Bab 16
Amin masuk ke
dalam perut kereta setelah bersalaman dengan orang tua Balkish. Dia
memerhatikan ibu mertuanya sedang meninggalkan pesan kepada Balkish. Sesekali
ibu mertuanya melirik ke arahnya yang sudah berada di dalam kereta. Amin sekadar
tersenyum kepada ibu Balkish itu.
Tidak lama
kemudian, Balkish datang lalu membuka pintu kereta. Gadis itu duduk di kerusi.
“Ibu pesan apa?”
soal Amin ingin tahu.
Balkis diam
seribu bahasa. Malas menguraikan lebih lanjut. Malas ingin memberitahu pesan
ibu untuk menghormati Amin seperti seorang suami, menjaga makan dan pakai Amin
seperti seorang suami, menjalankan tanggunjawab sebagai seorang isteri kepada
Amin. dan kahir sekali ibu berpesan pandai-pandailah bawa diri dengan keluarga
Amin.
“Mesti ibu pesan
awak jadi isteri yang solehah kan?” soal Amin sekadar meneka.
“Sia-sia jadi
isteri solehah pada seorang suami yang tidak pernah solat” sindir Balkish.
ringkas sahaja sindiriannya tapi tepat ke jantung Amin. kata-kata itu seperti
menusuk dan membunuh.
“Pandai menjawab
sekarang” marah Amin.
Balkish hanya
diam.
“Hah, saya hampir
terlupa” Amin mengeluarkan dompetnya dan mengeluarkan beberapa keping duit
bernot seratus. Wang itu kemudiannya dihulurkan kepada Balkish.
“Duit apa ni?”
soal Balkish pelik.
“Duit abang
untuk adik-adik awak” balas Amin.
“Ayah marah
kalau dia tahu awak yang kasi” balas Balkish.
“Kalau macam tu
bagilah dekat ibu” jawab Amin. Balkish keliatan teragak-agak untuk mengambil
pemberian Amin itu.
“Kita dah jadi
suami isteri. Keluarga awak, keluarga saya juga” sambung Amin lagi.
Balkish terharu
dengan sikap prihatin lelaki itu. Kalau diikutkan hati dia juga tidak mahu
menerima duit ihsan dari anak orang kaya itu tetapi apabila memikirkan adik-adiknya
yang mungkin memerlukan duit untuk perbelanjaan sekolah mereka, direndahkan
sahaja egonya. Dia akhirnya keluar dari kereta dan menghulurkan duit pemberian Amin
itu kepada ibu. Pada mulanya, Aminah juga tidak mahu menerima, tetapi setelah
dipujuk oleh Balkish, ibunya menerima huluran itu. Tahir berpura-pura sahaja
tidak melihat. Balkish meminta diri dan kembali ke kereta. Amin memandu
keretanya ke jalan raya dan perlahan-lahan meninggalkan rumah mertuanya itu.
“Balkish.
sakitlah badan abang” sengaja Amin membuahkan topik perbualan antara mereka
berdua.
“Jadi?”
“Kenapa cold
sangat Balkish ni” bentak Amin.
Balkish diam
sebentar setelah dia berbicaa. Hatinya teragak-agak mahu menyampaikan isi
hatinya, “Awak jangan ingat sebab awak dah bagi duit dekat keluarga saya awak
boleh beli saya”
“Abang ikhlaslah
tadi. kenapa Balkish ni ni cold sangat. Abang bergurau je. Nak kata berdarah
sejuk, Balkish manusia kan?”
Balkish
menjeling ke arah Amin. “Orang sewel” marah Balkish.
“Amboi, tak sayang
mulut betul. Suka hati dia nak panggil orang sewel. Dia tu buah kelapa yang
ditebuk tupai” balas Amin. Dia tergelak besar dapat mengenakan Balkish.
Ketawa Amin
terhenti apabila melihat Balkish menjeling ke arahnya.
“Awak ni memang
tak reti nak jaga hati orang!” marah Balkish. herdikan Amin tadi terasa kasar
di telinganya, tetapi bagi lelaki itu, katanya-katanya itu dianggap lucu.
“Betul apa!
Abanglah tupai tu” bentak Amin, tidak mahu mengalah, dia masih menegakkan
kata-katanya. Amin ketawa lagi. kali ini dia menang!
“Berhenti!”
jerit Balkish. Dia membuka pintu kereta dan turun. Amin terpaksa memberhentikan
keretanya di pinggir jalan raya. Nasib baik tidak ada kereta di belakang, kalau
tak, macam-macam boleh jadi sebab Amin terpaksa brek mengejut.
“Eh Balkish”
panggil Amin namun tidak diendahkan oleh
Balkish. Gadis itu berjalan laju meninggalkan kereta.
Amin memandu keretanya perlahan-lahan
mengiringi langkah kaki Balkish. Dia tidak putus-putus memujuk Balkish untuk
masuk kembali namun Balkish tidak mengendahkannya. Dia terus sahaja berjalan
kaki dan rimas juga dengan Amin yang memandu keretanya dekat pinggir jalan
seiring dengannya.
