Bab 23
Awal-awal
pagi lagi seluruh penghuni rumah telah bangun. Hari ini Balkish akan dihantar
untuk masuk ke hostel. Akhirnya Dato’ Sahar memberikan kebenaran walaupun
dibangkang oleh Amin. Amin terpaksa juga menurut kehendak Balkish dalam rela.
Wak juga terpaksa datang awal pagi walaupun hari ini sebenarnya dia cuti.
Barang-barang keperluan Balkish diangkut ke dalam kereta, Amin turut membantu
walaupun dia protes kuat dalam pengambilan keputusan ini. setelah bersiap, Amin
dan Balkish menaiki kereta yang sama, manakala Dato’ Sahar dan Datin Hasmah
menaiki kereta yang diapndu oleh Wak.
“Awak
marah ke?’ soal Balkish kepada Amin di sebelahnya. Lelaki itu tidak mahu
bercakap dengannya dalam dua, tiga hari ini. marah barangkali gara-gara
keputusannya untuk tinggal di hostel.
“Janganlah
marah. Saya dah nak duduk hostel dah ni, kalau awak marah-marah sekarang, nanti
awak teringat kat saya lepas ni macamana?” pujuk Balkish. aneh pula perasaannya
untuk berpisah dengan Amin. Lelaki itu tetap dianggap sebagai seorang suami
walaupun dia tidak menghormatinya. Lagipun sejak mereka berkahwin Amin melayannya
dengan baik dan tidak pernah berkasar.
“Nanti
bila awak balik rumah?” soal Amin.
“Kalau
tak ada apa-apa, next week saya balik” beritahu Balkish. mungkin sudah
lama-lama nanti barulah dia merancang untuk pulang dua minggu sekali atau
sebulan sekali. Untuk beberapa minggu ini, mungkin lebih baik jika dia pulang
seminggu sekali saja.
Amin
diam setelah itu, begitu juga dengan Balkish. tidak ada apa yang nak dibualkan
antara mereka. amin parker kereta dekat dengan bangunan hostel yang ingin
diduduki oleh Balkish. kereta yang dipandu oleh Wak parker tidak jauh dari
situ.
“Kat
sini ke tinggal?” Soal Amin.
Balkish
mengangguk.
“Dah
ada roommate ke?” soal Amin lagi.
“Dah,
Aiza nama dia” beritahu Balkish.
“Nanti
abang tak ada dekat sini jaga diri baik-baik. Jangan keluar Dating dengan
lelaki, abang tak suka” beritahu Amin.
“Awak
ni, saya tahulah”
“Abang
cakap awal-awal. Abang ni kuat jealous” beritahu Amin lagi.
“Malaslah
nak cakap dengan awak” rajuk Balkish. pesanan-pesanan Amin dirasakan
seolah-olah ugutan. Belum apa-apa dah pesan itu pesan ini. tahulah aku jaga
diri. Dia tu lagilah, mabuk sana, mabuk sini. Orang tegur buat tak tahu je. Ada
hati nak nasihat orang itu ini. cermin diri tu dululah.
“Barang-barang
awak ni nak letak mana?” soal Amin. Bonet keretanya dibuka. Balkish membontoti
dari belakang.
Baldi
yang berisi hanger dikeluarkan. Beg-beg pakaian juga dikeluarkan satu persatu.
“Taruk
situ jelah wak, lelaki tak boleh naik ke atas” beritahu Balkish.
Amin
mengangkat barang-barang Balkish ke beranda bangunan. Dari situ sudah kelihatan
gadis-gadis yang sebaya Balkish lalu-lalang di koridor tapi mereka semua
mengenakan tudung untuk melewati koridor situ. UIA ni memang menitikberatkan
soal-soal aurat ni. Amin curi-curi pandang juga, biasalah mat playboy. Sekali pandang
tak dosa kan?
Wak,
Dato’ Sahar dan Datin Hasmah membimbit beberapa beg kecil di tangan dan menuju
ke beranda bangunan tempat Balkish dan Amin menunggu mereka.
“Bilik
Balkish tingkat berapa?” soal Datin Hasmah.
“Tingkat
empat mama”
“Jomlah
mama tolong angkat beg-beg Balkish ni” ajak Datin Hasmah.
“Dah
ada roommate ke?” soal Dato’ Sahar pula.
Balkish
mengangguk.
“Tak
apalah mama, Balkish boleh angkat sendiri. Kasihan pula dekat mama. Sini tak
ada lif”
“Tak
apalah, mama pun nak kenal dengan roommate Balkish” beritahu Datin Hasmah.
