Sunday, December 9, 2012

Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku 13,14


Bab 13
Balkish bangun dari tidurnya dan dia melihat ke sekitar. Tidak ada dilihat Amin di situ, Balkish tersenyum gembira namun hatinya tertanya-tanya di manakah lelaki itu tidur semalam? Balkish bangun dan membuka langsir di sliding door biliknya. Dia melihat ke perkarangan rumah, kereta milik Amin juga tidak ada di tempat parkir. Hati wanitanya mula berasa curiga.
Balkish turun ke tingkat bawah untuk menyediakan sarapan pagi untuk mereka sekeluarga.
“Assalamualaikum mama” sapa Balkish saat melihat Datin Hasmah sudah lincah pagi-pagi ini menyediakan sarapan pagi. Ternyata ibu mertuanya itu lebih awal bangun daripadanya.
“Balkish terlambat bangun” beritahu Balkish dengan rasa bersalah. Seharusnya dia yang menyediakan sarapan untuk keluarganya, bukannya mama.
“Taklah, mama yang bangun terlalu awal. Excited dapat menantu” Datin Hasmah menjawab. Balkish tersenyum lucu.
“Lena tidur semalam?” soal Datin Hasmah lagi.
Balkish mengangguk.
“Apa yang Balkish boleh tolong ni mama?” soal Balkish pula.
“Mama belum buat minuman”
“Kalau macam tu biar Balkish yang buat. Air teh ke ni mama?” soal Balkish lagi.
“Lelaki kat dalam rumah ni semua minum teh” beritahu Datin Hasmah tanpa ditanya.
Amin melihat-lihat ke dalam ruang tamu untuk memastikan tidak ada orang disitu untuk dia masuk tanpa ditangkap. Takutnya kalau dilihat muncul dari luar seawal pagi begini menimbulkan pertanyaan daripada mama, papa dan Aman. Amin melangkah dengan berhati-hati masuk ke dalam rumah. Kebetulan waktu itu, Balkish keluar dari dapur dengan menatang sedulang air. Dilihat Amin sedang menyelinap masuk. Lelaki itu tercegat berdiri saat dirinya dilihat oleh Balkish.
“Mama ada dapur?” soal Amin dengan suara separuh berbisik.
Balkish mengangguk.
Amin segera berlari mendaki anak tangga untuk ke biliknya. Balkish sekadar memerhatikan. Gelagat Amin seperti seorang kanak-kanak yang telah melakukan kesalahan dan tidak mahu diketahui oleh mama atau papanya.
Sebaik sahaja Amin masuk ke dalam biliknya, dia merebahkan dirinya di katil dan terbaring lemah di situ. Tidurnya tadi malam di kerusi keretanya membuatkan badannya sakit-sakit dan tidurnya tidak terlalu lena. Sebaik sahaja badannya merasakan keempukan katil, Amin terlena dibuai mimpi indah.
Dato’ Sahar dan Aman turun ke ruang makan awal-awal pagi, namun kerusi Amin masih lagi kosong.
“Mana Amin?” Tanya Dato’ Sahar kepada Datin Hasmah.
“Tidur lagi ke budak tu?” marah Dato’ Sahar lagi.
Baru sahaja Datin Hasmah mahu menjawab pertanyaan itu, tanpa disedari Balkish lebih dahulu memberikan jawapan, “Ada dekat bilik pa”
Datin Hasmah kelihatan tersenyum seribu bahasa. Ada maksud tersirat daripada senyumannya itu. Dato’ Sahar sekadar berdehem-dehem kecil.
“Sekarang ada orang lebih tahu apa yang abang buat dekat bilik dia selain mama” pintas Aman. Sengaja dia mengusik kakak iparnya itu.
Balkish sekadar melihat ke arah Aman dan tersenyum kelat.
