Thursday, November 22, 2012
Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku 11
Bab 11
Aman membunyikan hon keretanya beberapa kali. Enjin kereta kemudiannya dimatikan di perkarang rumah banglo milik kedua orang tuanya itu. Dia ke bonet kereta dan membawa beberapa beg pakaian yang dibawa dari hostelnya. Sengaja dia membawa pulang banyak pakaian yang tidak dicuci. Di hostel agak susah mahu mencucikan pakaian sendiri. Kalau di rumah pasti dibantu oleh mama.
“Assalamualaikum, abang! Mama!” Aman menjerit memanggil keluarganya. Rumah banglo besar itu kelihatan kosong tidak berpenghuni. Di mana semua orang? Sedangkan mama beriya menelefonnya menyuruh pulang ke rumah hujung minggu ini. Katanya abang Amin mahu menikah. Terkejut juga mendengar berita itu dari mama. Tidak disangka jodoh abangnya itu awal sedangkan dia juga tahu yang abangnya itu playboy. Wanita keliling pinggang. Siapalah gadis yang berjaya menambat dan mengikat hati abangnya itu?
“Assalamualaikum”
Aman terdengar suara orang memberi salam. Dia menjengah ke luar pintu. Dari jauh dia melihat seorang wanita sedang berdiri di luar pagar rumahnya. Aman berjalan ke arahnya.
“Boleh saya tolong?” soal Aman.
“Maaf. Mak cik Hasmah ada?” soal wanita itu. Aman tersenyum lucu. Jarang benar dia mendengar panggilan mak cik di awal nama mamanya itu. Wanita itu memandang Aman aneh.
“Eh sorry, saya bukannya gelakkan awak. Masuklah. Mama mungkin ada kat dalam sebab kereta dia ada dekat situ” beritahu Aman sambil dia membuka kunci pagar rumahnya. Wanita itu dipersilakan masuk. Aman mengekori langkah gadis itu. siapakah gerangan wanita ini? Belum pernah dia melihat wajahnya sebelum ini. Mungkinkah pembantu rumah baru yang diupah oleh mama. Pembantu rumah ke? Takkan pembantu rumah cantik-cantik macam ni? Fikir Aman. Aman mempersilakan gadis itu masuk ke rumahnya.
“Mama!” pekik Aman memanggil mamanya.
“Awak duduk sini dulu, nanti saya panggilkan mama” beritahu Aman. Aman segera berlari mendaki anak tangga ke tingkat dua rumah banglo itu. Dia mengetuk daun pintu kamar bilik orang tuanya. Aman menghampiri tubuh mamanya yang terbaring tidur di katil. Aman mendekati dan menyentuh Datin Hasmah lembut.
“Mama” tubuh mamanya digoyangkan.
“Mama ada tetamu kat bawah tu” beritahu Aman.
“Aman bila sampai?” soal Datin Hasmah lembut.
“Baru je ma. Ada perempuan kat bawah tu cari mama” beritahu Aman.
“Siapa?” Datin Hasmah bangun dari tidurnya.
“Balkish?” soal Datin Hasmah lagi apabila teringatkan permintaannya menyuruh Balkish datang ke rumahnya hari ini.
Aman menjungkitkan bahunya. Datin Hasmah segera bingkas bangun.
Aman tersenyum lagi melihat gelagat mamanya.
“Jom, jom kita turun” Datin Hasmah menarik lengan Aman untuk mengekorinya turun ke bawah.
“Balkish dah lama tunggu?” soal Datin Hasmah menegur apabila melihat Balkish sedang duduk di sofa. Aman sekadar melihat ke arah wanita yang duduk di sofa ruang tamu itu.
Matanya menikmati kecantikan dan keayuan wajah wanita itu. walaupun berjilbab, namun ayunya tetap terserlah. Kulitnya putih gebu dan lagaknya sopan santun, tidak seperti gadis-gadis kota yang tinggal di perumahan sini. Mama duduk di sofa.
“Balkish, kenalkan. Ni Aman. Adik Amin” Datin Hasmah memperkenalkan anak lelaki bongsunya itu.
Balkish sekadar menganggukkan kepalanya. Aman tersenyum.
“Balkish hari ni makan malam dekat sini ye. Temankan mak cik. Lagipun hari ni Aman balik. Kita satu keluarga makan bersama ye?” ajak Datin Hasmah.