Setelah agak lama keadaan berterusan begitu
akhirnya, Amin tidak dapat menahan marahnya dia memandu keretanya agak laju dan
memintas Balkish di depan. Gadis itu terkejut.
Amin keluar dari
kereta.
“Masuk!” arah Amin.
“Minta maaf
dulu!” Balkish juga menengking.
“Awak ingat saya
suka ke kena rogol oleh awak” sambung Balkish lagi.
“Masuk jelah Balkish.
Banyak songeh pulak!” marah Amin. Suara Amin menengking membuatkan Balkish
takut. Amin berjalan menghampirinya dan kini Amin berdiri dalam jarak sedepa
daripada Balkish. lutut Balkish menggigil kerana takut. Memandang wajah Amin
sebengis ini membuatkan kejadian tempohari terbayang-bayang di ingatan
sedangkan kejadian itu mahu dilupakannya.
“Masuk, kalau
tak saya akan paksa awak” ugut Amin.
Terbayang-bayang
kejadian hitam itu di fikirannya. Balkish takut apabila memikirkan Amin akan
memaksanya nanti. Akhirnya kehendak Amin itu terpaksa dituruti.
Amin tersenyum
dengan kemenangannya. Dia kembali ke kereta dan mulai memandu ke jalan utama.
Mereka berdua memilih untuk berdiam diri sahaja selepas itu.
Perjalanan untuk
kembali ke rumah papa dan mama terasa agak panjang dari biasanya. Setelah
sampai, Balkish segera keluar dan meninggalkan Amin sendirian di tempat parkir.
Lelaki itu memindahkan barang-barang dari dalam bonet kereta sendirian.
Amin melangkah
longlai masuk ke dalam rumah. Papa dan mama sedang duduk di ruang tamu.
Mama hanya
memerhatikan Balkish melangkah laju ke kamarnya. Dia sempat melihat ekspresisi
pada wajah Balkish. bergaduhkan Balkish dengan Amin? hati wanitanya dapat
membaca ekspresi pada wajah menantunya itu. belum sempat dia memanggil Balkish,
menantunya itu cepat-cepat naik ke biliknya.
“Pa” tegur Amin.
“Papa nak cakap
dengan kamu!”
“Ada apa pa?”
soal Amin lemah. Dia penat untuk mendengar celoteh papanya. Pasti ada silap
yang telah dilakukan olehnya kalau papa sudah menunggu di ruang tamu begini. Amin
tidak ada mood mahu mendengar leteran
atau teguran daripada papa atau bergaduh dengannya tapi dipaksakan jua. Dia
duduk menyandarkan badannya ke kerusi sofa.
“Ni surat dari
fakulti!” Suara Dato’ Sahar tinggi. Sampul surat putih itu dihempapkan di meja.
Amin jadi takut. Tidak disangka berita itu cepat diketahui oleh papanya. Parah!
Papa memang marah betul-betul kalau pasal kuliah. Kalau pasal duit papa ok
lagi. Matilah aku! Amin mula gelisah. Dia tidak senang duduk.
“Kenapa cuti
satu semester tak bagitahu papa?” soal Dato Sahar.
“Amin tak sempat
nak concentrate study. Masalah dengan Balkish lagi” balas Amin.
“Jangan nak
libatkan orang lain!” marah Dato’ Sahar.
“Betullah pa!
Amin drop just before Amin kahwin dengan Balkish. banyak benda yang Amin kena
fikir” Amin membentak.
“Dahlah course
sebelum ni ada yang fail. Bila kau plan nak graduation ni? Kau nak tunggu aku
mati dulu?” marah Dato' Sahar.
Balkish terkejut
mendengar suara ayah mertuanya. Dia keluar dari bilik dan turun ke bawah. Dia
melihat Amin sedang berdiri berhadapan dengan papanya.
“Pa, Amin dah
besar lah pa. Papa jangan risau sangat. Tahulah Amin”
“Baik.Kalau kau
dah besar, dah tahu, duit elaun yang papa masuk setiap bulan tu untuk kau
belajar. Dah kau cuti, elaun tu papa batalkan sampai kau sambung belajar balik”
“Pa!” Amin
menjerit separuh merayu.
“Mana Amin nak
cari duit? Kalau nak sambung belajar bulan depan pa. Mana Amin nak cari duit
selama sebulan ni? Amin kena tanggung Balkish lagi” Amin merayu.
“Balkish bawah
tanggungan papa” balas Dato’ Sahar.
Amin menatap
pandangan Dato' Sahar dengan tajam. Keputusan papanya tidak boleh diterimanya
amun keputuan papa selalunya muktamad dan tidak boleh diubah lagi. Amin
terpaksa meninggalkan papanya.
“Min, nak ke
mana tu?” Datin Hasmah menghalang Amin. dia cemas apabila melihat pertengakaran
antara suaminya dengan Amin tapi dia tidak boleh menyampuk dan melindungi Amin.
jelas-jelas dalam hal ini Amin bersalah. Dia cuba menghentikan Amin yang sedang
berjalan keluar dari rumah.
