Sunday, October 12, 2014

SNDKI 32-35

Bab 31
Balkish pulang dari kelas, langsung masuk ke biliknya. Akhir-akhir ini hubungannya dengan kawan agak renggang. Entah kenapa dia berasa Aiza dan Yani seperti sengaja menjauh daripadanya. Mungkin ada sesuatu yang mereka rahsiakan dari pengetahuannya.
Balkish merebahkan dirinya ke katil. Tubuhnya terasa penat sekali, namun dia harus menguatkan diri untuk bangun dan mandi kerana sebentar lagi dia harus menyiapkan tugasannya. Aiza dan Yani masuk ke bilik. Balkish terus menegur.
“Kau orang ke mana tadi?’ soalnya.
“Kita orang keluar pergi beli makanan sekejap” balas Aiza.
“Kenapa tak ajak? Aku pun belum makan lagi” soal Balkish lagi. Selalunya mereka akan keluar bertiga untuk membeli makanan, tapi dia ditingalkan oleh Aiza dan Yani. Hatinya tiba-tiba sedih tapi dia tidak mahu ikutkan sangat emosinya yang tidak stabil itu.
“Tak apalah, nanti aku keluar sendiri” sambung Balkish.
Dia mengangkat tubuhnya untuk ke bilik air dan menyucikan diri. Dengan langkah lemah dia membawa diri ke bilik air yang terletak di tengah-tengah lajur bagunan itu. Alat-alat mandinya diletakkan di sinki. Wajahnya yang agak pucat dilihat di cermin. Nasib baik tidak ada orang di bilik air jam-jam begini, dia tidak perlu menunggu giliran.
Balkish terlupa untuk membawa persalinan pakaiannya ke bilik air, jadi dia berjalan keluar untuk kembali ke biliknya. Saat itulah dia terjatuh ke lantai akibat licin. Kepalanya terhantuk ke lantai dan tubuhnya menyembah bumi dalam sekelip mata sehingga Balkish tidak mampu berbuat apa-apa. Darah merah mengalir dari kepala dan di betisnya. Perlahan-lahan Balkish cuba bangkit, menggagahkan diri untuk kembali berdiri dan berpijak pada bumi Allah ini. Dia menampung beratnya dengan kedua-dua belah kaki sambil tangannya cuba untuk berpaut pada dinding. Perlahan-lahan Balkish mengatur langkah yang lemah untuk kembali ke biliknya. Darah merah segar menitis dari kepala dan juga telapak kaki. Serentak dengan langkahan kaki yang longlai, setitik demi setitik darahnya jatuh ke bumi. Pintu bilik dikuak. Aiza dan Yani melihat Balkish yang hanya tercegat di pintu bilik.
“Kenapa cepat sangat kau mandi?” Tanya Aiza spontan saat melihat Balkish hanya berdiri di pintu. Terkejut melihat wajah Balkish yang pucat dan berlumuran darah. Aiza dan Yani terpaku seketika di tempat mereka berpijak. Balkish dilihat dari hujung rambut sampai hujung kaki, darah bukan sahaja mengalir dari kepala Balkish tetapi juga dari betis dan tapak kaki Balkish, mengalir perlahan-lahan dan bertumpuk pada kedua tempat tapak kaki Balkish berpijak. Balkish akhirnya jatuh terjelepuk. Sebelum tubuhnya jatuh ke lantai, Aiza dan Yani segera menopang dan menyambutnya. Mereka berdua menjadi panik, dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk membawa Balkish ke klinik dengan secepat mungkin. Tubuh Balkish dipapah turun ke beranda dan Yani kemudiannya menahan sahaja teksi yang lalu lalang di depan kolej mereka.
Sampai sahaja di klinik, kes Balkish didahulukan oleh doktor di situ. Balkish di masukkan ke dalam bilik dan segera di masukkan Intravenouse line di kedua-dua belah tangannya. Yani dan Aiza panik tetapi mereka menceritakan apa yang mereka tahu tentang keadaan Balkish. Doktor kemudiannya menyuruh Aiza dan Yani untuk tunggu di luar dan menelefon kepada keluarga Balkish. Setelah itu mereka duduk menunggu di ruangan menunggu dan mendoakan keselamatan Balkish. Tidak disangka yang keadaan teman mereka itu boleh separah ini.
“Kau nak ke mana tu?” soal Yani apabila melihat Aiza bangun dari duduknya dan meninggalkannya sendirian menunggu.