Jam di dinding berdetak dengan sangat laju. Cepat sahaja hari berganjak malam. Amin sudah gelisah sambil matanya terus-terus melihat jam dinding di ruangan menonton. Dia bolak-balik di sekitar ruangan itu. Dia takkan sanggup untuk tidur di kereta lagi malam ini. Semalam sahaja badannya sudah lenguh-lenguh, apatah lagi kalau dia terpaksa tidur di kereta lagi sebentar lagi. Amin ke biliknya dan mengetuk daun pintu. Dia melihat Balkish sedang duduk di katil sambil menyelimuti tubuhnya dengan gebar.
“Abang takkan tidur dekat kereta lagi malam ni” beritahu Amin. Malam ini dia tidak akan mengalah dengan Balkish.
“Habis tu, awak nak tidur mana?” soal Balkish.
“Tidur jelah dekat sini dengan awak” Amin menunjukkan jari telunjuknya ke arah katil.
“Kalau awak berani sentuh katil ni selagi saya ada di atasnya, saya akan menjerit. Biar adik awak tu dengar” ugut Balkish.
“Gila kau ni” marah Amin.
Amin baring di lantai sambil mulutnya tidak berhenti mengomel.
“Jangan harap saya nak tidur sebilik dengan awak” Balkish mengulangi kata-katanya yang disebut petang semalam saat mereka bertengkar di bilik tetamu.
“Habis tu aku nak tidur mana?”
“Tu” Balkish memuncungkan mulutnya ke arah balkoni
“Sana?” soal Amin tidak percaya.
Bakish menganggukkan kepalanya.
“Kat luar tu banyak nyamuk”
“Ada saya kisah?”
“Awak ni jahatlah, Balkish”
“Cermin dulu diri tu sebelum kata kat orang” pintas Balkish.
Amin mengambil bantal dan selimutnya lalu berjalan ke arah balkoni. Sliding door ditarik kasar. Matanya masih memohon simpati dari Balkish.
“Jangan lupa tutup balik sliding door tu” pesan Balkish. Dia tersenyum gembira dapat mengenakan Amin.
“Rasakan tidur dengan nyamuk kat luar tu” kata Balkish.
Amin membentangkan selimut dan bantalnya. Kepalanya dibiarkan rebah di bantal. Tubuhnya menggeletar menahan dinginnya malam. Sekejap-sekejap Amin menepuk tubuhnya untuk memukul nyamuk.
“Siap kau Balkish”
Tiba-tiba sliding door ditarik, serta-merta Amin berkalih ke belakang, bibirnya sudah terukir senyuman. Lembut juga hati Balkish ni. Tak sampai hati ke tengok aku kedinginan dan dibaham nyamuk-nyamuk kat luar ni?
Balkish memberikan ubat nyamuk lingkar kepada Amin lalu dia segera menutup sliding door dan mengunci dari dalam. Dia segera kembali ke tempat tidurnya.
Hancur harapan Amin.

Bab 14
Sudah berkali-kali diajak oleh Balkish untuk bertandang ke rumah orang tuanya namun ajakan itu tidak diendahkan olehnya. Namun setelah  papanya sudah bersuara barulah Amin takut dan terpaksa menurut kehendak papanya itu. Pagi itu, Balkish menyiapkan beberapa pakaiannya untuk ke rumah orang tuanya. Amin menegur si isteri.
“Bermalam kat sana ke?” soal Amin.
“Dah berminggu-minggu saya tinggal kat rumah awak, baru kali ini kita nak ke rumah orang tua saya. Takkan tak nak bermalam?” soal Balkish pula. Dia hampa dengan pertanyaan Amin. Lelaki itu kelihatan agak berat mengenali kedua orang tuanya.
“Kemaskan baju saya juga” arah Amin.
“Kemaslah sendiri” tegas Balkish.
“Awak nak saya bermalam ke tak?” ugut Amin pula.
Akhirnya Balkish terpaksa akur dengan arahan Amin. Dia terpaksa mengemaskan pakaian untuk Amin seperti yang disuruh oleh lelaki itu. Dalam hati dia berterima kasih kepada lelaki itu kerana sanggup mengalah dan menurut kehendaknya untuk bermalam sahaja di sana nanti.
Amin keluar mendapatkan mamanya.
