Bab 21
Seperti
hari-hari biasa, Amin bersiap awal kerana dia mahu menghantar Balkish ke
kampusnya dahulu sebelum dia ke Uitm. Isterinya itu sudah semingga melewati
minggu orientasi di kampusnya. Sekarang, Balkish sudah memulai kuliah-kuliah
sepertimana pelajar-pelajar university yang lain. Setelah bersiap, Amin turun
ke tingkat bawah untuk bersarapan. Balkish sudah lama siap dan mungkin sedang
menunggunya di bawah. Amin menyapa papanya yang duduk di sofa membaca surat
khabar.
“Papa masuk
lambat ke hari ni?” tegur Amin.
“Herm”
Amin ke ruaang
makan. Dilihat Balkish sedang sibuk di dapur. Tersenyum Amin melihat kekalutan
gadis itu.
“Morning sayang,
cantik hari ni” tegur Amin. Dilihat penampilan Balkish yang simple dengan
berbaju kurung cotton dan bertudung. Ayunya isteri aku!
“Sayang buat
breakfast?” soal Amin sengaja mahu beramah mesra. Balkish sekadar memandang ke
arah lelaki itu. orang dah lambat ni dia boleh rilex pula. Ngomel Balkish di
dalam hati.
“Nah, makan ni
je” Balkish meletakkan piring yang berisi roti bakar di hadapan Amin. Gadis itu
segera beredar meninggalkan Amin sendirian.
“Takkan ni je sayang?”
soal Amin tetapi gadis itu sudah meninggalkannya.
Apalah dia nak
kalut sangat? Bentak Amin.
“Pa” sapa Balkish.
“Ada apa Balkish?”
soal Dato’ Sahar.
“Balkish nak
cakap sikit”
“Ada apa?” Dato’
Sahar meletakkan surat khabarnya ke samping.
Dari jauh Amin
cuba memerhatikan Balkish. dilihatnya gadis itu sedang berbual dengan papanya.
Lagaknya macam serius sahaja. Amin mengangkat piringnya dan berjalan keluar. Dia
cuba mendengar perbualan antara papa dan isterinya itu.
“Pa, Balkish
ingat, nak pindah duduk hostel. Kalau duduk rumah, Balkish kasihankan Amin kena
hantar dan jemput setiap hari. Lagipun ….”
“Tak boleh!”
tengking Amin.
Dato’ Sahar dan Balkish
terkejut. Mereka tidak menyangka yang lelaki itu mendengar perbualan mereka.
“Pa. mana boleh.
Amin tak izinkan! Amin tak susahpun nak hantar atau nak jemput Balkish” Amin
berjalan agak laju mendapatakan papanya. Rotinya masih penuh di dalam mulut.
“Kunyah dulu
makanan tu. Tak baik bercakap mulut penuh” tegur Dato’ Sahar. Balkish menjeling
tajam ke arah lelaki itu.
“Lagipun pa, Amin
kan kena pergi kampus dia juga. Balkish tak nak Amin lambat masuk kelas sebab
nak kena hantar Balkish. Balkish tak kisahpun duduk kat hostel”
“Pa, Amin tak..”
Amin bersuara memprotes. Tetapi saat dia baru membuka mulut, Dato’ Sahar
menjeling ke arahnya.
“Kunyah dulu
Min” tegur Dato’ Sahar lagi. teguran itu membuatkan Amin terdiam. dia mengunyah
makanan dengan cepat supaya dia sempat melarang Balkish.
“Pa, Amin tak
setuju. Amin boleh bahagikan masa. Amin suami Balkish. papa kena fikirkan juga
pendapat Amin” kata Amin.
“Nantilah papa
fikirkan dulu” kata Dato’ Sahar.
Balkish tersenyum.
Amin menjeling ke arah gadis itu.
“Dahlah,
pergilah kampus. Dah lambat dah ni” suruh Dato’ Sahar.
Balkish berdiri
dan mendapatkan begnya. Amin juga mengambil beg galasnya. Mereka berdua
berjalan keluar dari rumah dan masuk ke dalam perut kereta. Balkish duduk di
sebelah Amin.
“Kenapa tak
bincang dengan abang dulu?” soal Amin marah.