“Sekejap saja” beritahu Aiza. Dia akhirnya mengeluarkan telefon bimbit Balkish yang sempat dicapai saat mereka berdua kalut memapah tubuh Balkish tadi. Nama mamat sewel tertera di skrin sebagai orang terakhir yang menghubungi Balkish. Dengan teragak-agak, Aiza menekan butang hijau pada nombor itu. Panggilan disambungkan. Aiza menceritakan tentang keadaan Balkish kepada lelaki mamat sewel itu.
“Kau cakap dengan siapa?” soal Yani pelik. Dia menghampiri Aiza namun gadis itu mematikan panggilannya.
“Kenapa?” Aiza bertaya kepada Yani.
“Doktor panggil kita, nak cakap pasal keadaan Balkish” beritahu Yani. Aiza mengikut Yani dari belakang menuju ke arah doktor yang merawat Balkish.
“Cik berdua ni siapa dengan Balkish?” soal si doktor.
“Kami ini kawan baik Balkish” beritahu Aiza.
“Kalau boleh cik cuba hubungi keluarga Cik Balkish, ada sesuatu yang saya nak cakap” beritahu doktor.
“Kenapa doktor?” Yani mulai takut.
“Saya akan beritahu, tapi saya perlukan juga keluarga Cik Balkish ke sini supaya saya dapat sampaikan berita ni dengan baik sesuai protokol saya sebagai seorang doktor”
“Kenapa doktor? Tolonglah bagitahu kami” rayu Aiza. Dia hampir-hampir menangis.
“Kami dah rawat luka di kepala Cik Balkish dan dia hanya mengalami concussion biasa, tapi kehamilan Cik Balkish mungkin akan bermasalah sedikit”
Aiza dan Yani ternganga. Kedua-duanya sangat terkejut mendengar penerangan yang disampaikan oleh doktor itu.
“Ha..ha..mil doktor?”
“Hamil. Sebab itulah saya kena sampaikan berita ini kepada keluarga Cik Balkish. Saya difahamkan yang Cik Balkish belum lagi menikah kan? Jadi eloklah saya berbicara dengan ayah atau ibu Cik Balkish.”
“Balkish keguguran?” soal Aiza.
Doktor menggeleng, “Cuma threaten abortion. Janinnya masih selamat dan kandungannya boleh diselamatkan kalau Cik Balkish tidak terlalu memaksa diri dan banyakkan beristirehat” sambung doktor itu.
“Nanti kalau keluaga dia sampai, boleh beritahu pembantu saya. Ada patient lain yang perlu saya lihat” sambung doktor itu lagi.
Aiza terduduk di kerusi menunggu. Teman sebiliknya itu mengandung? Dia tidak menyangka yang Balkish sanggup melakukan perbuatan terkutuk seperti itu. Apa yang ditakutinya menjadi kenyataan. Balkish sangat baik, tapi kenapa dia sanggup melakukan perkara laknatullah itu? Aiza menitiskan air matanya. Yani melangkah meninggalkan Aiza.
“Kau nak ke mana?” soal Aiza berdiri sambil cuba untuk menghentikan Yani.
“Aku tak sangka Balkish sanggup buat benda macam tu. Aku nak balik”
“Nak tinggalkan Balkish seorang-seorang?”
“Pandai buat, pandailah tanggung. Aku dah agak dah. Perempuan cantik macam dia tu, takkan tak ada orang nak? Sangkaan aku memang benar, dia cuma nak mainkan hati Fakrul”
“Yani, kau ni kenapa? Balkish tu kawan kita. Dia baik” Aiza cuba untuk menyedapkan hatinya sendiri. Namun benang yang basah tidak boleh ditegakkan.
“Baik apanya kalau dah mengandung anak luar nikah macam tu? Ada lelaki lain, lepas tu mainkah perasaan Fakrul lagi”
“Kau ni buta sebab cinta kau dekat Fakrul. Fakrul yang terhegeh-hegeh dekat Balkish. Balkish tak melayan pun si Fakrul tu. Balkish fikirkan kau!”
“Kau..kau tahu aku suka Fakrul?” soal Yani terkejut.
“Aku dengan Balkish tak buta. Kami buat-buat tak tahu supaya kau tak malu”
“Baguslah kau dah tahu. Sekarang ni aku nak semua orang tahu dan aku nak Fakrul tahu yang Balkish tu bukan perempuan baik. Depan kita dia berlakon baik”
“Astaghfirullahalazim” terkejut Aiza dibuatnya.
“Aku nak balik. Kalau kau nak duduk sini, kau duduklah seorang-seorang”
Yani melangkah laju meninggalkan Aiza sendirian. Aiza menitiskan airmatanya sendirian di ruangan menunggu. Sejahat manapun Balkish, dia masih mempunyai prikemanusiaan. Dia tidak akan meninggalkan Balkish saat gadis itu terlantar lesu sendirian di sini. Sekurang-kurangnya dia akan menunggu sampai ahli keluarga Balkish sampai. Telefon bimbit Balkish diambil dari beg tangannya. Dia mahu mencari nombor telefon keluarga Balkish tetapi telefon itu kehabisan bateri. Aiza mengeluh berat, dia sudah tidak tahu apa yang harus dilakukannya.
