Monday, January 14, 2013

Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku Bab 17


Bab 17
Amin menjejakkan kakinya ke pasir pantai yang memutih itu. angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup di pinggiran pantai menggoyangkan pepohon kelapa yang tinggi lampai mencecah dasar langit. Memandangkan, sekarang ini musim cuti sekolah, orang yang berkunjung ke pulau ini agak ramai. Terdengar suara jeritan riang kanak-kanak yang sedang bermain sesama mereka I jauh dapat dilihat air laut yang biru menghijau menggamit kedamaian yang sulit dirasaai saat berada di Kuala Lumpur. Tenangnya sang hati saat menggamit keindahan seperti  ini. Amin mengambil beg packnya dari sampan dan mengikut jejak Hisyam, Firdaus dan Mira menuju ke tempat pendaftaran chalet. Pulau Kapas memang cantik, dari segi hiasan landskapnya yang sangat teratur dan unik dan keindahan alaminya. Pantainya dihiasi dengan ombak putih seperti sabun yang sedikit bergelora tetapi tetap sesuai untuk kegiatan mandi-manda. Dari jauh kelihatan ramai pengunjung dan pelancong yang sedang menikmati kegiatan beriadah mereka di pesisiran pantai.
Dah lama juga Amin tidak berkunjung ke tempat begini. Tak sabar rasanya nak pergi join mereka mandi laut. Dalam tidak sedar, Amin tersenyum gembira. Dulu waktu kecil-kecil, papa sering membawa dia dan adiknya, Aman ke pantai dan mereka pasti akan mandi-manda sampai kepenatan. Nanti mama akan memanggil mereka untuk naik. Kalau tidak dipanggil mereka berdua akan asyik tanpa mempedulikan waktu. Apabila selesai sahaja manji, mereka berdua  pasti akan kepenatan dan tertidur.
“Duduklah dulu bro, aku urus bilik kejap” Firdaus menarik tangan Mira untuk menemaninya ke kaunter. Amin dan Hisyam duduk di sofa tempat menunggu.
“Eh, Min tengok tu, awek cun Min” Hisyam menyiku Amin yang berada di sebelahnya. Mulutnya muncung menunjuk ke arah dua orang gadis yang sedang berjalan keluar dari kaunter. Kebetulah gadis-gadis itu juga melihat ke arah mereka dan senyum. Amin dan Hisyam turut membalas senyuman mereka.
“Min cun gila awek tu. Aku cop yang rambut panjang tu”
Amin ketawa lucu. “Kau nak dua-dua pun ambil je”
“Eh, biar betul. Kau ni dah mati pucuk ke?”
“Kau ni gila ke sengal?” Amin mengetuk kepala Hisyam dengan buku limanya. Temannya itu menggosok kepalanya yang sakit.
“Ke kau ingat isteri kau?” soal Hisyam serkap jarang.
Amin sekadar mendengus. Malas mahu melayan serkap jarang temannya. Dia bukannya teringatkan Balkish. buat apa nak ingatkan Balkish, gadis itu tidak pernah menganggapnya dirinya isteri aku! Bentak hati kecil Amin.
Balkish? tak kuasa aku nak ingat perempuan tu. Dapat bebas dari dia beberapa hari ni pun dah kira satu rahmat buat dirinya. Kalau tak, bosan asyik nak kena beralah je dengan dia. Tidur pun kena tidur dekat balkoni. Dia ingat best ke tidur dekat balkoni tu, banyak nyamuk la! Tapi kesian juga bila tengok keluarga Balkish. Timbul keinginan untuk membantu mereka tapi dia tidak berdaya. Kalau dia dah kerja tu lainlah. Adik-adik Balkish masih kecil dan semuanya bersekolah, pasti berat beban ayah nak tanggung mereka. Patutlah, Balkish buat part time dekat café dulu.
Amin mengeluarkan telefon bimbitnya dan cuba mengirimkan satu sms buat Balkish.
‘Abang dekat Pulau Kapas ni. Balkish tak payahlah nak risaukan abang’
Kiriman sms itu di hantar ke nombor telefon Balkish. entah kenapa tergerak hatinya mahu menghantarkan sms itu kepada Balkish padahal belum tentu Balkish merisaukannya. Kenapa aku harus ingatkan Balkish? sedangkan aku tidak menyintai gadis itu. yang aku cintai adalah Tina! Grab your sense Amin! marah Amin kepada dirinya sendiri.