Mereka berdua akhirnya naik ke bilik Balkish. Datin Hasmah diperkenalkan kepada Aiza. Teman baik Balkish
itu kemudiannya turun ke tingkat bawah untuk membantu mengangkat barang-barang Balkish.
setelah selesai, Aiza naik ke bilik, sementara Balkish turun untuk bersalaman
dengan keluarganya.
“Nanti
jangan lupa mesej ayah yang Balkish dan pindah hostel” Dato’ Sahar
mengingatkan. Ayah Balkish itu menyerahkan keputusan untuk Balkish berpindah ke
hostel itu kepada Dato’ Sahar. Setelah menimbang pro dan kontranya, Dato’ Sahar
bersetuju kerana dia juga tidak mahu menyusahkan Amin menghantar dan menjemput Balkish
setiap hari. Ada betulnya juga alasan yang diberikan oleh Balkish itu Cuma Amin
yang sampai ke sudah tidak bersetuju.
“Jomlah
kita keluar pergi makan dulu” ajak Dato Sahar, Balkish mengangguk. Nanti akan
dibelikan juga nasi untuk Aiza. Balkish mengikut Amin ke keretanya.
Bab 24
Skrin
telefon bimbit dilihat, Balkish jarang-jarang sms. Sibuk mungkin. Beberapa hari
ni, terasa ketiadaan Balkish. Amin keluar dari rumah. Dia mahu ke Teenage Hut
untuk bertemu dengan kawan-kawannya. Sudah lama dia tidak melepak bersama-sama
mereka. sejak berkahwin dengan Balkish, jarang sekali dia dapat peluang untuk
bertemu kawan-kawannya. Amin masuk ke bangunan itu dan mencari Hisyam serta
Firdaus.
“Eh
bro, lama tak Nampak kau” sapa Firdaus yang sedang duduk-duduk di kerusi
apabila melihat Amin muncul di tempat lepak mereka itu. dia bangun dan berjabat
tangan dengan teman baik mereka itu.
“Hisyam
mana?” soal Amin.
“Tu,
pergi cari awek baru” beritahu Firdaus.
“Kau
buat apa sini?” soal Firdaus. Dia pelik, kawan mereka itu sudah lama tidak
datang ke sini tapi malam ini muncul pulak dia.
“Balkish
masuk hostel. Tu yang aku boleh keluar ni” beritahu Amin. Dia mendepakan
tangannya. Gelas yang berisi bir di hadapannya diteguk.
“Takut
bini rupanya kawan kita ni” sindir Firdaus. Amin sekadar tersenyum dengan
sindiran yang dianggap gurauan dari teman baiknya itu.
“Apa
khabar Balkish?” soal Mira, teman wanita Firdaus.
“Baik”
jawab Amin. Gadis itu tidak pernah menegurnya sebelum ini, kalau mereka
bercakap pun sebab Amin yang memulakan bicara. Mira benci kepadanya. Mungkin
kerana gelarannya, playboy. Seringkali juga dia menegah Firdaus untuk tidak
terlalu rapat dengannya, takut perangai playboynya terjangkit ke Firdaus.
Hisyam
datang dengan seorang gadis di sampingnya. Gadis itu diperkenalkan kepada
kawan-kawannya.
“Bila
kau sampai ni?” soal Hisyam kepada Amin.
“Baru
je”
“Awek
baru?” tambah Amin lagi.
Hisyam
mengangguk. “Kau nak ke? Aku carikan satu” sambung Hisyam.
Amin
cepat-cepat menggelengkan kepalanya. Kalau dia nak, dia boleh cari sendiri. Tak
payah nak minta tolong dengan Hisyam. dia lebih hebat dari Hisyam dalam hal-hal
macam ni.
‘Awak,
buat apa?’ soal Amin. Pertanyaan itu dihantar dalam bentuk sms kepada isteri
yang rindui. Wajah ayu Balkish diingati selalu. Entah kenapa sejak berkahwin
ni, dalam hatinya Cuma ada Balkish. padahal dia bukannya cintakan Balkish,
malah pernikahan mereka pula bukannya atas dasar cinta. Sejak berkahwin hatinya
sudah tertutup buat wanita lain. Setiap detik dia teringatkan Balkish. alangkah
baiknya jika Balkish juga mempunyai perasaan yang sama, pasti dia sudah
memiliki Balkish secarazahir dan batin sekarang ini. setelah apa yang
dilakukannya dulu, Balkish seolah-olah takut kepadanya. Balkish, Balkish! abang
nak sangat memiliki Balkish macam malam tu. Tapi abang tak nak paksa Balkish
dah! Abang tak nak tengok Balkish sakit atau menderita lagi. selagi abang ada,
abang akan bantu Balkish.
