Monday, December 3, 2012

Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku 12

Balkish binti Ahmad Tahir

Bab 12

Akad nikah berlangsung dengan senpurna dan urusan catering untuk jamuan para tetamu yang hadir juga tidak ada masalah. Tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat itu bertemu dengan pasangan pengantin baru dan mengucapkan tahniah kepada mereka. Amin dan Balkish memang menjadi perhatian semua orang yang hadir ke acara itu. Mereka berdua dipuji kerana kelihatan sangat sepadan. Yang pengantin lelaki segak dan tampan, pengantin perempuan pula ayu dan menawan. Balkish berusaha untuk tersenyum walaupun senyman itu dirasakan sangat palsu.


Setelah agak tengahari tetamu mula beransur kurang. Datin Hasmah dan Dato’ Sahar masih melayani tetamu-tetamu yang tersisa di ruang perkarangan rumah mereka. Amin masuk ke kamar pengantin. Dia berbaring di katil kerana kepenatan. Puas dia mencari Balkish namun isterinya itu gagal ditemui. Tengkolok di kepalanya dicabut dan diletakkan di meja di samping tempat tidur. Baju pengantin yang agak tebal itu dibuka butangnya.


Dada Balkish berombak kencang apabila mendengar derap kaki Amin masuk ke kamar mereka. Balkish membuka tombol pili. Dalam hati dia berdoa dilindungi daripada Amin. Untung saat Amin masuk dia sudah selesai mandi dan pakaian persalinan dia bawa masuk ke kamar mandi. Balkish mengenakan pakaiannya siap-siap sebelum dia keluar dari bilik air. Dia menutup rambutnya dengan tuala dan berjalan dengan menundukkan wajahnya memandang lantai.


“Balkish” panggil Amin. Langkah kaki Balkish terhenti.


“Puas abang cari. Rupanya Balkish kat sini” beritahu Amin walaupun tidak ditanya.


“Sini sayang” panggil Amin manja. Namun Balkish tidak mempedulikan panggilan itu. Dia segera mengenakan tudung dan beredar meninggalkan Amin sendirian di kamar. Amin terpinga-pinga. Dia tahu bukan mudah untuk dia meraih maaf dari gadis itu tetapi dia harus tetap mencuba. Dia akan belajar menjadi lelaki yang terbaik untuk Balkish. Walaupun Balkish bukanlah orang pertama yang tidur dengannya tetapi gadis itulah orang pertama yang dilukainya. Dan oleh sebab itu jugalah dia berasa sangat bersalah terhadap Balkish. Amin berazam akan cuba sedaya upaya untuk menebus dosanya kepada gadis itu. Itulah sebabnya dia sanggup menikahi Balkish walaupun dia sebenarnya tidak menyintai gadis itu. Dia bimbang andainya masa depan Balkish hancur. Andainya Balkish mengandung setelah peristiwa itu, pasti Balkish dan keluarganya akan menanggung malu. Amin sudah fikirkan semua itu dan akhirnya dia sendiri melafazkan denganse ikhlas hati mahu bertanggungjawab ke atas Balkish. Cintanya masih tetap kepada Tina dan dia akui yang dia belum dapat melupakan Tina. Tetapi dia akan belajar menyayangi Balkish.
Amin akhirnya keluar dari kamar pengantin untuk mencari Balkish. sekejap sahaja gadis itu telah menghilang dari pandangan.


“Abang. Sinilah kejap” panggil Aman.


“Ada apa?” soal Amin.


“Sinilah jap” Aman menarik tangan abangnya masuk ke bilik.


“Ada apa?” soal Amin lagi.


“Dah lama dah Aman nak tanya soalan ni. Macamana abang kenal dengan kakak?” soal Aman. Dia tidak tahan lagi menanggung pertanyaan itu di benaknya.
“Kenapa?” soal Amin sepatah.


“Tak adalah. Aman tengok kakak tu tak macam taste abang je. Taste abang kan macam, macam siapa tu?” soal Aman. Dia sudah terlupa nama teman wanita abangnya yang telah bersama dengan abangnya hampir tiga tahun.


“Tina?”


“Hah. Tina. Beza bang, beza gila kalau nak dibandingkan kakak dengan Tina. Kakak tu macam taste Aman je” Aman ketawa lucu.


“Ish kau ni. Itulah namanya jodoh”


“Takkan sebab tu je bang. Entah-entah abang dah..?”