Balkish membantu mama mengemaskan ruang tamu. Tidak banyak yang dapat dilakukan memandangkan mama mengupah seorang pembantu rumah yang akan datang ke rumah setiap hujung minggu. Namun Balkish tetap membantu kerana dia sebenarnya tidak betah untuk duduk diam sahaja di rumah ini.
“Balkish” panggil Datin Hasmah.
“Ye ma”
“Ni ada sms”
Balkish ke ruang makan untuk bertemu mamanya. Telefon bimbitnya yang sengaja ditinggalkan di dapur saat dia membantu mama menyediakan sarapan pagi tadi diambil. Telefon bimbit itu adalah telefon bimbit pemberian Amin saat hari lahirnya dulu.
“Balkish ni, simpan phone merata” tegur mama.
Malu juga mendapat teguran yang pertama dari ibu mertuanya itu. Dia sekadar tersenyum. Sms itu dibuka dan dibaca.
Balkish tersenyum lucu sambil membaca kiriman mesej dari Amin. ‘Abang dekat Pulau Kapas ni. Balkish tak payahlah nak risaukan abang’
 “Orang tak risau pun. Tak ada pun orang yang risaukan dia dalam rumah ni” tanpa disedari Balkish mengomel sendirian.
“Siapa yang sms?” soal Datin Hasmah.
“Amin” beritahu Balkish.
“Dia cakap apa?”
“Dia cakap dia baik-baik saja. Tak payahlah risaukan dia” beritahu Balkish lagi.
Datin Hasmah tersenyum lucu. “Mama ni kan, bukannya mama tak risaukan dia, tapi dah sering sangat Amin tu merajuk keluar dari rumah. Biasanya lepas gaduh dengan papa, dia keluarlah dari rumah. Bila papa dah stop credit card dia, nanti dia balik dengan sendiri. Tu sebab mama dah tak kisah sangat. Lagipun dia ada kawan baik dia. Tiap kali bergaduh dengan papa, dia pergi carilah siapa tu? Mama lupa nama kawan baik Amin. Tapi masa wedding korang hari tu, mereka ada datang” beritahu Datin Hasmah. Rajin mulutnya bercerita kepada Balkish.
“Hisyam dengan Firdaus ke mama?” Balkish turut mengenali teman baik Amin itu kerana mereka jugalah yang sering melepak di café tempat dia bekerja dulu.
“Hah, merekalah. Balkish kenal mereka?”
Balkish sekadar mengangguk.
“Balkish pun tak payahlah risau. Nanti besok lusa, baliklah Amin tu”
Mama. Balkish tak risau pun mama. Kalau Amin tak nak balik lagi bagus, tak payahlah Balkish nak kongsi bilik tu dengan dia. Tak adalah Balkish rasa tidak selamat malam-malam. Namun itu hanya kata-kata yang terluah oleh hatinya.
……………………………………………………
Firdaus mengajak teman baiknya itu ke chalet mereka. kunci kamar masing-masing diserahkan kepada empunya bilik. Oleh kerana tempahan agak banyak waktu musim cuti sekolah begini, mereka tidak mendapat chalet yang bersebelahan.
Amin berjalan  seorang diri  menuju chaletnya. Dia berpisah dengan Fidaus, Mira dan Hisyam di persimpangan empat laluan dalam taman sebelum dia mengambil lorong ke chaletnya. Apabila menjumpai biliknya, kunci bilik dibuka. Ruangan bilik ini simple dan kemas, sesuai untuk penginapan sendiri. Ruang yang masih panas itu dibiarkan dingin dengan menghidupkan air conditioner. Bagpack yang digalas, dicampakkan sahaja ke lantai. Tubuh direbahkan ke katil yang empuk, Amin mencari remote control TV dan menghidupkannya.
Kalaulah Balkish ada dekat sini, kan best! Aku peluk-peluk bini aku tu! Amin berangan. Cakap besar, tapi kalau Balkish depan mata, semuanya tak jadi, nak peluk pun takut, apatah lagi nak cium pipi Balkish yang putih gebu tu.
Bukan apa, Amin sebenarnya takut, takut dia akan melukai Balkish sekali lagi. Gadis itu sudah pernah menderita kerana dia, dia takkan mengulangi kesalahan itu lagi.
Amin mengeluarkan telefon bimbitnya dan melihat ke skrin yang kosong. “Siap kau Balkish. kau tak balas pun sms aku” marah Amin.
Telefon bimbitnya berdering dan nama Firdaus tertera di skrin.
“Bro kau buat apa dalam bilik. Jomlah keluar, mandi laut”
“Ok kejap aku keluar”
Amin mengenakan seluar pendek paras lutut dan membiarkan dada bidangnya terbuka. Sempat lagi Amin mengenakan kacamata Raybannya. Dia keluar dari bilik dan berjalan ke arah tempat yang dijanjikan oleh Firdaus. Ketiga-tiga orang temannya itu sudah berada di situ.
“Honey jomlah” Mira menarik tangan Firdaus untuk mengikutinya.
“You pergilah dulu. I nak lepak dengan kawan-kawan I ni kejap” balas Firdaus.
“You nak biar I pergi sorang?” soal Mira.
“Mira its not a big deal. Bukan ada jaws pun kat plantai ni” sampuk Amin.
Kata-kata Amin itu membuatkan Mira marah. Mulutnya mencebik tapi dia tetap akur dengan kata-kata Firdaus. Ditinggalkan teman lelakinya itu bersama-sama Amin dan Hisyam.
