Bab 18
Balkish membuka
sampul surat yang bertuliskan namanya itu. Di sudut paling atas sampul surat
itu tertulis alamat pengirimnya. Balkish sudah dapat mengagak isi kandungan surat yang baru sahaj
diterimanya.
“Surat awak ke
tu?” sapa Amin. Entah dari mana munculnya lelaki seorang ni. Rungut Bakish di
dalam hati.
“Dari siapa
wak?” soal Amin lagi. Dia mendekati Balkish untuk melihat nama pengirim.
“UPU” balas Balkish
saat Amin sudah berdiri dekat dengannya. Hati Balkish jadi berdebra-debar
kerana takut berada dekat dengan Amin dan juga takut membaca isi kandungan
suratnya tu.
Tanpa terduga surat
itu dirampas dari tangan Balkish. “Amin!” jerit Balkish.
“Sinilah saya
buka. Saya bacakan untuk awak” beritahu Amin. Balkish terpaksa mengalah. Nak
berebut dengan Amin dia takut, dekat dengan Amin saja lutunya sudah
menggeletar, tangannya sudah kedinginan.
“Kepada saudari Balkish,
berkenaan dengan permintaan saudari dalam permohonan untuk melanjutkan
pengajian saudari, kami dengan dukacita memaklumkan yang permintaan saudari
ditolak” ketawa Amin membaca isi surat itu.
“Abang dah agak
dah. Balkish ni bukannya cerdik sangat” Amin masih ketawa lucu apabila
membacakan isi surat itu kepada Balkish.
Balkis terduduk
di sofa. Hancur semua harapannya. Impiannya untuk melanjutkan pengajiannya ke universiti
seperti orang lain musnah. Segala-galanya hancur dengan kehadiran surat ini. bukan sahaja impiannya musnah, impian ayah
dan ibu juga turut hancur berkecai tapi Amin boleh pula bergelak ketawa
memandang hal ini suatu perkara lucu.
“Tak apa Balkish,
papa boleh support Balkish masuk kolej swasta” pujuk Amin.
“Balkish tetap
nak masuk UIA” bentak Balkish. dia menjeling kea rah Amin yang berada di
sisinya. Lelaki itu tidak mengerti kekecewaannya dan sat ini dia sangat
membenci Amin kerana mengetawai berita buruk yang baru diterimanya itu. mungkin
bagi Amin hal ini remeh kerana dia hidup senang dengan segala kemewahan yang
dimilikinya tapi bagiku, inilah satu-satunya peluang untuk aku mengubah nasib kedua ibu bapaku
serta adik-adikku, dan sekarang peluang ini hilang dengan hadirnya surat ini.
“Sama je
mana-mana pun sayang” pujuk Amin. Amin duduk di sofa
Balkish terdiam.
Amin melihat wajah Balkish yang kelihatan sedih dengan berita yang bari
disampaikan olehnya tadi. Dia jadi kasihan. Menyesal pula mengetawakan Balkish
sedangkan sepatutnya dia tidak harus berbuat begitu demi menjaga hati Balkish.
“Nah, ambil
surat ni. Buat buat bungkus nasi lemak. Kalau tak masuk U, Balkish jual je nasi
lemak pagi-pagi kat depan sana tu” Amin bangun dari duduknya dan memberikan
surat itu kepada Balkish. Sempat dia menjeling ke arah Balkish yang masih lagi
bersedih.
Surat itu Balkish
ambil dan membaca isi kandungannya.
“Aminnnnn!!!!!”
jerit Balkish geram. Dia hampir menangis apabila mendengar khabar tidak baik
dari Amin itu tadi. Tetapi setelah membaca isi surat rasmi tersebut, Balkish menjadi
marah. Kalau boleh bertukar hijau jadi Incredible Hulk, sekaranglah masanya.
Perbuatan Amin yang telah menipunya tentang isi kandungan surat itu membuatkan Balkish
benar-benar marah.
Amin ketawa
terbahak-bahak. Apa lagi, dia segera menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa
amukan Balkish. Gadis itu mengejarnya dengan bersungguh-sungguh. Amin gembira
dapat mengenakan Balkish. Sesekali Amin berpaling ke belakang untuk melihat
wajah masam mencuka milik Balkish yang masih mengejarnya untuk membalas perbuatannya
tadi. Tanpa terduga, tiba-tiba Amin tersadung di laman depan rumahnya. Dia
jatuh terguling-guling di rumput yang tumbuh menghijai di laman. Dan saat
itulah, Balkish berhenti di hadapan Amin dan bercekak pinggang.