“Apa yang kau mengarut ni?” soal Amin marah. Walaupun kata-kata Aman itu ada benarnya tetapi dia cuba menafikan hakikat itu. Bimbang juga dia dipandang serong oleh adiknya sendiri. Biarlah rahsia itu menjadi rahsia antara dia, Balkish, mama dan papa. Aman tidak perlu tahu dan selagi rahsia itu boleh disembunyikan, dia akan cuba menyembunyikannya.


“Abang ni, sensitive pulak. Aman mengarut je la” bentak Aman.


“Dahlah. Abang nak cari Balkish. ada nampak dia tak?” soal Amin.


Aman menggelengkan kepalanya. Tadi ada kat luar dengan mama
Amin melangkahkan kaki keluar dari bilik adiknya itu. Dia turun ke tingkat bawah mencari Balkish. Dilihat mama sedang duduk-duduk di bawah kanopi yang disewa khas oleh Wedding Planner yang diupah mama. Amin mendekati mamanya.


“Mama ada nampak Balkish?” soal Amin.


“Ada tadi dengan mama. Tapi katanya nak masuk bilik dulu” beritahu Datin Hasmah.
“Amin tadi ada jumpa dengan orang tua Balkish?” soal Datin Hasmah. Dia terlupa mahu menyuruh anak lelakinya itu untuk bersua muka dengan keluarga Balkish yang telah datang bertandang ke majlis perkahwinannya ini.


Amin menggelengkan kepalanya.


“Ish kau ni. Kalau mama tak suruh, pandai-pandailah bawa diri” Datin Hasmah segera mencubit pinggang anak sulung lelakinya itu. Geram dengan sikap acuh tak acuh yang dipamerkan oleh Amin.


“Nanti apa pula orangtua Balkish fikir. Dahlah kau buat macam tu kat anak dorang” marah Datin Hasmah lagi.


“Mama ni. Dah-dahlah ungkit pasal benda tu. Kalau orang lain dengar macamana?”


“Geramlah mama dekat kamu ni! Nanti orangtua Balkish fikir kau sombong” marah Datin Hasmah lagi.


“Ala mama. Rileks la. Nanti Amin pergi rumah dorang ok? Dorang dah balik ke mama?” soal Amin.


“Dah. Baru je balik. Papa dengan Wak pergi hantar dorang”


Amin mengangguk. “Mama, Amin pergi cari Balkish dulu ye” beritahu Amin. Dia segera berlari masuk kembali ke dalam rumah banglo itu. Nama Balkish dipanggil tanpa henti namun gdis itu tidak pula menyahut. Amin mencari kelibatnya di dapur, namun Balkish tiada di situ. Amin membuka daun pintu bilik tetamu di tingkat bawah dan dia melihat Balkish sedang terbaring lesu di katil. Dengan langkah hati-hati Amin mendekati tubuh itu. Wajah Balkish yang kepenatan itu ditatap lama. Tanpa di sangka senyuman terukir di wajahnya. Gembira tatkala menatap wajah gadis yang telah bergelar isterinya itu.
Penat sangat agaknya sampai tertidur di sini. Amin memasukkan tangannya di leher dan paha Balkish. Tubuh gadis itu diangkat perlahan-lahan ke dadanya.
Tanpa disangka, Balkish membuka matanya. Matanya dan mata Amin bertentangan. Amin tersenyum.


“Apa awak buat ni?” soal Balkish marah. Dia menolak tubuh Amin menjauh daripadanya.


“Abang nak angkat Balkish tidur dekat bilik kita” beritahu Amin ikhlas.


“Kau jangan nak tipu aku. Jangan ingat aku akan tertipu lagi dengan kata-kata kau” ugut Balkish


“Betullah! Kau ingat aku nak buat apa?” soal Amin pula. Suaranya agak tinggi kerana dituduh sebegitu oleh Balkish.


Terkejut juga gadis itu apabila mendengar Amin marah kepadanya. Serta merta dadanya berombak kencang. Peristiwa hitam itu muncul di layar ingatannya. Dia masih ingat semuanya yang telah dilakukan oleh Amin terhadapnya. Kekasaran dan kebengisan lelaki itu, semunya masih segar di kotak ingatan.


“Balkish, abang minta maaf. Abang tak bermaksud nak marah Balkish. Abang cuma tak nak kejutkan Balkish sebab tu abang nak angkat Balkish, tidur dekat bilik kita. Kat sini berhabuk. Dah lama bilik ni tak dibersihkan”


“Jangan harap saya nak tidur sebilik dengan awak” sinis suara Balkish.
“Tapi kita dah kahwin. Bagilah muka sikit dekat dekat abang depan mama dan papa. Aman pun tak tahu apa-apa. Abang kalau boleh tak nak Aman tahu” beritahu Amin.