Sms
yang dikirim tidak dibalas. Mungkin Balkish sibuk, sebab tu dia tak perasaan
ada sms masuk.Amin menyedapkan hatinya sendiri.
‘Besok,
abang nak jumpa kawan dekat area-area situ. Abang pergi jenguk Balkish
sekalilah kalau macam tu’ sms itu dikirim. Biarpun Balkish melarang, dia akan
menunggu Balkish di beranda sampai Balkish mahu bertemu dengannya.
Aiza,
Yani dan Balkish keluar bersama-sama. Mereka ingin mencari makan malam di café dalam
kampus sahaja. Malas nak keluar-keluar, banyak protocol, nak keluar gate pun
nanti nak kena Tanya dengan security pergi manalah, keluar dengan siapalah.
Aiza,
Yani dan Balkish mengambil tempat di café kegemaran mereka, makanan kegemaran
dipesan. Mereka bertiga baru sahaja kembali dari perpustakaan melakukan tugasan
yang disuruh oleh lecturer mereka. setelah selesai tugasan, mereka solat jemaah
dulu di surau barulah mereka keluar mencari makan malam.
Dari
jauh, mereka melihat Fakhrul dan Muaz jalan bersama. Mereka senyum kepada dua
orang sahabat mereka itu.
“Jomlah
Muaz, kita makan dengan dorang” ajak Fakhrul. Dia mahu sekali mendekatkan diri
dengan Balkish. tambahan pula, dia bersama-sama dengan Muaz, jadi tidaklah
segan sangat. Muaz menolak pada mulanya tapi terpaksa juga dia bersetuju
setelah dipujuk berkali-kali oleh Fakhrul. Mereka berdua berjalan menuju ke
arah tiga sahabat baik itu.
“Assalamualaikum
Balkish” sapa Fakhrul.
“Takkan
Balkish je? Kitaorg?” sampuk Aiza.
“Assalamualaikum
semua” seloroh Fakhrul.
Balkish
sempat melirik ke arah Muaz dan memberi salam kepada sahabatnya itu. muaz
kelihatan malu-malu. Sebenarnya dia tidak berapa menyukai perangai Fakhrul tapi
mengingatkan dia sahabat, ditelah sahaja rasa tidak nyamannya. Lain pula dengan
Muaz, lelaki itu agak pemalu dan jarang bercakap. Ini merupakan perbualan
pertama mereka sejak mereka mula mendaftar di universiti. Fakhrul mendekat ke
arah Balkish tapi Balkish segera menarik tangan Aiza untuk tidak membenarkan
Fakhrul berdiri dekat dengannya. Mereka berlima duduk bersama tapi ada jarak
yang memisahkan antara Yani dan Fakrul serta Aiza dan Muaz. Balkish lebih
selesa duduk di tengah-tengah.
Jam
sudah menunjukkan angka 2 pagi, Hisyam dan Mira, manakala Firdaus dengan awek
barunya serta Amin bersama-sama keluar dari bangunan club. Mereka berpisah di
tempat parker. AMin memandu keretanya kembali ke universiti. Mustahil dia akan
pulang ke rumah dalam keadaan begini, gali kubur sendiri namanya tu kalau
terserempak dengan papa dan mama lagilah naya.
Amin
memandu keretanya melalui jalan biasa. Keadaan jalan agak lengang kerana hari
sudah larut malam. AMin memandu keretanya dengan perlahan. Dia membukan cermin
keretanya membiarkan angin malam menjamah wajahnya yang mulus. Mesej yang
dihantar ke Balkish tadi belum lagi dibalas oleh gadis itu.
Amin
berasa curiga apabila terpandang sebuah kereta satria neo dan tiga buah motosikal
terlantar di pinggir jalan. Dia memberhentikan keretanya di samping kereta
kereta satria neo kelabu itu. Amin melihat ke dalam kereta satria, ingin dia
bertanya kalau-kalau si pemandu inginkan bantuan. Susah nak cari orang lalu
dekat jalan ni, tambah lagi jam-jam macam ni. Dia mengintai di sebalik cermin
di tempat duduk pemandu tapi tidak ada orang di situ. Amin mula berasa pelik.
Dia akhirnya memaksa dirinya untuk keluar dari kereta. Motosikal yang berada
dekat dengan kereta itu membuatkan hatinya mengesyaki hal yang bukan-bukan.