“Dah dah, abang
penat kena kejar” beritahu Amin. Dia mengelak daripada dipukul oleh Balkish.
Balkish
tercungap-cungap kepenatan.
“Tak baik awak
tipu orang” bentak Balkish.
“La, abang gurau
je” balas Amin. Dia menghulurkan tangannya untuk ditarik oleh Balkish tapi Balkish
tidak mengendahkannya. Amin bangkit sendiri. Dia membersihkan seluar pendeknya
yang kotor terkena tanah dan rumput.
“Mama dengan
papa mana?” soal Amin tiba-tiba.
Balkish
melilau-lilau mencari kelibat kedua orang mertuanya itu.
“Kita berdua je
ni?” soal Amin. Sengaja dia mahu mengusik Balkish.
Hati Balkish
tiba-tiba berdegup kencang. Mereka hanya berdua? Di mana mama dan papa? Tangan Balkish
menggeletar. Amin ni bukannya boleh diharapkan. Datang mood gilanya, entah apa
yang bakal dilakukannya. Betul, Amin ada mood gila. Kalau orang lain, ada mood
happy, sedih, tapi Amin, dia ada additional,
mood gila!
“Nanti, dah
masuk U, abang tak benarkan Balkish tinggal kat hostel” tiba-tiba Amin
bersuara.
“Suka hati
sayalah” bentak Balkish. Dia mengelakkan diri daripada Amin.
“Eh, mana boleh.
Abang pun boleh bersuara dalam hal ni. Balkish kan isteri abang” balas Amin.
Amin memperjuangkan buah fikirannya. Memang betulpun, dia ada hak atas Balkish.
walaupun mama dan papa tidak tahu yang mereka tidak tidur sekatil tapi
sekurang-kurangnya setiap hari dia pasti dapat melihat Balkish. alinlah pula
kalau Balkish tinggal di hostel nanti. Siapa pula yang akan menjaga Balkish?
“Eh gelilah!”
“Amboi, jual
mahal. Dulu masa abang ngorat senyum je memanjang. Sekarang bila dah dapat
abang, macam ni Balkish buat kat abang” sambung Amin. dia mengejar langlah
Balkish yang meninggalkannya.
Balkish
tersenyum lucu. Ada ke patut dia cakap macam tu. Macam dia tu anak dara je.
Balkish berjalan
ke arah buaian kayu yang terletak di samping kolam ikan. Amin membontoti isterinya.
Balkish duduk di buaian dan mengayunkan dirinya. Amin sekadar melihat.
“Bila daftar?”
soal Amin.
Surat yang
berada di tangan Balkish dibuka. Isi kandungannya dibaca sekali lagi untuk
menjawab pertanyaan Amin itu.
“Next week”
“Tak lama
lagilah. Besok kita pergi cari barang-barang keperluan Balkish”
“Apa yang nak
kena beli?” soal Balkish
“Hah, ni Tanya
abang. Nasib baik Balkish ada abang. Banyaklah kita nak kena beli, yang penting
besok kita pergi. Kita cari baju baru, buku tulis, alat tulis, kasut, beg,
semualah. Balkish jangan risau. Biar abang bayar, ok”
“Memang awak
yang bayar, tapi duit tu duit papa” sindir Balkish.
“Yelah sayang,
abang kan belum kerja lagi”
Balkish
mencebik. Mulutnya muncung.
“Hah, mulut tu”
“Apa?”
“Balkish ingat
abang tak Nampak?”
“Nanti jangan
lupa bagitahu papa dan mama pasal offer letter Balkish ni. Jangan lupa ibu
dengan ayah Balkish juga” pesan Amin.
“Besok awak
temankan saya pergi rumah ayah?” pinta Balkish. Segan juga meminta pertolongan
daripada Amin untuk ke rumah kedua orangtuanya, maklumklah takut Amin tidak
selesa di sana. Kunjungan dulu, Amin telah termuntah malam hari kerana tidak
terbiasa makan ikan sungai. Pasti Amin keberatan lagi mahu ke rumah ayah, rumah
keluarganya tidak seselesa dan semewah rumah keluarga Amin. Walapun dia sangat
berterima kasih kepada Amin kerana sanggup mengalah dan berkorban sedikit untuk
bermalam di rumah keluarganya yang serba kekurangan, dia pasti Amin pasti tidak
mahu lagi berkunjung ke sana.
“Call jelah.