“Saya tak rasa
pun benda tu penting” jawab Balkish.
“Penting! Siapa
cakap tak penting. Awak nak tinggalkan saya, penting apa!”
“Bukannya pergi
mana-mana pun. Duduk hostel je. Dua minggu sekali saya baliklah rumah” jawab Balkish.
Amin
menghidupkan enjin keretanya dan memandu keluar dari tempat parkir.
“Sukalah kalau
duk jauh dari abang kan? Kat UIA tukan banyak ustaz-ustaz. Awak sukalah lelaki
macam tu” sindir Amin.
“Yelah. Saya
sukalah pak-pak ustaz. Bukan macam awak ni. Kaki botol” marah Balkish.
“Tu urusan saya
dengan Tuhan. Awak tak perlu masuk campur”
“Oh, tahu pula
ada Tuhan. Tapi saya tak pernah pun tengok awak sembahyang”
“Jangan kurang
ajar Balkish”
Balkish diam.
dia sedar yang dia terlalu ikutkan marahnya sehingga dia melawan balik
kata-kata Amin.
“Yang penting,
saya nak awak tahu yang saya jijik dengan lelaki macam awak ni. Selfish, Islam
pada IC, playboy, jahat, suka mainkan perempuan” beritahu Balkish.
“Saya nak pindah
hostel pun sebab saya tak nak tengok muka awak tu. Meluat. Nak muntah, loya
tekak saya ni” sambung Balkish lagi.
“Dah habis dah?
Dah habis dah kutuk abang?” sampuk Amin setelah agak lama Balkish diam setelah
menghemburkan kata cacian buatnya.
Amin menghentikan
keretanya di hadapan dewan kuliah. Balkish membuka tali keledarnya.
“Jangan cuba
rapat-rapat dengan mana-mana lelaki pun. Abang ni kuat cemburu” pesan Amin.
Balkish
mencebik. “Dorang pun tak nak dekat saya ni”
“Eh, Kenapa
pulak? Isteri abang ni kan cantik” puji Amin.
“Nah” Amin
menghulurkan tangannya untuk disalami oleh Balkish, tetapi Balkish tidak
mengendahkannya dan menutup pintu kereta.
Amin tersenyum
gembira dapat mengenakan Balkish lagi. dia tahu yang isterinya itu tidak mahu
mencium tangannya tetapi sengaja dia mengusik. Suka melihat reaksi mencebik
pada wajah ayu milik isterinya itu.
Amin memandu
keretanya keluar dari kampus UIA itu. ada benarnya juga kata-kata Balkish
kepada papa pagi tadi. gadis itu mungkin berasa tidak selesa dihantar dan
dijemput olehnya kerana dia juga terpaksa memandu pulang ke Uitm untuk mengikuti
kelasnya. Tetapi aku tidak kisah, kalau tak hantar Balkish pun, memang aku akan
terlambat. Bukannya aku suka sangat ikut kelas pagi-pagi macam ni, menganggu
tidur aku je. Tapi sebab nak hantar Balkish aku bangun pagi. Sama je kan. Cuma
kalau dapat hantar Balkish, barulah semangat sikit nak belajar.
Amin tersenyum
gembira memandangkan dia sudah dapat menjangkakan akan menerima sms daripada
isterinya itu sebentar lagi. dan seperti yang diduga telefon bimbitnya berbunyi
menandakan ada sms yang masuk. Mesej itu dibaca.
‘Jangan lupa
masuk kelas’
Walaupun singkat
sahaja isinya, tetapi cukuplah untuk membuatkan semangat Amin untuk hari ini
berkobar-kobar.
‘Ye sayang. Cium
sikit, mmmuuaah’
Amin tersenyum
lucu membayangkan reaksi yang terpamer di wajah Balkish saat dia menerima
smsnya itu nanti.
…………………………………
Balkish
tersenyum lucu membaca balasan sms daripada Amin itu. Yani di sampingnya hanya
memerhatikan temannya itu tersenyum sendirian. Aiza juga turut menyedarinya.
“Yang kau ni duk
sengih sorang-sorang ni kenapa?” soal Aiza.