Amin melilaukan matanya mencari kelibat orang di seluruh kawasan itu tapi gelap
malam membataskan penglihatannya. Dia mengambil lampu picit yang memang sudah
disediakan di dalam bonet keretanya dan tidak lupa juga untuk mengambil kayu
besbol yang disembunyikan agak dalam di bonet yang sama. Mungkin si pemandu
kereta itu dalam kesusahan, di fikirannya cuma ada satu andaian, ini mesti kes
curi atau rompak mat rempit. Tapi apa dia orang buat kat dalam ladang kelapa
sawit ni? Kes bunuh ke? Fikir Amin. Dia menguatkan niatnya untuk membantu,
tambahan pula dia ada ilmu mempertahankan diri. Nanti bolehlah dia membela diri
kalau diserang, kecuali kalau mat rempit ni pakai pistol. Habislah aku!
“Hoi
apa korang buat tu?” soal Amin. Suaranya mengejutkan tiga orang pemuda yang
sedang ‘bermain-main’ dengan mangsa mereka sebelum mangsa mereka ‘dimakan’.
Tiga
orang pemuda itu berpaling ke arah Amin. Tanpa membuang masa, Amin segera
melulu. Lamput picit dilemparkan sahaja di lantai bumi, dia tidak dapat
menyerang dengan menggunakan satu tangan. Kayu besbol diayhunkan ke tubuh
seorang pemuda yang tinggi lampai. Lelak itu jatuh terlentang ke lantai lalu
mengerang kesakitan. Dua orang sahabat pemuda tadi takut-takut untuk menyerang
Amin. Salah seorang menolak kawannya untuk mara menangkis serangan Amin namun
tindakan Amin untuk menyerang lebih cepat. Kayu besbol yang keras itu dihayunkan
ke tubuh pemuda itu. Dia juga turut mencium bumi. Seorang pemuda lagi tidak
mempunyai pilihan, dia akhirnya maju menyerang sebelum diserang oleh Amin.
Serangannya dapat dielak oleh Amin dengan cara menunduk. Akhirnya kayu besbol
itu dihayunkan ke betis pemuda yang ketiga, sekejap sahaja lelaki itu
terhuyung-hayang di udara sebelum dia juga menyertai kawan-kawannya membuat
upacara mengerang kesakitan.
“Hah
rasakan!” jerkah Amin. Dia akhirnya pergi ke arah si gadis dan menghulurkan
tangan untuk membantu gadis itu berdiri.
Rina
akhirnya bangun berdiri. Kerana takut, dia memeluk tubuh Amin yang telah
membantu menyelamatkannya daripada menjadi mangsa kepada mat-mat rempit. Rina
menangis teresak-esak di bahu Amin dan dalam masa yang sama dia mengucapkan
terima kasih kepada Amin yang telah menyelamatkannya. Dia telah pun membuat
panggilan ke pejabat polis semasa Amin sedang berlawan dengan tiga orang mat
rempit itu dan mungkin sekejap lagi bantuan akan sampai.
Amin
cuba meleraikan pelukan Rina tapi pelukan itu kejap sekali. Mungkin gadis itu
masih lagi dalam keadaan trauma. Amin akhirnya membiarkan sahaja. Lama-kelamaan
,pelukan itu terlerai sendiri dari pihak
si gadis. Amin memujuk Rina supaya gadis itu mempercayakannya dan mengikut dia
kembali ke kereta. Tidak alam kemudian dua buah kereta polis tiba di tempat
kejadian. Amin menunjukkan arah tempat keberadaan tiga orang pemuda itu, ementara
dia dan Rina disuruh ke balai untuk membantu siasatan.
Setelah
hampir sejam, barulah ibu bapa Rina sampai. Gadis itu menangis teresak-esak
dalam pelukan ibunya. Amin turut bersimpati. Gadis itu mengingatkan dia kepada
Balkish.
Amin
dan Rina juga telah selesai memberi keterangan. Ayah Rina berterima kasih
kepada Amin yang telah membantu menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa
tiga orang mat rempit.
Setelah
selesai segala urusan di balai polis, Amin meminta diri daripada ayah Rina
untuk pulang. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Dia parkir di
hadapan kolej. Amin menuju ke bilik hostelnya. Dia juga sebenarnya tinggal di
hostel tetapi jerang dia ke sana kerana dulu dia sering tidur di rumah Tina dan
di rumah papa. Amin mengetuk pintu bilik dengan keras sekali untuk membangunkan
teman sebiliknya.
Rina.... (example)
BEST...NAK LAGI.
ReplyDeleteada watak baru, Rina. Nanti Rina nak kat Amin ke? Hero penyelamat.
ReplyDeleteRina kemaruk dgn cinta Aminnnn
ReplyDelete