“Kenapa? Malu kalau Aman tahu yang awak tu perogol?”


Amin terdiam. “Jaga bahasa kau boleh tak?” marah Amin lagi.


“Kenapa? Kau nak pukul aku lagi? nak rogol aku lagi?” balas Balkish kasar. Tidak ada rasa hormat untuk lelaki di hadapannya itu.


“Tidur aje dekat atas malam ni. Aku akan tidur di bilik lain” beritahu Amin. Dia segera beredar setelah itu. Lama-lama berdepan dan berdebat dengan gadis itu, dia takut marahnya semakin merajai hati sehinggakan dia melakukan sesuatu yang tidak patut dilakukannya. Kali ini Amin mengalah.


Amin ke ruang tamu dan merebahkan diri di sofa. Dia juga sebenarnya agak penat dengan acara pernikahannya. Mana tidaknya, sejak dari pagi dia sibuk melayani tetamu-tetamu yang terdiri daripada keluarganya. Teman-temannya tidak banyak yang diundang kecuali teman baiknya Firdaus dan Hisyam dan seperti biasa Firdaus datang bersama teman wanitanya, Mira. Susah payahnya untuk berbuat baik dan mengambil hati Balkish tidak dihargai oleh gadis itu. Dia itu seolah-olah tidak akan pernah mempercayainya. Amin termenung panjang. Susah-susah selepas beberapa bulan lagi,  aku akan ceraikan Balkish. Itupun kalau Balkish tidak mengandung.


Mustahil untuk melanjutkan perkahwinan ini dengan sikap Balkish yang begitu dingin terhadapnya dan mustahil juga dia mampu bertahan dengan kerenah Balkish, sedangkan dia tidak  menyintai gadis itu. Amin akhirnya terlelap jua di sofa.


……………………………………………………


“Eh abang ni dah lama dah tidur. Dah isyak dah ni bang” Aman mengejutkan Amin dengan menggoyangkan tubuh abangnya itu. Amin tersedar dari tidurnya sambil membetulkan rambutnya.

“Tidur tak ingat dunia” kata Aman lagi.


“Abang ni solat Maghrib tak?” soal Aman lagi.


Amin tersenyum sinis. Cara nak solat pun aku dah lupa, macamana aku nak solat Maghrib?


“Balkish mana?” soal Amin.


“Sayang sangat dekat isteri. Sekejap-sekejap cari kakak. Kakak ada kat bilik abang” beritahu Amin.


“Mama dengan papa?” soal Amin lagi.


“Ada kat atas” balas Aman.


Amin bangun dari tidurnya dan mendaki anak tangga untuk ke biliknya. Dia mengetuk daun pintu dan dengan berhati-hati menguak pintu kamarnya. Dia melihat Balkish yang sedang duduk berteleku di sejadah dengan pakaian solatnya. Sempat isterinya itu melirik ke arahnya.


“Aku nak mandi” beritahu Amin tanpa di suruh. Dia mengambil tuala dan segera masuk ke kamar mandi. Amin masuk ke bilik air dengan mebawa sehelai tuala.
Apabila menyedari yang mereka berdua-duaan di kamar ini, sebaik sahaja Amin keluar dari kamar mandi, Balkish segera membuka pakaian solatnya dan mengenakan tudung untuk turun ke tingkat bawah. Dia juga tidak mahu berdua-duaan dengan Amin di kamar itu. Tambahan pula malam ini adalah malam pertama mereka walaupun sebenarnya tidak terlalu ‘pertama’.


Amin keluar dari kamar mandi dan matanya liar mencari Balkish namun ternyata gadis itu telah keluar dari kamar. Amin mengenakan baju ke tubuhnya yang terdedah. Tualanya masih lagi terikat di paras pinggang. Dia ke meja solek dan melihat beberapa barang solekan milik isterinya. Amin tersenyum sinis. Berbeza sekali barang-barang milik Balkish dengan Tina. Dia ke beg pakaian yang dibawa oleh isterinya itu. Beg pakaian itu diselongkar dan Amin melihat pakaian-pakaian yang dibawa oleh isterinya itu. Semua pakaiannya biasa-biasa sahaja, tidak ada satu pun pakaian yang berjenama yang dimiliki oleh isterinya itu.