“Jom, Balkish” Datin Hasmah bingkas bangun dari duduknya dan menarik lengan Balkish mengekorinya. Aman mengekori dari belakang. Dia pelik melihat sikap mamanya yang bersungguh-sungguh melayani gadis itu.
“Mama!” panggil Aman. Dia menarik tangan Datin Hasmah.
“Siapa tu mama?” soal Aman ingin tahu.
“Cantik ma” tanpa ditanya, pujian itu terlucut dari bibir Aman.
Datin Hasmah mencubit pinggang Aman. Anak lelakinya itu mengaduh kesakitan.
“Ish. Bakal isteri abang kau tu”
Bulat mata Aman oleh kerana terkejut dengan jawapan daripada mamanya itu. Tidak disangkan abangnya itu celik juga matanya. Pandai abang pilih, cantik, ayu dan yang paling penting bertudung. Bertuahnya abang Amin dapat isteri yang macam tu. Fikir Aman. Ni yang buat aku pun nak kahwin juga ni.
Datin Hasmah masuk ke dapur dan melihat Balkish sudah pun mengupas bawang.
“Eh Balkish ni. Balkish kan tetamu, duduk-duduk jelah. Temankan mama.”
“Tak apalah mak cik. Balkish dah biasa buat kerja-kerja macam ni” balas Balkish.
“Ayah Balkish dah sihat?” soal Datin Hasmah.
“ Dah sihat dah. Ayah dah boleh jalan-jalan. Terima kasih mak cik sebab tolong ayah”
“Kita kan nak jadi satu keluarga juga nanti. Balkish setuju kan dengan pernikahan ni?” soal Datin Hasmah lagi.
Balkish sekadar mengangguk. Memang benar dia bersetuju. Tapi kalau Datin Hasmah bertanya, Balkish sayangkan Amin kan? Pasti dia menggelengkan kepala cepat-cepat. Dia membenci lelaki itu atas apa yang dilakukan olehnya. Benci sangat-sangat. Teringat perbualannya dengan ayahnya beberapa hari yang lalu.
……………………………………………
“Balkish. Sebelum Balkish buat keputusan, ayah nak Balkish tahu yang ayah dengan ibu sayangkan Balkish. Apa-apa keputusan Balkish kami akan sokong” beritahu Tahir.
“Balkish bencikan Amin, ayah. Tak mungkin Balkish akan kahwin dengan dia” beritahu Balkish pula.
“Ayah tahu. Tapi Balkish, ayah tak mampu nak tanggung perbelanjaan universiti Balkish. Dan ayah dah tak nak tengok Balkish terseksa kerja siang dan malam semata-mata untuk kami. Kalau Balkish terima lamaran Amin, ayah faham walaupun Balkish tak cintakan dia. Cinta itu boleh dipupuk. Ayah tak suruh Balkish belajar mencintai lelaki yang telah merosakkan maruah Balkish tapi sekurang-kurangnya dia mahu bertanggungjawab. Kalau Balkish menolak lamaran Amin sekalipun, ayah juga faham. Keputusan Balkish, ayah dengan ibu terima seadanya. Balkish fikirlah elok-elok”
“Balkish takut ayah. Balkish takut Amin akan mencederakan Balkish lagi”
“Balkish berdoalah kepada Allah, minta perlindungan daripadanya. Ayah dan ibu sentiasa mendoakan kebahagian Balkish”
“Ayah tahu kan, yang sejak dari kecil Balkish nak masuk Universiti, nak ubah nasib keluarga kita. Kalau Balkish terima lamaran dari pak cik Sahar, ayah tak marahan Balkish?”
“Ayah faham. Ayah serahkan keputusan bulat-bulat pada Balkish”
“Ayah. Ayah terima jelah lamaran mereka. Balkish takut juga kalau ada benih dari Amin dalam perut Balkish ni” beritahu Balkish.
…………………………………………………..
“Balkish” panggi Datin Hasmah apabila melihat gadis itu termenung jauh.
“Ye mak cik”
“Balkish tak kisahkan kalau semua urusan perkahwinan tu nanti mama yang pilihkan?”
“Balkish tak kisah” jawab Balkish lembut.
“Mama dah pilih dah baju pengantin, papa nak buat simple je. Akad nikah dekat masjid. Pelamin pun biasa-biasa je sebab kami plan nak buat kecil-kecilan sahaja. Hanya keluarga terdekat yang diundang. Balkish bolehlah ajak keluarga sebelah Balkish datang nanti” beritahu Datin Hasmah lagi.