Pandangannya terlihat seseorang yang tidak dikenalinya tetapi dia seperti pernah melihat lelaki itu. Aiza bangun berdiri dan cuba menghampiri kaunter pertanyaan, tempat lelaki itu berdiri.
“Cik, Balkish dekat mana? Katanya dia pengsan”
Aiza mencuri dengar. Dia mahu menegur abang Balkish itu tetapi belum sempat dia menyapa lelaki itu telah berlari mengikut jururawat yang akan membawanya ke bilik tempat Balkish ditempatkan. Aiza mengikut dengan langkah yang lemah. Dia bingung. Abang Balkishkah itu? Seingatnya lelaki itu ada dilihat bersama keluarga Balkish semasa mereka menghantar Balkish dulu. Tetapi dia tidak membuat sebarang panggilan kepada keluarga Balkish kerana tidak sempat gara-gara telefon bimbit Balkish yang kehabisan bateri.
Namun sebelum bateri telefon bimbit itu mati, dia hanya sempat untuk menelefon mamat sewel. Jadi? Adakah itu mamat sewel? Aiza cuba mengingat lagi, dia jadi bingung. Yang mana satu ni? Lelaki itu pernah dilihat saat dia membantu Balkish memindahkan barang-barangnya ke bilik pada hari pertama Balkish masuk ke kolej. Lelaki itu ada di situ, bersama-sama dengan kedua orang tua Balkish.
“Encik, silakan masuk” jururawat itu membukakan pintu untuk Amin. Dia melangkah masuk dan meluru ke arah sekujur tubuh yang terbaring lemah.
Pintu bilik Balkish tertutup rapat, Aiza mengambil beg tangannya dan berlalu pergi. Mungkin abang Balkish itu akan menguruskan segala-galanya. Terasa berat hatinya meninggalkan Balkish tapi dia juga pening, dan tidak dapat berfikir dengan baik. Berita tentang Balkish yang sedang hamil itu membuatkan dunianya menjadi gelap dan hitam. Dia tidak menyangka kawan baiknya itu hamil. Dia tidak percaya mendengar berita itu tapi doktor sendiri  yang mengesahkan Balkish mengandung dan hampir keguguran. Kalau tidak percayakan doktor, mahu percaya siapa lagi? Langkah yang diatur terasa berat namun digagahi jua. Aiza bingung dan rasa dikhianati. Balkish sanggup merahsiakan hal besar seperti itu dari pengetahuannya.
Amin berdiri dari duduknya apabila melihat seorang lelaki dengan coat putih masuk ke ruangan isterinya.
“Doktor, macamana keadaan isteri saya?” soal Amin risau.
“Maksud awak Cik Balkish?” soal doktor itu.
“Kami dah kahwin doktor. Dia isteri saya” tegas Amin.
“Saya ingatkan Balkish belum kahwin. Kawan-kawannya yang hantar dia ke sini tadi cakap Cik Balkish masih bujang”
She’s my wife” tegas Amin sekali lagi. Kali ini, suaranya agak sedikit keras.
Doktor itu terangguk-angguk mengiyakan. “Keadaan Balkish sudah stabil. Luka di kepala cuma luka biasa. Kalau encik setuju, kami nak buat CT scan kepala” beritahu doktor itu.
“Anak saya macamana, doktor?” soal Amin.
“Kandungan Balkish selamat”
Amin segera menyalami tangan doktor itu “Terima kasih banyak doktor”
“Bukan saya, berterima kasihlah kepada Allah. Saya cuma membantu. Awalnya memang ada perdarahan tapi kami dah buat ultrasound, janinnya masih lagi di dalam kandungan. Cuma kalau perkara begini terjadi, Balkish harus banyak berehat dan tidak boleh melakukan sebarang aktiviti, kalau tak, kandungannya akan bermasalah”
Amin mengangguk, dan bertanya “Tapi kenapa isteri saya belum sedar?” soal Amin.
“Memang tekanan darah Balkish agak rendah, mungkin kerana dia agak penat. Berilah dia masa. Kami juga dah infuse dengan untuk bagi fluid. Mungkin sebentar lagi dia akan sedar” sambung doktor itu.
“Ada apa-apa lagi encik nak tanya?”
“CT scan?”
“Kalau encik setuju. Sekejap lgi kami akan buat CT scan”
Amin mengangguk.
“Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu” doktor itu meminta diri.
Sekali lagi Amin menyalami tangan doktor itu dan berterima kasih.
Amin mengambil kerusi dan duduk di samping Balkish. Tangan isterinya digenggam erat. Raut wajah gadis itu ditenung dengan penuh rasa sayang. Jari-jemari Amin menyentuh pipi Balkish. Dengan refleks, Amin berdiri dan mendekatkan wajahnya ke wajah Balkish. Satu kucupan lembut hinggap di dahi Balkish.
“Abang bersyukur sangat bila Balkish dan anak kita selamat” bisik Amin ke telinga Balkish. Dia duduk kembali di kerusinya. Tangan Balkish bergerak-gerak kecil dan dia juga telah sedar dari tidurnya. Balkish cuba untuk duduk, dan Amin segera membantunya. Wajah Balkish pucat. “Dekat mana ni?” soal Balkish.
“Dekat hospital. Awak pengsan tadi” beritahu Amin.
Balkish terkejut, tangannya segera mengusap kandungannya.
“Anak kita selamat” beritahu Amin sambil tersenyum. Balkish tersenyum lemah dan mengucapkan syukur.
“Alhamdulillah anak ibu tak apa-apa”
“Doktor kata awak kena banyak berehat, kena makan”
Balkish menggelengkan kepala. “Tak ada selera nak makan. Kalau makan mesti muntah” beritahu Balkish.
Amin mengusap ubun-ubun Balkish. Balkish terkejut pada awlanya tapi dia membiarkan sahaja. Sentuhan Amin terasa mententeramkan jiwanya.
“Awak kena makan sayang, demi baby kita. Erm? Nanti abang belikan”
“Awak nak tinggalkan saya sendirian dekat sini?” rengek Balkish. Dia terkejut dengan kata-katanya sendiri dan Amin juga turut berasa aneh. Isterinya itu tidak pernah nak bermanja-manja sebegini dengannya. Dia memandang Balkish dan gadis itu segera melarikan wajahnya, malu ditatap lama-lama oleh Amin.
“Kalau macam tu abang minta mama belikan sebentar lagi. Mama dengan papa pun nak ke sini”
“Awak ada bagitahu parent saya tak?” soal Balkish.
“Belum. Sekejap lagi saya call”
“Tak payahlah bagitahu ibu dengan ayah. Saya tak nak mereka risau” beritahu Balkish.
Amin diam dan kemudian mengangguk.
“Awak kena banyak berehat. Tidurlah dulu. Nanti kalau mama dan papa dah sampai saya kejutkan” pujuk Amin. Dia membantu Balkish merebahkan dirinya.
“Awak jangan tinggalkan saya” rayu Balkish sekali lagi. berharap agar dia tidak bersendirian sekarang ini dan ditemani oleh Amin.
Amin mengangguk. Dia duduk kembali ke kerusi di samping katil Balkish. Isterinya tidur menghadapnya dan Amin menghadiahkan senyuman kepada gadis itu sebelum dia kembali ke lenanya. Selimut yang menyelimuti Balkish ditarik sampai ke bahu gadis itu.

Bab 32
Aiza melangkah longlai masuk ke dalam kelas. Sejak Balkish dimasukkan ke hospital semalam, gadis itu tidak ada menghubunginya.
Bagaimanakah kesihatan Balkish? Aiza tertanya-tanya. Namun dia takut mahu menghubungi Balkish. Apa yang harus dilakukannya? Balkish hamil? Bila? Banyak pertanyaan yang bermain-main di fikiran Aiza. Hatinya hancur memikirkan rahsia yang disembunyikan oleh Balkish itu. Selama ini Balkish dianggap seorang gadis yang baik, namun segala-galanya berubah setelah dia mendapat tahu tentang kehamilan Balkish.
“Aiza” panggil Fatimah, teman sekelasnya. Aiza sekadar tersenyum.
“Ada apa?” soal Aiza.
“Betul ke Balkish hamil?” soal Fatimah.
Bulat mata Aiza mendengar pertanyaan yang senang saja dilafazkan dari mulut teman sekelasnya itu. Ikutkan hati, mahu sahaja dia marah kepada gadis di hadapannya itu. pertanyaannya sangat sinis dan dia melontarkan pertanyaan itu tanpa rasa segan atau silu.
“Mana kau dengar ni?” tegur Aiza.
“Jangan nak sembunyikan lagi. Yani sendiri yang bagitahu kami. Dia kata dia dengar sendiri doktor cakap yang Balkish hamil” jelas Fatimah.
Aiza beristighfar beberapa kali di dalam hati. Kata-kata Fatimah itu menikam kalbu. Sampai hati Yani memberitahu berita aib Balkish itu kepada teman-teman sekelas mereka sedangkan mereka bertiga kawan baik. Berita itu belum disahkan lagi oleh Balkish, tapi Yani sudah menghebahkannya kepada orang lain. Kalaupun benar Balkish hamil, tapi Yani tetap tidak patut memberitahu berita itu kepada sesiapapun kerana ia menjatuhkan maruah Balkish.
Aiza berlalu pergi tanpa menjawab pertanyaan daripada teman-temannya itu. Dia tidak akan bersekongkol dalam membuat dosa. Aiza duduk di tempat biasa dan mencari-cari Yani. Perbuatan Yani yang telah menghebohkan cerita tentang kehamilan Balkish harus dihentikan. Setelah agak lama mencari, akhirnya dari jauh dia melihat susuk tubuh Yani yang duduk bertentangan dengan Fakrul.
“Assalamualaikum Fakrul” tegur Yani, memberikan ucapan salam. Wajah Fakrul yang tidak bermaya itu di pandang sekilas.
“Waalaikumussalam” Fakrul mengangkat wajahnya melihat gerangan orang yang menyapa. Dia kemudiannya kembali menekup wajahnya ke meja. Tidurnya terasa tidak cukup. Sejak kebelakangan ini, dia asyik memikirkan masalahnya dengan Balkish. Sejak dia melihat Balkish masuk ke hotel bersama seorang lelaki tempohari, lenanya bagai diragut daripadanya, ketenangannya bagai disentap oleh perasaan marah dan cemburunya terhadap lelaki yang bersama-sama Balkish. Dia mahu bertanya kepada Balkish, tapi setiap kali dia ingin memulakan bicara, Balkish seakan-akan mahu mengelakkan diri daripadanya. Masalah itu dipendam saja.
“Fakrul, awak dah tahu belum?” soal Yani.
“Apa” jawab Fakrul. Wajahnya masih lagi ditekup ke meja. Kata-kata Yani sekadar masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.
“Balkish hamil” beritahu Yani tanpa rasa bersalam atau malu.
“Apa?” Fakrul terkejut.
“Semalam, Balkish pengsan. Kami bawa ke klinik. Sampai kat klinik dOkeyter kata Balkish hamil” beritahu Yani lagi.
“Klinik mana?” soal Fakrul. Suaranya tinggi. Dadanya berombak kencang menahan marah.
“Klinik dekat simpang depan kampus tu” beritahu Yani.
Tanpa menunggu, Fakrul terus mencapai beg galasnya dan meluru keluar dari kelas itu. Yani terpinga-pinga sendirian. Dia memanggil-manggil nama Fakrul tapi tidak diendahkan oleh lelaki itu.
“Yani” panggil Aiza. Yani berpaling ke arah teman baiknya itu.
“Boleh tak kau berhenti buruk-burukkan nama Balkish” marah Aiza. Dia endengar sendiri kata-kata YAni saat gadis itu bercerta kepada Fakrul.
“Kau marah aku ke?” soal Yani terkejut.
“Ya. Aku marah sebab kau mengaibkan Balkish”
“Aku cakap benda betul. Kau pun dengar sendiri doktor cakap yang Balkish hamil” suara Yani semakin keras.
“Aku ada dekat situ tapi aku tak bercerita dekat semua orang kat kelas ni. Terutama dekat orang lelaki. Kau langsung tak fikirkan maruah Balkish. kita kan kawan baik”
“Kalau Balkish fikirkan aib dan maruah dia, dia takkan buat kerja tak senonoh sampai boleh hamil”
“Yani!”marah Aiza.
“Aku tak ingin nak berkawan dengan perempuan macam tu. kau tu sebelahkan Balkish sangat, kau kawan sajalah dengan dia. Aku tak nak kena tempias perempuan hamil anak luar nikah macam Balkish”
“Aiza!” marah Yani lagi. ikutkan hai mahu saja tangan kanannya dihayunkan ke pipi Yani. Temannya itu lancang berbicara dengan suara yang agak kuat. Seluruh isi kelas diam mendengar  pergaduhan antara mereka. aiza turut malu. Dia diam sahaja.
Yani meninggalkan Aiza sendirian.
………………………………………..
Amin bangun dari kerusinya, dilihat Balkish masih lagi terlena di katilnya. Amin mendekat ke arah isterinya dan menyelimuti tubuh Balkish. wajah Balkish yang masih lagi pucat itu ditatap lama. Ingin sahaja wajah itu dikucup lembut tapi sekali lagi rasa bersalah muncul di dalam hatinya. Dia gagal menjaga Balkish sebagai seorang suami.
Jam di dinding menunjukkan pukul 8 pagi. Amin duduk di sofa, matanya mengantuk tapi dikuatkan sahaja dirinya menemani Balkish di ruang bilik hospital. Semalam papa dan mama datang menjenguk dan Balkish sempat bertemu dengan mereka sebelum dia kembali terlena. Papa dan mama mengucapkan syukur kerana b dan bayi yang dikandungnya tidak apa-apa.
Amin termenung, perkataan syukur itu seringkali diucapkan oleh orang-oirang disekitarnya kebelakangan ini. Amin turut berasa gembira dengan keadaan Balkish sekarang. walalupun isterinya itu terjatuh, namun bayi mereka tetap selamat. Amin berterima kasih sekali untuk itu. diucapkan jutaan terima kasihnya itu kepaa doktor yang merawat Balkish di klinik kelmarin tapi doktor itu menyuruhnya berterima kasih kepada Allah yang memberikan hikmah itu kepada Balkish. ucapan terima kasih itu layaknya untuk siapa kalau bukan kepada doktor yang memberikan penanganan pertama buat Balkish? Amin melihat ke arah Balkish yang mula bergerak-gerak kecil.
Segera Amin mendekatkan dirinya kepada gadis itu.
“Kenapa sayang?” soal Amin dengan lemah lembut.
“Kat mana ni?’ soal Balkish.
“Hospital. Abang minta transfer ke hospital petang semalam. Awak rehatlah. Badan awak lemah lagi ni” pujuk Balkish .
Balkish tetap bangun. Amin membantu. Diluruskan bantal di belakang tubuh Balkish buat alas duduknya.
“Anak kita tak apa-apa kan?” soal Balkish.
“Anak kita Okey. Balkish kena banyak berehat” beritahu Amin. Dia duduk di kerusi di samping katil.
“Bila boleh keluar?” soal Balkish.
“Duduk lah lama sedikit dekat hospital ni. Awak tu tak sihat lagi” pujuk Amin.
“Nanti kalau doktor datang, awak Tanya bila saya boleh keluar” beritahu Balkish lagi.
Amin mengeluh. Sakit-sakit begini masih lagi berkeras mahu dituruti sahaja kehendaknya.
“Nanti abang tanyakan”
“Awak tak pergi kelas?” soal Balkish.
“Awak sakit, takkan abang nak tinggalkan awak kat sini seorang-seorang”
“Nurse ka nada. Kelas awak lagi penting”
“Awak tidurlah Balkish.” malas Amin mahu bertengkar dengan isterinya itu, sakit-sakit begini masih lagi mencari alasan untuk menjauhkan dia dari dirinya. Fikir Amin.
“Awak, saya nak makan nasi ayam” beritahu Balkish.
“Nanti abang cari ya” balas Amin.
“Saya nak makan sekarang” balas Balkish.
“Mana abang nak cari nasi ayam pagi-pagi macam ni”
“Saya tak kira, saya nak makan sekarang”
Amin mengeluh lagi. ada-ada sahaja perkara yang bakal dijadikan alasan untuk mereka bertengkar. Ditahan sahaja marahnya kerana takut membuatkan Balkish sedih.
“Awak pergilah sekarang” suruh Balkish lagi.
Amin terpaksa menurut sahaja kehendak isterinya yang sedang sakit itu. diambil dompet dan jaketnya di meja dan dia segera berlalu pergi. Mulutnya tidak berhenti mengomel dengan permintaan Balkish yang tidak masuk akal itu.
………………………………………………
Fakrul parkir motornya betul-betul dihadapan klinik yang diceritakan oleh Yani kepadanya. Dia segera berlari ke kaunter pertanyaan. Jururawat muda yang berhadapan dengan Fakrul tersenyum ramah dan menyapa.
“Boleh saya tahu Balkish masih di sini?” soal Fakrul.
“Balkish?”
“Semalam dia masuk ke klinik sini. Hamil” beritahu Amin.
“Semalam ada tapi kelmarin dah pindah ke hospital” beritahu jururawat muda itu.
“Hospital mana?” soal Fakrul lagi.
“Maaf encik, saya tak tahu. Semalam kawan saya yang bertugas. Hari ini dia cuti” beritahu jururawat itu lagi.
Fakrul berlalu pergi setelah mengucapkan terima kasih.
Bab 34
Amin mengemaskan semua barang-barang dan pakaian Balkish yang dibawa untuk kelengkapan gadis itu selama dia dirawat di hospital. Balkish duduk di katil dan hanya memerhatikan. Dia masih agak lemah, namun dia tidak mahu lama-lama di hospital. Dikuatkan dirinya supaya dia dapat segera masuk ke kelas. Dia tidak mahu meninggalkan kuliahnya lama-alama. Takut dia ketinggalan dalam pelajarannya.
Balkish cuba untuk berdiri. Dilihat Amin mengambil ‘pakaian-pakaian kecilnya’ yang sudah dipakai dari bekas pakaian kotor. Malunya Tuhan sahaja yang tahu apabila melihat tangan Amin memegang pakaian-pakaian itu.
Amin tersenym nakal. “Kecil saja” kata Amin. Merona merah wajah Balkish apabila mendengar komen itu keluar dari mulut Amin.
“Dahlah. Awak biar saja kat situ. Nanti saya ambil sendiri”
“Doktor cakap awak tak boleh banyak bergerak” balas Amin.
Balkish terdiam. Kata-kata Amin itu ada benarnya tapi dia tidak mampu menahana malu dan hanya memerhatikan Amin mentertawakannya dalam sinis.
“Boleh tak kalau awak buat tanpa senyum-senyum macam tu?”
“Senyum saya pun awak nak control?”
Balkish diam.
“Ini yang last” kata Amin. Balkish melihat sahaja perbuatan keanak-anakan Amin yang cuba menyakiti hatniya itu.
“Mama tak datang hari ni?” soal Balkish.
“Mama kat rumah, siapkan tempat tidur awak. Mama suruh kita tidur dekat bawah saja dulu sampai awak sembuh” beritahu Amin.
“Kita?”
“Yalah, unless awak sangup bagitahu mama yang kita memang tak tidur sekali”
Balkish terdiam, kalau dengan ugutan Amin.
“I call ibu semalam, bagitahu tentang keadaan awak” beritahu Amin.
“Kenapa awak buat macam tu? kan saya dah cakap jangan bagitahu ibu, nanti ibu susah hati” marah Balkish.
“Dia ibu awak, takkan kita tak nak cakap apa-apa. Lagipun, awak pengsan dan hampir keguguran, its not a small matter Balkish” tegur Amin.
Balkish diam lagi. dia mengalah dengan Amin kali ini. kata-kata Amin itu ada benarnya. Tapi nalurinya tetap ingin melawan kata-kata Amin.
“Ibu tu dah tua, saya tak nak susahkan ibu”
“Apa yang susahnya, bukannya ibu seorang yang jaga awak, saya mama pun jaga awak. At least kita beritahu ibu”
Balkish terdiam lagi.
Selepas membayar biaya jururawatan di hospital itu, mengajak Balkish pulang. Setelah sampai di rumah, dia memapah tubuh Balkish masuk ke bilik di tingkat bawah. Amin membantu mebaringkan tubuh Balkish ke katil.
 Balkish malu diperlakukan sebegitu oleh Amin, namun dia tidak berdaya untuk menolak. Siapa lagi yang dapat membantunya dalam keadaan begini kecuali Amin. Sempat tangannya memaut leher Amin saat tubuhnya dipapah oleh suaminya itu. Balkish mencuri pandang ke wajah Amin yang berada dekat dengannya saat lelaki itu membantunya untuk berbaring.
“Awak rehatla dulu” suruh Amin.
“Balkish nak makan apa-apa ke, mama masakkan” soal Datin Hasmah.
Balkish menggeleng, malu mahu meminta-minta dari ibu mertuanya.
“Tak nak makan nasi ayam lagi ke?” sindir Amin.
Balkish laju menggeleng. Takut menyusahkan ibu mertuanya.
“Hari tu beriya saja nak makan nasi ayam” sindi Amin lagi.
“Isyh kamu ni, kan Balkish tu tengah sakit, hamil. Mestilah dia mengidam” marah Datin Hasmah.
“Mama masak sup ayam. Nanti kita makan sama-sama” beritahu Datin Hasmah. Balkish mengangguk mengiyakan.
“Balkish rehatlah dulu” beritahu Datin Hasmah sebelum dia berlalu meninggalkan bilik itu.
“Abang keluar sekejap” beritahu Amin.
“Pergi mana?” soal Balkish.
“Ambil ibu. Ibu kata nak datang tengok awak”
…………………………………………………………
Balkish dipapah keluar oleh Aminah yang dijemput oleh Amin siang tadi. Amin sekadar memerhatikan. Riak wajah Balkish berubah saat melihat ibunya datang. Isterinya semakin bersemangat sejak ditemani oleh ibunya sejak ibunya sampai. Balkish dipimpin duduk.
“Makanlah Balkish, Kak Aminah” pelawa Datin Hasmah.
“Makanlah kak” pelawa dato’ Sahar pula.
Amin menjeling ke arah Balkish yang duduk bertentangan dengannya. Asyik berkepit sahaja dengan ibu macam aku ni tak wujud. Amin mengomel sendirian.