“Jangan lama-lama tau” pesan Mira. Firdaus mengangguk dan tersenyum.
“Apa plan korang?” soal Firdaus sebaik sahaja Mira menjauh dari mereka.
“Kitaorang nak tackle awek yang tu. Cun giler” Hisyam menunjukkan ke arah dua orang gadis yang seksi yang duduk di pesisiran pantai. Gadis-gadis itulah yang menarik perhatian Amin dan Hisyam saat mereka bertembung di kaunter pendaftaran sebentar tadi.
“High class bro” sampuk Firdaus.
Amin, Hisyam dan Firdaus ketawa terbahak-bahak.
“Aku cau dulu, nanti awek aku pulak kena rampas oleh lelaki-lelaki playboy macam korang ni”  beritahu Firdaus.
Amin dan Hisyam menghampiri ke arah gadis-gadis itu dan menyapa mereka. Salam perkenalan yang diberikan oleh HIsyam itu disambut mesra oleh mereka. Amin dan Hisyam tersenyum lebar. Mereka dipelawa untuk duduk bersama-sama mereka.
“You datang dengan siapa?” soal Amin kepada gadis berambut pendek paras bahu yang baru dikenalinya dengan nama Julia itu. Gadis itu sangat cantik, tidak kurang cantiknya kalau dibandingkan dengan Balkish. Cuma gadis ini ada iras-iras Juliana Evans sikit-sikit. Cantik, seriously cantik, tak tipu.  Balkish pula, cantik ayu. Kulitnya putih gebu, dan wajahnya tak iras-iras sesiapa pun. Memang kecantikan Balkish pure, one and only dekat Malaysia ni. Amin cepat-cepat memarahi dirinya saat dia mula menyedari yang dia asyik memikirkan Balkish sekarang ini. sikit-sikit Balkish, sampai depan awek cun macam Julia ni pun, nama Balkish juga yang aku ingat!
“Dengan Hiza jelah” beritahu gadis itu.
“Berdua je?” soal Amin tidak percaya.
Gadis itu mengangguk. “Kitaorang saja nak release tension. Before exam hari tu. I break up dengan boyfriend I so sekarang ni here I am. Nak tenangkan fikiran”
“Bodoh lelaki yang tinggalkan you. Tak tahu nak hargai gadis cantik macam you ni” balas Amin memasang umpan.
Julia tersenyum gembira menerima pujukan dan pujian dari Amin.
“You? You buat apa kat sini?” soal Julia pula.
“I ikut kawan-kawan I. dorang ajak jalan-jalan sini”
“You dah ada girlfriend? Manalah tahu, nanti girlfriend you datang sini serang I sebab rapat dengan you”
“I mana ada girlfriend” beritahu Amin. Betullah kan, mana ada teman girlfriend, isteri adalah.
Angin sepoi-sepoi bahasa pantai membuatkan rambut Julia berterbangan ditiup angin. Amin mengambil kesempatan ini untuk menyentuh wajah gadis cantik itu. Dia membetulkan rambut Julia. Gadis itu sekadar membenarkan. Amin apa lagi,  terus sahaja dia membelai wajah si gadis. Mereka bertentangan mata.
“You nak jalan-jalan?” ajak Julia. Amin pula segera mengangguk. Mereka berdua berjalan di pesisiran pantai sambil berpegangan tangan sesekali Julia menepuk lengan sasa Amin tatkala lelaki itu cuba mengusik. Mereka berdua ketawa gembira.
Setelah hari sudah berganjak senja, Amin menghantar Julia pulang ke chaletnya dan berjanji akan bertemu di club malam ini. Sebelum sempat Amin pergi, Julia sempat menghadiahkan satu kucupan di pipi lelaki itu dan mengucapkan terima kasih. Amin senyum gembira. Dia kemudiannya kembali ke chaletnya. Tidak disangka mendapat habuan baik daripada Julia. Ini yang diibaratkan pucuk dicita ulam yang datang. ‘Skill tackle awek’ yang dipraktikkan selama bertahun-tahun ini tidak pernah hilang atau hilang seri. Buktinya, dalam beberapa jam sahaja Julia dah macam jatuh cinta dengan aku. Ternyata, berkahwin dengan Balkish takkan pernah menjatuhkan kemampuan aku sebagai playboy Malaya. Amin ketawa bangga. Julia sangat cantik, kalau tak dapat Balkish, dapat Julia pun jadilah!
………………………………….
Amin mengenakan pakaian berjenama dengan gaya casual. Sebentar lagi dia akan bertemu dengan Julia. Gadis itu jelas-jelas menyukainya. Mana taknya, tak pernah ada seorang perempuan yang mampu menolak ketampanannya. Amin memang terbukti kacak dan tegap. Dengan wajahnya yang putih bersih, badannya yang sasa dan tinggi dan dengan karakter personal yang cool, mustahil ada gadis-gadis dapat menolak charmingnya. Bahkan Balkish yang baik itupun tergugat dengannya, senang sahaja nak ambil hati Balkish dulu tapi sekarang susah nak mampus. Lainlah Julia, social, single and vulnerable. Lagilah senang.
Amin mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia menaip sesuatu di keypadnya lalu dikirimkan ke Balkish. Dia tersenyum nakal. Jauh di sudut hati, ada dendam buat Balkish kerana tidak pernah melayaninya sebagai seorang suami. Tidak pernah melayan kehendak dan keinginannya sebagai seorang lelaki dan suami! Dan tidak pernah menghormatinya. Sengaja dia mahu menyakiti hati Balkish dan membalas semua perbuatan Balkish.