Awak ingat dekat ke rumah parent awak?”
“Tak apalah,
saya naik bas je”
Amin menarik
muka masam. Merajuklah Balkish ni..
“Ayah tak ada
handphone eh?” soal Amin cuba meneka
“Takkan
handphone pun tak ada. Tak fahamlah! Mahal sangat ke nak beli satu?” marah Amin.
Balkish
menjeling kea rah Amin. Kata-kata Amin itu terdengar seperti hinaan kepada
keluarganya yang serba kekurangan. Walaupun harga telefon bimbit sekrang tidak
lebih dari seratus ringgit tapi keluarganya memang benar-benar tidak
berkemampuan. Daripada berhabis duit ke barang yang tidak perlu, lebih baik
duit itu dibelanjakan untuk duit perbelanjaan sekolah adik-adik.
“Sakit hatilah
sembang dengan orang macam awak ni” marah Balkish. Dia bangun dan meninggalkan Amin.
Amin ketawa
lucu. Sekali lagi dia gembira dapat mempermainkan perasaan Balkish. Tidak
terlintas di fikirannya menghina darjat keluarga Balkish seperti itu. Dia Cuma
mahu mempermainkan perasaan Balkish dan bertengkar dengannya. Kalau bertanya
atau bercakap seperti biasa, Balkish tidak mahu menjawab, tapi kalau bergaduh,
Balkish ni banyak pula hujahnya.
“Abang gurau je sayang.
Herm? Besok kita belikan handphone untuk family awak eh?”
“Saya tak minta
pun awak belikan apa-apa” marah Balkish.
“Tak salah kalau
abang nak belikan. Anggap saja hadiah abang untuk ayah. Lagipun senang ayah nak
contact awak bila awak dah start belajar nanti, awak pun senang nak contact
family awak” sambung Amin.
Balkish
menjeling ke arah Amin yang berdiri sebelahnya. Tak guna handsome tapi perangai menyakitkan hati. Si Amin ni memang terkenal
dengan perangai buaya daratnya, tapi disebabkan dia pandai memujuk rayu, ramai
perempuan yang tergoda walaupun sudah mengetahui perangai sebenarnya.
Balkish berlalu
meninggalkan Amin.
“Ayah awak ayah
saya juga kan?!” laung Amin. Dia kemudiannya tersenyum gembira. Seronok dapat
mempermainkan hati si isteri. Balkish tu biar diusik macamanapun pasrah sahaja
melayan kerenahnya. Tak pernah nak belajar dari kesilapan, selalu sahaja
terkena. Mudah sangat mempercayai orang.
Sewaktu makan
malam, Amin turun ke ruang makan. Papa, mama dan Balkish sudah berada di
ruangan itu. Amin memandang Balkish tidak berkedip. Entah sejak bila, dia mulai
menyayangi isterinya itu, dah tak ada perempuan lain yang bertakhta di hatinya
sekarang kecuali Balkish. Lagipun Balkishkan dah jadi isterinya yang sah, tak
salahkan perasaan sayangnya itu? Balkish je yang jual mahal, orang dah nak kat
dia, dia pulak tak pandang kita ni. Hello, aku ni lelaki idaman Malaya kot.
Muka handsome, tinggi, tegap, banyak
duit. Herm, actually papa yang banyak
duit. Tapi pendek kata, kalau aku jalan dengan Balkish orang akan cakap
pasangan sejoli, bagai pinang dibelah dua.
Amin mengambil
tempat duduk di samping tempat duduk Balkish. Namun setelah menyendukkan nasi, Balkish
pula berpindah tempat duduk dan duduk berhadapan dengan Amin.
“Kenapa duduk
situ?” soal Amin marah.
Balkish melihat ke
arah mama dan papa. Terkejut juga dengan pertanyaan Amin yang tiba-tiba itu. Suara
lelaki itu juga agak kuat. Bukannya nak cover.
“Bukan awak
selalu duduk sini ke?” sambung Amin lagi.
“Saya nak duduk
sini” balas Balkish. Dia tidak mengendahkan marah Amin. Marahnya yang dirasakan
tidak masuk akal. Tetapi memang benar Balkish cuba mengelak daripada Amin.
Tidak mahu dia berada sedekat itu dengan Amin.
“Min, papa dah
stop credit card Min” beritahu Dato’ Sahar tenang. Macam benda tu not a big deal for him and for me.
“What? Pa? Why?”
bentak Amin.
