Bab 15
Amin mengejutkan
Balkish bangun namun tubuh gadis itu belum bergerak. Dia berdiri di samping
katil sambil memerhatikan kemalasan isterinya yang masih terlena tidur.
“Balkish”
panggil Amin untuk ke sekian kalinya.
“Ish dia ni,
tidur tak ingat dunia” marah Amin. mengomel seorang diri melihat Balkish yang
masih belum menunjukkan tanda-tanda ingin bangun.
Dia
menggoyangkan tilam itu untuk mengejutkan Balkish. malas dia mahu menyentuh
tubuh Balkish setelah kejadian masa hari perkahwinan mereka dulu. nanti Balkish
ingat aku sengaja nak mengambil kesempatan ke atasnya.
Akhirnya Balkish
tersedar.
“Dah lambat dah
ni” marah Amin.
Balkish bangun
dari tidurnya sambil mengaduh kesakitan. Sengal-sengal pada ototnya dan
badannya masih terasa kerana mengangkat beban semalam.
“Jangan nak cari
alasan” marah Amin lagi.
“Orang sakit
betullah” marah Balkish sambil memijat-memijat pahanya. Amin terdiam.. timbul
pula rasa simpati di hatinya kepada gadis itu. bukanya dia tidak t ahu Balkish
mengikut ayahnya semalam dan gadis itu mungkin bekerja terlalu kuat sehingga
badannya sakit-sakit sekarang ini
“Kalau macam tu
awak rehatlah dulu” beritahu Amin.
“Habis tu siapa
nak tolong ayah?” suara Balkish kedengaran lemah.
“Kenapa dengan
ayah?” soal Amin ingin tahu.
“Semalam ayah
ambil upah angkat bakul-bakul rambutan untuk Pak Mail. Ayah tu baru je baik
dari operasi. Saya takut silap hari bulan, luka operasi belum sembuh, nanti
makin parah sakitnya” risau Balkish memikirkan kedegilan ayahnya untuk bekerja.
Amin terdiam. Dia
tidak mahu melihat Balkish sedih dan berasa susah. Walaupun dia masih belum
berbaik dengan ayah Balkish tapi membiarkan Balkish bekerja hari ini, adalah
sesuatu yang ‘not acceptable’. Haruskah dia menggantikan tempat Balkish? tapi
ayah! This ayah we’re talking about. Ayah yang telah menyumpah seranahnya dulu
dan memukulnya sampai lembik. Nasib baik ada Wak waktu tu. ketar lutut Amin
memikirkan ejadian itu.
“Biar saya je
temankan ayah” lancar saja mulut Amin menawakan diri. Dikorbankan rasa takutnya
demi Balkish. isteri yang dinikahi atas dasar simpati.
“Tak payahlah,
nanti bergaduh pula dekat kebun tu nanti” Balkish menjawab. Ternyata, dia juga
merisaukan perkara yang sama dengan Amin.
“Jangan banyak
fikirlah” kata Amin sambil dia menyentuh ubun-ubun Balkish dan berlalu pergi.
Sengaja dia menyedapkan hati Balkish walaupun hatinya sendiri berperang dengan
rasa takut.
Balkish sangat
terkejut saat tangan Amin itu bergerak menghampirinya namun dia tidak sempat
mengelak. Menggeletar seluruh tubuhnya saat sentuhan itu berlaku. Walaupun
hanya di kepala, tapi sentuhan Amin terasa seperti suatu bom nuclear yang
menhancurkan rasa selamatnya. Amin selalu sahaja bertindak di luar jangkaan.
Sekejap baik, sekejap garang. Balkish berasa sangat marah kerana Amin dirasakan
sengaja menyentuhnya sedangkan lelaki itu tahu yang dia tidak boleh disentuh.
Belum sempat Balkish memarahi Amin, lelaki itu telah keluar dari bilik.
“Ayah!” laung Amin
memanggil ayah mertuanya itu. selipar sandal jenama Lee Cooper disarungkan ke
kaki. Tahir berpaling ke belakang melihat Amin yang sedang berlari-lari ke arahnya.
“Ayah nak pergi
kebun kan? Amin ikut. Balkish tak sihat, dia mintak Amin temankan ayah.
Beritahu Amin tanpa ditanya. Tahir tidak mengendahkannya.
Amin berjalan
beriringan dengan Tahir walaupun ayah mertuanya itu berdiam diri sahaja.