“What Im going to do with you, Balkish?” keluh Amin.


Amin mengenakan pakaiannya lalu turun ke tingkat bawah. Dari jauh dia melihat Balkish sedang membantu mamanya mempersiapkan makan malam mereka. Amin sengaja tidak ke ruang makan kerana dia juga tidak mahu bertembung dengan gadis itu. Dia ke ruang tamu dan duduk di sofa bersama-sama dengan papanya.


“Abang, malam ni kakak yang masak” beritahu Aman. Entah dari mana muncul adiknya itu.
“Mesti tak sedap” sampuk Amin. Ringan sahaja mulutnya mengutuk isterinya itu. Dato’ Sahar segera menjeling ke arah Amin. Amin mengerti dengan reaksi papanya itu. Dia melarikan pandangannya dari Dato’ Sahar. Sengaja buat-buat tidak tahu dengan amaran dari papanya itu.


“Baru kahwin takkan dah gaduh?” soal Aman.


“Bising lah kau. Duduk sini” marah Amin.


Tidak lama setelah itu, Datin Hasmah memanggil keluarganya untuk datang ke ruang makan. Amin berjalan dengan langkah longlai. Tidak mahu dia berjumpa dan menatap wajah Balkish, mengingat mereka telah bergaduh siang tadi.


“Abang, hari ni Balkish yang masak” beritahu Datin Hasmah kepada Dato’ Sahar.
Balkish sibuk menyendokkan nasi buat keluarga barunya itu termasuk suaminya.
“Tak apa, abang buat sendiri” belum sempat Balkish melepaskan sendoknya, Amin telah merampasnya dari tangan. Balkish melirik geram. Dia kemudiannya mengambil tempat duduk bertentangan dengan Amin. Dia tidak mahu duduk di samping lelaki itu. Amin hanya mampu melihat.


Aman yang tidak pernah mengetahui cerita sebenar antara abangnya dan Balkish itu berasa sangat hairan. Hubungan abangnya dengan Balkish agak dingin, biarpun mereka baru sahaja melangsungkan perkahwinan beberapa jam yang lalu.
“Aman makanlah” ajak Dato’ Sahar. Sengaja dia cuba untuk menarik perhatian Aman.


………………………………………..


Tepat jam 11 malam, Amin masih berbaring di sofa di ruang tamu. Mama dan papa sudah lama tertidur gara-gara kepenatan menguruskan perkahwinannya. Balkish juga sudah lama masuk ke bilik. Aman baru sahaja ke biliknya untuk belajar. Banyak juga yang ditanya-tanya oleh Aman sejak dari tadi berkenaan dengan perkenalannya dengan Balkish. Lega hatinya saat adiknya itu meminta izin masuk ke kamar.


Amin bangun dari tidurnya dan mengambil kunci kereta.


“Abang nak ke mana tu?” soal Aman pelik apabila melihat abangnya bersiap-siap mahu keluar.


“Abang nak keluar kejap”


“Eh abang ni. Kak Balkish tu dah kat bilik. Abang nak keluar lagi?” soal Aman lagi.
“Abang nak keluar dengan Firdaus dan Hisyam. Adalah tu halnya, kalau tak dorang takkan ajak keluar malam ni” beritahu Amin. Dia terpaksa berbohong. Tidak tahu alasan apa lagi yang harus diberikan untuk menutup pemergiannya pada malam ini.
“Kawan-kawan abang ni tak understandinglah” keluh Aman.


Amin sekadar senyum. Dia segera beredar.


Keretanya dipandu keluar dari perkarangan rumahnya. Dari balkoni rumah, Balkish hanya memerhatikan. Barulah tenang hatinya untuk tidur di bilik itu saat memastikan yang Amin benar-benar membiarkannya tidur di bilik itu sendirian. Balkish kembali ke katil dan merebahkan dirinya. Gebar baru itu ditarik menyelimuti seluruh tubuh. Balkish terlena tanpa dipaksa. Dia juga sangat penat dengan segala urusan yang dilakukannya hari ini.


Amin memandu keretanya melewati semua jalan di perumahnnya itu. Tidak lama kemudian, dia memberhentikan keretanya tidak jauh dari rumahnya. Kerusinya diturunkan ke paras yang paling rendah. Aircond kereta dibiarkan agak perlahan. Amin merebahkan diri di kerusi dan serta merta matanya tertutup rapat. Lenanya datang tanpa diundang.

10 comments: