Friday, May 31, 2013

Susahnya Nak Dapat Kemaafan Isteriku 20

Selesai melakukan kerjanya untuk hari itu, Amin mencari kelibat Azhar, pekerja Dato’ Sahar yang ditugaskan untuk menyalenggarai prosajak pembinaan masjid ini. Hari ini adalah hari ketiga Amin bekerja di sini, dan dia mahu bertemu dengan Azhar untuk mendapatkan gajinya seperti yang dijanjikan oleh Dato’ Sahar.
Amin menunggu Azhar di luar bangunan tempat ketuanya itu bermesyuarat. Sebaik sahaja bosnya keluar, dia terus menyapa Amin.
“Ada apa, Min?”, soal Azhar sambil menepuk bahu Amin yang berjalan seiring dengannya.
“En. Azhar, kalau boleh saya nak minta duit gaji saya”, pinta Amin.
“Pasal gaji awak tu, Dato’ kata dia nak bagi sendiri”, beritahu Azhar.
“Dato’ cakap macam tu?”, soal Amin terkejut kerana papanya tidak pula memberitahunya apa-apa.
Azhar mengangguk. “Mungkin dekat rumah nanti”, sambung Azhar.
Amin pula yang mengangguk faham. “Kalau macam tu, saya balik dululah En. Azhar”, sambung Amin.
“Jomlah kita balik. Saya pun dah habis mesyuarat tadi”, ajak Azhar. Amin mengangguk. Mereka berdua berjalan seiringan ke kereta yang diparkir agak jauh dari tapak pembinaan.
………………………………………
Amin memandu keretanya sampai ke perkarangan rumah, kereta Dato’ Sahar sudahpun ada di perkarangan. Amin segera keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah.Dato’ Sahar dilihat sedang duduk di sofa,di ruang menonton.
Amin duduk di sisi papanya. Tanpa berlengah, dia mahu bertanyakan tentang gajinya.
“Its about your paycheck kan?”, tanya Dato’ Sahar. Belum sempat Amin bertanya, Dato' Sahar terlebih dahulu bersuara. Dia kemudiannya menghulurkan sampul surat yang mengandungi duit gaji untuk anaknya, Amin. Sampul itu berganti tangan. Amin tersenyum gembira.
“Tak nak kira dulu ke?”, Dato’ Sahar berseloroh.
“Tak apa-apa, Amin trust papa. Thank you, pa”.
“Papa bagi bonus sekali. Spent it wise,okey”, sambung Dato’ Sahar lagi.
Setelah menerima wang gajinya, Amin segera bangun berdiri. Dia memanggil nama Balkish namun tidak bersahut. Terpaksalah Amin berlari ke bilik mereka dan mencari Balkish sendiri, namun isteri yang dicari tidak ada juga di situ. Dia akhirnya merebahkan diri di katil. Tanpa dipaksa kantuknya datang tanpa diundang. Amin akhirnya terlena dengan sampul surat berwarna putih tergenggam erat di tangannya.
………………………………….
Sesekali Amin bergolek ke kiri, sesekali dia berbalik lagi ke sebalah kanan. Dia terjaga dari tidurnya. Dari cahaya neon lampu jalan di depan rumah bangle milik papa itu, dia cuba melilau ke kiri dan ke kanan. Dia mencari-cari kelibat Balkish.
Amin bangun dari tidurnya dan membuka lampu kamar. Dilihat tubuh Balkish terbaring di sofa. Gadis itu lena dibuai mimpi indah. Amin segera menghampiri tubuh itu,Balkish dibangunkan dengan hanya goyangan lembut di bahunya.
“Balkish”, panggil Amin tatkala gadis itu membuka matanya. Saat Balkish terjaga,dia segera menarik gebar menyelimuti tubuhnya. Terkejut juga apabila dia melihat Amin sedekat itu dengannya.
“Kenapa tak kejutkan abang bangun?”, soal Amin. Menyesal juga tidur sampai tak ingat dunia. Kasihan melihat tubuh Balkish terbaring di sofa malam ini kerana dia tidur di katil, gadis itu terpaksa beralah dan tidur di sofa. Balkish terkebil-kebil melihat Amin.
“Awak ni dah sedar ke belum?”, soal Amin melihat gadis itu yang masih lagi mamai.
“Pukul berapa dah ni, awak?”, soal Balkish.
Amin kerling ke arah jam dinding. “Pukul 5”.
“Dahlah. Pergi saja tidur dekat katil. Biar abang tidur sini”, beritahu Amin.
“Tak apalah, Balkish solat dulu. Awak tak nak solat sama-sama, ke?”, soal Balkish. sengaja dia mengundang lelaki itu, berharap suatu masa nanti, tergerak hati Amin untuk solat bersajamaah dengannya.
“Awak solat sajalah dulu”, Amin berdalih. Balkish bangun dan meninggalkan Amin di sofa.Amin pula sekadar memerhatikan, tubuhnya dibaringkan ke sofa dan dia berpura-pura tidur sebaliknya dia melihat Balkish mengejarkan solat Subuh dua rakaat itu.
‘Maaf, Balkish. Awak sepatutnya dapat seorang suami yang lebih baik daripada abang’.
……………………………………………………………..
Balkish mengenakan tudungnya ke kepala. Dia memilih untuk memakai tudung bawal sahaja kerana dia sudah terlambat. Tidak sempat kalau nak pakai tudung melilit-lilit di kepala. Amin menggesa supaya dia bersiap dengan cepat, lelaki itu tidak sabar menunggu sedangkan mereka masih lagi awal untuk ke shopping mall. Lagipun, mall takkan dibuka selagi belum pukul 10 pagi. Entahlah Amin tu, excited sangat nak keluar shopping beli barang-barang bersama-sama.Balkish turun ke tingkat bawah dan menuju ke ruang makan. Amin dan Datin Hasmah sudah ada di situ. Lelaki itu dilihat sedang berbual-bual dengan mamanya.
Balkish menyandukkan nasi ke dalam pinggannya dan duduk di samping Datin Hasmah.
“Balkish nak pergi beli barang-barang dekat mana?”, soal Datin Hasmah.
“Balkish ikut Amin saja nanti ma”, beritahu Balkish. Dia melirik ke arah Amin. Matanya dan mata Amin berlaga. Segera pula Balkish melarikan pandangannya.
“Amin pergi dekat Subang Parade sajalah, ma. Malas nak drive jauh-jauh. Ke Balkish nak pergi Pavillion?”, soal Amin.
“Pavillion?”, bulat mata Balkish tidak percaya. Buat apalah pergi Pavillion semata-mata nak beli barang-barang keperluannya. Getusnya dalam hati. Cepat-cepat Balkish menggelengkan kepalanya. Bimbang juga jika dia dibawa ke Pavillion oleh Amin. Lelaki itu bukannya boleh percaya.
“Balkish nak cari apa saja ni?”, soal Datin Hasmah lagi.
“Nak beli barang-barang macam cadar, selimut, baldi dan barang-barang lain untuk seminggu orientasi. Seminggu pertama tu kena tinggal dekat hostel dulu,mama”, beritahu Balkish.
“Belilah baju sedikit”, sambung Datin Hasmah.
“Baju Balkish dah banyak,mama. Nanti Balkish pakai saja baju yang dah ada”, sambung Balkish.
“Beli sajalah Balkish”, Datin Hasmah bertegas. Kali ini Balkish mengangguk akur. Amin pula sekadar memerhatikan.
“Seminggu saja kan orientasi nanti?”, soal Amin.
Balkish mengangguk.
“Abang tak izinkan Balkish duduk hostel. Lepas orientasi tu, tak payah susah-susah tinggal dekat hostel, nanti biar abang hantar and jemput tiap-tiap hari”.
Balkish melirik ke arah Amin. Kata-kata Amin itu berunsur ayat kenyataan. Lelaki itu telah membuat keputusannya tanpa berbincang. Sengaja mamat ni nak cari pasal. Balkish menjeling. Saat ini jugalah, Amin tu nak bergaduh. Balkish terpaksa menahan marahnya memandangkan Datin Hasmah turut berada di situ.
Amin berdiri dan mengajak Balkish untuk berangkat. Balkish menyalami tangan Datin Hasmah sebelum keluar. Mereka berdua akhirnya masuk ke dalam kereta.
………………………………………
Amin berhasrat untuk ke Subang Parade sahaja. Di situ juga banyak kedai-kedai atau butik yang boleh disinggahi untuk mencari beberapa pasang baju kurung untuk Balkish. Pakaian-pakaian yang Balkish pakai sekarang tak satupun sesuai dipakai untuk ke kuliah.Kasihan pula melihat isterinya menggayakan pakaian baju kurung yang sudah lama dan usang. Alat-alat make up Balkish juga jenama entah apa-apa. Nanti dia akan membawa Balkish mencari alat make up yang baru dan lebih elok. Dia suka Balkish bersolek ala kadar sahaja dan isterinya itu memang tidak memakai banyak alat solek.
Seperti biasa, Balkish berdiam diri sahaja di dalam kereta. Berdebar rasa hatinya memikirkan yang dia keluar berdua-duaan dengan Amin macam keluar dating. Tak pernah sebelum ini mereka keluar berdua. Ini merupakan pengalaman pertama mereka. Walaupun Amin sudah menjadi suaminya malah mereka berdua sekarang sudah tinggal sebilik tapi entah kenapa, hatinya berdebar-debar. Takutnya kalau dilihat oleh sesiapa, maklumlah Amin kan playboy. Mana tahu kalau ex-girlfriendAmin ternampak mereka nanti, malunya! Apa pula kata mereka apabila melihat Amin dengan gadis biasa sepertinya? Mesti lelaki itu akan malu dengan kehadirannya di sisi. Amin kan dari keluarga berada, dari hujung rambut sampai hujung kaki semuanya barang branded, sedangkan dia pula hanya anak En. Tahir, tidak sekaya Amin dan keluarganya juga biasa-biasa saja. Pasti lelaki itu akan diperlekehkan oleh kawan-kawannya kalau mereka melihat Amin bersamanya.
“Abang nak tanya sedikit boleh?”, soal Amin.
“Tanya apa?”, soal Balkish pula.
“Semalam abang tengok Balkish tidur dekat sofa, kan? Nanti untuk malam-malam seterusnya, boleh tak kalau abang tidur dekat situ, tak payahlah abang tidur dekat luar,ya?”, soal Amin.
“Jangan!”, segera Balkish membantah.
“Kenapa? Banyak nyamuk tau dekat balkoni tu”, bangkang Amin pula.
“Awak tidur sajalah dekat situ. Saya boleh tidur sebilik tu pun sebab awak penat. Kalau tak saya takut”, pujuk Balkish
“Awak nak takut apa?”, soal Amin pelik.
“Tak obvious lagi ke yang saya takut dekat awak”, sampuk Balkish.
“Abang tak makan oranglah”, Amin ketawa lucu.
“Betullah, orang serius dia ingat orang buat lawak pula. Saya takut dekat awak. Saya fobia”, jelas Balkish.
Amin diam, dia melihat wajah Balkish serius. “Betul ke ni?”, soal Amin tidak percaya.
Balkish mengangguk.
“Pasal kejadian itu ke?”, soal Amin lagi.
Balkish mengangguk lagi. Amin dirundung rasa bersalah. Memang dia sangat kejam dulu kerana mengikutkan perasaan marah dan dendamnya kepada Tina, tapi Balkish pula yang terkena lempiasnya. Amin diam seribu bahasa. Menatap wajah Balkish pun dia tidak sanggup sekarang ini.
“Everytime awak cuba nak dekat dengan saya, saya jadi takut. Sebab saya masih tak boleh nak lupakan kejadian dulu. Awak berkasar dengan saya, Amin”, kata Balkish lagi. Entah kenapa dia mendapat kekuatan untuk berterus terang tentang perasaan dan keadaan dirinya hari ini.
“Saya minta maaf,Balkish”.
Balkish menggelengkan kepalanya, “No, Amin. Saya takkan maafkan apa yang awak dah buat pada saya. Awak buat saya macam perempuan hina”.
“Im sorry, Balkish”, balas Amin.
Kali ini Balkish diam. Jujur dia katakan, bukan mudah untuk dia memaafkan perbuatan Amin. Apa yang telah dilakukan oleh lelaki itu ke atasnya sangat-sangat memalukan. Lelaki itu memperlakukannya seperti binatang.
Amin tetap sahaja memperlakukan perbuatan terkutuk itu walaupun dia menangis dan merayu kepadanya. Dan dia dipaksa untuk menuruti kehendak buas lelaki itu di dalam kereta. Seat belakang kereta lelaki itu,dan dia masih lagi dara waktu itu. Tapi Amin, tanpa segan silu memperlakukannya sewenang-wenangnya.
Walaupun lelaki itu telahpun bergelar suaminya, tetapi untuk melupakan semua salah Amin kepadanya itu adalah suatu perkara yang mustahil.
“Awak kena belanja saya hari ini,ya”, kata Balkish. Sengaja dia mengubah topik. Takutnya dia menitiskan air mata di hadapan lelaki itu. Dia tidak mahu menunjukkan kelemahan dirinya di hadapan Amin, lelaki yang meragut maruahnya.
Amin berdiam diri, ‘Im sorry Balkish. Abang minta maaf banyak-banyak. Abang terlalu ikutkan marah hari tu. Kalaulah abang boleh control sedikit kemarahan abang, Balkish takkan jadi mangsa’.
Mengingatkan dia terlalu  mendendami Tina yang telah melukai hatinya, dia mencari mangsa yang mudah untuk melepaskan dendam dan marahnya. Kebetulan waktu itu dia dekat dengan Balkish. Sekarang sesal semua tiada gunanya. Nasi telah menjadi bubur dan Balkish dinikahinya atas dasar rasa tanggungjawab dan kasihan. Dia tidak akan membiarkan gadis itu menanggung malu sendirian. Dan jika gadis itu mengandungkan anaknya atas peristiwa malam itu, kasihan Balkish terpaksa berhadapan dengan pandangan serong masyarakat.
Tapi rasa tanggungjawab ini sudah mula bertukar rasa sayang sejak akhir-akhir ini. Selama perkenalan mereka, dia akui yang dia jatuh cinta pandang pertama dengan kecantikan gadis itu, tapi kini dia sudah jatuh cinta dengan Nur Balkish Batrisha binti Mohd Tahir secara keseluruhan, dari lahir dan juga batin. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk isterinya itu tapi Balkish pula yang jual mahal. Tidak mahu menerimanya kerana peristiwa silam mereka itu, kerana kekasarannya pada peristiwa hitam itu. Namun dia tahu, jauh di sudut hati isterinya itu, Balkish turut menyukai dirinya, kalau tidak dia tidak akan melayan waktu perkenalan mereka dahulu.
Kereta yang dipandu diparkir di tempat parkir berbayar. Agak mudah untuk mencari parkir kosong kerana mereka datang awal di shopping mall itu. Amin mengajak Balkish mengikutinya. Dia tahu beberapa jenis butik di Subang Parade kerana sering menemani Datin Hasmah membeli-belah di beberapa butik tersebut. Hajat di hatinya mahu membelikan beberapa pasang baju kurung untuk Balkish. Wang gaji pemberian papa memang dikhaskan untuk perbelanjaan si isteri. Senang hatinya dapat menghabiskan masa bersama-sama Balkish hari ini.
Butik-butik yang mahu dikunjungi oleh Amin belum lagi buka, jadi dia mengajak Balkish untuk berbelanja barang keperluan harian dulu. Banyak barang-barang yang diambilnya untuk Balkish, tapi Balkish pula yang segan-segan.
“Buat apa banyak-banyak sangat. Yang ini dah ada dekat rumah”, balas Balkish.
“Tak apalah, beli saja yang baru. Yang dekat rumah tu dah lama”.
“Buat apa membazir, awak”, sampuk Balkish.
Amin menarik muka masam. Selimut baru yang ingin dibelinya diletakkan kembali oleh Balkish.
Mereka berdua berjalan beriringan sambil memilih barang-barang yang ingin dibeli. Amin cakap itu, Balkish cakap ini. Kedua-duanya bagai anjing dengan kucing. Sering sahaja bergaduh walaupun untuk perkara-perkara kecil.
“Yang ni okey, tak?”, soal Amin. Dia berkalih ke belakang untuk bertanya ke arah Balkish, tapi gadis itu sudah tidak ada di belakangnya. Ke mana pula minah seorang ni? Melilau-lilau mata Amin mencari Balkish.
“Awak, saya nak beli ni boleh tak?”, soal Balkish entah dari mana munculnya. Dia menunjukkan mug putih dengan corak lovey-dovey di tangannya. Dia menunjukkan harga mug itu kepada Amin di sebelahnya. Bimbang juga kalau harga itu mahal bagi Amin.
“Mahal sedikit, awak”, beritahu Balkish tanpa ditanya.
Amin menganggukkan sahaja. Tipikal juga Balkish ni, ingatkan dah matang, tapi suka lagi dengan corak-corak yang macam ni. Fikir Amin sendirian.
Tiba-tiba Amin ternampak dua orang gadis muda yang sejak dari tadi melihat ke arahnya. Amin sekadar senyum. Tak salahkan kalau cuma senyum. Senyum itukan sedekah. Gadis muda itu mendekatinya dan menegur.
“Amin?”, soal salah seorang gadis antara mereka.
Amin mengangguk.
“Lama tak jumpa. Lepas high school dulu you masuk UiTM, kan?”, soal gadis itu lagi. Amin mengangguk lagi. Dalam masa yang sama dia cuba mengingat gerangan dua orang gadis yang berdiri di hadapannya itu.
You tak ingat kitaorang ke?”, soal gadis yang satu lagi.
Amin menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Takkan dah lupa kitaorang?”, soal gadis yang pertama tadi. Sempat juga dia menepuk lengan sasa Amin. Balkish yang turut berada di sebelah Amin langsung tidak diendahkan oleh mereka. Asyik sekali dua orang gadis itu dalam perbualan antara mereka dengan Amin.
“Kita satu kelaslah masa form five dulu. I Wana, ni Dhia, tak ingat?”, soal gadis yang kedua. Yang memperkenalkan dirinya sebagai Wana itu.
Setelah diingat kembali barulah Amin teringat akan dua wajah itu. Dia bukannya terlalu rapat dengan mereka walaupun mereka sekelas waktu tingkatan lima dulu. Tambahan pula dulu mereka tidak begini, muka innocent saja waktu sekolah dulu.  Tapi sekarang, pakai macam karung guni balut nangka, sendat, ketat. Memanglah body lawa, suka juga mata aku melihat, tapi pelik kalau teringatkan personaliti mereka masa sekolah dulu-dulu.
“Baru I ingat. You buat apa dekat sini?”, soal Amin berbasa-basi.
Shoppinglah. Eh,youbuat apa lepas ni. Jomlah lepak sekali”, ajak Dhia pula.
“Amin”, panggil Balkish. Dia sudah tidak tahan melihat dua orang gadis itu berbual dengan Amin. Sakit matanya apabila melihat gadis-gadis itu seperti menggoda suaminya. Bertepuk tampar sana-sini. Yang si Amin ni pula senyum memanjang. Dahlah kalau dia senyum handsome. Makinlah galak dua orang ni melayan. Eh,jealous ke aku ni?
“Awak”, panggil Balkish lagi tapi kali ini panggilannya sengaja dikeraskan. Amin berkalih ke arah Balkish di sampingnya. Wana dan Dhia turut melihat ke arah gadis yang menganggu perbualan mereka.
“Siapa ni, Min?”, soal Dhia. Dia melihat ke arah gadis di sebelah Amin itu. Pakaiannya so not up to date, bertudung lagi. Dhia mencebik ke arah Balkish.
“Kenalkan ni wife I”, beritahu Amin.
Balkish memandang Amin. Dia terkejut dengan kata-kata Amin itu. Tidak disangka yang Amin akan memperkenalkannya kepada kawan-kawannya sebagai isteri, bukan kawan dari kampung atau orang gajinya. Iyalah!Tengoklah pakaian aku, bukan sahaja tak sama dengan standard mereka, malah tak bergayapun. Nak pula Amin ni mengaku aku isterinya.
You dah kahwin?”, soal Dhia terkejut.
Amin mengangguk spontan. “Ni dengan awek cun sebelah I ni”, beritahu Amin lagi.
“Bila?”, soal Dhia lagi.
“Baru saja”, sambung Amin.
Dhia dan Wana terdiam. Mereka berdua tidak betah pula berbual-bual dengan Amin dalam suasana yang agak ganjal itu. Tidak lama selepas itu, mereka meminta izin untuk beredar. Amin mengajak Balkish untuk menyambung mencari barang-barang keperluannya.
Balkish sekarang tidak dapat menumpukan perhatiannya, dipandang sahaja Amin dari belakang, namun pandangannya kosong. Yang ada di dalam fikirannya sekarang adalah saat Amin memperkenalkannya tadi kepada kawan-kawannya. Bukankah lelaki itu mahu merahsiakan perkahwinan mereka? Kenapa tiba-tiba Amin berubah fikiran?
Banyak admire juga si Amin ni. Bukannya dia tak faham, body language yang ditunjukan oleh dua orang gadis tadi, Amin saja buat-buat tak nampak.
“Kenapa jalan belakang sangat?”, soal Amin.
“Saya tak nak awak malu dengan saya”.
“Balkish ni. Sini sajalah”, Amin mahu memegang tangan Balkish tapi gadis itu segera mengelak. Amin terlupa dengan penjelasan Balkish semasa mereka berada di dalam kereta tadi. ‘Amin! kenapalah reckless sangat. Balkish tu bukan seperti perempuan-perempuan yang kau kenal sebelum ini. Sabar sedikit’Amin berkata-kata dalam hati.
……………………………..
Selesai memilih barang-barang mereka, Balkish meninggalkan Amin jauh-jauh di belakang sehinggakan lelaki itu terpaksa mengejar langkahnya.
“Nanti teman abang beli handphone untuk ayah”, beritahu Amin.
Balkish berpaling ke arah Amin di belakangnya. Lelaki itu tersenyum.
‘Ek eleh, saja lah tu nak minta pujian’ fikir Balkish dalam hati.
“Tak apalah, tak payahlah membazir”, beritahu Balkish.
“Tak apalah. Nanti senang awak nak contact ayah. Awak kan dah nak masuk UIA dah, nanti kalau sibuk-sibuk susah nak balik, boleh call saja kalau nak tanya khabar”, Amin memberikan alasan.
‘Betul juga kata si mamat sewel ni sebenarnya’

Mahu tidak mahu dia menurut saja kemahuan Amin untuk membelikan ayah sebuah telefon bimbit. Tapi mungkin telefon biasa-biasa saja yang dipilihnya nanti. Kalau untuk ayah, cukuplah telefon dengan fungsi basic saja, yang boleh terima panggilan dan boleh bermesej.