Sesekali Amin melirik ke arah golok hitam yang tersisip kemas di pinggang ayah
mertuanya itu. Risau juga kalau ayah mertuanya itu menggunakan golok itu ke
atas dirinya. Manalah tahu kalau ayah mertuanya itu mahu mengugutnya di kebun
itu nanti. Harap-harap mereka tidak bersendirian di kebun. Berkeringat hahi
Amin apabila memikirkan pelbagai andaian yang mungkin berlaku bila dia dah
Tahir tdak sependapat nanti. Dia berjalan agak perlahan, tidak jadi berinringan
dengan si ayah mertua, biarlah ada jarak sedikit antara mereka berdua. Dari
beakang, dia tidak melepaskan pandangan dari ayah dan golok hitam di
pinggangnya.
Hati Amin
berbunga riang apabila melihat beberapa susuk tubuh lelaki di hadapan mereka.
Dari jauh kelihatan seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dengan ayah mertuanya
melambai-lanbai ke arah mereka.
“Ni siapa pula
kau bawa ni Tahir?” soal lelaki itu.
“Suami anak aku”
beritahu Tahir.
“Oh. Handsome
juga menantu kau Tahir” puji teman ayah itu.
“Hah, ni Pak
Mail” Tahir memperkenalkan kawannya itu kepada Amin.
Amin bersalaman
smbil trsenyum.
“Baguslah, boleh
bantu kau angkat semua rambutan tu hari ini” balas Pak Mail.
Tahir tersenyum
kelat.
‘Entah boleh
diharap ke tidak si Amin ni. Yelah anak orang kaya, mana pernah hidup susah.
Jangan-jangan, menyusahkan aku je hari ini’ fikir Tahir. Birbinya hanya dipaksa
untuk senyum.
“Mana lorinya?”
Tanya TAhir.
“Sana tu”
beritahu Pak Mail.
“Ayah duduk sini
je lah, tengok-tengok. Biar Amin yang angkat” balas Amin.
“Bertuahnya kau
Tahir dapat menantu baik macam ni” puji Pak Mail pula.
Amin berjalan ke
arah bakul-bakul rambutan yang tersusun
tanpa aturan tidak jauh dari mereka. Tahir mengambil tempat di bawah pohon
rambutan yang rending dan melihat dari jauh. Amin menyapa beberapa orang lagi
lelaki yang bekerja dengan Pak Mail, dia kemudiannya mengangkat bakul-bakul itu
lalu dibawa ke lori yang terletak tidak jauh dari jalan denai di kebun. Seperti
yang dilihat bakul-bakul yang berisi buah rambutan yang baru dipetik itu
tidaklah ringan. Terbayang-bayang di
imaginasi saat Balkish mengangkat beban itu semalam. Kasihan gadis itu,
terpaksa mengerah keringat wanitanya demi membantu ayahnya. Hati Amin mula sayu
memikirkan nasib Balkish sekeluarga. Ayah, ibu dan Balkish terpaksa bekerja
keras untuk mencari sesuap nasi untuk adik-adik. Sedangkan aku hanya ahu
menghabiskan duit belanja yang diberikan oleh papa dengan perkara-perkara yang
tidak berfaedah.
Tahir duduk
memerhatikan menantunya itu bekerja keras untuk mendapatkan wang upah
mengangkat bakul-bakul itu. Mula-mula dia menyangka yang Amin akan menyerah
setelah mengangkat satu atau dua bakul tetapi ternyata sangkaannya tu salah. Amin
bekerja sampai akhir membuatkan terbit sedikit rasa kagum di hati tuanya buat
anak orang kaya itu. biar dia rasakan! Selama ini hidup senang je, tiap-tiap
dapat duit dari orangtua, sekarang dapat peluang belajar hidup susah. Fikir
Tahir.
Baju t shirt Polo
Ralph Lauren yang dipakai Amin mulai
basah dengan keringat jantan. Sesekali Amin mengelap peluh yang membasahi dahi
dan lehernya. Dia tersenyum buat ayah mertuanya tetapi senyumannya tidak
diendahkan. Entah ayah mertuanya itu memang betul tidak nampak atau sengaja
buat-buat tak tahu. Setelah kerja-kerja itu selesai Amin kembali ke tempat ayah
mertuanya.
