saja bro. Tak lulus, aku repeat
lagi sampai lulus” seloroh Amin. Kawan-kawannya turut ketawa. Mereka semua tahu
dengan sikap sempoi Amin itu, lelaki itu terlalu cool, terutama soal pelajarannya.
Setelah
agak lama mereka berbual-bual, Balkish meminta diri dari Amin untuk
berjalan-jalan di kawasan kolam. Pemandangan di situ sangat cantik kerana
dihiasi oleh lampu yang berwarna keemasan yang menyinari pokok tumbuhan yang
tumbuh kehijauan. Kombinasi itu membuatkan suasana menjadi lebih romantik.
Balkish
berpeluk tubuh menahan kedinginan malam. Suasana sekarang ini sangat
menggembirakan dan menciptakan perasaan indah di hati. Dia tidak pernah
bermimpi untuk sampai ke tempat secantik dan semahal ini. Kalau bukan kerana Amin,
sampai bila-bila pun dia takkan menjejakkan kaki ke tempat mewah sebegini.
Orang kata tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia. Begitulah misteri qada’ dan
qadar Allah. Siapa sangka hidupnya akan berubah 1800 dari gaya
hidupnya waktu sekolah dahulu.
“Hye” sapa Mira.
“Hye”
balas Balkish.
“Amin
cari awak” beritahu Mira. Balkish berkalih ke belakang. Dia mengintai kelibat Amin
tetapi tidak kelihatan. Malas mahu berkepit sahaja dengan Amin. Biarlah dia di
sini dulu sebentar.
“Biarlah
dia” balas Balkish.
Mira
ketawa.
“Awak
ni luar biasa” kata Mira.
“Kenapa
awak cakap macam tu?”
Mira
menggelengkan kepalanya. “Seronok dapat berkenalan dengan awak. Dah lama awak
berkahwin tetapi hari ini baru saya dapat bertemu dengan isteri Amin Fauzi ni”
“Dah
lama awak kenal Amin?” soal Balkish.
“Lama
juga. Sampai semua pasal dia saya tahu. And
trust me. You would hate to know about his past”
Balkish
ketawa lucu. Tidak sangka Mira ini ada sense
of humour juga. Kalau dilihat dari gayanya, Mira memang gadis high class. Pakaian dan fesyennya
semuanya up to date. Tidak kalah juga
teman wanita Hisyam. Kecil rasa diri ini kalau dibandingkan dengan mereka. Baju
dress labuh ini dipinjam dari
temannya. Patutlah, Amin tidak suka kepadanya. Aku ini anak orang miskin, tak
macam kawan-kawan Amin ini. Semuanya anak orang kaya.
“By the way, nice to meet you”
“Nak
balik dah ke?” soal Balkish. Mira mengangguk.
“Happy birthday, Mira” ucap Balkish.
“Thanks for coming”
Mira memeluk Balkish dan kemudian dia tersenyum.
“Nanti
I bagitahu Amin you ada dekat sini”
……………………..
“Mak
cik!” tegur Amin. Balkish berkalih ke arah lelaki itu.
Panggilan
mak cik yang dipanggil oleh Amin itu tidak diendahkan.Balkish kagum dengan
keindahan landskap di hadapannya itu. Amin berjalan menghampiri Balkish.
“Puas
I cari” sambung Amin lagi.
“Jomlah,
abang hantar balik” ajak Amin. Balkish diam sahaja. Baru sahaja dia mahu memusingkan
badannya, jaket Amin membalut tubuhnya. Mungkin lelaki itu sedar yang dia
kesejukan kerana sejak dari tadi Balkish hanya berpeluk tubuh. Balkish
memandang Amin di hadapannya, terharu.
“Hah,
jangan nak terharu! Itu belum apa-apa!” ujar Amin.
Baru
sahaja perasaan terharunya mencambahkan benih di permukaan pasir, Balkish
segera memaksa perasaan itu untuk berkubur kembali. Kata-kata Amin membuatkan
dia merasa meluat. Balkish mencebik.
Amin
melihat ke arah bibir Balkish. Walau apapun ekspresi wajah Balkish, dia tetap
cantik. Amin nekad, bibir Balkish didekati. Bibirnya akan mencium bibir itu
malam ini. Amin tidak mempedulikan keadaan sekelilingnya. Balkish kaget pada
awalnya, tetapi dia segera memberikan reaksi yang mengejutkan Amin.