“Amin nak
keluar. Serabut duduk dekat rumah ni!”
“Baguslah, kalau
tak balik pun bagus juga” sampuk Dato’ Sahar.
Amin
meninggalkan rumah itu. Kata-kata terakhir Dato’ Sahar dirasakan mencabar
egonya. Dia tidak ada masalah untuk tidak pulang ke rumah tetapi sangat
bermasalah kalau papa menghentikan elaun bulanannya.
Amin memandu
keretanya keluar dari perkarangan rumah. Dia ke hotel untuk check in. nombor telefon Firdaus didail.
“Bro, aku nak
minta tolong” beritahu Amin.
“Sejak kau
kahwin tak pernah pun kau nak contact kitaorang. Hari ini baru nak ingat aku” bidas
Firdaus.
“Papa aku dah
tahu aku cuti satu sem dan ugut nak tahan elaun aku bulan ni”
“Kau nak pinjam
duit ke ni? No hal lah br. Berapa kau nak aku boleh kasi tapi dengan satu
syarat. Malam ni, jumpa kitaorang dekat club” balas Firdaus.
“OK” talian itu
dimatikan.
Amin akhirnya
tidur di katil kerana kepenatan yang amat sangat.
…………………………………………….
Pada malam hari,
seperti yang dijanjikan, Amin bergegas masuk ke club yang menjadi tempat dia
dan teman-teman baiknya itu berkumpul. Sudah agak lama sebenarnya dia tidak
berkunjung ke sini gara-gara sibuk dengan urusan perkahwinannya. Dan malam ini,
Amin mengambil keputusan untuk berhibur sakan tanpa memikirkan sesiapa pun. Di
menuju ke meja yang selalu di booking
oleh Firdaus. Hisyam dan Mira, teman wanita Firdaus turut berada di situ.
Mereka menyapa antara satu sama lain. Amin duduk di samping Mira dan menyapa
namun Mira sekadar mencebik. Teman wanita Firdaus itu tidak pernah menyukainya.
Tapi Amin tidak mengambil hati, dari awal perkenalan mereka, dia sudah tahu
yang gadis itu tidak menyenanginya.
“Lama tak nampak
kau bro. lepas kahwin ni sibuk?” tegur Hisyam.
“Sibuk layan
kerenah papa aku. Suruh itulah, inilah” sambung Amin.
“Amacam kahwin?
Ada beza tak?” soal Firdaus. Dia dan Hisyam ketawa terbahak-bahak.
“Apa yang
bezanya, sama je” balas Amin.
“Best yang tak
halal lagi” sambung Amin. Segera ketawa mereka bertiga memecahkan suasana
hingar-bingar.
“Bro, orderlah,
aku belanja” sapa Hisyam.
Amin mengangkat
tangannya memanggil waiter di club itu dan memesan satu jug beer dan satu gelas
untuknya.
“Aku ingat kau
dah berubah” kata Firdaus.
“Aku pun ingat
aku dah berubah” Amin melawak. Mereka bertiga ketawa terbahak-bahak lagi.
Amin meneguk
beer yang masih tersisa dari gelas Hisyam.
“Kau tinggal kat
mana ni?”
“Hotel. Papa aku
belum matikan credit card aku lagi. It’s a matter of time je sebelum credit card
aku pun kena sekat” beritahu Amin.
“Jangan risau
bro, kitaorang ada. Kau nak berapa bagitahu je” sampuk Hisyam.
“Hah, sebelum
aku lupa, weekend ni kitaorang nak pergi Pulau Kapas, nak ikut?” ajak Hisyam
lagi.
“Kau ikut jelah,
kita orang dah book 3 bilik. Kalau kau nak ajak wife kau pun boleh jugak”
Firdaus melawak. Hisyam dan Amin ketawa lagi.
“Hah ajaklah,
Min. Anggap je korang pergi honeymoon” sampun Hisyam.
“Tak payahlah.
Buat malu je ajak dia” balas Amin.
“Ok lah kalau
macam tu, set ye. Weekend ni kita pergi. Kau nak ikut kitaorang ke, nak drive
sendiri?” soal Hisyam.
“Aku drive
sendiri la”
smbng lgi.. best
ReplyDeleteCEPATLAH SAMBUNG LG TQ.
ReplyDeleteassalam thanks membaca..insyaAllah next week sy sambung lagi. tq
ReplyDeletetak sabar nak baca sambungannya...
ReplyDeleteHarap amin x terjebak ngn pompuan lain lg dah...
ReplyDeletesalam 2013! dah msk tahun baru si amin ni lom berubah jugak hehehehe...lebih baik dato' sponsor aje balkish smbg blajar...besst, smbng ye....
ReplyDeletebila nak sambung ? tak sabar nak tahu selanjutnye :'(
ReplyDelete-najiha-
sambung laaarh cepat .. da lama menunggu nie ...
ReplyDeleteSuka Balkish dengan adik Amin si Aman..I guess...later they all masuk Uni sama kan? Thank you!!!
ReplyDeleteassalam, dah upload SNDKI 17..sila baca :P
ReplyDelete