“Bawa kereta nanti elok-elok” pesan Datin Hasmah.
“Mama ni risau sangatlah” balas Amin.
“Amin kat rumah mentua nanti pandai-pandailah jaga diri. Mereka bukan dari keluarga macam kita tapi Amin harus jaga tingkah laku. Mereka tetap mertua Amin. Anggap mereka macam mama dan papa” pesan Datin Hasmah. Di dalam hati timbul perasaan risau dengan keberadaan anaknya di rumah mertuanya itu.
“Ye mama. Mama jangalah risau sangat nanti cepat tua” Amin bergurau.
Datin Hasmah tersenyum kelat. Risaunya hanya tuhan sahaja yang tahu.
“Balkish! cepatlah” panggil Amin.
Tidak lama kemudian, Balkish muncul di muka pintu rumah. Amin mengambil beg pakaian yang dibawa oleh Balkish dan memasukkan ke dalam bonet kereta.
Balkish kemudiannya bersalaman dengan Datin Hasmah dan Dato’ Sahar. Amin juga berbuat yang sama setelah selesai menutup bonet keretanya. Mereka berdua masuk ke dalam perut kereta. Amin memandu keretanya keluar dari tempat parker rumah bangle dua tingkat itu.
Sepanjang perjalanan ke rumah orang tua Balkish, gadis itu lebih memilih untuk berdiam diri. Sesekali Amin sengaja mengutarakan pertanyaan untuk meraih perhatian dari isterinya namun, sepatah dua sahaja yang dijawab oleh Balkish. Setelah itu, Amin juga turut berdiam diri. Akhirnya, mereka sampai ke tempat tujuan. Amin memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah usang. Matanya terbeliak melihat sebuah rumah yang agak kecil di depannya. Dia tidak dapat bayangkan keluarga Balkish tinggal di situ.
“Ni rumah kau?” soal Amin terkejut.
“Yelah. Tak besar macam rumah awak” pintas Balkish.
“Eh kita baliklah malam nanti, tak payah tidur sini” balas Amin. Ngeri rasanya untuk menghabiskan semalaman di rumah seperti ini.
“Awak dah janji nak bermalam di sini” bentak Balkish.
“Tu sebelum saya tengok rumah ni”keluh Amin.
“Keluarlah. Ibu dah tengok kita tu” Balkish segera menyuruh Amin untuk keluar dari kereta. Risau juga sekiranya ibu berasa hati dengan sikap anak orang kaya yang dinikahinya itu.
Tanpa menghiraukan panggilan Amin, Balkish segera keluar dari kereta. Dia mendapatkan ibunya lalu mencium tangannya.
“Lama ibu tak Nampak Balkish”
“Maaf ibu. Patutnya Balkish dengan Amin datang lebih awal” balas Balkish.
“Adik-adik mana?” soal Balkish.
“Sekolah. Kejap lagi baliklah tu”
“Ayah ada kat dalam” beritahu Aminah.
“Kenapa Amin tu belum keluar lagi?” soal Aminah. Serentak Balkish melihat ke arah Amin yang masih duduk di dalam kereta.
Balkish terpaksa kembali ke kereta untuk memanggil Amin keluar.
“Keluarlah!” marah Balkish.
“Tak nak!” bentak Amin.
“Kalau awak tak keluar, saya report papa” ugut Balkish. Dia segera berlalu tanpa mengendahkan Amin yang sedang memanggilnya.
‘Siap kau Balkish. dah pandai ugut aku sekarang ni!’
Amin terpaksa merelakan diri dan memaniskan rupa di hadapan Aminah. Dia menyalami tangan ibu Balkish itu. Tidak lama selepas itu dia mengikut Balkish untuk masuk ke dalam rumah bertemu dengan ayahnya. Ayah Balkish tidak banyak bicara, tapi setelah Amin menghulurkan tangan menyalaminya, huluran itu disambut.
“Ayah nak pergi mana ni?” soal Balkish melihat ayahnya bersiap-siap mahu keluar.