‘If I didn’t get it from you, I will get it from other girl and tonight I will. I’ll sms you which one is better, yours or her’s :)’
Balkish mengucap panjang tatkala membaca sms itu. Dia sangat terkejut apabila membaca sms kiriman Amin. Dia mengerti maksud kata-kata Amin itu. Selama ini pun Balkish sudah dapat merasakan yang Amin takkan dapat menahan keinginannya itu. Lelaki itu bukanlah beragama untuk tahu yang perbuatan itu terkutuk di sisi Allah dan sudah lama Balkish dapat mengagak bahawa Amin pasti akan mendapatkannya dari wanita lain kerana dia tidak memberikannya kepada Amin. Tapi saat itu dia bersedia menerima segala kemungkinan itu dan berkata kepada dirinya bahawa dia tidak kisah dan tidak apa-apa jika Amin berbuat begitu. Tapi sekarang, tatkala sms itu dibaca, hatinya hancur berkecai dan hampa. Dia berasa sangat marah apabila mengetahui Amin sengaja menyakiti hatinya dan mencabarnya dengan mengirimkansms sebegitu. Amin  memang tidak segan-segan memberitahunya yang dia akan melakukan zina dan maksiat sedangkan dia suaminya dan mereka masih lagi mempunyai hubungan suami isteri yang sah.
“Balkish, kenapa ni?” soal Datin Hasmah.
Balkish menyembunyikan telefon bimbitnya. “Tak ada apa-apa ma”
“Tapi Balkish Nampak pucat” Datin Hasmah mendapatkan Balkish dan mengusap wajah menantunya itu. Walaupun Balkish berada di rumah tetapi gadis itu tetap menjaga auratnya. Dia tetap sahaja bertudung untuk menutup rambutnya dari Dato’ Sahar. Datin Hasmah kagum dengan menantunya itu dan itu membuatkan dia bertambah sayang akan menantu sulungnya itu.
“Balkish naik atas dulu ma” pinta Balkish.
Datin Hasmah mengagguk. Balkish terus berlari ke biliknya dan mengunci pintu bilik dari dalam, dia menangis teresak-esak memikirkan kebodohan Amin dan kebodohan dirinya sendiri. Bagaimana dia boleh menyukai lelaki itu suatu ketika dulu? bagaimana dia boleh terbuai dengan kata-kata manis lelaki itu dan malam ini, lelaki yang sudah menjadi suaminya itu bakal meniduri perempuan lain dan yang lebih teruk lagi, Amin . Alangkah perih rasa di hati memikirkan kebodohan dan kegilaan lelaki yang bernama Amin itu. lelaki itu takkan pernah berubah, tidak serik dengan apa yang dilakukannya terhadapku dulu. jika Amin meniduri perempuan lain, adakah ikat perkahwinan ini tidak bermakna buat dirinya? Adakah dia merasakan perkahwinan ini sekadar untuk menutup salahnya terhadapku? Supaya ayah tidak melaporkan hal ini kepada pihak polis?
Balkish menangis semahunya memikirkan kebodohan dirinya. Walaupun dia membenci lelaki itu namun, dia pernah menyukai Amin suatu ketika dulu, tidak mustahil untuk dia menyukai Amin kalau Amin benar-benar berubah menjadi seorang suami yang mampu dihormati dan mampu membimbingnya ke jalan Allah, mampu menjadi ketua keluarga dan suami yang baik. Tetapi Amin terlalu terpesong dari jalan yang benar. Walaupun tidak menyukai Amin lagi tetapi hati isteri mana tidak terusik kalau tahu suaminya mahu berhubungan dengan gadis lain.
Lama-lama baru Balkish bangkit dari duduknya, air mata yang mengalir deras di pipi diseka. Dengan langkah yang longlai Balkish melangkah masuk ke kamar mandi dan mengambil air wuduk. Tidak lama kemudian dia mengenakan alat solat dan mengerjakan solat sunat hajat. Dia akhir solat Balkish berdoa.
‘Ya Allah seandainya dia jodohku, kau bukakanlah hati aku buat dirinya, senadainya dia jodoh terbaik buatku, kau bukakanlah hatinya untuk berubah ke jalanMu. Sesungguhnya aku memerlukan suamiku, suami yang soleh yang dapat membimbingku ke syurgamu ya Allah. Peliharalah dia dan aku dari dosa-dosa besar. Peliharalah suamiku dari dosa maksiat. Aku merayu kepadaMu ya Allah”
Doa itu diaminkan dengan sepenuh hati.
……………………………
Amin menjemput Julia dari chaletnya dan mereka sama-sama ke club di pusat peranginan itu. Amin kemudiannya memperkenalkan Julia kepada teman-temannya. Tidak dalam kemudian, Hisyam datang bersama-sama dengan Hiza, teman Julia. Mereka berenam duduk dan berbual bersama-sama. Sudah beberapa jug beer dipesan oleh mereka. Julia merapatkan diri dengan Amin dan memegang paha lelaki itu. Amin memandang si gadis di sampingnya itu. Firdaus dan Mira sudah hanyut dalam dunia mereka berdua sedangkan Hisyam dan Hiza sedang asyik berdansa mengikut rentak muzik yang bergema di club itu. Amin mencium pipi Julia. Gadis itu membiarkan sahaja. Mereka berdua bertentangan mata. Lama-lama Julia memberanikan diri mencium ke bibir Amin. Lelaki itu membalas ciuman si gadis.
Tiba-tiba Amin memegang bahu menghalang Julia dari terus berada dekat dengannya. Gadis itu kehairanan. Dia mengambil jarak antara posisi dirinya dengan Amin.
“Kenapa? You tak suka?”soal Julia straight to the point. Dia bingung. Sekejap tadi, Amin memberikan respons positif tapi sekarang, kenapa Amin tiba-tiba menghentikannya?
Amin diam. Dia turut bingung. Tiba-tiba sahaja dia teringatkan Balkish. Wajah gadis itu menerpa ke dalam kotak fikirannya. Wajah sedih Balkish muncul di fikiran dan meragut keinginannya malam ini. Wajah ayah dan wajah ibu turut muncul di layar fikirannya. Kedua wajah itu kelihatan hampa dengan apa yang dilakukannya terhadap Balkish.
Julia menolak tubuh Amin ke tempat duduk sofa dan mencium Amin. dia tidak puas hati dengan apa yang dilakukan oleh Amin terhadapnya. Dia memang menyimpan [perasaan suka kepada Amin dan Amin juga dilihat mempunyai perasaan yang sama tapi kenapa sekarang, Amin tiba-tiba berubah? Julia mendekati Amin dan mendekati tubuh Amin namun Amin menolaknya.
 Wajah cantik Julia ditatap. Namun nama yang keluar dari bibirnya bukanlah nama Julia tetapi
“Balkish” tiba-tiba nama itu terpacul keluar dari bibir Amin sehingga mengejutkan Julia yang berdiri sangat dekat dengan Amin.
“Siapa Balkish?” soal Julia. Firdaus yang mendengar nama itu turut terkejut. Mira dan Firdaus memandang ke arah Amin.
“Gila dah kawan you tu” marah Mira.
“No one, Julia. You guys carry on” pujuk Firdaus, cuba untuk menenangkan Julia. Dia bimbang pula andainya tercetus ‘perang’ besar antara Julia dan Amin. Pelik juga dengan Amin ni, sebelum ini taka ada pula Amin buat perangai angau macam ni tapi sekarang ni, Amin bakal melepaskan satu peluang besar. Julia tu cantik orangnya. Firdaus turut berasa kesal atas perbuatan Amin itu.
Amin menuangkan beer ke dalam gelas kaca dan meneguknya rakus. Kehadiran dan pertanyaan Julia tidak diendahkannnya. Amin buntu. Entah kenapa wajah Balkish yang ayu muncul di fikirannya. Wajah itu kelihatan sedih dan sayu sehingga membuatkan Amin kasihan terhadap nasib gadis itu. Mungkinkah Balkish sedang bersedih sekarang ini setelah menerima sms dariku tadi?
Setelah habis segelas, dia menuangkan lagi air yang memabukkan itu sampailah Amin sudah hilang pertimbangan. Julia di sampingnya sudah mulai tidak sabar. Tiba-tiba sahaja Amin berubah sikap.
Hisyam, Firdaus, Mira dan Hiza hanya memerhatikan Amin dan Julia. Mereka semua tidak berani bersuara dalam keadaan Julia dan Amin sekarang. Julia memang marah sekali dengan perubahan mendadak sikap Amin sedangkan Amin hanya bersikap acuh tak acuh sahaja malah tidak mengendahkan langsung perasaan Julia.
“Julia, you bawa je Amin balik ke bilik. Dah mabuk dah tu” beritahu Firdaus. Hisyam sekadar mengangguk bersetuju. Amin sudah kelihatan seperti seorang yang mabuk, bercakap meracau setelah beberapa gelas beer ditelannya.
“No. Julia. You need to listen, I dah kahwin” beritahu Amin yang sedang mabuk.
Julia dan Hiza terkejut.
“Tak, dia mengarut je ni. Dah mabuk. Biasalah tu” Hisyam cuba cover line untuk Amin.
“Betul. Ni… cincin kahwin I” Amin menunjukkan cincin yang terselit di jari manisnya. Dia cuba memegang tangannya untuk menunjukkan cincinnya tapi tidak dapat kerana pandangannya yang sudah kabur.
“What. You tipu I” marah Julia. Cepat sahaja tangannya menampar wajah Amin. Julia segera menarik tangan Hiza dan mereka berdua beredar dari situ. Hisyam mahu mengejar Hiza dan Julia tetapi tangannya ditarik oleh Amin.
“Bro…” kata Amin.
“Kau..tahu, nak tahu…rahsia aku dengan…Balkish?” soal Amin. Tutur katanya sudah tidak beraturan.
“Aku..kahwin..dengan Balkish sebab………..” kata-kata Amin terhenti. Dia mual mahu memuntahkan segala isi perut tapi segera ditahan oleh Hisyam.
“Im ok” balas Amin.
“Dahlah Amin. Kau dah mabuk ni, jom aku hantar kau ke bilik” balas Firdaus.
Amin menolak. “Tunggu dulu bro…cerita ni sensasi…Tv3 pun belum.. tahu lagi” Amin ketawa terkekeh-kekeh. Firdaus, Mira dan Hisyam membiarkan sahabat mereka yang sedang mabuk itu merepek semahunya.
“Aku rogol Balkish” Amin ketawa lucu.