“Kan Amin tak
masuk kelas sekarang, remember?” sengaja Dato’ Sahar mempermainkan Amin.
“Tapi besok Amin
dan janji nak bawa Balkish cari barang-barang keperluan dia” marah Amin lagi.
“Balkish nanti
nak pergi cari barang, ajak Pak Cik Wak tapi nanti pergi office papa dulu”
beritahu Dato’ Sahar kepada Balkish.
Balkish sekadar
mengangguk. Dia melihat kea rah Amin. Teringat pula pesanan Amin petang tadi
yang dia mahu membawanya mencari barang-barang yang perlu untuk kelengkapan
belajar tapi sekarang, papa pula memberikan arahan yang bertentangan 360 darjat
dari pesan Amin petang tadi. timbul rasa simpati buat lelaki itu.
Amin melihat ke
arah Balkish. Balkish pula segera melarikan pandangannya, dan berpura-pura
tidak melihat.
“Kereta tu….”
Sambung Dato’ Sahar.
“Pa, not the
car..please” rayu Amin.
“Besok Amin nak
bawa Balkish pergi rumah ayah. We need the car pa” beritahu Amin.
“Betul Balkish?”
soal Dato’ Sahar.
“Pa, how come
you don’t trust me. I’m telling the truth. Now its everything about Balkish. Anak
sendiri pun papa tak percaya” marah Amin. Tetapi Dato’ Sahar tidak
mengendahkannya. Balkish terdiam. Dalam hatinya ingin sekali dia mengetawai Amin,
perangainya keanak-anakan, umur sahaja dah tua, tapi merajuk sana-sini, kalah
budak kecil umur 7 tahun.
“Kalau boleh, Balkish
minta Amin hantarkan ke rumah ayah. Nak bagitahu yang Balkish dapat masuk UIA”
beritahu Balkish kepada papa. Dia memberitahu hal yang sebenar dan cuba untuk
menyebelahi Amin supaya kereta Amin tidak ditarik oleh papa sepertimana papa
menarik balik kad kredit Amin.
“Ok, kalau macam
tu, you can keep the car tapi hanya untuk besok” Dato’ Sahar mengemukakan
keputusannya. Balkish menguis-nguis nasi yang berada di pinggannya. Dia tidak
berani mengangkatkan muka memandang Amin di hadapannya. Dato’Sahar memang agak
tegas rupanya, tetapi dalam ketegasan Dato’ Sahar itu, Amin masih berani
memprotes.
Amin bangkit
dari tempat duduknya. Nasi di pinggannya tidak disentuh pun. Seleranya hilang
mendengar keputusan dari papanya. Baru sahaja dia berangan mahu keluar
berdua-duaan dengan Balkish besok. Tetapi angan-angannya musnah oleh kerana
keputusan muktamad papa.
“Min, pergi
mana?” soal Datin Hasmah memanggil. Dia tidak berani menyampuk dalam
pertengkaran mulut antara suaminya dan Amin sebentar tadi.
“Min tak lapar”
balas Amin. Dia meninggalkan ruang makan itu dan mendaki anak tangga ke kamar.
“Abang ni kasar
sangat dengan Amin. Depan Balkish lagi abang marah dia. Malulah budak tu” tegur
Datin Hasmah separuh berbisik. Balkish melihat ke arah Dato’ Sahar.
“Makanlah Balkish”
pelawa Dato’ Sahar. Kata-kata isterinya tadi seolah-olah tidak didengarinya dan
teguran itu diabaikan saja.
Setelah selesai
menjamu selera dengan Dato' Sahar dan Datin Hasmah, Balkish mengemaskan dapur
dan ruang makan. Setelah itu dia naik ke biliknya. Daun pintu diketuk dahulu
sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik tidur yang sudah dihuni oleh Amin
itu. Dilihat Amin sedang terbaring di lantai dengan alas karpet permaidani yang
lembut. Lelaki itu seperti sudah terbiasa tidak duduk di katil. Maklumlah
terpaksa mengalah dan memberikan hak mandotori untuk menggunakan katilnya
kepada Balkish. Hati kecil Balkish tertawa dengan kemenangannya itu.
“Awak tak lapar
ke?” soal Balkish. kesian pula dengan nasib Amin yang tidak sempat makan malam
tadi.
Amin tidak
menyahut.
“Dah tido?” soal
Balkish. dia tahu Amin pasti belum tidur. Moodnya pula mungkin tidak baik
kerana bergaduh dengan papa. Amin tetap
tidak menyahut.