“Nasihat sikit ayah tu Balkish. Dia tu baru je sembuh, degil. Tu nak pergi kerja lah tu” sampuk Aminah. Dia berharap agar suaminya itu mendengar nasihat daripada Balkish. Kalau dia yang melarang, suaminya itu tidak pernah mahu mendengar.
“Ayah kan baru sembuh, takkan dah nak pergi kerja?” soal Balkish.
“Kalau ayah tak kerja, siapa yang nak bagi duit untuk adik-adik kau sekolah”
Jawapan daripada Tahir itu membuatkan Balkish terdiam.
“Tunggu ayah, Balkish ikut sekali” Balkish meninggalkan Amin sendirian dan mendapatkan ayahnya. Sekurang-kurangnya, kalau dia juga ikut pergi bersama ayahnya, beban kerja ayahnya mungkin dapat diringankan. Amin sekadar memerhati. Terkejut apabila ditinggalkan oleh Balkish, tetapi dia tidak pula mahu mengikut ayah. Malas untuk menghabiskan masa bersama-sama dengan lelaki itu, teringat peristiwa waktu dia dipukul dan ditendang semahu-mahunya oleh ayah Balkish. Walaupun dia tidak berdendam namun, dia juga tidak mahu terlalu rapat dengannya.
Balkish menyaingi langkah kaki Tahir.
“Tak payahlah kamu ikut ayah. Duduk sahaja kat rumah temankan suami kamu. Lagipun kamu tu baru je sampai”
“Tak apa ayah, Amin tu dah besar. Pandai-pandailah dia kat rumah”
“Kamu dengan Amin macamana?” soal Tahir ingin tahu tentang perkembangan hubungan suami isteri itu.
“Macam biasalah ayah”
“Kalau ada apa-apa cepat-cepat bagitahu ayah. Kalau dia pukul kamu lagi, report ke ayah tak pun ke Dato” pesan Tahir. Sesungguhnya dia masih belum mempercayai menantunya itu. Dia tidak percaya yang lelaki iu dapat berubah dalam sekelip mata.
“Baik ayah. Ayah ni nak pergi kerja dekat mana?” soal Balkish. Sengaja dia merubah topik. Tidak selesa untuk terus berbual tentang hubungannya dengan Amin.
“Ayah dapat upah pergi kutip buah rambutan dekat kebuh Pak Mail” beritahu Tahir.
“Nasib baik Balkish ikut, ayah tu baru je lepas operasi, dah angkat benda-benda berat. Nanti ayah tolong sikit-sikit je, biar Balkish yang buat semua”
“Kamu tu perempuan” pintas Tahir.
“Dah tu, nak biar ayah yang buat. Kalau penyakit ayah tu datang balik macamana?”
Akhirnya Tahir terdiam.
Setelah kerja-keja pemunggahan itu selesai, Pak Mail memberikan upah dan beberapa tangkai rambutan untuk mereka bawa pulang. Dalam perjalanan kembali ke rumah, Tahir dan Balkish sempat singgah di sungai untuk mendapatkan hasil perangkap ikan sungai yang dipasang kemarin.
Dari Jauh Balkish sedang melihat Amin duduk di bangku buluh yang dibuat sendiri oleh ayah. Lelaki itu seperti tidak menyedari yang mereka sudah pulang. Asyik sekali dia melayani kerenah Fahmi. Balkish tidak berkelip melihat keramahan lelaki itu dengan adik bongsunya. Di samping Fahmi, kelihatan Fatin yang sedang khusyuk menulis.
“Ayah, Balkish ke sana dulu” beritahu Balkish.
Dia berjalan ke arah Amin.
“Kakak!” jerit Fahmi seraya melihat kakaknya itu sedang menghampiri. Balkish tersenyum. Adik bongsunya itu melompat dari bangku buluh dan mendapatkan Balkish. Tubuh adiknya diangkat.
“Berat dah adik kakak ni. Dah besar”
“Mestilh kak. Kak, tu suami kakak?” soal Fahmi tiba-tiba.
“Siapa yang bagitahu?” soal Balkish.