Firdaus, Mira dan Hisyam tergamam. Kata-kata Amin itu membuatkan mereka bertiga sangat terkejut. Mereka tidak menyangka rahsia inilah yang ditanggung oleh Balkish dan Amin selama ini. Akhirnya misteri tentang perkahwinan terburu-buru antara Balkish dan Amin itu sudah terjawab. Namun pengakuan Amin itu membuatkan kawan-kawannnya hanya berdiam diri. Mereka semua tidak menyangka yang Amin sanggup memperlakukan Balkish sebegitu rupa dan mereka masih tidak menyangka yang Amin dapat bertindak sekejam itu kepada gadis yang baru dikenalinya. Mereka semua bersimpati atas nasib  malang Balkish.
“Aku rogol Balkish. Sebab tu…aku..kahwin dengan dia”
“Eh bro. Dahlah bro. Tu rahsia kau dengan Balkish. Tak payahlah cerita dekat kitaorng” sampuk Hisyam
Amin menundukkan kepalanya. Berat hatinya mahu mengakui kesalahan dan kekejamannnya itu tapi dia mahu teman baiknya tahu betapa hinanya dia kerana sanggup mempelakukan gadis sebaik Balkish sebegitu rupa. Dia tidak mengharapkan kawan-kawannya menyebelahinya tapi dia mahu mereka mengetahui yang betapa dia berdosa dan bersalah dengan Balkish dan dia sudah tidak mampu menyakiti hati Balkish lagi.
“Kitaorang hantar kau pergi bilik” kata Firdaus. Dia dan Hisyam kemudiannya mencapai bahu Amin untuk memapah lelaki itu keluar dari club. Amin tetap menolak. Dia mengangkat wajahnya. Tanpa disangka, air matanya bergenang di kelopak mata. Hisyam, Firdaus dan Mira kaget dengan suasana itu. Sepanjang persahabatan mereka, semuanya telah mereka kongsi bersama tetapi Amin tidak pernah menitiskan air matanya di hadapan mereka. Namun, malam ini, air mata lelaki itu tumpah jua, kerana isterinya yang bernama Balkish. Dan buat pertama kalinya juga Mira melihat lelaki itu menangis. Lelaki playboy itu menitiskan airmatanya kerana Balkish, gadis waiter yang dikenalinya bekerja di café tempat mereka selalu berkumpul. Dan buat pertama kalinya juga, Mira yakin yang Amin ini masih mempunyai hati dan naluri selayaknya seorang manusia.
“Aku bersalah dekat Balkish…”air mata yang bergenang itu akhirnya tumpah jua.
“Malam tu, banyak kali…aku. Aku...rogol Balkish..sebab Tina.. Aku bersalah dekat Balkish”
“Cukuplah bro. Kitaorang tahu benda ni berat bagi kau. Tak payahlah cerita lagi” pujuk Hisyam.
Kali ini, Hisyam dan Firdaus memapah Amin pulang ke biliknya. Mira membontoti dari belakang. Apabila sampai di bilik chalet Amin, tubuhnya dibaringkan di katil. Lelaki itu masih lagi meracau memanggil nama Balkish dan tidak henti-henti meminta maaf. Mira menyelimuti Amin. Mereka bertiga meninggalkan bilik Amin dan masing-masing sudah tidak ada mood untuk berhibur lagi. Mereka turut kembali ke bilik masing-masing. Amin sudah tidak sedar saat kawan-kawannya menghantarnya ke bilik.
………………………………..
Lenanya terjaga saat kepalanya dirasakan pening dan sakit berdenyut-denyut. Banyak minuman yang diminum semalam sehingga dia merasa tidak enak badan pagi ini. selimut sudah berada di lantai saat Amin bangun duduk di birai katil. Segala kejadian malam tadi langsung tidak diingat.
Sebaik sahaja Amin tersedar dan sakitnya sudah berkurang, perkara pertama yang terlintas di fikirannya adalah Balkish. Dia segera mengemaskan pakaiannya dan mendaftar keluar. Apabila sampai di jeti, Amin mengambil keretanya dan memandu pulang. Dia mahu segera sampai ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Balkish. Setelah memandu selama hampir tujuh jam akhirnya Amin sampai ke perkarangan  rumah papa. Dia berlari-lari masuk ke dalam rumah. Di lihat papa sedang membaca di sofa ruang menonton. Amin menyapa dan terus berlalu.
Dato’ Sahar agak pelik melihat kelakuan anak sulungnya itu. Tiba-tiba sahaja Amin pulang ke rumah, padahal dia belum sempat mematikan credit card anak lelakinya itu. Biasanya setelah susah mendapat duit, barulah Amin tahu jalan untuk pulang ke rumah tetapi ini tidak. Baru beberapa hari berjauhan dari rumah, tiba-tiba saja muncul sendiri. Moodnya juga baik, tidak merajuk atau marah-marah seperti selalunya. Dato’ Sahar tersenyum gembira. Mungkinkah ini semua kerana Balkish? Senyuman lucu masih lagi melekat di wajahnya. Besar juga pengaruh Balkish ni!
Amin mencari di dapur tetapi kelibat Balkish tidak ada di situ. Dia kemudiannya naik ke bilik mereka di tingkat atas. Pintu bilik dikuak rakus. Balkish yang sedang duduk melipat baju di tempat tidur terkejut menerima kunjungan yang tidak terduga itu.