“Uhuk, uhuk” Amin menepuk-nepuk dadanya kerana tercekik.
“Amin!” Datin Hasmah cemas.
“Minum air dulu” segelas air putih duhulurkan oleh Aminah. Air itu segera diteguk oleh Amin.
“Lain kali makan tu kunyah dulu sebelum telan” tegur Dato’ sahar. Amin memandang kepada Balkish, mereka bertentang mata.
………………………………………
Setelah selesai makan, Amin duduk di ruang tamu. dato’ Sahar menonton rancangan sukan di tv, Amin sekadar menemani. Dia tidak senang duduk mendengar suara mama, ibu dan Balkish dari dalam bilik. Entah apa yang dibualkan antara mereka bertiga. Sejak ibu datang, Balkish sudah tidak bergantung padanya, sedikit-sedikit, ibunya yang dipanggil. Dia bagaikan tidak wujud di mata Balkish sedangkan masa di hospital dulu, Balkish bukan main lagi tidak boleh berenggang dengannya.
“Kuliah macamana sekarang?’ soal Dato’ sahar.
“Macam biasa pa”
“Amin mungkin cuti lama sedikit pa sebab nak jaga Balkish” beritahu Amin.
Dato’ sahar mengangguk perlahan-lahan
“Papa tak marah?” soal Amin agak terkejut. Kalau dulu, ponteng kelas satu hari pun papa dah marah besar, sekarang cuti beberapa hari papa tetap cool saja.
“Buat apa papa marah. Kamu bukannya ponteng sebab suka-suka” beritahu Dato’ sahar.
“Betul pa?”
“Betul. Kalau kamu kat rumah, boleh tengok-tengokkan Balkish. papa sibuk dekat office. Balkish tu pun lemah lagi papa tengok. Jaga dia elok-elok. Jangan sampai dia pengsan lagi”
“Okey pa” Amin tersenyum.
Dia akhirnya bangun dari duduknya dan menunju ke bilik. Daun pintu diketuk beberapa kali. Serta-merta, Aminah, Datin Hasmah dan Balkish melihat kepadanya.
“Amin mengantuklah ma” beritahu Amin. Dia dengan langkah yang laju melangkah masuk ke dalam bilik.
“Awal lagi ni Min” tegur Datin Hasmah.
“Tapi Amin dah mengantuk, nak buat macamana” balas Amin. Datin Hasmah melihat ke arah Amin yang sedang berpura-pura menguap itu. sekilas dia melirik ke arah Balkish. tahulah dia maksud sebenar anak lelakinya itu.
“Ibu tidurlah dekat sini, temankan Balkish” bentak Balkish.
“Apa pula ibu, tu suami kamu tu ada. Nanti dialah tolong kalau Balkish nak apa-apa” balas Aminah. Datin Hasmah mencuit tangan Aminah memberi signal.
“Kak Aminah, jomlah kak, saya temankan akak ke bilik akak” ajak Datin Hasmah. Aminah mengangguk.
“Amin jangan kasar-kasar, Balkish masih lagi tengah sakit tu” pesan Datin Hasmah  sebelum dia keluar dan menutup pintu bilik anaknya itu. Amin tersenyum lucu. Pintu bilik dikunci.
Balkish duduk menyandar di kepala katil. Amin ditatap dengan pandangan tajam. Gebar ditarik menyelimuti dirinnya.
“Satu hari ni awak ignore saja saya. Mentang-mentanglah ada ibu” beritahu Amin.
“Saya lebih rela minta tolong ibu dari bergantung dekat awak” balas Balkish.
“Tak ingat masa awak dekat hospital dulu? minta saya jangan tinggalkan awak” sambung Amin.
Balkish diam. memang waktu dia sakit dulu, Amin yang telah menjaganya siang dan malam. Dia pula sering menyusahkan lelaki itu.
“Dahlah, awak tidur saja. Dah lewat ni”
“Saya belum mengantuk. Awak boleh ambil buku saya dekat atas tak? Saya nak study”
“Awak tak dengar ke pesan doktor. Awak kena banyak berehat. Dah jangan banyak cakap. Tidur” marah Amin.
“Saya study dekat katil saja, tak effect apa-apa pun”
“Awak nak tidur atau awak nak saya tidurkan awak?” ugut Amin.
Balkish terkejut, dia akhirnya merebahkan dirinya di katil dan menyelimuti tubuhnya. Matanya menatap Amin yang masih lagi berdiri. Amin akhirnya mengambil bantal dari atas katil dan membaringkan tubuhnya di lantai sebelah Balkish. matanya segera terpejam.