“Abang Aminlah”
Balkish meletakkan Fahmi kembali ke bangku buluh.
“Awak dah berkenalan dengan adik-adik saya?” soal Balkish.
Amin mengangguk dan tersenyum.
“Baguslah”
Balkish berpura-pura  tidak peduli padahal dia gembira melihat keakraban Amin dengan Fatin dan Fahmi.
“Farah mana?” soal Balkish berkenaan dengan adik keduanya itu.
“Ada kat dapur. Tolong ibu masak” jawab Amin.
“Balkish” panggil Amin.
“Saya lapar dah ni” beritahu Amin. Merengek macam budak-budak.
“Eh, sabarlah. Kan ibu tengah masak” marah Balkish.
Tahir masuk ke dapur dengan membawa hasil tangkapan ikan sungai dan buah rambutan yang diberikan oleh Pak Mail tadi. Ikan-ikan itu dihulurkan kepada Aminah.
“Abang ni, takkan ini je. Kan menantu kita datang hari ini. Abang belilah ayam ke” kata Aminah. Risau kalau-kalau Amin tidak dapat menyesuaikan diri dengan makanan yang bakal dihidangkan olehnya nanti. Maklumlah, menantu mereka tukan dari keluarga berada.
“Makan je apa yang ada” balas Tahir.
“Abang, ni kali pertama dia datang rumah kita. Boleh ke dia makan ikan sungai ni?”
“Awak ni banyak fikir. Kalau dia tak boleh makan, kan dia ada kereta, hah pergilah cari makan kat luar” Selesai sahaja bicara, Tahir segera beredar.
Kebetulan pada waktu itu, Balkish sudah berada di dapur. Sedih melihat ibunya yang berusaha untuk membuat Amin berasa selesa di sini sedangkan lelaki itu tidak akan menghargainya. Kini giliran Balkish pula yang mulai risau, takut-takut lelaki itu tiba-tiba sahaja menolak makanan yang bakal dihidangkan oleh ibu, maklumlah dia pasti belum pernah merasa ikan sungai.
Balkish cuba menangkis fikirannya itu jauh-jauh. Dia cuba meyakinkan ibu bahawa Amin bakal menyukai masakannya.
Setelah selesai solat maghrib, Aminah menyuruh Balkish memanggil ayah, Amin dan adik-adiknya untuk makan malam. Balkish menurut.
“Eh, awak nanti kalau ibu hidang makanan awak makan je tau” pesan Balkish.
“Kenapa pulak cakap macam tu? Mestilah saya makan, kecuali kalau ibu hidangkan racun. Tak nak lah saya makan”
“Main-main pulak dia ni. Ibu dah risau dari tadi takut awak tak boleh makan ikan sungai” beritahu Balkish.
“Huh???” suara Amin agak keras.
“Pelanlah sikit suara tu. Nanti orang dengar”
“Saya tak pernah makan ikan sungai. Kalau saya muntah macamana?”
“Banyak songeh pulak dia ni. Makan jelah”
“Amin!” terdengar suara ibu memanggil nama Amin. Balkish segera mengajak Amin ke dapur. Barangkali semua orang sedang menunggu mereka.
Amin duduk bersila berhadapan dengan ibu mertuanya. Balkish mengambil tempat di sebelah Fahmi, selang seli dengan Amin. Adik bongsunya itu tidak mahu berenggang dengan Amin sampai makan malam pun nak duduk di sebelah lelaki itu. Ilmu apalah yang dipakai oleh Amin untuk menambat hati adik bongsunya itu.
“Makanlah Min ye” pelawa Aminah. Amin terangguk-angguk. Dia mahu menyendukkan kuah dari pinggan di hadapannya. Tiba-tiba Tahir bersuara, “Baca doa makan dulu” mata Tahir mengarah pada Amin. Mereka bertentang mata namun segera Amin melarikan pandangannya. ‘Gaya ayah mertuanya itu macam nak suruh aku baca doa makan. Saja nak test aku lah tu. Macam lah aku tak tahu doa makan. Yang mana ye? Yang Alhamdulillah hirabbila alAmin tu ke?’Fikir Amin.