“Eh, awak ni kena sampuk ke apa? cubalah bagi salam” bentak Balkish, marah kerana sikap Amin yang lepas laku itu membuatkan dia kaget besar. Amin menutup daun pintu dan melangkah laju ke arah Balkish. Balkish yang sekadar melihat mulai takut dengan reaksi Amin. Lelaki itu seperti sedang berlari ke arahnya.
“Apa awak buat ni?” Soal Balkish. Serentak dengan itu, Amin segera menghentikan langkahnya. Tidak terdetik di hatinya untuk menakutkan  Balkish. Entah kenapa dia gembira apabila bertemu dengan Balkish.
“Abang rindu Balkish” beritahu Amin. Ilmu apalah yang dipakai oleh Balkish untuk membuatkan aku berasa sangat rindu kepadanya. Tak jumpa beberapa hari pun dah boleh jadi rindu macam ni, padahal ada je perempuan lain yang tidak kurang cantik yang boleh menghiburkan hari-hari ku tanpa Balkish. Tapi kenapa Balkish pula yang dicari?
“Rindu? Lepas tidur dengan perempuan lain, awak ingat awak balik sini boleh tipu saya dengan kata-kata manis awak tu?”
“Abang tak tidur dengan Julia”
Balkish diam. Dalam hatinya melafazkan syukur kepada Allah apabila mendengar kata-kata Amin sebentar tadi. entah Amin berbohong atau berkata benar tapi kata-kata itu sedikit sebanyak membuatkan Balkish berasa gembira.
“Kenapa?” soal Balkish polos. Dia tidak menyangka Amin tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sedangkan lelaki itu beriya-iya sampaikan memberitahunya melalui sms.
“Sebab Balkish. Sebab abang teringatkan Balkish. Tapi masa abang dekat sana, abang imagine Balkish ada dekat sana dengan abang, abang peluk Balkish, cium Balkish” selamba sahaja Amin bercerita angan-angannya itu tanpa mempedulikan pandangan Balkish. biarlah apa Balkish nak fikir tentang dirinya.
Amin memandang Balkish. Merah merona pipi Balkish yang gebu itu. Amin tersenyum, terhibur dengan reaksi yang tidak disangkakan itu.
Amin duduk di lantai yang beralaskan karpet, agak jauh dari Balkish supaya Balkish tidak berasa terganggu. Dia terpancing untuk menceritakan tentang pengalamannya di Pulau Kapas apabila melihat Balkish berasa berminat dengan cerita keindahan tempat kunjungannya selama dua hari itu.
“Cantik tempat tu. Nanti kita boleh pergi sama-sama kalau Balkish nak ikut. Tapi kalau Balkish pergi dengan abang, nanti kita ambil satu bilik je”
Balkish mencebik mendengar Amin berceloteh. Tangannya masih ligat melipat kain.
“Awek cun semuanya Balkish. Seksi, pakai bikini. Mana pakai kain sarung macam Balkish ni. Kampungan” cerita Amin lagi. dia sengaja membandingkan cara pemakaian Balkish dengan cara pemakaian gadis-gadis yang ditemuinya di PUlau Kapas.
Balkish mencebik lagi.
Amin berbaring di lantai pula. “Pantai dia cantik. Warna biru crystal clear. Nampak ikan berenang kat bawah. Ada scuba, diving, jet ski. Bestlah. Nanti Balkish ikut bang pergi ye” bersemangat Amin bercerita tentang pengalamannya bercuti di Pulau Kapas. Balkish sekadar memasang telinga.
“Awak balik naik apa ni?” soal Balkish tiba-tiba.
Drive lah. Abang tak pernah naik bas lah”
Sekali lagi Balkish mencebik. Amin sekadar memerhatikan. Dari tadi dia memerhatikan Balkish sebenarnya. Tiap kali dia bercerita pasti Balkish akan mencebikkan bibir. Cute sangat. Rasa macam nak cium je. Itulah sebabnya dia sengaja bercerita dengan cara berlebihan, supaya Balkish meluat dan mencebikkan bibirnya.
Balkish bangun dari duduknya dan membawa kain-kain yang dilipatnya ke almari untuk disimpan. Amin sekadar memerhatikan. Lama-kelamaan, dia terlena kerana kepenatan yang amat sangat.
Balkish melirik ke arah Amin yang berbaring di lantai. Dia tersenyum lucu. Patutlah diam je dari tadi, dah tertidur rupanya.
Kasihan pula Balkish melihat lelaki itu tidur di lantai. Terlalu penat agaknya setelah memandu selama berjam-jam dari Terengganu. Dari jauh Balkish mengejutkan Amin dari tidurnya. Dia tidak berani mendekati Amin.
Amin akhirnya terjaga apabila mendengar Balkish memanggilnya.
“Tidurlah kat katil” beritahu Balkish.
“Balkish tidur mana?” soal Amin spontan.
“Saya nak turun bawah, siram pokok bunga. Awak tidurlah”
“Abang penatlah. Nanti Balkish kejutkan eh” beritahu Amin, dia bangun dari tidurnya dan merebahkan dirinya ke katil. Penatnya kerana memandu kereta tanpa henti selama beberapa jam masih terasa. Tidak lama kemudian Balkish keluar meinggalkan Amin sendirian di bilik itu.