“Eh, kalau dah
tidur. Tidur kat luar. Jangan kat sini” Balkish mengingatkan. Dia mencuba
taktik mencari gaduh dengan Amin untuk memancing suaminya berbicara.
Amin bingkas
bangun dari tidurnya.
“You ni kan?!
Bukannya nak back up I” marah Amin.
Taktik Balkish
tadi menjadi, lega hatinya apabila mendengar suara Amin. sekurang-kurangnya,
tidaklah dia membisu sahaja dan hanya menyembunyikan marahnya.
“Dah you cuti
satu sem tu buat apa?” Balkish memprovok.
Sebab youlah Balkish!
Dan banyak sebab-sebab lain, antaranya malas. Tapi lebih sedap didengar kalau
jawapannya sebab Balkish. Nampak macam hero yang sanggup berkorban apa sahaja
untuk heroinnya.
“Tak apalah,
lagipun awak duduk rumah je, tak pakai duit pun” pujuk Balkish.
“Tapi abang nak
belikan barang-barang keperluan Balkish and abang tak nak Balkish pakai duit
papa” beritahu Amin. dia tak suka Balkish pakai duit papa sekarang ini. papa macam
nak berkeras dengannya tentang duit, mungkin kerana papa berasa marah dengan perbuatannya
membatalkan semesternya yang lepas. Tapi Balkish, Balkish isterinya, Balkish harus
mendengar katanya tidak menggunakan duit papa sekarang ini. dia tidak mahu bergantung
ke papa dan mahu mebuktikan kepada papa yang dia boleh memenuhi keperluan Balkish
tidak hanya bergantung kepada duit papa.
“Please. Its my
pride” sambung Amin lagi.
Balkish melihat wajah
Amin yang sedikit tunduk memandang lantai. Ada keikhlasan pada rentak nada suara
suaminya itu. Amin mungkin bergaduh dengan papa, tapi niatnya baik. Kali ini dia
mahu mengikut permintaan Balkish lagipun Amin suaminya. Balkish akhirnya
mengagguk.
“Bagi abang masa
dalam tiga atau empat hari ni. Abang cari kerja, lepas tu kita keluar sama-sama
cari barang-barang keperluan Balkish” sambung Amin lagi. Balkish mengagguk.
“Janji?”
“Janji” Balkish
memberikan janjinya. Dalam hatinya dia masih meragui kata-kata Amin
terhadapnya. Tetapi dari gaya dia bercakap, lelaki tu Nampak
bersungguh-sungguh. Tak apalah, bagi je Amin masa. Lagipun duit kerja part time
dulu msih ada dalam simpanan. Cukup barangkali untuk perbelanjaan barang-barang
keperluan ke universiti. Amin tersenyum gembira. Dia mengambil bantal dan
selimutnya dan membuka sliding door
untuk ke balkoni. Balkish mengambil sesuatu di bawah katilnya dan mengikut Amin
dari belakang. Semasa Amin berkalih ke belakang untuk menutup sliding door, dia
terkejut melihat Balkish.
“Eh awak tidur
jelah dekat katil” tegur Amin saat melihat Balkish mengekorinya. Sangkanya Balkish
mahu menjemputnya tidur di dalam bilik.`
Balkish ketawa
lucu. “Ni encik Amin. Ubat nyamuk awak” kata Balkish saat ketawanya habis. Dia
meletakkan ubat nyamuk di lantai dekat tempat tidur Amin. Tak kuasa nak tidur
sama-sama dengan Amin, apatah lagi dekat balkoni. Sengal betul mamat tu kalau
dia fikir aku nak ikut tidur sekali dengan dia.
salam maulidur rasul
best.. smbng lgi ♥
ReplyDeletekenapa lambat sangat sambungggg ? mencik lahhhh >:(
ReplyDeleteSian Amin, perasan...
ReplyDeletecepat larh smbung lagi ..
ReplyDeletexsbar nk baca nie ..
Br je follow citer ni..nice story..
ReplyDeleteSy pun baru aje flw cite ni.. best.. x sbr utk next entry.. Tld upload dgn cpt
ReplyDeletebaru follow citer ni...best...nk tnye..penulis xde fb ke?
ReplyDeleteEmel saya shoulderdistocia@yahoo.co.id
Deletetak ada sambungan ke cerita ni????
ReplyDeleteBest ceta ni teruskn mnulis
ReplyDeletebest sgt teruslah menulis dan menulis utk peminat novel mcm sye...
ReplyDelete