Tanpa
berfikir panjang, wajah Amin ditepis dengan tangannya dan tubuh Amin terdorong
ke dalam kolam mandi. Lelaki itu tercelup habis-habisan seperti biskut Hup Seng
dicicah ke dalam air teh panas. Amin berdiri di dalam kolam sambil memeluk
tubuhnya yang sedang menggigil.
Balkish
ketawa lucu. Beberapa orang pelayan yang mendengar bunyi percikan air kolam itu
terus meluru untuk membantu mengeluarkan Amin. Dia diberikan tuala untuk
menghilangkan kesejukannya. Ketawa Balkish belum lagi berhenti sampailah mereka
menjejakkan kaki ke dalam bilik hotel yang terpaksa disewa oleh Amin. Jantung
Balkish berdetak kencang saat mereka berdua masuk ke dalam bilik hotel itu.
Amin
dan Balkish terpaksa menginap di hotel itu memandangkan baju Amin basah lencun
dan terpaksa dicuci. Balkish duduk di sofa sementara Amin masuk ke bilik air
untuk melepaskan pakaiannya yang basah. Tidak lama kemudian dia keluar dengan bathrobe terlekat pada tubuhnya. Jantung
Balkish berdegup dengan lebih kencang. Kali ini, entah kenapa mata Balkish
mencuri pandang ke arah tubuh sasa milik Amin yang sedang berjalan melewatinya.
Dari celah lipatan bathrobe yang
dikenakan oleh Amin, dia dapat mengintai dada sasa milik suaminya. Amin membuka
pintu bilik hotel dan memberikan baju basahnya kepada pekerja hotel yang
menunggu di luar sejak dari tadi.
“Your hotel ada jual baju tak?” soal Amin.
Pekerja
itu menggelengkan kepala. Amin menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Malang
betul nasibnya hari ini. Dia kembali menutup daun pintu. Remote control aircond dicapai dan Amin menaikkan suhunya. Dingin
dirasa sampai ke tulang. Dia duduk di birai katil.
“Awak
order satu bilik ke?” soal Amin
selamba. Pelik juga melihat Balkish duduk di sofa biliknya sejak dari tadi.
“Tak
ada bilik single yang kosong, yang
ada bilik deluxe ni. Saya nak ambil
dua tapi saya tengok harga mahal sangat” balas Balkish.
“Kenapa
tak ambil? Abang bayarlah esok. Awak ni pun”
Balkish
diam.
“Awak
tak kisahkan abang naikkan suhu bilik?” soal Amin. Balkish menggeleng.
Jantungnya berdegup sangat kencang tapi Amin dilihat selamba sahaja.
‘Ish
geram betul dekat si Amin ini. Tidak terlintas ke di fikirannya yang aku ni kekok
dalam keadaan sekarang ni?’
“Yang
awak tu, asyik pandang bawah sejak dari tadi tu kenapa? Ni tengok suami awak
ni, lebih handsome dari lantai tu”
Balkish
menjeling. Amin senyum dapat mengusik Balkish. Balkish jadi terdiam. Ada satu
perasaan aneh muncul. Wajah Amin dilihat tidak berkelip.
‘Betullah.
Wajah Amin lebih handsome dari
lantai! Handsome dari semua lelaki yang pernah dia kenal atas muka bumi Allah
ini. Rambutnya yang masih basah itu membuatkan Amin kelihatan seperti seorang Amin
Fauzi yang tidak pernah dikenalinya sebelum ini. Amin yang lain, Amin yang
tidak berbau cologne sepanjang hari, Amin
yang tidak berambut keras sebab gel rambut mahalnya, Amin tanpa jenama
mahal-mahal, seorang Amin tanpa price tag.
Amin sekarang adalah Amin Fauzi , anak lelaki kepada Sahar, tanpa hashtag anak Dato’
Amin
bersin. Hidungnya dipicit supaya hingusnya tidak keluar.
“Tisu,
awak” pinta Amin. Balkish segera mengambil tisu yang disediakan oleh pihak
hotel di meja solekan. Tisu itu diberikan kepada Amin.
“Pengotorlah
awak ni”
“Normallah
ini. Kalau awak kena tolak masuk dalam kolam renang malam-malam, awak pun
berhingus macam ni” sindir Amin.
“Yang
awak nak cium saya tu kenapa? Depan orang pula tu”
“Awak
kan isteriabang. Suka hati abanglah nak cium depan orang ke belakang orang” Amin
ketawa bangga.
Balkish
diam, Amin pula melihat kea rah isterinya.
“Balkish”
panggil Amin.
“Erm”
malas Balkish mahu melayan usikan Amin lagi.