Julia


keindahan Pulau Kapas, Terengganu


jeti Pulau Kapas


11 comments:

  1. Sian gak Balkish dengan Amin.
    Amin kena usaha keras nak dapatkan kemaafan ni.
    Bukan buat bagi lagi sakit hati. He³...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia on the way lah tu nak menangkan hati balkis :)

      Delete
  2. aura balkish kuat smpai amin pon dah mabuk cinta..hehe
    amin terus usaha yer.jgn putus asa sbb lame klamaan balkish akan maafkan amin.
    julia akan menjadi duri dlm hubungan amin dan balkish?

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak ni penyokong kuat Amin ke ni? he4

      Delete
    2. dlu sgt2 bencikan amin.tp bila tgk perubahan dy,rse amin mmg nak brubah.so hope amin n balkish akan bahagia..sulis smbung cpt2 yer..sbb cite ni best ! :D -HANA-

      Delete
    3. InsyaAllah sy sambung secepat yg bole

      Delete
  3. smbung lg yer.jgn lame sgt..x sggup mnunggu.hehe

    ReplyDelete
  4. xsbar nak tggu smbungan nie ... jgan lama2 sgt ekh ...

    ReplyDelete
  5. BEST SANGAT TAPI KALAU BOLEH JANGAN LAMA SANGAT RINDU GILER.

    ReplyDelete
  6. Good ..x sbr nk tngu next n3..:)

    ReplyDelete