“Ayah, ayah kena
banyak berehat. Tambah-tambah lepas operasi ni. Kalau ada apa-apa pada ayah, Balkish
risau” pesan Amin saat dia duduk berehat di samping ayah mertuanya setelah
semua kerjanya selesai.
“Baru tolong
buat kerja sikit, dah pandai-pandai nak nasihat aku” sindir Tahir.
Amin terdiam. Baru
sahaja dia mahu berbaik-baik dengan ayah mertuanya tetapi peluangnya itu
tertutup. Susahnya nak ambil hati si ayah. Keluh Amin.
Tidak lama
kemudian, Pak Mail datang ke arah mereka. Amin dan Tahir berdiri serentak.
“Tahir, ni upah
untuk hari ini. Aku nak berikan ke siapa ni?” soal Pak Mail kepada Tahir.
“Bagi kepada Aminlah.
Dia yang kerja hari ini” beritahu Tahir.
Amin melihat ke
arah ayah mertuanya. Dia menerima wang upah yang diberikan oleh Pak Mail itu.
“Kalau macam tu,
aku pergi dululah. Lain kali kalau ada kerja lagi aku panggil kau” beritahu Pak
Mail dan beredar.
Amin menghitung
wang upahnya untuk hari ini.
“Ayah” panggil
Amin sambil wang upahnya itu diberikan kepada Tahir.
“Ambillah ayah.
Untuk adik-adik, buat duit sekolah” kata Amin. Wang itu dihulurkan ke arah Tahir
sekali lagi, berharap agar kali ini wang pemberiannya itu diambil. Akhirnya
ayah mertuanya itu menerima.
“JOmlah balik”
ajak Tahir. Amin mengikuti dari belakang.
…………………………………………………
Sekejap-sekejap Balkish
keluar dari rumah untuk melihat kepulangan Amin dan ayahnya. Risau juga
membiarkan Amin bersama-sama dengan ayah ke kebun. Sudahlah ayahnya tidak
terlalu baik dengan lelaki itu, Amin pun bukannya biasa dengan kerja-kerja
berat. Nak bercakap dengan ayah pun susah, ini pula nak ambil hati ayah.
Sepanjang
pemergian dua orang lelaki itu, hati Balkish tidak keruan, keluh kesah dalam
menanti kepulangan dua orang lelaki dalam hidupmya itu. Saat Balkish keluar menjengah di luar rumah
buat keberapa kalinya, dia melihat ayah dan Amin berjalan pulang. Balkish tercegat
berdiri dekat bangku buluh. Lama-kelamaan mereka berdua semakin mendekat. Balkish
mendapatkan ayahnya.
“Ayah nak
minum?” soal Balkish sopan. Amin yang berjalan di belakang ayah tidak
diendahkan.
“Tu, buat untuk
suami kamu” arah Tahir. Balkish berpaling ke arah Amin. Tahir meninggalkan
mereka berdua di bangku buluh di luar rumah.
“Abang nak air!”
pinta Amin. dia duduk sambil mengelap wajahnya dengan tuala kecil.
“BUatlah
sendiri” bentak Balkish. benci! Ngada-ngada nak menyuruh itu dan ini.
“Awak ni, saya
penat-penat pulang, sampai hati awak cakap macam tu” hatinya terguris dengan
layanan Balkish. Sudahlah dia penat-penat kerja, ingatkan kalau balik rumah,
isteri sambut dengan perasaan rindu dan saying tapi bentak membentak pula. Cepat
sahaja dia berkecil hati.
“Awak ke yang
angkat rambutan tu? ke awak tengok je?” soal Balkish menyindir. Dia yakin yang
Amin duduk-duduk di kebun dan bukannya membantu ayah. Lelaki itukan anak orang
kaya, manalah dia tahu nak buat kerja-kerja berat macam tu. menyesal pula
membiarkan Amin yang mengikut ayah tadi.
“Yelah. Habis tu
awak ingat saya nak biarkan ayah yang buat semua” balas Amin pula.
Balkish terdiam.
Baik juga si mamat sewel ni. Dia mencebik. Tolong sikit pun, dah bising-bising.
“Tunggu sini,
saya pergi buat air” Balkish menghilang ke dalam rumah untuk menyiapkan air the
untuk Amin. Amin kan suka air the, mama pernah cakap kepadanya dulu. Tidak lama
kemudian dia kembali dengan membawa secawan teh buat Amin dan duduk di bangku
buluh, menemani suaminya.