“Awak
nak tahu tak?” kata Amin. Sengaja dia menimbulkan unsur-unsur suspens sedikit dalam kata-katanya.
“Apa
dia?” marah Balkish.
“Saya
tak pakai apa-apa pun dalam robe ni”
Balkish
tersentak. Dia terdiam dan tercegat. Mukanya pucat lesi. Amin melihat perubahan
pada Balkish. Dia ketawa besar.
“Tak
sangka awak masih terkena dengan gurauan saya. Everytime I did it, you will fell for it” ketawa Amin masih belum
berhenti.
“Baik
awak tidur sekarang. nanti esok demam!” marah Balkish. Dia membetulkan sofa
tempat dia duduk. Malam ini dia akan tidur di sofa sahaja. Biarlah Amin yang
tidur di katil.
“Sembanglah
dulu” ajak Amin.
“Saya
nak tidur” Balkish membuka jarum peniti pada tudungnya. Tudung itu akhirnya
dicabut dari kepala. Rambut Balkish yang panjang mengurai itu dibiarkan lepas
bebas. Amin terdiam. Sudah lama dia tidak melihat Balkish tanpa auratnya
dilindungi. Dia tidak dapat menahan dirinya dari terus memerhatikan keindahan
ciptaan tuhan di hadapannya itu.
“Apa
awak buat tu???” soal Amin kasar.
Balkish
terkejut mendengar jerkahan Amin. Dia berpaling ke arah Amin.
“Apa
pula ni?” marah Balkish lagi.
“Kenapa
awak buka tudung?” soal Amin.
“Kenapa
pula. Saya nak tidur. Takkan nak tidur dengan bertudung?”
“Pa..pa..pakai
balik tudung awak!”
“Malaslah
nak layan awak ni”
“Balkish!
abang cakap pakai!” marah Amin.
Balkish
agak terkejut melihat Amin marah sekali kepadanya. Buka tudung saja pun. Itupun
depan Amin juga, bukannya orang lain. Apa yang marah sangat ni?
“Ambil
barang-barang awak tu semua, letak sini. Awak ..er..er.. gerak sana sekejap?”
arah Amin. Dia menunjukkan ke arah sudut yang paling jauh dari katilnya.
Balkish terpaksa menurut. Dia mengambil beg tangan dan tudungnya dikenakan
kembali ke kepalanya. Serabai tudung itu melekat ke wajahnya. Rambutnya keluar
dari tudung yang hanya disaukkan ke kepalanya dengan cepat kerana tidak mahu
dimarahi oleh Amin. Dia berjalan ke arah sudut yang ditunjukkan oleh Amin.
Lelaki itu akhirnya berjalan ke arah sofa tempat Balkish duduk tadi.
“Awak
boleh pergi ke katil sekarang. Tidur situ. Biar abang tidur sini” beritahu Amin.
Balkish membaringkan
tubuhnya ke katil. Dia pelik dengan perubahan sikap Amin dan perangainya yang kebudak-budakan.
Kenapa disuruh ke sudut yang paling jauh dari tempat tidur tadi? Kalau betul
nak bertukar tempat tidur kenapa tidak suruh sahaja aku ke situ? Kenapa harus
membuatkan aku berdiri agak jauh daripadanya? Balkish berfikir-fikir sendirian.
Tiba-tiba satu jawapan muncul di fikirannya. Jangan-jangan…jangan-jangan…Amin
teruja melihat dia tanpa tudungnya tadi, dengan
dress ini lagilah! Malunya dipandang begitu oleh Amin. Malunya!
Lama tunggu bila nk dibukukan
ReplyDeleteXtau bile, saya pn x smpat nk update...kalo nak.jd bku ni banyak nak kena.buat..skrg betul2 xde masa
ReplyDeleteLamanyr tggu..nak next n3 pliz.. XD -yana
ReplyDeleteakhinya dpt pula n3 baru ye.. lamanya.. cpatcepatlah update.. AN
ReplyDeleteWah...akhirnya ada n3....rindu tgu lama2
ReplyDeleteEntry yg sgt dinantikan... best...
ReplyDeleteTolong la cepai ckit,dah tak tahan nie Hehe..
ReplyDeleteakhirnye, ada jgk entry baru lps tnggu berlama-lama. terus kan menulis :)))
ReplyDeletelama x update best nak lagi.
ReplyDeleteSenyum sendiri bila ada entri yg baru..tq..
ReplyDeleteBest sgt....cptlah di novelkan...xsbr nihhhh....
ReplyDeleteHopefully ade sambungannya dlm bulan Aug ini....
ReplyDelete