“Tak ada
apa-apalah” balas Balkish. dia segera menyembunyikan telefon bimbitnya.
“Ni mesti pakwe
mesej kan?” Yani cuba meneka.
“Mana ada. Aku
tak de boyfriendlah”
“Betul?” soal
Aiza ingin tahu.
Balkish
mengangguk mengiyakan. Dia senyum kepada dua orang sahabatnya itu. aiza dan
Yani tinggal di hostel dalam kampus dan mereka mengajak Balkish untuk turut
tinggal di hostel bersama-sama mereka. kebetulah Aiza belum ada roommate jadi
dia mengajak Balkish untuk tinggal bersamanya.
Amin masuk ke
kelas walaupun pensyarahnya sudah lama masuk. Tuan Haji menggelengkan kepala
melihat kehadiran Amin yang sangat terlambat. Dia tidak pula menegur pelajarnya
itu.
“Maaf terlambat
Tuan Haji” beritahu Amin. Dia kemudiannya mengambil tempat duduk di belakang.
“Rajin pula kau
masuk kelas” sindir Hisyam.
“Balkish yang
paksa aku” Amin senyum.
“Amboi, mentang-mentang
dah kahwin ni. Semuanya isteri” Hisyam ketawa. Begitu juga dengan Amin.
“Tu yang kat
belakang tu nak bercerita ke nak dengar saya mengajar?” soal Tn. Haji. Semua
mata memandang ke arah Amin dan Hisyam di tempat duduk yang paling belakang.
“Nak dengar Tn
Haji” serentak suara Amin dan Hisyam menjawab. Tawa di wajah mereka hilang.
Kedua-duanya mempamerkan wajah yang serius kepada Tuan Haji.
Tn
Haji akhirnya menyambung kembali kuliahnya. Hisyam dan Amin ketawa lucu.
Setelah
selesai kuliah yang agak lama dari Tuan Haji, Amin mengikuti Hisyam dan Firdaus
ke kantin. Mereka memesan makanan untuk makan tengahari.
Sambil
menunggu pesanan mereka sampai, Amin menghantar sms untuk Balkish.
‘Sayang balik
pukul berapa hari ni?’
‘Nanti saya
balik sendiri. Tak payahlah jemput’
‘Kalau sayang
tak bagitahu, sekarang juga abang tunggu dekat tempat tadi. kalau abang tunggu sayang,
abang skip 2 class. Baik cakap sayang balik pukul berapa’ Amin tersenyum
gembira. Dia tahu yang dia akan menang kalau mengugut ponteng kelas.
‘Pukul 5’
Amin
tersenyum gembira. Kan dah cakap. Mesti Balkish takut.
‘Ok, abang
jemput nanti. Tunggu dekat tempat tadi’
“sengih
je memanjang” kata Firdaus. Amin tersenyum kepada dua orang sahabatnya itu.
“Firdaus
ni pun kalah dah dengan kau sekarang” kali ini Hisyam yang bersuara.
“Apa
maksud kau hah?” marah Firdaus.
“Aku
tak angau macam mamat playboy nilah” bentak Firdaus membela dirinya. Malu
disamakan dengan keadaan Amin yang dilamun cinta seperti sekarang.
“Kau
dengan Mira macam nilah dulu. sebijik macam ni” sambung Hisyam lagi.
Amin,
HIsyam dan Firdaus ketawa lucu. Mereka tidak menghiraukan keadaan sekeliling.
Tanpa disedari ada beberapa orang gdis yang melihat ke arah mereka.
“Siapa
dorang tu?” soal Rina.
“Yang
mana?” soal Hanim kembali.
“Semua
tulah”
“Yang
tu Hisyam, single, yang putih sikit tu, Firdaus, taken, yang sebelah Firdaus tu
Amin, single. Baru je break up dengan awek dia lepas 4 tahun couple”
“Semua
tu anak Dato” sampuk Dayah pula.
“Patutlah”
keluh Rina.
“Kenapa?”
soal Hanim dan Dayah serentak.
“Mereka
Nampak macam orang tak boleh pakai je semua” balas Rina. Mereka bertiga ketawa
serentak.
Amin.....
No comments:
Post a Comment