“Yang datang nanti kami sekeluarga je mak cik. Ibu denga ayah sebatang kara je di dunia ni. Cuma…” Balkish tidak sanggup menghabiskan kata-katanya.
“Mak cik tak kisah ke kalau keluarga saya datang di majlis perkahwinan tu nanti. Keluarga saya kan miskin sedangkan keluarga mak cik senang-senang semua. Saya takut mak cik malu”
“Eh Balkish ni. Ajak je adik-adik Balkish tu datang sekali. Ibu dan ayah Balkish tu pun harus datang. Kita kan nak jadi satu keluarga juga nanti. Mama tak pernah membeza-bezakan keluarga Balkish”
“Terima kasih mak cik”
“Satu je mama minta dari Balkish. Mama kenal Amin tu macamana, mama harap Balkish dapat bersabar dengan dia selagi mampu. Namun seandainya suatu saat di mana Balkish rasa kesabaran Balkish dah sampai batasnya, mama relakan segala keputusan Balkish”
Balkish mengangguk mengerti.
………………………………….
Telefon bimbit Amin berdering. Dia melihat nama si pemanggil yang tertera di skrin telefon.
“Hoi. Kau gile ke minta cuti satu sem?” soal Firdaus marah-marah.
“Kau baru dapat tahu ke? Aku ada hal lah. Tu sebab aku minta cuti” jelas Amin.
“Papa kau dah tahu?” soal Firdaus.
“Belum. Kau jangan bagitahu papa aku pula” tegas Amin.
“Kau apa cerita sekarang. Lama tak keluar clubbing sama-sama” keluh Firdaus. Sejak peristiwa di mall dulu, Amin tidak pernah menghubunginya lagi. Hisyam juga tidak dihubungi oleh Amin. Marah lagi ke Amin kepada mereka? Firdaus juga agak ego untuk menghubungi Amin. Tetapi setelah mendengar berita yang teman mereka itu mengambil cuti satu semester, terus sahaja dia mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon Amin.
“Kenapa kau cuti?” soal Firdaus lagi.
“Aku sibuk sikit lately”
“Sibuk apa? Takkan nak kahwin dah?” Firdaus berseloroh.
“Aku memang nak kahwin bro. Nanti aku hantar kad undangan ke rumah kau esok”
“Biar betul? Kau jangan main-mainkan aku” ugut Firdaus.
“Betul. Dengan Balkish” ringan sahaja Amin menyampaikan berita gembiranya itu.
“Budak café tu?”
“Yes”
Firdaus terdiam. Tidak disangka yang sahabatnya itu benar-benar serius dengan waiter café yang selalu diusiknya itu. Tapi kenapa semuanya berlaku secara mendadak? Tidak lama setelah perpisahan dengan Tina, sahabatnya itu ingin melangsungkan perkahwinan dengan Balkish. Betulkah kepala otak si Amin ni? Amin yang dia kenal seorang playboy, tidak cukup dengan hanya seorang perempuan. Mampukah dia berubah? Setia pada seorang isteri yang lengkap bertudung. Sewel dah agaknya kawan aku tu! Keluh Firdaus sendirian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
best gila writer...
ReplyDeleteklau boleh konflik jgan jhat sngat.. hehe
nvl tengku tu best gila, klau writer ada masa smbng lgi ya.. 1 bab pon dah ok..
rindu tentang mereka..
best..smbg lg ye :)
ReplyDeletebest..smbg lg ye :)
ReplyDeleteinsyaAllah Ruuna kalo ada masa sy sambungkan Tengku lagi..tapi dulu pernah saya update satu bab Tengku dekat Penulisan2u.. tajuknya Tengku Special Edition..
ReplyDeletewriter, saya dah cari dekat p2.. tapi x jmpa..
Deletesaya harap writer boleh bbuh dkt blog lah.. saya teringin nak baca.. please
atau Tengku Bab Istimewa...nanti ada masa trylah baca
ReplyDeleteok2... mesti ada masa punya.. hehe
DeleteBEST LE NAK LAGI BOLEH TQ YA
ReplyDeletethank u baby mio.. insyaAllah nanti saya update lagi
ReplyDeleteAmin jahat tp masih mahu bertanggungjawab...harap amin berubah
ReplyDeleteamin kena berubah sebab dia hero :P
Deleteeeee...seronok!!!na tggu update dr p2 lambat..pls update smbungannya cpt2......k :)
ReplyDelete♥♥
insyaAllah nanti saya update..thanks sebab comment and baca novel SNDKI :)
Delete