“Balkish, saya
tengok sikit je upah kerja berat macam tu” kata Amin. Ada nada kesal pada suara
itu. dia penat-penat kerja di kebun Pak Mail tapi upahnya Cuma puluhan ringgit.
Kasihan ayah, dahlah tua, terpaksa kerja berat macam tu untuk mencari rezeki.
“Upah Pak Mail
tu dah kira banyak dah”
“Sebab tulah
awak kerja dekap cafĂ© tu? Tolong adik-adik?” soal Amin meneka. Teringat
pertemuan pertama antara mereka berdua dulu. keayuan wajah Balkish membuatkan
hatinya terpaut. Buat pertama kalinya dia menyukai seorang gadis yang bertudung
iaitu Balkish.
Balkish hanya
terdiam. kenangan di kafe dulu muncul di kotak ingatannya dan kerana
pekerjaannya itulah dia terjebak dalam perkahwinan yang tidak pernah
diidamkannya ini. sengaja Balkish malas mengulas lebih lanjut,dia cuba untuk membuang
jauh-jauh memori itu kerena kalau boleh dia sudah mahu melupakan kejadian hitam
dalam hidupmya itu dulu.
“Lepas ni awak
nak buat apa?” soal Amin.
“Kalau UPU dah
keluar result, saya nak sambung belajar. Nak ubah nasib keluarga saya”
“Awak minta tak
dekat U saya? Kalau dapat dekat Uitm jugak, bolehlah saya tengok-tengokkan
awak” kata Amin. kenapa pula dia yang menawarkan diri mahu melihat Balkish di
university nanti? dari mana datangnya perasaan bertanggunjawab ini? dekat
kampus dia bukanlah seorang lelaki yang baik, tidak mahu terikat. Apa pula yang
jadi kalau Balkish ke satu university dengannya? Kalau Balkish ke sana pasti
dia harus menjaga Balkish.
“Saya mintak
dekat UIA” jawab Balkish.
“Sama dengan
AManlah kalau macam tu. Nanti dia boleh tengok-tengokkan awak” kenapa aku
protektif sangat dengan Balkish ni? Aku tak cinta pun dekat dia. Simpati, ini
atas dasar simpati. Amin bermonolog sendiri. Dia mencuri pandang ke wajah Balkish
tanpa disedari oleh gadis itu. ayu saja wajah Balkish, menyejukkan panas dan
keringat yang dirasakan di seluruh tubuhnya. Dia terpikat dengan Balkish sekali
lagi.
“Masih
sakit-sakit ke badan awak?” soal Amin lagi lalu meraih tangan Balkish tanpa
persetujuan daripada gadis itu. Balkish terkejut dan segera bangkit berdiri.
Sentuhan Amin itu membuatkan dadanya berdebar. Jujur dia masih takut kepada Amin.
Kekerasan yang dilakukan Amin terhadapnya belum dapat dilupakan. Dan dia trauma
kalau-kalau kejadian itu berulang lagi. Amin tidak akan melulkakan dia lagi,
cukuplah sekali dengan kejadian itu dulu. jadi dia harus menjaga jarak antara
mereka berdua
“Saya masuk
dulu” Balkish berlari masuk ke dalam rumah. Amin melihat sahaja gadis itu
berlalu. Segala-galanya berlaku dengan sangat cepat tapi hati Amin
tertanya-tanya kenapa Balkish seperti itu dengannya.
contoh rumah Balkish
contoh bangku buluh depan rumah balkish
contoh Amin :)
selamat membaca and sorry late update, sakit dalam beberapa hari ni. doakan saya sembuh :)
best2
ReplyDeleteDeman ya cuaca sekarang hari-2 hujan aje semoga cepat sembuh dan selamat tahun baru.
ReplyDeletedemam peing, sumerla...thnks baby mio ;) dan selamat tahun baru to awak jugak
ReplyDeleteSanggup gak Amin buat kerja² berat demi Balkish.
ReplyDeleteweeeee....syokk!!!
ReplyDeletemudah2n cpt semboh ye..bole ler awak update cite ni cepat2..kikiki
:)
xsabar tungu,,, cepat2.. hehe
ReplyDelete*diyana
bila nak sambung?? tak sabar nak baca -.-'
ReplyDelete