“Biar Balkish yang baca”
Balkish menawarkan diri, secara tidak langsung, isterinya itu telah menyelamatkannya dari malu besar di hadapan seluruh keluarganya.
Amin melirik ke arah Balkish.
Gadis itu tidak mengendahkannya.
Amin menyendukkan kuah gulai di hadapannya dan mengambil ikan goreng yang disediakan oleh ibu. Dia berselera sekali menjamu selera bersama-sama keluarga Balkish.
Setelah selesai makan malam bersama-sama keluarga Bakish, Amin masuk ke dalam kamar mereka lebih awal dan berbaring di tilam yang tersedia dia ruang kamar itu. Balkish sekadar melirik. Dia sengaja tidak mahu masuk ke kamar itu selagi Amin berada di dalam. Tetapi setelah agak lama, Amin di dalam kamar itu, Balkish sudah tidak dapat menahan kantuknya. Dia akhirnya masuk jua.
Tubuh Amin terbaring di tilam.
“Dah tidur?” soal Balkish.
“Belum” jawab Amin.
“Awak nak tidur dekat situ?” soal Balkish lagi.
Kali ini tiada jawapan daripada Amin.
“Oklah, awak tidurlah dekat tilam tu. Biar saya tidur kat lantai. Lagipun saya berterima kasih sebab awak jaga hati ibu, makan masakan ibu” beritahu Balkish.
“Balkish, saya sakit kepala. Saya rasa saya food poisoning” beritahu Amin.
“Mana ada orang food poisoning makan ikan sungai. Saya ok je”
“Saya tak pernah makan ikan sungai sebelum ni. Loya tekak saya ni, Balkish”
“Tahanlah. Macam budak-budak je” marah Balkish.
Balkish menghamparkan tikar di katil dan merebahkan dirinya untuk tidur.
Penatnya saat membantu ayah dengan memunggah bakul-bakul yang berisi buah rambutan tadi membuatkan dia berasa sangat mengantuk. Namun dia sebenarnya berasa terganggu dengan bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh gerakan-gerakan tubuh Amin. Lelaki itu tidak betah berbaring dalam satu posisi. Sekejap-sekejap dia berbalik. Balkish duduk menghadap lelaki itu. Mahu marah tetapi setelah melihat keadaan Amin yang agak gelisah, marahnya ditahan sahaja.
Tiba-tiba dia melihat Amin bangun dari tidurnya dan segera berlari keluar. Balkish segera mengejar lelaki itu. Amin muntah di semak belukar belakang rumah. Balkish jadi risau. Dia sekadar memerhatikan, nak mengurut belakang lelaki itu, Balkish berfikir seratus kali dulu. Dia sangat takut kepada Amin.
Balkish masuk ke dalam rumah mengambil segelas air untuk lelaki itu berkumur. Gelas itu diberikan kepada Amin.
“Saya dah cakap saya tak pernah makan ikan sungai, awak tak percaya” beritahu Amin lemah. Matanya kuyu setelah memuntahkan segala isi perut yang membuatkan dia berasa tidak selesa sejak dari tadi. Balkish diserang rasa bersalah kerana dia telah memaksa lelaki itu.
“Jom masuk. Saya nak tidur” ajak Amin. Balkish menurut.
Baru sahaja dia mahu berbaring di tikar, Amin menegurnya.
“Awak tidurlah dekat tilam. Biar saya tidur dekat situ” beritahu Amin.
“Awak tak kisah?”
“Saya dah terbiasa. Awak yang selalu paksa saya tidur dekat lantai. Jangan nak pura-pura rasa bersalah pula malam ni”
Balkish menarik muka masam apabila mendengar sindiran Amin itu. Namun dia menurut kehendak lelaki itu. Segera dia berpindah ke tilam dan menyimpan tempat kosong di tikar buat Amin. Oleh kerana mengantuk, sekejap sahaja matanya terpejam erat.

8 comments: